4sidis.blogspot.com
Empayar Turki Uthmaniyyah (Turki Uthmaniyyah: Devlet-i Aliye-i Osmaniye; Turki Moden: Osmanlı İmparatorluğu; Arab: اﻟﺪوﻟـــــﺔ اﻟﻌﺜﻤﺎﻧﯿـــــﺔ, al-Dawlaṭ al-'Uthmānīyyaṭ) keluarga Bani Osmani ini adalah sebahagian kecil dari keseluruhan suku-suku bangsa Turki yang dikenali sebagai bangsa Turki yang masuk ke Asia Kecil semenjak abad ke sebelas yang lalu. Bangsa ini adalah pemimpin-pemimpin yang terus-menerus berjuang menentang Byzantine, terutama setelah mereka bergerak ke barat laut Anatolia di abad ke-13. Pengikutpengikutnya direputasikan sebagai ghazi atau lebih mudah dikenali sebagai parajurit yang berjuang memerangi Kristian kerana jihad untuk menegakkan Islam, dan mengecapi kejayaan. Di sinilah wujudnya empayar atau kerajaan Uthmaniah, yang menampung kerajaan-kerajaan kecil bangsa Turki yang lain. Pemerintah Uthmaniyyah melihat diri mereka sebagai "pemerintah universal" dan waris kepada Empayar Rom dan Islam, maka terjadilah "penyatuan kebudayaan".[1] Pada tahun 1357 mereka menyeberangi Dardenalles menuju ke semenanjung Gallipoli dan sebelum akhir abad ke-14 mereka telah menduduki beberapa kawasan dibawah kerajaan Byzantine, termasuk Greece dan Bulgaria. Constantinople (kemudian ditukar nama kepada Istanbul) jatuh ke tangan kerajaan Uthmaniah pada tahun 1453. Pada tahun 1526 sebagian besar wilayah Hungary telahpun berada di bawah kekuasaan Uthmaniah .Kerajaan Uthmaniah mempunyai angkatan laut yang handal di Lautan Tengah dan melaksanakan tugasnya dalam perang dengan Sepanyol dan kuasa-kuasa Eropah yang lain. Algeria segera mereka kuasai dan akhirnya menambahkan Tunisia sebagai wilayah kerajaan Uthmaniah. Uthmaniah juga melanjutkan peluasan kuasanya dengan menuju ke bahagian tenggara, menduduki Iraq dan bahagian-bahagian wilayah Arab yg lain. Bagi bangsa Eropah Barat, kemajuan Uthmaniah merupakan keganasan Islam. Dengan ini mereka menegaskan bahawa Islam adalah agama kekejaman dan agama pedang yang menakutkan. Maka tidak hairanlah pada tahun 1542, Dewan Kota Praja Basel di Switzerland membekukan penerbitan terjemahan Al Qur'an yang diterjemahkan oleh Robert dari Ketton. Dewan Kota Praja ini membantah dengan mengatakan "dongeng dan bid'ah yang dibuat-buat" dalam Al Qur'an itu akan mengganggu penganut Kristian Pada akhir abad ke-17, kelemahan kerajaan Uthmaniyah mulai terserlah selepas satu setengah abad berkuasa. Pengepungan ke atas Vienna di tahun 1683 turut menemui kegagalan dan kerajaan Uthmaniah kini pula menghadapi Persekutuan dari Austria, Poland, Venice dan Paus, dan bangsa Rusia. Semenjak tahun 1699 mereka telah banyak menemui kekalahan dan di dalam perjanjian damai Karlovitz, Uthmaniah harus mempersetujui penyerahan wilayah-wilayahnya kepada Austria, Vennice dan Poland. Walaupun demikian, mereka tetap mempertahankan hak mereka di bahagia tenggara Eropah, termasuk pantai barat dan utara Laut Hitam. Namun pada abad ke-19, kerajaan Uthmaniah kembali kehilangan sebahagian besar dari wilayah taklukkannya yang dimulai dengan kemerdekaan Greece pada tahun 1829 dan pendudukan Perancis ke atas Algeria pada tahn 1830. Kerajaan Uthmaniah menjadi "the sick man of Europe" iaitu Orang Eropah yang sakit dan hanya persaingan mereka inilah yang mencegah terjadinya perpecahan-perpecahan yang dahulunya pernah terjadi. Setelah kekalahannya dalam Perang Dunia I di tahun 1912-1919, semua wilayah ini masih tetap berada di bawah Kerajaan Uthmaniah, dengan wilayah Eropahnya adalah kawasan di sekitar Istanbul meluas sampai ke sebelah utara Edirne (Adrianople) dan ke barat sampai ke Gallipoli. Bangsa Turki di bawah kekuasaan Mustafa Kamal Ataturk telah menghapuskan nama Kerajaan Uthmaniah pada 1922 dan diganti dengan Republik Turki. Wilayah-wilayah jajahan di Asia dan Afrika dahulu telah hilang kecuali Anatolia yang masih berada di wilayah Republik Turki ini.
4sidis.blogspot.com
Isi kandungan [sorok]
1 Sejarah o 1.1 Penubuhan dan Kemajuan (1299-1453) o 1.2 Perkembangan (1453-1683) o 1.3 Genangan (1683-1827) o 1.4 Kemerosotan dan pemodenan (1828-1908) o 1.5 Pembubaran (1908-1922) o 1.6 Sejarah kebangsaan 2 Sejarah ekonomi 3 Negeri o 3.1 Sultan 4 Undang-undang 5 Ketenteraan 6 Kebudayaan 7 Kronologi Empayar Uthmaniyyah 8 Nota dan rujukan 9 Lihat juga 10 Pautan luar
[sunting] Sejarah Wilayah Uthmaniyyah pada mulanya dikenali sebagai Beylik di dalam Kerajaan Turki Seljuk pada kurun ke-13. Pada tahun 1299, Uthman I mengisytiharkan kemerdekaan Wilayah Uthmaniyyah dan mengasaskan Kerajaan Turki Uthmaniyyah.
[sunting] Penubuhan dan Kemajuan (1299-1453) Rencana utama: Penubuhan Turki Uthmaniyyah Semasa penubuhan dan perkembangan Empayar Uthmaniyyah, karakteristik empayar ini tidak boleh disoal lagi lebih-lebih lagi semasa pemerintahan Sultan Muhammad al-Fatih. Hal ini menjadikan Empayar Uthmaniyyah istimewa dalam sejarah ketamadunan manusia.
Sultan Muhammad al-Fatih
4sidis.blogspot.com
Sepanjang kurun ke-16, Empayar Uthmaniyyah terus berkembang daripada segi wilayah dan kekuasaan dengan mengembangkan kekuasaan sehingga ke Afrika Utara di barat daya dan Parsi di sebelah timur. Semasa Perang Chaldiran, di sebelah timur Anatolia, (sekarang di barat Tabriz, Turki) pada tahun 1514, tentera Uthmaniyyah di bawah pimpinan Sultan Selim I memenangi pertempuran menentang tentera Parsi. Hal ini memastikan keselamatan wilayah Uthmaniyyah di sebelah timurnya. Selepas itu tumpuan Empayar Uthmaniyyah beralih kepada bahagian barat empayar terbabit. Sultan Sulaiman I, selepas menaiki takhta pada tahun 1518, mengetuai beberapa siri ketenteraan di Balkan. Di bawah Suleiman yang juga merupakan seorang strategis yang hebat, tentera Uthmaniyyah mara ke utara dengan menguasai Belgrade (1521), mengalahkan Hungary (1526), dan menyerang Vienna (1529). Kejayaan pengembangan kuasa Uthmaniyyah pada kurun ke-16 adalah kerana kemahiran bersenjata api dan taktik peperangan di samping kesempurnaan sistem ketenteraan. Tentera Uthmaniyyah juga amat mahir dalam melakukan serangan dan kepungan kerana serangan seperti ini mendatangkan kesan kemusnahan yang teruk terhadap musuh mereka. Salah satu contoh terbaik untuk menunjukkan kemahiran mereka menyerang atau membuat pengepungan ialah semasa peristiwa penaklukan Constantinople (Istanbul) pada tahun 1453. Semasa serangan terbabit, meriam-meriam besar digunakan bagi memusnahkan tembok yang tinggi dan tebal. Meriam-meriam ini diperbuat daripada gangsa dan dibawa berdekatan dengan kota ini menggunakan banyak tenaga manusia disamping penggunaan kerbau dan lembu kerana berat yang melampau meriam-meriam ini. Meriam-meriam ini kemudiannya ditanam di sebelah hujung bagi menyerap tekanan letupannya. Seorang panglima Austria pernah berkata bahawa tentera Uthmaniyyah amat "kebal" semasa musim panas. Keterangan ini nyata benar memandangkan banyak kejayaan dicapai semasa kempen-kempen perangnya.
[sunting] Perkembangan (1453-1683) Rencana utama: Perkembangan Turki Uthmaniyyah
Empayar Turki Uthmaniyyah, 1481 - 1683 Perkembangan kekuasaan Uthmaniyyah boleh dikategorikan kepada dua zaman. Zaman pertama boleh dikatakan semasa berlakunya penaklukan dan perkembangan kuasa; iaitu bermula daripada penawanan Constantinople pada tahun 1453 sehinggalah kemangkatan Sultan Sulaiman al-Qanuni (Suleiman the Magnificent) pada tahun 1566. Selepas berakhirnya zaman pertama, zaman kedua pula muncul iaitu semasa struktur pentadbiran mula menunjukkan kelemahannya akibat daripada perebutan kuasa dan rasuah iaitu dari tahun 1566 sehinggalah kegagalan serangan ke atas Vienna pada tahun 1683. Bagi meluaskan pengaruh dan kawasan Empayar Uthmaniyyah semasa zaman perluasaan kuasanya, pemimpin memilih untuk menyebarkan melalui laluan air yakni laut. Selim I
4sidis.blogspot.com
menawan Parsi sebelum tewas kepada tentera Parsi tidak lama kemudian. Parsi kemudian menewaskan tentera Uthmaniyyah dan menawan sebahagian kawasan milik Uthmaniyyah di timur empayar itu. Mereka juga berjaya menawan Baghdad. Empayar Uthmaniyyah menubuhkan tentera laut di Laut Merah bagi mengatasi pengaruh Portugis dalam perdagangan rempah. Semasa zaman ini, Empayar Uthmaniyyah bersaing dengan kuasakuasa Eropah di Laut India. Empayar Uthmaniyyah juga menghantar tentera lautnya bersama-sama dengan kelengkapan perang dan askar ke Kenya dan Aceh bagi membantu pemerintah-pemerintah Muslim di sana, di samping mempertahankan perdagangan rempah dan hamba. Di Aceh, Empayar Uthmaniyyah membina kubu dan mempertahankannya menggunakan meriam, selain itu Sultan Aceh,Sultan Alauddin Riayat Shah Al Qahar telah memimpin sebuah armada perang dibantu oleh tentera turki Uthmaniyyah dengan meriammeriam besar dari Istanbul menggempur Portugis di Melaka. Empayar Turki Uthmaniyyah juga merupakan kuasa yang bertanggungjawab dalam membantu perjuangan pihak Protestan Belanda bagi menghadapai konflik mereka dengan golongan Katolik Sepanyol. Tentera laut Uthmaniyyah juga mempunyai banyak pengaruh di Laut Mediterranean menjadikan perdagangan di sana berkembang dengan pesat disebabkan kestabilan perdagangan di situ. Zaman ini kemudiannya dikenali sebagai zaman "Pax Ottomanica" oleh orang Barat. Serangan ke atas Vienna bukanlah satu siri pengembangan kuasa Empayar Uthmaniyyah terhadap Jerman. Sebenarnya pihak Turki Uthmaniyyah hanyalah ingin bertindak terhadap campur tangan Hapsburg Sepanyol ke atas Hungary. Hal ini juga menyebabkan sesetengah sekutu Uthmaniyyah membelot terhadap Empayar Uthmaniyyah. Paus di Itali kemudiannya meninggalkan kepentingan sekularnya bagi membangkitkan semangat anti-Islam di samping ingin melancarkan Perang Salib yang baru. Dalam masa yang akan datang, Empayar Uthmaniyyah bukan sahaja sebuah kuasa penakluk tetapi juga sebuah instrumen politik Eropah. Perang di Vienna membawa kepada zaman kemerosotan terhadap Empayar Utmaniyyah.
[sunting] Genangan (1683-1827) Rencana utama: Genangan Empayar Uthmaniyyah
Sultan Murad IV Selepas tewasnya tentera Uthmaniyyah dalam perang di Vienna pada tahun 1683 yang menunjukkan bahawa Empayar Uthmaniyyah bukan lagi kuasa besar di Eropah. Pada tahun 1699, buat pertama kali dalam sejarahnya, Empayar Uthmaniyyah mengakui bahawa Austria adalah sama taraf dengannya. Bukan sahaja itu, Empayar Uthmaniyyah juga kehilangan wilayah besar dikuasainya sejak sekian lama. Terdapat banyak sultan yang dilantik selepas itu yang tidak sekuat generasi Mehmed II, Selim I dan Suleyman I.
4sidis.blogspot.com
Semasa zaman kemerosotan ini, Empayar Uthmaniyyah lemah kerana masalah dalaman dan luarannya disebabkan peperangan yang amat mahal terutamanya menentang Parsi, Persekutuan Poland-Lithuania, Rusia, Austria-Hungary. Perang Rusia-Turki ialah peperangan antara Rusia dan Empayar Uthmaniyyah semasa kurun ke-17, ke-18, dan ke-19 masihi (kesemuanya 10 peperangan). Ia merupakan di antara konflik yang paling lama dalam sejarah Eropah yang berlarutan selama 241 tahun; lebih lama daripada Perang Seratus Tahun di antara England dan Perancis. Sebelum itu, Empayar Uthmaniyyah tewas dalam Perang Lepanto pada tahun 1571. Perjanjian Passarowitz menghasilkan satu era yang aman di antara tahun 1718-1730. Pentadbiran Uthmaniyyah mula berubah dengan memajukan kota-kota sekitar Balkan yang akan menjadi benteng pertahanan mereka sekiranya peperangan meletus dengan kuasa Eropah. Pelbagai perubahan dilakukan seperti mendapat pandangan rakyat, mengurangkan cukai, memperbaiki kemudahan awam, dan berbagai-bagai lagi perubahan. Walau bagaimanapun, Empayar Uthmaniyyah gagal bersaing dalam bidang teknologi dengan musuhnya di Eropah, terutamanya Rusia. Pada penghujung kurun kelapan-belas menyaksikan Empayar Uthmaniyyah ketinggalan jauh berbanding kuasa Barat. Peperangan berlaku dan mengakibatkan Uthmaniyyah kehilangan banyak wilayah kepada Rusia dan Austria. Kawasan seperti Mesir juga mencapai kemerdekaan. Semasa zaman ini, bermula dengan pemerintahan Sultan Selim III terdapat usaha-usaha untuk memodenkan sistem-sistem di Turki. Banyak reformasi yang dilakukan oleh pemerintah dihalang oleh golongan-golongan konservatif di dalam Turki Uthmaniyyah sendiri sama ada oleh golongan keagamaan atau oleh golongan Janissari yang pada masa ini telah menjadi korup. Walaupun askar elit Janissari ini dimansuhkan pada tahun 1826, usaha ini masih mendapat tentangan.
[sunting] Kemerosotan dan pemodenan (1828-1908) Rencana utama: Kemerosotan Empayar Uthmaniyyah Proses kemerosotan dan kejatuhan Empayar Uthmaniyyah dibentuk oleh pengstukturan semula dan transformasi dalam setiap aspek Empayar Uthmaniyyah. Walau bagaimanapun, usaha yang berterusan tidak membantu dalam menghalang proses kemerosotan sistem Uthmaniyyah. Satu perubahan yang signifikan hanyalah apabila Empayar Uthmaniyyah mula menjadi sekutu kuasa-kuasa Eropah. Terdapat beberapa siri pakatan dengan beberapa negara Eropah seperti Perancis, Belanda, Britain dan Rusia. Salah satu contoh yang nyata ialah semasa Perang Krimea, yang mana Perancis, Britain, dan Uthmaniyyah berpakat menentang Tsar Rusia. Terdapat pada satu masa iaitu antara tahun 1839 dan 1876, reformasi dilaksanakan. Semasa zaman ini tentera moden ditubuhkan. Sistem perbankan juga disusun semula di samping pembinaan kilang-kilang yang moden. Dari struktur ekonomi pula, pihak pentadbir Uthmaniyyah menghadapi kesukaran membayar balik pinjaman yang dibuat dengan bankbank di Eropah. Dari segi ketenteraan, ia menghadapi masalah mempertahankan dirinya daripada diduduki kuasa-kuasa asing (cth: Mesir diduduki Perancis pada 1798; Cyprus diduduki British pada 1876, dll.). Dalam semua idea Empayar Uthmaniyyah dapati daripada kuasa Barat seperti nasionalisme etnik. Kebangkitan nasionalisme etnik mengancam kestabilan Uthmaniyyah kerana rakyatnya
4sidis.blogspot.com
yang berbilang bangsa. Banyak peristiwa pemberontakan atas nama nasionalisme muncul dan mengugat Empayar Uthmaniyyah.
Pembukaan İttihat ve Terakki Cemiyeti Kebangkitan nasionalisme memaksa Empayar Uthmaniyyah untuk bertindak. Sepanjang enam abad yang lalu banyak yang telah berubah kecuali sistem kerajaan. Ada juga sekumpulan orang dari Uthmaniyyah yang mempunyai pendidikan barat berpendapat bahawa konsep raja berpelembagaan dapat mengurangkan tekanan di dalam negara. İttihat ve Terakki Cemiyeti (Perhimpunan Perpaduan dan Kemajuan) mempunyai hubungan yang istimewa dalam kumpulan ini. Menurut buku yang dikeluarkan oleh İttihat ve Terakki Cemiyeti, kejayaan dapat dicapai sekiranya perubahan dilakukan terhadap institusi sosial dan politik Uthmaniyyah. Menerusi sebuah penggulingan ketenteraan, İttihat ve Terakki Cemiyeti memaksa Sultan Abdul Aziz untuk menyerahkan takhta kepada Murad V. Bagaimanapun, Murad V mempunyai masalah mental. Sultan Abdul Aziz terpaksa dipanggil semula dengan syarat baginda akan mengubah sistem politiknya. Sultan Abdul Aziz mengubah struktur pentadbiran yang berusia ratusan tahun ini 23 November 1876. Baginda mengubah nama perlembagaan baru ini kepada "Kanun-i Esasi". Perlembagaan ini bertahan sehinggalah bermulanya Perang Krimea. Menjelang penghujung kurun kesembilan belas, keadaan politik Empayar Uthmaniyyah menunjukkan keadaan kucar-kacir pada masa akan datang. Hal ini jelas menunjukkan bahawa reformasi dan perubahan tidak cukup untuk membuat perbezaan dan tidak cukup untuk menghalang pembubaran Empayar Turki Uthmaniyyah.
[sunting] Pembubaran (1908-1922) Rencana utama: Pembubaran Turki Uthmaniyyah Dari sudut sosial, kebangkitan semangat nasionalisme dan perubahan untuk demokrasi menjadikan rakyat semakin tidak tenteram. Hal ini akhirnya menyebabkan beberapa siri perebutan kuasa yang mengakibatkan konsep raja berperlembagaan ditubuhkan yang mana sultan mempunyai sedikit kuasa manakala Parti Jawatankuasa Pembangunan dan Kemajuan, lebih dikenali sebagai Turki Muda, memerintah keseluruhan Empayar Uthmaniyyah.
4sidis.blogspot.com
Peta terakhir kawasan Empayar Uthmaniyyah. Tiga buah negara Balkan yang baru terbentuk pada penghujung abad kesembilan belas. Keseluruhan wilayah itu termasuk Montenegro mencari kawasan tambahan di dalam wilayah Albania, Macedonia, dan Thrace yang berada di bawah pentadbiran Uthmaniyyah. Dengan dorongan dari Rusia, beberapa siri perjanjian ditandatangani: antara Serbia dan Bulgaria (Mac 1912) dan antara Greece dan Bulgaria (Mei 1912). Perjanjian di antara Serbia dan Bulgaria mendesak kepada perpisahan Macedonia yang mengakibatkan Perang Balkan I. Selepas itu terjadi pula Perang Balkan II. Dalam usaha terakhir untuk memastikan wilayah-wilayah terbabit kekal dalam kekuasaan Uthmaniyyah, Enver Pasha menyertai kuasa tengah dalam Perang Dunia Pertama. Semasa waktu ini, Landasan Kereta Api Baghdad yang dikuasai Jerman menjadi punca pertenglikaian antarabangsa dan memainkan peranan dalam punca tercetusnya Perang Dunia Pertama. [2] Empayar Uthmaniyyah mendapat beberapa kejayaan dalam tempoh awal peperangan terbabit. Pihak bersekutu, termasuk unit tentera baru, ANZAC dikalahkan di Gallipoli, Iraq dan Balkan, dan beberapa kawasan diperolehi. Di Caucasus, tentera Uthmaniyyah tewas dalam beberapa siri pertempuran dan ini membolehkan tentera Rusia bergerak dari Trabzon, Erzurum, ke arah Van. Empayar Uthmaniyyah bagaimanapun tewas pada akhir peperangan ini terhadap pihak bersekutu dan mengakibatkan ia kehilangan wilayahnya. Mustafa Kemal Pasha, yang memperoleh reputasi yang baik semasa kempen di Gallipoli dan Palestin, dengan rasmi dihantar daripada Istanbul (ditawan) untuk memerintah dan membubarkan tentera Uthmaniyyah di Caucasus. Pada awalnya pihak Uthmaniyyah hanya mengikuti arahan sahaja. Walau bagaimanapun dalam masa tahun kemudian, berlakunya perang kemerdekaan Turki (1918-1923) menentang kuasa asing. Perjuangan mereka ini mengakibatkan penggulingan kuasa Sultan Mehmet VI oleh Perhimpunan Baru Turki. Republik Turki kemudian diasaskan pada 29 Oktober 1923.
Sejarah ekonomi Kerajaan Uthmaniyyah meneruskan polisi pembangunan Bursa, Edirne (Adrianople) dan Istanbul, yang kesemuanya merupakan ibu negara Uthmaniyyah, untuk menjadikan bandarbandar ini pusat komersial dan industri, dengan mengajak pedagang-pedagang untuk mencipta satu metropolis baru. [3] Mehmed dan penggantinya Bayezid, juga menggalakkan dan menerima migrasi puak-puak Yahudi daripada pelbagai bahagian Eropah, yang tinggal di Istanbul dan bandar-bandar pelabuhan yang lain seperti Salonica. Minda ekonomi Uthmaniyyah adalah berasaskan konsep asas negara dan masyarakat di Timur Tengah yang mana matlamat utama sebuah negara adalah untuk memperkembangkan lagi kekuasaan
4sidis.blogspot.com
pemerintah dan salah satu cara untuk mencapainya adalah dengan mendapatkan sumber kekayaan dengan menjadikan kelas produktif berkembang. [4] Matlamat paling penting adalah untuk meningkatkan pendapatan negara sebanyak yang mungkin tanpa merosakkan kemakmuran rakyat bagi menghalang kekacauan masyarakat dan memastikan konsep tradisional masyarakat terpelihara. Organisasi Jabatan Perbendaharaan berkembang di bawah Empayar Uthmaniyyah berbanding kerajaan-kerajaan Islam lain dan sehingga kurun ke-17, Empayar Uthmaniyyah adalah organisasi peneraju berbanding yang lain.[5] Organisasi ini menghasilkan satu kumpulan masyarakat yang baru, yang mana ulama yang terlatih menghasilkan badan profesional kewangan.[5]
[sunting] Negeri Terdapat beberapa ciri didalam negeri kekuasaan Turki Uthmaniyyah yang mana tidak menunjukkan perubahan setelah sekian lama. Negeri-negeri Uthmaniyyah merevolusikan sistem pentadbiran dengan bantuan dan pengalaman masyarakat Kristian dan Yahudi sementara negeri-negeri lain masih berpegang kepada agama dan identiti mereka sendiri. Hal ini adalah salah satu cara mengembangkan kawasan mereka dengan pesat yang memerlukan sumber tempatan untuk menguruskan sistem pentadbiran terbabit. Contohnya; perlantikan penasihat kepada sultan. Ada diantara mereka ini dilantik daripada masyarakat bukan Islam dan bukan berbangsa Turki tetapi amat setia kepada negara.. Dalam linkungan diplomatik, Empayar Uthmaniyyah seringkali ditafsir sebagai ﺑﺎب ِ ﻋﻠﯽBâbi-âlî, atau Sublime Porte ("pintu besar") - sebuah ilusi terhadap pintu besar Istana Topkapı di mana sultan menyambung wakil-wakil dan duta-duta kerajaan asing. Ada sesetegah pihak menafsirkan gelaran tersebut berikutan kedudukan geografi empayar ini. Hal ini bermakna Istanbul, ibu negeri Uthmaniyyah menjadi gerbang di antara Eropah dan Asia. Masyarakat barat seringkali menganggap Empayar Uthmaniyyah sebagai Empayar Turki ataupun Turki; yang kemudiannya tidak patut dikelirukan dengan negara Turki moden.
[sunting] Sultan Rencana utama: Dinasti Uthmaniyyah dan Senarai Sultan Empayar Uthmaniyyah Sultan ialah pemerintah tunggal Empayar Uthmaniyyah walaupun pada akhir zaman empayar ini, kuasa mereka menjadi semakin terhad. Dinasti ini dikenali sebagai Osmanli atau Uthmaniyyah oleh sesetengah pihak. Pemerintah pertama empayar ini menggelar diri mereka sebagai Bey. Oleh itu mereka mereka mengakui kesetiaan kepada Kerajaan Seljuk. Sultan Murad I ialah pemerintah pertama yang menggunakan gelaran "sultan". Dengan tertawannya Constantinople (Istanbul) pada tahun 1453, empayar ini semakin menuju ke kemuncak kehebatannya. Mulai tahun 1517, sultansultan Uthmaniyyah juga merupakan Khalifah umat Islam. Sultan-sultan juga digelar dengan pelbagai gelaran, antaranya ialah Sultan bagi segala Sultan, Panglima orang-orang Mukmin, dan waris Rasulullah s.a.w.
4sidis.blogspot.com
[sunting] Undang-undang Rencana utama: Undang-undang Uthmaniyyah Terdapat tiga jenis sistem perundangan di dalam Empayar Uthmaniyyah: satu bagi orang Islam (kadi), satu bagi orang bukan Islam, dan satu bagi perdagangan. Undang-undang tertinggi empayar ini ialah Undang-Undang Kanun. Mahkamah utama dalam empayar ini ialah Mahkamah Syariah. Pentadbiran tempatan adalah salah satu cara untuk menyamaratakan kuasa pusat dan tempatan.[6] Terdapat dua sistem kehakiman iaitu Undang-Undang Syariah dan Undang-Undang Kanun. Tidak berlaku percampuran kuasa bagi masalah agama yang lain. Undang-undang Syariah ialah berdasarkan Al Quran dan hadith. Undang-undang kanun (juga dikenali sebagai Undang-undang sivil) ialah undang-undang yang ditetapkan oleh sultan. Kedua-dua sistem ini diajar di sekolah undang-undang yang wujud di Bursa dan Istanbul. Mahkamah diuruskan oleh seorang kadi yang dilantik sultan.
[sunting] Ketenteraan Rencana utama: Ketenteraan di Turki Uthmaniyyah Pengambilan askar baru untuk menjadi sebahagian daripada tentera Uthmaniyyah merupakan satu sistem yang kompleks. Didalam tentera Uthmaniyyah, askar berkuda merupakan unit utamanya. Askar berkuda ini menggunakan panah dan pedang pendek sambil mempraktikkan taktik seperti yang ditunjukkan oleh tentera Mongol. Tentera Uthmaniyyah pernah menjadi tentera termoden dan terkuat di dunia, menjadikannya kerajaan pertama menggunakan khidmat askar bersenapang (Bahasa Inggeris muskets). Unit tentera elit Uthmaniyyah ialah tentera Janissari yang juga merupakan pengawal peribadi sultan-sultan. Selepas kurun ke 17, Kerajaan Uthmaniyyah tidak lagi mampu menghasilkan angkatan tentera moden disebabkan kurangnya reformasi dan askar-askar Janissari yang korup. Pembubaran unit Janissari pada tahun 1826 sudah terlambat dan ketika perang menentang Rusia, Empayar Uthmaniyyah kekurangan senjata moden dan teknologi. Pemodenan Empayar Uthmaniyyah pada kurun ke-19 bemula dengan pemodenan angkatan tenteranya. Empayar ini merupakan institusi pertama mengupah pakar asing dan menghantar pegawai-pegawai kanan mereka untuk menjalani latihan di negara-negara Barat. Dengan cara ini teknologi dan senjata baru tiba di sini seperti senapang dari Jerman dan British, tentera udara dan tentera laut moden. Empayar Uthmaniyyah berjaya dalam memodenkan angkatan tenteranya, walau bagaimanapun mereka masih tidak dapat menandingi kuasa-kuasa Barat.
[sunting] Kebudayaan Rencana utama: Kebudayaan Uthmaniyyah
4sidis.blogspot.com
Taman Istanbul Kajian terkini menunjukkan bahawa Empayar Uthmaniyyah sememangnya kaya dengan kebudayaan. Pada asalnya, orang-orang Uthmaniyyah tergolong dalam kebudayaan orangorang Asia Tengah. Mereka kemudiannya mengintegrasikan kebudayaan Parsi dan Byzantine dalam kehidupan harian mereka. Apabila melihat seni-seni Uthmaniyyah, kita dapat mengetahui bahawa mereka mewarisinya daripada asal-usul mereka. Mereka menggunakan banyak budaya Parsi. Empayar ini menunjukkan terdapat keharmonian di antara bangsa Turki dan bangsa Parsi. Bukan sahaja itu, terdapat juga pengaruh Eropah dan Byzantine. Empayar ini juga kaya dengan pelbagai kebudayaan seperti Arab, Eropah, dan lain-lain lagi kerana empayarnya yang luas merangkumi pelbagai latar belakang dan budaya. Dengan berlakunya asimilasi antara mereka, lahirlah budaya baru di empayar ini.
[sunting] Kronologi Empayar Uthmaniyyah
Askar-askar Uthmaniyyah selepas tamat Perang Balkan Pertama.
1243M- Bangsa Turki yang hidup secara nomad menetap secara tetap di Asia Kecil. 1299M- Sebuah wilayah pemerintahan kecil Turki di bawah Turki Seljuk ditubuhkan di barat Anatolia.
4sidis.blogspot.com
1301M- Osman I mengisytiharkan dirinya sebagai sultan. Tertubuhnya Empayar Turki Uthmaniyyah. 1345M- Turki Seljuk menyeberangi Selat Bosporus. 1389M- Tentera Uthmaniyyah menewaskan tentera Serb di Kosovo. 1402M- Timurlane, Raja Tartar (Mongol) menumpaskan tentera Uthmaniyyah di Ankara. 1451M- Sultan Muhammad al-Fatih menjadi pemerintah. 1453M- Constantinople ditawan. Berakhirnya Empayar Byzantine. 1520M- Sultan Sulaiman al-Qanuni dilantik menjadi sultan. 1526M- Perang Mohacs 1529M- Serangan dan kepungan ke atas Vienna. 1571M- Perang Lepanto berlaku. 1641M- Pemerintahan Sultan Muhammad IV 1683M- Serangan dan kepungan ke atas Vienna buat kali kedua. 1687M- Sultan Muhammad IV meninggal dunia. 1703M- Pembaharuan kebudayaan di bawah Sultan Ahmed III. 1774M- Perjanjian Kucuk Kaynarca. 1792M- Perjanjian Jassy. 1793M- Sultan Selim III mengumumkan "Pentadbiran Baru". 1798M- Napoleon cuba untuk menawan Mesir. 1804M- Pemberontakan dan kebangkitan bangsa Serbia pertama. 1815M- Pemberontakan dan kebangkitan bangsa Serbia kedua. 1822M- Bermulanya perang kemerdekaan Greece. 1826M- Pembunuhan beramai-ramai tentera elit Janissari. Kekalahan tentera laut Uthmaniyyah di Navarino. 1829M- Perjanjian Adrianople. 1830M- Berakhirnya perang kemerdekaan Greece. 1841M- Konvensyen Selat. 1853M- Bermulanya Perang Krimea. 1856M- Berakhirnya Perang Krimea. 1876M- Perlembagaan Uthmaniyyah diluluskan. 1878M- Kongres Berlin. Serbia dan Montenegro diberi kemerdekaan. Bulgaria diberi kuasa autonomi. 1908M- Jawatankuasa Perpaduan dan Kemajuan atau lebih dikenali sebagai Turki Muda ditubuhkan. Perlembagaan Uthmaniyyah dikembalikan. Austria menyerang Bosnia dan Herzegovina. 1912M- Perang Balkan pertama. 1913M- Perang Balkan kedua. 1914M- Empayar Uthmaniyyah memasuki Perang Dunia I sebagai sekutu kuasa tengah. 1919M- Mustafa Kemal Ataturk mendarat di Samsun. 1923M- Sistem kesultanan dihapuskan. Turki diisytiharkan sebagai sebuah Republik. 1924M- Pejabat khalifah dihapuskan. Tamatnya pemerintahan Empayar Turki Uthmaniyyah.
[sunting] Nota dan rujukan