Copy Right Noble Travel & Tours Sdn Bhd 2011
UMRAH Bererti berziarah ke Baitullah di Makkah dengan berihram Umrah untuk mengerjakan tawaf, Sa’ie dan lain-lain rukun serta wajibnya. Umrah diwajibkan ke atas semua islam yang telah memenuhi syarat, sekali dalam seumur hidup dan disunatkan mengerjakannya berula-ulang kali.
Copy Right Noble Travel & Tours Sdn Bhd 2011
Hadis Nabi Muhammad s.a.w:
Maksudnya: “Daripada Zaid bin Thabit berkata, sabda Rasulullah s.a.w, Haji dan Umrah itu diwajibkan ke atas kamu (setelah cukup syaratnya) dan kamu boleh mengerjakan yang mana satu terlebih dahulu.” Sabda Nabi Muhammad s.a.w lagi:
Maksudnya: “Umrah itu kifarah (penghapus dosa) bagi dosa-dosa yang dilakukan di antaranya dengan Umrah yang sebelumnya dan Haji yang mabrur itu balasannya adalah syurga” Copy Right Noble Travel & Tours Sdn Bhd 2011
ADAB-ADAB PERJALANAN
Mandi sunat musafir Solat sunat musafir Bacaan surah dalam rakaat pertama – Surah Al-Kaafirun Bacaan surah dalam rakaat kedua – Surah Al-Ikhlas Membaca doa solat sunat musafir Bacaan doa sebelum meninggalkan rumah 1. Surah Al Ikhlas 2. Surah Al-Falaq 3. Surah An-Nas 4. Ayat Kursi 5. Berdoa
Copy Right Noble Travel & Tours Sdn Bhd 2011
Doa apabila hendak keluar dari rumah
Maksudnya: Dengan nama Allah aku melangkah, berserah diri kepada Allah, tiada daya upaya dan kekuatanu melainkan dengan pertolongan Allah. Doa ketika menaiki kenderaan
Maksudnya: Maha Suci Engkau, ya Allah, yang telah mempermudahkan kenderaan (perjalanan) ini untuk kami. Sebenarnya kami sendiri tiada mempunyai kesanggupan untuk mengendalikan. Dan kami semua akan kembali kepada Tuhan kami.
Copy Right Noble Travel & Tours Sdn Bhd 2011
Doa ketika menaiki kapal terbang
Maksudnya: Dengan nama Allah pada waktu berangkat dan pada waktu mendarat, sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun lagi Maha Penyayang
Copy Right Noble Travel & Tours Sdn Bhd 2011
SOLAT JAMA’ DAN QASAR Setelah meninggalkan rumah, dibolehkan melakukan solat qasar dan jama’. Solat ini boleh dilakukan di mana manasahaja dengan syarat perjalanan itu melebih jarak 91km. Cara-cara solat musafir: 1. Menangguhkan solat Maghrib untuk dikerjakan dalam waktu solat isya’. Penangguhan ini dinamakan “Ta’khir” 2. Mengerjakan solat Isya’ dalam waktu solat Maghrib dinamakan “Taqdim” 3. Solat 4 rakaat sahaja dipendekkan menjadi 2 rakaat dinamakan solat qasar. (Solat Subuh dan Maghrib tidak boleh di Qasarkan) Copy Right Noble Travel & Tours Sdn Bhd 2011
KAIFIAT SOLAT MUSAFIR Jama’ Ta’khir: Mengerjakan solat Maghrib dalam waktu Isya’ . Hendaklah dikerjakan solat Isya’ dengan cara qasar (2rakaat) terlebih dahulu. Kemudian selepas selesai solat Isya’, disusuli solat Maghrib (3rakaat)
Jama’ Taqdim: Mengerjakan solat isya’ dalam waktu Maghrib. Mengerjakan solat maghrib (3rakaat) terlebih dahulu, kemudian disusuli dengan Solat Isya’ (2rakaat)
Copy Right Noble Travel & Tours Sdn Bhd 2011
Niat Jama’ Taqdim:
Maksudnya: “Sahaja aku bersolat fardu Maghrib tiga rakaat dihimpunkan dengan Isya’ kerana Allah Ta’ala Setelah Selesai solat Maghrib, disusuli solat Isya’. Niat Solat Isya’: Maksudnya: “Sahaja aku bersolat Isya’ dua rakaat kerana Allah Taala
Copy Right Noble Travel & Tours Sdn Bhd 2011
Niat Jama’ Ta’khir:
Maksudnya: “Sahaja aku bersolat fardu Maghrib tiga rakaat dihimpunkan kepada Isya’ kerana Allah Ta’ala Setelah Selesai solat Maghrib, disusuli solat Isya’. Niat Solat Isya’: Maksudnya: “Sahaja aku bersolat Isya’ dua rakaat kerana Allah Taala
Copy Right Noble Travel & Tours Sdn Bhd 2011
RUKUN UMRAH Niat untuk mengerjakan umrah Tawaf sebanyak 7 kali keliling Ka’abah Sa’ei dari Safa ke Marwah, 7 kali pergi dan balik Bercukur atau menggunting rambut di kepala Tertib,iaitu menurut susunan tertib yang disebutkan
WAJIB UMRAH Bermiqat ihram di miqat. Tidak melanggar larangan-larangan waktu ihram
Copy Right Noble Travel & Tours Sdn Bhd 2011
SUNAT UMRAH Mandi sunat ihram Sebelum memakai ihram dan berniat haji atau umrah di Miqat hendaklah melakukan mandi sunat ihram untuk membersihkan dan menyucikan badan dari segala kecemaran dan kekotoran, seperti yang dilakukan untuk mandi wajib. Lafaz niat mandi sunat ihram ialah : Yang bermaksud: "Sahaja aku mandi sunat ihram kerana Allah Ta'ala" (diingatkan dalam hati) Niat mandi ihram
Maksudnya: “sahaja aku mandi sunat ihram kerana Allah Ta’ala
Copy Right Noble Travel & Tours Sdn Bhd 2011
Solat sunat ihram Setelah selesai mandi dan membersihkan badan dari segala bulu dan mengerat kuku, mengandam misai serta meminyak rambut dan memakai bau-bauan, pakailah ihram. Setelah selesai memakai ihram kerjakanlah sembahyang sunat ihram dua rakaat. Lafaz niatnya ialah :
Maksudnya: “sahaja aku solat sunat ihram dua rakaat kerana Allah Ta’ala Bacaan Surah Dalam Solat Sunat: Rakaat Pertama - selepas membaca Surah Al-Fatihah, bacalah surah Al-Kaafirun Rakaat Kedua - selepas membaca surah Al-Fatihah, bacalah surah Al-ikhlas
Copy Right Noble Travel & Tours Sdn Bhd 2011
Lafaz niat Umrah Sebelum seseorang itu berniat ihram sama ada untuk mengerjakan haji atau umrah di Miqat Makani, maka hendaklah terlebih dahulu seseorang itu memaikai ihram. Sesiapa yang telah berihram dan berniat demikian maka haramlah baginya melakukan beberapa perkara yang diharuskan sebelumnya.
Maksudnya: “sahaja aku mengerjakan umrah dan berihram dengannya kerana Allah Ta’ala
Copy Right Noble Travel & Tours Sdn Bhd 2011
CARA-CARA MEMAKAI KAIN IHRAM Ihram Lelaki
Sempurna
Copy Right Noble Travel & Tours Sdn Bhd 2011
Ittiba’
Ihram Wanita
PERKARA YANG DILARANG DALAM WAKTU IHRAM Sebaik sahaja seseorang itu berniat haji atau umrah maka wajiblah menjaga pantang larang ihram seperti berikut: Menutup kepala atau sebahagian daripadanya, seperti memakai songkok, serban dan sebagainya . tetapi tidak menjadi larangan sekiranya berteduh di bawah batang pokok atau payung (bagi lelaki). Memakai pakaian bersarong sarna ada berjahit atau sebagainya seperti seluar, baju kemeja, sarong kaki (bagi lelaki). Menutup muka (bagi wanita). Memakai sarong tangan (bagi lelaki dan wanita).
Copy Right Noble Travel & Tours Sdn Bhd 2011
Memakai bau-bauan pada badan atau pakaian atau pada makanan, minuman atau menyedutnya ke dalam hidung (bagi lelaki dan wanita). Memakai minyak pada kepala atau janggut (bagi lelaki dan wanita). Menanggalkan rambut atau menghilangkan mana-mana bulu dianggota badan.(bagi lelaki dan wanita) Mengerat atau membuang kuku (bagi lelaki dan wanita). Memotong, menebang atau mencabut pokok atau tumbuhan di Tanah Hararn (bagi lelaki dan wanita). Membunuh binatang yang halal dimakan atau membinasakannya sama ada di Tanah Haram atau di Tanah Halal (bagi lelaki dan wanita). Bersetubuh. Copy Right Noble Travel & Tours Sdn Bhd 2011
Melakukan perkara pendahuluan bersetubuh seperti bercium,berkucup-kucupan atau berpeluk yang menaikkan nafsu syahwat. Akad nikah sama ada ijab atau qabul untuk diri sendiri atau mewakili orang lain.
Copy Right Noble Travel & Tours Sdn Bhd 2011
Membaca Talbiah Setelah berniat umrah ketika melalui atau melintasi Miqat dengan niatnya. Maka perbanyakkanlah bacaan talbiah di sepanjang perjalanan hingga sampai ke Mekah untuk mengerjakan rukun-rukun haji atau umrah selanjutnya. Bacaan talbiah:
Maksudnya: "Hamba-Mu datang menyahut panggilan- Mu, Ya Allah hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu. Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu Tuhan yang tidak ada sekutu bagi-Mu. Hamba datang menyahut panggilan-Mu. Sesungguhnya segala pujian dan ni'kmat serta kerajaan adalah kepunyaan-Mu, tidak asa sekutu bagi-Mu" Copy Right Noble Travel & Tours Sdn Bhd 2011
MIQAT UMRAH
Madinah Zatu Irqin 94km
Zulhulaifah 450km Juhfah 187km Tan’im Makkah 5km Hudaibiyah 29km
Copy Right Noble Travel & Tours Sdn Bhd 2011
Ja’aranah 22km
Yalamlam 54km
Qarnul Manazil 94km
MASJID AL HARAM Bab Raja Fahad Babul Umrah Ka’abah Bab Raja Abdul Aziz Babul Fatah Safa Babul Al-Salam
Copy Right Noble Travel & Tours Sdn Bhd 2011
Marwah
TAWAF Syarat-syarat Tawaf Hendaklah memulakan Tawaf di garisan yang setentang dengan Hajarul Aswad dan menyudahkan ditempat yang sama. Berniat melakukan Tawaf Tawaf sebanyak 7 pusingan keiling Ka’abah Mengelilingi Kaabah(Bahu kiri ke arah Ka’abah) Berjalan sewaktu tawaf bertujuan untuk bertawaf sahaja Tawaf mestilah dalam masjid dan diluar Hijir Ismail serta tidak menyentuh mana-mana bahagian Ka’abah (Syazarwan) Orang yang Tawaf hendaklah sentiasa suci dan berwudhuk Menutup aurat seperti mana dalam solat Copy Right Noble Travel & Tours Sdn Bhd 2011
Di antara sunat-sunat Tawaf Berdoa di tiap-tiap pusingan 7 kali berturut-turut Memakai pakaian berwarna putih Berlari-lari anak pada 3 pusingan pertama Istilam (melambai tangan Kanan ke Hajar Aswad dan Rukun Yamani kemudian mengucup tangan itu) Beridtiba’ bagi lelaki yang berihram
Copy Right Noble Travel & Tours Sdn Bhd 2011
CARA-CARA MENGERJAKAN TAWAF Berdiri bersetentangan dengan Hajar Aswad Hadar Hajar Aswad dengan sepenuh tubuh serta Berniat Tawaf Umrah:
Maksudnya: “Ya Allah, aku hendak melakukan tawaf Baitullahil Haram tujuh kali keliling Tawaf Umrah kerana Allah Ta’ala, maka permudahkanlah bagiku dan terimalah daripadaku.”
Copy Right Noble Travel & Tours Sdn Bhd 2011
Istilam Hajar Aswad sambil mengucapkan:
Maksudnya: “Dengan nama Allah dan Allah Yang Maha Besar, semua pujian adalah kepada Allah.” Selesai Istilam, berdiri berpaling dengan mengiringkan Ka’abah (bahu kiri ke arah Ka’abah) dan mula berjalan sambil berdoa. Apabila Sampai di Rukun Yamani, lakukan Istilam Tawaf keliling Ka’abah sebanyak 7 pusingan
Copy Right Noble Travel & Tours Sdn Bhd 2011
Setelah Selesai Tawaf dan berdoa di Multazam, dirikan solat sunat Tawaf. Niat Solat sunat:
Maksudnya: “Sahaja aku sembahyang sunat tawaf dua rakaat kerana Allah Ta’ala.” Setelah selesai solat Sunat Tawaf, minumlah Air Zamzam sebanyak yang mungkin atau sekurangkurangnya tiga tegur sambul membaca doa:
Maksudnya: “Ya Allah sesungguhnya aku bermohon kepadaMu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang luas dan penawar bagi segala penyakit.” Copy Right Noble Travel & Tours Sdn Bhd 2011
KA’ABAH Penjuru Yamani
Penjuru Syami Mirzab Al-Rahman
Kelambu Ka’abah
Hijir Ismail Penjuru Iraqi
Penjuru Hajarul Aswad Hajarul Aswad
Shazarwan Al-Multazam
Pintu Ka’abah Makam Nabi Ibrahim Tempat Bermula Tawaf Copy Right Noble Travel & Tours Sdn Bhd 2011
CARA TAWAF
1 2 5 4 7 3 6
Copy Right Noble Travel & Tours Sdn Bhd 2011
SA’EI Syarat-syarat Sa’ei Hendaklah dilakukan selepas Tawaf Dimulakan dari Safa dan selesai di Marwah Hendaklah disempurnakan 7 kali berulang alik dari Safa ke Marwah. (Contohnya berjalan dari Safa ke Marwah adalah 1 Kali, kemudian berjalan balik dari Marwah ke Safa merupakan yang ke-2 dan seterusnya sehingga berakhir di Marwah) Sa’ei kerana beribadat dan tiada tujuan lain Sa’ei hendaklah dilakukan di Batnul Wadi (tempat yang termaklum)
Copy Right Noble Travel & Tours Sdn Bhd 2011
Di antara sunat-sunat Sa’ei Menuju dan masuk ketempat Sa’ei melalui pintu Safa Menaiki bukit Safa dan Marwah hingga sampai batu-batu bukit Mengadap dan melambaikan dua tangan ke arah kiblat sambil bertakbir
Maksudnya: “Dengan nama Allah dan Allah Yang Maha Besar, semua pujian adalah kepada Allah.” Berlari-lari anak bagi lelaki tidak bagi wanita, apabila sampai di tempat yang bertanda lampu hijau sambil berdoa sehingga tiba di bahagian yang bertanda lampu hijau yang kedua. Berwuduk dan Menutup aurat Berturut-turut 7 kali Berjalan atau menaiki kereta tolak bagi yang uzur Copy Right Noble Travel & Tours Sdn Bhd 2011
CARA-CARA MENGERJAKAN SA’EI Memulakan Sa’ei dari Bukit Safa Membaca niat Sa’ei
Maksudnya: “Ya Allah, sahaja aku Sa’ei di antara Safa dan Marwah tujuh kali Sa’ei Umrah kerana Allah Ta’ala.” Merlambai ke Ka’abah dengan kedua belah tangan sambil mengucap Maksudnya: “Dengan nama Allah dan Allah Yang Maha Besar, semua pujian adalah kepada Allah.” Copy Right Noble Travel & Tours Sdn Bhd 2011
CARA SA’EI Lampu Hijau Marwah 7 3 1 5 6 2 4
Safa Lampu Hijau
Copy Right Noble Travel & Tours Sdn Bhd 2011
TAHALLUL Setelah selesai Sa’ei dan berdoa, bertahallul dengan menggunting rambut sekurang-kurangnya 3 helai rambut (bagi lelaki sunat cukur habis dan bagi wanita menggunting rambut dengan kadar panjang jari tangan)
Selamat Menjalankan Ibadah Umrah Kami mendoakan semoga semua jemaah mendapat ibadah Umrah Mabrur Copy Right Noble Travel & Tours Sdn Bhd 2011
NOBLE TRAVEL & TOURS (M) SDN BHD 56-1, Jalan 2/23A Taman Danau Kota Off Jalan Genting Kelang, Setapak 53300 Kuala Lumpur Malaysia Tel: 603 4143 9503 / 603 4143 9534 Fax: 603 4143 9504 Email:
[email protected] Copy Right Noble Travel & Tours Sdn Bhd 2011