The why factor Mengapa Anda Harus Membaca Buku ini?
Yang mana satu anda inginkan? Anak bijak belajar dan berjaya: kerja sebagai doktor, peguam, engineer, atau Anak suka solat dan hobinya ialah membaca Quran, membaca buku dan menolong orang. Sejujurnya kita sebagai mak ayah inginkan kedua-duanya. Waktu belajar dia pelajar top 10 dalam pelajaran, luar waktu belajar dia manusia top 10 dalam berbudi kepada masyarakat.
Soalnya bagaimana?
Allah Dalam Hati Anakku
Bagaimana untuk menanam hobi suka baca Quran sedangkan anak lebih suka tengok kartun Frozen? Bagaimana untuk menjadikan tempat ‘lepak’nya sebagai masjid dan program selawat jika asyik-asyik mengajak ke shopping mall? Jika anda juga mengalami situasi yang hampir sama, mungkin perkongsian di bawah ini ada manfaatnya: 6HEHQDUQ\DLWXODKVRDODQ\DQJVHODOXVD\D¿NLUNDQ bila melihat anak saya, yaya, yang berusia 5 tahun asyik melekat di depan kaca tv menonton rancangan Mickey Mouse kegemarannya. Saya pun hairan, ‘apa la yang best sangat’. Dari pagi hingga ke petang tak jemu-jemu menonton. Bila di ajak membaca buku, mulalah mulutnya ternguap-nguap. Tiba-tiba matanya yang segar bugar menonton kartun menjadi begitu mengantuk. Geram saya dibuatnya.
“
Bila di ajak membaca
buku, mulalah mulutnya ternguap-nguap. Tiba-tiba
matanya yang segar bugar menonton kartun menjadi begitu mengantuk.
Geram saya dibuatnya.
2
”
Allah Dalam Hati Anakku
Kalau pembaca pernah alami situasi ini, anda juga pasti geram. Ibu ayah mana yang tidak risau apabila anak lebih suka menonton tv dari mengadap buku. Apabila anak sering menghabiskan masanya dengan hal-hal yang tidak berfaedah seperti ini, kita khuatir lama kelamaan ia menjadi satu habit atau kebiasaannya. Kita risau jika hobi atau habit anak ialah bermain game dan tengok kartun. Perkataan habit ini memang merisaukan saya. Sebab saya teringat kata pepatah Inggeris, ‘Old habits die hard’ Ia seolahnya memberitahu saya ‘jangan biarkan anak suka tengok kartun, nanti menjadi habitnya malas belajar, dan habit ini sukar dibendung. 'Mama, please do something now’ Kerana itu saya mencuba banyak cara untuk ‘switch’ yaya: belajar dari ibu bapa lain yang lebih berpengalaman, dapatkan tips dari mak mentua. Macam-macam buku parenting saya baca dari kulit ke kulit. Seminar jangan ditanya. Pantang ada, semua saya attend. Sebab yaya anak sulung saya, jadi saya harus mengaku yang pengetahuan dan pengalaman saya mendidik anak zero. Lebih baik dapatkan teknik dari orang lain. Alhamdulillah, saya mencubanya hinggalah apabila yaya mula menunjukkan perubahan: dari suka
3
Allah Dalam Hati Anakku
kartun Mickey Mouse kepada suka menghafal surah Al-Quran. Kalau dulunya asyik-ayik mengajak saya ke shopping mall, sekarang alhamdulillah tempat ‘lepak’ kegemarannya ialah majlis selawat dan masjid. Akhirnya saya mendapat satu kesimpulan: ‘kunci’ kepada mudahnnya mendidik anak dari suka Frozen kepada sayang Tuhan, hingga ‘Allah’ sentiasa meniti di bibirnya. Itulah yang saya kongsikan dalam buku ini: teknik menanam cinta kepada Allah dalam hati anak.. iaitu Teknik ADHA (‘Allah Dalam Hati Anakku’) dan bagaimana mengaplikasikannya melalui tujuh contoh situasi masalah yang selalu kita hadapi setiap hari: 1
Anak malas belajar dan lebih suka tengok kartun
2
Anak ‘liat’ untuk memakai tudung kerana terpengaruh dengan kartun Frozen
3
Anak lebih banyak merungut dari berterima kasih
4
Anak tidak ‘ringan tulang’ bila diminta tolong
5
Anak hanya suka mengajak ke shopping mall tapi menangis jika dibawa ke masjid
6
Anak suka bermain tapi tidak mahu mengemas semula mainannya yang bersepah-sepah 4
Allah Dalam Hati Anakku
7
Anak merasa dirinya ‘best’ bila pandai membuat sesuatu
Ini adalah tujuh situasi kritikal yang kita biasa menghadapinya setiap hari, yang buat kita tertanyatanya bagaimana untuk mengatasinya: dari malas belajar hingga perlu dipaksa, kepada seorang anak yang dia sendiri memilih untuk membaca buku dan membuat matematik. Pantang ada masa terluang, pasti di tangannya pen dan buku/kertas. Kalau sebelumnya rimas bertudung, kini anak sendiri yang ‘alergik’ kalau tak pakai tudung. Yang mulut comelnya mudah menyebut ‘thank you mama’, ‘thank you teacher’ dan bukannya mengamuk, terguling-guling hanya kerana tidak mendapat ais krim kegemarannya. Yang dia sendiri akan bertanya “mama, bila kita nak ke masjid lagi?”. Dan paling best, bila anak dapat A dalam exam, kata-kata yang keluar dari mulutnya ialah ‘Alhamdulillah, thank you Allah, bagi saya markah cemerlang”.
“
Yang dia sendiri akan bertanya
“mama, bila kita nak ke masjid lagi?”. Dan paling best, bila anak dapat A dalam exam, kata-kata yang keluar dari mulutnya ialah ‘Alhamdulillah, thank
you Allah, bagi saya markah cemerlang”. 5
”
Allah Dalam Hati Anakku
Jika ini yang tuan-puan inginkan, Alhamdulillah ‘kunci’nya sudah ditangan anda: Teknik ADHA (‘Allah Dalam Hati Anakku’)..sebuah teknik untuk menanam cinta kepada Allah dalam hati anak. Apabila ada ‘Allah dalam hati anak’, percayalah segala usaha kita untuk mendidik anak akan menjadi mudah dan itu juga kami kongsikan melalui tujuh situasi kritikal di atas. Ianya kami kongsikan kerana yakin, the more we share ‘kebaikan’, the more Tuhan share rahmatNya kpd kami....
“
Apabila ada ‘Allah dalam hati anak’, percayalah segala usaha kita untuk mendidik anak akan menjadi mudah dan itu
juga kami kongsikan melalui tujuh situasi kritikal di atas. Ianya kami kongsikan kerana yakin, the more
we share ‘kebaikan’, the more Tuhan share rahmatNya kpd kami....
”
Di sinilah anda akan menemui manfaat buku ini. Mudahmudahan, ia akan membantu kita untuk mendidik anak agar bukan saja mereka tahu agama, tapi membesar 6
Allah Dalam Hati Anakku
dengan Allah dalam hati (cinta Allah) sejak dari usia kecil. Dengan cinta tersebut, anak akan suka solat kerana ingin ’berjumpa’ dengan Tuhan yang dicintainya. Kerana ada sesuatu ingin disampaikan kepada Tuhannya. Mudah-mudahan buku ini membantu agar anak kita punya hobi membaca Quran dan bukannya menonton kartun atau bermain game. Semoga ia juga bermanfaat buat kita menanamkan karakter ¶¿UVW JUDGH¶ dalam diri anak: suka membantu dan memberi nilai kepada orang lain kerana merasakan dirinya bernilai. Punya akhlak ’Gred A’: bijak berterima kasih, menghormati orang lain, memohon maaf jika membuat salah. Dalamannya pula kuat hingga apapun masalah yang datang, dia tahu cukup dengan Tuhan yang sentiasa ada untuk dia ’pass’ segala masalah tersebut. Para pembaca budiman, inilah yang kita inginkan. Kita ingin anak kita bukan saja berjaya dalam pelajaran, dapat kerja bagus sebagai lawyer, doctor, engineer, malah businessman yang berjaya namun yang lebih penting, mereka punya kekuatan dalaman jiwa yang luar biasa: tidak mudah berputus asa walau ribut taufan melanda, hidup sentiasa untuk memberi manfaat, sentiasa bersikap positif, sentiasa ingat Tuhan saat susah dan senang. Dari mana lagi datangnya kekuatan dalaman jiwa ini jika tidak dari Pencipta jiwa itu sendiri: Allah 7
Allah Dalam Hati Anakku
Ar-Rahman Ar-Rahim. Maka kuncinya terletak pada menanam cinta kepada Allah dalam diri anak kita. Inilah misi buku ini: Allah dalam hati anakku.
8