Penakatan bahasa Melayu dalam ruang berbilang bahasa Nuwairi Haji Khaza’ai Felo Jabatan Bahasa Melayu Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya
Pengenalan Kundang, setar sibuah rumia Gertak, jambatan juga titi Melayu terkenal seluruh dunia Bangsa besar, bangsa beridentiti Tepung pelita, si kuih dokoh Tok Kenali, Tok Janggut pahlawan keramat Bangga tidak sesekali angkuh Bangga itu tingginya rasa hormat
Untuk menangani tajuk ini, terlebih dahulu saya ingin meneliti pandangan berhubung dengan konsep penakatan bahasa Melayu. Kata takat merujuk kepada peringkat, tahap, sempadan atau batas “.. hingga, sampai had, senggat, takuk, enggat, peringkat atau takat”.. Apabila kata itu dikomplekskan, ia boleh membawa maksud pelbagai tahap atau peringkat penggunaan bahasa Melayu dalam masyarakat. Perletakan had-had atau sempadan-sempadan bahasa boleh digunakan.
Satu lagi pandangan ialah seperti penerimaan di Singapura iaitu kata ini merujuk kepada “survival” ….. atau mungkin seperti yang tercatat dalam Kamus Bahasa Melayu – Utusan (1995) iaitu “tahan menderita sakit”. Kata ini juga membawa
maksud yang sama dengan kata betah yang merujuk kepada tahan menderita, tabah, dan dapat menguasai diri. Dalam konteks ini mungkin asas pembentukan konsep ini ialah tahap di peringkat akhir. Saya tidak sama sekali mahu melihat bM berada di tahap itu.
Walaupun terdapat dua pandangan yang ketara berbeza, saya lebih memfokus kepada konsep,
takrif atau rujukan yang menjadi pegangan di Singapura.
Dengan kata lain ia merujuk kepada survival bahasa Melayu dalam ruang berbilang bahasa.
Takrif ini merujuk kepada “tahan menderita sakit” dan
dikembangkan sejajar dengan tuntutan ilmu atau pengguna bahasa semasa yang menghendaki ia merujuk kepada fenomenon kemampuan terus tinggal akibat himpitan daripada segenap pelusuk.
Namun demikian ia tetap hidup.
Begitulah sifatnya bagaimana satu-satu bahasa berkembang. bahasa
perlu
dikehendaki.
diberikan
peranan
untuk
memikul
Asasnya ialah
tangganggjawab
yang
Ruang dan usaha pengayaan perlu digiatkan dan disuburkan.
Pendukung-pendukungnya perlu sentiasa bersemangat untuk menyuburkannya setiap masa. Bertitik tolak dari sini, marilah kita sama meneliti tajuk yang telah diberikan pada hari ini iaitu; Penakatan bahasa Melayu dalam ruang berbilang bahasa.
Perbincangan Awal Terlebih dahulu marilah kita lihat kepada sifat bahasa Melayu. Ia merupakan bahasa yang disenaraikan sebagai bahasa yang keempat teramai penutur di dunia. Bahasa ini mempunyai sejarah penggunaan yang sudah lama dan
dikenali di seluruh dunia. Dari segi dalamannya pula, ia merupakan satu bahasa yang bersistem dan mudah dikuasai.
Bahasa Melayu sebagai medium yang diiktiraf sejak zaman berzaman memikul pelbagi tanggungjawab. Sosiolinguistik merangkum tanggungjawabtanggungjawab bahasa sebagai fungsi bahasa seperti berikut; -
Komunikatif dan interaktif
-
Informatif
-
Emotif
-
Sosialisasi
Sejauhmanakah kita sering menggunakan bahasa Melayu untuk mencapai matlamat-matlamat seperti di atas. Kalau hendak seribu daya dan kalau tidak seribu helah. Mudah-mudahan dengan keseringan kita menggunakan bahasa Melayu untuk tanggungjawab-tanggungjawab di atas kita akan lebih mengenali dan mencintai bahasa Melayu. Ini tidak kira sama ada kita menuturkan bM dalam keluarga atau di rumah. RASA kenal, kasih dan cinta terhadap bahasa perlu ada. Ramai penyelidik bahasa yang terdiri daripada orang-orang asing kagum dengan sifat bM. Mereka terpikat kepada bM. Apa yang ada dalam bahasa Melayu tidak kurang berbanding dengan bahasa-bahasa utama yang lain. Ia kaya dengan peribahasa, bidalan, perumpamaan, kata berirama malah banyak lagi. Kesemuanya indah untuk dinikmati dan praktis untuk digunakan.
Bagaimanakah pula sikap kita semasa menggunakan bahasa Melayu di khalayak? Adakah kita merupakan pengguna bahasa Melayu yang bangga
menggunakannya di khalayak ramai? Ke timur, ke barat, ke utara malah ke selatan kita pergi, sedikit banyak ada juga mengetahui kewujudan bahasa Melayu. Moga-moga sekiranya ini menjadi amalan kita, kita akan menjadi orang yang tidak ketinggalan memahami tingginya harga dan nilai bahasa Melayu kelak.
Dari segi sosiolinguistik, bahasa Melayu yang disarankan untuk digunakan adalah bahasa Melayu yang baik; baik tatabahasanya, baik susunannya, pemilihan katanya, baik makna yang dibawanya, merdu untuk didengari, ragamnya pula sesuai digunakan untuk pelbagai bidang. Dari bidang yang semudah-mudahnya sehinggalah bidang-bidang yang dilihat canggih.
Sebagai contoh bahasa yang dipakai oleh Almarhum Hamka dalam tulisannya untuk membicarakan tentang “sederhana dalam berfikir” beliau mengatakan “… fikiran yang selesai dapat membezakan yang gelap dengan yang terang, yang hak dengan yang batil; dapat membuangkan jauh-jauh akan pendapat yang salah dan pendirian yang curang. Kalau bukan dengan fikiran yang teratur bers itu, maka tidaklah akan lahir kemanusiaan yang sempurna dan tidak pula akan maju langkah kita menuju kesempurnaan dan ketinggian.”(Falsafah Hidup, 1980). Bahasa yang indah lagi bermakna juga terdapat dalam lirik-lirik lagu seperti yang dikarangkan oleh Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dan juga Allahyarham Sudirman malah yang terbaru Allahyarham Zubir Ali. Banyak lagi lirik yang begitu indah jika kita mahu meneliti mereka. Mesej yang ingin disampaikan tidak kurang jika dibandingkan dengan lirik lagu-lagu dari Barat.
Wahai anak muda penyambung tamadun, di tangan anda terletaknya amanah untuk meneruskan cita-cita mulia bangsa! Bahasa Melayu perlu dikelek, dipikul, dijunjung ke hadapan. Di tangan andalah letaknya tanggungjawab ini. Lihat sahaja pada laras-laras bahasa Melayu yang digunakan dalam bidang-bidang ilmu. Bahasa Melayu sudah mampu menguasai bidang-bidang ilmu daripada tingkat yang serendah-rendahnya hinggalah peringkat yang setingginya iaitu di peringkat doktor falsafah. Ribuan bukan dalam pelbagai ilmu terkarang dalam bM.
Sedikit pengorbanan yang perlu ada pada setiap kita adalah rasa bangga berbahasa Melayu. Adakah kita mempunyai rasa bangga semasa menggunakan bahasa Melayu? Rasa bangga bahasa – bukan hanya rasa seperti yang umumnya kita fahami tetapi lebih -
kuat daripada mengalirnya darah di dalam pembuluh
-
deras daripada air terjun di Niagara
-
bertenaga daripada tsunami yang menghempap pantai
-
gagah
-
rasa yang sentiasa bertenaga
-
bersemarak bak api di musim kering
Dari tradisional -> moden ….. lagi kompleks Kejayaan -------Saingan ---------- bahasa Inggeris
mungkin sedikit belia yang tidak tertarik kepadanya tetapi ramai yang tetap menggunakan secara meluas
sudahlah menggunakannya ….. berjaya pula
-
Bahasa Melayu tidak asing kepada semua
-
Bahasa Melayu tidak asing kepada bidang-bidang moden
-
Bahasa Melayu terbukti mampu berfungsi dalam dunia yang kompleks
Bahasa Melayu dalam masyarakat yang berbilang bahasa 1. Bahasa -> Masyarakat 2. Bahasa -> Masyarakat -> RASA Bangga Bahasa 3. Bahasa -> Masyarakat -> RASA Bangga Bahasa + Usaha gigih penyuburan bahasa di semua bidang dan peringkat
Dalam membicarakan persoalan ini kita tidak bersifat tidak realistik. Kita perlu juga melihat kepada kejayaan bahasa-bahasa lain di dunia. Sebagai contoh, mengapa bahasa Inggeris mampu bertapak di hati penutur lain di samping kuasa penjajahannya, penyebaran ilmunya, pendampingannya dalam dunia teknologi-> lebih daripada ratusan tahun. Bagi orang yang sudah mengenali, mereka dapat melihat kekuatan-kekuatan yang terdapat dalam bahasa Melayu. Bahasa Melayu tidak kurang hebat jika dibandingkan dengan bahasa-bahasa yang sering dipandang tinggi.
Dari segi hukum ekonominya; penutur jati mudah memanfaati segala kekayaan yang berada di persekitaran bahasanya. Adakah kita yang boleh bertutur dengan fasih dalam satu-satu bahasa asing, kita boleh diiktiraf sebagai orang yang berjaya? Yang berjaya itu Alhamdulillah. Bagaimana pula dengan kumpulan yang tidak Berjaya? Apatah lagi sekiranya mereka tidak mempunyai ciri identiti yang boleh dibanggakan. Paling tidak dia menguasai satu bahasa lian. Mengapa bahasa Inggeris sahaja yang diberikan penekanan dan tidak pula bahasa-bahasa lain seperti bahasa Perancis, bahasa Cina, bahasa Jerman, bahasa Rusia, bahasa Arab dan bahasa berteknologi tinggi yang baru seperti bahasa Jepun dan bahasa Korea? Bagaimana pula dengan orang-orang Melayu yang mahir dan fasih berbahasa Melayu dan berjaya? KES 1 Bahasa Yunani dan bahasa Sanskrit yang satu ketika dahulu merupakan bahasa utama, bahasa ilmu, bahasa pentadbiran, bahasa komunikasi, bahasa falsafah dan bahasa kreatif. Kini tidak lagi mendapat tempat dalam peta bahasa dunia.
Tidak kurang juga dengan bahasa Parsi.
KES 2 Untuk terus naik dan berkembang, usaha SETIAP penutur dan segala jentera yang bertenaga perlu ada dan digiatkan.
KES 3 Bahasa Melayu bukan setakat menjadi lingua franca, malah lebih dari itu seperti menjadi bahasa di istana, bahasa komunikasi pemimpin yang bertandang ke rantau ini, bahasa undang-undang dan perlembagaan, bahasa ilmu, bahasa pentadbiran, bahasa agama, bahasa komunikasi, bahasa kreatif yang sudah pula mendapat tempat di persada dunia. Seperti bahasa-bahasa lain, usaha perlu digiatkan untuk terus meletakkan bahasa Melayu di tingkat yang tinggi supaya tidak timbul persoalan penakatan bahasa?
Bahasa ilmunya sudah berada di puncak, sehingga menjadi bahasa untuk penulisan tesis-tesis sarjana dan juga ijazah kedoktoran oleh pengkaji tempatan dan juga pengkaji luar di institusi pengajian tinggi di dalam dan luar negara. BM mampu mengungkap ilmu-ilmu yang kompleks sifatnya.
KES 4 Mengapakah pengajian Melayu, khususnya pengajian bahasa Melayu terus mendapat tempat di luar negara. Puluhan institusi mengendalikan kursus yang berkaitan dengan pengajian Melayu sehingga hari ini mendapat sambutan ramai pelajar. Agak malang kita yang berada di rantau ini sekiranya kita tidak memanfaati peluang yang ada. Sekarang berduyun-duyun orang dari luar Nusantara datang ke rantau ini untuk mempelajari bahasa Melayu sedangkan kita terlepas pandang kepada kekuatan bahasa kita.
Bersama-samalah kita mempelajari bahasa Melayu. Bukan kerana kita lahir daripada keluarga Melayu, kita tidak perlu belajar bahasa Melayu. Seelokeloknya kitalah yang mempelajari bahasa Melayu yang selari dengan tuntutan masa yang diamalkan sekarang. Dengan mempelajarinya kita lebih memahami rasa yang ada di dalamnya.
Penutup
Bahasa Melayu mempunyai sejarah penggunaan yang begitu lama dan diakui mampu memikul tanggungjawab yang diamanahkan kepadanya.
Dalam ruang berbilang bahasa, bahasa Melayu sudah terbukti diterima oleh penutur yang bukan sahaja terdiri daripada penutur jati bahasa Melayu. Mereka pula yang datang dari pelbagai ras dan kaum dan terlibat dalam pelbagai bidang kegiatan seharian.
Apa yang berlaku kini tidak dirasai oleh dunia keseluruhannya tetapi oleh segelintir orang Melayu. Orang yang mengetahui bahasa Melayu masih terus menggunakan bahasa Melayu yang baik. Dalam tempoh yang ada, sekiranya terdapat kekurangan, diharap agar ilmu dan ahli-ahli bahasa dapat saling berbincang untuk mengisi ruang-ruang yang menuntut pengisian.
Anda sekalian merupakan orang yang mempunyai peranan yang besar dalam membantu meletakkan bahasa Melayu terus di mercu persada kejayaan. Ini merupakan amanah yang perlu anda sekalian galas dalam berhadapan dengan dunia globalisasi. Bahasa Melayu cukup indah Bahasa Melayu sudah terbukti mampu untuk memikul tanggungjawab dan amanah yang diberikan kepadanya Bahasa Melayu mempunyai komponen yang cukup untuk berdiri sama tinggi dan duduk sama rata dengan bahasa-bahasa utama lain di dunia Sikap rasa bangga bahasa perlu disemat, ditanam malah dipupuk selalu Dengan bertambahnya kemudahan ict yang serba canggih dari laman web kepada blog malah banyak lagi, seeloknya usaha atau gempur perluasan penggunaan bahasa Melayu perlu digiatkan. Bahan-bahan yang lebih bermaklumat dalam bahasa Melayu perlu ditingkatkan pengeluarannya untuk orang luar yang lebih berminat untuk menguasai bahasa Melayu – mungkin pada peringkat awal dalam bentuk dwibahasa Akhir kalam,
Anak belanak kena sergah Mainan harian anak lipan Generasi muda generasi gagah Kelek, jinjing dan pikul bahasamu ke hadapan Bersama bulan, matahari dan dunia Semangat waja terus membara Biarlah yang alpa dengan pandangannya Masa hadapan terus tempaan saudara