TANTANGAN Karya: Norhisham Mustafa Isi Cerita Pengarang menggunakan teknik Sudut Pandangan Orang Pertama dalam menyampaikan ceritanya. Pengarang mengesahkan bagaimana sebuah pesta yang sedang diadakan di rumah keluarga angkatnya. Pesta ulangtahun kakak angkatnya yang ke-28. Pengarang sebenarnya adalah anak angkat kepada keluarga yang ternama itu, dia telah dipelihara sejak dari kecil oleh keluarga Tuan Basir tetapi sekarang walaupun dia telah dewasa, dia tetap dinggap sebagai anak angkat yang tidak mempunyai hak untuk mencampuri apa sahaja urusan rumahtangga keluarga tersebut. Tuan Basir (bapa angkatnya) dan juga semua anggota keluarganya yang lain adalah mereka yang telah kehilangan pegangan agama serta keruntuhan moral. Ibu angkatnya dan kakak angkatnya (Puan Juliana dan Sapura) sering mengadakan pesta yang meriah yang mana akan terdapat tarian-tarian bebas, minuman keras serta percumbuan yang melampaui batas. Perbuatan mereka begitu menjolok mata dan tidak sanggup dihadapi oleh pengarang. Walaupun dia cuba memeberikan nasihat tetapi usahanya tidak pernah mendapat sambutan malah dia diherdik dan dihina. Tuan Basir adalah orang politik yang lupa daratan. Di khalayak ramai, dia begitu disanjung dan sering pula dijemput untuk membuka serta merasmikan majlis-majlis agama tetapi di sebalik itu dia sebenarnya adalah orang yang bersikap pura-pura (hipokrit terhadap agama) serta banyak pula melakukan maksiat. Dalam pesta yang diadakan di rumah Tuan ]Aasir tu,. ramai anak-anak muda yang hadir (masa itu Tuan Basir keluar negeri). Mereka yang berpesta bukan sahaja menari, meminum minuman keras tetapi juga bercumbuan-cumbuan. Isteri Tuan Basir (Puan Juliana) dan juga kakak angkatnya (Sapura) turut becumbuan-cumbuan dengan pasangannya. Pengarang (aku) akhirnya lari meninggalkan rumah untuk mencari ketenangan kerana tidak sanggup melihat pesta yang tidak bermaruah itu. Dia banyak berfikir tentang sikap keluarganya yang telah jauh menyimpang dari hukum agama serta merancangkan tindakan yang sepatutnya diambil terhadap keluarganya itu. Apabila dia balik kemudiannya, dia mendapati ibu dan kakak angkatnya tidur bergelimpangan di atas pangkuan lelaki. Dengan
rasa.marah di atas perbuatan terkutuk keluarganya itu, dia akhirnya mengambil tindakan membakar rumah tersebut. Perwatakan (1)
Aku (pengarang) Seorang anak miskin telah diangkat dan dipelihara oleh Tuan Basir. Masa kecil mendapat kasih sayang yang sewajarnya tetapi apabila dewasa dia tersisih dari keluarga@a kerana dia adalah anak angkat dan juga kerana jiwanya tidak secucuk dengan cara hidup keluarganya.
(2)
Tuan Basir Bapa angkat kepada pengarang. Sejak balik dari London, dia menjadi orang politik yang paling berjaya. Dia menjadi wakil rakyat. Kerana ketokohannya dia sering dijemput menghadiri dan merasmikan majlis agama. Dia sering keluar negeri menjadi wakil negara. Seorang yang hipokrit agama. Di sebalik kemasyhurannya dia banyak melakukan maksiat.
(3)
Juliana Isteri Tuan Basir. Telah rosak moralnya. Bergaul bebas dan membenarkan apa sahaja yang dilakukan oleh anaknya. Bebas berhubungan dengan lelaki lain. Tiada pegangan agama.
(4)
Sapura Kakak angkat pengarang. Anak Tuan Basir yang telah berumur 28 tahun. Bergaul bebas juga telah rosak moralnya. Suka mengadakan pesta dan lupa telah daratan.
Tema Dalam cerpen ini pengarang ingin mengemukakan sebuah tema yang berkaitan dengan "Keruntuhan nilai agama dan moral" di mana pengarang telah mengesahkan bagaimana sebuah keluarga yang telah lupa daratan kerana terlalu mementingkan kedudukan dan kegembiraan hingga akhirnya hilang -pegangan agama dan keimahan. Mereka tidak lagi mementingkan moral dan agama malah sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapai kepuasan nafsu. Seorangdaripada anaknya begitu marah terhadap ibubapa angkatnya yang telah tua atau kelqarganya yang sangat mementingkan kedudukan, kegembiraan, serta
mengabaikan agama serta bersikap hipokrit. Si anak- akhirnya membakar rumahnya kerana tidak tahan melihat pesta maksiat yang diadakan oleh keluarga angkatnya itu. Persoalan-persoalan samringan. (a)
Lemah pendidikan agama. Tuan Basir dan keluarganya tidak mempunyai pendidikan agama yang kuat, oleh itu mereka mudah.sahaja tergelincir ke lembah maksiat, apatah lagi sikap mereka yang sudah lupa daratan setelah mendapat kedudukan dan kekayaan.
(b)
Sikap Kepura-puraan. Ramai pemimpin politik yang pandai bersikap pura-pura untuk menjamin keselamatan kedudukannya. Cotohnya Tuan Basir, di luar dia begitu baik, seperti orang alim, sering dijemput memberi syarahan serta merasmikan majlis-majlis agama tetapi di sebalik itu dia adalah orang yang melanggar segala tatasusila agama.
(c)
Anak angkat. Anak orang lain yang dipelihara walaupun dari kecil, tidak akan mendapat taraf/kedudukan yang sama seperti anak sebanar dalam keluarga angkatnya. Dia mungkin hidup terhindar dan tersisih dari keluarga angkatnya itu.
Perutusan. (a)
Pendidikan agama penting kepada setiap orang. Pendidikan agama memang penting kepada setiap orang agar dia tidak mudah lupa daratan bila mendapat,kekayaaan. Tanpanya seseorang itu akan mudah sahaja tergelincir/terjerumus ke lembah maksiat. Keluarga Tuan Basir telah runtuh moralnya kerana tiada pengetahuan/pegangan agama yang kuat.
(b)
Kedudukan dan kekayaan boleh menyebabkan orang lupa daratan. Keluarga Tuan Basir telah rosak moral dan lupa daratan apabila telah mendapat kedudukan yang tinggi dan kekayaan.
(c)
Kebanyakan orang-orang besar dan juga ahli-ahli politik bersikap pura-pura (hipokrit).
Tuan Basir berpura-pura dalam menjalankan tugasnya, dia berlagak sebagai orang yang baik, beragama dan-berjiwa pemimpin tetapi sebenarnya dia adalah seorang hipokrit. (d)
Anak angkat sering terhindar dari keluarga angkatnya. Ada keluarga yang tidak mempunyai anak sering mengambil anak angkat ataupun sengaja memelihara anak orang lain kerana beberpa sebab. Walaupun anak itu kadang-kadang mendapat layanan yang baik serta kasih-sayang yang sewajarnya tetapi dia tidak mungkin mendapat layanan seperti anak kandung dari keluaraga angkatnya itu ataupun ada ketikanya dia mungkin juga akan terhindar atau tersisih.dari keluarga angkatnya tersebut.
(e)
Keruntuhan moral dan nilai kemanusiaan. Ramai orang-orang kaya dan ternama yang runtuh moralnya dalam pergaulan serta menjadi lupa daratan kerana disebabkan kekayaan dan kedudukan mereka.
Plot Cerpen ini menggunakan teknik Sudut Pandangan Orang Pertama serta menggunakan susunan peristiwa yang tidak kronologi. Peristiwa-peristiwanya disusun lebih kurang demikian:. (a)
Cerita bermula dengan rintihan pengarang tentang apa yang telah dilakukannya, dia memohon ampun kepada Allah kerana dia merasakan tentang apa yang dilakukannya itu adalah untuk kebaikan keluarga angkatnya.
(b)
Pengarang secara imbas balik menceritakan tentang perkara yang telah berlaku: - keluarga angkatnya mengadakan pesta besar seperti yang selalu diadakan, dalam pesta itu mereka bergaul begitu bebas dan menjolok mata, pengarang begitu jijik melihatnya. - pesta itu menyambut hari ulang tahun kakaknya yang ke 28 tahun. Dia ada juga menasihatkan mereka tetapi pandangannya sia-sia sahaja. - pengarang adalah anak angkat kepada Tuan Basir, walaupun pada masa kecil dia mendapat layanan yang baik tetapi sejak dia dewasa, dia telah tersisih kerana jiwanya tidak pernah sesuai dengan cara kehidupan keluarganya itu.
(c)
Dia lari meninggalkan rumah kerana tidak mahu melihat keadaan yang tidak bermoral dan menjolok mata itu. Dia duduk di sebuah taman untuk mencari ketenangan. - Tuan Basir dan keluarga telah lupa daratan kerana kedudukan dan wang ringgit. Di samping masyarakat Tuan Basir adalah orang yang baik, banyak menghadiri majlis agama, syarahan dan sebagainya tetapi di rumah dia gagal sebagai pemimpin, sebaliknya dia bersikap hipokrit terhadap agama.
(d)
Dalam pesta yang diadakan di rumahnya itu, ibu dan kakak angkatnya menari, bercumbu-cumbuan, minum minuman keras dan sebagainya. Perbuatan yang tidak bermoral itu sangat menjijikkannya.
(e)
Dua puluh tahun yang lalu, s'emasa baru balik dari London. Tuan Basir begitu perarnah orangnya, Puan Juliana pula adalah ibu yang baik begitu juga Sapura sangat rapat denganya. Tetapi semuanya telah berubah apabila Tuan Basir menjadi wakil rakyat. Mereka semuanya telah lupa daratan.
(f)
Sekarang Tuan Basir berada di luar negeri, di negara Arab. Tuan Basir juga berpoyapoya dengan gadis-gadis Arab. Dia juga melakukan seperti apa yang dilakukan oleh Puan Juliana. Itulah yang selalu dilakukan oleh Tuan Basir pada hal namanya sering sahaja disebut sebagai tokoh yang paling layak untuk majlis agama.
(g)
Bila dia balik semula ke rumah dia mendapati semua yang hadir tidur bergelimpangan kerana telah mabuk. Ibu dan kakak angkatnya juga terbaring dalam keadaan yang memalukan di pangkuan lelaki.
(h)
Dia jijik melihat keadaan itu. Dengan rasa marah dia pun menyiramkan minyak di keliling rumah kemudian membakar rumah itu ketana kepadanya itulah sahaja jalan untuk menghapuskan perbuatan maksiat dan menghilangkan rasa malu yang melampaui itu.