Panduan Penggunaan MySQL Berasaskan phpMyAdmin
Shamsuddin Bin Ahmad Jabatan Teknologi Pendidikan Institut Perguruan Sultan Mizan 22200 Kota Putra Terengganu Darul Iman
2 MySQL merupakan satu perisian pangkalan data yang berasaskan laman web (Web Base Database). Perisian MySQL biasanya disepadukan dengan instalasi beberapa jenis pelayan Apache dan PHP seperti WAMP5, XAMPP, EasyPHP dan lain-lain. Sekiranya anda telah melakukan instalasi pelayan Apache di atas, MySQL telah disepadukan dalam phpMyAdmin. Modul ini menggunakan phpMyAdmin yang disepadukan dengan WAMP5. A.
Melancarkan MySQL.
1.
MySQL dimulakan dengan melancarkannya dari ikon pelayan WAMP5 di System Tray. Klik ikon WAMP5 pada System Tray.
2.
Klik phpMyAdmin.
02 - MySQL Berasaskan phpMyAdmin.doc . Muka Surat 2
3 3.
Web browser anda akan dilancarkan dan akan membuka laman web phpMyAdmin.
4.
Sekiranya regional setting komputer anda disetkan kepada Malaysia, MySQL akan dipaparkan dalam Bahasa Melayu. Sekiranya bukan, anda boleh memilih daripada tetingkap Language untuk memilih Bahasa Melayu.
02 - MySQL Berasaskan phpMyAdmin.doc . Muka Surat 3
4 B.
Membina pangkalan data MySQL. Berbeza dengan pangkalan data biasa, pangkalan data berasaskan laman web menggunakan laman web dalam semua proses, bermula dari rekabentuk pangkalan data sehinggalah ke pengisian dan manipulasi data. Bagi tujuan memudahkan panduan penggunaan, anda akan dibantu untuk membina pangkalan data pelajar dalam kelab komputer.
1.
Klik pada tetingkap Cipta pangkalan data baru, taipkan kelkom dan klik butang Cipta.
2.
Paparan akan berubah kepada paparan pangkalan data kelkom. Perhatikan bahawa nama pangkalan data telah dipaparkan.
Kueri SQL memaparkan perintah SQL yang telah dilaksanakan, manakala status pangkalan data menunjukkan belum ada jadual yang dibina. Seterusnya kita akan membina 2 jadual baru untuk dimasukkan dalam pangkalan data. Jadual 1 akan dinamakan pelajar manakala jadual 2 akan dinamakan waris.
02 - MySQL Berasaskan phpMyAdmin.doc . Muka Surat 4
5
3.
Klik pada kekotak Nama; taipkan pelajar; pada kekotak Number of fields, taipkan angka 10 dan klik Pergi.
4.
MySQL akan memaparkan paparan rekabentuk jadual pelajar. Bina jadual anda mengikut medan berikut; Bil 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10
Medan pelID pelNama pelAlamat1 pelAlamat2 pelPoskod pelBandar pelNegeri pelKelas pelKump warID
Panjang 12 40 40 40 5 20 20 15 15 12
Null Not Null Not Null Null Null Null Null Null Null Null Null
02 - MySQL Berasaskan phpMyAdmin.doc . Muka Surat 5
Kekunci Default Default Default Default Default Default Default Default Default
6
Setelah anda menyiapkan jadual pelajar, klik butang Simpan. 5.
Dengan menggunakan langkah yang sama, bina Jadual waris menggunakan maklumat berikut; Bil Medan Panjang Null Kekunci 1 warID 12 Not Null 2 warNama 40 Not Null Default 3 warKerja 15 Null Default 4 warGaji DECIMAL; 10,2 Null Default
6.
Klik pada kelkom. Anda sepatutnya mendapat paparan seperti yang dipaparkan di bawah ini.
7.
Isikan 10 data untuk pelajar dengan cara; a. Klik pada pelajar.
02 - MySQL Berasaskan phpMyAdmin.doc . Muka Surat 6
7 b. c. d. e. 8. 9.
Klik Selit Isikan data pada jadual kosong yang dipaparkan. Klik Pergi apabila selesai mengisi data untuk setiap rekod. Ulang langkah di atas sehingga selesai mengisi 10 rekod.
Ulangi langkah di atas untuk mengisi beberapa data untuk jadual waris. Klik Lungsur untuk memaparkan data yang telah anda masukkan ke dalam jadual.
Menambah medan dalam jadual. Ada ketikanya, anda perlu menambah medan dalam jadual. Ini berlaku apabila keperluan pangkalan data meningkat dan terdapat keperluan untuk menambah medan. MySQL membenarkan anda menambah medan dengan mudah. Ikuti langkah berikut sebagai panduan untuk menambah medan dalam jadual waris. 10.
Aktifkan jadual waris dengan cara klik pada nama jadual waris pada panel kiri laman web MySQL. MySQL akan memaparkan struktur jadual waris.
11.
Tentukan tetapan berikut diikut; Add 1 field(s) dan aktifkan pilihan “Pada Akhir Jadual” dan seterusnya klik butang Pergi.
02 - MySQL Berasaskan phpMyAdmin.doc . Muka Surat 7
8 12.
Anda akan mendapat paparan berikut;
Taipkan warMajikan pada ruang Medan, berikan nilai 20 pada ruang Panjang/Nilai, Null dan Kekunci Default. 13.
Kemudian, klik butang Simpan. Anda telah menambahkan satu lagi medan pada jadual waris. Sekiranya berjaya, paparan berikut akan dipaparkan. Perhatikan bahawa medan warMajikan telah dimasukkan dalam struktur jadual waris.
02 - MySQL Berasaskan phpMyAdmin.doc . Muka Surat 8