01 ِ ِ بِس ِم الرح ْي ِم َّ الر ْْحَ ِن َّ هللا ْ َِْندَم ُه ُ نصُلِّ ْْ َعَّ رسولِ ِه الْ َك ِرِْْي ن َعَّ َعب ِه ِ اْملَ ِسي ِح اْملَوعُود ْ َ َ َ ْ ْ ْ ُْ َ َ KHUTBAH JUM’AH HAZRAT AMIRUL MU’MININ KHALIFATUL MASIH V atba. Tanggal 17 Juli 2009 dari Baitul Futuh London, U.K. TENTANG : MELAYANI TETAMU Melayani tetamu adalah suatu akhlaq baik yang telah banyak disinggung didalam Kitab Suci Alqur’an. Dan tentang pelayanan Hazrat Ibrahim a.s. terhadap para tetamu beliau telah disinggung didalam Kitab Suci Alqur’an sebanyak dua kali. Pertama kali dikatakan bahwa ketika tetamu datang dan mengucapkan salam kepada beliau a.s. maka Hazrat Ibrahim a.s. juga menjawab ucapan salam tetamu itu. Maksud dari ucapan salam dari tetamu itu ialah menyampaikan ucapan selamat sejahtera kepada Nabi Ibrahim a.s. dan beliaupun dalam menjawabnya dengan ucapan selamat sejahtera pula. Akan tetapi didalam Kitab Lughat bernama Mufradat dikatakan bahwa didalam ucapan salam tetamu dan ucapan salam Hazrat Ibrahim a.s. itu terdapat perbedaan. Katanya tetamu yang datang itu mengucapkan َسَّ َمsedangkan Nabi Ibrahim a.s.
menjawab dengan mengatakan َسالَمyakni didalam jawaban Nabi Ibrahim a.s. ini dengan mengatakan Salamun sifatnya lebih sempurna, yakni Hazrat Nabi Ibrahim a.s. sangat menghargai adab kesopanan yang beliau tunjukkan kepada tetamu itu, tentang mana telah disinggung didalam Alqur’anul karim dengan ۤ ٍ ِِ ِ ِ ِ firman-Nya س َن ِم ْن َها اَ ْن ُرد ُّْن َها َ َنا َذا ُحي ْي تُ ْم بتَحيَّة فَ َحيُّ ْوا ِبَ ْحjika kamu diberi ucapan salam, maka jawablah salam itu dengan ucapan yang lebih baik dari padanya atau balaslah dengan yang sebanding dengannya (An Nisa : 87). . Dengan mengucapkan َسالَمitu menjadi sebuah ucapan berupa do’a yakni semoga keselamatan diatas kamu. Hal itu menunjukkan bagaimana peringkat mutu akhlaq dan do’a seorang Nabi Allah, sekalipun beliau tidak tahu pasti siapa tetamu asing yang datang itu, namun beliau secara serentak menyambutnya dengan sangat baik dan ramah. Peristiwa itu memberitahukan kepada kita bahwa kita sekalian yang mengaku sebagai umat Nabi Muhammad saw dalam menerima tetamu harus selalu ramah tamah mengikuti teladan yang sesuai dengan ajaran yang ditunjukkan didalam Alqur’an seperti itu. Bahkan harus jauh lebih baik dari yang lain sambil memanjatkan do’a bagi sang tetamu sesuai ۤ ٍ ِِ ِ ِ ِ dengan firman-Nya س َن ِم ْن َها اَ ْن ُرد ُّْن َها َ َنا َذا ُحي ْي تُ ْم بتَحيَّة فَ َحيُّ ْوا ِبَ ْحdo’a yang dipanjatkan oleh kalian harus jauh lebih baik dari pada do’a yang kalian terima dari orang lain. Gunanya tiada lain agar sang tetamu itu merasa bahwa dia sedang disambut oleh tuan rumah dengan hati senang dan terbuka. Keduanya, sang tetamu merasa, bagaimana tuan rumah dengan segeranya mulai menyediakan apa yang diperlukan sebagai jamuan bagi sang tetamu itu. Seperti telah diisyarahkan ٍ ْ غ اِل اَ ْهِّهٖ فَ َجآ َء بِ ِع ْج ٍل ََِس melalui firman-Nya ٓي َ َ فَ َراArtinya : Maka ia pergi dengan
02 diam-diam kepada ahli rumahnya, lalu ia membawa anak sapi gemuk (yang telah dibakar atau dimasak)…(Adz Dzariyat : 27) Didalam surah Hud ayat 69 ٍ ِ بِ ِعج ٍل حنyakni seekor anak lembu yang sudah disebutkan sebagai berikut : يذ َ ْ dibakar. Jadi, menyambut tetamu dan menjamunya dengan segera dan menjamunya sebaik mungkin sesuai dengan keadaan dan kemampuan tuan rumah merupakan perkerjaan yang sangat disenangi dan diridhai oleh Allah swt. Itulah sebabnya difirmankan didalam Kitab Suci Alqur’an sebagai sebuah tarikh. Padahal didalam ayat sebelum dan sesudahnya tentang tetamu Hazrat Ibrahim itu tidak ada kena-mengena secara langsung dengan pengkhidmatan terhadap tetamu. Orang-orang yang datang menuju Kaum Nabi Luth untuk menyampaikan amanat kepada Nabi Luth, tentang akan turunnya azab diatas mereka disebabkan perlakuan tidak senonoh Kaum itu. Ditengah perjalanan mereka berhenti singgah menemui Hazrat Nabi Ibrahim a.s. kepada beliau juga diberitahukan berita tentang akan turunnya azab diatas Kaum Nabi Luth a.s. itu. Selain itu tetamu itu juga memberi khabar suka tentang akan dianugerahkannya anak keturunan kepada Nabi Ibrahim a.s. Jadi, disinggungnya perkara penerimaan tetamu didalam ayat itu telah dijelaskan sebuah peringkat akhlaq yang sangat luhur. Sekalipun Hazrat Ibrahim a.s. tidak mengenal pasti terhadap orang-orang yang datang sebagai tetamu beliau a.s. namun disebabkan para musafir itu menempuh jalan jarak jauh melalui daerah perbukitan dan beliau merasa bahwa sebagai manusia tentu mereka merasa lapar dan memerlukan barang sesuap makanan. Oleh sebab itu terdorong oleh kewajiban dan rasa takut kalau-kalau tetamu beliau itu betulbetul telah merasa lapar, beliau segera menyibukkan diri menyediakan hidangan makanan tanpa bertanya lebih dahulu apakah tetamu itu mau makan atau tidak, sudah makan atau belum? Perangai dan akhlaq indah seperti itu sangat diridhai oleh Tuhan dan khasnya merupakan ajaran Islam yang luhur. Sejak sebelum dilantik sebagai Rasul oleh Allah swt Hazrat Muhammad saw sudah memiliki akhlaq karimah ini, beliau sangat menghormati para tetamu beliau dengan penuh kasih-sayang. Sungguh, akhlq karimah itu sangat diridhai oleh Allah swt dan merupakan ajaran Islam yang sangat khas. Sebelum dilantik menjadi Rasulpun Hazrat Muhammad Rasulullah saw sudah terbiasa melayani para tetamu beliau dengan penuh khidmat kerana beliau memiliki akhlaq karimah yang luhur. Dan hal itu merupakan kelebihan akhlaq beliau saw yang sangat menonjol, beliau sering sekali menjadi tuan rumah yang sangat toleran dalam mengkhidmati para tetamu. Sememangnya Bangsa Arab semenjak dahulu kala sampai sekarang sangat toleran dalam mengkhidmati para tetamu. Namun Hazrat Rasulullah saw mempunyai sifat khas yang sangat terpuji dalam menerima dan mengkhimati para tetamu. Itulah sebabnya ketika wahyu pertama turun kepada beliau dan beliau kembali kerumah dengan penuh rasa gelisah. Dalam keadaan demikian beliau ceritakan kisah turunnya wahyu pertama itu kepada Hazrat Khadijah r.a isteri beliau yang sangat setia itu. Maka untuk menenteramkan perasaan gelisah beliau saw Hazrat Khadijah r.a. berkata :
03 “Demi Allah !! Tuhan sekali-kali tidak akan menistakan engkau, sebab hati engkau terjalin sangat erat dengan kaum kerabat, engkau tanpa ragu-ragu mengangkat dan memikul beban orang-orang, engkau selalu giat menegakkan kembali akhlak terpuji yang sudah hilang lenyap dari muka bumi, dan engkau tanpa pilih dan tanpa ragu melayani tetamu dengan penuh hormat dan kasih sayang, engkau tanpa pamrih membantu dan menolong orang-orang lemah dan miskin. Bagaimana Tuhan akan mensia-siakan penyandang sifat terpuji dan akhlaq karimah seperti ini ?” Sekarang dengan akhlaq yang terpuji dan luhur ini menjelaskan bahwa pelayanan beliau terhadap tetamu sungguh merupakan bukti nyata bahwa peringkat mutu pelayanan tetamu yang beliau saw lakukan sangat luhur dan agung yang merupakan keistimewaan beliau dibanding dengan para Anbiya lainnya. Setelah beliau dilantik sebagai Nabi dan Rasul oleh Allah swt pelayanan beliau terhadap tetamu merupakan perilaku yang sangat istimewa disamping akhlaq karimah beliau lainnya, sehingga tidak mungkin dapat ditemukan perbandingannya. Tengoklah didalam riwayat, disamping beliau menyambut tetamu dengan salam dan do’a yang khas, beliau melayani tetamu dengan istimewa, bahkan telah sering diriwayatkan betapa indah dan agungnya cara yang beliau lakukan dalam mengkhimati dan melayani tetamu beliau, sehingga tidak mungkin bisa diperoleh bandingannya. Sebagai contoh akan saya kemukakan didalam khutbah ini, bukan hanya menyediakan jamuan makanan bagi tetamu beliau, bahkan beliau sangat memperhatikan dan menjaga perasaan tetamu beliau. Beliau sangat memperhatikan barang-barang keperluan tetamu walau kecil sekalipun. Dengan jiwa dedikasi yang sangat sensitive disertai hati penuh ikhlas beliau menyediakan jamuan dan sarana lainnya yang diperlukan oleh tetamu. Dan hal itu beliau lakukan secara khas dengan tangan sendiri. Bahkan untuk itu beliaupun selalu menasihati para pengikut beliau untuk berbuat serupa terhadap para tetamu. Beliau selalu menasihati : “ Suri teladanku adalah sesuai dengan perintah Tuhan kepada-ku untuk menegakkan akhlaq yang tinggi dan luhur. Jika kalian merasa terkait erat hubungan dengan-ku maka ikutilah amal perbuatan-ku seperti itu. Jika kalian mencintai-ku maka buktikan bahwa kalian benar-benar menta’ati dan mengikuti perintah-ku. Dan melayani tetamu serta mengkhidmati mereka hendaknya tanpa dibuat-buat, tanpa mengharapkan pembalasan, atau tanpa mengaharapakan sebarang pujian dari orang lain, melainkan semata-mata demi menta’ati perintah Allah swt dan tujuannya semata-mata untuk meraih keridhaan Allah swt. Terdapat riwayat dalam sebuah Hadis, Rasulullah saw bersabda : “ Tiga hari pertama kalian harus memperhatikan dan menjamin tetamu dengan sebaikbaiknya. Selama tiga hari pertama tetamu itu harus dialayani dengan sebaikbaiknya, dan hormatilah tetamu kalian itu, karena selama tiga hari itu adalah hak tetamu untuk dilayani dengan sebaik-baiknya. Dan Rasulullah saw bersabda : Jika kalian beriman kepada Allah dan Hari Akhir maka hormatilah dan khidmatilah tetamu kalian. Jadi, melayani dan mengkhidmati tetamu adalah sebuah akhlaq yang tinggi dan terpuji yang ganjarannya diberikan oleh Allah
04 swt didunia juga dan dihari akhirat nanti, sebagaimana Allah swt berfirman bahwa amal baik apapun yang kalian kerjakan ganjarannya akan kalian terima. Akan tetapi kebaikan ini jika dikerjakan dengan ikhlas dan senang hati dan dilakukan demi meraih keridhaan Allah swt maka pasti ianya akan menjadi sarana untuk meraih keridhaan-Nya. Dan ianya akan menjadi sarana untuk memperkuat keimanan kita. Pengkhidmatan Rasulullah saw terhadap tetamu, pertama-tama beliau lakukan demi memenuhi keperluan-keperluan jasmani tetamu itu. Akan tetapi satu maksud lain-nya lagi adalah demi menyampaikan pesan amanah Tuhan, sehingga jika tetamu itu orang kafir atau pengikut salah satu Agama, maka para tetamu itu setelah menyaksikan akhlaq dan budi-pekerti beliau yang tinggi dan menyaksikan bagaimana baiknya penerimaan dan pelayanan terhadap para tetamu membuat mereka terheran-heran dan berfikir betapa hebatnya perilaku insan mulia penyandang berbagai macam ilmu pengetahuan ini. Mereka sangat terkesan oleh penampilan akhlaq luhur lagi mulia beliau yang tidak ada tara bandingannya itu. Sehingga dengan sendirinya perhatian para tetamu itu tercurah terhadap Agama yang beliau tampilkan. Memang salah satu tujuaan beliau melayani dan mengkhidmati para tetamu dengan cara demikian itu supaya mereka tertarik terhadap agama yang beliau perkenalkan itu dan supaya akal merekapun perlahan-lahan memahami ajarannya. Jadi, pengkhidmatan beliau saw terhadap tetamu bukan hanya sekedar menyediakan makanan zahiriyah untuk menghilangkan perasaan lapar mereka, melainkan beliau menyediakan santapan ruhani juga untuk mereka, supaya mereka juga mendapat sarana yang baik untuk bekal hidup mereka dialam akhirat nanti. Ajaran seperti itu pulalah yang beliau berikan kepada orang-orang yang telah beriman kepada beliau, bahwa dibalik setiap perkerjaan dan amal perbuatan kamu sekalian harus ada keridhaan Allah swt. Terdapat sebuah Hadis yang diriwayatkan oleh Hazrat Abu Hurairah r.a. katanya ada seorang kafir datang kepada Hazrat Rasulullah saw sebagai tetamu beliau. Hazrat Rasulullah saw membawa seekor domba betina untuk diperah susunya dan diberikan minum kepada tetamu itu. Setelah susu dari seekor domba itu diberikan minum kepada tetamu itu, ia masih merasa haus dan lapar juga. Lalu Rasulullah saw menyuruh domba yang kedua untuk diperah susunya dan diberikan minum kepada tetamu itu. Namun tetamu itu masih belum merasa kenyang juga. Lalu beliau menyuruh domba yang ketiga diperah susunya untuk diberikan minum kepada tetamu itu, namun tetap saja tetamu itu masih belum merasa kenyang juga sehingga Rasulullah saw menyuruh memerah tujuh ekor domba diperah susunya dan diberikan minum kepada tetamu itu. Barulah ia merasa kenyang setelah meminum susu tujuh ekor domba itu. Hazrat Abu Hurairah r.a. berkata , dengan menyaksikan peri laku tetamu yang telah minum susu demikian banyaknya sampai tujuh ekor domba itu perangai dan wajah Rasulullah saw sedikitpun tidak berobah dan beliau tetap tenang tanpa keluar sepatah katapun sambil menyediakan susu untuk saya minum. Dengan menyaksikan akhlaq dan perilaku Rasulullah saw yang demikian luhur dan mengesankannya itu, maka keesokan harinya tetamu itupun
05 mengucap dua kalimah syahadat dan langsung bai’at masuk Islam. Pada hari berikutnya Hazrat Rasulullah saw menyediakan beberapa ekor kambing betina lagi untuk diperah susunya dan diberikan minum kepada tetamu itu. Mula-mula tetamu itu meminum susu dari seekor kambing. Ketika susu dari kambing yang kedua diberikan minum kepadanya, ia tidak bisa menghabiskannya karena ia sudah merasa kenyang. Diatas kejadian itu barulah Hazrat Rasulullah saw bersabda : “ Orang mukmin makan-minum hanya untuk satu usus sedangkan orang kafir makan-minum untuk tujuh usus.” Sebelum orang itu masuk Islam Rasulullah saw sepatah katapun tidak bercakap dan setelah ia masuk Islampun beliau tidak berkata apa-apa kepadanya. Melainkan selama orang itu menjadi tetamu, beliau tetap menyediakan bahan makanan atau minuman seperti pada hari-hari sebelumnya kemudian disuguhkan kepadanya. Akan tetapi setelah ia masuk Islam dan menolak suguhan makanan atau minuman itu, barulah beliau saw bersabda begini : “Orang mukmin minum hanya untuk satu usus sedangkan orang kafir minum untuk tujuh usus.” Setelah masuk Islam dia diperingatkan tentang kedudukannya sebagai orang Islam. Dikatakan kepadanya bahwa maksud dan tujuaan kehidupan manusia bukan hanya untuk mencari makan dan minum setiap hari, melainkan untuk mencari dan meraih keridhaan Allah swt. Ketika para Muhajirin Habsyah telah kembali dari Abesinia ke Mekah, maka Rasulullah saw sendiri yang melayani mereka sebagai tetamu. Melihat keadaan demikian para sahabah berkata kepada beliau : “ Huzur, kami hadir disini untuk mengkhidmati mereka, mengapa Huzur menyusahkan diri sendiri melayani mereka ?” Maka Junjungan kita Muhammad saw menjawab : “ Orangorang ini telah menghormati sahabah kita. Maka saya ingin agar saya mengkhidmati mereka sebagai tetamu dengan tangan saya sendiri, supaya bisa menjadi balasan terhadap perlakuan ihsan mereka itu.” Para Muhajirin Habsyi itu tentu merasa hairan menyaksikan pelayanan dan pengkhimatan Hazrat Rasulullah saw terhadap mereka sebagai tetamu dan tentu mereka berkata didalam hati mereka : “ Lihatlah bagaimana Raja Mahkota sekalian Alam ini sedang sibuk melayani kami yang sangat lemah dan tidak berarti ini sebagai tetamu! Dan dalam mengkhidmati tetamu ini beliau menunjukkan mutu pelayanan yang sangat luar biasa ramah dan kasih-sayang yang tidak ada duanya, yang tidak pernah kami saksikan sebelumnya dan tidak pula pernah kami dengar sebelumnya.” Peristiwa tetamu seorang Yahudi yang bermalam dirumah beliau, disebabkan mengalami sakit perut dia telah buang air diatas tempat tidur. Lalu disebabkan rasa malu ia telah pergi meninggalkan rumah beliau tanpa pamit ditengah kegelapan waktu subuh. Maka tanpa banyak bicara dan tanpa menyuruh orang lain Hazrat Rasulullah saw dengan tangan sendiri membersihkan kotoran dan membasuhnya dari atas tempat bekas tidur orang itu. Ketika orang Yahudi itu kembali untuk mengambil sesuatu yang tertinggal dibawah bantal tempat ia tidur, Hazrat Rasulullah saw menyambutnya dengan baik tanpa memperlihatkan wajah kecut atau benci kepadanya dan tidak pula beliau mengucapkan sebarang kata-kata yang bisa membuatnya malu. Hazrat
06 Masih Mau’ud a.s. menceritakan kissah seorang Kristen, mungkin tentang orang itulah beliau telah menceritakan bahwa setelah dia melihat perilaku Hazrat Rasulullah saw yang sangat ramah dan mengesankan itu iapun masuk Islam dengan mengucap dua kalimah syahadah. Terdapat riwayat lain lagi didalam Hadis Bukhari yang diceritakan oleh Hazrat Abu Hurairah r.a. katanya seorang musafir telah datang kepada Rasulullah saw. Beliau mengirim pesan kepada isteri beliau supaya disiapkan makanan untuk menjamu tetamu itu. Dalam menjawab pesan itu isteri beliau mengatakan bahwa dirumah tidak ada sebarang makanan kecuali ada air saja. Kemudian Hazrat Rasulullah saw bertanya kepada para sahabah yang ada bersama beliau. Siapa yang akan bersedia menerima tetamu ini dan menyiapkan makanan baginya ? Seorang sahabah berkata : “ Huzur saya bersedia untuk menjadi tuan rumah dan menyiapkan makanan untuk tetamu ini !” Lalu tetamu itu dibawa kerumahnya dan dikatakan kepada isterinya : “ Saya membawa tetamu Rasulullah saw, harap disediakan makanan untuk tetamu ini !” Isterinya berkata kepadanya : “ Pada waktu ini kita hanya punya makanan untuk anak kita saja.” Sahabah itu berkata kepada isterinya : “Tidak apa siapkanlah makanan itu dan nyalakanlah lampu. Apabila waktu Maghrib tiba dan sudah tiba waktunya untuk memberi makan kepada anak, tidurkkanlah dia !” Maka sang isteri-pun segera menyiapkan makanan dan menyalakan lampu, kemudian anak itupun dibujuk dan ditidurkannya. Makanan siap hanya untuk seorang saja. Tatkala tetamu itu sudah duduk dan siap untuk makan, maka sang suami mengambil lampu itu dan pura-pura mau membetulkannya, namun lampu itu dipadamkannya sehingga ruangan menjadi gelap. Kedua suami isteri itu duduk bersama tetamu itu dalam suasana gelap gulita. Tetamu itu dipersilahkan makan dan kedua suami isteri itupun ikut mengunyah dengan suara dikeraskan seakanakan merekapun sedang makan bersama, padahal mulut mereka kosong tidak makan apa-apa. Dengan demikian tetamu itu telah makan sekenyangnya lalu tidur sedangkan mereka berdua tidur dalam keadaan perut kosong dan lapar sepanjang malam. Pada waktu subuh ketika sahabah itu hadir dihadapan Rasulullah saw, beliau bersabda kepadanya : “ Allah Ta’ala telah memberitahu padaku apa yang kamu lakukan beserta isteri kamu tadi malam dan Allah Ta’ala-pun tertawa melihat cara kamu berdua melayani tetamu itu !” Pada sa’at itulah ayat berikut ini turun kepada Hazrat Rasulullah saw : ِ ِِ ِ ٓك ُه ُم ال ُْدَم ْفِّ ُح ْو َن َ ِ َنَم ْن يُّ ْو َق ُش َّح صَ ْف ِسهٖ فَاُنلٰئ0 اصة َ ل َ َنيُ ْؤث ُرْن َن َع ّٰ اَصْ ُفس ِه ْم َنل َْو َكا َن ِب ْم َخ Artinya : Mereka mengutamakan keperluan orang lain dari pada keperluan diri mereka sendiri, walaupun kemiskinan menimpa mereka. Dan barang siapa dapat mengatasi keserakahan dirinya, maka mereka itulah yang akan berjaya. (Al Hasyar : 10) Mereka orang-orang mukmin yang memiliki batin yang suci dan hati mereka penuh dengan keikhlasan, mereka mengutamakan kepentingan orang lain apadahal mereka sendiri sangat miskin dan memerlukan bantuan orang lain. Sesungguhnya orang-orang yang menghindarkan diri dari keserakahan dan dari kekikiran, mereka itulah yang hidupnya berjaya. Ada sebuah grup para tetamu
07 yang secara tetap tinggal bersama Rasulullah saw, mereka berbuat demikian supaya setiap waktu bisa mendengar atau memantau apa-apa yang diucapkan oleh Hazrat Rasulullah saw. Perbuatan mereka itu merupakan ihsan diatas umat Islam dan diatas kita juga, sebab berkat ketelitian dan kecermatan mereka memantau dan mendengar sabda-sabda Rasulullah saw sehingga riwayat dan hadis-hadis itu sampai pula kepada kita semua. Ada sebuah riwayat yang cukup panjang yang diriwayatkan oleh Hazrat Malik Bin Abi Amir r.a. katanya ada seorang pergi jumpa dengan Talha bin Ubaidullah dan berkata : Wahai Nur Muhammad !! Apakah engkau tidak melihat Abu Hurairah ? Beliau adalah orang yang paling banyak tahu tentang Hadis Rasulullah saw, kami memperoleh hadis-hadis yang kami tidak pernah mendengarnya dari yang lain. Beliau jawab : “ Memang, tidak diragukan lagi. Banyak sekali hadis yang beliau dengar langsung dari Rasulullah saw yang kami sendiri tidak mendengarnya. Sebabnya tidak lain adalah beliau orang miskin, beliau tidak mempunyai apapun. Beliau setiap waktu menjadi tetamu Rasulullah saw. Tangan beliau selalu bergandengan bersama tangan Rasulullah saw. Kami orang-orang yang mempunyai keluarga dan mempunyai harta, tidak bisa setiap waktu hadir bersama Rasulullahsa saw, kami biasa bertemu dengan Rasulullah saw diwaktu pagi dan petang atau malam saja. Demikianlah cara para sahabah bertemu dan bergaul dengan Rasulullah saw kemudian menyampaikan riwayat sampai kepada kita. Jangan dikira beliaubeliau itu duduk-duduk atau bertemu begitu saja membuang-buang waktu atau mencari sepotong roti dari Rsulullah saw, mereka juga menghadapi banyak kesulitan dan terpaksa bersabar menahan lapar untuk beberapa hari bersama Rasulullah saw. Keadaan lapar beliau-baliau itu bukan tidak diketahui oleh Rasulullah saw, sebagaimana dikatakan didalam riwayat ketika beliau saw menerima pesan dari isteri beliau bahwa dirumah tidak ada sebarang makanan kecuali air minum saja. Bahkan sering terjadi dirumah Rasulullah saw berharihari dapur beliau tidak berasap, tidak ada suatu bahan makanan untuk dimasak. Sehugungan dengan ini terdapat sebuah riwayat yang menarik dari Hazrat Abu Hurairah r.a. katanya : “ Demi Allah Yang tidak ada sekutu bagi-Nya ! Pada permulaan zaman Islam, demi menahan lapar pernah sebuah batu besar diikatkan diperut kami, atau kami mendekap diatas lantai tanah supaya bisa bertahan. Pada suatu hari saya duduk diatas tanah dimana orang-orang lalu lalang disana. Hazrat Abu Bakar lewat didekat saya, lalu saya menanyakan arti sebuah ayat kepada beliau, maksudnya supaya beliau faham bahwa saya minta makan kepada beliau kerana saya tengah sangat lapar sekali. Namun setelah menjelaskan arti ayat itu beliau-pun jalan terus. Setelah itu Hazrat Umar r.a. pun lewat dekat saya. Lalu sayapun bertanya kepada beliau makna ayat yang sama seperti tadi. Maksud saya juga sama supaya beliau faham bahwa saya tengah kelaparan meminta makanan kepada beliau. Namun Hazrat Umar-pun jalan terus setelah beliau menerangkan arti ayat tersebut. Akhirnya Hazrat Rasulullah saw lewat didekat saya. Setelah melihat keadaan saya beliau bertanya kepada saya sambil senyum dan dengan nada lemah-lembut : “ Abu Hurairah !! Saya jawab;Labbaik ya Rasulallah saw !! Mari ikut saya !! Lalu saya-pun ikut
08 berjalan dibelakang beliau. Ketika beliau sampai dirumah beliaupun masuk kedalam rumah dan saya meminta izin masuk dan beliau-pun menyuruh saya masuk kedalam rumah beliau. Tidak lama Kemudian beliau membawa secawan susu dihadapan saya. Sebelumnya beliau bertanya kepada isteri beliau : Dari mana susu ini datang? Isteri beliau menjawab : “ Ada seorang datang membawa susu ini secawan lalu ia pergi lagi.” Rasulullah saw memanggil saya : Abu Hurairah !! Saya jawab, labbaik ya Rasulallah !! Bersabda lagi : Berapa orangpun banyaknya yang ada didalam Masjid panggillah mereka semua kesini !! Orang-orang itu semua baru masuk Islam, berada dimesjid tidak mempunyai perkerjaan dan tidak pula mempunyai perniagaan. Mereka semua tetamu Rasulullah saw. Apabila Rasulullah saw menerima sadqah berupa makanan maka Rasulullah saw mengirimkannya kepada para ahli suffah itu, sedang Rasulullah saw sendiri tidak mengambilnya sedikitpun dari padanya. Namun apabila beliau menerima hadiah dari manapun, maka beliau kirimkan kepada mereka dan beliau sendiripun mengambil sedikit saja dari hadiah itu untuk keluarga dan untuk beliau sendiri. Bagaimanapun ketika Rasulullah saw menyuruh saya memanggil semua ahli suffah itu saya merasa kurang senang, sebab susu yang tersedia hanya secawan saja sedangkan tetamu ahli suffah itu beberapa orang jumlahnya. Saya fikir secawan susu ini akan habis diminum oleh seorang ahli suffah saja. Sedangkan saya sendiri sangat memerlukannya sebab saya merasa sangat lapar sekali. Ketika semua ahli suffah itu sudah datang, Rasulullah saw menyuruh saya untuk memberi minum susu itu kepada mereka berganti-gantian. Selama itu fikiran saya sudah kacau, susu ini pasti akan habis dan saya tidak akan kebagian. Namun demikian setiap tetamu itu saya kasih minum sampai kenyang secara bergantian. Akhirnya stetelah selesai minum semuanya sampai kenyang, cawan itu saya kembalikan kepada Rasulullah saw. Sambil memegang cawan itu Rasulullah saw menatap muka saya sambil senyum dan bersabda : Abu Hurairah !! Saya jawab : Labbaik ya Rasulallah saw !! Sekarang tinggal kita berdua, yang lain sudah minum semuanya sampai kenyang. Lalu beliau menyuruh saya duduk untuk meminum susu itu sekenyangnya. Ketika saya sudah berhenti karena kenyang, Rasulullah saw bersabda : Abu Hurairah minum lagi !! Lalu saya minum lagi. Sesudah itu beliau menyuruh saya untuk minum lagi. Setelah saya merasa puas dan betulbetul kenyang saya berkata : ya Rasulallah saw !! Demi Allah Yang telah mengutus Huzur sebagai Rasul, sekarang saya betul-betul sudah kenyang, tidak ada tempat kosong lagi didalam perut saya untuk susu ini !! Maka saya kembalikan cawan berisi susu itu kepada Hazrat Rasulullah saw, lalu beliau mula-mula memuji Allah swt dan setelah membaca bismillah beliaupun meminum susu itu. Rasulullah saw menganggap para ahli suffah itu tetamu beliau. Oleh sebab itu beliau memberi minum kepada mereka sebelum kepada yang lain. Jika beliau sendiri yang mula-mula meminum susu itu tentu barkatnya akan tetap lebih banyak lagi. Akan tetapi sesuai dengan tuntutan melayani tetamu, beliau memberi minum kepada para tetamu itu sebelum beliau sendiri dan sebelum
09 yang lainnya lagi meminum susu itu. Cara duduk para ahli suffah didalam mesjid menunggu kehadiran Rasulullah saw, sangat disukai oleh beliau saw. Oleh sebab itu pada suatu hari beliau bersabda kepada abang dari Abu Hurairah itu : Biarkan orang ini duduk dimesjid sambil menuntut ilmu dan pergilah kamu berniaga mencari nafkah. Setelah terjadi fatah Mekkah dan kafilah mulai berdatangan dari luar kota, maka beliau sangat menghormati mereka itu. Hazrat Bilal yang selalu membantu Rasulullah saw dalam menghisab perbelanjaan keluarga beliau saw, kepada beliau diperintahkan untuk melayani dan mengkhidmati para tetamu itu dengan sebaik-baiknya dan beliau menyuruh untuk mempersiapkan hadiah-hadiah juga untuk mereka itu. Pada suatu ketika datanglah serombongan tetamu dari Bahrain. Deligasi Kabilah itu masih mempunyai Hubungan silsilah keluarga dengan nenek moyang Hazrat Rasulullah saw. Orang-orang ini sejak permulaan Islam telah lama hijrah kenegri Bahrain. Hazrat Rasulullah saw sangat gembira sekali berjumpa kembali dengan orang-orang itu, karena diantara mereka ada yang mempunyai garis keturunan dengan beliau. Mereka disambut dengan sangat meriah. Pemimpin mereka disuruh duduk dekat dengan beliau dan beliau sambut mereka dengan penuh kecintaan dan semangat persaudaraan. Kemudian beliau bersabda kepada para Ansar (para sahabah dari Madinah) :” Sediakanlah jamuan yang baik bagi mereka ini !! Mereka juga mempunyai kedudukan serupa dengan kalian, yaitu mereka ini dengan sendirinya masuk Islam. Pada hari berikutnya Rasulullah saw bertanya kepada Pemimpin Kabilah itu : Bagaiman pelayanan mereka ini terhadap kalian ? Maka dijawab : “Mereka melayani kami sangat baik dan ramah-tamah sekali. Mereka telah menyediakan makanan yang sangat istimewa bagi kami, mereka telah menyediakan tilam dan tempat tidur yang sangat baik bagi kami. Dan setelah salat subuh mereka menjelaskan beberapa ayat Alquranul Karim dan beberapa sunnah Rasul kepada kami!” Demikianlah suri teladan para sahabah Rasulullah saw. Para Ansar telah menunjukan suri teladan yang sangat baik dengan menjelaskan ajaran-ajaran Alqur’an kepada para tetamu diwaktu pagi, sehingga para tetamu itu telah diliputi oleh berkat-berkat quwwat qudsiah Hazrat Rasulullah saw. Didalam sebuah riwayat yang diceritakan oleh Hazrat Abdullah bin Umar r.a. katanya : “ Rasulullah saw bersabda, apabila seorang Pemimpin atau orang terhormat dari suatu Kabilah atau bangsa telah datang kepada kamu, maka sambutlah dan hargailah dia sesuai dengan kedudukan-nya. Beliau menegaskan untuk menghormati dan menghargai pembesar atau orang terhormat yang datang dari luar itu. Dan beliau menegaskan bahwa setiap tetamu baik dia orang Islam ataupun bukan Islam harus dihargai dan dihormati sebagaimana mestinya. Itulah perintah terhadap orang-orang Islam seacara umum. Bahkan pada suatu ketika ada rombongan sebuah Kabilah yang masih terbelakang, mereka semua telanjang dengan tubuh sangat kusut dan kotor dan tidak berpakaian. Beliau saw merasa gelisah setelah menyaksikan keadaan mereka itu. Dengan cepat beliau saw mengumpulkan orang-orang dari Madinah dan memerintahkan untuk segera mempersiapkan makanan dan pakaian untuk mereka. Beliau tetap dalam
10 keadaan gelisah selama mereka belum mendapat pelayanan sebaik-baiknya yang diperlukan dengan segera, dari air muka beliau nampak cemas dan muram memikirkan keadaan mereka itu. Demikian jugalah pada zaman sekarang yang dirasakan oleh Ghulam Sadiq beliau, Hazrat Masih Mau’ud a.s sebagaimana tertulis didalam laporan surat Kabar Al Badar tahun 1940 ketika Hazrat Masih Mau’ud a.s. pergi ke Gurdaspur. Disana banyak orang yang datang untuk berjumpa dengan beliau. Dikatakan didalam dalam surat kabar itu : Hazrat Hujjatullah, Masih Mau’ud a.s. melayani para tetamu beliau begitu sangat baik dan merupakan teladan yang sangat tinggi dan luhur seperti yang dilakukan oleh Hazrat Rasulullah saw terhadap para tetamu beliau. Orang-orang yang pernah tinggal di Qadian atau diamanapun bersama beliau mereka sangat mengetahui bagaimana Hazrat Masih Mau’ud a.s. melayani para tetamu, baik yang telah masuk kedalam Jema’at ataupun mereka yang tidak bersedia masuk Jema’at, diperlakukan sama baiknya. Sedikit saja kesusahan yang dialami oleh tetamu beliau, hati beliau merasa sangat gelisah dan susah sekali. Terlebih lagi terhadap rang-orang mukhlis beliau layani mereka dengan semangat dan kasih sayang yang meluap-luap demi menghormati mereka. Untuk menjelaskan rasa simpati yang lebih dalam dan lebih jauh lagi surat kabar itu selanjutnya menulis : Mian Hidayatullah Sahib seorang Sya’ir Ahmadi dari Lahore, Punjab sahabat beliau yang sangat mukhlis dan setia sekali telah datang ke Gurdaspur untuk berjumpa dengan Hazrat Masih Mau’ud a.s. Ketika beliau minta izin untuk pulang, Hazrat Masih Mau’ud a.s. bersabda kepada beliau : “ Sampai dirumah sendiri apa yang akan tuan kerjakan disana ? Lebih baik tinggallah disini, nanti kita akan pergi bersama-sama. Tinggal disini banyak mendatangkan berkat bagi Tuan sendiri. Jika ada sebarang kesusahan beritahulah kepada saya, nanti akan diuruskan ! Kemudian secara umum beliau memberitahukan kepada para tetamu: Oleh karena tetamu yang datang cukup banyak jumlahnya, mungkin saja ada keperluan atau ada kesusahan yang dialami tetamu tidak diketahui oleh para petugas yang melayani, oleh sebab itu siapapun sebagai tetamu yang mempunyai keperluan atau ada kesusahan, jangan malu-malu beritahukanlah kepada petugas yang melayani tetamu itu. Jika kesusahan atau keperluan itu sengaja disembunyikan maka perbuatan itu adalah dosa. Peraturan Jema’at kita tidak dibuat-buat, kita lakukan dengan sesungguhnya.” Perhatian Hazrat Masih Mau’ud a.s terhadap tetamu demikian ketatnya sehingga bisa diketahui dari sabda beliau sendiri ketika beliau bersabda kepada seorang sahabah bernama Sayyid Waliullah Sahib: “ Hari ini kesehatan saya sangat terganggu. Saya tidak kuat untuk pergi keluar dari rumah. Namun ketika saya dengar Tuan sudah datang, saya memaksakan diri untuk menjumpai Tuan, kerana tetamu yang telah datang dengan susah payah kesini, mempunyai hak untuk dijumpai. Hazrat Masih Mau’ud a.s. bersabda kepada Hazrat Munsyi Abdul Haque : “ Tuan adalah tetamu kami. Dan tetamu yang bisa tinggal dengan selesa dan tenang adalah tetamu yang tidak kaku dan tidak dibuat-buat dalam setiap gerakgeriknya. Barang apapun yang diperlukan harap dibeitahukan kepada kami tanpa ragu dan tanpa malu-malu.” Sesudah itu beliau bersabda kepada para
11 anggauta Jema’at secara am, perhatikanlah tetamu kita ini, setiap orang dari kita harus bersikap hormat dan ramah kepadanya. Dan usahakanlah selalu jangan sampai tetamu kita ini merasakan sebarang kesusahan tinggal disini.” Sesudah menyampaikan pesan nasihat ini beliau a.s.-pun pergi. Pada suatu ketika Hazrat Masih Mau’ud a.s. bersabda bahwa hati tetamu demikian rapuhnya laksana sebuah cermin, tersentuh sedikit saja ia menjadi pecah. Oleh sebab itu jagalah perasaan tetamu kita itu.” Beliau pernah bersabda : “ Apabila seorang tamu datang karena tidak merasa senang hati tiba-tiba ia mulai menyapa kalian dengan bahasa yang kasar atau memaki kalian dengan kata-kata yang menyakitkan hati, maka kalian jangan membalasnya, melainkan hendaklah kalian diam jangan menjawabnya sepatah katapun kepadanya. Pada suatu ketika Hazrat Masih Mau’ud a.s. bersabda dengan tegas kepada Incharge Langgar Khana : “ Hendaknya wewenang atau tanggung jawab setiap kepala seksi /kepala bagian harus diawasi dengan sebaik-baiknya, namun oleh karena Incharge itu berkerja sendiri dan tanggung jawabnya cukup berat dan pekerjaannya cukup banyak bisa saja dia tidak menguasai semua anak-anak buahnya. Oleh sebab itu hendaknya ada orang lain juga yang mengingatkannya apabila ada perkerjaan yang kurang terurus dengan baik. Apabila ada tetamu datang memakai pakaian kotor dan kurang menyenangkan jangan menunjukan prangai yang tidak baik. Tetamu pada umumnya sama saja. Ada tetamu baru dan belum ada yang kenal kepadanya, maka kewajiban kita untuk menyediakan setiap keperluannya dengan penuh perhatian. Kadangkala ada tetamu yang belum tahu dimana letak tandas (toilet) sehingga ia mengalami kesulitan. Oleh kerana itu menjadi kewajiban semua tuan rumah atau pengurus langgar khana untuk menyediakan setiap keperluan tetamu itu. Saya sering sakit dan uzur namun sebagai ganti saya telah ditetapkan seorang untuk mengawasi Langgar Khana. Hazrat Mian Basyir Ahmad r.a. telah menuliskan sebuah riwayat didalam buku beliau Siratul Mahdi mengutip perkataan Maulvi Abdullah Sanauri katanya Hazrat Masih Mau’ud a.s. sedang berbaring disebuah ruangan didalam Baitul Fikir berdampingan dengan Masjid Mubarak. Dari luar terdengar ada orang yang mengetuk pintu beliau. Mendengar suara itu sayapun mau bangun. Akan tetapi Hazrat Masih Mau’ud a.s. dengan cepatnya bangun dan membuka kunci pintu itu, kemudian beliau kembali duduk ditempat asal dan berkata kepada saya : “ Tuan adalah tetamu saya, dan Hazrat Rasulullah saw bersabda bahwa tetamu harus dihormati.” Hazrat Masih Mau’ud a.s. berulang kali menerima ilham ini : ََيْتُ ْو َن ِم ْن ُك ِل فَّ ٍج َع ِدَم ْي ٍقArtinya : Begitu banyak orang-orang akan datang menjumpai engkau dari tempat yang jauh-jauh sehingga jalan-jalan yang mereka lewati akan ِ نالَ تَ ْعjanganlah ِ ل ْم ِم َن الن berlubang-lubang. Dan Tuhan berfirman kepada beliau َّاس َ engkau merasa lelah disebabkan banyaknya orang-orang yang mulaqat (bertemu) dengan engkau. Dizaman Hazrat Masih Mau’ud a.s banyak
12 sekali tetamu datang menjumpai beliau dan beliau melayani mereka dengan muka ceriah dan sangat senang hati sesuai benar dengan sunnah Rasulullah saw, kekasih beliau dalam menerima tetamu beliau. Dengan demikian Allah swt membuktikan bagaimana Hazrat Masih Mau’ud a.s telah betul-betul mengikuti cara-cara Hazrat Rasulullah saw dalam melayani dan mengkhidmati para tetamu beliau. Sekarang menjadi kewajiban kita semua untuk melanjutkan suri teladan beliau yang sangat baik ini. Banyak orang-orang yang menerima tetamu pribadi mereka, ahli kerabat mereka, teman-teman karib mereka diantaranya ada yang mempunyai hubungan darah kekeluargaan, persaudaraan dan persahabatan dan sebagainya. Karenanya pelayanan terhadap mereka sebagai tetamu harus dilaksanakan dengan penuh mesra dan kasih-sayang. Akan tetapi pada hari ini para tetamu sudah mulai berdatangan untuk menghadiri Jalsah Salanah yang akan dimulai pada hari Jum’ah yang akan datang. Dan Jalsah ini dimulai oleh Hazrat Masih Mau’ud a.s. atas perintah Tuhan semata-mata demi kepentingan agama dan untuk meningkatkan nilai-nilai kerohanian manusia. Bagi para peserta Jalsah Salanah ini terdapat berkat do’a-do’a yang khas yang dipanjatkan oleh Hazrat Masih Mau’ud a.s. Maka dari segi ini semua tetamu Jalsah ini adalah para tetamu Hazrat Masih Mau’ud a.s. yang berdatangan semata-mata untuk kepentingan agama. Kewajiban kitalah untuk melayani dan mengkhidmati mereka sebagai tetamu. Dan kita lakukan semua itu semata-mata untuk meraih keridhaan Allah swt dan semata-mata demi melayani dan mengkhimati mereka sebagai saudara-saudra ruhani kita. Maka menjadi kewajiban semua petugas untuk melayani mereka dengan menunjukan akhlaq yang tinggi, dengan penuh kesabaran disertai dengan banyak-banyak membaca tasbih dan memanjatkan do’a kepada Tuhan Yang Maha Kuasa. Tugas dan pekerjaan apapun yang diserahkan harus dilakasnakan dengan sebaik-baiknya oleh setiap petugas. Mereka harus memperhatikan setiap keperluan walaupun sekecil apapun yang diperlukan oleh para tetamu. Dan para petugas harus berusaha menjauhkan setiap kesusahan yang dialami oleh para tetamu. Dan setiap petugas harus memperlakukan para tetamu itu sebagai tetamu yang special. Semoga Allah swt memberi taufiq kepada semua petugas untuk menjalankan kewajiban mereka dengan penuh tanggung jawab dan dengan cara yang sebaik-baiknya. Amin !!! Setelah salat Jum’ah Huzur memimpin salat jenazah ghaib untuk Maulana Haji Mahmud Ahmad Cheema ex Amir dan Missionary Incharge Jema’at Ahmadiyah Indonesia yang telah wafat pada tanggal 14 Juli 2009. Dan yang kedua jenazah Sahizadi Amatul Mu’min, isteri Sahibzada Mirza Na’im Ahmad Sahib. Yang wafat pada tanggal 14 Juli 2009 juga. Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un. Alihbahasa dari Audio Urdu oleh Hasan Basri Singapura tgl 23-07-2009