TERHAD
TERHAD
MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA (MALAYSIAN EXAMINATIONS COUNCIL)
PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE EXAMINATION)
Manual Kerja Kursus Projek Kajian Seni Visual Kertas 3 (970/3) Penggal 3 Tahun 2016
PERINGATAN : Manual ini khusus untuk penggunaan guru/calon sahaja Buku panduan ini terdiri daripada 25 halaman bercetak. © Majlis Peperiksaan Malaysia TERHAD STPM 2016 - 970/3/KK/P3
TERHAD
KANDUNGAN Bil.
Perkara
Halaman
BAHAGIAN I : GURU 1.0
Pengenalan
3
2.0
Objektif
3.0
Pelaksanaan Kerja Projek
4
3.1
Arahan Umum
4
3.2
Tanggungjawab Pengetua
4–5
3.3
Tanggungjawab Guru
5–7
3.4
Tanggungjawab Calon
8–9
3–4
4.0
Jadual Perancangan dan Pelaksanaan Kerja Kursus
5.0
Penyediaan Projek Kajian Seni Visual
9– 12 12 13 – 17
Lampiran
BAHAGIAN II : CALON 6.0
Tanggungjawab Calon
18 – 19
7.0
Jadual Perancangan dan Pelaksanaan Kerja Kursus
19 – 21
8.0
Penyediaan Projek Kajian Seni Visual
22
2 STPM 2016 - 970/3/KK/P3
TERHAD
TERHAD
BAHAGIAN I : GURU
1.0
Pengenalan Panduan ini disediakan untuk guru/pemeriksa dan calon bagi melaksanakan Projek Kajian Seni Visual bagi penggal 3. Setiap calon STPM sekolah kerajaan dan calon sekolah bantuan kerajaan wajib melaksanakan kerja projek ini sebagai satu daripada komponen pentaksiran untuk penggal 3. Penyediaan kerja projek ini mestilah dijalankan mengikut tempoh yang ditetapkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia.
2.0
Objektif Panduan ini bertujuan untuk memberikan arahan dan rujukan bagi guru/pemeriksa dan calon untuk melaksanakan Projek Kajian Seni Visual dan cara pentaksirannya. Objektif kerja projek ini disediakan adalah untuk mentaksir keupayaan calon dalam : (a)
Menganalisis permasalahan dan penyelesaian visual menerusi cadangan pengkaryaan
(b)
Mengemukakan keaslian idea dan konsep menerusi kajian, eksperimentasi, eksplorasi, rujukan, dan sumber
(c)
Menentukan pendekatan aspek formal yang dipilih yang melibatkan elemen, media, dan teknik
(d)
Menentukan gaya penghasilan atau penampilan karya
(e)
Mengaplikasikan pendekatan penyelidikan dan penyelesaian masalah dalam proses penghasilan karya
(f)
Menghasilkan lakaran yang menjurus kepada yang konkrit
(g)
Menggunakan kepelbagaian kajian, eksperimentasi, dan eksplorasi terhadap media dan teknik
(h)
Menjalinkan aspek formal dengan idea dan mesej
(i)
Menunjukkan kekuatan gaya yang tersendiri
(j)
Mengenengahkan idea-idea yang asli dan baharu dalam pengkaryaan dan perekaan
(k)
Berhujah terhadap konsep, bentuk, dan sumbangan karya dalam konteks yang dipilih
(l)
Mendokumentasikan proses penghasilan karya secara penulisan dan visual
(m) Mengorganisasikan persembahan dan peragaan karya
3 STPM 2016 - 970/3/KK/P3
TERHAD
TERHAD
(n)
3.0
Mengaplikasi kemahiran insaniah (soft skills) yang menjurus kemahiran berkomunikasi, kemahiran bekerjasama, kemahiran mengurus masa, dan menjalankan kajian secara jujur, amanah, dan beretika.
Pelaksanaan Kerja Projek 3.1
3.2
Arahan Umum 3.1.1
Calon dikehendaki memilih satu soalan projek kajian daripada dua soalan yang diberikan.
3.1.2
Soalan Projek Kajian Seni Visual terdiri daripada bidang pengkaryaan dan perekaan.
3.1.3
Calon perlu menghasilkan karya seni berdasarkan soalan yang dipilih.
3.1.4
Tempoh pelaksanaan kerja projek ini adalah sepanjang penggal 3.
Tanggungjawab Pengetua 3.2.1
Mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Kursus Tingkatan Enam peringkat sekolah
3.2.2
Memastikan ahli jawatankuasa kerja kursus sekolah menyediakan Fail Induk Kerja Kursus Tingkatan Enam dan setiap guru akademik tingkatan enam mempunyai Fail Kerja Kursus bagi mata pelajaran masing-masing
3.2.3
Memastikan bahawa calon yang mengambil kertas 970/3 mendapat bimbingan dan penyeliaan kerja projek daripada guru yang berkelayakan dalam bidang Seni Visual
3.2.4
Menyediakan kemudahan asas yang diperlukan untuk melaksanakan kerja projek Seni Visual STPM di sekolah
3.2.5
Memastikan bahawa calon tidak menghadapi masalah dalam penyediaan semua peralatan dan bahan yang diperlukan untuk menjalankan tugasan kerja projek. MPM tidak menyediakan sebarang peruntukan kepada sekolah untuk membiayai penyediaan keperluan berkenaan.
3.2.6
Memastikan bahawa pelaksanaan kerja projek ini diserapkan dalam strategi pengajaran dan bukan merupakan kerja tambahan yang memerlukan persediaan dan waktu yang berasingan. Kerja projek merupakan sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran.
3.2.7
Mendapatkan maklumat daripada Guru Seni Visual tentang tahap kemajuan kerja projek calon dan masalah yang mungkin dihadapi oleh calon
3.2.8
Memastikan bahawa kerja projek ini dilaksanakan dengan teratur dalam tempoh yang ditetapkan 4 STPM 2016 - 970/3/KK/P3 TERHAD
TERHAD
3.2.9
Memastikan penyediaan ruang untuk penyimpanan hasil kerja projek calon di sekolah
3.2.10 Memastikan guru menyimpan evidens kerja projek calon dalam tempoh enam bulan daripada tarikh penghantaran markah kepada MPM 3.2.11 Memastikan evidens kerja projek dilupuskan dalam tempoh enam bulan selepas tarikh keputusan STPM diumumkan 3.3
Tanggungjawab Guru 3.3.1
Memastikan bahawa calon memahami kehendak Sukatan Pelajaran Seni Visual sebaik-baiknya
3.3.2
Memastikan semua calon memahami keperluan menjalankan Projek Kajian Seni Visual
3.3.3
Memuat turun Manual Kerja Kursus (Kerja Projek) Seni Visual dari portal MPM.
3.3.4
Menyediakan tempat yang sesuai untuk calon menjalankan tugasan kerja projek mereka di sekolah. Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) tidak menyediakan peruntukan untuk membiayai penyediaan tempat berkenaan.
3.3.5
Memberikan penjelasan kepada calon dan berbincang dengan mereka tentang Soalan Kerja Kursus Seni Visual Kertas 3 (Projek Kajian Seni Visual) 970/3 STPM 2015 secara terperinci
3.3.6
Memastikan bahawa calon mempunyai peralatan dan bahan yang sesuai untuk menghasilkan karya. MPM tidak menyediakan peruntukan untuk membiayai penyediaan peralatan dan bahan berkenaan.
3.3.7
Mengingatkan calon bahawa kerja kursus ini merupakan sebahagian daripada peperiksaan, dan dengan yang demikian, kerja projek ini terikat dengan peraturan peperiksaan
3.3.8
Memastikan bahawa calon menjalankan kerja projek masing-masing secara individu tanpa bantuan dari pihak luar
3.3.9
Membimbing calon dalam aspek yang berikut: (a) Memilih soalan untuk menjalankan kerja projek (b) Memahami kehendak soalan Projek Kajian Seni Visual (c) Mengenal pasti buku, majalah, artikel, dan dokumen rujukan yang sesuai
5 STPM 2016 - 970/3/KK/P3
TERHAD
TERHAD
3.3.10 Memastikan semua calon melaksanakan kerja kursus (Projek Kajian Seni Visual) berdasarkan garis panduan dan tempoh yang ditetapkan dalam Jadual Perancangan dan Pelaksanaan Projek Kajian Seni Visual 3.3.11 Memastikan semua calon menunjukkan kemajuan dalam setiap proses kerja projek mengikut masa yang ditetapkan oleh guru mata pelajaran Seni Visual 3.3.12 Mengingatkan calon agar setiap kajian/eksplorasi/percubaan (seperti percubaan media atau teknik) disimpan dengan baik dalam fail/buku lakaran (sketch book)/kertas lukisan (drawing block)/sebarang medium yang digunakan secara spontan (seperti lakaran pada buku note pad dan sebagainya) 3.3.13 Memastikan calon tidak menciplak atau meminta sesiapa sahaja untuk menghasilkan kerja projek calon 3.3.14 Menyelia dan membimbing calon dalam melaksanakan kerja projek sebagaimana yang diperlukan. Walau bagaimanapun, guru Seni Visual tidak dibenarkan sama sekali memberikan bantuan amali kepada calon bagi setiap proses yang dilaksanakan oleh calon. 3.3.15 Memantau perkembangan proses kerja projek setiap calon dari semasa ke semasa sepanjang tempoh pelaksanaan kerja projek 3.3.16 Memastikan calon sentiasa membawa dan mengisi Borang Rekod Kerja Kursus Calon (BRKKC) (Lampiran 1) setiap kali pertemuan/perbincangan bersama guru dalam pelaksanaan proses kerja projek 3.3.17 Guru Seni Visual hendaklah memberikan ulasan, cadangan, dan tunjuk ajar secara berterusan kepada calon agar calon berpeluang membuat penambahbaikan pada hasil kerja masing-masing 3.3.18 Memastikan bahawa tidak terdapat unsur sensitif yang menyentuh aspek budaya, kaum, jantina, agama, dan politik dalam kerja projek setiap calon 3.3.19 Memastikan bahawa aspek keselamatan diberikan perhatian sepanjang masa kerja projek dilaksanakan 3.3.20 Membimbing calon dalam persembahan dan peragaan kerja projek kajian seni visual yang ditetapkan oleh guru/pihak sekolah 3.3.21 Memastikan semua calon menghantar kerja projek untuk disemak dan dinilai kepada guru Seni Visual pada masa dan tarikh yang telah ditetapkan oleh guru/pihak sekolah. Muka hadapan Projek Kajian Seni Visual (pendokumentasian) hendaklah digunakan muka hadapan yang telah ditetapkan oleh MPM (Lampiran 2). 3.3.22 Mengingatkan calon bahawa kegagalan menghantar kerja kursus (Projek Kajian Seni Visual) pada tarikh yang ditetapkan oleh guru 6 STPM 2016 - 970/3/KK/P3 TERHAD
TERHAD
akan menyebabkan calon dianggap tidak melaksanakan kerja kursus (Projek Kajian Seni Visual) dan tidak mengambil kertas 970/3, seterusnya akan gagal dalam keseluruhan mata pelajaran Seni Visual STPM 3.3.23 Memastikan calon mengisi maklumat dan menandatangani Borang Perakuan Calon (BPC) (Lampiran 3) yang dilampirkan bersama kerja projek 3.3.24 Menandatangani Borang Perakuan Calon (BPC) (Lampiran 3) yang telah diisi dan ditandatangani oleh calon, dan mengisi markah pada Borang Markah Kerja Kursus Calon (BMKKC) (Lampiran 4) serta menandatanganinya 3.3.25 Mengisikan markah keseluruhan setiap calon pada Borang Rumusan Markah Kerja Kursus Calon (BRMKKC) (Lampiran 5) serta menandatanganinya. Mendapatkan perakuan/pengesahan daripada pengetua untuk Borang Rumusan Markah Kerja Kursus Calon (BRMKKC) tersebut. 3.3.26 Mematuhi penskoran dan kriteria penilaian yang telah disediakan oleh MPM ketika mentaksir kerja projek kajian seni visual calon 3.3.27 Memasukkan markah kerja projek kajian seni visual calon dengan menggunakan aplikasi e-submission yang telah ditetapkan oleh MPM. Kegagalan menghantar markah kerja projek kajian seni visual calon akan menyebabkan calon dianggap tidak melaksanakan kerja projek kajian seni visual dan tidak mengambil kertas 970/3, seterusnya akan gagal dalam keseluruhan mata pelajaran Seni Visual STPM 3.3.28 Borang Markah Kerja Kursus Calon (BMKKC) (Lampiran 4) dan Borang Rumusan Markah Kerja Kursus Calon (BRMKKC) (Lampiran 5) hendaklah dihantar ke alamat yang berikut: Bahagian Pengendalian Peperiksaan STPM dan MUET Majlis Peperiksaan Malaysia Persiaran 1, Bandar Baru Selayang, 68100, Batu Caves, Selangor (u/p: Setiausaha Bahagian Pengendalian Peperiksaan STPM dan MUET) Guru perlu menyimpan salinan borang tersebut BMKKC dan BRMKKC di dalam fail kerja kursus. Borang BMKKC dan BRMKKC perlu dihantar sebelum 9 November 2016, manakala markah dari e-submission (yang telah dihantar) perlu dicetak dan disimpan fail kerja kursusnya. 3.3.30 Untuk pembentangan/persembahan pelajar yang diberikan markah oleh guru, ia perlulah dilakukan secara tertutup. Guru dan calon perlu menjaga dan mempamerkan kerja projek kajian seni visual dari 19 – 23 September 2016 untuk persembahan/peragaan kepada umum.
7 STPM 2016 - 970/3/KK/P3
TERHAD
TERHAD
3.3.31 Menyimpan evidens kerja projek calon di tempat yang tidak terdedah dan selamat dari tarikh memasukkan markah ke e-submission tamat hingga keputusan STPM diumumkan 3.3.32 Melupuskan evidens kerja projek calon dalam tempoh enam bulan selepas tarikh keputusan STPM diumumkan (rujuk lampiran). 3.4
Tanggungjawab Calon 3.4.1
Memahami sukatan pelajaran Seni Visual dan tugasan untuk melaksanakan kerja kursus (projek kajian seni visual)
3.4.2
Melaksanakan kerja kursus (projek kajian seni visual) dalam tempoh yang ditetapkan (rujuk Jadual Perancangan dan Pelaksanaan Projek Kajian Seni Visual)
3.4.3
Mematuhi semua prosedur dan peraturan keselamatan sebelum, semasa, dan selepas kerja kursus (projek kajian seni visual) dijalankan
3.4.4
Menghasilkan kerja kursus (projek kajian seni visual) secara individu
3.4.5
Berdasarkan soalan tugasan yang dipilih, calon perlu : (a) Memahami skop tugasan dan merujuk Jadual Perancangan dan Pelaksanaan Projek Kajian Seni Visual yang disediakan (b) Mendapatkan bimbingan daripada guru bagi kefahaman yang jelas akan soalan yang dipilih (c) Menyiapkan tugasan mengikut masa/tempoh yang ditetapkan oleh guru/pihak sekolah
3.4.6
Menyimpan setiap kajian/eksplorasi/percubaan (seperti percubaan media atau teknik) disimpan dengan baik dalam fail/buku lakaran(sketch book)/kertas lukisan (drawing block)/sebarang medium yang digunakan secara spontan (seperti lakaran pada buku note pad dan sebagainya)
3.4.7
Menyimpan kesemua kajian/eksplorasi/percubaan yang telah dirujuk kepada guru di tempat penyimpanan yang ditetapkan oleh guru (fail/dijilid/drawing folder dan sebagainya)
3.4.8
Mengelak diri daripada menciplak atau meminta sesiapa untuk menghasilkan kerja projek calon
3.4.9
Mengisi maklumat Borang Rekod Kerja Kursus Calon (BRKCC) (Lampiran 1) dan sentiasa membawanya setiap kali pertemuan/perbincangan dengan guru dalam melaksana kerja projek
3.4.10 Menggunakan muka hadapan Projek Kajian Seni Visual (pendokumentasian) yang telah ditetapkan oleh MPM (Lampiran 2)
8 STPM 2016 - 970/3/KK/P3
TERHAD
TERHAD
3.4.11 Menghantar kerja projek untuk disemak dan dinilai oleh guru Seni Visual pada masa dan tarikh yang telah ditetapkan oleh guru/pihak sekolah. Kegagalan menghantar kerja kursus (Projek Kajian Seni Visual) pada tarikh yang ditetapkan oleh guru akan menyebabkan calon dianggap tidak melaksanakan kerja kursus (Projek Kajian Seni Visual) dan tidak mengambil kertas 970/3 seterusnya akan gagal dalam keseluruhan mata pelajaran Seni Visual STPM 3.4.12 Mengakui kerja projek kajian seni visual yang dihasilkan ialah hasil kerja calon sendiri dengan menandatangani Borang Perakuan Calon (BPC) (Lampiran 3) 3.4.13 Berkerjasama dengan rakan untuk menetapkan tempat bagi persembahan dan peragaan kerja projek. Calon perlu mengikut peraturan sekolah dan meminta kebenaran daripada pengetua jika ingin mengadakan persembahan dan peragaan (mini pameran) di luar kelas 3.4.14 Untuk pembentangan/persembahan pelajar yang diberikan markah oleh guru, ia perlulah dilakukan secara tertutup. Guru dan calon perlu menjaga dan mempamerkan kerja projek kajian seni visual dari 19 – 23 September 2016 untuk persembahan/peragaan kepada umum
9 STPM 2016 - 970/3/KK/P3
TERHAD
TERHAD
4.0
Jadual Perancangan dan Pelaksanaan Projek Kajian Seni Visual 4.1
Guru hendaklah merancang dan melaksanakan penilaian kerja kursus (projek kajian seni visual) bagi semua calonnya berdasarkan tugasan yang disediakan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia
4.2
Cadangan Jadual Perancangan dan Pelaksanaan Projek Kajian Seni Visual adalah seperti berikut :
Tarikh
Perancangan dan Pelaksanaan Aktiviti
18 Mei 2016
MPM memuat naik bahan berikut dalam portal MPM (www.mpm.edu.my)
Tindakan JU/Guru
Tindakan Calon
Memuat turun Manual Kerja Kursus dan Kriteria Penilaian dan Pemarkahan Seni Visual STPM 2016
(a) Manual Kerja Kursus yang mengandungi Bahagian I : Guru, Bahagian II : Calon
Tidak berkenaan
(b) Kriteria Penilaian dan Pemarkahan
13 Jun 2016 MPM memuat naik bahan berikut dalam portal MPM (12 Jun 2016 bagi (www.mpm.edu.my)
negeri Kelantan, Terengganu , Kedah, dan Johor)
Mengedarkan soalan dan manual kepada calon
Memberi penerangan tugasan kepada calon
(a) Soalan Kerja Kursus Seni Visual STPM 2016
Memperbanyak Manual Bahagian II:Calon serta soalan kerja kursus
Calon menerima soalan dan manual.
Calon memilih soalan dan mendapatkan idea untuk soalan yang dipilih
(minggu pertama penggal 3)
10 STPM 2016 - 970/3/KK/P3
TERHAD
TERHAD
Tarikh 20 Jun – 1 Julai 2016 (minggu 2 – 3)
Perancangan dan Pelaksanaan Aktiviti Cadangan pengkaryaan
(minggu 4 – 13) 10 minggu *Minggu 14 – cuti sekolah 10 – 28 September 2016
Guru perlu memastikan pelajar sudah mempunyai pilihan dan idea
(a) Penulisan (idea perlu disokong dengan visual) (b) Pembentangan (untuk tujuan perbincangan dan memantapkan proposal)
4 Julai – 9 September 2016
Tindakan JU/Guru
Penghasilan karya/perekaan (a) (b) (c) (d) (e) (f) (g) (h) (i)
Kajian visual Lakaran Lukisan akhir Kajian media Kajian teknik Karya akhir Ketepatan subjek Kekuatan aspek formal Gaya penampilan tersendiri (j) Kekuatan kandungan/fungsi (k) Keaslian (l) Kemasan (m) Dokumentasi tatacara penghasilan karya (n) Kemasan dokumentasi * dokumentasi perlu disokong dengan gambar/foto
Guru perlu memberi markah pada borang BMKKC (Lampiran 4)
Guru perlu membimbing calon dalam penghasilan karya
Guru tidak dibenarkan untuk membantu calon melakukan/ menyiapkan tugasan calon
Setiap pertemuan atau perbincangan antara guru dengan calon, guru perlu merekodkannya dalam borang BRKKC (Lampiran 1)
Bagi setiap proses yang calon laksanakan, guru perlu memberi markah pada borang BMKKC (Lampiran 4)
Tindakan Calon
Calon telah membuat pilihan.
Calon perlu memberi penerangan/ pembentangan idea kepada guru.
Calon perlu menyiapkan cadangan pengkaryaan mengikut tarikh yang ditetapkan.
Calon perlu menghasilkan karya berdasarkan idea/kemahiran sendiri
Calon perlu mendapatkan bimbingan daripada guru untuk setiap proses pelaksanaan kerja kursus agar kesilapan tidak dilakukan.
Bagi setiap pertemuan atau perbincangan antara guru dengan calon, calon perlu merekodkannya dalam borang BRKKC (Lampiran 1)
Calon perlu menyiapkan proses penghasilan karya mengikut tarikh yang ditetapkan.
11 STPM 2016 - 970/3/KK/P3
TERHAD
TERHAD
Tarikh 19 – 23 September 2016 (minggu 15)
Perancangan dan Pelaksanaan Aktiviti (a) Persembahan dan peragaan
Tindakan JU/Guru
Guru perlu membimbing calon untuk mengadakan peragaan hasil karya calon
Guru perlu memastikan semasa persembahan secara lisan/ pembentangan calon, ia tidak diadakan secara terbuka.
(b) Peragaan (c) Pameran dan kemasan (d) Apresiasi (e) Penyataan karya secara bertulis dan pembentangan lisan
* esubmission dibuka bermula tarikh 26 September – 26 Oktober 2016
Setiap persembahan dan peragaan yang calon laksanakan, guru perlu memberikan markah pada borang BMKKC (Lampiran 4)
Guru perlu memasukkan markah keseluruhan setiap pelajar pada borang BRMKKC (Lampiran 5).
Guru perlu menghantar borang BMKKC (Lampiran 4) dan borang BRMKKC (Lampiran 5) ke MPM. Salinan borangborang tersebut perlu disimpan di dalam fail kerja kursus.
Guru perlu memasukkan markah keseluruhan pelajar ke dalam e-submission sebelum 26 Oktober 2016. Guru perlu mencetak markah e-submission dan simpan di dalam fail kerja kursus.
* e-submission dibuka pada minggu akhir bulan September
Tindakan Calon
Calon perlu memperagakan hasil karya dalam pameran mini dengan bimbingan guru.
Calon perlu membentangkan/ mempersembahkan hasil karya secara lisan dan bertulis.
Calon perlu menjaga pameran mini jika ada warga sekolah (bukan calon seni) yang ingin melihat pameran pada luar waktu pembentangan/ persembahan dengan guru
12 STPM 2016 - 970/3/KK/P3
TERHAD
TERHAD
5.0 Penyediaan Projek Penghasilan Karya 5.1
Projek kajian seni visual hendaklah dibuat dalam bentuk dua dimensi (2D) atau tiga dimensi (3D) mengikut spesifikasi yang ditetapkan bagi setiap soalan kerja projek.
5.2
Bahan berbahaya seperti kaca, besi atau dawai yang tajam, bahan beracun (toksik), bahan cecair, dan bahan mudah pecah tidak boleh digunakan untuk menghasilkan kerja projek.
5.3
Unsur sensitif yang menyentuh aspek budaya, kaum, jantina, agama, dan politik tidak dibenarkan sama sekali digunakan dalam kerja projek.
5.4
Pendokumentasian hendaklah mengandungi dokumentasi bertulis dan bergambar tentang keseluruhan proses pengkaryaan atau perekaan.
5.5
Pendokumentasian hendaklah mengandungi perihalan, ilustrasi, dan lakaran, gambar, dan rujukan seperti yang dikehendaki oleh soalan kerja projek yang berkenaan.
5.6
Gambar langkah-langkah semasa melaksanakan kerja projek hendaklah disertakan dalam pendokumentasian.
5.7
Kerja projek hendaklah dijalankan secara individu dengan bimbingan dan penyeliaan oleh guru Seni Visual.
5.8
Dalam proses pelaksanaan kerja projek kajian seni visual, calon tidak dibenarkan sama sekali mendapatkan bantuan amali daripada orang lain.
5.9
Calon hendaklah melaksanakan kerja projek kajian seni visual mengikut kreativiti sendiri. Walau bagaimanapun, saiz hasil karya mestilah mengikut spesifikasi yang ditentukan bagi soalan kerja projek yang dipilih.
5.10
Sekiranya terdapat bukti bahawa kerja projek kajian seni visual yang dihantar itu bukan hasil kerja calon yang sebenar, keputusan peperiksaan calon bagi mata pelajaran Seni Visual akan dibatalkan.
13 STPM 2016 - 970/3/KK/P3
TERHAD
TERHAD
Lampiran 1 BRKKC
MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA SIJIL TINGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA PROJEK KAJIAN SENI VISUAL PENGGAL 3 TAHUN 2016 MATA PELAJARAN/KOD: SENI VISUAL 3 (970/3) BORANG REKOD KERJA KURSUS CALON No. pusat/angka giliran: .............................. Tarikh aktiviti
No. kad pengenalan:................................................
Aktiviti dalam Projek Kajian Seni Visual (Untuk diisi oleh calon)
Ulasan guru
Tandatangan Calon
Tandatangan guru
(Jadual aktiviti ini boleh melebihi satu halaman)
Pengesahan Guru Seni Visual Saya mengesahkan bahawa calon ini telah menjalankan sendiri setiap tahap proses kerja dalam Projek Kajian Seni Visual STPM 2016 mengikut peraturan yang ditetapkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia. Tandatangan Guru Seni Visual: ................................................ Nama Guru Seni Visual: ........................................................... Tarikh: ............................................. Catatan: Borang ini hendaklah dibawa setiap kali pertemuan antara guru-calon dan dilampirkan pada bahagian depan (sebelum pendokumentasian kerja projek) apabila kerja kursus dihantar kepada guru untuk dinilai
14 TERHAD
TERHAD
Lampiran 2
MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA 2016 Projek Penghasilan Karya Seni Visual PENGGAL 3 TAHUN 2016 MATA PELAJARAN/KOD: SENI VISUAL 3 (970/3)
TAJUK
NAMA CALON NOMBOR KAD PENGENALAN ANGKA GILIRAN ALAMAT SEKOLAH/ ALAMAT CALON
NAMA GURU/PENILAI TANDATANGAN GURU/PENILAI TARIKH
15 TERHAD
TERHAD
Lampiran 3 BPC
MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA PROJEK KAJIAN SENI VISUAL PENGGAL 3 TAHUN 2016 MATA PELAJARAN/KOD: SENI VISUAL 3 (970/3) BORANG PERAKUAN CALON
Borang ini mestilah ditandatangani oleh calon dan guru/pemeriksa yang memeriksa kerja projek calon, dan dilampirkan bersama dengan kerja projek yang dihantar kepada guru/pemeriksa. Kegagalan calon menandatangani borang perakuan ini akan menyebabkan calon tidak diberikan sebarang markah untuk kerja projek yang dihasilkan. Nama Calon No. Kad Pengenalan Calon Angka Giliran Calon Nama Pusat PBS Calon Makluman kepada Calon: Kerja projek yang dihantar untuk dinilai mestilah merupakan hasil kerja calon sendiri. Kerja projek calon boleh dibatalkan sekiranya calon didapati meniru kerja projek calon lain atau membenarkan calon lain untuk meniru kerja projek yang dihasilkan oleh calon sendiri, atau calon didapati menipu dalam apa cara sekalipun bagi menghasilkan kerja projek tersebut. Perakuan Keaslian Kerja Projek Calon: Saya telah membaca dan memahami makluman di atas. Saya telah menghasilkan kerja projek penghasilan karya Seni Visual (970) tanpa bantuan daripada mana-mana pihak, kecuali dengan penerangan oleh pihak yang dibenarkan, iaitu guru mata pelajaran Seni Visual di sekolah. Tandatangan Calon Tarikh Perakuan oleh Guru/Pemeriksa: Saya mengesahkan bahawa kerja projek Seni Visual (970) telah dihasilkan mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan. Saya telah memeriksa kerja projek calon dan saya berpuas hati bahawa sepanjang pengetahuan saya, kerja projek tersebut telah dihasilkan sendiri oleh calon. Tandatangan Guru/Pemeriksa Nama Guru/Pemeriksa Tarikh Alamat 16 TERHAD
TERHAD Lampiran 4 BMKKC (PENGKARYAAN) MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA PROJEK KAJIAN SENI VISUAL (970/3) BORANG MARKAH KERJA KURSUS CALON (PENGKARYAAN)
Nama Calon : …………………………..........………........... No. Kad Pengenalan : ………………………..........………..
Format/Kriteria penilaian Cadangan pengkaryaan
Format/Kriteria penilaian Penghasilan karya Format/kriteria penilaian Persembahan dan peragaan
Penilai
Pernyataan permasalahan kajian [20]
Penentuan tema, konsep, subjek, dan kandungan [20]
Lakaran dan kajian visual [20]
Lukisan akhir [10]
Angka Giliran : ………......……………
Penentuan pendekatan aspek formal dan gaya penghasilan [30]
Pernyataan kepentingan projek dan keaslian [20]
Pemilihan media dan teknik [20]
Penentuan gaya penghasilan [10]
Sumber dan rujukan [10]
Jumlah [100]
Markah selepas faktor [20]
Guru/ Penyelaras
Penilai
Karya akhir [30]
Pendokumentasian proses penghasilan karya secara penulisan dan visual [10]
Jumlah [100]
Markah selepas faktor [60]
Jumlah [100]
Markah selepas faktor [20]
Guru/ Penyelaras
Penilai
Apresiasi [30]
Pameran hasil karya dan kemasan [70] Lisan [20] (Viva)
Tulisan [10] (Pernyataan karya)
Guru Penyelaras
PENGAKUAN GURU/PEMERIKSA Saya memperakui bahawa markah dan butiran di atas adalah benar.
PENGESAHAN PENYELARAS Saya mengesahkan bahawa markah dan butiran di atas adalah benar.
Tandatangan Guru/Pemeriksa:………………………….……………….. Nama : …………………………………………………….…………….. No. Kad Pengenalan : ……………………………… Tarikh : ………………………………………. No. Telefon (sekolah) : ……………………… (bimbit) : ………………………
Tandatangan Penyelaras:………………………………….…….……..…….. Nama : ……………………………………………………….…..………….. No. Kad Pengenalan : ……………………………… Tarikh : ………………………………………. No. Telefon (sekolah) : ……………………… (bimbit) : ………………………
Nota: Jumlah markah yang diperoleh calon hendaklah dihantar kepada Majlis Peperiksaan Malaysia dengan menggunakan perisian e-submission mengikut tarikh yang telah ditetapkan (rujuk Jadual Perancangan dan Pelaksanaan Projek Kajian Seni Visual).
17 TERHAD
TERHAD Lampiran 4 BMKKC (PEREKAAN) MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA PROJEK KAJIAN SENI VISUAL (970/3) BORANG MARKAH KERJA KURSUS CALON (PEREKAAN)
Nama Calon : …………………………..........………........... No. Kad Pengenalan : ………………………..........………..
Format/Kriteria penilaian Cadangan perekaan
Penilai
Penilai
Penghasilan reka bentuk
Guru/ Penyelaras
Persembahan dan peragaan
Pernyataan permasalahan kajian [20]
Penentuan konsep, fungsi, ruang, elemen, dan susun atur [30]
Pemilihan bahan dan teknik untuk pembuatan model [20]
Pernyataan kepentingan projek dan keaslian [20]
Lakaran dan kajian visual [20]
Lakaran perspektif [20]
Lukisan pelan tapak berskala [20]
Pembuatan model [30]
Sumber dan rujukan [10]
Jumlah [100]
Markah selepas faktor [20]
Pendokumentasian proses penghasilan karya secara penulisan dan visual [10]
Jumlah [100]
Markah selepas faktor [60]
Jumlah [100]
Markah selepas faktor [20]
Guru/ Penyelaras
Format/Kriteria penilaian
Format/kriteria penilaian
Angka Giliran : ………......……………
Apresiasi [30] Penilai
Pameran perekaan model dan kemasan [70]
Lisan [20] (Viva)
Tulisan [10] (Pernyataan karya)
Guru Penyelaras
PENGAKUAN GURU/PEMERIKSA Saya memperakui bahawa markah dan butiran di atas adalah benar.
PENGESAHAN PENYELARAS Saya mengesahkan bahawa markah dan butiran di atas adalah benar.
Tandatangan Guru/Pemeriksa:………………………….……………….. Nama : …………………………………………………….…………….. No. Kad Pengenalan : ……………………………… Tarikh : ………………………………………. No. Telefon (sekolah) : ……………………… (bimbit) : ………………………
Tandatangan Penyelaras:………………………………….…….……..…….. Nama : ……………………………………………………….…..………….. No. Kad Pengenalan : ……………………………… Tarikh : ………………………………………. No. Telefon (sekolah) : ……………………… (bimbit) : ………………………
Nota: Jumlah markah yang diperoleh calon hendaklah dihantar kepada Majlis Peperiksaan Malaysia dengan menggunakan perisian e-submission mengikut tarikh yang telah ditetapkan (rujuk Jadual Perancangan dan Pelaksanaan Projek Kajian Seni Visual).
18 TERHAD
TERHAD Lampiran 5 BRMKKC
MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA BORANG RUMUSAN MARKAH KERJA KURSUS CALON PENGGAL :
TAHUN: ____________
MATA PELAJARAN/KOD: SENI VISUAL 3 (970/3) NAMA SEKOLAH/NO.PUSAT: (Uutuk diisi oleh guru/pemeriksa) BIL.
ANGKA GILIRAN
NO. KAD PENGENALAN
MARKAH
CATATAN
(Senarai markah ini boleh melebihi satu halaman) PENGAKUAN GURU/PEMERIKSA
PERAKUAN PENGETUA
Saya memperakui bahawa markah dan butiran di atas adalah benar. Tandatangan Guru:………………………......... Nama:……………………………………….....
Saya memperakui bahawa markah dan butiran di atas adalah benar. Tandatangan Pengetua :……………......... Nama:…………………………………………….
No. Kad Pengenalan:…………………………..
No. Kad Pengenalan:…………………………….
Tarikh:……………………………………........ No. Telefon (sekolah):………………………... (bimbit):…………………………
Tarikh:…………………………………………... No. Telefon (sekolah):…………………………... (bimbit):………………………….....
Nota: Borang Rumusan Markah Kerja Kursus Calon ini hendaklah dihantar ke Majlis Peperiksaan Malaysia mengikut tarikh yang telah ditetapkan (rujuk Jadual Perancangan dan Pelaksanaan Projek Kajian Seni Visual).
19 TERHAD
TERHAD
BAHAGIAN II : CALON 6.0
Tanggungjawab Calon 6.1
Memahami sukatan pelajaran Seni Visual dan tugasan untuk melaksanakan kerja kursus (projek kajian seni visual)
6.2
Melaksanakan kerja kursus (projek kajian seni visual) dalam tempoh yang ditetapkan (rujuk Jadual Perancangan dan Pelaksanaan Projek Kajian Seni Visual)
6.3
Mematuhi semua prosedur dan peraturan keselamatan sebelum, semasa, dan selepas kerja kursus (projek kajian seni visual) dijalankan
6.4
Menghasilkan kerja kursus (projek kajian seni visual) secara individu
6.5
Berdasarkan soalan tugasan yang dipilih, calon perlu: (a) Memahami skop tugasan dan merujuk Jadual Perancangan dan Pelaksanaan Projek Kajian Seni Visual yang disediakan (b) Mendapatkan bimbingan daripada guru bagi kefahaman yang jelas akan soalan yang dipilih (c) Menyiapkan tugasan mengikut masa/tempoh yang ditetapkan oleh guru/pihak sekolah
6.6
Menyimpan setiap kajian/eksplorasi/percubaan (seperti percubaan media atau teknik) disimpan dengan baik dalam fail/buku lakaran (sketch book)/kertas lukisan (drawing block)/sebarang medium yang digunakan secara spontan (seperti lakaran pada buku note pad dan sebagainya)
6.7
Menyimpan kesemua kajian/eksplorasi/percubaan yang telah dirujuk kepada guru di tempat penyimpanan yang ditetapkan oleh guru (fail/dijilid/drawing folder dan sebagainya)
6.8
Mengelak diri daripada menciplak atau meminta sesiapa untuk menghasilkan kerja projek calon
6.9
Mengisi maklumat Borang Rekod Kerja Kursus Calon (BRKCC) (Lampiran 1) dan sentiasa membawanya setiap kali pertemuan/perbincangan dengan guru dalam melaksana kerja projek
6.10
Menggunakan muka hadapan Projek Kajian Seni Visual (pendokumentasian) yang telah ditetapkan oleh MPM (Lampiran 2)
6.11
Menghantar kerja projek untuk disemak dan dinilai oleh guru Seni Visual pada masa dan tarikh yang telah ditetapkan oleh guru/pihak sekolah. Kegagalan menghantar kerja kursus (Projek Kajian Seni Visual) pada tarikh yang ditetapkan oleh guru akan menyebabkan calon dianggap tidak melaksanakan kerja kursus (Projek Kajian 20 TERHAD
TERHAD
Seni Visual) dan tidak mengambil kertas 970/3 seterusnya akan gagal dalam keseluruhan mata pelajaran Seni Visual STPM 6.12
Mengakui kerja projek kajian seni visual yang dihasilkan ialah hasil kerja calon dengan menandatangani Borang Perakuan Calon (BPC) (Lampiran 3)
sendiri
6.13
Berkerjasama dengan rakan untuk menetapkan tempat bagi persembahan dan peragaan kerja projek. Calon perlu mengikut peraturan sekolah dan meminta kebenaran daripada pengetua jika ingin mengadakan persembahan dan peragaan (mini pameran) di luar kelas
6.14
Untuk pembentangan/persembahan pelajar yang diberikan markah oleh guru, ia perlulah dilakukan secara tertutup. Guru dan calon perlu menjaga dan mempamerkan kerja projek kajian seni visual dari 19 – 23 September 2016 untuk persembahan/peragaan kepada umum
6.16
Sentiasa bersedia untuk membentangkan (persembahan dan peragaan) sebanyak dua kali jika kerja projek dipilih untuk pemantauan.
21 TERHAD
TERHAD
7.0
Jadual Perancangan dan Pelaksanaan Projek Kajian Seni Visual 7.1
Guru hendaklah merancang dan melaksanakan penilaian kerja kursus (projek kajian seni visual) bagi semua calonnya berdasarkan tugasan yang disediakan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia
7.2
Cadangan Jadual Perancangan dan Pelaksanaan Projek Kajian Seni Visual adalah seperti berikut :
Tarikh
Perancangan dan Pelaksanaan Aktiviti
18 Mei 2016
MPM memuat naik bahan berikut dalam portal MPM (www.mpm.edu.my)
Tindakan JU/Guru
Tindakan Calon
Memuat turun Manual Kerja Kursus dan Kriteria Penilaian dan Pemarkahan Seni Visual STPM 2016
(a) Manual Kerja Kursus yang mengandungi Bahagian I : Guru, Bahagian II : Calon
Tidak berkenaan
(b) Kriteria Penilaian dan Pemarkahan
13 Jun 2016 MPM memuat naik bahan berikut dalam portal MPM (12 Jun 2016 bagi (www.mpm.edu.my)
Memperbanyak Manual Bahagian II:Calon serta soalan kerja kursus
negeri Kelantan, Terengganu , Kedah, dan Johor)
Mengedarkan soalan dan manual kepada calon
Memberi penerangan tugasan kepada calon
(a) Soalan Kerja Kursus Seni Visual STPM 2016
Calon menerima soalan manual.
Calon memilih soalan dan mendapatkan idea untuk soalan yang dipilih
(minggu pertama penggal 3)
Tarikh
Perancangan dan Pelaksanaan Aktiviti
Tindakan JU/Guru
Tindakan Calon
22 TERHAD
TERHAD
20 Jun – 1 Julai 2016 (minggu 2 – 3)
Cadangan pengkaryaan
(minggu 4 – 13) 10 minggu *Minggu 14 – cuti sekolah 10 – 28 September 2016
Penghasilan karya/perekaan (o) (p) (q) (r) (s) (t) (u) (v) (w)
Kajian visual Lakaran Lukisan akhir Kajian media Kajian teknik Karya akhir Ketepatan subjek Kekuatan aspek formal Gaya penampilan tersendiri (x) Kekuatan kandungan/fungsi (y) Keaslian (z) Kemasan (aa) Dokumentasi tatacara penghasilan karya (bb) Kemasan dokumentasi * dokumentasi perlu disokong dengan gambar/foto
Tarikh
Guru perlu memastikan pelajar sudah mempunyai pilihan dan idea
(c) Penulisan (idea perlu disokong dengan visual) (d) Pembentangan (untuk tujuan perbincangan dan memantapkan proposal)
4 Julai – 9 September 2016
Perancangan dan Pelaksanaan Aktiviti
Guru perlu memberi markah pada borang BMKKC (Lampiran 4)
Guru perlu membimbing calon dalam penghasilan karya
Guru tidak dibenarkan untuk membantu calon melakukan/ menyiapkan tugasan calon
Setiap pertemuan atau perbincangan antara guru dengan calon, guru perlu merekodkannya dalam borang BRKKC (Lampiran 1)
Bagi setiap proses yang calon laksanakan, guru perlu memberi markah pada borang BMKKC (Lampiran 4)
Tindakan JU/Guru
Calon telah membuat pilihan.
Calon perlu memberi penerangan/ pembentangan idea kepada guru.
Calon perlu menyiapkan cadangan pengkaryaan mengikut tarikh yang ditetapkan.
Calon perlu menghasilkan karya berdasarkan idea/kemahiran sendiri
Calon perlu mendapatkan bimbingan daripada guru untuk setiap proses pelaksanaan kerja kursus agar kesilapan tidak dilakukan.
Bagi setiap pertemuan atau perbincangan antara guru dengan calon, calon perlu merekodkannya dalam borang BRKKC (Lampiran 1)
Calon perlu menyiapkan proses penghasilan karya mengikut tarikh yang ditetapkan.
Tindakan Calon
23 TERHAD
TERHAD
19 – 23 September 2016 (minggu 15)
(f) Persembahan dan peragaan
Guru perlu membimbing calon untuk mengadakan peragaan hasil karya calon
Guru perlu memastikan semasa persembahan secara lisan/ pembentangan calon, ia tidak diadakan secara terbuka.
(g) Peragaan (h) Pameran dan kemasan (i) Apresiasi (j) Penyataan karya secara bertulis dan pembentangan lisan
* esubmission dibuka bermula tarikh 26 September – 26 Oktober 2016
Setiap persembahan dan peragaan yang calon laksanakan, guru perlu memberikan markah pada borang BMKKC (Lampiran 4)
Guru perlu memasukkan markah keseluruhan setiap pelajar pada borang BRMKKC (Lampiran 5).
Guru perlu menghantar borang BMKKC (Lampiran 4) dan borang BRMKKC (Lampiran 5) ke MPM. Salinan borangborang tersebut perlu disimpan di dalam fail kerja kursus.
Guru perlu memasukkan markah keseluruhan pelajar ke dalam e-submission sebelum 26 Oktober 2016. Guru perlu mencetak markah e-submission dan simpan di dalam fail kerja kursus.
* e-submission dibuka pada minggu akhir bulan September
Calon perlu memperagakan hasil karya dalam pameran mini dengan bimbingan guru.
Calon perlu membentangkan/ mempersembahkan hasil karya secara lisan dan bertulis.
Calon perlu menjaga pameran mini jika ada warga sekolah (bukan calon seni) yang ingin melihat pameran pada luar waktu pembentangan/ persembahan dengan guru
24 TERHAD
TERHAD
8.0
Penyediaan Projek Penghasilan Karya 8.1
Projek kajian seni visual hendaklah dibuat dalam bentuk dua dimensi (2D) atau tiga dimensi (3D) mengikut spesifikasi yang ditetapkan bagi setiap soalan kerja projek.
8.2
Bahan berbahaya seperti kaca, besi atau dawai yang tajam, bahan beracun (toksik), bahan cecair, dan bahan mudah pecah tidak boleh digunakan untuk menghasilkan kerja projek.
8.3
Unsur sensitif yang menyentuh aspek budaya, kaum, jantina, agama, dan politik tidak dibenarkan sama sekali digunakan dalam kerja projek.
8.4
Pendokumentasian hendaklah mengandungi dokumentasi bertulis dan bergambar tentang keseluruhan proses pengkaryaan atau perekaan.
8.5
Pendokumentasian hendaklah mengandungi perihalan, ilustrasi, dan lakaran, gambar, dan rujukan seperti yang dikehendaki oleh soalan kerja projek yang berkenaan.
8.6
Gambar langkah-langkah semasa melaksanakan kerja projek hendaklah disertakan dalam pendokumentasian.
8.7
Kerja projek hendaklah dijalankan secara individu dengan bimbingan dan penyeliaan oleh guru Seni Visual.
8.8
Dalam proses pelaksanaan kerja projek kajian seni visual, calon tidak dibenarkan sama sekali mendapatkan bantuan amali daripada orang lain.
8.9

8.10
Sekiranya terdapat bukti bahawa kerja projek kajian seni visual yang dihantar itu bukan hasil kerja calon yang sebenar, keputusan peperiksaan calon bagi mata pelajaran Seni Visual akan dibatalkan.
25 TERHAD