Lampiran 1
ISI KANDUNGAN SYARAT – SYARAT DAN PERATURAN CUTI SABATIKAL UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA
ISI KANDUNGAN
MUKA SURAT
1. PENDAHULUAN
1
2. TAFSIRAN
1 - 2
3. BENTUK PROGRAM SABATIKAL
2 - 3
4. KELAYAKAN
3 - 4
5. TEMPOH CUTI SABATIKAL
4 - 5
6. KEMUDAHAN DAN FAEDAH
5 - 6
7. PENANGGUHAN CUTI SABATIKAL
6
8. LUPUT DAN HILANG KELAYAKAN CUTI SABATIKAL
7
9. IKATAN PERJANJIAN CUTI SABATIKAL
7
10. PROSEDUR MEMOHON
7 - 8
11. LAPORAN CUTI SABATIKAL
8
12. TATATERTIB DAN PENGLIBATAN DALAM PEKERJAAN
8 - 9
13. HAK UNIVERSITI
9
SYARAT – SYARAT DAN PERATURAN CUTI SABATIKAL UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PENDAHULUAN
1.
Cuti Sabatikal merupakan satu tempoh masa yang diluluskan oleh Universiti untuk
pegawai akademik bagi membolehkan mereka meningkatkan kebolehan dan kemahiran dalam bidang kepakaran masing-masing. Selari dengan perkembangan ilmu yang dinamik, Cuti Sabatikal adalah platform yang sesuai untuk pegawai akademik mengemaskini pengetahuan kemahiran mereka dari masa ke semasa.
TAFSIRAN
2.
Istilah yang digunakan dalam Syarat – Syarat dan Peraturan Cuti Sabatikal ini adalah
seperti berikut;
a)
“Cuti Sabatikal” ertinya seperti yang diterangkan dalam perenggan 1;
b)
“Pegawai / Pegawai Akademik” ertinya seorang guru yang dilantik secara tetap oleh Universiti Tun Hussein Onn Malaysia;
c)
“Tahun Akademik” ertinya dari tempoh permulaan sesi baru pengajian hingga tamat sesi pengajian;
d)
“Universiti” ertinya Universiti Tun Hussein Onn Malaysia;
e)
“Luput” ertinya tempoh masa tidak boleh diambilkira;
f)
“Naib Canselor” ertinya Naib Canselor Universiti Tun Hussein Onn Malaysia; dan
g)
“Perkhidmatan Tiga Tahun” ertinya perkhidmatan terus – menerus selama tiga puluh enam bulan, dan “perkhidmatan lima tahun” ertinya perkhidmatan terus – menerus selama enam puluh bulan, dengan Universiti, sebagaimana yang terpakai, dan termasuk apa – apa tempoh pinjaman, tetapi tidak termasuk apa – apa tempoh;-
i.
Cuti Tanpa Gaji;
ii.
Cuti Separuh Gaji;
iii.
Cuti Belajar;
1
iv.
cuti bagi menghadiri suatu program di bawah apa – apa skim latihan bagi kakitangan akademik;
v.
perkhidmatan yang dikehendaki dikecualikan;
vi.
tangguhan Cuti Sabatikal yang diluluskan;
vii.
tindakan tahan kerja atau gantung kerja di bawah peraturan tatatertib Universiti; dan
viii.
perintah tahanan di bawah mana-mana peruntukan undang – undang berhubungan dengan keselamatan Malaysia atau mana – mana bahagiannya, pencegahan jenayah atau tahanan pencegahan.
h)
“Bench Fees” ertinya yuran penyelidikan yang juga dikenali “Research Support Fees” yang merangkumi kos sumber / material yang digunakan semasa dalam pengajian. Ianya merupakan yuran tambahan kepada yuran pengajian biasa.
BENTUK PROGRAM SABATIKAL
3.
Program Cuti Sabatikal boleh dijalankan dalam bentuk :-
i)
Pengajian; atau
ii)
Penyelidikan; atau
iii)
Sangkutan; atau
iv)
Penulisan buku
atau kombinasi mana-mana bentuk program tersebut.
4.
Program Sabatikal bagi bentuk pengajian , penyelidikan dan sangkutan :-
a)
bertujuan menambah dan meluaskan pengalaman dalam bidang atau meneroka bidang yang baru;
b)
membuat penyelidikan yang memberi nilai tambah kepada universiti tetapi bukan bertujuan untuk menyelesaikan penyelidikan untuk mendapatkan PhD;
c)
mengadakan program Cuti Sabatikal dengan mana-mana organisasi yang bertujuan memperolehi kelayakan profesional dalam bidang seperti undangundang, perakaunan dan kejuruteraan; dan
2
d)
mengadakan program Cuti Sabatikal yang boleh dibuat dua kombinasi tempat dan masa dalam dan luar negara.
5.
Program Sabatikal bagi penulisan;
a)
bertujuan menulis buku ilmiah yang asli dan diterbitkan sebaik sahaja program Cuti Sabatikal berakhir; dan
b)
Kerja - kerja asas seperti mengumpul maklumat atau menyediakan draf buku ilmiah sebelum memulakan Cuti Sabatikal.
6.
Mengajar di Universiti - universiti terkemuka di luar negara;
a)
Melibatkan diri dalam pengajaran dan pembelajaran institusi terkemuka di luar negara
KELAYAKAN
7.
Seseorang pegawai boleh dipertimbangkan untuk Cuti Sabatikal sekiranya memenuhi
syarat-syarat berikut;
a)
warganegara Malaysia;
b)
telah disahkan dalam perkhidmatan;
c)
keutamaan kepada pegawai yang telah memiliki Ijazah Doktor Falsafah;
d)
tarikh tamat Cuti Sabatikal ialah sekurang – kurangnya 24 bulan sebelum tarikh persaraan wajib;
e)
telah berkhidmat tiga (3) tahun atau lima (5) tahun selepas ditawarkan jawatan tetap dalam perkhidmatan secara terus menerus selama 36 bulan atau 60 bulan dengan universiti tanpa terputus dengan cuti tertentu;
f)
tidak terlibat dengan prosiding jenayah di mahkamah atau dikenakan tindakan tahan kerja / gantung kerja; dan
g)
telah tamat tempoh hukuman tatatertib ( jika ada ).
3
TEMPOH CUTI SABATIKAL
8.
Tempoh Cuti Sabatikal bagi pegawai yang genap tiga (3) tahun ialah selama lima (5)
bulan kalendar dan bagi pegawai yang genap perkhidmatan lima (5) tahun ialah sembilan (9) bulan kalendar.
9.
Sekiranya Cuti Sabatikal diambil sebaik sahaja genap perkhidmatan tiga (3) tahun yang
diambilkira, Cuti Sabatikal hendaklah dilaksanakan sepenuhnya di Malaysia. Sekiranya pegawai masih ingin melaksanakan Cuti Sabatikal di luar Malaysia;
a)
pegawai tidak berhak dan tidak boleh dibayar apa-apa perbelanjaan perjalanan, yuran atau bench fee, rawatan kesihatan dan elaun pakaian panas; dan
b)
10.
pegawai hanya akan dibayar elaun sara hidup mengikut kadar di Malaysia.
Sekiranya Cuti Sabatikal diambil sebaik sahaja genap perkhidmatan lima (5) tahun yang
diambilkira Cuti Sabatikal pegawai boleh menjalaninya di dalam atau di luar negara.
11.
Sekiranya menjalani Cuti Sabatikal di luar negara tempohnya tidak kurang dari satu (1)
bulan kalendar dan Cuti Sabatikal hendaklah dilaksanakan di satu tempat sahaja. Sekiranya melibatkan dua tempat berbeza, kadar elaun yang layak akan dibayar mengikut kadar yang terendah.
KEMUDAHAN DAN FAEDAH
12.
Pegawai yang menjalani Cuti Sabatikal dalam negara layak dibayar elaun sara hidup atas
kadar tempatan, elaun buku sebanyak RM500 yang boleh dituntut sekali sahaja, dan bench fees (jika ada)
13.
Pegawai yang menjalani Cuti Sabatikal di luar negara kali pertama layak mendapat
faedah seperti berikut: a)
Tambang perjalanan pergi / balik bagi laluan terdekat kelas ekonomi dengan menggunakan penerbangan yang dibenarkan dengan kos yang lebih murah;
b)
Elaun Sara Hidup kadar luar negara bagi tempoh tidak kurang tiga (3) bulan mengikut Pekeliling yang berkuatkuasa dari semasa ke semasa; 4
14.
c)
Elaun Pakaian Panas;
d)
Insuran kesihatan
e)
Elaun Buku sebanyak RM500 sekali sahaja; dan
f)
Bayaran bench fees.
Cuti Sabatikal kali kedua dan seterusnya, pihak Universiti hanya akan membayar elaun
sara hidup pada kadar tempatan dan pegawai digalakkan untuk mendapatkan pembiayaan luar universiti. Walau bagaimanapun, pegawai perlu mendapat kebenaran Universiti sebelum memohon pembiayaian daripada luar.
15.
Semua cuti rehat yang belum dihabiskan sebelum memulakan Cuti Sabatikal hendaklah
disifatkan telah luput berkuatkuasa mulai tarikh permulaan Cuti Sabatikal. Bagi pegawai yang mengambil Cuti Sabatikal selama sembilan bulan dan mengikuti cuti sabatikal di luar negara boleh dibenarkan mengambil cuti maksimum selama tujuh (7) hari sebaik sahaja tamat Cuti Sabatikalnya yang dikira daripada cuti rehat yang tidak dapat dihabiskan sebelum memulakan Cuti Sabatikal. Kelayakan cuti rehat
akan dikira mulai tarikh pegawai melapor diri untuk
bertugas semula.
16.
Pihak Universiti berhak menyelaras apa jua elaun yang akan diterima oleh pegawai
semasa menjalani Cuti Sabatikal.
PENANGGUHAN CUTI SABATIKAL
17.
Pegawai mesti mengambil dan melaksanakan Cuti Sabatikalnya pada tarikh genap masa
beliau boleh diluluskan , walaubagaimanapun Cuti Sabatikal tersebut boleh ditangguhkan atas sebab:
a)
kepentingan perkhidmatan – pegawai boleh melalui Dekan dan Ketua Jabatan memohon penangguhan atas sebab kepentingan tetapi penangguhan itu tidak boleh melebih daripada 24 bulan selepas tarikh genap masa Cuti Sabatikal yang diluluskan itu.
b)
sebab-sebab peribadi - pegawai boleh melalui Dekan dan Ketua Jabatan memohon penangguhan atas sebab peribadi tetapi penangguhan itu tidak boleh 5
melebih daripada
12 bulan selepas tarikh genap masa Cuti Sabatikal yang
diluluskan itu. c)
pegawai juga dikehendaki menangguh Cuti Sabatikalnya untuk memastikan bahawa beliau boleh mengajar sekurang-kurangnya satu semester penuh dalam mana-mana tahun akademik.
18. Cara pengiraan dan penangguhan Cuti Sabatikal seperti di Lampiran 1.
LUPUT DAN HILANG KELAYAKAN CUTI SABATIKAL
19.
Kelayakan Cuti Sabatikal pegawai akan luput sekiranya pegawai tidak mengambil Cuti
Sabatikal yang beliau layak pada tarikh genap masa atau pada tarikh tamat penangguhan cuti sabatikal.
IKATAN PERJANJIAN CUTI SABATIKAL
20.
Pegawai yang hendak mengikuti Cuti Sabatikal dikehendaki membuat ikatan perjanjian
dengan Universiti. Perjanjian Cuti Sabatikal seperti dalam Lampiran 2.
21.
Pegawai yang diluluskan Cuti Sabatikal mesti menyempurnakan ikatan perjanjian dengan
dua (2) orang penjamin sebelum memulakan Cuti Sabatikal, membuat akujanji akan berkhidmat dengan Universiti selama tempoh;
a)
12 bulan dari tarikh melapor diri untuk bertugas sekiranya Cuti Sabatikal diambil sebaik sahaja genap perkhidmatan tiga (3) tahun; atau
b)
24 bulan dari tarikh melapor diri untuk bertugas sekiranya Cuti Sabatikal diambil sebaik sahaja genap perkhidmatan lima (5) tahun;
22.
Kadar tuntutan ganti rugi akibat daripada perlanggaran mana-mana terma atau syarat
dalam Perjanjian Cuti Sabatikal adalah berdasarkan kepada kos sebenar yang telah dibelanjakan oleh Universiti.
23
Syarat – syarat Penjamin adalah seperti dalam Lampiran 3.
6
PROSEDUR MEMOHON
24.
Pegawai hendaklah menggunakan borang seperti di Lampiran 4 yang disediakan yang
boleh didapati di Bahagian Pembangunan Sumber Manusia, Pejabat Pendaftar. Borang yang diisi dengan lengkap hendaklah dikemukakan enam (6) bulan sebelum tarikh Cuti Sabatikal yang dipohon.
25.
Permohonan mestilah dibuat melalui Ketua Jabatan dan Dekan masing-masing kepada
Timbalan Pendaftar, Bahagian Pembangunan Sumber Manusia, Pejabat Pendaftar dengan menyertakan program terperinci, tempat, nama penyelia dan bantuan kewangan sekiranya ada.
26.
Permohonan Cuti Sabatikal akan dibawa oleh Urusetia untuk kelulusan Jawatankuasa
Eksekutif Universiti.
LAPORAN CUTI SABATIKAL
27.
Pegawai yang melapor diri bertugas semula sebaik sahaja Cuti Sabatikalnya tamat, mesti
mengemukakan laporan dalam tempoh 30 hari selepas melapor diri.
28.
Pegawai yang gagal menghantar laporan dalam tempoh yang ditetapkan tidak akan diberi
pertimbangan untuk mendapatkan Cuti Sabatikal pada masa hadapan dan boleh diambil tindakan tatatertib berdasarkan Akta 605.
29.
Pegawai juga dikehendaki menerbitkan hasil Cuti Sabatikalnya dalam bentuk artikel /
makalah./jurnal dalam mana-mana penerbitan ilmiah.
30.
Pegawai hendaklah memastikan semua hasil penerbitan termasuklah apa-apa idea,
penulisan, laporan, data, ciptaan adalah asli.
7
TATATERTIB DAN PENGLIBATAN DALAM PEKERJAAN
31.
Pegawai dalam tempoh Cuti Sabatikal tertakluk kepada Akta Badan-Badan Berkanun
(Tatatertib dan Surcaj), 2000 (Akta 605) dan peraturan-peraturan yang berkuat kuasa.
32.
Pegawai yang menjalankan Cuti Sabatikal tidak dibenarkan terlibat dalam apa-apa jua
aktiviti yang tidak berkaitan dengan tujuan Cuti Sabatikal tanpa mendapat kelulusan daripada universiti terlebih dahulu.
HAK UNIVERSITI
33.
Universiti berhak meminda apa-apa peraturan dan peruntukan syarat-syarat di atas pada
bila-bila masa sahaja tanpa sebarang makluman dan pegawai adalah tertakluk kepada pindaanpindaan tersebut.
34.
Universiti berhak menarik balik kelulusan Cuti Sabatikal atau menamatkan Perjanjian
Cuti Sabatikal pegawai dengan memberi notis bertulis pada bila-bila masa tanpa memberi sebarang sebab.
8