EBOOK 1 MODUL 1: MENGAPA REZEKI SEMAKIN SEMPIT, SEMAKIN BOCOR?
70 FORMULA REZEKI MELIMPAH RUAH “Formula terbukti berjaya untuk menarik rezeki yang melimpah ruah, kebahagiaan hati, kekayaan harta dan jiwa, serta keberkatan hidup di DUNIA dan di AKHIRAT”
Lesen & Peraturan Keberkatan ilmu daripada E-book ini akan berkurangan, jika E-book ini disebarkan dengan mengaut untung tanpa keizinan penulis. [Boleh] mencetak dan mempraktikkan segala ILMU yang diajar [Tidak Boleh] menjadikannya bonus bagi produk anda [Tidak Boleh] mengubah sebarang isi kandungan dengan apa jua cara [Tidak Boleh] mengaku ia produk anda sendiri [Tidak Boleh] menjualnya di mana sahaja sama ada di laman web, blog, web lelong atau seumpamanya Segala ilmu dalam D-book @ E-book ini hanya halal untuk perkara positif yang membawa kepada saham Akhirat untuk ke syurga sahaja. Ia adalah kerana, segala kandungan E-book ini berada di bawah tanggungjawab penulis iaitu, Nora Yusof p.s: Penulis asal, Nora Yusof, https://www.facebook.com/naora.ayabito
AMARAN KERAS: Segala kandungan dalam ebook ini adalah hakcipta terpelihara penulis. Dilarang sama sekali mencetak atau menyalin semula ebook ini dengan apa cara sekalipun tanpa keizinan saya. Gunakan ianya untuk kegunaan sendiri. Ebook ini dilindungi CCTV tersembunyi, iaitu Allah. Saya hanya menghalalkan ilmu ini kepada pembaca yang dapatkannya secara sah dan memberikan kredit nama ke atas nama saya sebagai penulis. Selainnya, pembaca berurusan terus dengan Allah. Saya tidak bertanggungjawab, andai rezeki yang diperoleh dari pengamalan ilmu dalam ebook ini, membawa bahana dalam kehidupan pembaca, apabila ebook ini didapatkan melalui cara yang dimurka Allah, iaitu selain dari saya. MENGHIDUPKAN HATI YANG MATI, Hati yang hidup itu punca segala rezeki, Hati yang hidup itu punca segala ketenangan Jiwa, Rumah segala rumah ialah HATI HEARTS is OUR HOME.
Alhamdulillah, Syukur ke hadrat ALLAH SWT. Dengan limpah kurnianya dapatlah saya sudahi ebook karya kedua ini. Penulisan ebook ini yang tidak dirancang sama sekali. Hadirnya kerana ILHAM dari ILAHI dan kemelut yang melanda diri. PENGUMPULAN ILMU bermanfaat ini DIKUMPUL hasil pembelajaran daripada SEMINAR-SEMINAR BERBAYAR tuan guru di merata tempat dan pengalaman hidup penulis. Penulis yang dahagakan ketenangan, KEBAHAGIAAN hati dan KEKAYAAN HIDUP. Saya hanya ingin berkongsi dan berkongsi dari hati penulis ke hati pembaca. Kerana saya yakin, kita sama, kita serupa. Hanya Allah yang tahu betapa besarnya harapan saya untuk melihat ebook ini dapat dilancarkan dengan baik dan dapat memberikan nilai tambah atau manfaat dalam hidup kalian. Seterusnya sama-sama kita dapat membersihkan hati agar rezeki sentiasa melimpah ruah dalam kehidupan kita. Aamiin. Ingin saya ucapkan penghargaan kepada mereka yang telah memberi saya inspirasi, dan motivasi untuk teruskan perjuangan ini. 1. Syukur ALHAMDULLILLAH kepada Allah SWT yang telah mengilhamkan buah fikiran untuk ebook ini. Terima kasih kerana memberikan saya kudrat dan semangat serta usaha yang gigih untuk saya terus berdakwah membuka mata dan hati manusia supaya terpegun dengan keagunganmu ya ALLAH. 2. Terima kasih kepada ma dan ayah, keluarga yang saya sayangi juga insan tersayang yang selalu ada ketika susah dan senang Muhammad Syairazi yang membawa dan menjebakkan diri saya ke dalam dunia perniagaan, keusahawanan. Kalian semua sangat menceriakan hidup ini.
3. Terima kasih kepada pensyarah-pensyarah UKM terutamanya PENYELIA TESIS saya PROF. MADYA DR FADZELI JAAFAR. Iaitu, mentor penulisan yang saya kagumi, yang telah memberikan ilmu penulisan di peringkat UNIVERSITI lagi. 4. JUTAAN TERIMA KASIH kepada MENTOR PEMASARAN no.1 ASIA yang sangat saya sayangi dan SEGANI, DR. AZIZAN OSMAN. Terima kasih di atas ILMU KOLAM JIWA yang sangat bermakna buat saya. 5. Dan paling-paling saya HARGAI, PEMBACA SENYAP, LIKERS, FOLLOWERS saya di FACEBOOK Nora Yusof (https://www.facebook.com/naora.ayabito) Yang selalu Share dan Like secara langsung atau tidak langsung setiap status saya untuk memanjangkan pahala dengan ILMU-ILMU dan ILHAM yang dianugerahkan oleh ALLAH kepada saya.
Alhamdullillah, selamat sejahtera dan salam kebahagiaan buat AHLI SYURGA sekalian. Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kerana sudi mendapatkan ebook karya kedua saya, iaitu, ebook MOTIVASI ’70 FORMULA REZEKI MELIMPAH RUAH’. Ebook ini saya selitkan cerita tentang diri saya sendiri, tentang bagaimana saya bermula sebagai seorang penulis, tentang bagaimana saya belajar mengenali diri, tentang bagaimana saya belajar dan mempelajari ILMU tentang manusia, tentang kisah, pengalaman dan pengorbanan para jutawan yang telah berjaya, hasil bacaan dan pemerhatian turut saya selitkan sebagai motivasi diri dan anda semua. Ebook MOTIVASI ini saya selitkan ILMU yang sangat MAHAL berbentuk ayat-ayat ringkas supaya mudah difahami berupa pesanan nasihat yakni nota kecil yang padat. Apa yang saya harapkan ialah setiap penyampaian dan perkongsian saya dapat terkesan jauh ke dalam HATI pembaca seterusnya dapat menarik rezeki yang lebih berkat sekali gus dapat meningkatkan lagi ekonomi UMMAH dan ISLAM. Buat pembaca yang baru sahaja mengenali diri saya, nama penuh saya ialah NORA BINTI YUSOF. Panggilan saya, Nora Yusof. Saya merupakan graduan MASTER UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM). Merangkap Timbalan Pengarah Urusan syarikat MS&NY HOME ENTERPRISE (002290010-A) selaku jurulatih penulisan perniagaan dan MOTIVATOR USAHAWAN. Saya bermula dalam dunia penulisan pada tahun 2013. Telah menghasilkan Ebook pertama bersama rakan kongsi berjudul “Platform Pemasaran Berganda” www.teknikderaspelanggan.com iaitu, satu buku panduan elektronik bagi membantu usahawan online melipatgandakan JUALAN di alam maya dengan memperkenalkan beberapa LUBUK-LUBUK rahsia saya membuat duit berganda-ganda selama beberapa tahun ini.
ALHAMDULLILLAH “Ya Allah, izinkanlah aku untuk menceritakan tentang keagonganMu, membongkarkan hikmah syariatMu dan berkongsi rasa dengan sahabat-sahabatku agar ianya akan lebih menambahkan rasa kehambaan pada jiwaku. Ya Allah, jadikanlah ia sebagai ibadah serta dapat memberi manfaat untuk diriku, juga untuk insan-insan yang dengan rela hati terpanggil untuk membaca coretanku ini. Ya Allah jauhkanlah diriku dari sifat ‘ujub, riak dan takabbur tatkala aku menumpang di bumiMu, berlangitkan kekuasaanMu, bernafas dengan izinMu serta berezeki dengan limpah kurniaanMu. Ya Allah sesungguhnya tiada daya dan kuasa melainkan dariMu jua.”
Saya sangat berharap agar setiap TULISAN ini dapat memberikan MANFAAT kepada PEMBACA SEKALIAN. supaya suatu hari nanti ketika kalian di SYURGA, jika ditakdirkan saya masuk NERAKA, kalian boleh ingat dan sebut saya sebagai sahabat yang pernah memberikan kalian sedikit manfaat ketika hidup di DUNIA. supaya kita boleh bersama-sama di dalam SYURGA. InsyaALLAH. kerana saya tahu saya tidak layak masuk ke SYURGANYA. Dengan sedikit ilmu dan perkongsian ini, Saya doakan kalian KAYA, BERJAYA serta BAHAGIA di DUNIA dan AKHIRAT. Aaamiin. NORA YUSOF
WRITEtoHEAVEN
Pada satu ketika dulu... sebelum saya mula menulis seperti hari ini, Saya bermula dengan kosong...ZERO... otak tepu..sebab lama tidak menulis... Bila saya tengok kawan saya... dia jual ebook... laris sangat EBOOK dia... saya rasa gembira tengok dia gembira... walaupun saya tiada apa yang dia ada... saya pun mula simpan niat.. nak jadi macam dia... best kan... buat ebook tidak sesusah tulis tesis.... tesis yang susah macam hendak gila itu pun saya boleh tulis, ALHAMDULLILLAH... kenapa Ebook yang macam dia buat tu saya tidak boleh tulis? saya selalu tanya hati saya... orang lain boleh, kenapa tidak aku? Jadi saya simpan azam, simpan semangat, simpan impian, nak jadi macam dia...nak berjaya kenalah tiru cara orang berjaya kan... saya tidak beritahu dia... saya buat senyap-senyap dengan partner saya... sebab pada saya.. kita jangan cakap pada orang dulu.. kita buat dulu.. bila ada benda baru boleh sembang-sembang... benda tak ada tapi sembang lebih.. itu bukan cara saya... terus terang saya katakan tiada benda mudah bila nak berjaya... tidak ada rakan-rakan sekalian... bersengkang mata, memenatkan otak, itu lumrah... apa yang paling saya inginkan ialah sokongan padu... kami berdua, belum layak digelarkan otai pun... tidak kenal mana-mana otai pun... kami pun tidak teringinkan gelaran "otai" itu... malah tidak mahu pun...
tapi bila kami inginkan bantuan otai-otai... peringkat permulaan nak berbaik dengan otai-otai... masyaAllah.. tuhan sahaja tahu.. layanan "cukup MESRA" itu, membuatkan saya tergenang air putih di kelopak mata, ya...kami tahu kami siapa, belum cukup ilmu nak berkawan dengan kalian yang dah "OTAI-OTAI" walaupun begitu layakkah kalian memperlakukan sebegitu? memperkecilkan kami, memandang rendah pada kami? melemparkan kata-kata nista pada kami? cukup melukakan...PERIT rasanya... nak berbaik dengan kalian bukanlah niat ingin membodek, tapi kami ingin menjadi seperti kalian, MAJU dan JAYA... TIDAK GEMBIRAKAH KALIAN JIKA MELIHAT KAMI BERJAYA SEPERTI KALIAN?? TANYALAH HATI, Ikhlaskah KALIAN? tunjukkan kami jalannya, tunjukkan kami, bagaimana nak dapatkan ilmu itu, kalaupun tidak sudi memberikannya secara percuma... sebab kami pun tahu susah payah kalian, cukuplah sekadar memberi SOKONGAN, SEMANGAT, itu pun sudah memadai...kami akan senyum dengan gembiranya... TAHUKAH kalian... Setiap kali KALIAN mempermudahkan jalan kami... KAMI akan berdoa pada ALLAH SWT... YA ALLAH permudahkanlah JALAN hidup MANUSIA ini... kerana dia mempermudahkan JALANKU... TAHUKAH kalian??kalian tidak tahu... tak pernah tahu...tak ambil tahu... bersangka buruk lagi ada... MALAH kalian lupa..ILMU itu siapa yang PUNYA? p/s: satu nota cerita apabila saya mula menulis. Mula serius dalam bidang penulisan.
Apa yang kita mahu? Dan kenapa? Kita SANGAT inginkan kehidupan yang banyak duit, kehidupan yang banyak masa, keselamatan yang terjamin, dapat beribadah dengan lebih sempurna, RUMAH YANG BESAR, KERETA IDAMAN dan yang paling penting, kehidupan yang SANGAT TENANG, merasa SANGAT CUKUP dengan yang ada, hidup yang sentiasa TERSENYUM setiap masa. TERINGINKAN? Selalu tertanya-tanya kenapa HIDUP KITA SUSAH, tidak macam orang lain, kenapa hidup selalu sedih dan murung, masalah bertimpa-timpa, puncanya tidak tahu, tidak mendapat pekerjaan yang baik, bermasalah di tempat kerja, bermasalah dengan keluarga, rezeki sempit, sekejap ada sekejap tiada langsung, tidak MAMPU membantu orang lain yang kesusahan, sangat SEKSA. Kerapkan anda mengalami masalah BESAR seperti ini? Tapi PUNCANYA tidak TAHU? Kenapa? Mengapa?? Arrgghhh!!! Serabut kepala memikirkannya bukan? BILA hidup dah TENANG, TIADA LAGI masalah tidak cukup duit, TIADA LAGI masalah hutang, TIADA LAGI masalah resah gelisah, TIADA LAGI masalah kesihatan, TIADA LAGI PERGADUHAN sesama INSAN. Tiada lagi pergaduhan suami dengan isteri, ibu bapa dengan anak, tiada lagi pergaduhan adik-beradik, Tiada lagi dengki-mendengki antara satu sama lain. Melayu sesama Melayu semakin baik, Melayu sesama kaum lain semakin rapat dan rapat, hanya berkasih sayang semuanya. INDAH SUNGGUH. PEMIKIRAN kita menjadi semakin MATANG dan BIJAK setiap hari. Kita akan sentiasa menjadi BERANI, BERANI dan MAKIN BERANI mengubah HIDUP ke arah lebih baik. Tiada lagi rasa malu pada diri dan orang lain. SANGAT BEST kan? Adakah ini yang anda mahukan? Jika ini apa yang anda mahukan, anda sedang mengubah hidup anda meningkat sebanyak 20% setakat ini. Mahu tingkatkan lagi sehingga 500%?Anda sedang MENINGKAT MAJUKAN DIRI. Jangan berhenti! Teruskan melangkah memperbaiki KEHIDUPAN anda. TIDAK MAHU LAGI HIDUP SUSAH dan sempit! Baca lagi SELANJUTNYA.
MODUL 1: MENGAPA REZEKI SEMAKIN SEMPIT, SEMAKIN BOCOR? Formula 0: Sifar Hutang
2
Formula 1: Keikhlasan Hati
8
Formula 2: Dunia vs Akhirat
9
Formula 3: The Power of Syukur
10
Formula 4: Duit dan Kestabilan Diri
12
Formula 5: Memberi dan Kaya
13
Formula 6: Takwa dan Ertinya
14
Formula 7: Jiwa Rasa Kosong?
15
Formula 8: Kenapa Aku Masih Hidup Lagi Hari ini?
16
Formula 9: Berkat Berpagi-pagi
17
Formula 10: Bahana Menegur Dengan Tidak Betul
18
Formula 11: Perhatikan Kehidupan
21
Formula 12: Masalah mereka yang bersedekah
22
Formula 13: TERSENTAK!! Gagal BERNIAGA
23
Formula 14: Adab Menegur
24
Formula 15: Hati Yang Bersih
25
Formula 16: Berhati-Hati dengan Riba
26
Formula 17: Islam Adalah Cara Hidup Yang Terbaik
29
Formula 18: Sedekah Adalah Simpanan
30
Formula 19: Sentapan Hati
31
Formula 20: Buat Sesuatu Kerana ALLAH
34
Formula 21: Setiap Perkataan Itu Adalah DOA
35
Formula 22: Sempurnakan Amanah
36
PEMBUKA BICARA Besarkan KOLAM JIWA, Pintu REZEKI akan TERBUKA, Tanpa PERLU susah payah BERUSAHA, nak TARIK rezeki SENANG SAHAJA. HANYA perlu faham beberapa FORMULA, dan buat tanpa banyak BERTANYA kerana ILMU ini adalah DARIPADA mereka yang terbukti BERJAYA, YAKNI jutawan-jutawan MALAYSIA yang KAYA-RAYA. TAK PERCAYA BOLEH CUBA. YAKIN 500% adalah dengan izinNYA. InsyaALLAH. Janji ALLAH itu PASTI untuk sesiapa yang BERUSAHA.
TIPS ILMU BERKAT DAN MELEKAT Lapangkan Jiwa, Bukakan Minda, Buang Ego segera, Maka, tambahlah ILMU di DADA. (Pesan Jutawan) BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHHIM… “Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku, mudahkanlah bagiku tugasku, lepaskanlah simpulan dari lidahku dan tulisanku, supaya mereka faham perkataanku. Aammiinn” Nora Yusof Penulis EBOOK "70 Formula Rezeki Melimpah Ruah"
HAKIKAT REZEKI Hakikat REZEKI itu bukan pada DUIT,GAJI, ATAU INCOME sebenarnya. Tetapi merangkumi beberapa perkara seperti: SIHAT itu REZEKI BAHAGIA itu REZEKI BANYAK masa itu REZEKI DISAYANGI itu REZEKI TIDAK PUTUS DUIT itu REZEKI DAPAT (apa-apa) pun REZEKI
ERTI REZEKI ialah apa yang kita NIKMATI Kenapa namanya REZEKI? Kerana di saat kita merasai REZEKI itu, masih ramai di luar sana yang tidak berpeluang merasainya. Bertapa beruntungnya KITA. Yang selalu sebut tidak cukup itu NAFSU. Yang selalu sebut cukup itu IMAN. MAKA BERSYUKURLAH ALHAMDULILLAH USTAZ DON DANIYAL DON BIYAJID
1
Jika ingin kaya dan berjaya, pemikiran dan hati perlu diperbetulkan terlebih dahulu supaya setiap matlamat yang hendak dicapai seiring dengan pelaksanaan. Sebelum kita melangkah lebih jauh meneroka “FORMULA 70 REZEKI MELIMPAH RUAH” marilah kita semak terlebih dahulu, bagaimanakah kedudukan HATI kita. Adakah ia masih HIDUP atau sudah MATI? Manusia yang mati hatinya ialah manusia yang tidak lagi berasa sedih jika terlepas peluang baginya untuk melakukan amalan yang mendekatkan dirinya dengan ALLAH, Manusia yang mati hatinya ialah juga manusia yang tidak gembira melihat kegembiraan orang lain, Manusia yang mati hatinya ialah juga yang sentiasa berasa jelek dan menyampah serta tidak dapat merasakan keikhlasan dengan kebaikan yang dibuat orang lain, DAN Mereka yang tidak berasa kesal jika melakukan dosa serta maksiat yang menjauhkan dirinya daripada Allah SWT. HATI itulah yang menghubungkan manusia dengan PENCIPTA. Hanya dengan mengingati ALLAH SWT sahaja HATI akan HIDUP. “~HEART is HOME~” (Nora Yusof).
Jika kita tergolong dalam kalangan di atas, makanya jelaslah mengapa rezeki kita semakin hari semakin sempit, semakin bocor, bocor dan terus bocor. Kerana HATI yang bersih, hati yang tenang dan stabil itulah segala punca rezeki kita yang melimpah ruah. Semuanya bermula dari hati iaitu NIAT. Bagi membetulkan Niat dan membuka segala pintu rezeki kita, maka perenggan seterusnya akan menjelaskan sejelas-jelasnya tentang formula utama menjadi seorang JUTAWAN DUNIA dan JUTAWAN AKHIRAT yang dikasihi lagi diberkati ALLAH SWT.
2
FORMULA 0: SIFAR HUTANG
[Hutang boleh menjadi penyebab kepada rezeki tersekat daripada sampai kepada kita] Pada suatu ketika dulu, saya tidak pernah berhutang dengan sesiapa pun hatta satu sen sekalipun. 7 tahun lalu, sebelum saya memasuki Universiti, saya menjaga ibadah, menjaga silaturahim, menjaga hati ibu bapa, saya menjaga aurat. Saya sangat menjaga tingkah laku, sehingga setiap orang yang datang pada saya, mereka pasti suka dan tertarik dengan saya, itulah dikatakan rezeki. Pada waktu itu, rezeki memang melimpah-limpah. Ada sahaja sumber yang tidak disangkasangka datang kepada saya. Mudah sungguh perjalanannya. Hidup saya penuh gelak dan ketawa. Ibu saya pernah berkata kepada siapa ntah, sudah saya lupa wajah dan diri empunya badan, saya ini anak yang sangat murah rezeki, mendapat biasiswa itu, biasiswa ini, dapat belajar kelas terpandai dan sebagainya. Seingat saya sangat banyak, mudah dan senangsesenangnya kerana pada waktu itu saya sifar hutang dan lain-lain. Setelah masuk universiti, tahun pertama, diberikan biasiswa JPA yang berjumlah biayaan Rm5000 satu semester. Banyak dan kaya bukan? Alhamdullillah syukur. Sangat mewah hidup saya di UKM. Tidak perlu risau hal kewangan dan sebagainya. Di samping itu saya juga mendapat elaun tambahan rm1800 untuk satu semester daripada UKM sendiri pula. Jadi jumlah satu semester yang saya dapat ialah rm6800. Wah sangat kaya bukan buat diri saya yang bergelar pelajar Universiti pada usia 20 tahun pada masa itu. Sedangkan saya orang miskin, tidak pernah pegang duit sebanyak itu. Gembira bukan kepalang. Walaupun orang lain lebih banyak duit daripada saya, saya rasa saya sudah kaya benar. Tolak yuran, tolak duit buku dan sebagainya, bakinya saya simpan ke akaun tetap dan belanja saraan sepanjang bergelar mahasiswi. Sepanjang dua tahun setengah degree, saya memang tiada masalah hutang dan duit. Pada suatu hari, saya menerima SMS daripada pihak bank menyatakan duit sagu hati telah dimasukkan ke akaun saya sebanyak rm2000++. Saya tidak tahu itu duit apa tetapi ia daripada pihak JPA. Sedangkan, saya telah menerima belanja RM5000 setiap semester ditambah pula rm2000 extra itu, terkedu dan bersyukurnya saya. Setiap malam selepas solat isyak, saya akan kerjakan solat sunat hajat. Tidak pernah tinggal, saya buat secara istiqamah. Sangat senang hidup saya kerana saya tidak pernah berhutang dan menjaga ibadah diri dengan baik ALHAMDULLILLAH. Pada semester akhir, semester 6, hidup mula diselubungi kegelapan, kemurungan, masalah mula bertandang, bertandang kerana saya sudah lalai dan terjebak dalam beberapa perkara yang dilarang.
3
Rezeki akan lari apabila kita mula mendekati maksiat. Itulah yang terjadi kepada saya, maksiat hati, maksiat tangan, maksiat mata, maksiat telinga, maksiat mulut dan lain-lain. Hidup saya mula tidak keruan, sentiasa resah gelisah. Pada tahun terakhir itu, simpanan saya hilang rm5000 sekelip mata, hilang dari akaun bank saya, simpanan saya hampir rm13000 pada waktu tahun akhir itu. Rm5000 hilang, saya jadi bingung, pergi ke bank untuk tuntut semula duit yang hilang tetapi tidak berjaya. Saya gagal. Jadi bakinya makin sedikit yang tinggal. Saya masih mempunyai rm8000. Duit dalam simpanan sudah mulai kurang, saya diduga lagi dengan keperluan adik dan diri untuk biayaan duit lesen memandu berjumlah rm2500 untuk dua orang. “Jika tiada lesen dan tidak buat pada ketika saya ada duit ini, bila lagi mahu buat? Nanti bila mahu bekerja, tiada lesen, masalah pengangkutan pula,” fikir saya. Jadi tanpa berkira, saya keluarkan simpanan. Duit yang hilang, saya redha ia pergi, kerana itu bukan lagi rezeki saya. Bakinya tinggal rm4000 lebih sahaja lagi untuk masa hadapan saya. Masalah ini saya tanggung seorang diri. Kegelisahan saban malam saya pendam sendiri. Mereka hanya tahu saya gembira. Saya tak menangis tapi saya susah hati. Saya susah hati sampai kurus. Badan mula berkerangka, tulang rusuk mula kelihatan dan timbul. Bukan itu sahaja, saya turut bergelut dengan tesis dan penyelia, makin berat pula tekanannya. Setelah tamat pengajian, saya berhasrat menyambung pengajian ke peringkat master pula. Pada ketika saya dilanda masalah kewangan pada tahun terakhir itu, saya mula belajar berniaga, menjadi DROPSHIPPER untuk barang orang. Jual apa sahaja di FB. Duit untung hasil jualan yang sikit-sikit itu saya buat tampung belanja study. Sejak itu juga, saya sudah mula terpaksa meminta duit yuran dari abang-abang dan kakak-kakak yang bekerja. Mereka sangat mudah membantu walaupun sangat susah. ALHAMDULLILLAH, terima kasih adik-beradikku. Jasamu akanku balas InsyaALLAH bila tiba masanya. Duit baki yang ada, saya buat bayar yuran pengajian peringkat MASTER pula. Peringkat Master sangat perit, laptop saya rosak, terpaksa keluarkan simpanan membeli laptop baru, pada peringkat master ini, saya tidak lagi semewah degree, hanya mendapat tajaan KPT untuk yuran pengajian dan PTPTN sebagai duit saraan hidup. Di waktu ini, saya berniaga bersungguhsungguh, setiap hari ada rezeki masuk tetapi rezeki cepat pergi. Cepat masuk, cepat keluar. Saya tidak tahu puncanya. Pada waktu ini saya mula belajar berhutang, dengan rakan baik. Permulaan pinjaman rm200 untuk bayar kaji selidik lapangan saya pada masa itu. Saya tiada duit. Sejak itu, saya semakin sempit, sempit dan terus sempit. Setelah tamat pengajian dengan payahnya, ujian sana, dugaan sini, azabnya tidak terungkap dengan kata-kata, masalah kewangan dan masalah kesihatan yang cukup teruk. Saya masih lagi mempunyai duit simpanan yang mana bakinya dalam rm3000 lebih. Duit ini saya buat beli motor supaya senang saya mahu ulang-alik bekerja. Duit simpanan sudah habis. Hutang rakan yang dipinjam sebanyak rm200 masih belum dibayar. Saya tangguhkan. Tangguh, tangguh dan terus tangguh kerana ada keperluan lain yang mendesak.
4
Akibat menangguh hutang, saya sentiasa dibelenggu resah gelisah, tidur malam tidak pernah lena. Walau Cuma Rm200. Sudah gelap gelita dunia saya rasakan. Beberapa bulan setelah tamat pengajian, saya bekerja sebagai guru matematik dan sains di sebuah sekolah, dengan gaji itu dapatlah saya bayar hutang tersebut. Alhamdullilah selesai. Lega teramat sangat. Walaupun begitu, saya masih mengalami kesempitan wang, mahu membayar rumah sewa tempat tinggal, sewa motor, barang- barang lain, dan mahu diberikan kepada ibu ayah di kampung, dirasakan gaji masih tidak mencukupi. Dengan rasa simpati, rakan serumah meminjamkan saya rmXXXX . Saya terpaksa berhutang lagi. Terpaksa! Saya memang tidak sukakan hutang. Tetapi rakan serumah itu sangat baik. Walaupun dia meminta hutangnya dibayar lambat sedikit pun tidak mengapa, tetapi saya pasti, dia sedang kesusahan kerana mahu keluar negara membuat kaji selidik. Dia perlukan duit. Saya tidak keruan. Saya tidak pernah nyatakan kepadanya bila saya mahu membayarnya. Saya belum membayarnya hatta satu sen berbulan-bulan saya bekerja. Kerana, ada sahaja masalah yang menimpa yang memerlukan DUIT. Saya tertanya-tanya kenapa jadi begini, silapnya di mana? Solatku jaga seperti biasa dan sebagainya tetapi ia tidak lagi setenang dan sekusyuk dulu. Pada suatu hari, saya terbaca satu post yang berbunyi: “ The Problem is not a problem, your attitude about the problem is the problem-Captain Jack Sparrow” “Hutang boleh menjadi sebab kepada rezeki tersekat dari sampai kepada kita kerana ada hak orang lain dalam duit kita yang masih belum kita langsaikan. Allah beri lebih, untuk kita tunai langsaikan belenggu hutang kita, Jangan kerana mulut manis kita, hidup orang lain susah.” “Ada duit lebih ja, bayar hutang terus, jangan nak simpan-simpan konon nak buat modal meniaga, nak bayar guna duit hasil untung dan sebagainya. Jangan nak simpan-simpan ke pelaburan yang lain, agaknya nak guna duit untung dividen sahaja buat bayar hutang. Ada ja duit, lebih, bayar hutang terus.” “Ada orang hutang rm3000 pun sudah gelap dunia, ada orang hutang RM3juta relax sahaja. “ “ The Problem is not a problem, your attitude about the problem is the problem-Captain Jack Sparrow” Hutang apa sekalipun, lihat dengan mata sendiri, sama ada hutang itu dilihat kecil atau nampak besar. Your call” Kenapa ketika kita minta hak orang lain (hutang), kita bermanis muka, kita berjanji pelbagai ragam. Mengapa kita berat pula untuk melunaskan hak-hak orang yang kita pinjam sementara? Mati syahid pun tak lepas kalau ada hutang”
5
Mengapa orang dahulu kala ada rumah sebijik sahaja? Kerana mereka tidak mahu berhutang di bawa mati. Kerana mereka tidak mahu terlibat dengan riba. Jadi lunaskan hak orang, Allah akan kembalikan hak kita.” –Faiz Sufi, 2014. Setelah terkesan daripada kata-kata ini, ketahuilah saya akan punca sebenar hidup saya porak peranda ini. Kerana saya tiada masalah yang lebih berat berbanding hutang ini. Kerana setiap hari ia pasti mendatangi saya. Tetapi saya masih lagi sentiasa menangguh-nangguhkan pembayarannya. Maka saya terus langsaikan hutang sedikit demi sedikit yang mana termampu, ikut cara Ust. Yusuf Mansur di bawah:
Cara-caranya: 1) Cari orang lebih susah dari kita dan bayarkan hutang orang yang lebih susah dari kita itu 2) Usahakan untuk bersedekah 10% dari hutang kita (contoh: hutang kita rm3000, sedekahkan sekurang-kurangnya rm300) 3) menjaga solat selalu agar tepat pada waktu dan ditambah ibadah sunnah seperti puasa, solat tahajud, solat Dhuha dan sunah-sunnah yang lain. Logik bersedekah 10% dari hutang ialah: Tentu kita tahu dan faham konsep Matematik ALLAH yang mengatakan bahawa 10-1=19 bukan? (ada dalam buku MMR m/s 112). Sebab matematika ini berlandaskan pada konsep PEMBALASAN yang diberikan ALLAH dari sedekah adalah 10 kali ganda. Anda sudah pasti tahu bahawa ALLAH adalah satu-satunya di alam semesta ini yang Maha segala Maha, termasuk Maha menepati Janji, maka kita tidak perlu ragu-ragu dan mempersoalkan konsep ini lagi. Allah telah berjanji untuk membalas sedekah kita 10X ganda, apa pun itu, jika intinya adalah sedekah, maka akan dibalas 10 kali ganda. Ingat. SEPULUH KALI GANDA.
6
“Jika tidak silap saya, ustaz Yusuf Mansur pernah masuk penjara kerana perniagaannya muflis (tidak pasti, tetapi yang pastinya memang pernah masuk penjara) dan beliau mendapat hidayahNya semasa berada di dalam penjara. Alhamdulillah. . Pada mulanya ustaz Yusuf Mansur mencari anak yatim untuk dibayarkan yuran sekolahnya. . Dan beliau tetap berusaha untuk bersedekah 10% dari hutang-hutangnya walaupun masa itu beliau tiada wang. Beliau berusaha dengan menulis buku, mengajar, menjual peti, sampai bisnes MLM pun di jalankannya. . Dan sedekah terdahsyatnya adalah dari penerbitan buku. Sungguh Allah Maha Penolong, kini ustaz Yusuf Mansur dari banyak hutang menjadi banyak wang! perniagaannya ada dimana-mana. Subhanallah! Sepintas lalu membaca, melihat dan tengok, nampaknya macam mudah kan. . Namun bagi orang-orang yang tidak yakin dengan ilmu sedekah, ini akan terasa AMAT berat. (Cuba bayangkan hutang RM30,000 yang hendak kena sedekahkan RM3000 dengan situasi duit yang tidak ada). Jika begini, ustaz YM selalunya menyarankan jual sahaja apa yang ada dahulu. Motor ke, peti ais ke, telefon ke, dan lain-lain lagi untuk usahakan dapat 10% untuk bersedekah itu” . Ada juga yang rasa khuatir ; . 'Betul ke ni? Jangan-jangan sedekah saya nanti Allah tak balas. Jangan-jangan sedekah saya tak 'berpengaruh' macam orang lain dengan hutang-hutang saya ni dan juga rasa khuatir lain lah yang bermacam-macam' Aduhai, Allah itu kan Maha Membalas! Yakinlah. Mungkin sedekah anda sedang di'tuai'Nya untuk diberi yang sangat banyak nanti! . Ada juga orang yang bersedekah di balas terus, ada yang dalam tiga hari terus dibalas Allah, tapi ada juga yang satu minggu, satu bulan, bahkan setahun tidak juga merasakan balasan dari sedekahnya. . Kata ustaz Yusuf Mansur, ya, balasan sedekah tidak selalu berbentuk wang. Kerana sedekah bisa menyelamatkan kita dari bala bencana, memanjangkan umur dan menyembuhkan penyakit, dan seharusnya memang kita tidak usah khuatir akan janji-janji Allah.
7
Kerana Allah berfirman : . “Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh butir, pada tiaptiap butir seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (kurnia-Nya) lagi Maha Mengetahui” (QS.al-Baqarah :261) . **Tetapi jika berniat bersedekah untuk dilangsaikan hutang, semasa bersedekah itu berniatlah supaya Allah bantu untuk melangsaikan hutang yang ada itu dengan bersungguh2 tawakal. Kalau nak membahas ilmu sedekah memang takkan habis. Boleh baca buku2 atau video2 Ust YM untuk dapat penerangan lebih lanjut. . ***************************************** . Sedekah 10% ni bukan saja untuk langsaikan hutang. Tapi juga boleh di gunakan untuk mendapatkan sesuatu macam kereta ke, telefon ke, dan lain-lain. . Mohon sahaja kepada Allah. Insyallah dipetik dari Rozini Husain. Setelah faham akan perkara di atas, tanpa berlengah lagi, saya jual semua apa yang saya ada, handset, rantai emas, untuk langsaikan hutang. Inilah amalan apa yang telah saya lakukan dan ikut, Alhamdullillah, setelah bebas daripada hutang, saya melaksanakan pula formula-formula rezeki melimpah ruah pada muka surat seterusnya. Dengan IZIN ALLAH, saya amalkan formula-formula JUTAWAN DUNIA DAN AKHIRAT pada perenggan berikutnya, sekali gus mengubah hidup saya 360 darjah, mengubah pemikiran saya, hati saya, emosi saya, pergaulan saya, imej saya, tingkah laku saya dan sebagainya dari sudut positif. Alhamdullillah, sekarang, rezeki pula mengejar-ngejar saya, rasa takut pula diburu rezeki melimpah-limpah. Hehe. Saya tidak mahu lagi dikelilingi hutang. Cukuplah hidup sifar hutang dari dibelenggu hutang. Kerana hutang amat berat hisabnya di akhirat kelak.
8
FORMULA 1: KEIKHLASAN HATI Hanya orang yang IKHLAS sahaja yang akan dapat merasakan KEIKHLASAN orang lain Hanya orang yang BAIK sahaja yang akan dapat merasakan KEBAIKAN orang lain. (Fiona Tahir, IMKK 2013) Ertinya: Hanya mereka yang baik dan ikhlas sahajalah yang dapat merasakan kebaikan keikhlasan orang lain. Manakala bagi mereka yang tidak dapat merasakan hal ini, perlu meneliti kembali kedudukan hati masing-masing supaya dapat menjadi yang baik dan ikhlas. HARGAILAH ILMU, HARGAILAH ORANG YANG MENYAMPAIKAN ILMU, HARGAI SEMUA TINDAKANNYA DALAM MENYAMPAIKAN ILMU (Azizan Osman, IMKK 2013) “Barangsiapa menempuh suatu jalan untuk mencari ILMU, nescaya dimudahkan oleh ALLAH baginya jalan menuju ke SYURGA”- HR Muslim”
“Seseorang yang melihat kebaikan dan keikhlasan dalam berbagai-bagai hal bererti memiliki fikiran yang baik. Dan seseorang yang memiliki fikiran yang baik serta hati yang ikhlas akan mendapatkan kenikmatan dari hidupnya.” (Nora Yusof, 2014).
9
FORMULA 2: DUNIA vs AKHIRAT Jika kita mengejar DUNIA, AKHIRAT akan tinggalkan kita. Apabila kita mengejar AKHIRAT, DUNIA yang akan kejar kita. Apabila dunia kejar kita, kita kejar akhirat, maka BERBAHAGIALAH kita di dunia dan di akhirat. (Azizan Osman, IMKK 2013). Jika telah masuk waktu SOLAT, bersegeralah kita menunaikannya. Tinggalkan sebentar urusan dunia. Sekadar 5-10 minit sahaja kita kejar akhirat, dunia selamanya kita dapat. SUBHANALLAH indah sungguh hidup ini jika kita benar-benar faham erti kehidupan. Mencari cintanya yang ABADI. ALHAMDULLILLAH.
“Apabila akhirat ada dalam hati, maka datanglah dunia menemaninya. Tetapi apabila dunia ada di hati maka akhirat tidaklah akan menemaninya. Itu kerana akhirat mulia dan dermawan, sedangkan dunia adalah hina” (Abu Sulaiman Ad Daroni)
10 0
FORMULA 3: THE POWER of SYUKUR Nikmat paling besar yang ALLAH kurniakan pada kita ialah NIKMAT ISLAM NIKMAT IMAN Maka bersyukurlah kita kerana masih dapat merasa nikmat-nikmat ini yang tidak ternilai. Apabila bangun pagi setiap hari, tuliskanlah di atas satu buku nota, tulis setiap inci nikmat yang kita syukuri dengan jelas dan tepat. Bagi mendapatkan yang terbaik dalam hidup kita, pertama-tama sekali kita perlu banyakan BERSYUKUR. Hanya mereka yang bersyukur sahaja akan layak mendapat yang terbaik dalam hidup. Cara untuk merealisasikan IMPIAN. Apabila bangun pagi setiap hari, tuliskanlah di atas satu buku nota, tulis setiap inci nikmat yang kita syukuri dengan jelas dan tepat. Saya mesti baca apa yang saya tulis ini hari-hari. Contoh menulis Kesyukuran: Alhamdullillah, Ya ALLAH aku bersyukur umurku masih panjang lagi pada hari ini, maka engkau jadikanlah hariku sebagai ibadah kepadamu. Dan engkau redhalah kepadaku. Contoh menulis impian: 1) Saya memiliki sebuah rumah banglo dua tingkat di Bandar Baru Bangi pada Mac 2015. 2) Saya sudahpun mengerjakan UMRAH pertama saya pada 01/11/2014, bersama isteri saya. (Mohd Afeandi Haron) (Impian ini telah pun termakbul tepat pada masanya.)
11 0
(setiap impian yang ditulis adalah doa, dan doa yang ditulis spesifik menandakan kita tahu apa matlamat dan perancangan hidup kita, apa yang kita mahu sebenarnya. Jika impian yang tidak ditulis tidak khusus, maka jelaslah, kita tidak yakin dan tidak tahu kehendak sebenar hidup kita. dengan menulis, kita sebenarnya sedang berdoa dan bersyukur. TULIS DAN BACA IA SETIAP HARI WALAUPUN DOA YANG SAMA INSYA ALLAH, ALLAH akan tambah nikmatnya pada kita. kerana apa yang kita tulis, cakap, buat dan fikir itu adalah DOA. (Dr. Azizan Osman)
Menulis impian setiap hari itu lebih baik daripada berangan-angan setahun. ALLAH berfirman :: "wahai orang-orang yang beriman, jika engkau bersyukur kepadaku, maka aku tambah nikmatku keatasmu"- ALQURAN ALKARIM Berdasarkan ayat di atas, maka jelaslah semakin kita bersyukur, semakin ALLAH menambah nikmat hidup kita.
“Nikmat yang paling berharga selepas NIKMAT IMAN dan NIKMAT ISLAM adalah memiliki SAHABAT yang soleh- Sayidina Umar Al-khattab.”
12
FORMULA 4: DUIT dan KENSTABILAN DIRI DUIT tidak akan datang kepada orang yang tidak STABIL. maka "STABIL" KANLAH diri kita dengan ~SENYUM ~SABAR ~SEDEKAH ~SERAH ~SUCI (BERWUDUK) ~SELAWAT ~SUJUD ~SYUKUR ~SALAM ~SUMBANGAN (BERI MANFAAT PADA ORANG LAIN) ~SILATURAHIM “Jika diri kita stabil dalam semua hal di atas, duit atau rezeki yang tidak disangka-sangka akan datang dengan senang dan mudah. “ (Azizan Osman). “Hai orang yang beriman! Bertakwalah kepada ALLAH dan carilah jalan mendekatkan (diri) kepadanya dan berjuanglah pada jalan ALLAH (untuk menegakkan ISLAM) supaya kamu beroleh Kejayaan”- Ayat 35, surah Al-Maidah)
13
FORMULA 5: MEMBERI dan KAYA Apabila kita mula memberi sedekah, ia bermakna kita ada banyak DUIT. Ia bermakna kita adalah orang kaya Kerana mampu memberi. “When you start giving, you are RICH.” (Azizan Osman) Dari Abu Hurairah: Sesungguhnya Raasullullah SAW bersabda: “ Tidaklah harta menjadi kurang kerana sedekah, dan tidaklah seseorang yang memberi maaf kepada orang lain, melainkan ALLAH akan menambah kehormatan kepada dirinya dan seseorang tiada bersikap merendah diri kerana ALLAH, melainkan ia akan diangkat darjatnya oleh ALLAH” (HR Muslim dan Tirmidzi)
14
FORMULA 6: TAKWA dan ERTINYA Bersyukur dengan apa yang ADA, Bersabar dengan apa yang TIADA, Redhalah dengan TAKDIR ALLAH ke atas KITA, kerana itulah sebaik-baik IMAN dan TAKWA, “orang-orang yang beriman serta mereka pula bertakwa. Untuk mereka sahajalah kebahagiaan yang menggembirakan di dunia dan di akhirat: tidak ada (sebarang) perubahan pada janji-janji ALLAH yang demikian itulah kejayaan yang besar” ( Surah Yunus: 63-64).
Takwa dalam bahasa mudahnya ialah meninggalkan segala larangan dan mengerjakan segala suruhan ALLAH SWT. Amar makruf nahi mungkar. Iman pula: Rasullullah bersabda: “hendaklah kamu beriman kepada ALLAH, malaikat-malaikatnya, kitabkitabnya, rasul-rasulnya, hari Akhir dan beriman kepada takdir baik dan buruknya” (HR.Muslim no.8 darri Umar bin Khaththab radhiyallaHu’anHu)
15
FORMULA 7: JIWA rasa KOSONG? Jiwa rasa kosong? Rezeki susah hendak masuk? Semuanya berpunca daripada SOLAT yang tidak KHUSYUK. Semuanya berpunca daripada SEDEKAH yang tidak IKHLAS. Semuanya berpunca daripada SILATURAHIM yang PUTUS. Tidak sempurna solat, maka tidak sempurnalah keseluruhan amalan kita. Maka, perbanyakkanlah Istighfar dan perkara berikut: Pertama: Mesrakanlah diri dengan SOLAT (Solat berjemaah bagi kaum lelaki di MASJID) (Solat di awal WAKTU bagi kaum perempuan di RUMAH) Kedua: Bersedekahlah dengan KONSISTEN dan TERATUR Berlumba-lumba untuk memberi sedekah, tidak menunggu peminta sedekah meminta, tetapi kita yang cepat-cepat memberi. Ketiga: Menjaga SILATURAHIM sesama MANUSIA Hubungan yang mana terputus, sambunglah kembali, Mengalah tidak bererti kita kalah, Jika kita tidak bertegur sapa antara satu sama lain melebihi tempoh 3 hari, maka kedua-duanya adalah berdosa. Nabi bersabda, “had tidak bertegur sapa itu tidaklah melebihi tempoh 3 hari” (Ustaz Fathuri Salehuddin).
“Akhlak yang paling mulia adalah menyapa mereka yang memutus silaturahim, memberi kepada yang kikir terhadapmu dan memaafkan mereka yang menyalahimu” (HR Ibnu Majah)
16
FORMULA 8: KENAPA AKU MASIH HIDUP LAGI HARI INI? Cepatnya masa berlalu, hari berganti hari, bulan berganti bulan tahun berganti tahun, tahun baru 2014 terus melangkah meninggalkan kita detik demi detik. Umur kita semakin hari semakin bertambah, Tetapi amalan kita? Semakin bertambah atau semakin berkurang? Semakin meningkat umur kita, Semakin dekatlah kita dengan kematian. “Perkara yang paling aku menyesal sekali apabila terbenamnya matahari umurku bertambah tetapi amalanku tidak bertambah.” Ibnu Mas'ud-
Imam Ghazali: "yang dekat itu ialah MATI" SUBAHANALLAH ALHAMDULLILLAH ALLAHUAKBAR Bersyukurlah kepada ALLAH, dengan cara melafazkan zikir-zikir di atas sebanyak yang mampu. Kita semua masih bernafas dan boleh meneruskan lagi IBADAH kepadanya lagi pada hari ini. Imam AL-Ghazali "Kenapa ALLAH masih hidupkan aku lagi pada hari ini?" "Kerana dosaku terlalu banyak, ALLAH masih izinkan aku (beri masa) untuk bertaubat" Berpagi-pagi lah mencari rezeki, kerana di situ ada berkat. Kepada sesiapa yang suka tidur selepas subuh, bangkit dan bangunlah mencari rezeki, menyiapkan kerja yang lebih utama dan sebagainya.
17 0
FORMULA 9: BERKAT BERPAGI-PAGI ALHAMDULLILLAH segala puji dan syukur hanya kepada ALLAH. Dengan nikmat: Kesihatan, Kesenangan, Kegembiraan, yang ada pada pagi MULIA ini, dapatlah kita bergerak, bekerja, berusaha, mencari sebanyak mungkin REZEKI. Berpagi-pagilah dalam mencari REZEKI kerana di situ terdapat keberkatan. ALLAH tidak suka kepada manusia yang tidak tahu menghargai WAKTU. Yakni waktu selepas subuh. Manfaatkanlah. "Rasulullah SAW tidak tidur selepas menunaikan solat subuh kerana Allah memberkati umat ini yang berpagi-pagi, “Ya Allah, berkatilah umatku yang berpagi-pagi.” Untuk itu, para fuqaha’ memakruhkan tidur selepas solat subuh. Walaupun hakikatnya tiada dalil dan hadis-hadis sahih mengenai larangan tidur selepas subuh, dan yang ada cuma pendapat daripada para ulama mengenai tidur selepas subuh adalah MAKRUH tetapi tiada larangan tidur selepas subuh. Dinukilkan oleh Imam as-Safarini mengenai kemakruhan tidur selepas solat Subuh dan Asar : “Dimakruhkan tidurmu -wahai mukallaf- selepas solat Subuh, kerana waktu itu adalah WAKTU MENCARI REZEKI dan berusaha (syara’ dan ‘uruf) di sisi orang yang BERAQAL”. (sumber: Blog MyIbrah)
18
FORMULA 10: BAHANA MENEGUR DENGAN TIDAK BETUL Saya terbaca satu artikel, ALLAHUAKBAR! BAHANA MENEGUR dengan TIDAK BETUL...
dikatakan bahawa, "orang SPM tidak boleh menegur orang berpangkat lebih tinggi dan sebagainya..." "orang Muda tidak boleh menegur orang lebih tua"
Pada sudut pandangan sebetulnya ialah: --------------------------------------------------------PANGKAT, TARAF PENDIDIKAN ATAU UMUR bukanlah ukuran untuk kita tidak boleh menerima teguran atau memberi teguran daripada/kepada seseorang yang bilamana hujahnya adalah benar/salah. Yang menjadi pokok persoalan ialah CARA teguran itu, itu sahaja. GUNAKAN BAHASA YANG SOPAN DAN SESUAI Hal ini bertujuan agar tidak membuka AIB atau MELUKAKAN HATI orang yang ditegur serta melihat kewajaran pada keadaan dan masa. contoh 1: Apabila menegur pemimpin dikatakan hendaklah kita tarik tangannya ke belakang supaya khalayak tidak dapat mendengar apa yang diperkatakan agar tidak jatuh AIBnya.. contoh 2: Apabila seseorang yang lebih TUA ditegur oleh orang yang lebih MUDA, orang MUDA itu sendiri haruslah berhemah dalam menegur, (Maksud berhemah: menegur jangan di depan orang, perlu memohon maaf terlebih dahulu, meminta kebenaran dan sebagainya supaya ORANG TUA itu lembut hatinya) ibarat seorang ANAK menegur seorang AYAH. Sudah pasti akan jatuh EGONYA, akan terluka HATINYA. Tetapi kita sebagai ORANG TUA pula, haruslah sedar kita tidak selamanya berada di pihak yang BETUL, tidak selamanya SEMPURNA, kadangkala orang muda itu ada lebih betulnya, lebih ILMUNYA, walhal dia tidak lalui pengalaman hidup selama ORANG TUAnya. MENEGUR tidak bermakna tidak HORMAT, tetapi menjalankan tugas untuk memperbetulkan sesuatu keadaan. contoh 3: Orang berpendidikan SPM menegur mereka yang berpendidikan PhD, walhal teguran itu benar sama sekali,
19
tetapi tidak dapat diterima oleh mereka yang PhD kerana, SPM tadi tidak menegur dengan betul yakni telah menegur di khalayak. Maka menjatuhkan AIB orang ditegur. Daripada hendak menerima teguran, menjadi malapetaka kerana kemarahan cara ditegur. Maka berlakulah pergaduhan, kemarahan hati melebihi kewarasan akal. ASTARFIRULLAH. Seperti yang saya katakan: Bukan tidak boleh menegur mereka yang berpendidikan tinggi, tetapi cara teguran itu PERLU BETUL kerana, "AMATLAH BERDOSA KITA MEMBUKA AIB ORANG, MENGHINA, MENGEJEK DAN MELUKAKAN HATI ORANG LEBIH-LEBIH LAGI DIHADAPAN KHALAYAK." dan kita ditegah sama sekali dalam Islam agar tidak berburuk sangka kepada orang yang menegur itu. Disebabkan kemarahan hati, makanya kita sudah tidak waras, saling membuka aib masingmasing, menuding jari kepada orang yang menegur itu dengan mengeluarkan kata-kata seperti "bajet bagus sangat" "ada hati nak tegur orang" "tilik cermin dulu wajah" dan sebagainya" Apabila kita bertindak begitu, sama "BODOH" tidak kita dengan dia? Sudah menjadi sama dan kita perlu mengambil PhD terlebih dahulukah baru dikatakan boleh menegur dengan LAYAK? Berapa ramai yang pandai belajar sehingga peringkat PhD? "ORANG YANG BERILMU TIDAK AKAN BERTINDAK SEBEGITU" Apabila ada manusia yang tergerak hati menegur kita dan dia tidaklah sebaik yang disangkakan, sebenarnya dia sedang belajar untuk menasihati dirinya sendiri. Jika boleh, tegurlah seseorang janganlah sampai menghina, melukakan hatinya, menjatuhkan aibnya terutama di hadapan KHALAYAK. INBOX mesej ada, telefon ada, pelbagai medium ada, mesej di situ, chating di situ sampai lebam pun tidak mengapa. Sebagai orang MUDA pula, HORMATIlah orang yang lebih TUA dengan cara BERBUDI BAHASA, jika ada pilihan lebih baik, contoh: gunakan orang tengah yakni orang yang sama baya umurnya bagi menegur orang tua yang disaspekkan itu. Supaya tidak berlaku pergaduhan.
20
Sebagai orang TUA pula, teliti dan fikirkanlah pendapat orang yang lebih muda, mungkin ada bernasnya, mungkin ada betulnya, yang kita terlepas pandang. Kerana kita tidak selamanya berada di PIHAK yang betul. Sebabya, KITA tidak sempurna. Jangan pula dimarahi mereka yang MUDA itu. Jika percakapannya betul dan boleh diterima akal, berterima kasihlah kerana mereka BERANI memperbetulkan kesilapan kita. TEGURLAH SECARA BERHEMAH, GUNAKAN BAHASA YANG BAIK YANG LEMBUT DAN SOPAN. Jika tidak berkesan juga dan perkara itu memudaratkan makanya dibolehkan menggunakan bahasa kasar tetapi bukan di hadapan KHALAYAK. Tetapi antara kalian berdua sahaja.
walaupun seseorang itu tidak sebaik yang disangkakan, kita tidak boleh menerakakan dia, Walaupun dosa dia seluas alam semesta, Walaupun kamu sealim Ulama'. (Nora Yusof). “Seseorang Mukmin itu adalah yang menasihati dan menutup(aib dan kesalahan), Orang yang jahat itu pula adalah yang menyingkap dan mendedahkan(aib dan kesalahan)” Fudhail Bin I’yadh,Kitab Al-Wafi syarah Matan Al-Arbain An-Nawawiyyah.
21
FORMULA 11: PERHATIKAN KEHIDUPAN HIDUP ini perlu diPERHATI dan MEMERHATI dengan TELITI Orang yang mendoakan orang lain masuk NERAKA, Orang yang gembira melihat orang lain sebagai AHLI NERAKA, adalah sebenarnya Sedang MENDOAKAN dirinya sendiri masuk ke NERAKA. Sebuah kisah Ahlullah: Pada satu hari, seorang Ahlullah ini telah dirompak. Beliau telah dirompak masuk oleh pencuri ke rumahnya. Pencuri tersebut menikamnya di dada dan kesan tikaman tersebut telah membuatkannya tidak terdaya. Kemudian, pencuri tersebut lari menyembunyikan diri setelah merompak barang-barang di dalam rumah itu. Maka datanglah jiran tetangganya yang membantu Ahlullah itu. Mereka mendengar Ahlullah itu berdoa untuk kesejahteraan pencuri tersebut memohon kepada ALLAH supaya pencuri tersebut dimasukkan ke dalam SYURGA dan diampunkan dosa-dosanya. Salah seorang jiran itu kehairanan, maka bertanyakan kepada Ahlullah, wahai Ahlullah, mengapa engkau mendoakan si pulan itu masuk ke syurga sedangkan dia telah merompak dan menikammu? Maka jawabnya Ahlullah, bagaimana mungkin aku dapat masuk ke SYURGA jika aku mendoakan orang lain masuk Ke NERAKA? Maka terdiamlah sekalian tetangganya. Wallahualam.
“Jika dunia ini persinggahan, mengapa tidak kita banyakan bekalan untuk meneruskan perjalanan? “kerana cuma ada satu persinggahan yang abadi lagi hakiki iaitu AKHIRAT” Kata-kata pujangga.
22
FORMULA 12: MASALAH MEREKA YANG BERSEDEKAH
Masalah mereka yang bersedekah ------------Sering kali khuatir dan risau bersedekah kerana mahu cepat kaya. Inginkan mendapat balasan 70 kali ganda, 700 kali ganda, 10 kali ganda dan sebagainya. Adakah ianya salah? Allah telah berjanji, barangsiapa yang bersedekah sekian-sekian, sebanyak sekian-sekian akan mendapat balasan sekian-sekian. Adalah tidak salah kerana kita mengharapkan balasan daripada Allah. Sama juga halnya jika kita mengerjakan kebajikan kerana ingin mendapatkan bidadari cantik di Syurga. Jika kita membuat kebaikan ini, kita akan mendapat balasan ini. Buatlah! kerana Allah telah berjanji, engkau buat ini, Aku bagi balasan ini. Jadinya, dalam hal sedekah ini, buatlah seberapa banyak sedekah jika asbab kita mahu menjadi cepat kaya. Hal ini tidak ada masalah kerana Allah telah berjanji dengan ganjarannya. Maka bergembiralah mengerjakan sedekah yang ikhlas. Yang menjadi kesalahan ialah kita bersedekah kerana mahukan pujian manusia dan mengharapkan manusia. Hal ini salah sama sekali. Berharaplah pada Allah. Selamat bersedekah. Semoga anda kaya dan berjaya Dunia dan Akhirat.
Ustaz Azhar Idrus
23
FORMULA 13: TERSENTAK!! GAGAL BERNIAGA “Ilmu itu bukan yang dihafal, tetapi yang memberi manfaat- Imam Syafie” “Raihlah Ilmu, dan untuk meraih ilmu, belajarlah untuk tenang dan sabar- Khalifah Umar”
Seseorang telah bertanya kepada DR. Azizan di laman sosialnya, Soalannya berbunyi: “Saya dah usaha macam-macam cara untuk berjaya dalam business tetapi kenapa masih belum berjaya?” Dr. Azizan Osman membalas sebagaimana berikut:
“Anda ingat anda terror sangat ke? Anda ingat anda ke yang Maha Memberi Rezeki? Kerja kita sebagai manusia adalah berusaha dengan ILMU yang betul-betul berkesan tapi pada masa yang sama, jangan ingat sebab kita ada ilmu dan berusaha itu kita dah terror. Banyak banyaklah mengucap, boleh jadi syirik kalau kita rasa di sebabkan apa yang kita usaha dan maka kita dapat hasil. Ingat semuanya hanya akan berlaku DENGAN IZIN ALLAH SWT. Sertai setiap usaha kita selain disertai ILMU, ia mestilah mempunyai pergantungan kuat dengan Allah SWT, disertai dengan Bismillah, syukur, DOA, Tawakal dan sentiasa buat apa yang DIA sukai, nescaya Insya Allah DIA akan permudahkan jalan kita. Cuma mula-mula mungkin DIA akan uji, uji, uji, uji dulu untuk tengok layak ke kita terima rezeki yang lebih banyak. Kalau masa miskin dah berlagak dan tidak suka bantu orang, tidak suka sedekah ikut mampu, mungkin kita tak layak terima lebih banyak rezekiNya. Wallahu A'lam. Percayalah, ada orang buat sedikit, tapi Allah SWT beri rezeki banyak dan barokah kepada DIA, syukur. Ada orang buat banyak, tetapi Allah SWT belum buka lagi rezeki kepadaNya, pun syukur dan sentiasa muhasabah dan perbaiki diri. Jangan stop belajar, jangan stop perbaiki iman dan amal kita. Berusaha mesti ada zahir dan batin. Zahirnya kita berusaha di luar tetapi batinnya, kita berusaha jaga solat 5 waktu, buat solat tahajud, Dhuha, taubat, hajat dan istikharah setiap hari. Banyakan istighfar dan selawat untuk mohon Allah SWT lihat kita dan lihat permohonan serta rintihan hati kita. Sedekah kerana Allah SWT sayang orang yang suka bersedekah. Orang yang bersedekah itu kekasih Allah SWT” (Pesan Habib Dr. Azizan Osman). Selepas membaca jawapan di atas, TERSENTAK!! Saya dapat rasakan kepala seperti dihempap batu, telinga seperti terdengar bunyi tembakan berdas-das. Tiba-tiba tersedar dari lamunan yang panjang. Semangat yang hampir hilang hendak berniaga, putus asa dan lemah kerana asyik GAGAL akhirnya bangkit semula dengan tenaga dan semangat yang LUAR BIASA.
24
FORMULA 14: ADAB MENEGUR Jika sekalipun kita melihat kesilapan dan keburukan orang lain Jangan sesekali kita membuka aib dan membicarakan mereka terutamanya di hadapan khalayak ramai Berusahalah untuk menegur mereka secara berhemah Berikan nasihat yang membina dan positif. Jika kita mampu, tegurlah dengan tangan, jika kita kurang mampu, tegurlah dengan lisan dan jika benar-benar tidak mampu, tegurlah dengan hati. Yakni selemah-lemah iman. Menegur seseorang pemimpin, tidak sama dengan menegur kawan kita. Menegur pemimpin dikatakan mesti di belakang, tarik tangannya dahulu dan bercakap elok-elok kepadanya, jika pemimpin tidak mahu mendengar, itu terpulang kepadanya, tugasan kita sudah selesai. Saya amati trend menegur dan sindir menyindir dalam FB semakin berleluasa. Sudahlah ditegur, malahan ada kawan-kawan FB siap like dan tumpang kutuk lagi bagi menambah perisa sindiran itu. Bukan dikatakan tidak boleh tegur dalam FB atau mana-mana medan alam maya tetapi biarlah secara betul dan berhikmah. lebih baik menegur di dalam inbox message ataupun chatting bagi mengelakkan teguran tadi membuka aib orang yang ditegur. Amat berdosa sekiranya kita membuka aib seseorang. Tulis dan post di wall orang itu bukan sahaja membuka aib tersebut kepada umum, membuka aib kepada orang yang bukan hak malahan membuka ruang kepada orang lain untuk menambah lagi keaiban tersebut. Ini bukan cara yang diajar dalam Islam. Sebaik-baiknya tegurlah dalam inbox message atau chat ataupun berjumpa direct dan tegur dalam perjumpaan tersebut. (Ruzimi Mohamed, 2011)
25
FORMULA 15: HATI YANG BERSIH HATI yang BERSIH terlahir dan terzahir daripada kata-kata dan Perbuatan.. MAKA, awasilah kata-kata dan perbuatan kita kerana dari situ, akan mencerminkan sama ada HATI kita BERSIH atau TIDAK. Jauhkan diri kita daripada sifat-sifat mazmumah. Salah satu perkara mazmumah ialah: Syarrul kalam (banyak bercakap) Iaitu banyak berkata-kata atau banyak bercakap. Banyak berkata-kata itu boleh membawa kepada banyak salah, dan banyak salah itu membawa kepada banyak dosa serta menyebabkan orang yang mendengar itu mudah merasa jemu.
Rasulullah s.a.w bersabda, ‘‘Percakapan orang yang berakal muncul dari balik hati nuraninya. Maka ketika hendak berbicara, terlebih dahulu ia kembali pada nuraninya. Apabila ada manfaat baginya, dia harus bercakap dan apabila ia boleh mendatangkan keburukan, maka dia hendaklah tidak melafazkannya. Sesungguhnya hati orang yang bodoh berada di mulut, ia berbicara sesuai apa sahaja yang dia mahukan’’.
26
FORMULA 16: BERHATI-HATI dengan RIBA "HARTA RIBA WUJUD DI MERATA TEMPAT" APA ITU RIBA? ======== ADA 3 JENIS ======== a) Riba’ Al-Fadhl – riba yang dibayar lebih pada satu pihak yang menukarkan barang. Contohnya : Satu kilo beras Mahsuri ditukar dengan satu kilo beras yang lain (berlainan kualiti dan jenis ). b) Riba’ Al-Yad - riba’ yang dibayar lebih kerana tidak diterima dalam majlis akad jual beli. Contohnya : Seseorang yang berakad sebanyak RM 100.00 tetapi apabila di luar akad dibayar RM 105.00. c) Riba’ Al-Nasi’ah – riba’ yang dibayar lebih kerana dilewatkan pembayarannya. Contohnya : Pinjaman sebanyak RM 100.00 maka dibayar balik RM 120.00
sumber: http://www.al-azim.com/masjid/infoislam/muamalat/riba.htm
27
Amal Riba = Berperang Dengan Allah dan RasulNya ===== Tidak meninggalkan riba bermaksud kita mengisytiharkan perang dengan Allah & Rasul-Nya. Ini disebut dalam surah al-Baqarah ayat 279. Maka carilah untung dengan membuat perniagaan. Riba dan untung (ribh) dari perniagaan, nampak sama tetapi berbeza. Mafhum surah alBaqarah; 275. "Tapi saya tak pandai buat bisnes. Asyik rugi aje. Peluang dapat duit setiap bulan yang ditawarkan itulah peluang terbaik saya untuk keluar dari beban hutang!" Berikut adalah bagaimana Nabi Muhammad saw mengajar kita untuk berniaga dengan cara yang halal. Pada suatu hari seorang lelaki Ansar datang kepada Nabi Muhammad saw meminta bantuan. Baginda saw pun bertanya, “Apakah kamu mempunyai sesuatu di rumah?” Lelaki Ansar menjawab, “Ya ada. iaitu pakaian kasar yang dapat mengalas punggung unta. Sehelai kami guna dan ada yang sehelai lagi, kami hamparkan. Dan juga bekas minum.” Rasulullah saw pun terus berkata, “Bawa kedua-duanya kepada aku.” Maka lelaki Ansar itu tadi pun membawa kedua-duanya kepada Rasulullah saw lantas Baginda mengambilnya lantas berkata kepada orang ramai, “Siapa yang mahu membeli dua barang ini?” Seorang lelaki menjawab, “Aku akan membelinya dengan 1 dirham,” Rasulullah saw pun berkata & mengulanginya 2, 3 kali, “Siapa yang mahu menawarkan 2 dirham?”
28
Seseorang pun menjawab, “Saya mahu membelinya dengan 2 dirham,” Rasulullah saw pun mengambil 2 dirham tersebut dan diberikan kepada lelaki Ansar tadi lalu berkata, “Belilah makanan 1 dirham untuk keluargamu dan 1 dirham lagi gunakan untuk membeli (mata) kapak dan bawa kepadaku.”
Lelaki Ansar tadi pun melaksanakan arahan Rasulullah saw dan memberikan (mata) kapak tersebut kepada Baginda. Rasulullah saw memasangkannya dengan kayu lalu berkata, “Nah (kapak) dan sila pergi mencari kayu. Aku tak mahu melihat kamu di sini selama 15 hari ini.” Lelaki Ansar itu pun beredar, mencari kayu dan menjualnya. Selepas 15 hari lelaki Ansar itu datang kepada Rasulullah saw bersama 15 dirham. Rasulullah saw pun berkata, “Beli makanan dan bakinya beli pakaian. Sesungguhnya ini adalah lebih baik dari dari kamu datang meminta-minta kerana perbuatan meminta-minta itu akan merosakkan wajah kamu pada hari Akhirat. Sesungguhnya meminta-minta itu hanya untuk yang sangat miskin, orang yang kerugian teruk atau darah yang menyakitkan.” . Untuk melihat catatan mengenai hadis ini, sila rujuk link di bawah: http://www.pakdi.net/bagaimana-nabi-muhammad-mengajar-kita-untuk-keluar-darikemiskinan/ Dipetik daripada Suzardi Maulan
29 0
FORMULA 17: ISLAM ADALAH CARA HIDUP YANG TERBAIK
Jika kita marah – TOPUP wuduk untuk menyejukkan jiwa. Jika kita bingung – KLIK doa agar tenang hati. Jika kita dipuji – RELOAD syukur supaya tidak alpa. Jika kita gagal – DOWNLOAD usaha untuk memberi semangat. Jika kita kecewa – RESTART tenaga agar sentiasa sedar. Jika kita sedih – SELECT ibu bapa untuk meluahkan perasaan. Jika kita berdosa – UNDO perangai itu dan bersolat taubat. Jika kita berdendam – DELETE buruk sangka supaya bersih hati. Jika kita berbohong – BACKSPACE kata-kata untuk memperbetulkan keadaan. Jika kita buat maksiat – REGISTER SOFTWARE sikap baru dan bertaubat Nasuha.
“Apabila kebaikan menggembirakan kamu, dan kejahatan mendukacitakan kamu, maka itulah tanda kamu seorang mukmin.”- Riwayat Ad-Dhiya melalui Abu Umamah. (hadis dipetik daripada Fahmy Adam)
30
FORMULA 18: SEDEKAH ADALAH SIMPANAN Semakin banyak SEDEKAH= Semakin banyak SIMPANAN Hal ini adalah kerana harta kekayaan, duit dan lain-lain barang yang ada dalam tangan kita sekarang bukan kepunyaan kita,
ia boleh menjadi kepunyaan tauke kedai makan, boleh jadi kepunyaan penjual, boleh jadi kepunyaan orang lain dan sebagainya. Jadi jika kita ingin menambahkan simpanan kita, perbanyakan tabung SEDEKAH kerana harta sedekah itulah kepunyaan kita. (Ustaz Ismail Kamus) HARTA KITA IALAH APA YANG KITA BERI, BUKANLAH APA YANG KITA MILIKI. Jika kita menyatakan bahawa rezeki itu milik Kita seorang, kita sudah salah menggunakan nikmat ALLAH kerana di sebalik rezeki yang diperoleh, pasti ada milik orang lain yang ALLAH turunkan. Kita menjadi pengantara. Jadi marilah kita berkongsi rezeki ALLAH ini. Jika kita menyatakan harta kita akan habis, sudah pasti tidak akan habis, malah bertambah. Jika ia tidak banyak bertambah di dunia, pasti ia bertambah di akhirat kelak. (Business point SND BHD)
31
FORMULA 19: SENTAPAN HATI Semoga cerita ini memberi kesedaran kepada kita. Suatu hari sedang saya membersihkan halaman, lalu seorang penjual laksa beras, menaiki motosikal mengelilingi kampung. oleh kerana matahari telah makin merendah selepas asar, saya pun berhenti rehat. apabila nampak penjual laksa beras lalu, saya pun memanggil untuk merasa laksa berasnya. setelah memesan dan membayar harga bagi 5 bungkus laksa beras, saya melihat penjual itu membahagikan duit yang saya bayar kepada 3 tempat. duit itu di bahagi 3, 1/3 ke dalam dompet, 1/3 ke dalam laci duit dan 1/3 ke dalam bekas seperti tabung. melihat keadaan itu, menjadikan saya teruja ingin tahu kenapa duit-duit itu diasingkan. maka terus saya bertanya, “pak cik kenapa pakcik asing-asingkan duit tersebut?” pakcik itu pun menjawab, duit yang masuk dompet digunakan untuk perbelanjaan perniagaan dan keluarga, duit yang masuk tabung untuk simpanan penyempurnaan agama dan duit yang masuk laci untuk infak. "dalam setiap rezeki yang kita perolehi, ada hak orang lain juga walaupun sikit, kita wajar berbagi sama. saya mengilirkan wang itu antara beberapa surau dan masjid. atau untuk rumah anak yatim juga. Selama lebih 20 tahun saya berniaga laksa beras, dari berbasikal, sekarang sudah bermotorsikal, setiap tahun saya dapat melaksanakan ibadah korban walau pun cuma 1 ekor kambing yang sederhana besar. Alhamdullilah, saranan agama, walaupun sunat, ia dapat dilakukan.
32 0
Setiap hari saya mula berniaga dari pukul 11.00 pagi. apabila tiba di mana-mana kampung, menjelang waktu solat sama ada zohor atau asar, saya akan berhenti untuk solat berjemaah di mana –mana masjid/surau kampung berkenaan. Saya tidak akan lupa memasukkan sedikit hasil jualan laksa beras ini ke tabung masjid/surau walaupun sedikit. Walaupun cuma menjual laksa beras, saya tetap dapat mengerjakan solat di awal waktu secara berjemaah . dapat menginfak wang hasil jualan laksa beras untuk dikongsi dengan orang lain. Saya suka berniaga mengelilingi kampung dan berhenti solat di mana-mana surau atau masjid yang ditemui menjelang waktu solat. Saya pernah dengar tuan guru kata, nanti di mahkamah akhirat, bumi dan hari akan menjadi saksi. Maka nanti bumi akan berkata, si polan pernah solat di sini, di sini, di sini. Hari isnin sipolan solat di masjid ini, hari selasa si polan solat di surau ini. dan seterusnya... Saya tidak kaya, tidak punya harta yang banyak untuk melaksanakan wakaf, namun saya tetap bersedekah ikut rezeki yang Allah berikan kepada saya setiap hari. Duit dalam tabung pula sebagai simpanan untuk menyempurnakan rukun Islam. Islam terdiri dari 5 rukun, mengerjakan haji adalah rukun ke 5. adakah solat itu sempurna jika rukunnya tidak sempurna? Saya merasakan Islam saya tidak akan sempurna jika rukunnya saya tidak sempurnakan.
oleh itu saya mahu berusaha menyempurnakan rukun Islam ke 5 iaitu mengerjakan haji.
33 0
Jika tidak menabung, bagaimana mungkin saya dapat mengerjakan haji kerana ia memerlukan biaya yang besar?" terpegun saya dengan jawapan yang diberikan oleh seorang penjual laksa beras ini. seorang penjual laksa beras, mempunyai misi dan visi yang jelas sebagai seorang Islam. “pakcik, bukankah mengerjakan haji bagi yang mampu saja, jika tidak mampu kita tidak dituntut untuk mengerjakannya.” “bagaimana boleh mampu jika kita tidak usaha menuju ke arah mampu? jika tidak menabung, bagaimana mungkin akan mampu mengerjakan haji suatu hari nanti? mampu itu kita sendiri yang tentukan. adakah selamanya kamu mahu hidup miskin jika kamu tidak usaha menjadi kaya dengan menabung sedikit-sedikit mengumpul modal bagi meluaskan perniagaan?” Masyaallah, begitu jelas sekali fikirannya tentang maksud mampu. Tersentap hingga hujung hati bila membanding diri ini dengan pakcik yang hanya menjual laksa beras bermotosikal mengelilingi kampung. muka saya bagai ditampar-tampar kerana berilmu tetapi tidak beramal. Siapa yang sangka dan ambil peduli akan kejernihan fikiran pakcik dalam melaksanakan syariat agama Islam ini??? Kisah ini saya abadikan bagi mengingatkan kepada kita tentang satu contoh dan tauladan yang baik yang wajar kita jadikan pedoman... Dipetik daripada Hasryn Hamka.
34
FORMULA 20: BUAT SESUATU KERANA ALLAH Apabila kita melakukan SESUATU, Solat, Bekerja, Membantu orang, berselawat, berzikir, Membaca, Menulis, Memasak, Makan, Mengemas, dan sebagainya perkara yang sedang kita lakukan, BUAT BERSUNGGUH-SUNGGUH, TERBAIK dan SEMPURNA. SETKAN DALAM FIKIRAN MULAI HARI INI, "SAYA BUAT INI SEMUA KERANA ALLAH DAN REDHANYA" InsyaALLAH, Tiada rasa letih Tiada rasa penat, Tiada rasa sesalan, Tiada kecuali RASA MANISNYA KEPUASAN memberikan TERBAIK Kepada DIRI dan ORANG LAIN (Nora Yusof, 2013)
35
FORMULA 21: SETIAP PERKATAAN ITU ADALAH DOA Setiap PERKATAAN, yang keluar dari TULISAN, yang keluar dari LISAN, yang keluar dari PERASAAN, yang keluar dari PEMIKIRAN, adalah sebuah DOA. makanya hendaklah kita BERDOA yang baik-baik sahaja iaitu dengan cara... TULISAN YANG BAIK, UCAPAN YANG BAIK, NIAT YANG BAIK, IDEA YANG BAIK.
nanti hadirnya semua yang BAIK-BAIK dan POSITIF sahaja. Jom perbanyakkan Selawat ke atas Nabi ya. Balasan Rahmat Daripada Allah Hadith : Nabi s.a.w bersabda: "Sesungguhnya orang yang lebih hampir kepadaku dari kalangan kamu pada hari kiamat pada setiap tempat yang aku berada padanya ialah orang yang lebih banyak selawatnya kepadaku di dunia…" Anas r.a
36
FORMULA 22: SEMPURNAKAN AMANAH SEMPURNAKAN AMANAH! --------------------------------ContohnyaKalau Amanah anda ialah seorang pemandu, yang berjanji untuk mengambil penumpang pukul 7 pagi maka penuhi amanah tersebut, datang pada waktu yang dipersetujui. Tepati Janji. Apabila hati orang kita sakiti kerana mungkir Janji, Kita melanggar amanah tersebut, maka hati kita tidak akan tenang, hidup kita tidak akan berubah, buku catatan kiri kita akan semakin berat, malah mengundang murka Yang Maha Agung. Sekiranya ada aral melintang atau sebab musabab, buat penjelasan, cari jalan untuk memaklumkan kelewatan ketidakhadiran, berusaha berhubung atau memaklumkan kepada orang yang kita janji itu dengan kadar seberapa segera yang mampu. Supaya mereka tidak ternanti-nanti, tertunggu-tunggu membuang masa berharga mereka dengan sia-sia, menjadikan sakit hati, gelisah, risau akan keadaan kita. (Yasmin Ramzi, 2013) Sabda Nabi SAW yang bermaksud: Empat sifat, siapa yang bersifat dengannya bererti ia seorang munafik yang nyata dan siapa yang mempunyai salah satu dari sifat-sifat itu bererti dia mempunyai sifat munafik sehingga ia meninggalkan sifat itu iaitu: Apabila bercakap ia dusta, Apabila berjanji ia mungkiri, apabila ia memateraikan perjanjian ia mencabuli perjanjian dan apabila berbalah (bertengkar) ia sentiasa ingin menang”- Riwayat oleh Al’Syaikhan dari Ibn ‘Amr
37
PENUTUP Sudah tamat membaca? Alhamdullillah, tahniah kerana berjaya melangkah memperbaiki diri. Semoga anda beroleh manfaat yang banyak daripadanya. Teruskan sambungan bacaan di MODUL 2 sebagai pelengkap dan penyelesaian kepada masalah hidup anda iaitu siri Teknik Menarik Rezeki Yang Betul dan berkesan yang dikupaskan dengan lebih mantap. Mampu memukau setiap hati yang membaca. insyaALLAH. Aammiinn.