SYARAT – SYARAT DAN PERATURAN CUTI SABATIKAL UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA
ISI KANDUNGAN
MUKA SURAT
1. PENDAHULUAN
1
2. TAFSIRAN
1
3. BENTUK PROGRAM SABATIKAL
2 - 3
4. KELAYAKAN
3 - 4
5. TEMPOH CUTI SABATIKAL
4 - 5
6. KEMUDAHAN DAN FAEDAH
5 - 6
7. PENANGGUHAN CUTI SABATIKAL
6
8. LUPUT DAN HILANG KELAYAKAN CUTI SABATIKAL
7
9. IKATAN PERJANJIAN CUTI SABATIKAL
7
10. PROSEDUR MEMOHON
7 - 8
11. LAPORAN CUTI SABATIKAL
8
12. TATATERTIB DAN PENGLIBATAN DALAM PEKERJAAN 13. HAK UNIVERSITI
8 - 9
9
10
SYARAT – SYARAT DAN PERATURAN CUTI SABATIKAL UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA
PENDAHULUAN
1.
Cuti Sabatikal merupakan satu tempoh masa yang diluluskan oleh Universiti
untuk pegawai akademik bagi membolehkan mereka meningkatkan kebolehan dan kemahiran dalam bidang kepakaran masing-masing. Selari dengan perkembangan ilmu yang dinamik, Cuti Sabatikal adalah platform yang sesuai untuk pegawai akademik mengemaskini pengetahuan kemahiran mereka dari masa ke semasa.
TAFSIRAN
2.
Istilah yang digunakan dalam Syarat – Syarat dan Peraturan Cuti Sabatikal ini
adalah seperti berikut; a)
“Cuti Sabatikal” ertinya seperti yang diterangkan dalam perenggan 1;
b)
“Pegawai / Pegawai Akademik” ertinya seorang guru yang dilantik secara tetap oleh Universiti Tun Hussein Onn Malaysia;
c)
“Tahun Akademik” ertinya dari tempoh permulaan sesi baru pengajian hingga tamat sesi pengajian;
d)
“Universiti” ertinya Universiti Tun Hussein Onn Malaysia;
e)
“Luput” ertinya tempoh masa tidak boleh diambilkira;
f)
“Naib Canselor” ertinya Naib Canselor Universiti Tun Hussein Onn Malaysia; dan
g)
“Perkhidmatan Tiga Tahun” ertinya perkhidmatan terus – menerus selama tiga puluh enam bulan, dan “perkhidmatan lima tahun” ertinya perkhidmatan terus – menerus selama enam puluh bulan, dengan Universiti, sebagaimana yang terpakai, dan termasuk apa – apa tempoh pinjaman, tetapi tidak termasuk apa – apa tempoh;-
1 10
i.
Cuti Tanpa Gaji;
ii.
Cuti Separuh Gaji;
iii.
Cuti Belajar;
iv.
cuti bagi menghadiri suatu program di bawah apa – apa skim latihan bagi kakitangan akademik;
v.
perkhidmatan yang dikehendaki dikecualikan;
vi.
tangguhan Cuti Sabatikal yang diluluskan;
vii.
tindakan tahan kerja atau gantung kerja di bawah peraturan tatatertib Universiti; dan
viii.
perintah tahanan di bawah mana-mana peruntukan undang – undang berhubungan dengan keselamatan Malaysia atau mana – mana
bahagiannya,
pencegahan
jenayah
atau
tahanan
pencegahan.
h)
“Bench Fees” ertinya yuran penyelidikan yang juga dikenali “Research Support Fees” yang merangkumi kos sumber / material yang digunakan semasa dalam pengajian. Ianya merupakan yuran tambahan kepada yuran pengajian biasa.
BENTUK PROGRAM SABATIKAL
3.
Program Cuti Sabatikal boleh dijalankan dalam bentuk :-
i)
Pengajian; atau
ii)
Penyelidikan; atau
iii)
Sangkutan; atau
iv)
Penulisan buku
atau kombinasi mana-mana bentuk program tersebut.
10 2
4.
Program Sabatikal bagi bentuk pengajian , penyelidikan dan sangkutan :-
a)
bertujuan menambah dan meluaskan pengalaman dalam bidang atau meneroka bidang yang baru;
b)
membuat penyelidikan yang memberi nilai tambah kepada universiti tetapi bukan bertujuan untuk menyelesaikan penyelidikan untuk mendapatkan PhD;
c)
mengadakan program Cuti Sabatikal dengan mana-mana organisasi yang bertujuan memperolehi kelayakan profesional dalam bidang seperti undang-undang, perakaunan dan kejuruteraan; dan
d)
mengadakan program Cuti Sabatikal yang boleh dibuat dua kombinasi tempat dan masa dalam dan luar negara.
5.
Program Sabatikal bagi penulisan;
a)
bertujuan menulis buku ilmiah yang asli dan diterbitkan sebaik sahaja program Cuti Sabatikal berakhir; dan
b)
Kerja - kerja asas seperti mengumpul maklumat atau menyediakan draf buku ilmiah sebelum memulakan Cuti Sabatikal.
6.
Mengajar di Universiti - universiti terkemuka di luar negara;
a)
Melibatkan diri dalam pengajaran dan pembelajaran institusi terkemuka di luar negara
KELAYAKAN 7.
Seseorang pegawai boleh dipertimbangkan untuk Cuti Sabatikal sekiranya
memenuhi syarat-syarat berikut;
10 3
a)
warganegara Malaysia;
b)
telah disahkan dalam perkhidmatan;
c)
keutamaan kepada pegawai yang telah memiliki Ijazah Doktor Falsafah;
d)
tarikh tamat Cuti Sabatikal ialah sekurang – kurangnya 24 bulan sebelum tarikh persaraan wajib;
e)
telah berkhidmat tiga (3) tahun atau lima (5) tahun selepas ditawarkan jawatan tetap dalam perkhidmatan secara terus menerus selama 36 bulan
atau 60 bulan dengan universiti tanpa terputus dengan cuti
tertentu; f)
tidak terlibat dengan prosiding jenayah di mahkamah atau dikenakan tindakan tahan kerja / gantung kerja; dan
g)
telah tamat tempoh hukuman tatatertib ( jika ada ).
TEMPOH CUTI SABATIKAL 8.
Tempoh Cuti Sabatikal bagi pegawai yang genap tiga (3) tahun ialah selama lima
(5) bulan kalendar dan bagi pegawai yang genap perkhidmatan lima (5) tahun ialah sembilan (9) bulan kalendar.
9.
Sekiranya Cuti Sabatikal diambil sebaik sahaja genap perkhidmatan tiga (3)
tahun yang diambilkira, Cuti Sabatikal hendaklah dilaksanakan sepenuhnya di Malaysia. Sekiranya pegawai masih ingin melaksanakan Cuti Sabatikal di luar Malaysia;
a)
pegawai tidak berhak dan tidak boleh dibayar apa-apa perbelanjaan perjalanan, yuran atau bench fee, rawatan kesihatan dan elaun pakaian panas; dan
b)
pegawai hanya akan dibayar elaun sara hidup mengikut kadar di Malaysia.
10.
Sekiranya Cuti Sabatikal diambil sebaik sahaja genap perkhidmatan lima (5)
tahun yang diambilkira Cuti Sabatikal pegawai boleh menjalaninya di dalam atau di luar negara.
4 10
11.
Sekiranya menjalani Cuti Sabatikal di luar negara tempohnya tidak kurang dari
satu (1) bulan kalendar dan Cuti Sabatikal hendaklah dilaksanakan di satu tempat sahaja. Sekiranya melibatkan dua tempat berbeza, kadar elaun yang layak akan dibayar mengikut kadar yang terendah.
KEMUDAHAN DAN FAEDAH
12.
Pegawai yang menjalani Cuti Sabatikal dalam negara layak dibayar elaun sara
hidup atas kadar tempatan, elaun buku sebanyak RM500 yang boleh dituntut sekali sahaja, dan bench fees (jika ada)
13.
Pegawai yang menjalani Cuti Sabatikal di luar negara kali pertama layak
mendapat faedah seperti berikut: a)
Tambang perjalanan pergi / balik bagi laluan terdekat kelas ekonomi dengan menggunakan penerbangan yang dibenarkan dengan kos yang lebih murah;
b)
Elaun Sara Hidup kadar luar negara bagi tempoh tidak kurang tiga (3) bulan mengikut Pekeliling yang berkuatkuasa dari semasa ke semasa;
14.
c)
Elaun Pakaian Panas;
d)
Insuran kesihatan
e)
Elaun Buku sebanyak RM500 sekali sahaja; dan
f)
Bayaran bench fees.
Cuti Sabatikal kali kedua dan seterusnya, pihak Universiti hanya akan membayar
elaun sara hidup pada kadar tempatan dan pegawai digalakkan untuk mendapatkan pembiayaan luar universiti. Walau bagaimanapun, pegawai perlu mendapat kebenaran Universiti sebelum memohon pembiayaian daripada luar.
14. Semua cuti rehat yang belum dihabiskan sebelum memulakan Cuti Sabatikal hendaklah disifatkan telah luput berkuatkuasa mulai tarikh permulaan Cuti Sabatikal. Bagi pegawai yang mengambil Cuti Sabatikal selama sembilan bulan dan mengikuti cuti
5 10
sabatikal di luar negara boleh dibenarkan mengambil cuti maksimum selama tujuh (7) hari sebaik sahaja tamat Cuti Sabatikalnya yang dikira daripada cuti rehat yang tidak dapat dihabiskan sebelum memulakan Cuti Sabatikal. Kelayakan cuti rehat akan dikira mulai tarikh pegawai melapor diri untuk bertugas semula.
16.
Pihak Universiti berhak menyelaras apa jua elaun yang akan diterima oleh
pegawai semasa menjalani Cuti Sabatikal.
PENANGGUHAN CUTI SABATIKAL
17.
Pegawai mesti mengambil
dan melaksanakan Cuti Sabatikalnya pada tarikh
genap masa beliau boleh diluluskan , walaubagaimanapun Cuti Sabatikal tersebut boleh ditangguhkan atas sebab:
a)
kepentingan perkhidmatan – pegawai boleh melalui Dekan dan Ketua Jabatan
memohon penangguhan atas sebab kepentingan
tetapi
penangguhan itu tidak boleh melebih daripada 24 bulan selepas tarikh genap masa Cuti Sabatikal yang diluluskan itu. b)
sebab-sebab Jabatan
peribadi
-
pegawai boleh melalui Dekan dan Ketua
memohon penangguhan atas sebab
peribadi
tetapi
penangguhan itu tidak boleh melebih daripada 12 bulan selepas tarikh genap masa Cuti Sabatikal yang diluluskan itu. c)
pegawai
juga
dikehendaki
memastikan bahawa beliau
menangguh
Cuti
Sabatikalnya
boleh mengajar sekurang-kurangnya satu
semester penuh dalam mana-mana tahun akademik.
18.
untuk
Cara pengiraan dan penangguhan Cuti Sabatikal seperti di Lampiran 1.
6 10
LUPUT DAN HILANG KELAYAKAN CUTI SABATIKAL
19.
Kelayakan Cuti Sabatikal pegawai akan luput sekiranya pegawai tidak
mengambil Cuti Sabatikal yang beliau layak pada tarikh genap masa atau pada tarikh tamat penangguhan cuti sabatikal.
IKATAN PERJANJIAN CUTI SABATIKAL
20.
Pegawai yang hendak mengikuti Cuti Sabatikal dikehendaki membuat ikatan
perjanjian dengan Universiti. Perjanjian Cuti Sabatikal seperti dalam Lampiran 2.
21.
Pegawai yang diluluskan Cuti Sabatikal mesti menyempurnakan ikatan perjanjian
dengan dua (2) orang penjamin sebelum memulakan Cuti Sabatikal, membuat akujanji akan berkhidmat dengan Universiti selama tempoh;
a)
12 bulan dari tarikh melapor diri untuk bertugas sekiranya Cuti Sabatikal diambil sebaik sahaja genap perkhidmatan tiga (3) tahun; atau
b)
24 bulan dari tarikh melapor diri untuk bertugas sekiranya Cuti Sabatikal diambil sebaik sahaja genap perkhidmatan lima (5) tahun;
22.
Kadar tuntutan ganti rugi akibat daripada perlanggaran mana-mana terma atau
syarat dalam Perjanjian Cuti Sabatikal adalah berdasarkan kepada kos sebenar yang telah dibelanjakan oleh Universiti.
23.
Syarat – syarat Penjamin adalah seperti dalam Lampiran 3.
PROSEDUR MEMOHON
24.
Pegawai hendaklah menggunakan borang
seperti di Lampiran 4 yang
disediakan yang boleh didapati di Bahagian Pembangunan Sumber Manusia, Pejabat Pendaftar.
Borang yang diisi dengan lengkap hendaklah dikemukakan enam (6) bulan sebelum tarikh Cuti Sabatikal yang dipohon. 7 10
25.
Permohonan mestilah dibuat melalui Ketua Jabatan dan Dekan masing-masing
kepada
Timbalan Pendaftar, Bahagian Pembangunan Sumber Manusia, Pejabat
Pendaftar dengan menyertakan program terperinci, tempat, nama penyelia dan bantuan kewangan sekiranya ada.
26.
Permohonan Cuti Sabatikal akan dibawa oleh Urusetia untuk kelulusan
Jawatankuasa Eksekutif Universiti.
LAPORAN CUTI SABATIKAL 27.
Pegawai yang melapor diri bertugas semula sebaik sahaja Cuti Sabatikalnya
tamat, mesti mengemukakan laporan dalam tempoh 30 hari selepas melapor diri.
28.
Pegawai yang gagal menghantar laporan dalam tempoh yang ditetapkan tidak
akan diberi pertimbangan untuk mendapatkan Cuti Sabatikal pada masa hadapan dan boleh diambil tindakan tatatertib berdasarkan Akta 605.
29.
Pegawai juga dikehendaki menerbitkan hasil Cuti Sabatikalnya dalam bentuk
artikel / makalah./jurnal dalam mana-mana penerbitan ilmiah.
30.
Pegawai hendaklah memastikan semua hasil penerbitan termasuklah apa-apa
idea, penulisan, laporan, data, ciptaan adalah asli.
TATATERTIB DAN PENGLIBATAN DALAM PEKERJAAN 31.
Pegawai dalam tempoh Cuti Sabatikal tertakluk kepada Akta Badan-Badan
Berkanun (Tatatertib dan Surcaj), 2000 (Akta 605) dan peraturan-peraturan yang berkuat kuasa.
8 10
32.
Pegawai yang menjalankan Cuti Sabatikal tidak dibenarkan terlibat dalam apa-
apa jua aktiviti yang tidak berkaitan dengan tujuan Cuti Sabatikal tanpa mendapat kelulusan daripada universiti terlebih dahulu.
HAK UNIVERSITI
33.
Universiti berhak meminda apa-apa peraturan dan peruntukan syarat-syarat di
atas
pada bila-bila masa sahaja tanpa sebarang makluman dan pegawai adalah
tertakluk kepada pindaan-pindaan tersebut.
34.
Universiti berhak menarik balik kelulusan Cuti Sabatikal atau menamatkan
Perjanjian Cuti Sabatikal pegawai dengan memberi notis bertulis pada bila-bila masa tanpa memberi sebarang sebab.
9 10
Lampiran 1
CARA PENGIRAAN DAN PENANGGUHAN CUTI SABATIKAL Unit Pengembangan Kompetensi, Pejabat Pendaftar
Tarikh Melapor Diri
01.06.1999
Tempoh 5 Tahun
5
Tarikh Layak Cuti Sabatikal
01.06.2004
Penangguhan rasmi yang diluluskan oleh Universiti
1 Tahun
Tarikh Cuti Sabatikal yang baru
01.06.2005
Diluluskan Cuti Sabatikal kali Pertama selama
01.06.2005
9 bulan
hingga 28.02.2006
Lapor diri setelah tamat Cuti Sabatikal
01.03.2006
Tempoh Genap 5 tahun perkhidmatan
5
Tarikh Layak Cuti Sabatikal Kali Kedua
01.03.2011
Tolak 1 tahun Penangguhan
1 Tahun
Tarikh Layak Cuti Sabatikal kali Kedua yang baru
10
01.03.2010
Lampiran 2 UTHM.PP/CS-03/2007 (Pnd. 1)
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PERJANJIAN CUTI SABATIKAL
Perjanjian
ini
adalah
diperbuat
.......................................................................
haribulan
........................................................... Tahun dua ribu ................................................. (20 ............) DI ANTARA ........................................................................................................................................................... No. Kad Pengenalan ............................................................................................yang beralamat di ........................................................................................................................................................... ........................................................................................................................................................... (Kemudian daripada ini disebut sebagai ‘PEGAWAI’ sebagai pihak pertama; dengan UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (Kemudian daripada ini disebut sebagai ‘UNIVERSITI) sebagai pihak kedua; DAN ........................................................................................................................................................... (HURUF BESAR) No. Kad Pengenalan ........................................................................................... yang beralamat di ........................................................................................................................................................... ........................................................................................................................................................... dan ........................................................................................................................................................... (HURUF BESAR) No. Kad Pengenalan .......................................................................................... yang beralamat di ........................................................................................................................................................... ........................................................................................................................................................... (Kemudian daripada ini disebut sebagai ‘PENJAMIN-PENJAMIN’) sebagai pihak ketiga.
10
UTHM.PP/CS-03/2007 (Pnd. 1)
BAHAWASANYA:
(A)
PEGAWAI adalah seorang staf UNIVERSITI yang telah diberi Cuti Sabatikal tertakluk kepada syarat-syarat yang terkandung dalam Surat Kelulusan Cuti Sabatikal /SyaratSyarat dan Peraturan Cuti Sabatikal kepada perjanjian ini;
(B)
UNIVERSITI telah bersetuju membiayai perbelanjaan Cuti Sabatikal tersebut dan membayar kepada PEGAWAI itu dalam tempoh Cuti Sabatikalnya, gaji serta pelbagai elaun dan yuran tertakluk kepada syarat-syarat dalam perjanjian ini.
(C)
PENJAMIN-PENJAMIN bersetuju menjamin dan bertanggungjawab di atas segala kerugian yang ditanggung oleh UNIVERSITI disebabkan keingkaran PEGAWAI dalam melaksanakan syarat dan terima di dalam perjanjian ini.
MAKA ADALAH DENGAN INI DIPERSETUJUI SEPERTI BERIKUT:
1.
PEGAWAI dengan ini bersetuju:
(a)
bahawa ia akan memasuki dan dengan sesungguhnya menjalani Cuti Sabatikal yang dikehendaki UNIVERSITI dan yang butir-butirnya ada dinyatakan dalam Surat Kelulusan Cuti Sabatikal dan bahawa ia akan menyempurnakan dan menamatkan Cuti Sabatikal yang tersebut dalam masa yang ditetapkan seperti yang dinyatakan dalam Surat Kelulusan Cuti Sabatikal atau dalam masa yang lebih lama sebagaimana yang diluluskan oleh UNIVERSITI;
(b)
bahawa, pada sepanjang tempoh Cuti Sabatikal itu, ia tidak akan mengambil bahagian dalam apa-apa juga kegiatan sama ada secara langsung atau tidak langsung yang difikirkan oleh UNIVERSITI tidak berfaedah kepada PEGAWAI atau UNIVERSITI atau negara;
10
UTHM.PP/CS-03/2007 (Pnd. 1)
2.
Sebagai balasan bagi perkara-perkara tersebut di atas, UNIVERSITI dengan ini bersetuju:
(a)
menjelaskan perbelanjaan mengenai yuran-yuran dikenakan yang ada kaitannya dengan Cuti Sabatikal yang tersebut di atas itu dan akan membayar kepada PEGAWAI atau bagi pihaknya gaji dan elaun yang dinyatakan dalam Surat Kelulusan Cuti Sabatikal, tertakluk kepada apa-apa perubahan dari semasa ke semasa sebagaimana ditentukan oleh UNIVERSITI.
(b)
Jika PEGAWAI itu mengikuti Cuti Sabatikal atau sebahagian Cuti Sabatikal di luar Malaysia maka UNIVERSITI akan memberi tambang pergi balik dengan udara sekali sahaja mengikut jalan yang terdekat dan tambang termurah. Pembayaran tambang ini adalah tertakluk kepada syarat tempoh minima Cuti Sabatikal yang dijalani di luar Malaysia sekurang-kurangnya selama satu (1) bulan.
3.
Walau apa pun peruntukan perjanjian ini seperti yang disebutkan di atas, UNIVERSITI berhak untuk tidak memenuhi tanggungjawab yang disebutkan dalam perenggan 2(a), 2(b) dan 2(c) di atas PEGAWAI yang menerima bantuan dari orang lain.
Pegawai
dibenarkan menerima bantuan dari orang atau badan lain dengan syarat mendapat kelulusan Naib Canselor dan UNIVERSITI boleh menyelaraskan bantuan sekiranya perlu.
4.
UNIVERSITI dengan ini juga memberi pegawai itu Cuti Sabatikal mengikut syarat-syarat yang terkandung dalam Surat Kelulusan Cuti Sabatikal kepada Perjanjian ini dengan syarat bahawa semua cuti rehat yang terkumpul yang PEGAWAI itu layak menerima sehingga pegawai itu mengambil Cuti Sabatikal di bawah perjanjian ini dan cuti rehat yang ia layak menerima semasa dalam Cuti Sabatikal adalah sebagai telah luput. Walau bagaimanapun, PEGAWAI yang mengambil Cuti Sabatikal selama sembilan bulan dan mengikuti cuti sabatikal di luar negara boleh dibenarkan mengambil cuti maksimum selama tujuh hari sebaik sahaja tamat Cuti Sabatikalnya yang dikira daripada cuti rehat yang tidak dapat dihabiskan sebelum memulakan Cuti Sabatikal. Kelayakan cuti rehat akan dikira mulai tarikh pegawai melapor diri untuk bertugas semula.
10
UTHM.PP/CS-03/2007 (Pnd. 1)
5.
Adalah dengan ini dipersetujui dan diisytiharkan bahawa sekiranya pada bila-bila masa salah seorang dari penjamin-penjamin mati, atau tidak lagi tinggal di Malaysia, atau tinggal di luar Malaysia selama lebih 12 (dua belas) bulan berturut-turut atau dihukumkan bankrap atau menerima perintah pentadbiran pemakan gaji, penjamin yang seorang lagi itu atau PEGAWAI bolehlah mendapatkan penjamin lain yang diterima oleh UNIVERSITI dan yang sedia bersetuju menggantikan penjamin yang mati atau tidak lagi tinggal di Malaysia, atau tinggal di luar Malaysia selama lebih 12 (dua belas) bulan berturut-turut atau dihukumkan bankrap atau menerima perintah pentadbiran pemakan gaji itu. Sekiranya
seorang
menandatangani
penjamin
perjanjian
yang
untuk
diterima
mematuhi
oleh
Universiti
syarat-syarat
didapati
perjanjian
enggan
ini
maka
UNIVERSITI bolehlah di atas pilihannya bila-bila masa selepas itu menamatkan perjanjian ini dan PEGAWAI tidak ada lagi apa-apa hak terhadap faedah-faedah di bawah perjanjian ini kecuali tambang perjanlanan balik yang ditentukan oleh UNIVERSITI, tertakluk kepada syarat dan peraturan sepertimana yang dinyatakan dalam Surat Kelulusan Cuti Sabatikal.
6.
Adalah diisytiharkan dan dipersetujui bahawa jika dalam tempoh Cuti Sabatikal yang disebutkan dalam surat tawaran Cuti Sabatikal kepada perjanjian ini UNIVERSITI berpendapat tujuan Cuti Sabatikalnya atau enggan mematuhi arahan-arahan yang disampaikan kepadanya, Universiti boleh menamatkan perjanjian ini dan dengan itu, tanpa menyentuh hak-hak UNIVERSITI di bawah ini, PEGAWAI tidak ada apa-apa hak lagi untuk mendapat apa-apa faedah di bawah perjanjian ini.
7.
PENJAMIN-PENJAMIN dan tiap-tiap seorang daripada mereka dengan ini secara bersama dan perseorangan berjanji dengan UNIVERSITI bahawa tiap-tiap syarat dan arahan di bawah ini akan semuanya dipenuhi oleh PEGAWAI.
8.
Adalah diisytiharkan dan dipersetujui lagi bahawa jika PEGAWAI: (a)
meninggalkan Cuti Sabatikalnya sebelum sempurna dan tamatnya program itu tanpa persetujuan UNIVERSITI; atau
(b)
menyebabkan perjanjian ini ditamatkan mengikut fasal 5 perjanjian ini atau
(c)
dibuang dari UNIVERSITI, maktab atau institusi tempat menjalani Cuti Sabatikalnya; atau
(d)
tanpa terlebih dahulu mendapat persetujuan UNIVERSITI berhenti daripada atau meninggalkan UNIVERSITI atau apa-apa pekerjaan lain yang telah diarahkan atau dipersetujui oleh UNIVERSITI di bawah perenggan 1(e) fasal 1 perjanjian ini dalam masa tempoh yang disebutkan dalam perenggan itu; atau
10
UTHM.PP/CS-03/2007 (Pnd. 1)
(e)
dibuang kerja daripada perkhidmatan UNIVERSITI kerana salahlaku, kecuaian atau tidak mengendahkan kawajipannya dalam masa tempoh yang dinyatakan dalam perenggan 1(e) fasal 1 perjanjian ini; atau
(f)
enggan kerja daripada perkhidmatan UNIVERSITI kerana salahlaku, kecuaian atau tidak mengendahkan kewajipannya dalam masa tempoh yang dinyatakan dalam perenggan 1(e) fasal 1 perjanjian ini; atau
(g)
telah melakukan pelanggaran yang menyebabkan perjanjian ini ditamatkan oleh UNIVERSITI di bawah fasal 6 perjanjian ini.
Maka dalam tiap-tiap hal yang demikian PEGAWAI dan PENJAMIN-PENJAMIN secara bersama dan perseorangan adalah bertanggungjawab bagi pihak diri mereka, wariswaris, wasi-wasi penerima-penerima pemberian hak mereka, membayar balik kepada UNIVERSITI gantirugi sebanyak RM 30,000 atau semua wang yang telah dibayar kepada PEGAWAI atau bagi pihaknya secara gaji, elaun-elaun atau selainnya dan semua wang yang telah dibelanjakan atau tanggungannya telah diterima oleh UNIVERSITI secara yuran, tambang dan lain-lain yang bersangkutan dengan atau disebabkan oleh perjanjian ini mengikut mana yang lebih banyak.
9.
Adalah diisytiharkan dan dipersetujui bahawa walaupun apa-apa juga yang terkandung dalam perjanjian ini UNIVERSITI boleh dengan memberi satu bulan notis bertulis kepada PEGAWAI membatalkan perjanjian ini dengan tidak perlu memberi apa-apa sebab dan dengan demikian segala faedah atau tanggungan bagi PEGAWAI dan PENJAMINPENJAMIN di bawah perjanjian ini hendaklah terhenti melainkan jika pada masa itu PEGAWAI berada di luar Malaysia maka UNIVERSITI akan membayar tambang balik ke Malaysia dengan udara mengikut kelas dan kadar tambang yang ditentukan oleh UNIVERSITI seolah-olah PEGAWAI itu telah tamat Cuti Sabatikalnya tertakluk kepada syarat seperti mana yang dinyatakan dalam Surat Kelulusan Cuti Sabatikal.
10.
Adalah diisytiharkan dan dipersetujui bahawa perjanjian ini adalah tertakluk kepada peraturan, Statut dan AKTA UNIVERSITI yang berkuatkuasa.
1.
Adalah diisytiharkan dan dipersetujui bahawa Surat Kelulusan Cuti Sabatikal Rujukan: .................................................................. bertarikh ................................ Hendaklah dibaca bersama dan menjadi sebahagian daripada perjanjian ini.
10
UTHM.PP/CS-03/2007 (Pnd. 1)
DITANDATANGANI OLEH
)
PEGAWAI yang tersebut
)
Di hadapan
)
Nama Saksi :
..........................................................................................
No. Kad Pengenalan:
..........................................................................................
Pekerjaan:
..........................................................................................
Alamat:
.......................................................................................... .......................................................................................... ..........................................................................................
..................................................... (Tandatangan Saksi)
DITANDATANGANI OLEH
)
Pendaftar bagi pihak
)
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA
)
Di hadapan
)
Nama Saksi :
.........................................................................
No. Kad Pengenalan:
.........................................................................
Pekerjaan:
.........................................................................
Alamat:
......................................................................... ......................................................................... .........................................................................
.................................................... (Tandatangan Saksi)
10
UTHM.PP/CS-03/2007 (Pnd. 1)
DITANDATANGANI OLEH
)
PENJAMIN pertama
)
Di hadapan
)
Nama Saksi :
...............................................................................................
No. Kad Pengenalan:
...............................................................................................
Pekerjaan:
...............................................................................................
Alamat:
............................................................................................... ............................................................................................... ...............................................................................................
..................................................... (Tandatangan Saksi)
DITANDATANGANI OLEH
)
PENJAMIN kedua
)
Di hadapan
)
Nama Saksi :
.........................................................................
No. Kad Pengenalan:
.........................................................................
Pekerjaan:
.........................................................................
Alamat:
......................................................................... ......................................................................... .........................................................................
.................................................... (Tandatangan Saksi)
10
Lampiran 3 SYARAT – SYARAT PENJAMIN Penjamin – penjamin dikehendaki mengisi borang kedudukan kewangan (UTHM.PP/CS-04/2007) mereka dan memenuhi syarat – syarat berikut; a)
Kedua – dua penjamin mestilah Warganegara Malaysia dan tidak meninggalkan negara ini melebihi daripada 12 bulan.
b)
Penjamin pertama boleh terdiri daripada sama ada BAPA atau IBU atau PENJAGA (guardian) kepada kakitangan / calon tanpa mengira umur tetapi mempunyai kedudukan kewangan tidak kurang daripada RM700.00 sebulan.
c)
Penjamin Kedua mestilah mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh dengan hitung panjang jumlah pendapatannya mestilah tidak kurang daripada RM700.00 sebulan dan berumur tidak lebih daripada 45 tahun.
d)
Penjamin PERTAMA dan penjamin KEDUA hendaklah dua orang yang berlainan.
e)
Bagi penjamin yang tidak boleh menandatangani di dalam TULISAN RUMI mereka dibenarkan menurunkan cop jari.
f)
Penjamin boleh menjadi penjamin kepada lebih dari seorang kakitangan sekiranya ada kemampuan dan sanggup menghadapi sebarang kemungkinan yang akan timbul.
g)
Kedua – dua penjamin dikehendaki melengkapkan borang kedudukan kewangan penjamin (UTHM.PP/CS-04/2007) dan dihantar bersama – sama dengan surat perjanjian.
h)
Penjamin – penjamin diingatkan bahawa mereka adalah bersama – sama bertanggungjawab dengan kakitangan / calon yang dijamin terhadap apa – apa tuntutan yang dibuat oleh Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) sekiranya berlaku sebarang perlanggaran syarat.
i)
Penjamin – penjamin yang telah bersetuju menandatangani perjanjian tidak boleh menarik diri dari menjadi penjamin kecuali mereka hilang kelayakan menjadi penjamin.
10
UTHM.PP/CS-01/2007 (Pnd. 1)
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM)
BORANG PERMOHONAN CUTI SABATIKAL (LAMPIRAN 4)
Gambar ukuran paspot terbaru
BAHAGIAN A (Diisi oleh pemohon dengan HURUF BESAR) BUTIR-BUTIR PERIBADI 1.
Nama :
2.
No. Kad Pengenalan :
3.
Tarikh Lahir :
4.
Umur (Pada masa bermula Cuti Sabatikal) :
Tahun
Bulan
Umur (Pada masa tamat Cuti Sabatikal)
Tahun
Bulan
5.
Tempat Lahir :
:
Alamat Rumah :
BUTIR-BUTIR JAWATAN SEKARANG 1.
Jawatan sekarang :
2.
Jabatan :
Gaji :
Fakulti/PTJ : 3.
Tarikh lantikan jawatan Pensyarah di UTHM atau setaraf :
4.
Tarikh disahkan dalam perkhidmatan di UTHM atau setaraf :
5.
Namakan taraf perkhidmatan (Tetap/Sementara/Kontrak) :
BUTIR-BUTIR CUTI SABATIKAL DAN CUTI BELAJAR YANG TELAH DILULUSKAN 1.
Cuti Sabatikal a.
Tempat : Tempoh :
b.
bulan. Mulai :
hingga
bulan. Mulai :
hingga
Tempat : Tempoh :
10
UTHM.PP/CS-01/2007 (Pnd. 1)
2.
Cuti Belajar Gaji Penuh/Separuh (*potong yang tidak berkenaan) dengan/tanpa Biasiswa a.
Peringkat Kursus : Tempoh :
b.
hingga
bulan. Mulai :
hingga
bulan. Mulai :
hingga
Peringkat Kursus : Tempoh :
3.
bulan. Mulai :
Lain-lain Cuti (Jika ada) Jenis Cuti : Tempoh :
BUTIR-BUTIR PERMOHONAN CUTI SABATIKAL 1.
2.
Tempat Cuti Sabatikal : a.
Universiti/Pusat Pengajian/Institusi :
b.
Negeri :
c.
Tempoh :
d.
Nyatakan sebab-sebabnya jika Cuti Sabatikal dijalankan di luar negeri :
Negara : bulan. Mulai :
hingga
Tajuk dan tujuan Cuti Sabatikal yang akan diikuti (Nyatakan dalam bentuk karangan yang mengandungi butiran objektif, tempat, kaedah, jadual perancangan dan hasil; sila lampirkan) :
10
UTHM.PP/CS-01/2007 (Pnd. 1)
3.
Faedah Cuti Sabatikal ini kepada Jabatan, Fakulti, Universiti dan Negara :
4.
Penerimaan oleh Institusi/Tempat dan Penyelia yang dicadangkan: Ya
(Sertakan bukti pengesahan)
Tidak
5.
Bantuan luar yang diterima (Jika ada; sila nyatakan nilai dan jenis pembiayaan).
6.
Pengakuan Staf Saya mengaku semua maklumat adalah benar.
Tarikh : Tandatangan Pemohon Nota : Pihak Universiti berhak mengambil tindakan terhadap staf yang memberikan maklumat palsu mengikut Akta 605Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000
10
UTHM.PP/CS-01/2007 (Pnd. 1)
BAHAGIAN B (Dipenuhi oleh Ketua Jabatan) 1.
Saya menyokong/tidak menyokong* permohonan ini atas sebab-sebab berikut:Tandakan () yang mana berkenaan Ya Tidak a. Apakah program Cuti Sabatikal yang dipohon itu sesuai dan mendatangkan faedah kepada Jabatan, Fakulti dan Universiti. b. Apakah pemohon mampu menjalankan program seperti yang dicadangkan itu. c. Bolehkah pemohon dilepaskan daripada tugasnya bagi tempoh itu dengan tidak menjejaskan kelancaran kuliah Jabatan. d. Sila terangkan persediaaan yang telah/dan dibuat bagi mengambil alih tugas pemohon semasa staf berkenaan menjalankan Cuti Sabatikal terssebut :
e. Ulasan samada tempoh yang dipohon itu memadai :
f.
Ulasan-ulasan lain bagi menyokong permohonan ini jika ada :
10
UTHM.PP/CS-01/2007 (Pnd. 1)
Tarikh : Tandatangan dan cop rasmi Ketua Jabatan (Dipenuhi oleh Dekan/Ketua PTJ) 1.
Saya menyokong/tidak menyokong* permohonan ini atas sebab-sebab berikut:Tandakan () yang mana berkenaan Ya Tidak a. Apakah program Cuti Sabatikal yang dipohon itu sesuai dan mendatangkan faedah kepada Jabatan, Fakulti dan Universiti. b. Apakah pemohon mampu menjalankan program seperti yang dicadangkan itu. c. Bolehkah pemohon dilepaskan daripada tugasnya bagi tempoh itu dengan tidak menjejaskan kelancaran kuliah Jabatan. d. Ulasan samada tempoh yang dipohon itu memadai :
e. Ulasan-ulasan lain bagi menyokong permohonan ini jika ada :
10
UTHM.PP/CS-01/2007 (Pnd. 1)
Tandakan () yang mana berkenaan Ya Tidak f.
Institusi/tempat yang dipilih : i) adalah yang paling baik untuk program tersebut dijalankan ii) bolehkah program dijalankan di Malaysia atau di Singapura (bagi permohonan tempat Cuti Sabatikal di luar Negara atau selain Singapura)
Tarikh : Tandatangan dan cop rasmi Dekan/Ketua PTJ UNTUK KEGUNAAN PEJABAT ( UNIT PENGEMBANGAN KOMPETENSI, PEJABAT PENDAFTAR) Mesyuarat Jawatankuasa Cuti Belajar Bil :
Tarikh :
Keputusan:
DILULUSKAN
DITOLAK
DITANGGUHKAN
Unit Pengembangan Kompetensi, Pejabat Pendaftar Tahun 2015
10
_____________
UTHM.PP/CS-01/2007 (Pnd. 1)
GARIS PANDUAN MENYEDIAKAN KERTAS CADANGAN CUTI SABATIKAL
1. Menyediakan cadangan penuh maklumat yang perlu disediakan seperti berikut: 1.1
Keperluan Cuti Sabatikal bagaimana cadangan anda boleh memenuhi keperluan pembangunan kerja anda. Apakah faedah kepada pelajar, universiti dan negara.
1.2
Deskripsi keseluruhan cadangan. Anda nyatakan objektif, apakah yang
hendak
dicapai
dan
bagaimana
anda
mengukur
pencapaian tersebut. Jelaskan aktiviti Cuti Sabatikal dan terangkan apakah yang akan anda lalui. 1.3
Hasil yang dijangkakan. Terangkan jangkaan anda samaada pada pembelajaran, pengajaran dan penyelidikan.
1.4
Jelaskan bukti menerangkan hasil yang dijangkakan.
1.5
Relevannya aktiviti Cuti Sabatikal anda dengan keadaan semasa terutama untuk menambahbaik pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan di universiti.
1.6
Lain-lain faedah sekiranya ada.
1.7
Menyediakan maklumat bagi dua (2) orang rujukan yang boleh memberi ulasan mengenai cadangan Cuti Sabatikal anda.
Unit Pengembangan Kompetensi, Pejabat Pendaftar Tahun 2015
10
UTHM.PP/CS-01/2007 (Pnd. 1)
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM)
BORANG MAKLUMAT DIRI PEGAWAI RUJUKAN (CUTI SABATIKAL)
(Diisi oleh pemohon dengan HURUF BESAR) 1. Saya mengaku menjadi pegawai yang dirujuk kepada pegawai yang bernama berikut : Nama
:
No. Kad Pengenalan
:
Jawatan
:
2. Berikut ialah butir-butir mengenai diri saya : 3. i.
Nama
:
ii.
Jawatan
:
iii. Institusi
:
iv. Alamat
:
viii. Telefon
: (Rumah) (H/P) (Pejabat)
Tarikh : Tandatangan dan cop rasmi Dekan/Ketua PTJ
Unit Pengembangan Kompetensi, Pejabat Pendaftar Tahun 2015
10
CARTA ALIR PROSES PELAKSANAAN CUTI SABATIKAL STAF AKADEMIK
Mula
Permohonan
Perakuan / Sokongan Ketua PTj
Tidak
Lulus Ya Kebenaran tempat sabatikal
Tidak
Lulus Ya Pengesahan maklumat perkhidmatan oleh Pejabat Pendaftar
Maklumkan kepada pemohon
Tidak
Maklumat Disahkan Ya A
Tamat
10
A
Perakuan TNC (A & A) Pendaftar
Tidak
Keluarkan surat keputusan
Keputusan Jawatankuasa Eksekutif Lulus
Tamat
Keluarkan surat tawaran
Pegawai menjalani sabatikal
Menghantar laporan akhir
Lakukan pembetulan
Perakuan Ketua PTj
Tidak
Sokong Ya
Tidak
Kelulusan Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa Ya Tamat
10
“Semua hakcipta terpelihara. Mana-mana bahagian dari e-book ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan dalam system yang boleh diperbaiki, atau disiarkan dalam mana-mana bentuk atau dengan mana-mana alat, elektronik, mekanikal, fotokopi, perakaman atau sebaliknya, tanpa keizinan dari Unit Pengembangan Kompetensi, Pejabat Pendaftar, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.
Di sediakan oleh : Unit Pengembangan Kompetensi Bahagian Pengurusan Organisasi dan Kompetensi Pejabat Pendaftar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Untuk maklumat lanjut sila hubungi: 07-453 7126/7136 Unit Pengembangan Kompetensi UTHM http://pendaftar.uthm.edu.my
10