PERATURAN AKADEMIK UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN (PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA SEPENUH MASA)
KANDUNGAN Bil
Perkara
Muka Surat
1.0
Nama dan Peruntukan
1
2.0
Glosari
1
3.0
Sistem Pengajian
5
4.0
Pendaftaran 4.1 Pendaftaran Program 4.2 Kod dan Nama Kursus 4.3 Pendaftaran Kursus 4.4 Pindaan Pendaftaran Kursus
6 6 8 9
5.0
Sistem Kredit 5.1 Kredit Kursus 5.2 Jam Kredit 5.3 Kredit Dapat 5.4 Kredit Kira 5.5 Gagal Kursus 5.6 Beban Kredit untuk Setiap Semester 5.7 Pengecualian Kursus dan Pemindahan Kredit
9 9 10 10 10 10 10
6.0
Sistem Pemarkahan dan Gred 6.1 Gred Kursus 6.2 Penilaian 6.3 Peperiksaan Akhir Semester 6.4 Peperiksaan Khas 6.5 Peperiksaan Gantian 6.6 Permohonan untuk Peperiksaan Khas / Peperiksaan Gantian 6.7 Keputusan Peperiksaan 6.8 Rayuan Keputusan Peperiksaan 6.9 Kedudukan Akademik
12 13 13 14 14 14 14 14 15
7.0
Semester Pendek
17
8.0
Penangguhan Pengajian
19
9.0
Penukaran Program Pengajian
20
10.0
Berhenti Pengajian
20
11.0
Salah Laku Akademik
21
12.0
13.0
Pengijazahan 12.1 Keperluan Pengijazahan 12.2 Penganugerahan Ijazah 12.3 Permohonan Penganugerahan Ijazah 12.4 Anugerah dan Hadiah
22 23 24 24
Peruntukan Am dan Pemansuhan 13.1 Peruntukkan Am 13.2 Pembatalan
26 26
LAMPIRAN I
Peraturan Tindakan Ke Atas Pelajar Yang Menghadiri Kuliah Kurang
27
Daripada 80 % LAMPIRAN II
Peraturan Pendaftaran Kursus
28
LAMPIRAN III Peraturan Peperiksaan Akhir Semester
30
LAMPIRAN IV Peraturan Rayuan Keputusan Peperiksaan
33
LAMPIRAN V
34
Contoh Pengiraan PNGK dan PNGK
PERATURAN AKADEMIK PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA SEPENUH MASA 1.0 Nama dan Peruntukan 1.1
Peraturan ini dinamakan Peraturan Akademik Universiti Malaysia Kelantan bagi Pengijazahan Program Ijazah Sarjana Muda (Sepenuh Masa).
1.2
Peraturan ini diperbuat oleh Senat Universiti Malaysia Kelantan berkuatkuasa mulai 1 September 2013 mengikut Seksyen 22(5), Perlembagaan Universiti Malaysia Kelantan (P.U.(A) 462/2010). Peraturan Akademik Universiti Malaysia Kelantan (edisi-edisi terdahulu) dengan ini terbatal.
1.3
Sebutan dalam Peraturan ini tentang sesuatu perenggan atau subperenggan ialah sebutan tentang suatu perenggan atau subperenggan yang terkandung dalam Peraturan ini.
1.4
Sebutan “Universiti” dalam peraturan ini bermaksud Universiti Malaysia Kelantan.
1.5
Sebutan “Fakulti atau Pusat” bermaksud suatu Pihak Berkuasa Universiti mengikut Seksyen 16(1), atau pusat tanggungjawab akademik di Universiti mengikut Seksyen 24(1), Perlembagaan Universiti Malaysia Kelantan (P.U.(A)462/2010) yang menawarkan program pengajian dan kursus-kursus akademik yang berkaitan.
2.0 Glosari Dalam Peraturan ini melainkan konteksnya menghendaki maksud yang lain :“Anugerah” bermaksud pengiktirafan yang diberikan kerana kecemerlangan akademik. “Berhenti” bermaksud pelajar yang telah menarik diri daripada Program Pengajian dengan kelulusan Universiti. “Dekan” bermaksud Ketua Fakulti. “Diberhentikan” bermaksud pelajar yang mendapat Kedudukan Gagal (KG) dalam pengajian; atau pelajar yang telah menggunakan sepenuhnya tempoh maksimum pengajian; atau pelajar yang diberhentikan dari Universiti di bawah Kaedah-Kaedah Universiti Malaysia Kelantan (Tatatertib Pelajar-Pelajar) 2009 [P.U.(A) 232/2009] atau di bawah 4.3.4 (Pendaftaran) dan Peraturan dan Kaedah Pendaftaran Kursus. “Gantung Pengajian” bermaksud suatu keadaan apabila seseorang pelajar yang digantung pengajian oleh Universiti disebabkan oleh kesalahan tatatertib. “Jam Belajar Pelajar (JBP)” bermaksud jumlah jam pembelajaran yang meliputi pembelajaran bersemuka, berpandu dan kendiri serta jam penilaian. “JKTS” bermaksud Jawatankuasa Tetap Senat yang ditubuhkan .
1
“Kedudukan Baik Tanpa MUET [KB(MU)]” bermaksud pelajar yang telah memenuhi kredit kurikulum untuk pengijazahan tetapi tidak melepasi syarat Malaysian University English Test (MUET). “Ko-Kurikulum” bermaksud aktiviti pembelajaran di luar kurikulum sama ada formal atau tidak formal yang menjurus kepada peningkatan pengetahuan dan kemahiran insaniah di samping dapat mengasah bakat dan kemahiran dalam suasana yang fleksibel dan menyeronokkan. “Ko-Kurikulum Berkredit” bermaksud kursus atau aktiviti ko-kurikulum yang wajib disertai oleh pelajar dengan tujuan untuk memenuhi keperluan teras Universiti dan syarat pengijazahan. “Ko-Kurikulum Tidak Berkredit” bermaksud kursus atau aktiviti ko-kurikulum yang disertai oleh pelajar dengan tujuan meningkatkan ilmu dan kemahiran insaniah tanpa diberi nilai kredit dan tidak diambil kira dalam syarat pengijazahan. “Kredit” bermaksud nilai beban akademik pelajar bagi sesuatu kursus iaitu satu (1) kredit bersamaan dengan empat puluh (40) Jam Bersama Pelajar satu (1) semester iaitu di mana perhitungan adalah berasaskan jam (notional hour). “Kredit Dapat” bermaksud jumlah kredit yang diperoleh bagi kursus yang lulus. “Kredit Kira” bermaksud jumlah kredit yang diambil kira dalam pengiraan PNGS dan PNGK. “Kredit Kecuali (KKc)” bermaksud pengecualian kredit yang diberikan kepada pelajar (tidak melebihi semester kedua pengajian) berdasarkan kepada kelayakan terdahulu yang diiktiraf oleh Fakulti/Pusat. “Kredit Maksimum” bermaksud jumlah kredit maksimum yang didaftarkan oleh pelajar. “Kredit Mansuh” bermaksud jumlah kredit yang akan dimansuhkan setelah pelajar mengulang kursus yang gagal. “Kredit Minimum” bermaksud jumlah kredit minimum yang didaftarkan oleh pelajar. “Kredit Pindah (KP)” bermaksud perpindahan kredit yang diberikan kepada pelajar bagi kursus tertentu yang diambil di IPT lain dalam tempoh pengajiannya. “Kurikulum” bermaksud satu gabungan kursus yang ditetapkan untuk sesuatu Program yang mana pelajar mesti lulus untuk sesuatu peringkat pengajian. “Kursus” bermaksud mata pelajaran dalam sesuatu Program yang mempunyai kod tersendiri. “Kursus Audit (AU)” bermaksud kursus yang diambil dan memenuhi syarat kehadiran kursus, tetapi tidak dikira sebagai Kredit Kira (KK) dan Kredit Dapat (KD). “Kursus Minor” bermaksud kursus yang diambil di luar kurikulum program atau bidang pengkhususan hakiki dan dinyatakan dalam penganugerahan tertakluk kepada jumlah kredit minimum yang telah ditetapkan oleh Universiti. Kursus ini diambil kira sebagai sebahagian daripada memenuhi syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda dengan minor.
2
“Kursus Pra-Syarat” bermaksud kursus yang perlu lulus sebelum mengambil kursus berikutnya. “Pelajar Aktif” bermaksud pelajar yang mendaftar kursus dan sedang mengikuti pengajian dalam sesuatu semester. “Pelajar Baru” bermaksud pelajar Tahun Pertama Semester I. “Pelajar Kanan” bermaksud pelajar yang telah mengikuti dan lulus pengajian semester pertama. “Pelajar Sepenuh Masa” bermaksud pelajar yang mendaftar minimum dua belas (12) kredit bagi Semester Lazim, tidak termasuk Kursus Audit (AU). “Pengarah” bermaksud Ketua Pusat/Institut. “Penganugerahan” bermaksud pengesahan Senat ke atas pelajar yang layak dianugerahkan ijazah. “PNGS” bermaksud Purata Nilai Gred Semester yang diperoleh bagi sesuatu semester. “PNGK” bermaksud Purata Nilai Gred Kumulatif yang diperoleh bagi semua semester yang telah diikuti. “Peperiksaan Khas” bermaksud peperiksaan yang diadakan untuk kes pelajar tahun akhir pengajian dengan status Kedudukan Baik untuk tujuan berijazah. “Peperiksaan Gantian” bermaksud peperiksaan yang diadakan untuk kes pelajar yang tidak menduduki peperiksaan dengan kebenaran Universiti. “Program” bermaksud gabungan kursus yang membentuk kurikulum program pengajian yang diluluskan oleh Universiti untuk tujuan penganugerahan ijazah. “Program Minor” bermaksud gabungan kursus yang diambil di luar kurikulum program di mana pelajar mendaftar. “Sesi Akademik” bermaksud tempoh satu tahun pengajian antara September hingga Ogos tahun berikutnya. “Semester Lazim” bermaksud peperiksaan.
empat belas (14) minggu kuliah tidak termasuk minggu
“Semester Pendek” bermaksud Semester Khas di luar Semester Lazim kepada pelajar tahun akhir yang belum mencapai syarat keperluan kredit untuk pengijazahan. “Tamat Pengajian” bermaksud pelajar yang telah menamatkan pengajian dan dianugerahkan ijazah. “Tangguh Pengajian” bermaksud pelajar yang diluluskan oleh Universiti untuk menggugurkan semua kursus yang diikuti pada semester semasa sama ada disebabkan oleh alasan peribadi atau kesihatan atau kelemahan kedudukan akademik.
3
“Tempoh Lazim” bermaksud bilangan semester pengajian yang ditetapkan dalam kurikulum bagi pelajar menamatkan pengajian. “Tempoh Maksimum” bermaksud bilangan semester maksimum yang ditetapkan dalam kurikulum bagi pelajar menamatkan pengajian mengikut ketetapan fakulti. “Terputus Pengajian” bermaksud suatu keadaan apabila pelajar yang telah diluluskan penangguhan pengajian atau digantung pengajian oleh Universiti. “Yuran Pengajian” bermaksud yuran yang dikenakan kepada pelajar yang mengikuti program pengajian di Universiti. Yuran Pengajian terdiri daripada yuran pelajaran dan yuran perkhidmatan lain yang ditetapkan oleh Universiti dari semasa ke semasa.
4
3.0 Sistem Pengajian 3.1
Satu sesi akademik terdiri daripada dua (2) Semester Lazim iaitu Semester I dan Semester II, dan Cuti Panjang. Semester I boleh juga dikenali sebagai Semester September dan Semester II sebagai Semester Februari.
3.2
Semester Pendek boleh diadakan semasa Cuti Panjang. Struktur Sesi Akademik adalah seperti dalam Jadual 1 manakala garis panduan pelaksanaan Semester Pendek adalah seperti Perkara 7.0.
Jadual 1: Sesi Akademik SEMESTER I
SEMESTER II
Minggu Mesra Mahasiswa
1 minggu
Kuliah
7 minggu
Kuliah
7 minggu
Cuti Pertengahan Semester
1 minggu
Cuti Pertengahan Semester
1 minggu
Kuliah
7 minggu
Kuliah
7 minggu
Minggu Ulang Kaji
1 minggu
Minggu Ulang Kaji
1 minggu
Peperiksaan Akhir
3 minggu
Peperiksaan Akhir
3 minggu
Jumlah
19 minggu
Jumlah
19 minggu
Cuti Antara Semester
4 minggu
Cuti Panjang
10 minggu
SEMESTER PENDEK Kuliah & Peperiksaan
8 minggu
5
4.0 Pendaftaran 4.1 Pendaftaran Program 4.1.1 Pemohon yang berjaya hendaklah mendaftar program pada tarikh seperti yang dinyatakan di dalam surat tawaran kemasukan. 4.1.2 Pendaftaran program bagi pelajar kanan akan dibuat secara automatik oleh Universiti berdasarkan keputusan peperiksaan semester sebelumnya, kecuali: (i) Tangguh pengajian dengan izin; (ii) Digantung pengajian di bawah hukuman tatatertib; (iii) Disingkirkan daripada Universiti di bawah hukuman tatatertib; (iv) Diberhentikan kerana keputusan Kedudukan Gagal (KG); (v) Disahkan Tamat Pengajian; (vi) Tamat Tempoh Maksimum Pengajian; (vii) Berhenti dengan izin; atau (viii) Gagal mendaftar sebarang kursus setelah tamat tempoh pendaftaran yang ditetapkan (minggu keenam). 4.1.3
Pelajar kanan yang terputus pengajian disebabkan menangguh dengan izin atau digantung pengajian hendaklah membuat pendaftaran semula program dalam tempoh pendaftaran yang ditetapkan.
4.2 Kod dan Nama Kursus Setiap kursus diberi kod dan nama masing-masing. Kod bagi sesuatu kursus dinyatakan dengan tiga abjad dan empat angka. Sebagai contoh, kursus dengan kod ABC 1234 Maksud abjad (ABC): A = Tahap pengajian/Tawaran Universiti B = Fakulti/Pusat yang menawarkan kursus C = Program Maksud angka (1234): 1 2 3 4
= = = =
Tahun Pengajian Kategori kursus No. Siri Kursus Kredit kursus
6
Contoh : SEL 2182 S = Tahap pengajian – Sarjana Muda E = Fakulti/Pusat yang menawarkan kursus – Fakulti Sains Bumi L = Program – Sains Kelestarian 2 = tahun pengajian 1 = kategori kursus – rujuk kategori kursus seperti dalam Jadual 2 8 = no. siri kursus 2 = kredit kursus Jadual 2: Kategori Kursus Kod
Kategori Kursus
0
Kursus Umum Universiti
1
Kursus Umum Keusahawanan
2
Kursus Teras Fakulti
3
Kursus Teras Program
4
Kursus Major/Pengkhususan
5
Kursus Elektif Major
6
Kursus Elektif Bebas/Minor
7
Kursus Elektif Universiti
Catatan Kursus
kemanusiaan,
bahasa
dan
ko-
kurikulum Kursus keusahawanan yang wajib diambil oleh semua pelajar Kursus yang wajib diambil oleh semua pelajar di fakulti masing-masing. Kursus yang wajib diambil oleh pelajar mengikut program masing-masing Kursus yang wajib diambil oleh pelajar mengikut major/pengkhususan masing-masing. Kursus pilihan yang diambil dalam bidang/ pengkhususan yang sama. Kursus pilihan yang diambil di luar bidang/ pengkhususan berbeza. Kursus Kemasyarakatan dan Pembangunan Ekonomi (USK4012)
7
4.3 Pendaftaran Kursus 4.3.1
Pelajar diberi tempoh masa selama dua (2) hari sebelum tarikh permulaan semester untuk membuat pendaftaran kursus.
4.3.2
Pelajar yang gagal membuat pendaftaran seperti dinyatakan dalam perenggan 4.3.1, dibenarkan membuat pendaftaran dengan denda sehingga minggu kedua.
4.3.3
Pelajar yang gagal mendaftar selepas minggu kedua tanpa alasan bertulis kepada Fakulti/ Pusat akan dianggap menarik diri dari semester berkenaan. Status pengajian pelajar adalah digantung pada semester berkenaan.
4.3.4
Pelajar bertanggungjawab memastikan maklumat yang terdapat dalam slip pendaftaran kursus adalah tepat. Sebarang pembetulan WAJIB dibuat dalam tempoh dua (2) minggu selepas semester pengajian bermula.
4.3.5
Pelajar hanya dibenarkan mengikuti kursus yang didaftarkan untuk semester berkenaan.
4.3.6
Pelajar boleh mendaftar tidak lebih daripada dua (2) kursus sebagai Kursus Audit dengan kebenaran Fakulti dalam sesuatu semester. Gred untuk Kursus Audit adalah Lulus / Gagal.
4.3.7
Pelajar yang masih berhutang dengan Universiti tidak dibenarkan untuk membuat pendaftaran kursus seperti dalam perenggan 4.3.1 sehingga hutang diselesaikan.
4.3.8
Pelajar wajib menghadiri setiap kursus yang didaftarkan dan memenuhi syarat kehadiran kursus seperti di Lampiran I.
4.3.9
Kredit Kursus Audit yang didaftarkan tidak diambilkira dalam pengiraan PNGS dan PNGK. Pelajar yang mendaftar Kursus Audit hendaklah memenuhi syarat kehadiran kursus seperti di Lampiran I.
4.3.10 Pelajar dengan kebenaran Penasihat Akademik boleh mendaftar kursus minor yang ditawarkan oleh Fakulti/Pusat berkenaan. 4.3.11 Gred bagi kursus minor akan dikira dalam pengiraan PNGS dan PNGK pelajar. Kursus Minor tidak boleh didaftarkan sebagai Kursus Audit. Had maksimum Kursus Minor yang boleh diambil oleh pelajar adalah tertakluk kepada ketetapan Fakulti/Pusat. 4.3.12 Semua kursus yang didaftarkan (termasuk Kursus Audit) akan dicatatkan di dalam transkrip pelajar. 4.3.13 Peraturan dan Kaedah Pendaftaran Kursus adalah seperti di Lampiran II.
8
4.4 Pindaan Pendaftaran Kursus 4.4.1
Pelajar boleh melakukan penambahan kursus selewat-lewatnya pada minggu kedua semester pengajian berkenaan.
4.4.2
Pelajar boleh menggugurkan kursus pada minggu pertama sehingga minggu keenam semester pengajian berkenaan.
4.4.3
Kursus yang digugurkan tidak akan direkodkan dalam transkrip pelajar.
4.4.4
Pelajar yang salah mendaftar kursus dan gagal menggugurkan kursus tersebut selepas minggu keenam akan diberikan Gred F.
4.4.5
Penambahan atau pengguguran sesuatu kursus adalah tertakluk kepada jumlah Kredit Minimum atau Kredit Maksimum, kecuali dengan kelulusan Dekan.
4.4.6 Pindaan pendaftaran kursus hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang UMK/A2. 5.0 Sistem Kredit 5.1
Kredit Kursus Setiap kursus mempunyai nilai kredit tertentu bagi menggambarkan tahap kepentingan dan beban kursus tersebut.
5.2
Jam Kredit Nilai kredit bagi sesuatu kursus adalah seperti dalam Jadual 3. Jadual 3: Nilai Kredit 1 kredit bersamaan dengan 40 notional SLT (jam) dan dibahagi kepada: i) ii) iii) iv)
Penilaian Secara Bersemuka Penilaian Secara Tidak Bersemuka Penilaian Secara Bersendiri Penilaian Formal
Catatan: SLT = Student Learning Time (i) Kredit Latihan Industri Latihan Industri adalah wajib bagi pelajar. Nilai kredit dan pelaksanaan Latihan Industri ditetapkan oleh Fakulti. Nilai satu (1) kredit bagi Latihan Industri adalah setara dengan sekurang-kurangnya dua (2) minggu latihan secara berterusan. Kredit Latihan Industri adalah Kredit Dapat mengikut perenggan 5.3 yang tidak dikira dalam penentuan PNGS dan PNGK.
9
5.3 Kredit Dapat Kredit Dapat (KD) adalah jumlah kredit semua kursus yang diambil dan lulus termasuk Kredit Pindah dan Kredit Kecuali, tetapi tidak termasuk Kursus Audit. 5.4
Kredit Kira Kredit Kira (KK) adalah jumlah kredit semua kursus yang telah didaftarkan termasuk kursus gagal, kecuali Kursus Audit.
5.5
Gagal Kursus
5.6
5.7
5.5.1
Pelajar yang gagal mana-mana kursus hendaklah mengambil semula (tebus) dengan cara mengulangi kursus tersebut sehingga lulus dalam tempoh maksimum pengajian. Bagi tujuan pengiraan PNGK, Kredit Kira dan mata nilai terakhir kursus yang diulang diambilkira, manakala Kredit Kira serta mata nilai yang asal tidak dimansuhkan.
5.5.2
Kursus elektif yang gagal tidak semestinya diulangi, tetapi kredit dan mata nilai kursus elektif yang gagal akan diambilkira dalam pengiraan PNGS dan PNGK. Kursus elektif yang gagal boleh diganti dengan kursus elektif yang baru.
Beban Kredit Untuk Setiap Semester 5.6.1
Pelajar Sepenuh Masa adalah pelajar yang mendaftar kursus tidak kurang daripada dua belas (12) kredit (Kredit Minimum), termasuk Kursus Audit dalam sesuatu semester. Walau bagaimanapun, pengecualian diberikan kepada pelajar Kedudukan Bersyarat (KS), pelajar di bawah kes khas yang dibenarkan oleh Dekan Fakulti dan/atau pelajar yang berada dalam semester terakhir pengajian (semester Latihan Industri).
5.6.2
Pelajar yang ingin mengambil lebih daripada lapan belas (18) kredit hendaklah mendapat perakuan Penasihat Akademik dan kelulusan Dekan Fakulti. Walau bagaimanapun, pelajar tidak dibenarkan mengambil lebih daripada dua puluh dua (22) kredit dalam satu semester.
5.6.3
Pelajar yang mendapat status Kedudukan Bersyarat (KS) hanya dibenarkan mengambil maksimum sehingga empat belas (14) kredit sahaja.
Pengecualian Kursus dan Pemindahan Kredit 5.7.1
Pengecualian Kursus Pelajar boleh memohon pengecualian sesuatu kursus dengan syarat: (i)
Keputusan rasmi membuktikan bahawa pelajar tersebut telah mengikuti kursus yang sama atau kandungan kursus yang setara dan mendapat keputusan sekurang – kurangnya B dan diterima oleh Fakulti/Pusat; atau
(ii) Pelajar mempunyai pengalaman kerja yang diiktiraf oleh Jawatankuasa Akademik Fakulti/ Pusat sebagai setaraf dengan kursus yang berkenaan.
10
(iii) Kandungan kursus adalah setara iaitu kandungan bertindan sekurangkurangnya 80 %; (iv) Jumlah keseluruhan kredit yang dikecualikan untuk tujuan pengijazahan tidak melebihi 50 %; (v) Permohonan pengecualian kursus hendaklah dibuat semasa pendaftaran program atau selewat-lewatnya pada akhir minggu ke keenam setelah pelajar mendaftar pengajian; (vi) Pelajar, dengan kebenaran Fakulti/Pusat boleh mengambil kursus yang telah diberikan pengecualian. (vii) Jumlah kredit keseluruhan dan senarai kursus yang diberi pengecualian akan dicatat dalam transkrip akademik pelajar sebagai Kredit Kecuali (KKc). 5.7.2 Pemindahan Kredit (i)
Pelajar boleh mengambil kursus di Institut Pengajian Tinggi (IPT) lain yang diiktiraf dan memindahkan kredit kursus berkenaan secara mendaftar silang (cross registration). Jumlah kredit maksimum untuk tujuan ini terhad kepada tiga puluh (30) kredit sahaja, dan jumlah kredit ini dikenali sebagai jumlah Kredit Pindah. Kursus yang diambil adalah setara dan sekurang-kurangnya 80% daripada kandungan adalah sama.
(ii) Pendaftaran silang hanya dibenarkan kepada pelajar yang telah menamatkan dua (2) semester pengajian di Universiti. (iii) Jumlah Kredit Pindah akan diambil kira untuk tujuan pengijazahan. Gred kursus berkenaan diambil kira dalam penentuan PNGS dan PNGK. (iv) Pelajar yang digantung pengajian tidak dibenarkan untuk mendapat sebarang pemindahan kredit. (v) Permohonan pendaftaran silang hendaklah dibuat dalam tempoh empat (4) minggu sebelum semester berkenaan bermula. Borang UMK/A3 digunakan untuk tujuan merekod pemindahan kredit apabila keputusan peperiksaan kursus diperoleh. 5.7.3
Keseluruhan jumlah Kredit Kecuali dan Kredit Pindah hendaklah tidak melebihi 50% daripada jumlah keseluruhan kredit untuk tujuan pengijazahan.
5.7.4 Jumlah Kredit untuk Pengijazahan dan Tempoh Pengajian. (i)
Jumlah kredit untuk pengijazahan adalah bergantung kepada program masingmasing, tetapi tidak kurang daripada satu ratus dua puluh (120) kredit.
(ii) Tempoh pengajian lazim bagi program Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian adalah seperti yang telah ditetapkan dalam kurikulum program masing-masing. Tempoh minimum bagi sesuatu pengajian adalah enam (6) semester, 11
manakala tempoh maksimum pengajian adalah tempoh lazim dengan tambahan empat (4) semester. 6.0 Sistem Pemarkahan dan Gred 6.1 Gred Kursus 6.1.1
Gred bagi sesuatu kursus adalah berdasarkan kepada markah keseluruhan. Gred yang diperoleh adalah mengikut Nilai Gred dan Tahap Pencapaian masing-masing. Hubungan antara Markah, Gred, Nilai Gred dan tahap pencapaian adalah seperti dalam Jadual 4. Jadual 4 : Hubungan Markah, Gred dan Nilai Gred Julat Markah
Gred
Nilai Gred
Tahap Pencapaian
90-100
A+
4.00
Cemerlang
80-89
A
4.00
Cemerlang
75-79
A-
3.70
Kepujian
70-74
B+
3.30
Kepujian
65-69
B
3.00
Baik
60-64
B-
2.70
Baik
55-59
C+
2.30
Lulus
50-54
C
2.00
Lulus
45-49
C-
1.70
Lulus Bersyarat
40-44
D
1.00
Lulus Bersyarat
39 atau kurang
F
0.00
Gagal
Nota: Tahap pencapaian bagi Kursus Wajib, Teras dan Elektif Program Perubatan Veterinar yang kurang daripada 50 julat markah adalah dikira gagal.
6.1.2
Selain daripada gred di atas, gred berikut juga digunakan : XX -
Gred kursus sekiranya pelajar tidak mengambil Peperiksaan Akhir tanpa kebenaran Universiti. Nilai Gred adalah bersamaan dengan Gred F.
X -
Gred kursus sekiranya pelajar dihalang daripada menduduki Peperiksaan Akhir. Nilai Gred adalah bersamaan dengan Gred F.
K -
Gred kursus sekiranya pelajar tidak mengambil Peperiksaan Akhir semester semasa dengan kebenaran Universiti. Tiada nilai gred dan tidak diambilkira dalam pengiraan PNGS dan PNGK pelajar.
12
TS -
Gred kursus sekiranya pelajar tidak dapat menyempurnakan keperluan kursus dengan sebab yang munasabah dan diterima oleh Universiti dalam semester berkenaan. Gred kursus akan diambil kira apabila kursus disempurnakan selewat-lewatnya pada akhir minggu Peperiksaan Khas semester tersebut. Gred F akan diberikan sekiranya gagal disempurnakan dalam tempoh ini.
M
-
Gred kursus yang diberikan kepada kursus yang didaftarkan sebagai audit dan telah mengikutinya dengan memuaskan.
XM -
Gred kursus yang diberikan kepada kursus yang didaftarkan sebagai audit, tetapi tidak mengikutinya dengan memuaskan.
TM -
Tamat dan bergraduat.
TT -
Gred kursus sekiranya kes pelajar masih dalam proses tindakan tatatertib. Tiada nilai gred dan tidak diambilkira dalam pengiraan PNGS dan PNGK pelajar.
L
-
Gred kursus sekiranya kursus tersebut dihitung sebagai Lulus sahaja. Tiada nilai gred dan tidak diambilkira dalam pengiraan PNGS dan PNGK pelajar.
G -
Gred kursus sekiranya kursus tersebut dihitung sebagai Gagal sahaja. Tiada nilai gred dan tidak diambilkira dalam pengiraan PNGS dan PNGK pelajar.
SM -
Sedang Maju bagi kursus yang berjalan lebih daripada satu Semester seperti Kursus SIEP.
6.2 Penilaian
6.3
6.2.1
Pencapaian setiap kursus dinilai mengikut gred dan nilai gred berasaskan jumlah markah yang diperoleh dalam kerja kursus dan Peperiksaan Akhir.
6.2.2
Pengecualian kepada perenggan 6.2.1 boleh dilaksanakan dengan kelulusan Senat.
6.2.3
Penilaian prestasi pelajar dalam setiap kursus dibuat secara berterusan.
6.2.4
Wajaran Peperiksaan Akhir bagi suatu kursus adalah tertakluk kepada keperluan kursus dan kelulusan Fakulti serta Senat.
Peperiksaan Akhir Semester 6.3.1 Pelajar diwajibkan mengambil Peperiksaan Akhir Semester. Pelajar yang gagal berbuat demikian akan dikira gagal keseluruhan kursus walaupun komponen kerja kursus telah mencapai tahap lulus kecuali kursus yang tiada Peperiksaan Akhir. 6.3.2
Peperiksaan Akhir Semester dijalankan dengan kaedah yang ditetapkan mengikut Peraturan Peperiksaan Akhir seperti di Lampiran III.
13
6.4
Peperiksaan Khas 6.4.1
Peperiksaan Khas boleh diadakan bagi kes pelajar semester akhir pengajian dengan status Kedudukan Baik (KB), tetapi gagal mana-mana enam (6) kredit dan tidak melebihi dua (2) kursus untuk tujuan pengijazahan.
6.4.2
Peperiksaan Khas hanya boleh diberi untuk maksimum enam (6) kredit dan memenuhi syarat perenggan 6.4.1.
6.4.3
Peperiksaan Khas hanya boleh diambil sekali sahaja, dan sekiranya pelajar masih gagal peperiksaan ini, pelajar tersebut hendaklah mengikuti semula kursus tersebut dalam Semester Lazim.
6.4.4
Markah Peperiksaan Khas digabungkan dengan markah kerja kursus yang sedia ada untuk menentukan keputusan gred kursus berkenaan. Walau bagaimanapun, gred ini tidak diambilkira dalam pengiraan PNGS dan PNGK. Keputusan peperiksaan yang diambil dan lulus akan direkodkan dalam transkrip dengan gred terakhir.
6.5
Peperiksaan Gantian Peperiksaan Gantian boleh diadakan jika pelajar mendapat Gred K mengikut Peraturan Peperiksaan Akhir. Markah Peperiksaan Gantian ini akan digabungkan dengan markah kerja kursus yang sedia ada untuk tujuan pengiraan keseluruhan gred kursus tersebut.
6.6
Permohonan untuk Peperiksaan Khas / Peperiksaan Gantian hendaklah dibuat dalam tempoh dua (2) minggu selepas keputusan Peperiksaan Akhir diumumkan dengan menggunakan Borang UMK/A6.
6.7
Keputusan Peperiksaan
6.8
6.7.1
Keputusan semua peperiksaan hendaklah dilaporkan untuk kelulusan Senat atau jawatankuasa kecil yang diberi kuasa oleh Senat dan akan diumumkan dalam masa satu (1) minggu selepas Senat atau Jawatankuasa tersebut bersidang.
6.7.2
Keputusan peperiksaan adalah rasmi setelah diperakukan oleh Senat.
6.7.3
Mana-mana pelajar yang masih berhutang dengan Universiti atau yang tidak mempunyai jaminan pembiayaan, keputusan peperiksaan semester akan digantung sehingga pelajar menjelaskan hutang tersebut.
Rayuan Keputusan Peperiksaan 6.8.1
Pelajar boleh membuat rayuan keputusan peperiksaan bagi sebarang kursus dalam tempoh dua (2) minggu pertama semester.
6.8.2
Rayuan keputusan peperiksaan bagi sesuatu kursus hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang UMK/A4. Peraturan Rayuan Keputusan Peperiksaan adalah seperti di Lampiran IV.
14
6.9
Kedudukan Akademik 6.9.1
Pencapaian pelajar setiap semester dinyatakan sebagai Purata Nilai Gred Semester (PNGS), manakala pencapaian keseluruhan pengajian sehingga semester terkini dinyatakan sebagai Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK).
6.9.2 PNGS adalah nilai gred yang diperolehi bagi setiap semester dibahagikan dengan jumlah jam kredit yang diambil bagi semester tersebut. 6.9.3
PNGK adalah jumlah keseluruhan nilai gred yang diperolehi bagi semua semester dibahagikan dengan jumlah keseluruhan jam kredit dari semester mula sehingga semester terkini.
6.9.4 Pengiraan PNGS dan PNGK Pengiraan PNGS dan PNGK adalah menggunakan rumus berikut : 𝒌𝒊 𝒎𝒊 𝒌𝒊 𝒌𝒊 = kredit kursus i 𝒎𝒊 = nilai gred kursus i 𝒊 = 1,2............,n ( n = bilangan kursus semester semasa) PNGS =
PNGK =
𝒌𝒊 𝒎𝒊 𝒌𝒊
𝒌𝒊 = kredit kursus i 𝒎𝒊 = nilai gred kursus i 𝒊 = 1,2............,m ( m = bilangan kursus semester keseluruhan) Nilai PNGS dan PNGK dibundarkan sehingga dua (2) titik perpuluhan sahaja. 6.9.5
Contoh pengiraan PNGS dan PNGK adalah seperti di Lampiran V.
6.9.6
Status kedudukan akademik pelajar adalah ditentukan pada akhir Semester Lazim berasaskan PNGK.
6.9.7
Status akademik pelajar yang mengikuti Semester Pendek tidak ditentukan walaupun PNGS dan PNGK dikira seperti biasa.
6.9.8
Status akademik Pelajar Tahun Pertama, Semester Pertama pengajian adalah seperti di Jadual 5.
15
Jadual 5 : Status Akademik Pelajar Tahun Pertama, Semester Pertama Pengajian – Tahap Akademik dan PNGK Taraf Kedudukan Akademik Kedudukan Baik (KB) Kedudukan Bersyarat (KS) Mengulang Semester (MS) Kedudukan Gagal (KG) (Diberhentikan) (i)
PNGK PNGK ≥ 2.00 1.50 ≤ PNGK < 2.00 1.00 ≤ PNGK < 1.50 PNGK < 1.00
Pelajar Tahun Pertama/Semester I pengajian yang mendapat Kedudukan Gagal (KG) boleh dipertimbangkan untuk Mengulang Semester (MS) sekiranya pelajar mohon mengulang.
(ii) Bagi pelajar dengan status MS dan meneruskan pengajian pada sesi akademik berikutnya, keputusan peperiksaan semester pertamanya akan dihapuskan. (iii) Pelajar yang mengulang semula pengajian, berstatus MS keputusan peperiksaan untuk semester ulang mestilah PNGK ≥ 2.00 untuk meneruskan pengajian. 6.9.9
Kedudukan akademik pelajar kanan adalah seperti Jadual 5.
Jadual 5 : Status Akademik Pelajar Semester Kedua dan ke atas – Tahap Akademik dan PNGK Taraf Kedudukan Akademik
PNGK
Kedudukan Baik (KB) Kedudukan Bersyarat (KS) Kedudukan Gagal (KG) (Diberhentikan)
PNGK ≥ 2.00 1.70 ≤ PNGK < 2.00 PNGK < 1.70
(i) Kedudukan Gagal (KG) dan diberhentikan diberi kepada pelajar berikut: Mendapat PNGK kurang daripada 1.70; atau Mendapat KS dalam tiga (3) Semester Lazim berturut -turut. (ii) Pelajar dengan status KB dibenar meneruskan pengajian ke semester berikutnya. (iii) Pelajar yang berstatus KS boleh meneruskan pengajian ke semester berikutnya dan diberi amaran bertulis untuk mencapai status KB dalam semester berikutnya. (iv) Pelajar yang berstatus KS atau KB tetapi mendapat PNGS kurang daripada 1.00, boleh dengan keputusan Senat : a) Meneruskan pengajian; atau b) Diarahkan menangguh pengajian selama satu semester; atau c) Diberhentikan daripada pengajian.
16
(v) Selepas tamat tempoh penangguhan pengajian mengikut perenggan iv (b) di atas, pelajar boleh meneruskan pengajian. Semester penangguhan pengajian tersebut tidak akan dikira dalam tempoh semester pengajian. 6.9.10
Pelajar yang tamat tempoh maksimum pengajian tetapi masih belum memenuhi syarat pengijazahan dan keperluan kurikulum akan diberhentikan daripada pengajian. Pelajar diberi status Kedudukan Gagal (Tamat Tempoh Pengajian).
6.9.11
Senarai Dekan (i)
Pelajar Sepenuh Masa yang mengambil dua belas (12) kredit atau lebih tidak termasuk kursus yang diambil sebagai Kursus Audit dan mendapat keputusan PNGS 3.50 dan ke atas akan dimasukkan dalam Senarai Dekan, kecuali pelajar yang mendaftar hanya satu kursus (Latihan Industri) pada semester berkenaan. (ii) Senarai Dekan akan dilaksanakan pada setiap semester untuk semua program. 6.9.12
Memperbaiki Pencapaian Akademik (i)
Pelajar diberi peluang memperbaiki gred bagi sesuatu kursus sepanjang tempoh pengajian dengan syarat berikut :
Mendapat kebenaran perakuan Penasihat Akademik dan Dekan Fakulti; Mendapat gred Lulus Bersyarat; Hanya dibenarkan sekali sahaja bagi suatu kursus; dan Hanya gred yang terbaik di antara gred asal dengan gred terkini akan diambilkira dalam pengiraan PNGS dan PNGK.
(ii) Permohonan memperbaiki gred hendaklah disertakan dengan bayaran yang ditetapkan oleh Senat seperti di Lampiran II. 7.0 Semester Pendek 7.1
Semester Pendek merupakan Semester Khas di luar Semester Lazim yang ditawarkan kepada pelajar tahun akhir yang memperolehi status Kedudukan Bersyarat (KS) dan/atau masih belum mencapai syarat keperluan kredit untuk pengijazahan. Fakulti boleh menawarkan Semester Pendek dari semasa ke semasa tertakluk kepada kelulusan khas Senat.
7.2
Pengajian Semester Pendek bermula seminggu selepas tamat Peperiksaan Akhir Semester II dan akan berjalan untuk tempoh lapan (8) minggu. 7.2.1
Tempoh semester ini merangkumi Peperiksaan Akhir dan tiada peruntukan untuk Cuti Pertengahan Semester dan Minggu Ulangkaji.
7.2.2
Seseorang pelajar dibenarkan mengikuti Semester Pendek untuk tidak lebih daripada dua (2) semester.
17
7.3
Penawaran Kursus 7.3.1
7.4
7.5
Hanya kursus tertentu yang perlu diambil oleh pelajar tahun akhir yang tergolong dalam perenggan 7.1 sahaja yang akan ditawarkan pada Semester Pendek.
Pendaftaran Kursus Semester Pendek 7.4.1
Pra pendaftaran kursus semester pendek hendaklah dibuat pada minggu ke empat belas Semester Lazim.
7.4.2
Pendaftaran kursus tidak boleh melebihi enam (6) kredit atau dua (2) kursus.
7.4.3
Pelajar dikehendaki mendaftar kursus dengan menggunakan Borang UMK/A1 dalam tempoh dua (2) minggu sebelum semester pendek bermula.
7.4.4
Pindaan pendaftaran kursus dalam Semester Pendek tidak dibenarkan. Walau bagaimanapun pengguguran kursus boleh dilakukan sehingga akhir minggu ke empat (4) dan akan direkodkan sebagai Tarik Diri (TD).
7.4.5
Penawaran sesuatu kursus adalah tertakluk kepada jumlah yang ditetapkan oleh Fakulti.
7.4.6
Jumlah Jam Belajar Pelajar (JBP) bagi semester pendek adalah sama seperti dalam Semester Lazim.
7.4.7
Pengiraan PNGS dan PNGK pelajar akan dibuat untuk Semester Pendek dan kedudukan akademik pelajar tidak akan ditentukan.
7.4.8
Gred kursus Semester Pendek akan digabungkan dengan keputusan Semester I Sesi berikutnya bagi menentukan kedudukan akademik pelajar, kecuali pelajar tahun akhir.
7.4.9
Prosedur yang sedia ada tentang pengumuman keputusan peperiksaan dan rayuan keputusan gred diguna pakai bagi Semester Pendek.
minimum pelajar
Kadar Yuran dan Cara Pembayaran 7.5.1
Kadar yuran pengajian yang dikenakan oleh Universiti kepada pelajar pada Semester Pendek adalah seperti berikut : Yuran Kursus (bernilai tiga (3) kredit atau kurang): Ringgit Malaysia Empat Puluh Tiga (RM43.00) bagi setiap kredit. Yuran Perkhidmatan: Ringgit Malaysia Satu Ratus Sepuluh (RM 110.00) sahaja.
7.5.2
Pelajar diwajibkan menjelaskan yuran pengajian Semester Pendek yang dikenakan ke atas mereka sebelum atau semasa membuat pendaftaran kursus pada semester berkenaan. Hanya pelajar yang telah menjelaskan semua bayaran yuran yang berkenaan sahaja yang akan diterima pendaftaran kursus mereka.
7.5.3
Pelajar yang gagal menjelaskan semua bayaran yuran pengajian yang diwajibkan tidak dibenarkan mendaftar kursus. Di samping itu, pelajar yang telah menjelaskan 18
pembayaran tetapi menarik diri atau mengurangkan jumlah kredit/kursus yang diambil, tidak dibenarkan menuntut pemulangan bayaran tersebut.
8.0 Penangguhan Pengajian 8.1
Pelajar yang disahkan sakit oleh pegawai perubatan Universiti atau hospital kerajaan boleh memohon kepada Dekan Fakulti untuk menangguhkan pengajian. Semester yang diluluskan penangguhannya tidak diambilkira dalam bilangan semester yang telah digunakan dalam tempoh pengajian. Penangguhan maksimum ialah selama dua (2) Semester Lazim berturut–turut. Sekiranya pelajar memerlukan tempoh yang lebih, pelajar tersebut perlu dirujuk kepada pakar hospital kerajaan bagi menentukan sama ada pelajar tersebut dibenarkan melanjutkan tempoh penangguhannya atau diberhentikan. Walau bagaimanapun, tempoh penangguhan tambahan ini hendaklah tidak melebihi dua (2) semester.
8.2
Permohonan penangguhan boleh dipertimbangkan atas alasan lain yang dibenarkan oleh Senat. Semester yang ditangguhkan diambilkira sebagai sebahagian daripada tempoh maksimum pengajiannya.
8.3
Bagi pelajar yang ditangguhkan pengajiannya oleh Universiti kerana tindakan tatatertib, tempoh penangguhan pengajian pelajar tersebut akan diambilkira sebagai semester yang telah digunakan.
8.4
Mana-mana pelajar yang diarahkan menangguh pengajian di atas alasan prestasi akademik, mengikut perenggan 6.9.9 (iv)(b), tempoh penangguhan tidak diambilkira.
8.5
Seorang pelajar hanya dibenarkan membuat dua (2) kali penangguhan sepanjang pengajian kecuali di atas alasan perubatan.
8.6
Pelajar yang mendaftar dan diluluskan permohonan penangguhan pengajian oleh pihak Universiti pada sesuatu semester dikehendaki menjelaskan yuran seperti berikut :
8.7
(i)
Jika kelulusan diberi sebelum cuti pertengahan semester berakhir, pelajar dikehendaki menjelaskan separuh daripada yuran pengajian.
(ii)
Sekiranya kelulusan diberi setelah cuti pertengahan semester berakhir, pelajar dikehendaki menjelaskan keseluruhan yuran pengajian.
(iii)
Pelbagai yuran lain perlu dijelaskan sepenuhnya menurut perenggan (i) dan (ii) di atas manakala yuran asrama adalah mengikut kiraan sebenar menduduki asrama.
Permohonan penangguhan pengajian perlu dibuat menggunakan Borang UMK/A7.
19
9.0 Penukaran Program Pengajian 9.1
Dalam keadaan tertentu, pelajar boleh memohon pertukaran program dalam Fakulti yang sama, atau Fakulti lain dengan syarat : (i)
Pelajar telah mengikuti sekurang–kurang satu (1) semester pengajian di Universiti;
(ii)
Permohonan penukaran dibuat tidak lewat daripada dua (2) minggu selepas keputusan peperiksaan dikeluarkan dan mendapat kelulusan daripada Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa); dan
(iii)
Status akademik pemohon adalah Kedudukan Baik (KB).
9.2
Bagi pertukaran program dalam Ijazah yang hampir sama, rekod akademik asal pelajar digunapakai dan pengajian pelajar dikira berterusan.
9.3
Bagi pertukaran program dalam Ijazah yang berbeza, rekod akademik asal pelajar akan ditutup dan rekod baharu akan diwujudkan. Tempoh maksimum pengajian ditetapkan oleh fakulti program baharu tertakluk kepada jumlah pengecualian kredit yang diluluskan.
10.0 Berhenti Pengajian 10.1 Pelajar dibenarkan untuk berhenti daripada pengajian atas alasan tertentu dengan mengisi Borang UMK/A10 yang boleh diperolehi di Bahagian Pentadbiran Akademik atau Pejabat Pentadbiran Fakulti atau boleh dimuat turun daripada portal pelajar. 10.2 Pelajar berdaftar (termasuk pelajar yang telah membuat pra pendaftaran kursus) yang berhenti dari mengikuti program setelah semester bermula dikehendaki menjelaskan semua bayaran yuran semester berkenaan. 10.3 Pelajar baru (semester pertama pengajian) yang diluluskan berhenti pengajian oleh Universiti dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh pendaftaran adalah layak mendapatkan semula sebahagian daripada yuran yang dijelaskan. Tiada pemulangan yuran diberi sekiranya permohonan tarik diri diluluskan selepas tempoh di atas. 10.4 Sebarang keputusan berhenti pengajian dari Universiti adalah muktamad.
20
11.0 Salah Laku Akademik 11.1 Salahlaku akademik ditafsirkan sebagai perbuatan yang telah melanggar mana-mana peruntukan dalam Peraturan Akademik Universiti Malaysia Kelantan ini; yang melibatkan: a)
pembelajaran;
b)
peperiksaan;
c)
penyelidikan;
d)
penerbitan; dan
e)
harta Intelek
11.2 Pelajar tidak boleh melakukan mana-mana salah laku akademik seperti berikut: a) Meniru atau cuba meniru atau cuba untuk meniru atau berkelakuan mengikut cara yang boleh ditafsirkan sebagai meniru atau cuba untuk meniru; b) Menipu atau cuba menipu atau cuba untuk menipu atau berkelakuan mengikut cara yang boleh ditafsirkan sebagai menipu atau cuba untuk menipu; c) Plagiat adalah perbuatan secara sengaja atau tidak sengaja dalam memperoleh atau cuba memperoleh kredit atau nilai untuk sesuatu perkara ilmiah dengan mengutip sebahagian atau seluruh karya dan/atau karya ilmiah pihak lain yang diakui sebagai karya ilmiahnya, tanpa menyatakan sumber secara tepat dan memadai; d) Ciplak atau penyalinan semula atau pengakuan hak milik adalah perbuatan secara sengaja atau tidak sengaja dalam memperoleh atau cuba memperoleh kredit atau nilai untuk sesuatu perkara ilmiah dengan mengambil karya ilmiah pihak lain yang diakui sebagai karya ilmiahnya dengan tidak menyatakan sumber secara tepat dan sah; e) Lain-lain salah laku yang ditetapkan oleh Universiti. 11.3 Pelajar yang didapati telah melakukan mana-mana salahlaku akademik akan dihadapkan ke Jawatankuasa Tatatertib (Akademik) Pelajar yang terdiri daripada: a) Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) sebagai pengerusi; b) Dekan atau wakil; c) Dua ahli fakulti berkenaan; dan d) Pendaftar atau wakil (Setiausaha). 11.4 Setelah dibicarakan oleh Jawatankuasa Tatatertib (Akademik) Pelajar dan disabitkan kesalahannya, Universiti boleh mengambil tindakan tatatertib mengikut Kaedah-Kaedah Universiti Malaysia Kelantan (Tatatertib Pelajar-Pelajar) 2009 [P.U (A) 232/2009] dan sebarang pindaan selepasnya. 21
11.5 Pelajar yang didapati telah melakukan mana-mana salahlaku akademik akan dihadapkan ke Jawatankuasa Tatatertib (Akademik) Pelajar yang terdiri daripada: a) Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) sebagai pengerusi; b) Dekan atau wakil; c) dua (2) ahli dari fakulti berkenaan; dan d) Pendaftar atau wakil (Setiausaha). 12.0 Pengijazahan 12.1 Keperluan Pengijazahan Setiap pelajar hendaklah menyempurnakan keperluan berikut untuk tujuan pengijazahan: a) Keperluan Am i) Lulus semua kursus Universiti seperti mana yang ditetapkan; ii) Lulus semua kursus teras; dan iii) Lulus semua kursus elektif dan/atau minor. b) Keperluan Kredit Minimum i) Keperluan jumlah kredit untuk tujuan pengijazahan adalah sekurang-kurangnya dua pertiga dari keseluruhan kredit yang diperolehi dari kursus yang dijalankan oleh Universiti. ii) Perenggan 12.1 (b)(i) di atas boleh dilonggarkan dalam keadaan di mana Universiti mempunyai peraturan khas dengan Universiti atau institusi lain, misalnya memorandum persefahaman dan/atau perjanjian mengenai penerimaan pelajar dari institusi berkenaan ke Universiti ini untuk meneruskan pengajiannya. c) Keperluan Tempoh Minimum Pelajar hendaklah telah menyempurnakan tempoh minimum yang ditetapkan bagi program pengajiannya untuk tujuan pengijazahan. d) Keperluan Syarat Bahasa Pelajar bukan warganegara hendaklah memenuhi keperluan bahasa yang ditetapkan oleh Universiti. e) Pelajar telah memenuhi syarat pemastautin tidak kurang daripada empat (4) Semester Lazim. f) Pelajar mesti lulus dalam semua kursus yang disyaratkan dalam kurikulum untuk sesuatu program pengajian dengan PNGK tidak kurang daripada 2.00.
22
g) Pencapaian Bahasa Inggeris pada tahap Malaysian University English Test (MUET) band 3 atau kelayakan-kelayakan lain yang setara yang ditetapkan oleh Senat. h) Menjelaskan semua yuran pengajian atau bayaran-bayaran lain yang ditetapkan oleh Universiti. i) Menyelesaikan semua hutang atau pinjaman yang dibuat dengan Universiti. j) Tidak disabitkan dengan kesalahan tatatertib/salah laku akademik. Jika seseorang pelajar semester akhir disabitkan dengan kesalahan tatatertib dan sedang disiasat kerana kesalahannya itu, pelajar tersebut akan ditangguhkan daripada penganugerahan ijazah sehingga Jawatankuasa Tatatertib Akademik Pelajar membuat keputusan. k) Memenuhi syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh Universiti. Pelajar yang telah memenuhi syarat kurikulum tetapi tidak memenuhi syarat kecekapan Bahasa Inggeris (MUET) akan diberikan status Kedudukan Baik Tanpa MUET atau ringkasnya KB(MU). (DIBAWA KE KEPUTUSAN PEPERIKSAAN). 12.2 Penganugerahan Ijazah a) Seseorang pelajar boleh dianugerahkan ijazah apabila memenuhi keperluan program pengajiannya seperti mana yang dinyatakan dalam perenggan 12.1. b) Ijazah yang dianugerahkan adalah ijazah kepujian berdasarkan PNGK terakhir. Untuk melayakkan penganugerahan ijazah kepujian ini, pelajar hendaklah mencapai PNGK terakhir tidak kurang daripada 2.00. c) Pelajar layak dianugerahkan Ijazah Kepujian (Dengan Cemerlang) sekiranya – i)
Mencapai PNGK terakhir 3.70 dan ke atas;
ii)
Tidak pernah mendapat Gred F dan/atau Gred UK bagi mana-mana kursus dalam tempoh pengajian; dan
iii)
Berjaya menamatkan pengajian dalam tempoh yang ditetapkan untuk program pengajiannya.
d) Pelajar yang telah mendapat Gred F dan/atau Gred UK bagi mana-mana kursus dan berjaya mempertingkatkan Gred F dan/atau Gred UK itu kepada suatu Gred yang lebih baik pada percubaan berikutnya adalah tidak layak dianugerahkan Ijazah Kepujian (Dengan Cemerlang). e) Pelajar hendaklah mengemukakan permohonan penganugerahan ijazah setelah menerima surat pengesahan tamat pengajian. f) Keputusan muktamad adalah tertakluk kepada kelulusan Senat.
23
12.3 Permohonan Penganugerahan Ijazah a) Tempoh Penganugerahan Ijazah i)
Pelajar yang telah memenuhi keperluan pengijazahan perlu mengemukakan permohonan penganugerahan ijazah dalam tempoh tiga (3) tahun dari tarikh penerimaan surat tamat pengajian.
ii)
Permohonan hendaklah dikemukakan Penganugerahan Ijazah (Borang UMK/A5).
iii)
Pelajar yang telah memenuhi keperluan pengijazahan tetapi tidak memohon penganugerahan ijazah dalam tempoh tiga (3) tahun dari tarikh penerimaan surat tamat pengajian akan diberikan status Kedudukan Baik Tamat dan Bergraduat atau ringkasnya (TM).
iv)
Pelajar yang telah tamat pengajian tetapi tidak memohon penganugerahan ijazah dalam tempoh tiga (3) tahun dari tarikh penerimaan surat tamat pengajian tidak akan dianugerahkan dengan sebarang ijazah kecuali dengan kelulusan Senat.
dengan
menggunakan
Borang
b) Majlis Penganugerahan Ijazah (Konvokesyen) i)
Pelajar yang ingin menghadiri Majlis Penganugerahan Ijazah (Konvokesyen) perlu mengemukakan permohonan dalam masa empat belas (14) hari selepas keputusan peperiksaan semester akhir bagi tahun terakhir diumumkan.
12.4 Anugerah dan Hadiah 12.4.1
Pelajar yang memenuhi keperluan pengijazahan dan memenuhi kelayakan berkenaan adalah layak dipertimbangkan untuk diberi anugerah dan/atau hadiah seperti berikut: (i) Anugerah Pelajaran DiRaja (Pingat Jaya Cemerlang) Anugerah ini dikurniakan kepada dua (2) orang graduan mengikut syarat yang ditetapkan iaitu mendapat PNGK tidak kurang 3.70 serta penglibatan yang aktif dalam aktiviti akademik, bukan akademik dan kemasyarakatan. (ii) Anugerah Canselor Anugerah ini dikurniakan kepada kepada dua (2) orang graduan mengikut syarat yang ditetapkan iaitu mendapat PNGK tidak kurang 3.50 serta terlibat secara aktif dalam aktiviti akademik, bukan akademik dan kemasyarakatan. (iii) Anugerah Naib Canselor Anugerah ini diberikan kepada graduan terbaik dari setiap fakulti yang mendapat PNGK tidak kurang 3.50 serta terlibat secara aktif dalam aktiviti akademik, bukan akademik dan kemasyarakatan.
24
(iv) Anugerah Keusahawanan Anugerah ini diberikan kepada dua (2) orang graduan untuk Keusahawanan Perniagaan dan kepada dua (2) orang graduan untuk Keusahawanan Sosial yang mendapat PNGK tidak kurang 3.00 yang terlibat secara aktif dalam aktiviti Keusahawanan Perniagaan dan/atau aktiviti Keusahawanan Sosial. (v) Hadiah Alumni Hadiah ini diberikan kepada graduan terbaik dari setiap fakulti yang mendapat PNGK tidak kurang 3.00 serta terlibat secara aktif dalam aktiviti akademik, bukan akademik dan kemasyarakatan. (iv) Hadiah Dekan Hadiah ini diberikan kepada graduan terbaik fakulti yang mendapat PNGK tidak kurang 3.50 serta terlibat secara aktif dalam aktiviti akademik, bukan akademik dan kemasyarakatan. (vi) Hadiah Akademik Hadiah ini diberikan kepada graduan terbaik setiap program yang mendapat PNGK tidak kurang 3.50. (vii) Sijil Kepujian Dekan
Sijil ini diberikan pada setiap semester kepada pelajar yang mendapat PNGS tidak kurang 3.50 serta mengambil tidak kurang lima belas (15) kredit, tidak termasuk kursus Audit.
Kepujian Dekan akan dicatatkan dalam transkrip pelajar. 12.4.2
Pelajar tidak boleh menerima lebih daripada satu dari mana-mana Anugerah dan/atau Hadiah seperti yang dinyatakan dalam perenggan 12.4.1 di atas.
12.4.3
Pelajar yang telah memenuhi keperluan pengijazahan dan layak menerima Anugerah dan/atau Hadiah seperti yang dinyatakan dalam perenggan 12.4.1 adalah tertakluk kepada keputusan Senat, dengan perakuan Jawatankuasa Tetap Senat Pencalonan Hadiah Akademik.
25
13.0 Peruntukan Am Dan Pemansuhan 13.1 Peruntukan Am i.
Sebarang kaedah pelaksanaan selanjutnya boleh dibuat di bawah mana-mana peruntukan dalam Peraturan ini. Semua kaedah pelaksanaan yang dibuat hendaklah dipatuhi. Walau apapun yang dinyatakan di bawah Peraturan ini, Senat berhak mengecualikan pemakaian Peraturan ini atau mana-mana peruntukan dalam Peraturan ini.
ii.
Dalam keadaan di mana berlaku sebarang percanggahan, peruntukan yang terkandung dalam Akta Universiti dan Kolej Universiti, 1971 [Akta 30] adalah terpakai.
iii.
Senat dengan ini berhak untuk membuat apa-apa pindaan terhadap Peraturan ini atau mana-mana peruntukan di bawah Peraturan ini pada bila-bila masa.
13.2 Pembatalan Peraturan-Peraturan Akademik Universiti Malaysia Kelantan yang telah diterbitkan oleh Bahagian Pengurusan Akademik Jabatan Pendaftar UMK pada edisi pertama (2007), edisi kedua (2009) dan edisi ketiga (2011) adalah dengan ini dibatalkan.
26
LAMPIRAN I PERATURAN TINDAKAN KE ATAS PELAJAR YANG MENGHADIRI KULIAH KURANG DARIPADA 80 % 1.0
Pelajar mesti hadir kuliah/tutorial/amali/studio tidak kurang daripada 80 % masa pertemuan dalam setiap semester yang ditentukan bagi sesuatu kursus.
2.0
Pelajar yang menghadiri kuliah kurang daripada 80 % tanpa alasan yang munasabah hendaklah diberikan peringatan dan amaran secara bertulis oleh pensyarah kursus/bertugas dengan menggunakan borang UMK(B02.03)(02-2011).
3.0
Apabila ketidakhadiran seseorang pelajar untuk sesuatu kursus itu melebihi 20 % daripada jumlah keseluruhan jam pertemuan, Fakulti/Pusat yang menawarkan kursus boleh mengambil tindakan berikut : (i) Pelajar tidak dibenarkan mengikuti sebarang bentuk pengajian (kuliah/amali/studio/kerja lapangan dan sebagainya) yang seterusnya bagi kursus tersebut. (ii) Pelajar tidak dibenarkan menduduki sebarang bentuk penilaian (kuiz, ujian, peperiksaan dan sebagainya) yang seterusnya bagi kursus tersebut. (iii) Pelajar akan diberikan markah sifar (0) yang bersamaan dengan Gred F bagi kursus yang berkenaan dan pelajar dikehendaki mengulang kursus tersebut.
4.0
Fakulti/Pusat berkenaan hendaklah memaklumkan tindakan kepada pelajar secara bertulis.
5.0
Tindakan oleh Fakulti/Pusat ke atas pelajar berhubung dengan perkara di atas tidak perlu dilaporkan kepada Senat tetapi segala rekod sebagai bahan bukti perlu disimpan di Fakulti/Pusat. .
27
LAMPIRAN II PERATURAN PENDAFTARAN KURSUS 1.
Semua pelajar yang telah mendaftar program pada sesuatu sesi pengajian diwajibkan mendaftar semua kursus yang diambil pada sesuatu semester. Pelajar yang belum mendaftar program tidak boleh mendaftar kursus. Pelajar baharu perlu mendaftar program terlebih dahulu sebelum mendaftar semua kursus yang akan diambil pada semester pertamanya.
2.
Pelajar dikehendaki membuat pra-pendaftaran pada minggu ke-14 dalam semester sebelumnya.
3.
Pelajar boleh membuat sebarang pembetulan kepada pendaftaran terdahulu dalam tempoh dua (2) minggu selepas semester pengajian bermula.
4.
Pendaftaran wajib kursus dijalankan selama dua (2) hari bekerja sebelum semester pengajian bermula sebagaimana tarikh yang ditetapkan oleh Universiti.
5.
Pendaftaran kursus mesti dibuat secara atas talian dua (2) hari sebelum semester bermula. Slip pendaftaran kursus perlu dicetak dan disahkan oleh Penasihat Akademik atau pegawai lain yang diluluskan oleh Dekan. Satu salinan slip wajib diserahkan kepada Fakulti/ Pusat dan Penasihat Akademik.
6.
Setiap pelajar perlu mengesahkan maklumat peribadi masing-masing sebelum mendaftar kursus pada setiap semester.
7.
Pelajar hanya boleh mendaftar kursus yang ditawarkan pada sesuatu semester tertakluk kepada syarat yang ditetapkan oleh Fakulti/Pusat.
8.
Tiap–tiap kursus yang diambil pada sesuatu semester hendaklah didaftarkan dengan betul dan sempurna, iaitu dengan menyatakan kod kursus, nama kursus, jumlah kredit kursus dan jenis kursus berkenaan.
9.
Sebarang kesilapan dalam pendaftaran kursus boleh menyebabkan pelajar tercicir daripada senarai nama pelajar yang mendaftar dan tidak dibenarkan mengikuti kursus tersebut.
10.
Sebarang kursus yang diulang oleh pelajar bagi tujuan memperbaiki pencapaian akademik hendaklah didaftar dengan kebenaran Fakulti. Yuran sebanyak Ringgit Malaysia Empat Puluh Tiga (RM43.00) sahaja bagi setiap kredit akan dikenakan bagi tujuan ini dan tidak akan dikembalikan sekiranya pelajar menarik diri daripada kursus tersebut.
11.
Kod kursus asal hendaklah digunakan bagi tujuan pendaftaran kursus dalam Perkara 10 di atas.
12.
Pelajar yang gagal mendaftar pada tempoh pendaftaran wajib perlu membuat permohonan untuk Pindaan Pendaftaran Kursus menggunakan Borang UMK/A2 semasa minggu pertama sehingga minggu keenam. Pindaan pendaftaran kursus yang dilakukan dalam minggu ketiga (3) hingga minggu keenam akan dikenakan denda sebanyak RM50.00 bagi setiap kursus.
13.
Satu salinan borang pindaan pendaftaran kursus yang telah disahkan akan diserahkan kepada pelajar untuk tujuan pendaftaran atas talian.
28
14.
Pelajar dikehendaki mencetak slip pendaftaran selepas setiap kali membuat pendaftaran atau pindaan pendaftaran kursus.
15.
Pelajar hendaklah menyemak dan memastikan kesahihan semua maklumat yang tercatat di dalam Slip Pendaftaran kursus.
16.
Pelajar hendaklah mengemukakan satu salinan slip pendaftaran kepada Fakulti dan Penasihat Akademik.
17.
Sekiranya pelajar gagal atau tidak membuat pendaftaran kursus dalam tempoh yang telah ditetapkan sebagaimana dinyatakan di atas, kecuali atas sebab tertentu yang dapat diterima oleh Universiti, pelajar akan diberhentikan daripada pengajiannya.
29
LAMPIRAN III PERATURAN PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER 1.0
Syarat Menduduki Peperiksaan Akhir Semester 1.1 Pelajar hendaklah menduduki Peperiksaan Akhir semester bagi setiap kursus yang didaftar dalam semester berkenaan seperti ditetapkan oleh Universiti, kecuali jika dihalang berbuat demikian. 1.2 Fakulti yang menawarkan kursus berkenaan hendaklah memaklumkan tindakan menghalang menduduki Peperiksaan Akhir semester kepada pelajar secara bertulis selewat-lewatnya pada hari terakhir minggu ke kedua belas perkuliahan. 1.3 Pelajar yang dibenarkan menduduki peperiksaan hendaklah memenuhi kehadiran kuliah,tutorial,makmal, studio dan sebagainya sekurang-kurangnya 80%. Ketidakhadiran maksimum 20% adalah termasuk cuti sakit dan kecemasan (dengan pengesahan/ kelulusan) dan aktiviti pelajar yang diluluskan. 1.4 Ketidakhadiran pertemuan yang dijadualkan merupakan kesalahan tatatertib mengikut Kaedah-Kaedah Universiti Malaysia Kelantan (Tatatertib Pelajar-Pelajar) 2009 [P.U (A) 232/2009]. 1.5 Pelajar yang dihalang menduduki Peperiksaan Akhir semester akan diberi Gred X bagi kursus tersebut, walaupun telah lulus kerja kursus. 1.6 Permohonan penangguhan Peperiksaan Akhir semester bagi sesuatu kursus boleh dibenarkan dengan alasan berikut: (i) pelajar sakit yang disahkan tidak berupaya menduduki peperiksaan (disokong dengan sijil cuti sakit dari hospital kerajaan, hospital Universiti atau Pegawai Perubatan Universiti); atau (ii) atas alasan lain yang munasabah dan boleh diterima oleh Fakulti. 1.7 Permohonan penangguhan menduduki Peperiksaan Akhir semester hendaklah dikemukakan kepada Fakulti tidak kurang daripada dua puluh empat (24) jam sebelum peperiksaan yang berkenaan bermula. Fakulti dengan budi bicaranya boleh menerima permohonan yang kurang daripada tempoh tersebut. 1.8 Pelajar yang tidak mengambil Peperiksaan Akhir semester dengan kebenaran Universiti akan diberi Gred K. Pelajar dibenarkan mengambil Peperiksaan Gantian. 1.9 Pelajar yang tidak mengambil Peperiksaan Akhir semester tanpa kebenaran Universiti akan diberi Gred G untuk kursus berkenaan.
30
2.0 Tatacara dalam Peperiksaan 2.1
Pelajar hendaklah berpakaian formal semasa menduduki peperiksaan.
2.2
Pelajar dilarang untuk membawa alat komunikasi ke dalam dewan peperiksaan.
2.3
Pelajar dikehendaki membawa slip pengenalan/pasport semasa Peperiksaan.
2.4
Pelajar yang gagal membawa slip Peperiksaan dan kad matrik atau Kad pengenalan/pasport tidak dibenarkan mengambil peperiksaan melainkan dengan kebenaran Penyelia Peperiksaan, dengan mengisi Borang Perakuan Tidak Membawa Kad Pengenalan / Slip Peperiksaan /Kad Matrik.
2.5
Pelajar perlu bersedia untuk memasuki dewan peperiksaan sekurang kurangnya lima belas (15) minit sebelum peperiksaan bermula.
2.6
Ketua Pengawas boleh membenarkan pelajar masuk ke Dewan/Bilik Peperiksaan seawal lima belas (15) minit sebelum waktu peperiksaan bermula.
2.7
Pelajar lewat hadir melebihi tiga puluh (30) minit daripada tempoh peperiksaan bermula akan dihalang daripada menduduki peperiksaan tersebut. Pelajar berkenaan dianggap sebagai tidak menduduki peperiksaan tanpa kebenaran dan tertakluk kepada perenggan 1.9.
2.8
Pelajar yang ingin keluar sebentar dari dewan/bilik peperiksaan hendaklah meminta kebenaran daripada Pengawas. Walau bagaimanapun pelajar tidak dibenarkan meninggalkan Dewan/Bilik Peperiksaan (dengan apa jua alasan) dalam tempoh tiga puluh (30) minit sebelum peperiksaan berakhir.
2.9
Pelajar hanya dibenarkan membawa masuk dokumen atau peralatan seperti yang tercatat dalam arahan kertas soalan berkenaan.
2.10
Helaian dalam buku jawapan tidak boleh dikoyak.
2.11
Buku/kertas jawapan yang telah digunakan, rosak atau kosong tidak dibenarkan dibawa keluar dari Dewan/Bilik Peperiksaan.
2.12
Pelajar tidak dibenarkan menggunakan sebarang cara untuk menghubungi sesiapa kecuali dengan petugas peperiksaan yang berkenaan sahaja semasa sesi peperiksaan berjalan.
2.13
Pelajar dikehendaki terus berada di tempat duduk masing-masing selepas tamat peperiksaan dan hanya dibenarkan keluar dari dewan/bilik peperiksaan setelah mendapat arahan daripada Ketua Pengawas.
2.14
Pelajar dilarang merujuk dan menggunakan sebarang bahan rujukan semasa peperiksaan sedang berjalan, kecuali yang dibenarkan oleh Ketua Pengawas.
2.15
Pelajar hendaklah menulis no. matrik, no. kad pengenalan, kod kursus dan program serta maklumat lain yang diperlukan di setiap buku/kertas jawapan serta sebarang lampiran yang digunakan.
2.16
Pelajar hendaklah membaca dengan teliti dan mematuhi arahan yang tercetak di kulit buku jawapan.
peperiksaan,
kad
matrik
dan
kad
31
2.17
Pelajar hendaklah memastikan mereka telah mendapat kertas soalan yang betul serta muka surat yang cukup sebelum mula menjawab. Sekiranya terdapat sebarang kesilapan, pelajar hendaklah memberitahu pengawas yang bertugas dengan serta merta.
3.0 Tindakan Melanggar Peraturan Peperiksaan 3.1
Pelajar yang melanggar Peraturan Peperiksaan akan dilaporkan kepada Jawatankuasa Tatatertib (Akademik). Jawatankuasa Tatatertib (Akademik) akan mengemukakan hasil siasatan kepada Senat yang akan memutuskan keputusan gred kursus pelajar berkenaan sama ada: a. Memberi Gred F bagi kursus berkenaan; atau b. Memberi Gred F bagi setiap kursus yang didaftarkan pada semester tersebut, atau c. Mengekalkan gred yang diperoleh dalam peperiksaan berkenaan.
3.2
Pelajar yang melanggar peraturan ini juga boleh diambil tindakan tatatertib mengikut peruntukan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 [Akta 30], Kaedah–kaedah Universiti Malaysia Kelantan (Tatatertib Pelajar-Pelajar), 2009 [P.U (A) 232/2009].
3.3
Pensyarah tidak dibenarkan untuk menyemak dan memberikan sebarang markah kepada pelajar yang disyaki terlibat dengan kes tatatertib. Hanya gred TT perlu diberikan kepada pelajar berkenaan.
32
LAMPIRAN IV PERATURAN RAYUAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN 1. Rayuan terhadap keputusan peperiksaan. i)
Pelajar boleh membuat rayuan terhadap keputusan peperiksaan seperti di perenggan (ii) di bawah untuk keputusan tersebut disemak semula. Rayuan hendaklah dibuat dalam tempoh 2 minggu (rujuk perenggan 6.8.1) dari tarikh pengumuman rasmi keputusan peperiksaan. Bagi maksud ini tarikh pengumuman rasmi adalah tarikh di mana keputusan peperiksaan dimaklumkan kepada pelajar oleh Seksyen Peperiksaan mengikut apa-apa kaedah dan/atau saluran yang ditetapkan oleh pihak Universiti.
ii)
Rayuan hendaklah dibuat dalam borang rayuan UMK/A4 yang boleh didapati dari pejabat am Fakulti/Pusat berkenaan. Borang rayuan yang telah diisi hendaklah dikemukakan kepada Dekan Fakulti di mana pelajar mendaftar untuk program pengajiannya bersama dengan resit asal bayaran yang ditetapkan untuk rayuan itu.
2. Kadar bayaran rayuan ialah Ringgit Malaysia Lima Puluh (RM50.00) sahaja bagi satu kursus. Bayaran boleh dibuat di Pejabat Bendahari dalam bentuk wang tunai atau wang pos atau kiriman pos. 3. Bayaran rayuan tidak akan dikembalikan. 4. Borang rayuan tidak akan diterima oleh Pejabat Dekan Fakulti berkenaan sekiranya : i) Dikemukakan selepas tempoh yang dinyatakan dalam perenggan 6.8.1 di atas; atau ii) Borang rayuan tidak diisi dengan lengkap; atau iii) Tidak dikemukakan bersama-sama dengan resit asal bayaran. 5. Apabila sesuatu rayuan diterima, Dekan Fakulti/Pengarah Pusat hendaklah melantik pemeriksa kedua bagi kursus berkenaan. Pemeriksa asal dan pemeriksa kedua yang dilantik hendaklah menyemak semula Skrip Jawapan tersebut termasuk Penilaian Berterusan dan melaporkan hasil semakan semula kepada Jawatankuasa Prasiswazah Fakulti yang kemudiannya akan memutuskan sama ada markah dan gred pelajar yang merayu tersebut dikekalkan atau dipinda. Pemeriksa asal dan pemeriksa kedua yang berkenaan boleh menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Prasiswazah Fakulti sekiranya diperlukan. 6. Keputusan markah dan gred rayuan yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Akademik Fakulti adalah muktamad.
33
LAMPIRAN V CONTOH PENGIRAAN PNGK DAN PNGS Contoh Pengiraan PNGS Semester I Kursus
Markah (%) 78
Gred
UUI 1112
Kredit (k) 2
A-
Nilai Gred (m) 3.67
Jumlah Mata Nilaian (kxm) 7.34
UBE1212
2
72
B+
3.33
6.66
UBA2012
2
80
A
4.00
8.00
USK1111
1
75
A-
3.67
3.67
BFT1114
4
89
A
4.00
16.00
BFT1123
3
78
A-
3.67
11.01
BFT1153
3
82
A
4.00
12.00
17
64.48
PNGS = (Jumlah Mata Nilai Sesuatu Semester/Jumlah Kredit Sesuatu Semester) = 64.68/17 = 3.80
34
Contoh Pengiraan PNGK Semester II Kursus WFT1043 WFT1063
Kredit (k) 3
Markah (%) 86
Gred
3
UKD1011 USK1022 USK1032 WFT1032 UBI1012
A
Nilai Gred (m) 4.0
Jumlah Mata Nilaian (kxm) 12.00
80
A
4.0
12.00
1
86
A
4.0
4.0
2
77
A-
3.67
7.34
2
76
A-
3.67
7.34
2
75
A-
3.67
7.34
2
86
A
4.0
8.00
15
58.02
Jumlah Kredit Kira Semester II
= 15
Jumlah mata nilaian Semester II = 58.02 PNGK = (Jumlah Mata Nilai Semua Semester/Jumlah Kredit Kira Semua Semester) = (64.68 + 58.02) = 122.7 = 3.83 (17 + 15)
32
35