Ebook Teknik Baca Cepat 4 Teknik Yang Akan Meningkatkan 33% Kelajuan Membaca Anda
(Download Percuma)
Pengenalan
2
islamicparentingnetwork.net
Bagaimana Otak Kita Bekerja Ketika Membaca.
Jika kanak-kanak ditanya, adakah mereka berminat dengan video games? 9 dari 10 orang kanak-kanak menjawab ya. Tetapi bila ditanya adakah mereka suka membaca.. jumlah yang sama akan menjawab tidak. Kenapa? Sebab masyarakat kita terlupa akan satu kemahiran yang perlu diajar pada anak mereka selepas mereka pandai membaca iaitu ‘speed reading’ atau ‘baca cepat’. Perkara yang bergerak atau datang perlahan tidak digemari otak. Cuba bercerita pada mereka secara perlahan. Contohnya, Paaaadaaaa suatuuuuu hariiiiiii….. tentu membosankan jugakan? Jika kanak-kanak diajar awal tentang kaedah ini, mereka akan mampu melakukan speed read dengan lebih 800 perkataan seminit pada umur 14 tahun. Kelajuan biasa orang dewasa adalah 150 perkataan seminit. Menurut US Labor Department, ahli perniagaan atau ahli korporat yang membaca 7 buku perniagaan/pemasaran setahun, mempunyai pendapatan 230% lebih banyak dari mereka yang membaca 1 buku sahaja setahun. Bagi orang dewasa, ia bagus untuk cemerlang dalam kerjaya.
3
islamicparentingnetwork.net
Kita hanya menggunakan 10% daripada kapasiti otak kita. Otak kita cepat bosan sesuatu yang datang perlahan. Menunggu dalam waktu yang lama sangat membosankan tetapi mengejar sesuatu dengan pantas sangat mengujakan. Terutama jika kita tahu hadiah ‘ilmu’ yang kita akan dapat di penghujungnya. Begitu juga dengan membaca pantas. Otak akan rasa teruja. Ia akan jatuh minat dan menjadi lebih fokus mengejar ayat-ayat yang dibaca. Ia seolah-olah satu ‘permainan’ baginya. Ia mengelakkan otak kita melayang memikirkan benda lain ketika membaca sebab kebosanan dengan kelajuan kita itu. Ini menyebabkan adakalanya ketika kita membaca perlahan, kita masih tidak faham apa yang telah dibaca.
Kepentingan Membaca Cepat Setiap manusia mempunyai kelebihan dan minat yang berbeza-beza. Kita belajar dan menuntut ilmu untuk mengembangkan bakat dan kelebihan kita. Kebanyakkan ilmu untuk mengembangkan bakat ini adalah dengan membaca. Maklumat dan ilmu kelihatan bersepah-sepah di internet, perpustakaan dan kedai-kedai buku. Tiada masalah dengan sumber ilmu. Yang masalahnya adalah diri kita sendiri. Rasa berat untuk membaca ilmu-ilmu itu yang sangat mengambil masa kita yang sudah memang sibuk. Kita tidak boleh menghadam pantas kerana kekurangan kita dalam kelajuan atau ‘kemahiran membaca’ ilmu tersebut. Sudah berlalu zaman dimana kita hanya mengajar anak kita setakat pandai membaca sahaja. Kita perlu juga mengajar mereka kemahiran meningkatkan kelajuan membaca juga. Pandai membaca tidak semestinya mereka akan suka membaca atau banyak membaca. Dengan kelajuan membaca yang meningkat, minat membaca juga akan meningkat. Sebuah buku yang nipis selalunya mengambil masa 2-3 hari untuk membacanya, sekarang boleh dihabiskan tidak sampai 1 jam! Sudah tentu amalan membeli buku dan menyimpan buku didalam almari hingga ada masa untuk membacanya, tidak akan terjadi.
4
islamicparentingnetwork.net
Berikut adalah 4 cara untuk anda boleh membaca sekurangkurangnya 33% lebih cepat dari biasa.
1. Reticular Activating System Adakala sistem otak akan hanya mula bekerja setelah kita memberi ‘pengenalan’ kepadanya. Contohnya, jika kita baru membeli sebuah kereta proton yang terbaru dengan warna terkini. Baru saja keluar dari kedai proton, dalam perjalanan balik ke rumah, kita lihat rupanya sudah ramai orang yang memiliki model baru yang kita pakai itu. Sebelum ini kita tidak perasan pun. Ini dinamakan ‘Reticular Activating System’. Kita akan lihat apa yang otak kita mahu mata kita lihat.
. Begitu juga dengan baca cepat ini. Tidak semua orang pernah dengar atau tahu tentang baca cepat ini. Jika anda membaca buku ini, anda telahpun diperkenalkan untuk pertama kali atau untuk beberapa kali, idea tentangnya. Kita mengenalkan idea dan konsep kepada otak kita. Kemudian kita akan lihat setiap kali kita memegang buku, kita akan mencuba serba sedikit. Hingga satu hari kemahiran itu semakin baik.
5
islamicparentingnetwork.net
Peringkat kedua dalam Reticular Activating System adalah dengan memperkenalkan tajuk buku dan isi kandungan buku sebelum buku itu dibaca. Beritahu otak apakah yang akan dibincangkan didalam buku itu. Adakah mengenai bagaimana untuk diet? Atau ia berkenaan agama - tentang puasa dan qada puasa dan sebagainya. Kita perlu maklumkan pada otak kita berkenaan apa yang di baca itu serta tujuan dan kepentingannya untuk diri kita. Bila kita ada tujuan, kita tidak akan membazir masa untuk ‘melayarkan’ minda kita ke dunia lain ketika membaca. Kita akan fokus dengan apa perlu kita dapatkan dari bacaan tersebut.
2. Mata suka benda yang bergerak. Pernahkah ketika anda duduk santai menikmati teh panas di balkoni rumah anda sambil mata anda menikmati pemandangan yang indah, tiba-tiba anda terasa kucing anda lalu di sisi anda dan anda dengan cepat mengalihkan mata anda untuk melihatnya. Benar, ia kucing anda. Kenapa anda sudah tahu tetapi masih mahu melihatnya? Ini adalah bukti mata anda sukakan pergerakan. Ia lebih sukakan pergerakkan dari benda yang statik.
Maka untuk membaca dengan cepat dan kefahaman yang meningkat, kita perlu buat apa yang otak suka. Iaitu berikan pergerakkan. Gunakan pointer, atau penunjuk semasa membaca. Sama seperti kita membaca al Quran dulu kala. Kita membaca al Quran menggunakan penunjuk, tetapi bila membaca buku, kita tidak terfikir untuk menggunakan penunjuk. Penunjuk yang bergerak ketika membaca adalah satu alat yang diminati oleh mata.
6
islamicparentingnetwork.net
3. Postur Badan Ketika Membaca Postur badan ketika membaca juga memberi kesan kepada kelajuan membaca kita. Contohnya jika kita membaca dalam keadaan baring, dengan buku diletakkan di dada, mata secara automatisnya berada diarah mudah untuk melihat tubuh tetapi dipaksa untuk melihat buku. Sukar untuk mata menumpukan pembacaan terutama di bahagian pertengahan ke bawah mukasurat buku tersebut. Mata kita akan cepat letih. Akhirnya kita akan tertidur dengan buku yang kita baca itu.
Membaca diatas meja yang terlalu rendah juga tidak bagus. Ia menyebabkan kepala tunduk terlalu ke bawah dan akan memenatkan kita. Kepala yang tunduk, akan terkeluar dari paksi leher menyebabkan urat leher terpaksa memegang berat kepala itu dengan lebih kuat. Berat kepala kita adalah lebih kurang 4 kg. Selepas
7
islamicparentingnetwork.net
20 minit kemudian, kita akan berasa letih. Badan kita akan mula cuba untuk berkomunikasi kepada otak menghantar signal bahawa ia letih. Bermakna, ada 2 komunikasi sedang berlangsung dengan otak. Satu dari mata yang mengarah otak untuk memproses maklumat, dan satu lagi dari leher dan badan yang mengarah untuk mengubah kedudukan kerana penat. Ini akan menyebabkan kefahaman dalam menyerap apa yang dibaca makin kurang. Kita akan rasa letih dan hilang fokus untuk membaca dengan cepat dan tidak boleh mencapai kefahaman yang tinggi. Semakin kurang tenaga untuk melakukan benda lain selain dari membaca buku, semakin laju dan tinggi kefahaman bacaan anda.
4. Kurangkan Mengulang Ketika Membaca Kebanyakkan kita selalu mengulang baca sebanyak 30% dari keseluruhan waktu membaca kita. Ini adalah kerana kita mempunyai sikap ‘aku mahu mengetahui apa benda yang tak faham tu’. Contohnya kita tidak faham satu perkataan itu. Kita mula mengulang. Jika masih tidak faham, kita berhenti dan bertanya orang lain. Jika orang lain pun tidak dapat menjawab, kita mencari kamus atau mencari maksudnya di internet dengan menaipnya di google. Bila jadi begitu, otak kita akan menjadi letih dan cepat bosan dengan banyaknya perhentian. Kurangkan mengulang jika anda tidak faham mana-mana satu perkataan, teruskan hingga habis perenggan. InsyaAllah anda akan tahu apa ceritanya selepas habis perenggan tersebut. Jika masih tidak faham, teruskan hingga habis satu mukasurat itu. Mengulang semula apa yang anda baca samalah dengan anda ‘reverse kereta’ anda setelah ianya dipandu laju. Ia akan menyebabkan anda jadi lambat. Anda telah membantutkan kelajuan yang digemari otak yang tengah keseronokkan membaca tadi. Cuba lihat perkataan dibawah ini. Adakah anda tahu apa maksudnya? i.
bheni
ii.
ladnga
8
islamicparentingnetwork.net
iii.
tuhmub
iv.
akra
v.
utnas-utnas
vi.
hacaay
vii.
mnejuanlg
viii. tukat ix.
anka
x.
mengugnu
xi.
mengisa
Sekarang kita gunakan perkataan itu dan membaca tanpa berhenti keseluruhan ayat. Jangan berhenti jika anda tidak faham perkataan tersebut. Setelah selesai, tanya diri anda, adakah anda faham apa yang dibaca dalam keadaan anda tidak tahu perkataan yang dihitamkan itu? Adakah anda faham cerita yang ingin dibawa ini?
Ada 2 biji bheni tanaman yang terhampar di sebuah ladnga yang subur. Benih yang pertama berkata,” Aku ingin tuhmub besar. Aku ingin menjejakkan akraku dalam-dalam di tanah ini dan menjulang utnas-utnasku kelangit. Aku ingin merasakan hacaay matahari dan kelembutan air embnu pagi di pucuk-pucuk daunku. Dan benih itu tuhmub..semakin mnejuanlg. Benih yang kedua tergamam mendengar kata-kata benih pertama, “Aku tukat. Jika ku tanamkan akarku ke tanah ini, aku tak tahu apa yang akanku temui dibawah sana. Bukankah disana sangat gleap? Dan jika ku tembuskan tunasku keatas, pasti ada anka kecil bermain akan lalu disini dan mencabutku.” Dan benih itu pun mengugnu sendirian. Beberapa minggu kemudian, seekor ayam mengisa tanah itu dan menemui benih yang kedua tadi dan segera mematuk dan memakannya.
9
islamicparentingnetwork.net
Kebanyakkan orang akan faham setelah dia selesai ke baris akhir. Tidak perlu berhenti melihat kamus atau mengulang 2-3 kali sehingga faham, sebelum ke ayat seterusnya. Tetapi jika kita tidak mahu ‘memaksa’ diri untuk meneruskan pembacaan selepas terjumpa perkataan yang tidak faham, ia akan membantutkan objektif meningkatkan kelajuan membaca.
Otak Kiri dan Kanan ketika membaca Otak kiri membaca secara teliti dan teratur. Membaca satu perkataan demi satu perkataan dalam satu baris. Dia ingin memastikan setiap patah difahami dengan jelas. Otak kanan pula membaca secara keseluruhan atau satu kumpulan. Bermakna ia melihat secara keseluruhan apa yang dibaca tersebut. Dia boleh membaca gambar dengan sekali imbas dan membuat kesimpulan dengan cepat. Jika anda boleh membaca cerita didalam kotak tadi dengan sekali baca sahaja, bermakna anda telahpun menggunakan otak kanan. Jika anda diberi arahan supaya jangan berhenti jika tidak faham, dan anda masih berhenti juga untuk mencari apa maksud perkataan hitam itu, ini bermakna anda menggunakan otak kiri dan sukar untuk menggunakan otak kanan ketika membaca. Segalanya memerlukan latihan.
10
islamicparentingnetwork.net
Latihan Otak Kanan Untuk Kanak-Kanak Untuk melatih otak kanan bagi kanak-kanak pula, salah satu daripadanya adalah dengan mengajar mereka melihat secara keseluruhan dengan cepat. Contoh menggunakan flashcard Right Brain dari huruf A ke huruf Z yang disertakan dengan ebook Teknik Baca Cepat ini.
Cuba tengok kad huruf itu. Ianya kelihatan seolah seperti kad biasa yang mengajar huruf dan perkataan yang bermula dengan huruf tersebut. Kemudian tutup kad itu dan soal anak anda dengan soalan yang disediakan dengan gambar tersebut. Contoh soalan : 1. Berapa ekor semut di dalam gambar tadi? 2. Yang manakah lebih banyak, semut merah atau semut biru? 3. Buah epal dalam gambar tadi berwarna hijau atau merah? 4. Dan lain-lain soalan.
11
islamicparentingnetwork.net
Ini akan melatih mata kanak-kanak untuk memerhati dan mengingat dengan cepat secara keseluruhannya.
Baca cepat memerlukan fokus. Kita tidak boleh membaca cepat sambil jari-jari bermain dengan rambut panjang kita itu (bagi perempuan), menggoyang kaki, atau memicit jerawat! Jika tenaga fokus ini dialihkan ke tempat lain, bermakna bukan sahaja kelajuan baca cepat kita akan menurun, malah kefahaman apa yang dibaca itu juga akan menurun. Percayalah, jika kita sudah berlatih untuk 3-4 hari untuk membaca cepat, dan kemudian kita cuba untuk membaca seperti sebelumnya, kita akan rasa betapa kita membazirkan banyak masa dengan cara kita dahulu. Kita akan berkata, “kenapalah kita tidak terfikir untuk membaca lebih cepat seperti sekarang”. Berlatihlah dengan menggunakan apa-apa buku yang agak nipis yang anda telah beli tetapi belum dibaca yang diletakkan di dalam almari itu. Jadikan ianya satu latihan dengan 5 mukasurat sehari dengan 4 teknik ini.
Selamat Mencuba!
Lina Karim
12
islamicparentingnetwork.net
Untuk Modul yang tersusun dan latihan yang lebih terancang, anda boleh dapatkan di ‘Ebook Teknik Baca Cepat”.
Pakej Ebook Teknik Cepat Baca 1. Ebook Teknik Cepat Baca 2. Kids Right Brain Alphabet Set
Boleh didapati di bacacepat.islamicparentingnetwork.net
13
islamicparentingnetwork.net
14
islamicparentingnetwork.net