PROTOKOL PERTANDINGAN MULTIMEDIA KREATIF 2015 (DOKUMEN PEMBUKTIAN) Antara tugas yang kami lakukan ialah menyediakan teks perasmian dan penutupan untuk pengerusi majlis, menjemput vip, menyediakan teks doa, tag kerusi bagi peserta dan juga ajk program, teks ucapan dekan, ketua program,ketua penasihat dan juga wakil juri jemputan. Selain itu, protokol juga bertanggungjawab dalam memastikan aturcara program mengikuti masa agar program berjalan dengan lancar.
SALUTASI (Perasmian) Bismillahirahmanirahim.… Yang Berbahagia Prof. Dr. Abdullah Mohd Zin Dekan Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat Universiti Kebangsaan Malaysia Yang Berusaha Dr. Siti Fadzilah Mat Noor Pensyarah Penasihat Pertandingan Multimedia Kreatif 2015 Yang Berusaha Prof Madya Dr Nor Azan Haji Mat Zin Pensyarah Penasihat Pertandingan Video Inovasi 2015 Yang Berusaha Saudari Nurfariha binti Mohd Kamal Ketua Program Pertandingan Multimedia Kreatif 2015 Yang Berusaha Saudara Muhammad Hafidzi Bin Mohd Isa Ketua Program Pertandingan Video Inovasi 2015
Para Penaja Pertandingan Multimedia Kreatif 2015
Para Penaja Pertandingan Video Inovasi 2015
Para Pensyarah
Pegawai-pegawai pengiring IPTA dan IPTS. Para peserta Pertandingan Multimedia Kreatif 2015 Para peserta Pertandingan Video Inovasi. Seterusnya warga kerja serta hadirin hadirat yang dikasihi sekalian
Teks MC semasa Majlis Perasmian KETIBAAN (Tetamu mula datang) HAZIM : Selamat datang diucapkan kepada para hadirin. Diharapkan para hadirin dapat mengambil tempat masing-masing kerana majlis akan bermula sebentar lagi. Hadirin diingatkan supaya berdiri sewaktu ketibaan masuk tetamu kehormat. (Mula gamelan) (Ketibaan tetamu kehormat) HADA : Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia Prof. Dr. Abdullah Mohd Zin dan dif-dif kehormat masuk kedalam dewan. Semua hadirin diminta berdiri. (VVIP sampai di tempat duduk) (Tamat gamelan)
(Nyanyian lagu negaraku + varsiti kita) HAZIM : Hadirin diminta untuk terus berdiri bagi nyanyian lagu “Negaraku” dan lagu “Varsiti Kita”. (Habis nyanyian) HAZIM : Para hadirin dipersilakan duduk. (Bila semua dah duduk) HADA : (SALUTASI) (PANTUN 4 KERAT) HAZIM :
Sayang selasih berisi minyak, Bunga cengkih di atas jerami; Terima kasih banyak-banyak, Sudi datang ke fakulti kami.
HADA :
Melati kuntum tumbuh melata, Sayang merbah di pohon cemara; Assalammualaikum mulanya kata, Saya sembah pembuka bicara.
HAZIM : Saya Muhammad Hazim B Mat Noh dan saya Syuhada Amirah Bt Rozman merupakan pengacara anda pada pagi ini. HADA : Selamat datang ke Majlis Perasmian Pertandingan Multimedia Kreatif dan Pertandingan Video Inovasi Fakulti Teknologi Dan Sains Maklumat 2015. Alhamdulillah bersyukur kita kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya dapat kita bersama- sama berhimpun pada pagi ini untuk Majlis Perasmian Pertandingan ini. HAZIM : Hadirin yang dihormati,
Menadah tangan tanda kerendahan, Lafaz Bismillah memperkukuh tautan; Doa dipohon penuh pengharapan, Agar majlis mendapat keberkatan. BACAAN DOA HADA : Bagi memberkati lagi majlis kita pada pagi ini, dijemput Muhammad Nooraiman bin Musa untuk membacakan doa. Marilah bersama-sama kita menadah tangan bagi mengaminkan bacaan doa yang akan dilafazkan. HAZIM : Amin...Amin...Ya Rabbal ‘alamin. Terima kasih diucapkan kepada saudara Muhammad Nooraiman bin Musa di atas bacaan doa itu tadi. Semoga dengan bacaan doa sebentar tadi, majlis kita mendapat keberkatan dan keredhaan dari Allah s.w.t.
UCAPAN KETUA PROGRAM HADA : Seterusnya, majlis mempersilakan saudari Nurfariha binti Mohd Kamal selaku Ketua Program Pertandingan Multimedia Kreatif 2015 untuk memberikan sepatah dua kata. Dengan segala hormatnya mempersilakan.
HAZIM : Terima kasih diucap kepada saudari Nurfariha binti Mohd Kamal diatas ucapan beliau sebentar tadi. HADA : Majlis turut mempersilakan Saudara Muhammad Hafidzi Bin Mohd Isa selaku Ketua Program Pertandingan Video Inovasi untuk memberikan sepatah dua kata. Dengan segala hormatnya mempersilakan. HAZIM : Terima kasih diucap kepada Saudara Muhammad Hafidzi Bin Mohd Isa diatas ucapan beliau sebentar tadi
UCAPAN DAN PERASMIAN PEMBUKAANP HADA : Seterusnya, majlis dengan segala hormatnya menjemput Yang Berbahagia Prof. Dr. Abdullah Mohd Zin, Dekan Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat untuk menyampaikan sepatah dua kata seterusnya merasmikan Pertandingan Multimedia Kreatif dan Pertandingan Video Inovasi 2015. (Ucapan habis) ( Lagu iringan ) HAZIM : Dijemput dif – dif kehormat untuk mengiringi Yang Berbahagia Prof. Dr. Abdullah Mohd Zin untuk merasmikan majlis dengan paluan gong. (Selesai bunyi gong) HADA : Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berbahagia Prof. Dr. Abdullah Mohd Zin, diatas kesudian beliau untuk merasmikan majlis pada pagi ini. Majlis mempersilakan dif – dif kehormat ke kerusi dewan untuk menyaksikan tayangan montaj yang telah disediakan. Para hadirin diminta berdiri. (Lagu iringan)
TAYANGAN MONTAJ HAZIM : Para hadirin dipersilakan duduk. Majlis diteruskan lagi dengan menyaksikan tayangan montaj yang telah disediakan untuk perasmian Pertandingan Multimedia Kreatif dan Pertandingan Video Inovasi, Fakulti Teknologi Dan Sains Maklumat 2015. (Tayangan habis)
PENUTUPAN HADA : Kita akhiri majlis ini dengan tasbih kafarah dan surah Al-As. ( doa ) Amin Ya Rabbal ‘alamin... Dengan ini berakhirlah sudah Majlis Perasmian Pertandingan Multimedia Kreatif dan Pertandingan Video Inovasi pada tahun 2015. HAZIM : Majlis mempersilakan dif-dif kehormat mengiringi Yang Berbahagia Prof. Dr. Abdullah Mohd Zin ke bilik eksekutif untuk menikmati jamuan yang telah disediakan. Para hadirin diminta berdiri (Lagu gamelan mengiringi vip keluar) HADA : Saya Syuhada Amirah Bt Rozman dan saya Muhammad Hazim B Mat Noh ingin mengambil kesempatan ini untuk memohon maaf di atas sebarang kesilapan dan kelemahan sepanjang majlis ini berlangsung. HAZIM : Sesungguhnya segala yang baik itu datangnya daripada Allah S.W.T dan yang kurang itu datangnya daripada kami sendiri. Sekian Assalamualaikum wbt.. HADA : Para peserta dijemput ke cafeteria ftsm untuk bersarapan sebelum pertandingan bermula pada pukul 10.30 pagi.
DOA PEMBUKAAN MAJLIS PERASMIAN PMK Audzubillahi mina syaitani rajiim Bismillahirrahmanirrahim Alhamdulillahirabbil alamin, wassalatu wassalamu ala asrafil anbiya’i walmursalin Wa ala alihi wa ashabihi aj’main Ya Allah Ya Tuhan Kami, Dengan sifat-sifat Keagungan serta Kebesaran-Mu pada pagi yang penuh keberkatan ini, bersempena program Pertandingan Multimedia Kreatif dan Pertandingan Video Inovasi 2015 , kami sekalian hamba-Mu Ya Allah, merafak dengan penuh rendah diri agar Engkau curahkan Nikmat yang berterusan kepada kami. Kurniakanlah petunjuk kepada kami dalam mencapai Keredhaan-Mu. Ya Allah, jauhkanlah kami dari ujian mara bahaya. Ampunilah dosa kesalahan kami. Kurniakanlah kesejahteraan serta keberkatan hidup, kepada kedua ibu bapa kami, pensyarah-pensyarah kami, para pemimpin kami dan ummah seluruhnya. Kukuhkanlah perpaduan serta muhibbah antara kami, yang tinggal di dalam sebuah negara yang berbilang kaum ini. Ya Rahman Ya Rahim, Tanamkanlah sifat-sifat terpuji dalam diri kami, agar budaya kerja berkualiti menjadi amalan kami. Dan supaya kami sentiasa berusaha melakukan penambahbaikan dalam kerja seharian, demi kemajuan organisasi, masyarakat, agama dan negara. Engkau sematkanlah ke dalam diri kami Ya Allah, rasa tanggungjawab atas setiap tugas yang diamanahkan kepada kami, untuk dilaksanakan. Ya Zal Jalali Wal Ikram, Kurniakanlah kepada kami kesihatan anggota, kecergasan minda, ketenangan jiwa, dan kekuatan semangat. Semoga dengannya kami mampu menghadapi cabaran, berdaya saing, serta mampu mengangkat martabat diri, keluarga, masyarakat, agama dan negara. Rabbana taqabalminna innaka antassamiul alim.
Watub’alaina innaka anta tawaburrahim Rabbana atina fidunya hasanah, wafilakhirati hasanah, wakinna azabannar. Subhana rabbika rabbil ihzati amma yasifun Wassalamu alal mursalin Walhamdulillahirabbil alamin
DOA PENUTUPAN MAJLIS PMK Audzubillahi mina syaitani rajiim Bismillahirrahmanirrahim Alhamdulillahirabbil alamin, wassalatu wassalamu ala asrafil anbiya’i walmursalin Wa ala alihi wa ashabihi aj’main Allahumma Ya Allah, ya Tuhan kami Syukur kehadrat Ilahi atas segala rahmat kurnia-Mu yang telah engkau limpahkan kepada kami, pada hari ini dengan penuh tanda kesyukuran dalam menjayakan program Pertandingan Multimedia Kreatif dan Video Inovasi pada tahun 2015 ini. Ya Allah Ya Tuhan Kami Pertandingan ini sangat besar erti dan maknanya bagi kami, terutama menjalin hubungan silaturrahim antara pelajar IPTA/IPTS khususnya pelajar FTSM serta mempertingkatkan kemahiran dalam menganjurkan program dengan baik di samping membina sahsiah dan disiplin pelajar yang tinggi. Untuk itu Ya Allah, tanamkan sifat rahman dan Rahim-MU kepada kami sekalian sehingga dapat berkiprah dalam pembangunan multimedia dan inovasi ini. Allahumma ya Allah, ya tuhan kami.. Dengan berakhirnya pertandingan ini, kami mohon padamu Ya Allah supaya dapat melimpahkan pengetahuan dan kekuatan kepada kami semua agar rasa persaudaraan, persatuan yang kukuh di antara kami terjalin dengan baik dan utuh. Ya Allah, Tuhan yang Maha Pengampun Engkau maha mengetahui terhadap kelemahan-kelemahan kami, terhadap kekurangankekurangan kami. Maka dari itu KepadaMulah kami menyembah, kepadaMulah kami memohon keampunan dan pertolongan serta hanya kepadaMu kami melakukan pengabdian, makbulkanlah doa dan permintaan kami ini ya Allah. Rabbana atina fiddunya hasanah, wafilakhirati hasanah, waqina azabannar. Subhana rabbika rabbil izzati amma yasifun Wassalamu alal mursalin Walhamdulillahirabbil alamin
TEKS UCAPAN MAJLIS PERASMIAN PERTANDINGAN MULTIMEDIA KREATIF DAN PERTANDINGAN VIDEO INOVASI YANG BERBAHAGIA PROF. DR. ABDULLAH MOHD ZIN DEKAN FAKULTI TEKNOLOGI DAN SAINS MAKLUMAT UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA 25 APRIL 2015
Terima kasih kepada saudari Pengacara Majlis. Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera Bismillahirrahmanirrahim. (SALUTASI) Pertama sekali, marilah kita bersama-sama, memanjatkan kesyukuran kepada Allah S.W.T kerana dengan limpah dan inayah-Nya dapat kita bersua buat pertama kalinya didalam majlis yang penuh bermakna ini. Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan selamat datang kepada semua peserta, pegawai pengiring yang terdiri dari tenaga pengajar dan pengurus pasukan mewakili IPTA/IPTS masing-masing. Jutaan terima kasih, syabas dan tahniah diucapkan kepada semua ahli Jawatankuasa kerana telah bekerja keras dan bertungkus lumus dalam memastikan kelancaran dua program serentak ini iaitu Pertandingan Multimedia Kreatif dan Pertandingan Video Inovasi bagi tahun 2015 ini. Saya percaya tanpa kerja keras dan iltizam yang sentiasa membara dalam jiwa dan sanubari setiap warga UKM, majlis seumpama ini sukar dilaksanakan. Ibarat kata bijak pandai, “pisang sesikat, susu sebelanga, tanda bermuafakat bersama-sama.” Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua peserta yang mengambil bahagian dalam pertandingan ini dan seterusnya menjayakan Majlis pada hari ini. Hadirin Dan Hadirat Sekalian, Pertandingan Multimedia Kreatif ialah program berbentuk pertandingan yang mencabar kemahiran kreatif dan inovatif yang diadakan pada peringkat kebangsaan. Pertandingan yang akan berlangsung dari 25 hingga 26 April 2015 ini mensasarkan pelajar IPTA/IPTS diseluruh Malaysia termasuk UKM sendiri. Antara Anugerah yang dipertandingkan adalah: • Pertandingan Poster (penyertaan Individu); dan • Pertandingan Animasi 2D (berkumpulan- 3 orang).
Manakala Pertandingan Video Inovasi pula merupakan program yang mencabar kreativiti dan bakat para peserta. Pertandingan ini turut mensasarkan pelajar IPTA/IPTS diseluruh Malaysia termasuk UKM sendiri. Antara Anugerah yang dipertandingkan adalah: • •
Pertandingan Video Pendek (5 – 15 minit); dan Pertandingan Video Pengiklanan (1 -4 minit).
Saya ucapkan semoga berjaya kepada semua para peserta yang mengambil bahagian dalam dua pertandingan ini. Para hadirin yang dihormati sekalian, Apa yang penting dalam suatu pertandingan bukanlah kemenangan, tetapi yang penting di sini adalah ‘the spirit of the game’ atau semangat pertandingan. Matlamat utama program ialah menjana program yang mampu membantu melahirkan generasi muda yang berdaya saing dan menyediakan kelengkapan pertandingan agar para peserta dapat menghasilkan karya kreatif dan bermutu tinggi. Semoga ikatan silaturahim dapat dibina antara para pelajar IPTA/IPTS dan dapat diteruskan dan dieratkan lagi pada program-program pada masa akan datang. Akhir kata, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan syabas dan tahniah kepada ahli Jawatankuasa Pertandingan yang telah bekerja keras bagi menjayakan majlis ini. Juga kepada para peserta semoga mendapat banyak manfaat daripada kunjungan anda ke sini. Kepada jawatankuasa pelaksana program, pergunakan peluang yang ada ini untuk menimba pengetahuan yang amat berguna sebagai bekalan dalam mengharungi masa depan yang pastinya lebih mencabar. Eratkan silaturahim, rapatkan permuafakatan, dan simpulkan perpaduan demi melahirkan masyarakat intelek yang mampu menyumbang kearah kepesatan pembangunan negara yang kita cintai ini. Maka dengan ini sukacitanya saya merasmikan majlis Pertandingan Multimedia Kreatif dan Pertandingan Video Inovasi bagi tahun 2015 sSekian. Assalamualaikum W.B.T
TEKS UCAPAN MAJLIS PERASMIAN NURFARIHA BINTI MOHD KAMAL KETUA PENGARAH PERTANDINGAN MULTIMEDIA KREATIF 2015 FAKULTI TEKNOLOGI DAN SAINS MAKLUMAT UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA PADA 25 APRIL 2015 (SALUTASI) Assalammualaikum dan selamat sejahtera.
Alhamdulillah bersyukur kita kehadrat Allah s.w.t kerana dengan limpah kurnianya kita semua dapat berkumpul di Dewan Multimedia Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat pada pagi ini bagi menyempurnakan majlis perasmian program Pertandingan Multimedia Kreatif 2015. Program ini merupakan anjuran Kelab Multimedia Interaktif dan Persatuan Mahasiswa Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat UKM. Terlebih dahulu saya bagi pihak majlis ingin merakamkan setinggi2 penghargaan dan ucapan jutaan terima kasih serta mengalu-alukan kehadiran Dekan Fakulti Teknologi Sains Dan Maklumat, YBHG. PROF. DR. ABDULLAH MOHD ZIN kerana sudi meluangkan masa untuk bersama-sama kita bagi merasmikan program Pertandingan Multimedia pada pagi ini. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih juga saya rakamkan kepada 1. Multimedia Development Corporation (MDeC) 2. Muhammad Amir bin Zainudin 3. Abdul Razak bin Abdullah Sani 4. Astana Digital 5. Gempak Starz Yang banyak menghulurkan bantuan dan kerjasama selaku penganjur bersama bagi program ini.
Hadirin hadirat yang dihormati, Untuk makluman, Pertandingan Multimedia Kreatif ini memberi pendedahan kepada mahasiswa mencabar kreativiti dan inovasi sejajar dengan objektif serta tema di mana mahasiswa tampil ke hadapan seiring teknologi kreatif. Program ini bertujuan untuk memberi peluang kepada para pelajar untuk menyerlahkan bakat mereka dalam bidang multimedia selain dapat menjalinkan hubungan antara mahasiswa FTSM UKM dan mahasiswa dari institusi lain. Program ini juga telah disertai oleh 10 buah institusi pengajian tinggi di seluruh Malaysia dan 5 buah agensi yang menjadi ahli panel bagi menilai poster dan animasi 2D yang dipertandingkan. Pihak urusetia program pertandingan ini begitu berharap agar pelaksanaan program ini akan dimanfaatkan sebaik mungkin dan dijadikan sebagai salah satu wacana minda di antara peserta pada masa akan datang. Akhir kata, sekali lagi saya merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada YBHG. PROF. DR. ABDULLAH MOHD ZIN kerana sudi meluangkan masa merasmikan program Pertandingan Multimedia Kreatif dan Video Inovasi 2015 pada hari ini. Bagi pihak urusetia, saya amat menghargai setiap sokongan dan kerjasama yang diberikan oleh anda serta agensi-agensi yang telah turut serta dan memberikan kerjasama yang utuh dalam memastikan kelancaran program ini. Harapan saya agar program ini akan menjadi agenda dan platform kerjasama yang unggul bagi membina jambatan perhubungan yang kukuh antara UKM serta universiti-universiti yang terlibat.
Sekian, Terima kasih.
SALUTASI (Penutup) Bismillahirahmanirahim.… Yang Berbahagia Prof. Dr. Abdullah Mohd Zin Dekan Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat Universiti Kebangsaan Malaysia Yang Berbahagia Puan Zuraidah Mohammad Sany Pengurus, Talent Division, Multimedia Development Corporation Yang Berusaha Dr. Siti Fadzilah Mat Noor Pensyarah Penasihat Pertandingan Multimedia Kreatif 2015 Yang Berusaha Prof Madya Dr Nor Azan Haji Mat Zin Pensyarah Penasihat Pertandingan Video Inovasi 2015 Yang Berusaha Saudari Nurfariha binti Mohd Kamal Ketua Program Pertandingan Multimedia Kreatif 2015 Yang Berusaha Saudara Muhammad Hafidzi Bin Mohd Isa Ketua Program Pertandingan Video Inovasi 2015
Para Penaja Pertandingan Multimedia Kreatif 2015 Para Penaja Pertandingan Video Inovasi 2015 Para Pensyarah Pegawai-pegawai pengiring IPTA dan IPTS. Para peserta Pertandingan Multimedia Kreatif 2015 Para peserta Pertandingan Video Inovasi. Seterusnya warga kerja serta hadirin hadirat yang dikasihi sekalian
TEKS MC SEMASA MAJLIS PENUTUPAN KETIBAAN (Tetamu mula datang) Selamat datang diucapkan kepada para hadirin. Diharapkan para hadirin dapat mengambil tempat masing-masing kerana majlis akan bermula sebentar lagi. Hadirin diingatkan supaya berdiri sewaktu ketibaan masuk tetamu kehormat. (Mula gamelan) (Ketibaan tetamu kehormat) Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia Prof. Dr. Abdullah Mohd Zin dan dif-dif kehormat masuk kedalam dewan. Semua hadirin diminta berdiri. (VVIP sampi di tempat duduk) (Tamat gamelan)
(Nyanyian lagu negaraku) Hadirin diminta untuk terus berdiri bagi nyanyian lagu “Negaraku” dan lagu “Varsiti Kita”. (Habis nyanyian) Hadirin dipersilakan duduk. (Bila sume dah duduk) (SALUTASI) Sirih berlipat sirih pinang, Sirih dari Pulau Mutiara, Pemanis kata selamat datang, Awal bismillah pembuka bicara. Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera, Saya Muhammad Hazim B Mat Noh dan rakan saya Syuhada Amirah Bt Rozman merupakan pengacara anda pada petang ini. Selamat datang ke Majlis Penutupan Pertandingan Multimedia Kreatif dan Pertandingan Video Inovasi, Fakulti Teknologi Dan Sains Maklumat 2015. Alhamdulillah bersyukur kita
kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya dapat kita bersama-sama berhimpun pada pagi ini untuk Majlis Penutupan Pertandingan ini.
Kalau pergi Tanjung Keramat, Anak manis jangan diangkat, Bersama kita memohon rahmat, Moga majlis mendapat berkat.
BACAAN DOA Bagi memberkati lagi majlis kita pada malam ini, dijemput Muhammad Nooraiman bin Musa untuk membacakan doa. Marilah bersama-sama kita menadah tangan bagi mengaminkan bacaan doa yang akan dilafazkan. - Amin...Amin...Ya Rabbal ‘alamin. Terima kasih diucapkan kepada saudara Muhammad Nooraiman bin Musa di atas bacaan doa itu tadi. Semoga dengan bacaan doa sebentar tadi, majlis kita mendapat keberkatan dan keredhaan dari Allah s.w.t.
UCAPAN DEKAN Seterusnya, majlis mempersilakan Yang Berbahagia Prof. Dr. Abdullah Mohd Zin, Dekan Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat Universiti Kebangsaan Malaysia memberikan sepatah dua kata seterusnya merasmikan Penutupan Pertandingan Multimedia Kreatif dan Pertandingan Video Inovasi, Fakulti Teknologi Dan Sains Maklumat 2015. Majlis yang penuh takzimnya mempersilakan. - Terima kasih diucap kepada Yang berbahagia Prof. Dr. Abdullah Mohd Zin diatas ucapan beliau sebentar tadi.
TAYANGAN MONTAJ Majlis diteruskan lagi dengan menyaksikan tayangan montaj yang telah disediakan oleh sekretariat Pertandingan Multimedia Kreatif, Fakulti Teknologi Dan Sains Maklumat 2015. (Tayangan habis)
PENYAMPAIAN HADIAH PMK
Kini, tibalah masa penyampaian hadiah bagi kegori-kategori yang dipertandingkan. (poster) Majlis menjemput Prof. Dr. Abdullah Mohd Zin diiringi oleh Nurfariha binti Mohd Kamal naik ke pentas untuk menyampaikan anugerah bagi kategori “poster”
*tempat ke tiga Pemenang tempat ke tiga bagi kategori “poster” pada tahun ini dimenangi oleh ___________________ -Tahniah diucapkan kepada_______________________
*tempat ke dua Pemenang tempat ke dua bagi kategori “poster” pada tahun ini dimenangi oleh ___________________ -Tahniah diucapkan kepada_______________________
*tempat pertama Johan bagi kategori “poster” pada tahun ini dimenangi oleh _______________________ -Tahniah diucapkan kepada_______________________
Terima kasih kepada Prof. Dr. Abdullah Mohd Zin atas penyampaian hadiah sebentar tadi.
(animasi) Majlis menjemput Puan Zuraidah Mohammad Sany diiringi oleh Nurfariha binti Mohd Kamal naik ke pentas untuk menyampaikan anugerah bagi kategori “animasi”
*tempat ke tiga Pemenang tempat ke tiga bagi kategori “animasi” pada tahun ini dimenangi oleh ___________________
-Tahniah diucapkan kepada_______________________
*tempat ke dua Pemenang tempat ke dua bagi kategori “animasi” pada tahun ini dimenangi oleh ___________________ -Tahniah diucapkan kepada_______________________
*tempat pertama Johan bagi kategori “animasi” pada tahun ini dimenangi oleh _______________________ -Tahniah diucapkan kepada_______________________
-Beribu-ribu tahniah diucapkan dan terima kasih kepada semua yang telah memenangi setiap kategori yang dipertandingkan. PENYAMPAIAN HADIAH VIC Seteresnya, tibalah masa penyampaian hadiah bagi Pertandingan Video Inovasi. (video pendek) Majlis menjemput _____________________ naik ke pentas untuk menyampaikan anugerah bagi kategori “video pendek” *saguhati Pemenang saguhati bagi kategori “video pendek” pada tahun ini adalah_______________________ -Tahniah diucapkan kepada_______________________
*tempat ke tiga Pemenang tempat ke tiga bagi kategori “video pendek” pada tahun ini dimenangi oleh ___________________ -Tahniah diucapkan kepada_______________________
*tempat ke dua Pemenang tempat ke dua bagi kategori “video pendek” pada tahun ini dimenangi oleh ___________________ -Tahniah diucapkan kepada_______________________
*tempat pertama Johan bagi kategori “video pendek” pada tahun ini dimenangi oleh _______________________ -Tahniah diucapkan kepada_______________________
(video iklan) Majlis menjemput ____________________ naik ke pentas untuk menyampaikan anugerah bagi kategori “video iklan” *saguhati Pemenang saguhati bagi kategori “video iklan” pada tahun ini adalah_______________________ -Tahniah diucapkan kepada_______________________
*tempat ke tiga Pemenang tempat ke tiga bagi kategori “video iklan” pada tahun ini dimenangi oleh ___________________ -Tahniah diucapkan kepada_______________________
*tempat ke dua Pemenang tempat ke dua bagi kategori “video iklan” pada tahun ini dimenangi oleh ___________________ -Tahniah diucapkan kepada_______________________
*tempat pertama Johan bagi kategori “video iklan” pada tahun ini dimenangi oleh _______________________ -Tahniah diucapkan kepada_______________________
(persembahan terbaik) Majlis menjemput ________________ naik ke pentas untuk menyampaikan anugerah “persembahan terbaik” Pemenang bagi “persembahan terbaik” pada tahun ini adalah_______________________ -Tahniah diucapkan kepada_______________________
-Beribu-ribu tahniah diucapkan dan terima kasih kepada semua yang telah memenangi setiap kategori yang dipertandingkan.
PENYAMPAIAN CENDERAMATA Sekarang diminta Dr. Siti Fadzilah Mat Noor untuk menyampaikan sedikit cenderahati kepada Yang Berbahagia Prof. Dr. Abdullah Mohd Zin , Dekan Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat Universiti Kebangsaan Malaysia sebagai tanda penghargaan atas kesudian beliau merasmikan majlis pada hari ini. Seterusnya diminta yang berbahagia Prof. Dr. Abdullah Mohd Zin bersama Dr. Siti Fadzilah Mat Noor untuk menyampaikan sedikit cenderahati kepada yang berbahagia Puan Zuraidah Mohammad Sany, Pengurus Talent Division, Multimedia Development Corporation sebagai tanda penghargaan atas kesudian beliau untuk hadir dan memeriahkan majlis pada hari ini
TAYANGAN VIDEO PEMENANG VIC Majlis diteruskan lagi dengan menyaksikan tayangan video pemenang bagi setiap kategori yang telah disediakan oleh sekretariat Pertandingan Video Inovasi, Fakulti Teknologi Dan Sains Maklumat 2015. (Tayangan habis)
PENUTUPAN Sebelum majlis ini melabuhkan tirainya, kami sebagai pengacara anda PADA HARI ini menyusun 10 jari sekiranya ada terkasar bahasa , tersilap bicara. Yang baik itu datang daripada Allah, dan yang buruk itu adalah daripada kelemahan diri kami. Bunga seroja di atas para, Jatuh ditimpa buah berangan, Andai kata tersilap bicara, Kemaafan jua saya pohonkan.
Di atas dahan burung tempua, Melihat rusa tepi perigi, Salam perpisahan untuk semua, Dilain masa bersua lagi. ASSALAMUALAIKUM w.b.t, Majlis ingin menjemput kesemua dif-dif kehormat untuk berada diatas pentas bagi sesi bergambar bersama pemenang pertandingan.
MAKAN Majlis mempersilakan dif-dif kehormat mengiringi Yang Berbahagia Prof. Dr. Abdullah Mohd Zin ke bilik eksekutif untuk menikmati jamuan yang telah disediakan. (Lagu gamelan mengiringi vip keluar)
TEKS UCAPAN MAJLIS PENUTUPAN PERTANDINGAN MULTIMEDIA KREATIF DAN PERTANDINGAN VIDEO INOVASI YANG BERBAHAGIA PROF. DR. ABDULLAH MOHD ZIN DEKAN FAKULTI TEKNOLOGI DAN SAINS MAKLUMAT UKM 26 APRIL 2015 Terima kasih kepada saudari Pengacara Majlis. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Bismillahirrahmanirrahim.. (SALUTASI) Bersyukur kita ke hadrat ilahi kerana dengan limpah rahmat dan keizinanNya dapat kita bersama sekali lagi dalam Majlis Penutupan Pertandingan Multimedia Kreatif dan Pertandingan Video Inovasi bagi tahun 2015. Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan selamat datang kepada semua peserta, barisan juri, pegawai pengiring yang terdiri dari tenaga pengajar, dan pengurus pasukan mewakili IPTA/IPTS masing-masing. Alhamdulillah, syukur kita ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan keizinanNya, kita telah berjaya merealisasikan program Pertandingan Multimedia Kreatif dan Pertandingan Video Inovasi 2015. Saya mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan kepada semua ahli Jawatankuasa yang terlibat dan bertungkus lumus untuk menjayakan program ini. Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua peserta yang mengambil bahagian dalam pertandingan ini dan seterusnya menjayakan Majlis pada hari ini. Kepada barisan juri, saya mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian melapangkan masa dan menjalankan proses pengadilan dengan adil dan saksama. Sokongan tuan dalam pertandingan ini amat saya hargai. Para hadirin yang dihormati sekalian, Pertandingan Multimedia Kreatif ialah program berbentuk pertandingan yang mencabar kemahiran kreatif dan inovatif yang diadakan pada peringkat kebangsaan. Pertandingan yang telah berlangsung dari 25 hingga 26 April 2015 ini mensasarkan pelajar IPTA/IPTS diseluruh Malaysia termasuk UKM sendiri. Antara Anugerah yang dipertandingkan adalah: •
Pertandingan Poster (penyertaan Individu); dan
•
Pertandingan Animasi 2D (berkumpulan- 3 orang).
Manakala Pertandingan Video Inovasi pula merupakan program yang mencabar kreativiti dan bakat para peserta. Pertandingan ini turut mensasarkan pelajar IPTA/IPTS diseluruh Malaysia termasuk UKM sendiri. Antara Anugerah yang dipertandingkan adalah: •
Pertandingan Video Pendek (5 – 15 minit); dan
•
Pertandingan Video Pengiklanan (1 -4 minit).
Saya ucapkan semoga berjaya kepada semua para peserta yang mengambil bahagian dalam dua pertandingan ini. Para hadirin yang dihormati sekalian, Kemenangan memanglah penting dalam setiap pertandingan. Tetapi, yang lebih penting ialah mengutamakan semangat pertandingan, dan matlamat utama program ialah menjana program yang mampu membantu melahirkan generasi muda yang berdaya saing dan menyediakan kelengkapan pertandingan agar para peserta dapat menghasilkan karya kreatif dan bermutu tinggi. Saya bagi pihak jawatankuasa amat berharap agar kita semua dapat menemui, merasai dan mengecapi matlamat yang dicari serta semangat persaudaraan di antara satu sama lain. Walaupun program ini telah selesai, saya percaya semuanya tidak akan berakhir di sini sahaja. Program yang telah dilaksanakan ini boleh dijadikan sebagai batu loncatan kepada aktiviti-aktiviti lain pada masa hadapan ke arah memupuk kecemerlangan institut pendidikan tinggi. Semoga ikatan silaturahim yang terbina antara para pelajar IPTA/IPTS ini akan dapat diteruskan dan dieratkan lagi pada program-program pada masa akan datang. Akhir kata, saya mengucapkan syabas dan tahniah sekali lagi kepada warga Fakulti Teknologi Sains dan Maklumat, UKM khususnya sebagai jawatankuasa penganjur program kerana telah bersama-sama mengambil inisiatif menganjurkan program ini dengan jayanya. Seterusnya dengan sukacitanya saya merasmikan Majlis Penutupan Pertandingan Multimedia Kreatif dan Pertandingan Video Inovasi bagi tahun 2015.
Sekian, wassalamualaikum w.b.t dan terima kasih.
TEKS UCAPAN PENSYARAH PENASIHAT PERTANDINGAN MULTIMEDIA KREATIF 2015 FAKULTI TEKNOLOGI DAN SAINS MAKLUMAT UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA PADA 26 APRIL 2015
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. ( SALUTASI ) Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan izinnya dapat kita berkumpul bersama-sama pada pagi ini bagi menjayakan Majlis Perasmian Penutup Pertandingan Multimedia Kreatif 2015 ini Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada jawatankuasa pelaksana PMK yang telah bertungkus lumus memastikan kelancaran pertandingan selama dua hari ini berlangsung. Sesungguhnya, komitmen dan kerjasama anda amat saya hargai. Para hadirin sekalian, Saya difahamkan kita menerima lebih dari 10 penyertaan dari IPTA dan IPTS seluruh Malaysia dalam pertandingan pada tahun ini. Ini merupakan sesuatu yang memberangsangkan dan harapan kita agar lebih banyak penyertaan di masa akan datang. Penganjuran pertandingan ini adalah bertujuan untuk mengadakan jaringan ukhuwah diantara IPTA/IPTS umumnya dan khusus untuk pelajar FTSM mempertingkatkan kemahiran dalam melaksanakan program dengan baik disamping membina sahsiah dan disiplin pelajar yang tinggi. Program ini dapat membentuk mahasiswa IPTA/IPTS menjadi mahasiswa yang lebih kreatif dan inovatif. Mampu menaik taraf idea-idea mahasiswa IPTA/IPTS di Malaysia yang berkebolehan didalam pembangunan produk multimedia. Meningkatkan kualiti mahasiswa IPTA/IPTS di dalam bidang multimedia serta mampu bersaing terutama dalam menghadapi pesaingan pasaran bebas. Hadirin dan hadirat sekalian,
Pada masa kini kita dapati tidak ramai mahasiswa yang mempunyai pemikiran yang kreatif kerana kebanyakkan mereka hanya menumpukan ke arah akademik semata-mata. Mahasiswa yang kreatif adalah mahasiswa yang sentiasa memiliki daya cipta terhadap sesuatu. Untuk pengetahuan mahasiswa sekalian, kreativiti merupakan salah satu ciri yang dikehendaki oleh syarikat-syarikat multinasional untuk mencari pekerja. Ia merupakan nilai tambah untuk mahasiswa agar diterima bekerja di syarikat terbabit. Ini kerana, syarikat-syarikat multinasional akan sentiasa mencari idea baru untuk memenuhi permintaan pelanggan disamping menghasilkan keuntungan.
Hadirin dan hadirat sekalian, Sebenarnya sifat kreatif ini telah dikurniakan oleh tuhan kepada semua manusia di dunia ini. Ia bergantung terhadap kemahuan manusia itu sendiri untuk menggilap bakat yang terpendam dalam diri masing-masing. Pihak kerajaan juga telah menganjurkan pelbagai pertandingan dan menyediakan pelbagai insentif bagi menarik minat mahasiswa sekaligus mencungkil kreativiti mereka. Besarlah harapan saya agar UKM dapat menganjurkan lebih banyak pertandingan seperti ini sekaligus dapat menghasilkan lebih ramai mahasiswa yang mempunyai pemikiran kreatif dan dapat membangunkan negara. Insya Allah. Sebelum saya mengakhiri ucapan pada pagi ini, inginlah saya mengucapkan syabas kepada semua peserta kerana telah bertanding secara sihat dan kepada pasukan yang mungkin tewas, terimalah kekalahan dengan hati terbuka. Cuba lagi di masa akan datang. Sekian, Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
TEKS UCAPAN MAJLIS PERASMIAN PENUTUP WAKIL JURI PERTANDINGAN MULTIMEDIA KREATIF 2015 FAKULTI TEKNOLOGI DAN SAINS MAKLUMAT UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA PADA 26 APRIL 2015 (SALUTASI) Assalammualaikum dan selamat sejahtera. Alhamdulillah bersyukur kita kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah dan izin-Nya, kita semua dapat bersama-sama meraikan penutupan program Pertandingan Multimedia Kreatif 2015 di Dewan Multimedia Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat pada pagi ini anjuran Interactive multimedia club and Persatuan Mahasiswa Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat (PERTAMA) dengan kerjasama Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat (FTSM).
Terlebih dahulu saya bagi pihak juri ingin merakamkan setinggi2 penghargaan dan ucapan jutaan terima kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk memberikan sepatah dua kata dan memberikan sedikit komen terhadap keseluruhan pertandingan ini.
(ucapan terima kasih pada penaja) (ucapan tahniah kepada fakulti kerana telah menjayakan majlis)
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih juga saya rakamkan kepada Interactive multimedia club yang menjadi pihak penganjur kepada program ini Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada tuan rumah, pihak Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia kerana telah menjayakan sebuah program yang cukup berguna kepada pelajar.
Saya amat pasti, tanpa usaha, komitmen, pengorbanan masa dan tenaga daripada mereka ini, pertandingan yang selaras dengan kemajuan teknologi yang kian membangun pada masa ini tidak mampu diadakan.
Hadirin hadirat yang dihormati, (tema pertandingan) Sebagai wakil juri, saya dan ahli panel yang lain telah menilai semua karya yang telah dihasilkan oleh para peserta. Saya sangat berbangga dengan semua peserta kerana mampu menghasilkan karya yang sangat kreatif sejajar dengan tema program ini “MAHASISWA MELANGKAH KE HADAPAN SEIRING TEKNOLOGI KREATIF” . Hal ini jelas terbukti bahawa para peserta yang menyertai pertandingan ini mempunyai ilmu yang tinggi dalam bidang multimedia, daya kreativiti yang baik dan merupakan para pelajar yang sangat berbakat dalam bidang seni dan teknologi maklumat. Sekian, terima kasih
PERSATUAN MAHASISWA FAKULTI TEKNOLOGI DAN SAINS MAKLUMAT (PERTAMA) Tel: 03-89255332 / Fax: 03-89256732 http://www.ftsm.ukm.my
Persatuan Mahasiswa Fakulti Teknologi Dan Sains Maklumat (PERTAMA) Rujukan : UKM3.31/01/FTSM/IMEC1415/01(07)/ICT(021)-08 Tarikh : 18 MAC 2015
YBHG. DATO’ SERI AHMAD SHABERY CHEEK Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) Lot 4G9,Persiaran Perdana,Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62100,Putrajaya Melalui : Dr. Siti Fadzilah Mat Noor Penasihat, Pertandingan Multimedia Kreatif, Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat (FTSM), Universiti Kebangsaan Malaysia, 43650 Bangi, Selangor. Ybhg. Dato‟ Seri, JEMPUTAN KE PERASMIAN PROGRAM PERTANDINGAN MULTIMEDIA KREATIF Adalah dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa Kelab Multimedia Interaktif (IMeC) Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat akan menganjurkan program Pertandingan Multimedia Kreatif pada 24-26 April 2015 bermual jam 8 pagi sehingga 5 petang bertempat di Fakulti Teknologi dan Sains Makulmat, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. Saya berbesar hati untuk menjemput Ybhg. Dato‟ Seri Ahmad Shabery Cheek untul merasmikan majlis perasmian Pertandingan Multimedia Kreatif. Majlis ini akan berlangsung seperti berikut : Program Tarikh Masa Tempat Tema
: Pertandingan Multimedia Kreatif : 24-26 April 2015 : 8.00 pagi – 5.00 petang : Makmal dan Dewan Multimedia, Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat, UKM, Bangi. : “Mahasiswa Melangkah Ke Hadapan Seiring Teknologi Kreatif”
3. Untuk makluman, tujuan program ini diadakan untuk membentuk mahasiswa IPTA/IPTS menjadi mahasiswa yang lebih kreatif dan inovatif serta menaik taraf idea mahasiswa IPTA/IPTS di Malaysia yang berkebolehan dalam pembangunan produk multimedia.
4. Selain itu, melalui program ini fakulti FTSM dapat mengadakan ukhuwah antara IPTA/IPTS umumnya dan khusus untuk pelajar FTSM mempertingkatkan kemahiran dalam menganjurkan program dengan baik di samping membina sahsiah dan disiplin pelajar yang tinggi. Sekian, terima kasih.
“MAHASISWA MELANGKAH KE HADAPAN SEIRING TEKNOLOGI KREATIF”
Yang benar,
YBhg. Prof. Datuk Dr. Noor Azlan Ghazali Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia, 43650 Bangi, Selangor Darul Ehsan.
s.k.
- Timbalan Dekan (Prasiswazah) Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat - Penasihat Program - Fail S/U
PERSATUAN MAHASISWA FAKULTI TEKNOLOGI DAN SAINS MAKLUMAT (PERTAMA) Tel: 03-89255332 / Fax: 03-89256732 http://www.ftsm.ukm.my
Persatuan Mahasiswa Fakulti Teknologi Dan Sains Maklumat (PERTAMA) Rujukan : UKM3.31/01/FTSM/IMEC1415/02(07)/ICT(023)-08 Tarikh : 19 MAC 2015
YBHG. PROF. DATIN NOOR AZIAH HJ MOHD AWAL Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Universiti Kebangsaan Malaysia, 43650 Bangi, Selangor Darul Ehsan. Melalui : Dr. Siti Fadzilah Mat Noor Penasihat, Pertandingan Multimedia Kreatif, Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat (FTSM), Universiti Kebangsaan Malaysia, 43650 Bangi, Selangor. YBhg. Prof. Datin, JEMPUTAN PERASMI KE MAJLIS PENUTUPAN PROGRAM PERTANDINGAN MULTIMEDIA KREATIF Adalah dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa Kelab Multimedia Interaktif (IMeC) Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat akan menganjurkan program seperti berikut : Program Tarikh Masa Tempat Tema
: Pertandingan Multimedia Kreatif : 24-26 April 2015 : 8.00 pagi – 5.00 petang : Makmal dan Dewan Multimedia, Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat, UKM, Bangi. : “Mahasiswa Melangkah Ke Hadapan Seiring Teknologi Kreatif”
3. Untuk makluman, tujuan program ini diadakan untuk membentuk mahasiswa IPTA/IPTS menjadi mahasiswa yang lebih kreatif dan inovatif serta menaik taraf idea mahasiswa IPTA/IPTS di Malaysia yang berkebolehan dalam pembangunan produk multimedia.
4. Selain itu, melalui program ini fakulti FTSM dapat mengadakan ukhuwah antara IPTA/IPTS umumnya dan khusus untuk pelajar FTSM mempertingkatkan kemahiran dalam menganjurkan program dengan baik di samping membina sahsiah dan disiplin pelajar yang tinggi.
5. Segala pertanyaan lanjut boleh berhubung dengan Saudari Nurfariha binti Mohd Kamal (Pengarah Program) di talian 019-9003853 atau melalui email
[email protected]. Kesudian Ybhg. Prof. Datin memeriahkan program di atas amatlah kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian, terima kasih.
“MAHASISWA MELANGKAH KE HADAPAN SEIRING TEKNOLOGI KREATIF”
Yang benar,
NURFARIHA BINTI MOHD KAMAL Ketua Pengarah Program Pertandingan Multimedia Kreatif No.Tel. (H/P) : 019-9003853 Email :
[email protected] s.k.
- Timbalan Dekan (Prasiswazah) Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat - Penasihat Program - Fail S/U
PERSATUAN MAHASISWA FAKULTI TEKNOLOGI DAN SAINS MAKLUMAT (PERTAMA) Tel: 03-89255332 / Fax: 03-89256732 http://www.ftsm.ukm.my
Persatuan Mahasiswa Fakulti Teknologi Dan Sains Maklumat (PERTAMA) Rujukan : UKM3.31/01/FTSM/IMEC1415/02(07)/ICT(022)-08 Tarikh : 19 MAC 2015
YBHG. PROF. DATIN NOOR AZIAH HJ MOHD AWAL Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Universiti Kebangsaan Malaysia, 43650 Bangi, Selangor Darul Ehsan. Melalui : Dr. Siti Fadzilah Mat Noor Penasihat, Pertandingan Multimedia Kreatif, Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat (FTSM), Universiti Kebangsaan Malaysia, 43650 Bangi, Selangor. YBhg. Prof. Datin, JEMPUTAN MENGHADIRI PROGRAM PERTANDINGAN MULTIMEDIA KREATIF Adalah dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa Kelab Multimedia Interaktif (IMeC) Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat akan menganjurkan program seperti berikut : Program Tarikh Masa Tempat Tema
: Pertandingan Multimedia Kreatif : 24-26 April 2015 : 8.00 pagi – 5.00 petang : Makmal dan Dewan Multimedia, Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat, UKM, Bangi. : “Mahasiswa Melangkah Ke Hadapan Seiring Teknologi Kreatif”
3. Untuk makluman, tujuan program ini diadakan untuk membentuk mahasiswa IPTA/IPTS menjadi mahasiswa yang lebih kreatif dan inovatif serta menaik taraf idea mahasiswa IPTA/IPTS di Malaysia yang berkebolehan dalam pembangunan produk multimedia.
4. Selain itu, melalui program ini fakulti FTSM dapat mengadakan ukhuwah antara IPTA/IPTS umumnya dan khusus untuk pelajar FTSM mempertingkatkan kemahiran dalam menganjurkan program dengan baik di samping membina sahsiah dan disiplin pelajar yang tinggi.
5. Segala pertanyaan lanjut boleh berhubung dengan Saudari Nurfariha binti Mohd Kamal (Pengarah Program) di talian 019-9003853 atau melalui email
[email protected]. Kesudian Ybhg. Prof. Datin memeriahkan program di atas amatlah kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian, terima kasih.
“MAHASISWA MELANGKAH KE HADAPAN SEIRING TEKNOLOGI KREATIF”
Yang benar,
NURFARIHA BINTI MOHD KAMAL Ketua Pengarah Program Pertandingan Multimedia Kreatif No.Tel. (H/P) : 019-9003853 Email :
[email protected]
s.k.
- Timbalan Dekan (Prasiswazah) Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat - Penasihat Program - Fail S/U
TEKS UCAPAN YANG BERBAHAGIA PROF. DR. IMRAN HO ABDULLAH TIMBALAN NAIB CANSELOR HEJIM, UKM MAJLIS PERASMIAN PERTANDINGAN MULTIMEDIA KREATIF DAN PERTANDINGAN VIDEO INOVASI 24 APRIL 2015 ___________________________________________________________________________
Assalammualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera Bismillahirrahmanirrahim. (SALUTASI) Pertama sekali, marilah kita sama-sama menadah tangan, memanjatkan kesyukuran kepada Allah S.W.T kerana dengan limpah dan inayah-Nya dapat kita bersua buat pertama kalinya didalam majlis yang penuh bermakna ini.
Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan selamat datang kepada semua peserta, pegawai pengiring yang terdiri dari tenaga pengajar dan pengurus pasukan mewakili IPTA/IPTS masing-masing. Jutaan terima kasih, syabas dan tahniah diucapkan kepada semua ahli Jawatankuasa kerana telah bekerja keras dan bertungkus lumus dalam memastikan kelancaran dua program serentak ini iaitu Pertandingan Multimedia Kreatif dan Pertandingan Video Inovasi bagi tahun 2015 ini. Saya percaya tanpa kerja keras dan iltizam yang sentiasa membara dalam jiwa dan sanubari setiap warga UKM, majlis seumpama ini sukar dilaksanakan. Ibarat kata bijak pandai, “pisang sesikat, susu sebelanga, tanda bermuafakat bersama-sama.” Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua peserta yang mengambil bahagian dalam pertandingan ini dan seterusnya menjayakan Majlis pada hari ini. Hadirin Dan Hadirat Sekalian, Pertandingan Multimedia Kreatif ialah program berbentuk pertandingan yang mencabar kemahiran kreatif dan inovatif yang diadakan pada peringkat kebangsaan. Pertandingan yang akan berlangsung dari 24 hingga 26 Mac 2015 ini mensasarkan pelajar IPTA/IPTS diseluruh Malaysia termasuk UKM sendiri. Antara Anugerah yang dipertandingkan adalah: •
Pertandingan Poster (penyertaan Individu); dan
•
Pertandingan Animasi 2D (berkumpulan- 3 orang).
Manakala Pertandingan Video Inovasi pula merupakan program yang mencabar kreativiti dan bakat para peserta. Pertandingan yang akan berlangsung pada 24 dan 26 Mac 2015 ini turut mensasarkan pelajar IPTA/IPTS diseluruh Malaysia termasuk UKM sendiri. Antara Anugerah yang dipertandingkan adalah: •
Pertandingan Video Pendek (5 – 15 minit); dan
•
Pertandingan Video Pengiklanan (1 -4 minit).
Saya ucapkan semoga berjaya kepada semua para peserta yang mengambil bahagian dalam dua pertandingan ini. Para hadirin yang dihormati sekalian, Apa yang penting dalam suatu pertandingan bukanlah kemenangan, tetapi yang penting di sini adalah „the spirit of the game‟ atau semangat pertandingan. Matlamat utama program ialah menjana program yang mampu membantu melahirkan generasi muda yang berdaya saing dan menyediakan kelengkapan pertandingan agar para peserta dapat menghasilkan karya kreatif dan bermutu tinggi. Semoga ikatan silaturahim dapat dibina antara para pelajar IPTA/IPTS dan dapat diteruskan dan dieratkan lagi pada program-program pada masa akan datang. Akhir kata, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan syabas dan tahniah kepada ahli Jawatankuasa Pertandingan Multimedia Kreatif dan ahli JawatanKuasa Pertandingan Video Inovasi yang telah bekerja keras bagi menjayakan majlis ini. Juga kepada para peserta semoga mendapat banyak manfaat daripada kunjungan anda ke sini. Kepada jawatankuasa pelaksana program, pergunakan peluang yang ada ini untuk menimba pengetahuan yang amat berguna sebagai bekalan dalam mengharungi masa depan yang pastinya lebih mencabar. Eratkan silaturahim, rapatkan permuafakatan, dan simpulkan perpaduan demi melahirkan masyarakat intelek yang mampu menyumbang kearah kepesatan pembangunan negara yang kita cintai ini. Sekian. Assalamualaikum W.B.T
STAGE (sabtu)
STAGE (ahad)
2
1
3
MEJA
VIP
Pensyarah (12)
AJK mknn (1)
Emcee
Rostrum
Cenderamata
Peserta (72)
3
1