Cuba Kenalpasti
Pengenalan Kecerdasan Emosi • Definisi • EQ didefinisikan sebagai keupayaan untuk
mengawal perasaan dan emosi diri sendiri dan orang lain, membezakan antara mereka serta menggunakan maklumat tersebut untuk memimpin tindakan dan pemikiran seseorang itu (Salovey dan Mayer,1990).
Goleman EQ sebagai kebolehan untuk mengenal pasti emosi diri sendiri dan orang lain, untuk memotivasikan diri kita dan menguruskan emosi dengan baik dalam diri kita serta pembinaan hubungan antara perorangan yang dapat dikategorikan kepada LIMA dimensi EQ seperti berikut:
2
Kawalan diri (self-regulation)
Kesedaran diri (selfawareness)
Empati (emphaty)
Motivasi diri (motivation)
5
Kemahiran sosial (social skills)
Kesedaran diri (self-awareness) Mengamati diri dan mengenali perasaan diri sendiri; mengetahui hubungan antara fikiran, perasaan dan reaksi
Kawalan diri (self-regulation) •Menguruskan keadaan, desakan dan sumber dalaman seseorang •Kawalan diri banyak menjelaskan dalam aspek pengurusan diri termasuk keadaan persekitaran, kerja berkumpulan, pengurusan kesihatan dan lain-lain. •Kawalan kendiri merupakan kemampuan seseorang untuk menguruskan emosi, perilaku dan keinginan serta cekap menguruskan masa depannya. Tidak semua orang pandai menguruskan emosi mereka terutamanya dalam pelbagai situasi.
Motivasi diri (motivation) •Kecenderungan emosi yang memimpin atau memudahkan pencapaian matlamat •Sumber dalaman (nilai diri, keyakinan diri, citacita & aspirasi ) •Sumber luaran (hubungan dengan rakan sekerja, polisi organisasi, ganjaran seperti cuti & gaji)
Empati (empathy) •Memahami perasaan dan masalah orang lain dan berfikir dari sudut pandangan mereka; menghargai perbezaan perasaan orang mengenai pelbagai hal •Empati melibatkan proses : 1. Pemerhatian & mendengar 2. Merasai perasaan 3. Diskriminasi 4. Komunikasi 5. Menyemak kembali
Kemahiran Sosial (social skills) Kemahiran berkomunikasi dan keupayaan untuk membantu orang lain menguruskan emosinya 1.Kemahiran mendengar 2.Kemahiran melayan 3.Kemahiran menyoal 4.Kemahiran memberi maklum balas
Kesimpulan Pengertian E.Q EQ boleh ditakrifkan sebagai satu mekanisme atau keupayaan dalaman seseorang individu yang wujud untuk mengurus dan mengawal perasaannya dan juga orang lain di samping memberi dorongan positif ke arah mewujudkan satu perhubungan manusia yang dapat membawa kepada pencapaian matlamat bersama serta keberkesanan organisasi.
The Mystery of Human Touch • Apa yang kita dengar mudah untuk dilupakan, apa yang kita lihat hanya sebahagian yang kita ingat, namun apa yang kita lakukan dengan CINTA akan membuat orang MUDAH TERSENTUH.
• Kajian menunjukkan 70 % manusia akan berkelakuan sebagaimana dia di perlakukan.
4 Sikap yang Dapat Menimbulkan Sentuhan:
1. Tidak ada manusia yang bernama MUSUH, yang ada hanyalah guru-guru tersembunyi ; • Hinaan, cercaan, makian yang datang pada kita dari orang lain adalah GURU BESAR yang mengajarkan akan pentingnya KESABARAN. • Penderitaan, sakit, deraan, juga adalah GURU BESAR yang mengajarkan agar kita lebih BERSYUKUR. • Berterima kasih pada guru-guru yang tersembunyi tersebut.
2. Sedar bahawa ANCAMAN merupakan PELUANG yang tersembunyi ; • Peluang yang muncul adalah HASIL dari pengendalian diri sendiri. • Pengendalian diri yang mengajarkan jiwa untuk berdamai, kerana jiwa yang damai dapat memberi ketenangan diri. • Ketenangan diri dapat menangani permasalahan yang ada.
3. Percaya bahawa alam semesta serta isinya tercipta secara adil dan seimbang ; • Setiap yang berlaku itu adalah adil dan ada hikmah disebalik kejadian • Dengan demikian akan mewujudkan sikap tidak ada satu kejadian pun yang perlu dikesali atau ditangisi
4. Teruslah MEMBERI dan MEMBERI • Dengan memberi kita menciptakan kehidupan yang tidak saja menyentuh, tapi juga dikenang. • Berilah tanpa mengharapkan balasan. • Namun Kuasa Pencipta sangatlah adil. Ia kerap datang disaat - saat yang tidak terduga. • “ More you give more you get”
4 Sumber yang dapat menimbulkan sentuhan : Inner Light
• 1. Spirit/Semangat Menyayangi, Mengasuh Seperti Seorang IBU kepada anaknya ( Mother - Spirit of Nurturing ) • Ibu adalah guru pertama manusia. Cintanya telah terbukti dengan mempertaruhkan jiwa raganya. • Individu yang mempunyai Spirit of Nurturing mampu menyentuh hati dengan mudah
2. Hikmah di Sebalik Kejadian • Pengalaman mendewasakan kehidupan kita • Setiap pengalaman baik ataupun buruk menjadi guru, pembimbing, dan panduan dalam kehidupan
3. Keikhlasan melalui perbuatan, pemikiran, dan perkataan. • Perbuatan, Pemikiran, dan Perkataan adalah melambangkan diri individu. • Keikhlasan mampu MENYENTUH hati.
4. Adanya TUHAN di dalam diri • Mempunyai sifat pemurah dan penyayang • Kekuatan sifat ini dapat memberi kesedaran dan membangkitkan rasa cinta terhadap tuhan, diri dan orang lain • “Sesiapa yang tidak menyayangi maka dia tidak di sayangi” ( Sahih Bukhari & Muslim)
Sentuh lah murid anda... • • • • •
Sentuh bahu Pegang tangan Panggil nama Bersalam Sentiasa bertanya khabar
• Kajian ...sentuhan pada lengan/siku mempunyai kesan yang lebih mendalam
“ Jadikan dirimu bagai pohon yang rendang di mana insan dapat berteduh. Jangan seperti pohon kering tempat sang pungguk melepas rindu dan hanya layak dibuat kayu api”
Dari Jabir r.a katanya Rasulullah bersabda, “Sesiapa yang tidak menyayangi sesama manusia maka dia tidak akan disayangi oleh Allah s.w.t” (Sahih Muslim)
SEKIAN TERIMA KASIH