___________________________________________________________________________
MODUL PENGENDALIAN AKTIVITI GALAKAN MEMBACA BACAAN KEGEMARAN SAYA ___________________________________________________________________________
Bahagian Perkhidmatan Perpustakaan Awam Pustaka Negeri Sarawak
BAGAIMANA MENGGUNAKAN MODUL Modul ini terbahagi kepada dua bahagian, iaitu
i.
Penerangan Modul
ii.
Lampiran
Di dalam Penerangan Modul dijelaskan pengenalan, objektif serta kaedah pengendalian aktiviti atau program galakan membaca. Bahagian ini perlu dibaca dengan teliti dan sepenuhnya sebelum memulakan aktiviti. Bahagian Lampiran mengandungi beberapa sampel atau contoh dokumen yang perlu serta berkaitan dengan aktiviti yang dibincang. Mengikut keadaan tempat dan kehendak pihak penganjur, dokumendokumen ini boleh digunakan terus atau dijadikan asas untuk membuat dokumen lain.
_____________________________________________________________________
PENERANGAN MODUL _____________________________________________________________________
PENGENALAN Seramai
dua
atau
tiga
orang
individu
akan
dijemput
untuk
membentangkan buku kegemaran mereka kepada orang ramai. Mereka dikehendaki untuk menceritakan serba-sedikit mengenai buku yang telah mereka baca untuk dikongsi bersama dengan orang ramai. Lazimnya, setiap pembentangan memakan masa 10 – 15 minit sahaja. Seorang fasilitator atau moderator akan dilantik untuk menyelaras sesi pembentangan.
OBJEKTIF Objektif utama Program Bacaan Kegemaran Saya adalah 1. Untuk mempopularkan pembacaan di kalangan masyarakat 2. Menggalakkan penyertaan orang ramai di dalam program membaca 3. Menggalakan
pembacaan
melalui
bacaan-bacaan
yang
digemari 4. Memperkenalkan bahan bacaan yang digemari 5. Mengadakan saluran perkongsian ilmu melalui pembacaan
KUMPULAN SASARAN Kumpulan sasaran terdiri daripada golongan-golongan berikut
i.
Pelajar
ii.
Surirumah
iii.
Penduduk kampung
iv.
Kakitangan kerajaan
v.
Pekerja swasta
Sebagai panduan umum, jika pembentang terdiri daripada pelajar, maka amat sesuai jika hadirin terdiri daripada pelajar atau komuniti
1
sekolah. Begitu juga jika pembentang adalah kakitangan kerajaan, maka eloklah penontonnya kakitangan kerajaan juga.
TATACARA PENGENDALIAN 1. Kenal pasti pembentang serta moderator dan terangkan kepada mereka mengenai program Bacaan Kegemaran Saya. Gunakan Borang Biodata Pembentang.
2. Tetapkan tarikh yang sesuai. Seelok-eloknya, iadakan program dua minggu selepas diumumkan.
3. Buat promosi program melalui surat jemputan kepada kumpulankumpulan
sasaran,
poster,
orang-perseorangan,
ketua-ketua
komuniti atau ketua-ketua komuniti.
2
4. Buat persiapan fizikal program seperti susunan tempat duduk pembentang and penonton. Biasanya, kesemua pembentang dan moderator duduk di depan penonton pada masa yang sama. Akan tetapi, pembentang boleh berada di depan penonton secara bergili-gilir untuk membuat pembentangan. 1 2 M 3
Penonton
1
Pembentang 1
2
Pembentang 2
3
Pembentang 3
M
Moderator
5. Pada hari program, rekodkan kehadiran penonton, Pastikan penonton dan pembentang sudah bersedia sepenuhnya sebelum memulakan program. Aturcara program lazimnya dimulakan sedikit kata aluan penerangan mengenai program oleh moderator. Walau bagaimanapun, di tempat-tempat kecil seperti perpustakaan desa, moderator boleh terus menjemput
peserta untuk membuat
pembentangan. Setiap peserta biasanya membuat pembentangan selama 10 hingga 15 minit. Sejurus selepas pembentangan, moderator akan menjemput penonton atau hadirin untuk menanyakan soalan atau
3
memberi komen. Ini akan meakan masa lebih kurang 5 minit. Moderator membuat
kemudiannya
menjemput
pembentangan. Dalam
peserta
keadaan di
kedua
untuk
mana tiada
sebarang soalan dari penonton atau penonton segan untuk memulakan sesi soal jawab, moderator hendaklah mengemukakan soalan. 6. Bila selesai sesi pembentangan, moderator mengucapkan terima kasih
kepada
pembentang
dan
penonton.
Seterusnya,
pembentang dan penonton diberikan cenderahti hati.
PENYEDIAAN LAPORAN Laporan aktiviti hendaklah disediakan secepat mungkin setelah selesainya program supaya tidak lupa. Format laporan terpulanglah kepada kreativiti masing-masing. Akan tetapi, ia harus meliputi aspekaspek berikut
i.
Tajuk atau nama aktiviti
ii.
Tarikh, masa dan tempat aktiviti diadakan
iii.
Jumlah penyertaan atau kehadiran
iv.
Dua keeping gambar
Laporan aktiviti boleh dihantar melalui surat biasa atau e-mel.
4
_____________________________________________________________________
LAMPIRAN _____________________________________________________________________
PERPUSTAKAAN DESA KAMPUNG SAYA JALAN PERPUSTAKAAN KUCHING
___________________________________________________________________________ Rujukan:
(101) PDKS/AKTIVITI/JIL. 1
Tarikh:
015 Julai 2007
Anyap Ganan Kampung Sungkuh Tayung Dahi Kuching Tuan/Puan,
PROGRAM BACAAN KEGEMARAN SAYA Merujuk kepada perkara di atas, sukacita dimaklumkan bahawa program tersebut akan diadaka pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut Tarikh Masa Tempat
: : :
25 Ogos 2007 08:30 pagi - 10:30 pagi Perpustakaan Desa Kampung Saya
Sehubungan dengan itu, saya ingin menjemput tuan untuk menjadi pembentang dalam program berkenaan. Bersama-sama ini disertakan Borang Biodata Pembentang untuk tindakan tuan selanjutnya. Untuk maklumat lanjut atau jika ada pertanyaan, tuan boleh berhubung dengan saya di talian telefon 082-123456 atau di alamat di atas. Kerjasama tuan amat saya harapkan dan hargai. Sekian, terima kasih.
MISTER SANUH Atenden Perpustakaan Desa
BORANG BIODATA PEMBENTANG PROGRAM BACAAN KEGEMARAN SAYA ___________________________________________________________________________ Maklumat Peribadi Nama
:
Jantina
:
Umur
:
Alamat
:
Pekerjaan :
Maklumat Buku Judul Buku
:
Nama Penerbit
:
Tahun Penebitan
:
Sinopsis/Ringkasan :
LAPORAN AKTIVITI GALAKAN MEMBACA 2007 ___________________________________________________________________________
Maklumat Perpustakaan Nama Perpustakaan
: _________________________________________________
Nama Pihak Berkuasa Tempatan
: _________________________________________________
Alamat Perpustakaan
: _________________________________________________ _________________________________________________ _________________________________________________ _________________________________________________
Maklumat Aktiviti Nama Aktiviti
: _________________________________________________
Tarikh Diadakan
: _________________________________________________
Masa Diadakan
: _________________________________________________
Tempat Diadakan
: _________________________________________________
Dengan Usahasama (Jika berkaitan)
: _________________________________________________
Jumlah Peserta
: _________________________________________________
Jumlah Pembentang (Jika berkaitan)
: _________________________________________________
Ulasan Ringkas
: _________________________________________________ _________________________________________________ _________________________________________________ _________________________________________________
1
Gambar Aktiviti
Gambar Satu
Gambar Dua
Dilaporkan oleh
: _________________________________________________
Tarikh
: _________________________
2