PERATURAN AKADEMIK UiTM (PINDAAN 2013)
Universiti Teknologi MARA
PERATURAN AKADEMIK PROGRAM DIPLOMA DAN SARJANA MUDA
Pindaan 2013 (Bilangan 1)
PENERBITAN BAHAGIAN HAL EHWAL AKADEMIK UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
PERATURAN AKADEMIK UiTM (PINDAAN 2013) MUKADIMAH
Peraturan Akademik Universiti Teknologi MARA (Pindaan 2013) Bilangan 1 Program Diploma dan Sarjana Muda Peraturan Akademik UiTM (Pindaan 2013) ini dikeluarkan setelah semakan semula dan penambahan dibuat ke atas Peraturan Akademik UiTM (Pindaan 2011) Bilangan 1. Semakan semula dan penambahan bertujuan memantapkan peraturan akademik yang digunapakai selaras dengan perubahan semasa dan keperluan masa hadapan. Peraturan Akademik UiTM (Pindaan 2013) Bilangan 1 telah diluluskan oleh mesyuarat Senat Universiti ke-172 pada 29 November 2012 dengan tambahan pada mesyuarat Senat Universiti ke-173 pada 9 Januari 2013 dan mesyuarat Senat Universiti ke-174 pada 6 Febuari 2013. P emakaian buku ini berkuatkuasa bagi pelajar program Diploma dan Sarjana Muda bermula sesi akademik Julai 2013. Kelulusan, penurunan kuasa pelaksanaan dan pengesahan Lembaga Pengarah Universiti (LPU) diperolehi pada mesyuarat LPU ke-133 bertarikh 10 Mei 2013. Peraturan Akademik ini terpakai bagi pelajar Diploma dan Sarjana Muda mod sepenuh masa termasuk program setara sepenuh masa, Pengajian Luar Kampus (PLK), Pengajian Jarak Jauh secara elektronik (e-PJJ) dan Usahasama (PPU). Untuk pelajar-pelajar e-PJJ dan PPU, ia hendaklah dibaca bersama dengan Peraturan Akademik Tambahan untuk Program e-PJJ dan PPU yang terdapat dalam buku ini.
i
PERATURAN AKADEMIK UiTM (PINDAAN 2013)
TANGGUNGJAWAB PELAJAR
Pelajar perlu menyempurnakan tanggungjawab berikut untuk membolehkan Universiti memberikan perkhidmatan yang cekap dan berkesan. 1. Memahami, menghayati dan mematuhi segala peraturan yang digariskan dalam Buku Peraturan Akademik ini. 2. Mengambil tindakan sewajarnya bersesuaian dengan peraturan-peraturan yang digariskan dalam Buku Peraturan Akademik ini iaitu: a) Menyempurnakan semua keperluan akademik seperti yang termaktub dalam kurikulum Program Pengajian yang diikuti di Universiti. b) M embuat pendaftaran kursus dalam tempoh yang ditetapkan. c) M embuat validasi pendaftaran kursus dalam tempoh yang ditetapkan. d) Membayar yuran Universiti mengikut masa dan jumlah yang ditetapkan. e) Menghadiri kuliah/latihan amali/latihan industri/praktikum/klinikal yang ditetapkan oleh Universiti. 3. Mengambil tindakan proaktif untuk mendapatkan panduan dan nasihat daripada pensyarah, Penasihat Akademik Pelajar, staf pentadbiran dan pihak pengurusan Fakulti/Pusat Akademik/UiTM Negeri/UiTM Cawangan sekiranya berhadapan dengan sebarang bentuk permasalahan. 4. Mengambil akauntabiliti sepenuhnya terhadap sebarang kesan ketidakpatuhan terhadap peraturan dan prosedur yang telah ditetapkan.
ii
PERATURAN AKADEMIK UiTM (PINDAAN 2013)
KANDUNGAN Mukadimah
i
Tanggungjawab Pelajar
ii
Kandungan 1.0 1.1 1.2 1.3 1.4 1.5 1.6 1.7 1.8 1.9 1.10 1.11 1.12 1.13 1.14 1.15 1.16 1.17 1.18 1.19 1.20 1.21 1.22 1.23 1.24 1.25 1.26 1.27 1.28 1.29 1.30 1.31 1.32 1.33 1.34 1.35 1.36 1.37 1.38
iii-vi
Pentakrifan Universiti Lembaga Pengarah Universiti Naib Canselor Timbalan Naib Canselor Pendaftar Bendahari Gugusan Fakulti Pengerusi Gugusan Fakulti Fakulti Dekan Timbalan Dekan Pusat Akademik Pengarah Pusat Akademik Staf Akademik UiTM Cawangan Pengarah Kampus Pusat Pengajian Fakulti Pengerusi Pusat Pengajian Fakulti Program Pengajian Program IPT Badan Profesional Pengerusi Program Koordinator Kursus Penasihat Akademik Pelajar Pelan Pengajian Semester Intersesi Kursus Senat Jawatankuasa Akademik Fakulti Jawatankuasa Akademik UiTM Negeri Jawatankuasa Kecil Akademik UiTM Cawangan Jawatankuasa Akademik Kokurikilum Majlis Peperiksaan Universiti Lembaga Tatatertib Pelajar Pelajar Gugur Taraf (GT) Latihan Amali/Industri/Praktikum/Klinikal iii
1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 2 2 2 2 2 2 2 2 2 2 2 3 3 3 3 3 3 4 4 4 5 5 5 5 6
PERATURAN AKADEMIK UiTM (PINDAAN 2013) 1.39 1.40 1.41
1.42 1.43 1.44 1.45 1.46 1.47 1.48 1.49 1.50 1.51 1.52 1.53 1.54 1.55 1.56 1.57 1.58 1.59 1.60 1.61 1.62
1.63
1.64 1.65 1.66 1.67 1.68 1.69 1.70 1.71 1.72 1.73 1.74 1.75
1.76
Tidak Lengkap (TL) Unit Kredit Kurikulum Pengajian 1.41.1 Kursus Universiti 1.41.2 Kursus Teras 1.41.3 Kursus Minor/Elektif Kokurikulum Kemahiran Insaniah Kursus Audit Pra-Syarat Ko-Syarat Pemindahan Kredit Antara IPT Pemindahan Kredit Dalaman Pengecualian Kredit Penilaian Peperiksaan Akhir Peperiksaan Khas Pemeriksa/Penilai Pengawas Peperiksaan Gred Nilai Gred Nilai Kredit Purata Nilai Gred (PNG) Himpunan Purata Nilai Gred (HPNG) Penjanaan Semula Himpunan Purata Nilai Gred (HPNG) Tamat Pengurniaan Akademik 1.62.1 Diploma 1.62.2 Sarjana Muda Pengurniaan Kecemerlangan Akademik 1.63.1 Anugerah Naib Canselor 1.63.2 Anugerah Dekan Penyata Kelayakan Menduduki Peperiksaan Akhir dan Penilaian Penyata Keputusan Penilaian Transkrip Skrol Cuti Khas Tindakan Tatatertib Penangguhan Pengajian Penggantungan Pengajian Penggantungan Sementara Plagiarisme Rayuan Penyemakan Semula Skrip Jawapan Peperiksaan Akhir Mod Pengajian 1.75.1 Mod Sepenuh Masa 1.75.2 Mod Sepenuh Masa Berlanjut (SML) 1.75.3 Mod Separuh Masa Program Penerapan iv
6 6 7 7 7 7 7 7 7 7 7 8 8 8 8 8 8 8 8 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 10 10 10 10 10 10 10 10 10 10 10 10 11 11 11 11 11 11 11
PERATURAN AKADEMIK UiTM (PINDAAN 2013) 1.77
Kampus Tunjang
2.0 2.1 2.2 2.3 2.4
Peraturan dan Prosedur Kemasukan Pelajar Status Pelajar Universiti Gugur Status Sebagai Pelajar Keperluan Akademik 2.4.1 Kurikulum Pengajian 2.4.2 Pra-Syarat dan Ko-Syarat 2.4.3 Pemindahan Kredit Antara IPT 2.4.4 Pemindahan Kredit Dalaman 2.4.5 Pengecualian Kredit Tempoh Pengajian 2.5.1 Program Diploma 2.5.2 Progam Sarjana Muda Mod Pengajian 2.6.1 Jenis Mod Pengajian 2.6.2 Penukaran Mod Pengajian 2.6.3 Mod Pengajian SML Cuti Khas Penangguhan Pengajian Penggantungan Pengajian Pendaftaran Kursus Pindaan Pendaftaran Kursus 2.11.1 Penambahan Kursus 2.11.2 Pengguguran Kursus Pengesahan Pendaftaran Kursus Kehadiran Pelajar Kelayakan Menduduki Peperiksaan Akhir Kebenaran Tidak Menduduki Peperiksaan Akhir Tarikh Peperiksaan Akhir Jadual Peperiksaan Akhir Keputusan Peperiksaan Akhir dan Penilaian Pengiraan Purata Nilai Gred (PNG) dan Himpunan Purata Nilai Gred (HPNG) Status Keputusan Peperiksaan Akhir dan Penilaian Penyata Keputusan Peperiksaan Perlanggaran Kaedah Tatatertib Pelajar Bersabit Dengan Peperiksaan dan Penilaian Peperiksaan Semula Peperiksaan Khas Intersesi Rayuan 2.26.1 Rayuan Penyemakan Semula Peperiksaan Akhir 2.26.2 Rayuan Meneruskan Pengajian Pengurniaan Akademik 2.27.1 Diploma dan Sarjana Muda 2.27.2 Pengkelasan Sarjana Muda 2.27.3 Anugerah Naib Canselor (ANC)
2.5
2.6
2.7 2.8 2.9 2.10 2.11
2.12 2.13 2.14 2.15 2.16 2.17 2.18 2.19 2.20 2.21 2.22 2.23 2.24 2.25 2.26
2.27
11
v
12 13 13 13 13 13 14 14 15 16 16 16 16 16 16 17 17 18 18 18 19 19 19 19 19 20 20 20 21 21 22 22 23 23 24 24 25 26 26 26 28 28 28 28
PERATURAN AKADEMIK UiTM (PINDAAN 2013)
2.28 2.29 2.30
2.27.4 Anugerah Dekan (AD) 2.27.5 Transkrip dan Skrol Pengaktifan Semula Status Sebagai Pelajar Setelah Gugur Taraf (GT) Pertukaran Kampus Pertukaran Program
3.0
Peraturan Akademik Tambahan Untuk Pelajar Program Pengajian Jarak Jauh Secara Elektronik (e-PJJ) dan Program Pengajian Usahasama (PPU)
3.1 3.2
Program Pengajian Jarak Jauh Secara Elektronik (e-PJJ) Program Pengajian Usahasama (PPU)
Senarai Jadual Jadual 1: Komponen Kurikulum Pengajian Jadual 2: Kursus Universiti Bagi Program Diploma Jadual 3: Kursus Universiti Bagi Program Sarjana Muda Jadual 4: Jadual Nilai Gred Jadual 5: Anugerah Naib Canselor Jadual 6: Pengkelasan Sarjana Muda Jadual 7: Kadar Pemulangan Yuran Pelajar UiTM Yang Memohon Bercuti atau Berhenti dari Universiti
vi
28 29 29 30 30
313 324
35 35 35 36 36 37 37
PERATURAN AKADEMIK UiTM (PINDAAN 2013)
1.1
PENTAKRIFAN
1.1
Universiti Universiti bermaksud Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang ditubuhkan di bawah Akta Universiti Teknologi MARA 1976 (Akta 173) Pindaan 2006.
1.2
Lembaga Pengarah Universiti Lembaga Pengarah Universiti terdiri dari ahli yang dilantik oleh Menteri di bawah Seksyen 13 Akta 173.
1.3
Naib Canselor Naib Canselor dilantik oleh Menteri sebagai Ketua Eksekutif Universiti di bawah Seksyen 20 Akta 173.
1.4
Timbalan Naib Canselor Timbalan Naib Canselor dilantik oleh Menteri di bawah Seksyen 20 (7A) Akta 173.
1.5
Pendaftar Pendaftar ialah pegawai utama Pejabat Pendaftar Universiti yang dilantik oleh Lembaga Pengarah Universiti di bawah Seksyen 21 Akta 173.
1.6
Bendahari Bendahari ialah pegawai utama kewangan universiti yang dilantik oleh Lembaga Pengarah Universiti di bawah Seksyen 22 Akta 173.
1.7
Gugusan Fakulti Gugusan Fakulti ialah kumpulan Fakulti di Universiti mengikut tiga (3) bidang ilmu iaitu Sains dan Teknologi; Perniagaan dan Pengurusan; dan Sains Sosial dan Kemanusiaan.
1.8
Pengerusi Gugusan Fakulti Pengerusi Gugusan Fakulti ialah individu yang dilantik oleh Naib Canselor untuk mengetuai Gugusan Fakulti.
1.9
Fakulti Fakulti bermaksud mana-mana entiti akademik yang ditubuhkan di bawah Seksyen 8(1) Akta 173.
1.10
Dekan Dekan ialah staf akademik yang dilantik oleh Naib Canselor untuk mengetuai sesebuah Fakulti/Pusat Akademik di bawah Seksyen 8(2) Akta 173.
1.11
Timbalan Dekan Timbalan Dekan ialah staf akademik yang dilantik oleh Naib membantu tugas-tugas Dekan sesebuah Fakulti/Pusat Akademik.
Canselor untuk
1.12
Pusat Akademik Pusat Akademik ialah Institut, Akademi atau Pusat yang ditubuhkan di bawah Seksyen 8(1) Akta 173.
1.13
Pengarah Pusat Akademik Pengarah Pusat Akademik ialah staf akademik yang dilantik oleh Naib Canselor untuk mengetuai sesebuah Pusat Akademik di bawah Seksyen 8(2) Akta 173. 1
PERATURAN AKADEMIK UiTM (PINDAAN 2013) 1.14
Staf Akademik Staf Akademik ialah tenaga pengajar yang dilantik oleh pihak berkuasa melantik Universiti, termasuklah profesor, profesor madya, pensyarah kanan, pensyarah, pensyarah muda, penolong pensyarah, dan juga individu lain yang diguna khidmat mengajar di Universiti.
1.15
UiTM Cawangan 1.15.1 UiTM Cawangan ialah cawangan Universiti yang ditubuhkan di bawah Seksyen 7(1) Akta 173. 1.15.2 UiTM Negeri ialah cawangan Universiti yang berstatus kampus autonomi.
1.16
Rektor Kampus Rektor Kampus ialah staf akademik yang dilantik oleh Menteri sebagai Ketua Pentadbiran dan Akademik UiTM Negeri/ UiTM Cawangan di bawah Seksyen 7(2) Akta 173.
1.17
Pusat Pengajian Fakulti Pusat Pengajian Fakulti ialah Pusat Pengajian yang ditubuhkan di peringkat fakulti oleh Universiti.
1.18
Ketua Pusat Pengajian Fakulti Ketua Pusat Pengajian Fakulti ialah staf akademik yang dilantik oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) untuk mengetuai sesebuah Pusat Pengajian Fakulti/UiTM Negeri.
1.19
Program Pengajian Program Pengajian ialah program akademik yang telah ditetapkan oleh Universiti bagi penganugerahan Diploma/Sarjana Muda.
1.20
Program IPT Program IPT ialah program akademik yang telah ditetapkan oleh IPT selain Universiti bagi penganugerahan Diploma/Sarjana Muda yang diiktiraf mengikut ketetapan Kementerian Pelajaran dan Pengajian Tinggi Malaysia.
1.21
Badan Profesional Organisasi Profesional yang mempunyai Akta dan memberi pengiktirafan Program Pengajian dalam bidang-bidang berkenaan.
1.22
Pengerusi Program Pengerusi Program ialah staf akademik yang dilantik oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) untuk mengetuai sesebuah Program di Fakulti atau di Kampus Tunjang.
1.23
Koordinator Kursus Koordinator Kursus ialah staf akademik yang dilantik oleh Dekan/Rektor/Pengarah Pusat Akademik untuk menyelaras sesuatu kursus.
1.24
Penasihat Akademik Pelajar Penasihat Akademik Pelajar ialah staf akademik yang dilantik oleh Dekan/Rektor untuk menjalankan tugas membimbing pelajar dalam hal ehwal akademik sepanjang pengajian.
2
PERATURAN AKADEMIK UiTM (PINDAAN 2013) 1.25
Pelan Pengajian Pelan Pengajian ialah komponen kurikulum dan tempoh pengajian yang mengandungi kursus-kursus yang ditetapkan untuk tujuan penganugerahan Diploma/Sarjana Muda.
1.26
Semester Semester ialah sesi pengajian yang ditetapkan oleh Universiti seperti yang telah digariskan oleh Kementerian.
1.27
Intersesi Intersesi ialah satu (1) sesi pengajian pendek yang diadakan antara dua semester, kebiasaannya pada bulan Mei - Julai setiap tahun.
1.28
Kursus Kursus ialah mata pelajaran atau semua bentuk latihan yang tersenarai dalam pelan pengajian bagi sesuatu Program Pengajian.
1.29
Senat Senat ialah Senat Universiti yang ditubuhkan di bawah Seksyen 16A Akta 173 untuk menasihati Lembaga Pengarah Universiti tentang segala perkara akademik Universiti. Keanggotaan Senat terdiri dari: • • • • • •
• • 1.30
Naib Canselor Timbalan Naib Canselor Semua Timbalan Naib Canselor Semua Dekan/Pengarah Pusat Akademik Tiga (3) wakil Rektor yang dilantik oleh Naib Canselor Tiga (3) anggota kanan kakitangan akademik Universiti yang dilantik oleh Lembaga Pengarah Universiti bagi tempoh dua (2) tahun di bawah peraturan Seksyen 16A(2)(e) Pendaftar Bahagian Hal Ehwal Akademik
− − − − −
Pengerusi Pengerusi Ganti Ahli Ahli Ahli
− Ahli
− Setiausaha − Urusetia
Jawatankuasa Akademik Fakulti Jawatankuasa Akademik Fakulti ialah badan yang bertanggungjawab dalam hal ehwal akademik di Fakulti termasuk Program Pengajian yang dijalankan di UiTM Negeri/UiTM Cawangan. Keanggotaan Jawatankuasa Akademik Fakulti terdiri daripada: • • • • •
Dekan Semua Timbalan Dekan Ketua Pusat Pengajian Profesor (tidak melebihi tiga (3) orang dilantik oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) bagi tempoh dua (2) tahun) Profesor Madya/Pensyarah (tidak melebihi empat (4) orang dilantik oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) bagi tempoh dua (2) 3
− − − −
Pengerusi Ahli Ahli Ahli
− Ahli
PERATURAN AKADEMIK UiTM (PINDAAN 2013)
• • • 1.31
tahun) Koordinator dilantik oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) (jika perlu) Timbalan Pendaftar Kanan/Timbalan Pendaftar/Penolong Pendaftar Kanan (manamana yang tertinggi) Pejabat Akademik Fakulti
− Ahli − Setiausaha − Urusetia
Jawatankuasa Akademik UiTM Negeri Jawatankuasa Akademik UiTM Negeri ialah badan yang bertanggungjawab dalam hal ehwal akademik di UiTM Negeri. Keanggotaan Jawatankuasa Akademik UiTM Negeri terdiri daripada: • • • • • • •
1.32
Rektor Semua Timbalan Rektor dan Penolong Rektor Pengerusi Pusat Pengajian Profesor (tidak melebihi tiga (3) orang dilantik oleh Rektor bagi tempoh dua (2) tahun) Profesor Madya/Pensyarah (tidak melebihi tiga (3) orang dilantik oleh Rektor bagi tempoh dua (2) tahun) Timbalan Pendaftar Kanan/Timbalan Pendaftar/Penolong Pendaftar (Pentadbiran) (mana-mana yang tertinggi) Pejabat Akademik UiTM Negeri
− − − −
Pengerusi Ahli Ahli Ahli
− Ahli − Setiausaha − Urusetia
Jawatankuasa Kecil Akademik UiTM Cawangan Jawatankuasa Kecil Akademik UiTM Cawangan ialah bertanggungjawab dalam hal ehwal akademik di UiTM Cawangan.
badan
yang
Keanggotaan Jawatankuasa Kecil Akademik UiTM Cawangan terdiri daripada: • • • •
• • • 1.33
Rektor Semua Timbalan Rektor dan Penolong Rektor Pengerusi Pusat Pengajian Profesor/Profesor Madya (tidak melebihi tiga (3) orang dilantik oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) bagi tempoh dua (2) tahun) Pensyarah (tidak melebihi tiga (3) orang dilantik oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) bagi tempoh dua (2) tahun) Timbalan Pendaftar Kanan/Timbalan Pendaftar/Penolong Pendaftar Kanan (manamana yang tertinggi) Pejabat Akademik UiTM Cawangan
− − − −
Pengerusi Ahli Ahli Ahli
− Ahli − Setiausaha − Urusetia
Jawatankuasa Akademik Kokurikulum Jawatankuasa Akademik Kokurikulum ialah badan yang bertanggungjawab dalam hal ehwal kokurikulum di Pusat Kokurikulum. Keanggotaan Jawatankuasa Akademik Kokurikulum terdiri daripada: 4
PERATURAN AKADEMIK UiTM (PINDAAN 2013) • • • •
•
• • 1.34
Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) Pengarah Pembangunan Akademik Pengarah Pembangunan Pelajar Tiga (3) orang Timbalan Dekan (Hal Ehwal Pelajar) mengikut Gugusan yang dilantk oleh Timbalan Naib Canselor (Akadmik & Antarabangsa) untuk tempoh dua (2) tahun Empat (4) Timbalan Rektor (Hal Ehwal Pelajar) Kampus Negeri/Cawangan yang dilantik oleh Timbalan Naib Canselor (Akademk & Antarabangsa) untuk tempoh dua (2) tahun mengikut zon seperti berikut: i. Zon Utara ii. Zon Selatan iii. Zon Pantai Timur, dan iv. Zon Malaysia Timur Pengarah Pusat Kokurikulum Pusat Kokurikulum
− − − −
Pengerusi Ahli Ahli Ahli
− Ahli
− Setiausaha − Urusetia
Majlis Peperiksaan Universiti Majlis Peperiksaan Universiti ialah badan yang bertanggungjawab untuk meneliti dan mengesahkan keputusan akhir pelajar sebelum dimajukan kepada Senat Universiti untuk pemakluman. Keanggotaan Majlis Peperiksaan Universiti terdiri daripada: • • • • • • •
Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) Timbalan Naib Canselor Empat (4) Ahli Senat yang dilantik oleh Pengerusi Senat bagi tempoh dua (2) tahun Pengarah Pembangunan Akademik Dekan Fakulti/Pusat Akademik, Pengarah Pusat Akademik, Pengarah Pusat Kokurikulum, Rektor UiTM Negeri, Pengarah Hal Ehwal Kurikulum Pengarah Peperiksaan Bahagian Hal Ehwal Peperiksaan
− Pengerusi − Pengerusi Ganti − Ahli − Ahli − Ahli Tetap Turut Hadir − Setiausaha − Urusetia
1.35
Lembaga Tatatertib Pelajar Lembaga Tatatertib Pelajar ialah Lembaga yang ditubuhkan di bawah Seksyen 5(1) Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976 (Akta 174) untuk membicarakan kes tatatertib pelajar.
1.36
Pelajar Pelajar ialah individu yang mendaftar dengan Universiti untuk mengikuti Program Pengajian yang ditawarkan setelah membayar yuran pengajian dan mendaftar kursus.
1.37
Gugur Taraf (GT) Status yang diberikan kepada pelajar yang gagal mendaftar kursus dan membayar yuran pengajian dalam tempoh yang ditetapkan pada setiap semester.
5
PERATURAN AKADEMIK UiTM (PINDAAN 2013) 1.38
Latihan Amali/Industri/Praktikum/Klinikal Latihan Amali/Industri/Praktikum/Klinikal ialah aktiviti pembelajaran luar kuliah yang ditetapkan oleh Universiti untuk memenuhi salah satu syarat penganugerahan Diploma atau Sarjana Muda bagi memberi pendedahan kepada pelajar dalam suasana sebenar alam pekerjaan.
1.39
Tidak Lengkap (TL) Status kursus berbentuk projek ilmiah/latihan amali/praktikum/industri/klinikal yang tidak dapat dilengkapkan dalam semester yang ditetapkan.
1.40
Unit Kredit Nilai beban bagi satu (1) unit kredit adalah bersamaan dengan empat puluh (40) jam belajar pelajar selama satu semester pengajian (14 minggu). Aktiviti pembelajaran pelajar yang dikira sebagai satu nilai nominal diperolehi dari: 1.40.1 Satu (1) jam pertemuan rasmi secara kuliah (perkuliahan berjadual) setiap minggu untuk tempoh empat belas (14) minggu belajar Dan/Atau 1.40.2 Dua (2) atau tiga (3) jam aktiviti pembelajaran berjadual/berpandu seperti: 1.40.2.1 1.40.2.2 1.40.2.3 1.40.2.4 1.40.2.5 1.40.2.6
seminar tutorial/latihan kerja makmal kerja lapangan/padang kerja studio menyiapkan projek
setiap minggu untuk tempoh empat belas (14) minggu, di mana pelajar diselia semasa menyiapkan tugasan dalam tempoh yang dijadualkan; Dan/Atau 1.40.3 Dua (2) minggu latihan industri Dan/Atau 1.40.4 Enam (6) jam latihan mengajar Dan/Atau 1.40.5 Gabungan sebahagian dari mana-mana komponen di atas untuk membentuk jam belajar pelajar setara dengan empat puluh (40) jam nilai nominal setiap semester untuk menjadikan beban akademik bersamaan dengan satu (1) unit kredit. 1.40.6 Unit kredit adalah minimum 90 unit sebagai keperluan bagi memenuhi syarat penganugerahan Diploma. Unit kredit adalah minimum 120 unit sebagai keperluan bagi memenuhi syarat penganugerahan Sarjana Muda. Bagi program yang memerlukan pengiktirafan Badan Profesional, bilangan Unit Kredit adalah tertakluk kepada syarat yang ditetapkan oleh Badan Profesional tersebut. 6
PERATURAN AKADEMIK UiTM (PINDAAN 2013) 1.41
Kurikulum Pengajian Kurikulum Pengajian UiTM (sila rujuk Jadual 1 - Jadual 3) adalah merangkumi komponen berikut: 1.41.1 Kursus Universiti Kursus Universiti ialah kursus yang ditetapkan oleh Universiti sebagai keperluan bagi memenuhi syarat penganugerahan Diploma atau Sarjana Muda. 1.41.2 Kursus Teras Kursus Teras merangkumi Kursus Fakulti dan Kursus Program. 1.41.2.1 Kursus Fakulti Kursus Fakulti ialah senarai kursus asas yang ditetapkan oleh fakulti sebagai keperluan untuk memenuhi syarat penganugerahan Diploma atau Sarjana Muda. 1.41.2.2 Kursus Program Kursus Program ialah senarai kursus utama yang ditetapkan oleh fakulti sebagai keperluan untuk memenuhi syarat penganugerahan Diploma atau Sarjana Muda. 1.41.3 Kursus Minor/Elektif 1.41.3.1 Minor Pakej Minor ialah set kursus yang ditetapkan oleh fakulti sebagai keperluan bagi memenuhi syarat mendapatkan status minor dalam program Sarjana Muda. Pakej ini boleh diambil dari mana- mana program Sarjana Muda Universiti. 1.41.3.2 Elektif Kursus elektif ialah kursus pilihan bagi Program Pengajian. Kursus ini boleh diambil dari mana-mana Program Pengajian.
1.42
Kokurikulum Kokurikulum ialah kursus Universiti yang dijalankan untuk memupuk Kemahiran Insaniah pelajar seperti yang telah ditetapkan oleh Universiti bagi memenuhi salah satu syarat penganugerahan Diploma atau Sarjana Muda.
1.43
Kemahiran Insaniah Kemahiran Insaniah ialah kemahiran generik yang perlu dipupuk dalam pelajar yang berkait dengan keusahawanan, kepimpinan, komunikasi, pemikiran kritis, keupayaan menyelesaikan masalah, inovatif, kreatif serta kerjasama berpasukan.
1.44
Kursus Audit Kursus Audit ialah kursus yang diikuti oleh pelajar tetapi tidak menyumbang kepada pengumpulan unit kredit.
1.45
Pra-syarat Pra-syarat ialah kursus yang ditentukan oleh Fakulti/Pusat Akademik yang perlu disempurnakan/lulus untuk membolehkan pelajar mengambil kursus di peringkat seterusnya.
7
PERATURAN AKADEMIK UiTM (PINDAAN 2013) 1.46
Ko-syarat Ko-syarat ialah kursus yang ditentukan oleh Fakulti/Pusat Akademik yang perlu diambil serentak dengan kursus yang lain dalam semester yang sama.
1.47
Pemindahan Kredit Antara IPT Jumlah kredit bagi kursus setara yang diperolehi oleh pelajar Universiti daripada sesuatu Program IPT setelah dipersetujui oleh Universiti.
1.48
Pemindahan Kredit Dalaman Pemindahan Kredit Dalaman ialah untuk pelajar Diploma dan Sarjana Muda yang diluluskan pertukaran program dalam tahap yang sama di mana semua gred kursus yang mempunyai kod yang sama atau setara daripada Program Pengajian asal dipindahkan kepada Program Pengajian baru.
1.49
Pengecualian Kredit 1.49.1 Jumlah kredit yang dikecualikan kepada pelajar berdasarkan pencapaian kursus dalam satu Program Pengajian/Program IPT yang telah disempurnakan dan berstatus tamat sebelum mengikuti mana-mana Program Pengajian bertaraf lebih tinggi/setara di Universiti. 1.49.2 Jumlah kredit yang dikecualikan kepada pelajar lepasan Diploma semester 03 yang berjaya mengikuti Program Penerapan ke Sarjana Muda berdasarkan pencapaian kursus dalam program Diploma.
1.50
Penilaian Penilaian ialah pengukuran terhadap pencapaian pelajar sama ada dalam bentuk ujian bertulis, kerja-kerja makmal, bengkel, studio, medan, teknikal, projek, latihan ilmiah, latihan amali, latihan industri, praktikum, klinikal dan sebagainya.
1.51
Peperiksaan Akhir Peperiksaan Akhir ialah penilaian bertulis bagi sesuatu kursus yang dijalankan pada penghujung setiap semester.
1.52
Peperiksaan Khas Peperiksaan Khas ialah ujian bertulis bagi kursus-kursus yang diambil secara ulangan oleh pelajar bergraduat yang gagal atau tidak menduduki peperiksaan akhir dengan kebenaran untuk membolehkan mereka menamatkan pengajian.
1.53
Pemeriksa/Penilai Pemeriksa/Penilai ialah staf akademik yang bertanggungjawab menjalankan sebahagian atau semua tugas penilaian dan peperiksaan bagi sesuatu tempoh termasuk: 1.53.1 menentukan kaedah dan kualiti penilaian, 1.53.2 menyediakan kertas soalan, menyediakan skema jawapan dan memeriksa kertas jawapan, dan 1.53.3 menilai prestasi pelajar mengikut keperluan sesuatu kursus dan memberi gred.
1.54
Pengawas Peperiksaan Pengawas Peperiksaan ialah staf akademik atau pegawai atau pembantu 8
PERATURAN AKADEMIK UiTM (PINDAAN 2013) peperiksaan yang ditugaskan untuk mengawasi perjalanan sesuatu peperiksaan mengikut peraturan peperiksaan yang telah ditetapkan oleh Universiti. 1.55
Gred Gred ialah suatu nilai dalam bentuk abjad bagi menunjukkan prestasi pelajar dalam sesuatu kursus (sila rujuk Jadual 4).
1.56
Nilai Gred Nilai Gred ialah suatu nilai dalam bentuk angka bagi menunjukkan prestasi pelajar dalam sesuatu kursus (sila rujuk Jadual 4).
1.57
Nilai Kredit Nilai Kredit ialah angka hasil pendaraban nilai gred dengan unit kredit. Nilai Kredit = (Nilai Gred) x (Unit Kredit)
1.58
Purata Nilai Gred (PNG) Purata Nilai Gred ialah sesuatu nilai pencapaian seseorang pelajar pada sesuatu semester yang dikira seperti berikut: PNG=
1.59
Jumlah nilai kredit yang diperolehi di sesuatu semester Jumlah unit kredit yang didaftarkan dalam semester yang sama
Himpunan Purata Nilai Gred (HPNG) Himpunan Purata Nilai Gred ialah purata nilai gred yang diperolehi oleh seseorang pelajar dalam semua peperiksaan yang telah diambil dan dikira seperti berikut: HPNG=
1.60
Jumlah nilai kredit yang diperolehi di semua semester Jumlah unit kredit yang terkumpul dalam semua semester
Penjanaan Semula Himpunan Purata Nilai Gred (HPNG) HPNG yang dijana semula ialah nilai HPNG yang hanya mengambil kira kursuskursus yang diperolehi/lulus sahaja bagi pelajar yang telah lulus semua kursus yang disyaratkan untuk bergraduat. Ia dikira seperti berikut: HPNG=
Jumlah nilai kredit yang diperolehi di semua semester Jumlah unit kredit yang terkumpul dalam semua semester
1.61
Tamat Tamat ialah status yang diberi kepada pelajar setelah menyempurnakan dan lulus semua keperluan akademik serta memenuhi semua syarat yang telah ditetapkan oleh Universiti.
1.62
Pengurniaan Akademik 1.62.1 Diploma Diploma ialah penganugerahan kepada pelajar yang memenuhi keperluan program peringkat diploma dan syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Universiti setelah mendapat perakuan Senat. 1.62.2 Sarjana Muda Sarjana Muda ialah penganugerahan kepada pelajar yang memenuhi keperluan program peringkat Sarjana Muda dan syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Universiti setelah mendapat perakuan Senat. 9
PERATURAN AKADEMIK UiTM (PINDAAN 2013)
1.63
Pengurniaan Kecemerlangan Akademik 1.63.1 Anugerah Naib Canselor Anugerah Naib Canselor ialah anugerah kepujian kepada pelajar yang telah menamatkan pengajian dengan memperolehi Anugerah Dekan pada setiap semester sepanjang tempoh pengajian di Universiti, tidak termasuk semester latihan amali/industri/praktirum/klinikal. 1.63.2 Anugerah Dekan Anugerah Dekan ialah anugerah kepujian kepada pelajar yang memperolehi PNG minimum 3.50 bagi sekurang-kurangnya 12 unit kredit atau mengikut jumlah unit kredit sebenar dalam pelan pengajian semasa, yang mana lebih rendah, tidak termasuk kursus berbentuk Lulus/Gagal pada sesuatu semester.
1.64
Penyata Kelayakan Menduduki Peperiksaan Akhir dan Penilaian Penyata Kelayakan Menduduki Peperiksaan Akhir dan Penilaian ialah satu penyata yang menyenaraikan semua kursus yang telah terdaftar untuk membolehkan pelajar mengambil peperiksaan akhir/dinilai pada sesuatu semester.
1.65
Penyata Keputusan Penilaian Penyata Keputusan Penilaian ialah satu penyata yang menyenaraikan maklumat terperinci keputusan penilaian bagi sesuatu semester.
1.66
Transkrip Transkrip ialah penyata rasmi yang menyenaraikan keputusan penilaian terperinci sepanjang tempoh pengajian pelajar yang dikeluarkan oleh Universiti.
1.67
Skrol Skrol ialah dokumen rasmi yang dikeluarkan oleh Universiti mengesahkan pengurniaan Diploma/Sarjana Muda.
1.68
Cuti Khas Cuti Khas ialah cuti yang dipohon oleh pelajar untuk menangguh pengajian atas sebab-sebab tertentu.
1.69
Tindakan Tatatertib Tindakan Tatatertib ialah hukuman yang dijatuhkan oleh Lembaga Tatatertib Universiti ke atas pelajar yang melanggar Kaedah-Kaedah Institusi Pelajaran (Tatatertib Pelajar-Pelajar) 1976 (Akta 174).
1.70
Penangguhan Pengajian Penangguhan Pengajian ialah penangguhan yang diberi kepada pelajar atas persetujuan Universiti berdasarkan sebab-sebab tertentu.
1.71
Penggantungan Pengajian Penggantungan Pengajian ialah hukuman oleh Lembaga Tatatertib Universiti yang mengakibatkan pelajar tidak dibenarkan meneruskan pengajian dalam tempoh yang ditetapkan.
1.72
Penggantungan Sementara Penggantungan Sementara ialah status yang diberikan kepada: 10
PERATURAN AKADEMIK UiTM (PINDAAN 2013)
1.72.1 Pelajar yang gagal menghadiri perbicaraan Lembaga Tatatertib Universiti bagi sesuatu kesalahan tatatertib setelah diberitahu secara lisan dan bertulis. 1.72.2 Pelajar yang gagal membayar denda/pampasan yang ditetapkan Lembaga Tatatertib Universiti mengikut tempoh yang ditetapkan. 1.73
Plagiarisme Plagiarisme ialah peniruan hasil kerja dan/atau pendapat orang lain sama ada menerusi bahan bercetak atau elektronik tanpa mengiktiraf atau membuat pengakuan akan sumbernya. Garis panduan rasmi Universiti ialah dokumen Pencegahan Plagiarisme, Panduan Untuk Pelajar.
1.74
Rayuan Penyemakan Semula Skrip Jawapan Peperiksaan Akhir Proses penyemakan semula terhadap keputusan peperiksaan bagi sesuatu kursus yang mempunyai peperiksaan akhir.
1.75
Mod Pengajian Jenis pengajian yang ditawarkan oleh Universiti berdasarkan tempoh pengajian: 1.75.1 Mod Sepenuh Masa Mod Sepenuh Masa memerlukan pelajar mengikuti dan menamatkan Program Pengajian dalam tempoh yang ditetapkan oleh Universiti (sila rujuk Perkara 2.5). 1.75.2 Mod Sepenuh Masa Berlanjut (SML) Mod Sepenuh Masa Berlanjut (SML) diberi kepada pelajar sepenuh masa yang telah melebihi tempoh pengajian yang ditetapkan dalam Pelan Pengajian di mana pelajar dikenakan kadar yuran dan tempoh pengajian separuh masa. 1.75.3 Mod Separuh Masa Mod Separuh Masa memerlukan pelajar mengikuti dan menamatkan Program Pengajian Luar Kampus (PLK) atau Pengajian Jarak Jauh secara Elektronik (e-PJJ) yang mempunyai kandungan kurikulum yang sama dengan Mod Sepenuh Masa dalam tempoh pengajian yang lebih panjang.
1.76
Program Penerapan Program Penerapan ditawarkan kepada pelajar cemerlang lulusan Diploma semester 03 untuk terus mengikuti program Sarjana Muda dalam bidang yang sama tanpa menamatkan program Diploma tersebut. Kelayakan memohon dan menyertai program penerapan adalah berdasarkan syarat-syarat yang ditetapkan oleh Universiti.
1.77
Kampus Tunjang Kampus Tunjang ialah kampus/fakulti yang diberikan tanggungjawab untuk mengetuai segala perkara berkaitan pembangunan sesuatu program akademik dari segi struktur program, kurikulum dan penilaian.
11
PERATURAN AKADEMIK UiTM (PINDAAN 2013) 2.0
PERATURAN DAN PROSEDUR
2.1
KEMASUKAN PELAJAR 2.1.1 Syarat dan kelayakan masuk bagi program Diploma dan Sarjana Muda ditentukan oleh Jawatankuasa Akademik Fakulti/Pusat Akademik dengan kelulusan Senat. 2.1.2
Pemilihan Pelajar 2.1.2.1 Pemilihan pelajar untuk kemasukan ke Program Pengajian diperakukan oleh Fakulti/Pusat Akademik. 2.1.2.2 Pemilihan pelajar untuk kemasukan ke program Pengajian Luar Kampus (PLK) diperakukan oleh Fakulti/Pusat Akademik. 2.1.2.3 Pemilihan pelajar untuk kemasukan ke Program Pengajian Jarak Jauh (e-PJJ)/Usahasama (PPU) diperakukan oleh Pengarah Institut Pendidikan Neo (iNED).
2.1.3 Calon yang memohon kemasukan ke program Sarjana Muda mestilah menduduki Malaysian University English Test (MUET) dan mencapai tahap yang ditetapkan oleh Universiti. Pelajar-pelajar antarabangsa mestilah mempunyai kelulusan TOEFL atau IELTS dengan tahap yang ditetapkan oleh Universiti. 2.1.4 Tawaran kemasukan untuk pelajar sepenuh masa dan PLK dikeluarkan oleh Bahagian Pengambilan Pelajar dan ianya sah untuk semester berkenaan sahaja. Tawaran kemasukan untuk pelajar separuh masa dikeluarkan oleh iNED. 2.1.5 Kemasukan pelajar baru bagi semua Program Pengajian adalah pada permulaan semester pengajian. 2.1.6 Pelajar tidak dibenarkan mendaftar lebih dari satu Program Pengajian pada suatu masa yang sama. 2.1.7
Pelajar sepenuh masa berikut tidak dibenarkan dan tidak akan dipertimbangkan permohon kemasukan semula pengajian pada taraf yang sama mana-mana program universiti: 2.1.7.1 Pelajar berstatus gagal dan diberhentikan/gugur taraf, Program Pra-Diploma. 2.1.7.2 Pelajar berstatus gagal dan diberhentikan/gugur taraf, Program Diploma. 2.1.7.3 Pelajar berstatus gagal dan diberhentikan/gugur taraf, Program Sarjana Muda.
2.1.8 Pelajar yang diberhentikan atas tindakan tatatertib tidak dibenarkan memohon kemasukan semula ke mana-mana program Universiti. 2.1.9 Pelajar yang menarik diri dari Universiti boleh memohon semula bagi kemasukan ke Program Pengajian yang lain. 12
PERATURAN AKADEMIK UiTM (PINDAAN 2013) 2.2
STATUS PELAJAR UNIVERSITI 2.2.1
Status pelajar Universiti tertakluk kepada syarat-syarat berikut: 2.2.1.1 Mendaftar sebagai pelajar dengan Universiti untuk mengikuti Program Pengajian pada tarikh pendaftaran rasmi yang ditetapkan, 2.2.1.2 Menjelaskan yuran pengajian tidak lewat dari tarikh pendaftaran rasmi yang ditetapkan, dan 2.2.1.3 Mendaftar kursus yang ditetapkan dalam Pelan Pengajian untuk semester berkenaan dalam tempoh yang ditetapkan.
2.2.2 Bayaran pemprosesan sebanyak RM100.00 akan dikenakan kepada pelajar yang mendaftar dan menjelaskan yuran pengajian lewat dari tarikh pendaftaran rasmi tanpa kebenaran Universiti. 2.2.3 Pelajar yang telah memenuhi syarat Perkara 2.2.1 dan memohon menarik diri dalam tempoh 30 hari dari tarikh pendaftaran rasmi dibolehkan memohon pemulangan yuran pengajian dan perkhidmatan. Sila rujuk Jadual 7, Kadar Pemulangan Yuran Pelajar UiTM Yang Memohon Bercuti atau Berhenti dari Universiti (rujuk JKP178). 2.3
GUGUR STATUS SEBAGAI PELAJAR Pelajar akan diberikan status Gugur Taraf (GT) sekiranya tidak mematuhi Perkara 2.2.1.
2.4
KEPERLUAN AKADEMIK Pelajar Diploma/Sarjana Muda dikehendaki memenuhi semua keperluan akademik berikut: 2.4.1
Kurikulum Pengajian Pelajar dikehendaki mendaftar dan lulus semua kursus dalam komponen berikut: 2.4.1.1 Kursus Universiti 2.4.1.2 Kursus Teras 2.4.1.3 Kursus Minor dan/atau Elektif (Sila rujuk Jadual 1 - Jadual 3)
2.4.2 Pra-syarat dan Ko-syarat 2.4.2.1 Fakulti mengenalpasti dan menetapkan kursus pra-syarat dalam program yang ditawarkan (jika berkaitan). 2.4.2.2 Fakulti mengenalpasti dan menetapkan kursus ko-syarat dalam program yang ditawarkan (jika berkaitan). 13
PERATURAN AKADEMIK UiTM (PINDAAN 2013) 2.4.3
Pemindahan Kredit Antara IPT Pemindahan kredit antara IPT boleh dipohon melalui program pertukaran pelajar antara IPT. 2.4.3.1 Pelajar yang ingin memohon menyertai program pertukaran pelajar antara IPT perlulah mencapai HPNG sekurang-kurangnya 3.00. 2.4.3.2 Permohonan untuk program pertukaran pelajar antara IPT boleh dikemukakan menggunakan Borang Permohonan Pertukaran Pelajar Antara IPT. 2.4.3.3 Bagi setiap permohonan program pertukaran pelajar antara IPT yang diluluskan, pelajar perlu mendaftar dan membayar yuran pengekalan status sebagai pelajar Universiti sepanjang mengikuti kursus di IPT lain yang dipohon. 2.4.3.4 Permohonan untuk pemindahan kredit boleh dikemukakan menggunakan Borang HEA/RA/PD-2007-1[Pemindahan Kredit Antara IPT] setelah memenuhi syarat pemindahan kredit iaitu mendapat sekurang-kurangnya gred C atau mata gred 2.00 dan jumlah jam kredit yang dipindahkan tidak melebihi dari satu pertiga (1/3) jumlah kredit program yang diikuti di Universiti. 2.4.3.5 Jumlah maksimum unit kredit untuk dipindahkan tidak melebihi satu pertiga (1/3) jumlah unit kredit bagi Program Pengajian yang sedang diikuti. 2.4.3.6 Unit kredit, gred dan nilai gred kursus yang diperolehi akan dimasukkan dalam pengiraan PNG dan HPNG. 2.4.3.7 Kelulusan pertukaran pelajar dan pemindahan kredit akan diputuskan oleh Jawatankuasa Akademik Fakulti/Pusat Akademik/UiTM Negeri atau Jawatankuasa Kecil Akademik UiTM Cawangan yang mengendalikan kursus berkaitan.
2.4.4
Pemindahan Kredit Dalaman Pemindahan Kredit Dalaman hendaklah dipohon bersekali dengan permohonan pertukaran program menggunakan Borang HEA/RA/ITC2007-1 [Pemindahan Kredit Dalaman]. 2.4.4.1 Semua gred kursus yang diperolehi pada Program Pengajian asal yang mempunyai kod kursus yang sama atau setara akan dipindahkan kepada Program Pengajian baru. 2.4.4.2 Pemindahan gred mengambil kira semua gred lulus dan gagal, termasuk gred FD, XX, YY dan ZZ. 2.4.4.3 Semua gred yang dipindahkan akan digunakan untuk pengiraan PNG dan HPNG pelajar pada Program Pengajian baru. 2.4.4.4 Jumlah maksimum unit kredit untuk dipindahkan tidak melebihi satu 14
PERATURAN AKADEMIK UiTM (PINDAAN 2013) pertiga (1/3) jumlah unit kredit bagi Program Pengajian yang sedang diikuti. 2.4.4.5 Tidak dibenarkan untuk pelajar yang telah berjaya memasuki program lain setelah berhenti atau diberikan status gagal dan diberhentikan dari satu program di UiTM. 2.4.4.6 Kelulusan permohonan dipertimbangkan oleh Jawatankuasa Akademik Fakulti/Pusat Akademik/UiTM Negeri atau Jawatankuasa Kecil Akademik UiTM Cawangan. 2.4.5
Pengecualian Kredit Pelajar boleh memohon pengecualian kredit untuk sesuatu kursus mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh Universiti. 2.4.5.1 Syarat pengecualian kredit: a) Pelajar yang gagal/tidak tamat/diberhentikan dari mana-mana Program Pengajian/Program IPT tidak layak diberi pengecualian kredit. b) Jumlah maksimum unit kredit untuk dikecualikan tidak melebihi satu pertiga (1/3) jumlah unit kredit bagi Program Pengajian yang sedang diikuti. c) Kursus yang dipohon untuk pengecualian kredit mempunyai pertindihan kandungan sekurang-kurangnya 75% dengan kursus yang ditawarkan kecuali kursus Universiti. d) Kursus yang dipohon untuk pengecualian kredit hendaklah berstatus Lulus. 2.4.5.2 Prosedur pengecualian kredit adalah seperti berikut: a) Permohonan pengecualian kredit hendaklah dibuat sekali sahaja dalam tempoh pengajian dan semasa semester pertama pengajian sahaja dengan mengisi Borang HEA/RA/PC2000-1 [Pengecualian Kredit]. b) Borang permohonan pengecualian kredit hendaklah dimajukan kepada Fakulti/Pusat Akademik dalam tempoh 14 hari dari tarikh pendaftaran rasmi pelajar. c) Jumlah unit kredit yang diberi pengecualian diiktiraf sebagai memenuhi syarat keperluan kredit bagi Program Pengajian, gred dan nilai gred kursus yang diberi pengecualian tidak diambil kira dalam penjanaan PNG dan HPNG. d) Kelulusan pengecualian kredit akan dipertimbangkan oleh Jawatankuasa Akademik Fakulti/Pusat Akademik/UiTM Negeri atau Jawatankuasa Kecil Akademik UiTM Cawangan. e) Keputusan permohonan pengecualian kredit akan dimaklumkan kepada pelajar selewat-lewatnya 28 hari bekerja selepas tarikh pendaftaran rasmi. 2.4.5.3 Permohonan pengecualian kredit bagi pelajar PLK dikenakan bayaran proses sebanyak RM100.00.
15
PERATURAN AKADEMIK UiTM (PINDAAN 2013) 2.5
TEMPOH PENGAJIAN Tempoh pengajian bagi pelajar sepenuh masa adalah seperti berikut: 2.5.1
Program Diploma Tiga (3) Tahun Sehingga enam (6) semester.
2.5.2
Program Sarjana Muda 2.5.2.1 Sehingga enam (6) semester bagi program tiga (3) tahun. 2.5.2.2 Sehingga lapan (8) semester bagi program empat (4) tahun.
[Perkara 2.5 berkuatkuasa pemakaiannya mulai kumpulan pelajar pengambilan Disember 2007]. 2.6
MOD PENGAJIAN 2.6.1
Terdapat tiga (3) jenis Mod Pengajian 2.6.1.1 Sepenuh Masa 2.6.1.2 Sepenuh Masa Berlanjut (SML) 2.6.1.3 Separuh Masa a) Pengajian Luar Kampus (PLK) b) Pengajian Jarak Jauh secara Elektronik (e-PJJ)
2.6.2
Penukaran Mod Pengajian 2.6.2.1 Penukaran Mod Pengajian dari Sepenuh Masa ke Separuh Masa Pelajar sepenuh masa boleh memohon untuk menukar mod pengajian ke separuh masa berdasarkan syarat- syarat berikut: a) Permohonan dibuat untuk mengikuti Program Pengajian yang sama. b) Pertukaran hanya dibenarkan sekali sahaja sepanjang tempoh pengajian. c) Permohonan dikemukakan secara bertulis kepada Dekan/Rektor/ Pengarah iNED. d) Permohonan dikemukakan dalam masa empat (4) minggu sebelum tarikh rasmi kuliah bermula pada semester berikutnya. e) Tempoh pengajian semester sebelumnya diambil kira setara dengan tempoh pengajian mod separuh masa. f) Permohonan pertukaran mod pengajian akan dipertimbangkan oleh Jawatankuasa Akademik Fakulti/Pusat Akademik/UiTM Negeri atau Jawatankuasa Kecil Akademik UiTM Cawangan.
16
PERATURAN AKADEMIK UiTM (PINDAAN 2013) 2.6.2.2 Penukaran Mod Pengajian dari Separuh Masa ke Sepenuh Masa. Pelajar separuh masa boleh memohon untuk menukar mod pengajian ke sepenuh masa berdasarkan syarat- syarat berikut: a) Pelajar mendapat biasiswa kerajaan/badan-badan berkanun/swasta dan/atau pegawai-pegawai kerajaan/swasta yang diberi cuti belajar untuk mengikuti program sepenuh masa. b) Pelajar memenuhi syarat-syarat kemasukan pengajian sepenuh masa. c) Pelajar tidak pernah disabitkan tindakan tatatertib. d) Pelajar mesti menjelaskan bayaran tertunggak kepada Universiti. e) Permohonan dikemukakan secara bertulis kepada Dekan/Rektor/ Pengarah iNED. f) Permohonan dikemukakan dalam masa empat (4) minggu sebelum tarikh rasmi kuliah bermula pada semester berikutnya. g) Pertukaran hanya dibenarkan sekali sahaja sepanjang tempoh pengajian. h) Tempoh pengajian semester sebelumnya akan diambil kira setara dengan tempoh pengajian mod sepenuh masa. i) Permohonan pertukaran mod pengajian akan dipertimbangkan oleh Jawatankuasa Akademik Fakulti/Pusat Akademik/UiTM Negeri atau Jawatankuasa Kecil Akademik UiTM Cawangan. 2.6.2.3 Penukaran Mod Pengajian dari Sepenuh Masa ke SML Pelajar sepenuh masa ditukarkan automatik kepada SML sekiranya:
mod
pengajian
secara
a) melebihi tempoh pengajian yang ditetapkan dalam Pelan Pengajian, dan b) berstatus lulus dengan HPNG sekurang-kurangnya 2.00. [Perkara 2.6.2.3 berkuatkuasa pemakaiannya mulai kumpulan pelajar pengambilan Disember 2007]. 2.6.3
Mod Pengajian SML 2.6.3.1 Diberikan kepada pelajar dalam keadaan berikut: a) seperti dalam Perkara 2.6.2.3, atau b) apabila diluluskan permohonan Rayuan Meneruskan Pengajian setelah gagal dan diberhentikan dengan status D3 - D7. 2.6.3.2 Dikenakan yuran dan tempoh pengajian separuh masa (PLK).
2.7
CUTI KHAS 2.7.1 Pelajar sepenuh masa boleh memohon cuti khas bagi tempoh maksimum dua (2) semester. 2.7.2 Pelajar sepenuh masa berlanjut dan separuh masa boleh memohon cuti 17
PERATURAN AKADEMIK UiTM (PINDAAN 2013) khas bagi tempoh maksimum empat (4) semester. 2.7.3 Tempoh cuti khas yang diluluskan atas sebab kesihatan atau sebabsebab lain yang difikirkan munasabah oleh Dekan/Rektor tidak diambil kira sebagai tempoh pengajian di Universiti. 2.7.4 Tempoh cuti khas yang diluluskan atas sebab-sebab selain dari yang ditetapkan dalam Perkara 2.7.3 adalah diambil kira sebagai tempoh pengajian di Universiti. 2.7.5 Permohonan cuti khas hendaklah dibuat dengan mengisi Borang HEA/RP/CK-01[Cuti Khas] kepada pihak Fakulti/Pusat Akademik/UiTM Negeri/UiTM Cawangan tidak lewat dari empat belas (14) hari bekerja sebelum peperiksaan akhir bermula. Permohonan cuti khas atas sebab kesihatan pelajar perlu disertakan dengan surat/laporan yang dikeluarkan oleh Pegawai Perubatan Universiti atau hospital kerajaan. 2.7.6 Bagi pelajar yang disediakan kemudahan perubatan oleh majikan, permohonan cuti khas atas sebab kesihatan perlu disertakan dengan surat/laporan yang dikeluarkan oleh Pegawai Perubatan dari Panel Perubatan majikan masing-masing atau hospital kerajaan. 2.7.7 Kelulusan untuk cuti khas akan dipertimbangkan oleh Dekan/Rektor bagi semester semasa sahaja. 2.7.8 Pelajar yang diluluskan cuti khas dan telah membayar yuran pengajian dikecualikan dari membayar yuran pengekalan status pada semester tersebut. Yuran pengajian yang telah dibayar boleh dibawa kehadapan tertakluk atas tujuan cuti khas berkaitan kesihatan sahaja. 2.7.9 Pelajar sepenuh masa yang belum membayar yuran pengajian perlu membayar RM55 dan pelajar PLK yang belum membuat pembayaran yuran pengajian perlu membayar RM45 untuk mengekalkan status sebagai pelajar (rujuk JKP 167). 2.8
PENANGGUHAN PENGAJIAN Pelajar sepenuh masa boleh diberi status penangguhan pengajian dengan persetujuan Universiti atas sebab-sebab tertentu. Tempoh tersebut tidak diambil kira sebagai tempoh pengajian di Universiti.
2.9
PENGGANTUNGAN PENGAJIAN 2.9.1 Pengajian seseorang pelajar boleh digantung oleh Universiti sebagaimana yang diperuntukkan dalam Akta 174 (Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976). 2.9.2
2.10
Penggantungan ini diambil kira sebagai tempoh pengajian.
PENDAFTARAN KURSUS 2.10.1 Pendaftaran kursus mestilah dilakukan secara atas talian melalui Gerbang Maklumat Pelajar (i-Student Portal) dengan mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Universiti. 18
PERATURAN AKADEMIK UiTM (PINDAAN 2013)
2.10.2 Jumlah jam kredit pelajar program Diploma dan Sarjana Muda hendaklah di antara 17 - 23 unit kredit kecuali semester latihan industri/pelajar semester akhir yang akan menamatkan pengajian. 2.10.3 Pelajar Sarjana Muda semester akhir yang berstatus Lulus dibenarkan mengambil maksimum 24 unit kredit dengan kelulusan Dekan/Rektor untuk menamatkan pengajian. 2.10.4 Jumlah kredit yang boleh diambil oleh pelajar Diploma berstatus Perhatian (sila rujuk Perkara 2.20.3) tidak lebih dari dua belas (12) untuk kredit dalam sesuatu semester. 2.10.5 Jumlah kredit yang boleh diambil oleh pelajar Sarjana Muda berstatus Perhatian (sila rujuk Perkara 2.20.3) tidak lebih dari lima belas (15) unit kredit dalam sesuatu semester. 2.11
PINDAAN PENDAFTARAN KURSUS Pindaan pendaftaran kursus merangkumi: 2.11.1 Penambahan Kursus Pelajar boleh menambah kursus secara atas talian dengan mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Universiti. 2.11.2 Pengguguran Kursus Pelajar boleh menggugur kursus secara atas talian dengan mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Universiti.
2.12
PENGESAHAN PENDAFTARAN KURSUS Pelajar dikehendaki membuat pengesahan pendaftaran kursus secara atas talian dan mencetak salinan pendaftaran kursus dalam tempoh empat belas (14) hari selepas tarikh akhir pengguguran kursus. Sekiranya pelajar tidak membuat pengesahan, pendaftaran kursus tersebut dengan sendirinya dianggap sah dan muktamad.
2.13
KEHADIRAN PELAJAR 2.13.1 Pelajar diwajibkan menghadiri kuliah serta aktiviti pembelajaran lain seperti bengkel/tutorial/makmal/studio/medan/latihan amali/ praktikum/industri dan klinikal seperti yang ditetapkan dalam kurikulum. 2.13.2 Pelajar yang tidak mencapai kehadiran 80% dari jumlah jam temu untuk setiap kursus tanpa mendapat kebenaran bertulis dari Fakulti/Pusat Akademik/UiTM Negeri/UiTM Cawangan tidak dibenarkan menduduki peperiksaan akhir kursus. 2.13.3 Bagi kursus yang tiada peperiksaan akhir, kerja kursus tidak akan diberi penilaian. 2.13.4 Pelajar yang disebutkan dalam Perkara 2.13.2 dan Perkara 2.13.3 akan 19
PERATURAN AKADEMIK UiTM (PINDAAN 2013) diberikan Gred F (gagal) dengan status ZZ serta dikenakan bayaran pemprosesan sebanyak RM100.00. 2.14
KELAYAKAN MENDUDUKI PEPERIKSAAN AKHIR 2.14.1 Pelajar perlu menyemak Penyata Kelayakan Menduduki Peperiksaan (Sementara) yang dipaparkan dalam i-Student Portal. Sebarang pindaan hendaklah mendapat pengesahan daripada Pengerusi Program/Penasihat Akademik dalam tempoh empat belas (14) hari selepas tarikh akhir gugur kursus. 2.14.2 Pelajar mesti membuat pengesahan ke atas Penyata Kelayakan Menduduki Peperiksaan (Sementara) melalui i-Student Portal. Sekiranya pelajar gagal berbuat demikian, penyata tersebut dengan sendirinya dianggap sah dan muktamad. 2.14.3 Cetakan rasmi Penyata Kelayakan Menduduki Peperiksaan (Muktamad) dicetak sendiri oleh pelajar melalui Gerbang Maklumat Pelajar UiTM (i-Student Portal) selepas semua urusan pendaftaran kursus dan pengesahan Penyata Kelayakan Menduduki Peperiksaan (Sementara) selesai. Sebarang pindaan tidak dibenarkan. 2.14.4 Pelajar yang gagal membawa Penyata Kelayakan Menduduki Peperiksaan bagi kursus yang melibatkan peperiksaan akhir tidak dibenarkan menduduki peperiksaan tersebut.
2.15
KEBENARAN TIDAK MENDUDUKI PEPERIKSAAN AKHIR 2.15.1 Permohonan untuk tidak menduduki peperiksaan akhir bagi sesuatu kursus hendaklah dibuat kepada Dekan/Rektor sebelum peperiksaan untuk kursus tersebut dengan menyertakan dokumen/surat berkaitan. 2.15.2 Permohonan untuk tidak menduduki peperiksaan yang telah dijalankan bagi sesuatu kursus perlu dibuat kepada Dekan/Rektor dalam masa dua puluh empat (24) jam setelah tamatnya peperiksaan kursus tersebut dengan menyertakan sijil sakit yang dikeluarkan oleh doktor dari Pusat Kesihatan UiTM/klinik kerajaan/pusat kesihatan kerajaan/hospital kerajaan/Pegawai Perubatan dari Panel Perubatan majikan masing-masing. 2.15.3 Permohonan boleh dibuat secara bertulis atau menggunakan Borang HEA/RP/TMP-01[Kebenaran Tidak Menduduki Peperiksaan Akhir]. 2.15.4 Jika permohonan diluluskan, pelajar akan diberi status XX bagi kursus tersebut. 2.15.5 Bagi permohonan yang tidak diluluskan, pelajar akan diberi status YY di mana markah kerja kursus yang diberi tidak diambilkira bagi kursus tersebut dan dikenakan bayaran pemprosesan sebanyak RM100.00. 2.15.6 Permohonan dipertimbangkan oleh Dekan/Rektor.
2.16
TARIKH PEPERIKSAAN AKHIR Tarikh peperiksaan akhir diumumkan oleh Bahagian Hal Ehwal Peperiksaan. 20
PERATURAN AKADEMIK UiTM (PINDAAN 2013)
2.17
JADUAL PEPERIKSAAN AKHIR 2.17.1 Deraf Pertama Jadual Peperiksaan Akhir yang disediakan oleh Bahagian Hal Ehwal Peperiksaan diberikan kepada Fakulti/Pusat Akademik/UiTM Negeri/UiTM Cawangan tidak lewat dari lima (5) minggu sebelum tarikh peperiksaan bermula. 2.17.2 Sebarang pertembungan perlu dilaporkan oleh pelajar secara bertulis kepada Fakulti/Pusat Akademik/UiTM Negeri/UiTM Cawangan dalam tempoh tujuh (7) hari selepas deraf pertama jadual peperiksaan akhir dipamerkan. 2.17.3 Jadual muktamad Peperiksaan Akhir dipamerkan tidak lewat dari tiga (3) minggu sebelum tarikh peperiksaan bermula.
2.18
KEPUTUSAN PEPERIKSAAN AKHIR DAN PENILAIAN 2.18.1 Keputusan peperiksaan dan penilaian kursus diberi dalam bentuk gred dan nilai gred (sila rujuk Jadual 4). 2.18.2 Keputusan bagi setiap kursus diberi status seperti berikut: LU F1 F2 F3 PD PC TL UD FD XX YY ZZ
− − − − − − − − − − − −
Lulus Gagal kursus kali pertama Gagal kursus kali kedua Gagal kursus kali ketiga Pemindahan Kredit Pengecualian Kredit Tidak lengkap Audit Tindakan disiplin Tidak hadir peperiksaan dengan kebenaran Tidak hadir peperiksaan tanpa kebenaran Tidak dibenarkan menduduki peperiksaan akhir bagi kursus yang mempunyai peperiksaan akhir; atau tidak diberikan markah penilaian bagi kursus yang tiada peperiksaan akhir
2.18.3 Denda RM100.00 dikenakan keputusan YY atau ZZ.
untuk
setiap kursus
yang
diberikan
2.18.4 Status Tidak Lengkap (TL) 2.18.4.1 Status TL diberi kepada kursus berbentuk projek ilmiah/latihan amali/praktikum/latihan industri/klinikal yang tidak dapat dilengkapkan dalam semester yang ditetapkan. 2.18.4.2 Tempoh status TL adalah tidak melebihi satu (1) semester berikutnya. Sekiranya pelajar tidak menyiapkan projek ilmiah/latihan amali/praktikum/latihan industri/klinikal dalam tempoh yang ditetapkan, pelajar akan diberi Gred F atau gagal. 21
PERATURAN AKADEMIK UiTM (PINDAAN 2013) 2.18.4.3 Pelajar yang mempunyai kursus berstatus TL hendaklah mendaftar semula kursus tersebut dan membayar yuran pengajian pada semester akan datang. 2.19
PENGIRAAN PURATA NILAI GRED (PNG) DAN HIMPUNAN PURATA NILAI GRED (HPNG) 2.19.1 Keputusan Peperiksaan Akhir dan Penilaian pelajar di penghujung setiap semester disertakan dengan Purata Nilai Gred (PNG) dan Himpunan Purata Nilai Gred (HPNG) yang memberikan gambaran tentang pencapaian pelajar. 2.19.2 Rumus yang digunakan untuk mengira Purata Nilai Gred (PNG) dan Himpunan Purata Nilai Gred (HPNG) adalah seperti berikut: PNG =
Jumlah nilai kredit yang diperolehi di sesuatu semester Jumlah unit kredit yang didaftarkan dalam semester yang sama
HPNG =
Jumlah nilai kredit yang diperolehi di semua semester Jumlah unit kredit yang terkumpul dalam semua semester
2.19.3 Penjanaan semula HPNG dilakukan untuk pelajar berstatus ANC, TS, TM dan D6 dengan menggantikan gred kursus yang gagal (sekiranya ada) menggunakan gred lulus kursus tersebut setelah ulangan. Gred FD, YY dan ZZ tidak diganti. 2.19.4 Rumus yang digunakan dalam penjanaan semula HPNG setelah pelajar lulus semua kursus dalam Pelan Pengajian ialah: HPNG= 2.20
Jumlah nilai kredit yang diperolehi di semua semester Jumlah unit kredit yang terkumpul dalam semua semester
STATUS KEPUTUSAN PEPERIKSAAN AKHIR DAN PENILAIAN Berdasarkan kepada pencapaian HPNG, pelajar diberi status keputusan peperiksaan akhir dan penilaian seperti berikut: ANC TS TM LNT AD LU P D
− − − − − − − −
Tamat dengan Anugerah Naib Canselor Tamat dengan Anugerah Dekan Tamat Lulus Naik Taraf Anugerah Dekan Lulus Perhatian (Tidak Memuaskan) Gagal dan Diberhentikan
2.20.1 Status Tamat dengan Anugerah Naib Canselor (ANC), Tamat dengan Anugerah Dekan (TS) dan Anugerah Dekan (AD) dianugerahkan kepada pelajar berprestasi cemerlang. 2.20.2 Status Lulus (LU) dan Tamat (TM) Pelajar dianugerahkan kepada pelajar yang mencapai prestasi yang memuaskan. 22
PERATURAN AKADEMIK UiTM (PINDAAN 2013) 2.20.3 Status Perhatian (P) diberikan kepada pelajar yang mencapai prestasi yang tidak memuaskan dan dibahagikan kepada: P1 : Perhatian Pertama - memperolehi HPNG di antara 1.80 sehingga 1.99 pada sesuatu semester. P2 : Perhatian Kedua - memperolehi HPNG kurang daripada 2.00 selepas mendapat P1 pada semester terakhir sebelumnya. 2.20.4 Status Pemberhentian (D) diberikan kepada pelajar yang mencapai prestasi yang amat tidak memuaskan dan dibahagikan kepada: D1 D2 D3 D4 D5
D6
D7
− − − − −
HPNG kurang daripada 1.80. HPNG kurang daripada 1.80 selepas status P1. HPNG kurang daripada 2.00 selepas status P2. Gagal dalam sesuatu kursus bagi kali ketiga. HPNG kurang daripada 2.00 pada penghujung tempoh pengajian dan masih mempunyai kursus yang belum disempurnakan. − Lulus semua kursus yang dikehendaki oleh sesuatu program dan memenuhi semua keperluan program tetapi memperolehi HPNG kurang daripada 2.00. − Tidak menduduki peperiksaan bagi semua kursus terdaftar pada semester tersebut tanpa kelulusan Universiti
2.20.5 Status Sepenuh Masa Berlanjut (SML) diberi kepada pelajar sepenuh masa yang mencapai prestasi tidak memuaskan apabila mereka melebihi tempoh pengajian yang ditetapkan di dalam Pelan Pengajian. 2.21
PENYATA KEPUTUSAN PEPERIKSAAN 2.21.1 Penyata keputusan peperiksaan yang telah disahkan oleh Senat dipaparkan secara atas talian di Gerbang Maklumat Pelajar (i-Student Portal) dan dicetak sendiri oleh pelajar sebagai rekod. Cetakan yang diperolehi melalui paparan tersebut adalah diiktiraf sebagai cetakan rasmi di mana tiada tandatangan diperlukan. 2.21.2 Universiti berhak menahan Penyata Keputusan Peperiksaan atas apa-apa sebab tanpa pemakluman daripada Universiti sekiranya pelajar gagal mematuhi mana-mana peraturan yang ditetapkan oleh Universiti.
2.22
PERLANGGARAN KAEDAH TATATERTIB PELAJAR BERSABIT DENGAN PEPERIKSAAN AKHIR DAN PENILAIAN 2.22.1 Pelajar yang didapati bersalah di bawah Kaedah 3 (j), 3 (k) dan Kaedah 5, Kaedah-Kaedah Institusi Pelajaran (Tatatertib Pelajar-Pelajar) 1976, akan dihukum mengikut keputusan pihak berkuasa Lembaga Tatatertib Universiti. 2.22.2 Pelajar yang disabitkan kesalahan di atas mengikut keputusan Lembaga Tatatertib Universiti boleh diberi Gred F (gagal) dengan status FD oleh Senat. 2.22.3 Pelajar yang telah terbukti melakukan plagiarisme dalam projek ilmiah/tugasan akan digagalkan dalam kursus tersebut dan diberi gred F 23
PERATURAN AKADEMIK UiTM (PINDAAN 2013) (gagal) dengan status FD oleh Senat. 2.23
PEPERIKSAAN SEMULA Universiti berhak mengadakan peperiksaan semula pada bila-bila masa sekiranya perlu dalam keadaan berikut: 2.23.1 Berlaku kebocoran soalan Peperiksaan Akhir. 2.23.2 Pelajar tidak dapat menduduki Peperiksaan Akhir kerana bencana alam. 2.23.3 Arahan Naib Canselor.
2.24
PEPERIKSAAN KHAS 2.24.1 Peperiksaan Khas boleh diadakan bagi kursus yang ada peperiksaan akhir secara bertulis untuk membolehkan pelajar bergraduat menamatkan pengajian mereka dalam tempoh pengajian yang ditetapkan. 2.24.2 Peperiksaan Khas ditawarkan kepada semua pelajar. 2.24.3 Pelajar yang dibenarkan mengambil Peperiksaan Khas ialah: 2.24.3.1 Pelajar semester akhir yang berstatus lulus tetapi gagal dalam satu atau dua kursus sahaja. 2.24.3.2 Pelajar yang berstatus lulus tetapi gagal dalam satu atau dua kursus pada semester sebelum menjalani latihan praktik (bagi program yang menjalankan latihan praktik pada semester akhir). 2.24.3.3 Pelajar semester akhir dan bergraduat yang diberhentikan dengan status D3, D4, D5 serta mempunyai satu atau dua kursus sahaja untuk tamat. Pelajar adalah dinasihatkan juga untuk membuat Rayuan Meneruskan Pengajian (RMP) melalui Fakulti/Pusat Akademik/UiTM Negeri/UiTM Cawangan dalam tempoh empat belas (14) hari. 2.24.3.4 Pelajar semester akhir yang tidak dapat menduduki peperiksaan bagi satu atau dua kursus kerana disahkan sakit oleh pegawai perubatan Universiti atau hospital kerajaan. Pelajar harus disahkan status XX untuk kursus tersebut oleh Jawatankuasa Akademik Fakulti/Pusat Akademik/UiTM Negeri atau Jawatankuasa Kecil Akademik UiTM Cawangan. 2.24.4 Gred maksimum yang boleh diperolehi pelajar setelah menduduki Peperiksaan Khas ialah gred C. 2.24.5 Pelajar dengan kursus berstatus XX yang menduduki Peperiksaan Khas untuk kursus tersebut adalah diberikan gred sebenar dan tidak dikenakan yuran. 2.24.6 Yuran Peperiksaan Khas ialah RM100.00 untuk setiap kursus. 2.24.7 Pelajar yang tidak dibenarkan mengambil Peperiksaan Khas ialah: 24
PERATURAN AKADEMIK UiTM (PINDAAN 2013)
2.24.7.1 Pelajar yang gagal dan berstatus YY, ZZ dan FD. 2.24.7.2 Pelajar yang gagal kursus bukan pada semester akhir. 2.25
INTERSESI 2.25.1 Intersesi ditawarkan kepada pelajar dengan tujuan untuk menamatkan pengajian dalam tempoh pengajian yang ditetapkan dalam Pelan Pengajian dengan syarat: 2.25.1.1 Pelajar mengikuti pengajian dalam mod sepenuh masa sahaja. 2.25.1.2 Pelajar mengambil maksimum dua (2) kursus sahaja. 2.25.1.3 Kursus berkenaan ditawarkan oleh Akademik/UiTM Negeri/UiTM Cawangan bagi tertentu.
Fakulti/Pusat sesuatu sesi
2.25.1.4 Kursus yang ditawarkan tidak mempunyai pra-syarat dan/atau kosyarat. 2.25.1.5 Bilangan permohonan untuk mengikuti sesuatu kursus tidak kurang dari 15 orang. 2.25.2 Peperiksaan Intersesi hanya boleh diduduki oleh pelajar yang telah mendaftar dan membayar yuran sahaja. Yuran Intersesi ialah sebanyak RM200.00 untuk setiap kursus. 2.25.3 Status YY akan diberi kepada pelajar yang telah mendaftar dan membayar yuran untuk mengikuti program Intersesi tetapi tidak menghadiri kuliah dan/atau peperiksaan tanpa kebenaran bertulis daripada Dekan/Rektor. Yuran Intersesi tidak akan dikembalikan. 2.25.4 Pelajar yang sedang mengikuti program Intersesi dan kemudian diberhentikan kerana gagal peperiksaan semester sebelumnya dibenarkan meneruskan program Intersesi dengan syarat: 2.25.4.1 Pelajar layak untuk membuat Rayuan Meneruskan Pengajian. 2.25.4.2 Pelajar membuat Rayuan Meneruskan Pengajian. 2.25.5 Bagi pelajar dalam kategori yang dijelaskan pada Perkara 2.25.4, sekiranya Rayuan Meneruskan Pengajian pelajar tidak diluluskan maka keputusan penilaian Intersesi yang diperolehi adalah tidak sah dan yuran Intersesi tidak dikembalikan. 2.25.6 Status S1 (Tidak Memuaskan) ialah status yang diberi kepada pelajar apabila mereka mendapat status gagal dan diberhentikan (rujuk Perkara 2.20.4) di dalam semester intersesi. Walau bagaimanapun, pelajar boleh meneruskan pengajian pada semester berikutnya apabila mendapat S1 pada intersesi.
25
PERATURAN AKADEMIK UiTM (PINDAAN 2013) 2.26
RAYUAN 2.26.1 Rayuan Penyemakan Semula Keputusan Peperiksaan Akhir 2.26.1.1 Pelajar boleh membuat rayuan penyemakan semula keputusan peperiksaan bagi sesuatu kursus. Semakan semula hanya boleh dilakukan bagi kursus yang mempunyai peperiksaan akhir sahaja dengan menyemak skrip jawapan peperiksaan akhir pelajar untuk kursus berkenaan. 2.26.1.2 Rayuan perlu dikemukakan kepada Jawatankuasa Akademik Fakulti/Pusat Akademik/UiTM Negeri atau Jawatankuasa Kecil Akademik UiTM Cawangan dengan menggunakan Borang BHEPep (KP-R)2005-1[Rayuan Peperiksaan UiTM (Penyemakan Semula Keputusan Peperiksaan)] dalam tempoh empat belas (14) hari selepas tarikh keputusan peperiksaan diumumkan secara rasmi. 2.26.1.3 Setiap permohonan dikenakan bayaran pemprosesan RM50.00 bagi setiap kursus. 2.26.1.4 Keputusan terhadap rayuan akan diumumkan dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja daripada tarikh rayuan ditutup. Keputusan yang diumumkan adalah muktamad. 2.26.1.5 Rayuan penyemakan semula keputusan untuk Peperiksaan Khas dan Intersesi tidak dibenarkan. 2.26.2 Rayuan Meneruskan Pengajian 2.26.2.1 Pelajar yang gagal dan diberhentikan atau diberikan status Gugur Taraf pada satu (1) semester sebelumnya boleh membuat rayuan kepada Jawatankuasa Akademik Fakulti/Pusat Akademik/UiTM Negeri atau Jawatankuasa Kecil Akademik UiTM Cawangan dalam tempoh empat belas (14) hari selepas tarikh keputusan peperiksaan diumumkan secara rasmi. 2.26.2.2 Rayuan perlu dikemukakan secara bertulis atau menggunakan Borang PRPK 03-02[Rayuan Meneruskan Pengajian]. 2.26.2.3 Keputusan rayuan dipertimbangkan oleh Jawatankuasa Akademik Fakulti/Pusat Akademik/UiTM Negeri atau Jawatankuasa Kecil Akademik UiTM Cawangan. 2.26.2.4 Setiap permohonan dikenakan bayaran pemprosesan RM50.00. 2.26.2.5 Syarat-syarat rayuan: a) Rayuan dibenarkan sekali sahaja sepanjang tempoh pengajian. b) Pelajar yang gagal dan diberhentikan D1 dan D2 tidak layak membuat rayuan. c) Bagi kategori gagal dan diberhentikan D3, HPNG hendaklah sekurang-kurangnya 1.90. d) Bagi kategori gagal dan diberhentikan D4, HPNG hendaklah sekurang-kurangnya 2.00. 26
PERATURAN AKADEMIK UiTM (PINDAAN 2013) e) Bagi kategori gagal dan diberhentikan D5, HPNG hendaklah sekurang-kurangnya 1.90. f) Bagi kategori gagal dan diberhentikan D6, HPNG hendaklah sekurang-kurangnya 1.94. g) Bagi kategori gagal dan diberhentikan D7, HPNG hendaklah sekurang-kurangnya 1.90. h) Bagi pelajar yang diberikan status gugur taraf (GT), HPNG hendaklah sekurang-kurangnya 1.90. i) Rayuan hanya boleh dibuat oleh pelajar yang gagal dan diberhentikan dalam peperiksaan yang baru satu (1) semester berlalu atau diberikan status gugur taraf pada satu (1) semester yang lalu. 2.26.2.6 Rayuan meneruskan pengajian bagi pelajar Program Penerapan Diploma semester 03 ke Sarjana Muda yang gagal dan diberhentikan sebelum tamat pengajan di tahap Sarjana Muda dan tidak memenuhi syarat penganugerahan diploma adalah seperi berikut: D1 Tidak layak membuat rayuan. D2 Tidak layak membuat rayuan. D3 Layak membuat rayuan untuk dipertimbangkan masuk kembali ke program Diploma asal. Pemberian Pengecualian Kredit pada tahap diploma boleh dipertimbangkan oleh Jawatankuasa Akademik Fakulti/Pusat Akademik/UiTM Negeri atau Jawatankuasa Kecil Akademik UiTM Cawangan. Pelajar diberikan status SML. D4 HPNG < 2.00: Layak membuat rayuan untuk dipertimbangkan masuk kembali ke program Diploma asal. Pemberian Pengecualian Kredit pada tahap diploma boleh dipertimbangkan oleh Jawatankuasa Akademik Fakulti/Pusat Akademik/UiTM Negeri atau Jawatankuasa Kecil Akademik UiTM Cawangan. Pelajar diberikan status SML. HPNG > 2.00: Layak membuat rayuan untuk dipertimbangkan masuk kembali ke program Sarjana Muda. Pelajar diberikan status SML. D5 Layak membuat rayuan untuk dipertimbangkan masuk kembali ke program Sarjana Muda. Pelajar diberikan status SML. D7 Layak membuat rayuan untuk dipertimbangkan masuk kembali ke program Sarjana Muda. Pelajar diberikan status SML. 2.26.2.7 Pelajar D3 - D7 yang berjaya dalam Rayuan Meneruskan Pengajian akan menyambung pengajian dalam mod SML di mana mereka dikenakan yuran pengajian dengan kadar pengajian separuh masa (PLK) dengan tempoh pengajian separuh masa. 2.26.2.8 Pelajar yang diterima masuk semula diberi status X. 2.26.2.9 Keputusan terhadap rayuan akan diumumkan dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja daripada tarikh rayuan ditutup. Keputusan yang diumumkan adalah sahkan oleh Senat dan muktamad. 27
PERATURAN AKADEMIK UiTM (PINDAAN 2013)
2.27
PENGURNIAAN AKADEMIK 2.27.1 Pelajar Diploma dan Sarjana Muda layak dianugerahkan Diploma atau Sarjana Muda dengan syarat-syarat berikut: 2.27.1.1 Memperolehi HPNG sekurang-kurangnya 2.00; 2.27.1.2 Lulus dalam semua kursus yang dikehendaki oleh sesuatu Program Pengajian dan berstatus tamat (ANC, TS atau TM); 2.27.1.3 Memenuhi semua syarat dan keperluan Universiti; dan 2.27.1.4 Diperakukan oleh Senat. 2.27.2 Pengkelasan Sarjana Muda Pengkelasan Sarjana Muda adalah mengikut nilai HPNG pelajar seperti yang ditetapkan oleh Senat (sila rujuk Jadual 6) dan terbahagi kepada: 2.27.2.1 Kelas Pertama. 2.27.2.2 Kelas Kedua (Tinggi). 2.27.2.3 Kelas Kedua (Rendah). 2.27.2.4 Kelas Ketiga. [Perkara 2.27.2 berkuatkuasa pemakaiannya mulai kumpulan Peperiksaan Oktober 2008]. 2.27.3 Anugerah Naib Canselor (ANC) Pelajar menerima Anugerah Naib Canselor (ANC) apabila memenuhi syarat-syarat berikut: 2.27.3.1 Telah tamat program dan berjaya memperolehi Anugerah Dekan (AD) bagi setiap semester dalam tempoh pengajian minimum, tidak termasuk semester latihan praktik (sila rujuk Jadual 5). 2.27.3.2 Telah lulus latihan praktik bagi pelajar yang perlu menjalani latihan praktik. 2.27.3.3 Tidak pernah mengulang mana-mana kursus. 2.27.3.4 Tidak pernah disabitkan tindakan tatatertib. 2.27.4 Anugerah Dekan (AD) Pelajar akan menerima Anugerah Dekan (AD) jika syarat berikut:
28
memenuhi syarat-
PERATURAN AKADEMIK UiTM (PINDAAN 2013) 2.27.4.1 Memperolehi Purata Nilai Gred (PNG) minimum 3.50 dan mendaftar sekurang-kurangnya dua belas (12) unit kredit atau mengikut jumlah unit kredit sebenar dalam pelan pengajian semasa, yang mana lebih rendah, tidak termasuk kursus berbentuk Lulus/Gagal pada sesuatu semester. 2.27.4.2 Pelajar tidak pernah disabitkan tindakan tatatertib. 2.27.5 Transkrip dan Skrol 2.27.5.1 Transkrip dan Skrol diberikan kepada pelajar setelah tamat sesuatu Program Pengajian. 2.27.5.2 Pelajar yang berhenti/diberhentikan dari Universiti boleh memohon transkrip dengan kadar bayaran yang ditetapkan. 2.28
PENGAKTIFAN SEMULA STATUS SEBAGAI PELAJAR SETELAH GUGUR TARAF (GT) 2.28.1 Permohonan untuk pengaktifan semula status sebagai pelajar boleh dikemukakan secara atas talian melalui Gerbang Maklumat Pelajar dalam tempoh empat belas hari (14) hari setelah senarai gugur taraf diumumkan. 2.28.2 Setiap permohonan dikenakan bayaran RM50.00. 2.28.3 Setiap permohonan yang diluluskan dikenakan: 2.28.3.1 Bayaran pengaktifan semula status sebagai pelajar sebanyak RM50.00, dan 2.28.3.2 Bayaran pemprosesan yuran dan/atau pendaftaran kursus diluar tempoh sebanyak RM100.00. 2.28.4 Pemohon yang ingin membuat permohonan pengaktifan semula lewat dari tempoh rayuan yang ditetapkan dikenakan syarat- syarat berikut: 2.28.4.1 Rayuan dikemukakan menggunakan Borang HEA/ SPA/3/2008 [Appeal for Reinstatement of Status as Student] yang disertakan dengan borang permohonan Cuti Khas yang telah diluluskan oleh Fakulti/Pusat Akademik/UiTM Negeri/UiTM Cawangan. 2.28.4.2 Pemohon hanya boleh dibenarkan meneruskan pengajian pada semester berikutnya dan diberikan status Cuti Khas pada semester berkenaan. 2.28.4.3 Sekiranya pemohon telah membayar yuran sebelum mengemukakan permohonan maka yuran tersebut boleh dituntut kembali, dengan menolak yuran proses, denda pengaktifan semula status sebagai pelajar dan yuran pengekalan status semasa Cuti Khas.
29
PERATURAN AKADEMIK UiTM (PINDAAN 2013) 2.29
PERTUKARAN KAMPUS Pertukaran kampus bagi pelajar sepenuh masa adalah tidak dibenarkan.
2.30
PERTUKARAN PROGRAM Pertukaran program adalah tidak dibenarkan kecuali memasuki mod pengajian separuh masa.
30
PERATURAN AKADEMIK UiTM (PINDAAN 2013) 3.0
PERATURAN AKADEMIK TAMBAHAN UNTUK PELAJAR PROGRAM PENGAJIAN JARAK JAUH SECARA ELEKTRONIK (e-PJJ) DAN PROGRAM PENGAJIAN USAHASAMA (PPU)
Peraturan Akademik Tambahan ini hendaklah dibaca bersekali dengan Peraturan Akademik Program Diploma dan Sarjana Muda. 3.1
PROGRAM PENGAJIAN JARAK JAUH SECARA ELEKTRONIK (e-PJJ) 3.1.1
PENTAKRIFAN 3.1.1.1 Institut Pendidikan Neo (iNED) Institut yang mengendalikan program pengajian secara Pendidikan Jarak Jauh (e-PJJ), Pendidikan Usahasama (PPU) dan Pendidikan Berterusan (PPB). 3.1.1.2 Pelajar Pengajian Jarak Jauh (e-PJJ) Pelajar Pengajian Jarak Jauh (e-PJJ) adalah pelajar separuh masa yang mengikuti seminar pada hujung minggu serta menggunakan kaedah elektronik untuk berinteraksi dengan pensyarah. 3.1.1.3 Pelajar Semester Akhir Pelajar Semester Akhir adalah pelajar yang berstatus Lulus dan mempunyai baki unit kredit untuk menamatkan pengajian yang tidak melebihi 20 unit kredit bagi pelajar Diploma atau Sarjana Muda kecuali pelajar berstatus Perhatian. 3.1.1.4 Pakar Rujuk (Resource Person) Pakar Rujuk adalah staf akademik yang dilantik oleh Pengarah iNED yang mempunyai kepakaran di dalam sesuatu bidang untuk menyediakan bahan-bahan pembelajaran PJJ. 3.1.1.5 Pemudah Cara Pembelajaran (Learning Facilitator) Pemudah Cara Pembelajaran adalah staf akademik yang dilantik oleh Pengarah Institut Perkembangan Pendidikan untuk berinteraksi dengan pelajar secara maya tentang kandungan sesuatu kursus. 3.1.1.6 Pemudah Cara Seminar (Seminar Facilitator) Pemudah Cara Seminar adalah staf akademik yang dilantik oleh Pengarah iNED untuk mengendalikan seminar PJJ.
3.1.2
PERATURAN DAN PROSEDUR 3.1.2.1 Tempoh Pengajian Tidak melebihi 16 semester. 31
PERATURAN AKADEMIK UiTM (PINDAAN 2013) 3.1.2.2 Pendaftaran Kursus a) Pelajar hendaklah mendaftar sekurang-kurangnya satu (1) kursus dalam sesuatu semester. b) Pelajar dihadkan mengambil jumlah kredit tidak melebihi 16 unit kredit dalam sesuatu semester. Walau bagaimanapun pelajar berstatus Lulus yang mendapat HPNG melebihi 3.50 atau pelajar semester akhir yang akan menamatkan pengajian dibenarkan mengambil melebihi 16 unit kredit dengan kelulusan Pengarah iNED. 3.1.2.3 Bayaran Proses Pengecualian Kredit Permohonan pengecualian sebanyak RM100.00.
kredit
dikenakan
bayaran
proses
3.1.2.4 Cuti Khas a) Pelajar yang ingin mengambil cuti khas pada sesuatu semester hendaklah memajukan permohonan pada semester tersebut. b) Pelajar dibenarkan mengambil cuti khas maksimum empat (4) semester termasuk mana-mana cuti khas yang pernah diambil sepanjang tempoh pengajian di Universiti. c) Bayaran pengekalan status sebanyak RM30.00 dikenakan kepada pelajar yang belum membuat pendaftaran kursus dan pembayaran yuran. d) Tempoh cuti khas tidak dikira sebagai tempoh pengajian. 3.2
PROGRAM PENGAJIAN USAHASAMA (PPU) 3.2.1
PENTAKRIFAN 3.2.1.1 Kolej Bersekutu UiTM Kolej Bersekutu UiTM adalah Institusi Pengajian Tinggi dimiliki dan dikendalikan oleh sesuatu organisasi milik agensi awam di bawah Kerajaan Negeri/Persekutuan/Swasta/Yayasan yang menjalankan program pengajian UiTM sebagaimana yang diiktiraf dan diluluskan oleh Lembaga Pengarah Universiti dan Kementerian Pelajaran dan Pengajian Tinggi. 3.21.2 Program Usahasama Program Usahasama adalah program UiTM yang dijalankan secara usahasama antara Kolej Bersekutu UiTM dengan Universiti dan dikendalikan oleh iNED. 3.2.1.3 Pelajar Program Usahasama Pelajar Program Usahasama adalah pelajar yang berdaftar dengan Kolej Bersekutu UiTM untuk mengikuti Program Usahasama.
32
PERATURAN AKADEMIK UiTM (PINDAAN 2013) 3.2.2
PERATURAN DAN PROSEDUR 3.2.2.1 Cuti Khas a) Permohonan hendaklah dimajukan kepada iNED melalui Kolej Bersekutu tidak lewat dari 14 hari bekerja sebelum minggu peperiksaan bermula menggunakan borang Permohonan Cuti Khas (Borang HEA/RP/CK-01(KKB)). b) Dibenarkan memohon cuti khas bagi tempoh maksimum dua (2) semester termasuk mana-mana cuti khas yang pernah diambil sepanjang tempoh pengajian di Universiti. c) Kos perkhidmatan UiTM sebanyak RM300.00 mestilah dibayar kepada Universiti melalui Kolej Bersekutu sebelum memohon cuti khas. d) Bayaran pengekalan status sebanyak RM10.00 dikenakan untuk setiap permohonan yang diluluskan. e) Tempoh cuti khas tidak dikira sebagai tempoh pengajian. 3.2.2.2 Pembiayaan Yuran Pengajian Pembiayaan yuran pengajian mengikut kadar yang diluluskan oleh Kementerian Pengajian Tinggi diberikan kepada pelajar untuk maksimum enam (6) semester sahaja. 3.2.2.3 Sepenuh Masa Berlanjut (SML) Pelajar yang telah melebihi tempoh pengajian mengikut Pelan Pengajian (berstatus SML) perlu membayar yuran pengajian mengikut jumlah yang dikenakan oleh Kolej Bersekutu. 3.2.2.4 Pemulangan Kos Perkhidmatan UiTM Kos perkhidmatan UiTM tidak akan dipulangkan mendaftar di Kolej Bersekutu UiTM.
setelah pelajar
3.2.2.5 Pertukaran Kolej Bersekutu UiTM Pelajar Program Usahasama yang sedang dalam pengajian dibenarkan untuk bertukar tempat pengajian ke Kolej Bersekutu UiTM yang lain mengikut syarat-syarat berikut: a) Permohon dimajukan oleh pelajar kepada iNED melalui Kolej asal dengan persetujuan Kolej baru yang menawarkan Program Pengajian yang sama. b) Permohonan dipertimbangkan oleh Pengarah iNED/Ketua PPU. 3.2.2.6 Kebenaran Tidak Menduduki Peperiksaan a) Permohonan untuk tidak menduduki peperiksaan yang telah dijalankan bagi sesuatu kursus perlu dibuat kepada Dekan/Rektor melalui Kolej Bersekutu dalam masa 24 jam setelah tamatnya peperiksaan kursus tersebut dengan menyertakan sijil sakit dari panel perubatan Kolej Bersekutu/pusat kesihatan kerajaan atau swasta yang telah 33
PERATURAN AKADEMIK UiTM (PINDAAN 2013) disahkan oleh Kolej Bersekutu. b) Permohonan boleh ibuat secara bertulis atau menggunakan Borang HEA/RP/TMP-01(KKB)[Kebenaran Tidak Menduduki Peperiksaan Akhir]. 3.2.2.7 Intersesi Pelajar Program Usahasama hanya dibenarkan pengajian Intersesi dengan syarat-syarat berikut:
mengikuti
a) Untuk menamatkan pengajian dalam Tempoh Pengajian yang ditetapkan. b) Memohon kepada Dekan/Rektor berkenaan melalui iNED dengan sokongan Kolej Bersekutu UiTM menggunakan borang (Intersesi/KKB/2008). c) Mengikuti pengajian di kampus-kampus Universiti. d) Membayar yuran Intersesi mengikut kadar dan prosedur yang ditetapkan oleh Universiti. 3.2.2.8 Rayuan Penyemakan Semula Skrip Jawapan Peperiksaan Akhir Pelajar Program Usahasama yang ingin membuat rayuan penyemakan semula skrip jawapan peperiksaan akhir hendaklah mengemukakan permohonan kepada Dekan/Rektor mengikut seliaan penyemakan skrip jawapan peperiksaan akhir dengan sokongan Kolej Bersekutu UiTM menggunakan Borang HEA/RA/PP-2000-7(KKB)[Rayuan Penyemakan Semula Keputusan Peperiksaan Akhir] dalam tempoh empat belas (14) hari selepas tarikh keputusan peperiksaan diumumkan secara rasmi.
34
PERATURAN AKADEMIK UiTM (PINDAAN 2013) SENARAI JADUAL Jadual 1: Komponen Kurikulum Pengajian
BIL.
PERATUS UNIT PERATUS UNIT KREDIT PROGRAM KREDIT PROGRAM DIPLOMA SARJANA MUDA
KOMPONEN KURIKULUM PENGAJIAN
1.
Kursus Universiti*
20 - 25
15 - 20
2.
Kursus Teras
55 - 65
50 - 70
3.
Kursus Minor/Elektif
10 - 25
25 - 30
*Nota: Semua komponen Kursus Universiti perlu disempurnakan dalam tempoh 3 semester pertama pengajian. Kelonggaran diberikan bagi kursus Bahasa Ketiga untuk program Sarjana Muda (sila rujuk Jadual 3). Jadual 2: Kursus Universiti Bagi Program Diploma
BIL.
KURSUS UNIVERSITI
JUMLAH UNIT KREDIT
TEMPOH
1.
Kokurikulum
3
3 semester
2.
Pendidikan Islam
6
3 semester
3.
Bahasa Inggeris
9
3 semester
4.
Asas Keusahawanan
3
1 semester
Jadual 3: Kursus Universiti Bagi Program Sarjana Muda BIL.
KURSUS UNIVERSITI
JUMLAH UNIT KREDIT
TEMPOH
1.
Kokurikulum
3
3 semester
2.
Sejarah Malaysia
2
1 semester
3.
Tamadun Islam & Tamadun Asia
2
1 semester
4.
Bahasa Inggeris
4 (minimum)
2 semester (minimum)
5.
Bahasa Ketiga
6
3 semester
35
PERATURAN AKADEMIK UiTM (PINDAAN 2013) Jadual 4: Jadual Nilai Gred MARKAH 90-100 80-89 75-79 70-74 65-69 60-64 55-59 50-54 47-49 44-46 40-43 30-39 0-29
GRED A+ A AB+ B BC+ C CD+ D E F
NILAI GRED 4.00 4.00 3.67 3.33 3.00 2.67 2.33 2.00 1.67 1.33 1.00 0.67 0
STATUS Lulus Lulus Lulus Lulus Lulus Lulus Lulus Lulus Gagal Gagal Gagal Gagal Gagal
Jadual 5: Anugerah Naib Canselor PROGRAM PENGAJIAN DAN KATEGORI KEMASUKAN
ANUGERAH DEKAN* (AD)
PROGRAM TIGA (3) TAHUN a. Tiga (3) semester pengajian dan satu (1) semester latihan amali b. Empat (4) semester pengajian tanpa latihan amali c. Lima (5) semester pengajian dan satu (1) semester latihan amali d. Enam (6) semester pengajian tanpa latihan amali
3 4 5 6
semester AD semester AD semester AD semester AD
PROGRAM EMPAT (4) TAHUN a. Lima (5) semester pengajian dan satu (1) semester latihan amali b. Enam (6) semester pengajian tanpa latihan amali c. Tujuh (7) semester pengajian dan satu (1) semester latihan amali d. Lapan (8) semester pengajian tanpa latihan amali
5 6 7 8
semester AD semester AD semester AD semester AD
PROGRAM DIPLOMA TIGA (3) TAHUN a. Empat (4) semester pengajian tanpa latihan amali (Trek Pantas) b. Empat (4) semester pengajian dan dua (2) semester latihan amali c. Lima (5) semester pengajian dan satu (1) semester latihan amali d. Lima (5) semester pengajian tanpa latihan amali (Trek Pantas) e. Enam (6) semester pengajian tanpa latihan amali
4 4 5 5 6
semester AD semester AD semester AD semester AD semester AD
*Nota: Jumlah Anugerah Dekan hendaklah diperolehi dalam tempoh pengajian yang ditetapkan (sila rujuk Perkara 2.5).
36
PERATURAN AKADEMIK UiTM (PINDAAN 2013) Jadual 6: Pengkelasan Sarjana Muda KELAS
JULAT HPNG
Pertama Kedua (Tinggi) Kedua (Rendah) Ketiga
3.50-4.00 3.00-3.49 2.20-2.99 2.00-2.19
Jadual 7: Kadar Pemulangan Yuran Pelajar UiTM Yang Memohon Bercuti atau Berhenti dari Universiti PROGRAM DIPLOMA & SARJANA MUDA Semester Baru
Yuran Pengajian
Bayaran Berulang Tabung Kesihatan Perkhidmatan Tabung Amanah Sukan Komputer Tabung Kecemasan Tabung Amanah Fakulti
Semester Dua ke Atas
Kadar Yuran
Pulang 80%
Kadar Yuran
Pulang 80%
RM
RM
RM
RM
200.00
160.00
200.00
160.00
40.00 115.00 25.00 30.00 5.00 50.00/100.00
Tabung i-Learn
5.00
Program Latihan Pelajar
15.00
JUMLAH
485.00/535.00
Tidak Dipulangkan 92.00 Tidak Dipulangkan Tidak Dipulangkan Tidak Dipulangkan Tidak Dipulangkan Tidak Dipulangkan Tidak Dipulangkan 252.00
40.00 110.00 25.00 30.00 5.00 50.00/100.00 5.00 15.00 480.00/530.00
SEMESTER PERTAMA SAHAJA Pusat Islam Pendaftaran Pelajar Baru JUMLAH JUMLAH YURAN
5.00 203.00
Tidak Dipulangkan Tidak Dipulangkan
208.00 693.00/743.00
(Rujuk JKP178)
37
Tidak Dipulangkan 88.00 Tidak Dipulangkan Tidak Dipulangkan Tidak Dipulangkan Tidak Dipulangkan Tidak Dipulangkan Tidak Dipulangkan 248.00