SOALAN TATABAHASA
Ayat berikut mengandungi satu perkataan yang salah bentuknya. Nyatakan perkataan yang SALAH, dan berikan jawapan yang BETUL.
Ibu Mamat berhasrat supaya dia memperisterikan gadis pilihan ibunya. Kesalahan: memperisterikan Kata yang betul: memperisteri
Ayat berikut mengandungi satu perkataan yang salah bentuknya. Nyatakan perkataan yang SALAH, dan
berikan jawapan yang BETUL.
Harta tersebut telah diwariskan daripada datuknya. Kesalahan: diwariskan Kata yang betul: diwarisi
Ayat berikut mengandungi satu perkataan yang salah bentuknya. Nyatakan perkataan yang SALAH, dan berikan jawapan yang BETUL.
Satu cara untuk menangani stres dalam kalangan kakitangan awam adalah dengan menggalak mereka menjalani gaya hidup sihat. Kesalahan: menggalak Kata yang betul: menggalakkan
Ayat berikut mengandungi satu perkataan yang salah. Nyatakan perkataan yang SALAH, dan berikan jawapan yang BETUL.
Sejak berada di kampung, saya berpeluang untuk membantu nenek di dalam kerja perkebunan. Kesalahan: di dalam Kata yang betul: dalam
Ayat berikut mengandungi satu perkataan yang salah bentuknya. Nyatakan perkataan yang SALAH, dan berikan jawapan yang BETUL.
Pegawai itu memperakukan bahawa salinan sijil itu adalah sah setelah melihat sijil asal yang dikemukakan kepadanya. Kesalahan: memperakukan Kata yang betul: memperakui
Ayat berikut mengandungi satu perkataan yang salah bentuknya. Nyatakan perkataan yang SALAH, dan berikan jawapan yang BETUL.
Tindakan tegas perlu dikenakan terhadap orang yg melakukan kebakaran terbuka. Kesalahan: kebakaran Kata yang betul: pembakaran
Ayat berikut mengandungi satu perkataan yang salah. Nyatakan perkataan yang SALAH, dan berikan jawapan yang BETUL.
Sebelum adat istiadat penganugerahan pingat bermula, baginda bersemayam di atas mahligai. Kesalahan: mahligai Kata yang betul: takhta
Ayat berikut mengandungi satu perkataan yang salah bentuknya. Nyatakan perkataan yang SALAH, dan berikan jawapan yang BETUL.
Kakitangan awam diingatkan supaya mereka sentiasa utamakan kebajikan rakyat dalam memberikan perkhidmatan. Kesalahan: utamakan Kata yang betul:mengutamakan
Ayat berikut mengandungi satu perkataan yang salah. Nyatakan perkataan yang SALAH, dan berikan jawapan yang BETUL.
Surat pekeliling tentang peraturan pakaian telah dihantar ke pihak sekolah. Kesalahan: ke Kata yang betul:kepada
Ayat berikut mengandungi satu perkataan yang salah bentuknya. Nyatakan perkataan yang SALAH, dan berikan jawapan yang BETUL.
Pihak koperasi hanya boleh membuat pembayaran apabila menerima borang penerima bayaran daripada pembekal. Kesalahan: penerima Kata yang betul: penerimaan
Ayat berikut mengandungi satu perkataan yang salah.
Nyatakan perkataan yang SALAH, dan berikan jawapan yang BETUL.
Pengetua akan berbincang kepada semua guru dalam mesyuarat pada minggu hadapan. Kesalahan: kepada Kata yang betul: dengan
Ayat berikut mengandungi satu perkataan yang salah bentuknya. Nyatakan perkataan yang SALAH, dan berikan jawapan yang BETUL.
Kedua sahabat yang telah lama terpisah itu berpelukan sambil menangis. Kesalahan: kedua Kata yang betul: kedua-dua
Ayat berikut mengandungi satu perkataan yang salah bentuknya. Nyatakan perkataan yang SALAH, dan berikan jawapan yang BETUL.
Juruacara telah menguar-uarkan peraturan pertandingan untuk mempastikan pertandingan berjalan lancar. Kesalahan: mempastikan Kata yang betul: memastikan
Ayat berikut mengandungi satu perkataan yang salah. Nyatakan perkataan yang SALAH, dan berikan jawapan yang BETUL.
Mandat yang diberikan pada guru disiplin dapat menangani kes salah laku di sekolah. Kesalahan: pada Kata yang betul: kepada
Ayat berikut mengandungi satu perkataan yang salah. Nyatakan perkataan yang SALAH, dan berikan jawapan yang BETUL.
Anis menerima panggilan dari peguamnya tentang kes tersebut. Kesalahan: dari Kata yang betul: daripada
Ayat berikut mengandungi satu perkataan yang salah bentuknya. Nyatakan perkataan yang SALAH, dan berikan jawapan yang BETUL.
A. Ibu memberi setengah-setengah roti kepada saya. B. Ibu memberi setengah roti kepada saya. Jawapan: B Ibu memberi setengah roti kepada saya.
Ayat berikut mengandungi satu perkataan yang salah bentuknya. Nyatakan perkataan yang SALAH, dan berikan jawapan yang BETUL.
Setengah orang tidak suka akan durian. Jawapan: Setengah-setengah
Ayat berikut mengandungi satu perkataan yang salah bentuknya. Nyatakan perkataan yang SALAH, dan berikan jawapan yang BETUL.
Kakitangan kerajaan perlu membudayakan etika kerja yang baik semasa menjalani tugas. Kesalahan: menjalani Kata yang betul: menjalankan
Ayat berikut mengandungi satu perkataan yang salah bentuknya. Nyatakan perkataan yang SALAH, dan berikan jawapan yang BETUL.
Ibu bapa perlu membatas pergaulan anak-anak. Kesalahan: membatas Bentuk yang betul: membatasi
Ayat berikut mengandungi satu perkataan yang salah. Nyatakan perkataan yang SALAH, dan berikan jawapan yang BETUL.
Mereka menyedari yang kerja tersebut sangat berbahaya. Kesalahan: yang Kata yang betul: bahawa
Ayat berikut mengandungi satu perkataan yang salah. Nyatakan perkataan yang SALAH, dan berikan jawapan yang BETUL.
Dengan yakin Amar berdiri sambil membidas hujah pihak pembangkang. Kesalahan: sambil Kata yang betul: lalu
Ayat berikut mengandungi satu perkataan yang salah. Nyatakan perkataan yang SALAH, dan berikan jawapan yang BETUL.
Kerja-kerja pembungkusan dilakukan dengan cermat oleh pekerja perkilangan itu. Kesalahan: perkilangan Kata yang betul: kilang
Ayat berikut mengandungi satu perkataan yang salah bentuknya. Nyatakan perkataan yang SALAH, dan berikan jawapan yang BETUL.
Muzik selingan itu mengembalikan nostalgia zaman bersekolah para tetamu yang hadir. Kesalahan: bersekolah Kata yang betul: persekolahan
Ayat berikut mengandungi satu perkataan yang salah. Nyatakan perkataan yang SALAH, dan berikan jawapan yang BETUL.
Saya terlibat pada kerja-kerja sosial seperti membantu mangsa banjir dan golongan miskin. Kesalahan: pada Kata yang betul: dalam
Ayat berikut mengandungi satu perkataan yang salah bentuknya. Nyatakan perkataan yang SALAH, dan berikan jawapan yang BETUL.
Mereka membincangkan tentang masalah pembelajaran di kalangan murid-murid. Kesalahan: membincangkan Kata yang betul: berbincang
Pilih ayat yang betul.
A. Amin murid yang terpandai sekali di dalam kelasnya. B. Amin murid yang terpandai di dalam kelasnya. Jawapan: A [Kata adjektif dengan imbuhan 'ter' atau paling tidak perlu diikuti dengan perkataan sekali.]
Pilih ayat yang betul.
A. Di zaman dahulu, manusia hidup dengan memburu binatang di dalam hutan. B. Pada zaman dahulu, manusia hidup dengan memburu binatang di dalam hutan. Jawapan: B
Pilih ayat yang betul.
A. Di antara usul yang dibincangkan ialah mengadakan kelas tambahan untuk murid-murid yang lemah. B. Antara usul yang dibincangkan ialah mengadakan kelas tambahan untuk murid-murid yang lemah. Jawapan: B
Pilih ayat yang betul.
A. Dia berasa gembira bila mendengar berita itu. B. Dia berasa gembira apabila mendengar berita itu. Jawapan: B [Kata 'bila' digunakan untuk menanya masa]
Pilih ayat yang betul.
A. Karangan itu ditulis oleh saya. B. Karangan itu saya tulis. Jawapan: B Kata sendi 'di' dan 'oleh' tidak boleh digunakan dalam ayat pasif pelaku diri pertama dan diri kedua. Kata sendi 'di' dan 'oleh' hanya boleh digunakan untuk ayat pasif pelaku diri ketiga.
Pilih ayat yang betul.
A. Kamsiah bertanyakan tentang khabar saudara-maranya di kampung. B. Kamsiah bertanya tentang khabar saudara-maranya di kampung. Jawapan: B [Akhiran 'kan' digugurkan kerana kata sendi nama 'tentang'.]
Pilih ayat yang betul.
A. Para pegawai mengunjungi ke sekolahsekolah Bestari di daerah itu. B. Para pegawai mengunjungi sekolahsekolah Bestari di daerah itu. Jawapan: B
Pilih ayat yang betul.
A. Membaca buku dapat memperkayakan pengetahuan seseorang. B. Membaca buku dapat memperkaya pengetahuan seseorang. Jawapan:B
Pilih ayat yang betul.
A. Selain itu, dia juga bekerja di tempat lain untuk menanggung perbelanjaan keluarganya. B. Selain daripada itu, dia juga bekerja di tempat lain untuk menanggung perbelanjaan keluarganya. Jawapan: A
Pilih ayat yang betul.
A. Ikan dan sayur-sayuran yang dijual di Pasar raya itu segar-bugar. B. Ikan dan sayur-sayuran yang dijual di Pasar raya itu amat segar-bugar. Jawapan: A
Pilih ayat yang betul.
A. Rahman terpaksa bekerja pada usia yang muda oleh kerana hidup keluarganya susah. B. Rahman terpaksa bekerja pada usia yang muda oleh sebab hidup keluarganya susah. Jawapan: B
Pilih ayat yang betul.
A. Dia bekerja bertungkus-lumus demi untuk menyiara perbelanjaan keluarganya. B. Dia bekerja bertungkus-lumus untuk menyara perbelanjaan keluarganya. Jawapan: B
Pilih ayat yang betul.
A. Aminah membuat kek bagi hadiah hari jadi kakaknya. B. Aminah membuat kek untuk hadiah hari jadi kakaknya. Jawapan: B
Pilih ayat yang betul.
A. Di zaman ini, masyarakat lebih suka menggunakan telefon bimbit. B. Pada zaman ini, masyarakat lebih suka menggunakan telefon bimbit. Jawapan: B
Pilih ayat yang betul.
A. Dalam mesyuarat itu, ahli jawatankuasa membincangkan aktiviti tahunan persatuan. B. Di dalam mesyuarat itu, ahli jawatankuasa membincangkan aktiviti tahunan persatuan. Jawapan: A
Pilih ayat yang betul.
A. Murid dapat menonton filem dokumentasi di bilik tayang. B. Murid boleh menonton filem dokumentasi di bilik tayang. Jawapan: B
Pilih ayat yang betul.
A. Bungkusan ini tidak untuk Amin tetapi untuk Zakiah. B. Bungkusan ini bukan untuk Amin tetapi untuk Zakiah. Jawapan: B
Pilih ayat yang betul.
A. Para peserta-peserta dikehendaki mendaftarkan nama mereka jika ingin menyertai rombongan mendaki Gunung Angsi. B. Para peserta dikehendaki mendaftarkan nama mereka jika ingin menyertai rombongan mendaki Gunung Angsi. Jawapan: B
Pilih ayat yang betul.
A. Guru besar-guru besar menghadiri mesyuarat di Jabatan Pendidikan Negeri. B. Guru - guru besar menghadiri mesyuarat di Jabatan Pendidikan Negeri. Jawapan: B