UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA PEPERIKSAAN PERTENGAHAN SEMESTER SEMESTER I SESI AKADEMIK 2010/2011
IJAZAH SARJANAMUDA DENGAN KEPUJIAN 5 OKT 2010
MASA: 50 MINIT
KOD KURSUS
:
STAG3073
TAJUK KURSUS
:
GEOLOGI SEKITARAN
ARAHAN
:
1. 2. 3.
Jawap SEMUA soalan BAHAGIAN A dalam borang OMR dengan menggunakan pensil 2B Jawap soalan BAHAGIAN B dalam ruangan yang disediakan dalam buku soalan Kertas soalan tidak dibenarkan dibawa keluar daripada Dewan Peperiksaan.
No Matrik : ____________________________
Kertas ini mengandungi 11 muka surat bercetak, tidak termasuk muka surat ini.
STAG3073 BAHAGIAN A (50 MARKAH) Arahan: Jawap dalam borang OMR yang disediakan 1.
Pandangan ahli sains yang optimis tentang populasi manusia yang semakin meningkat ialah (a) Tidak perlu risau dengan pertambahan populasi kerana adanya wabak penyakit yang mengawal populasi (b) Populasi bukan masalah alam sekitar (c) Perlu mengawal populasi supaya ruang dan sumber sentiasa mencukupi (d) Populasi akan meningkat dan akan menurun apabila sumber berkurang (e) Populasi bertambah dengan pertambahan sumber
2.
Manakah yang berikut bukan masalah alam sekitar (a) Kemerosotan sumber (b) Populasi berlebihan (c) Pemanasan sejagat (d) Kemiskinan (e) Pelupusan sisa toksik
3.
Apakah punca utama masalah alam sekitar? (a) Pelupusan sisa toksik (b) Kemerosotan sumber bumi (c) Pemanasan sejagat (d) Populasi bertambah (e) Wabak penyakit
4.
Objektif alam sekitar ialah untuk mengekalkan supaya sumber bumi akan berterusan untuk memberikan kebaikan kepada manusia dan hidupan yang lain. Apakah nama prinsip ini? (a) Kesatuan alam (b) Kemapanan (c) Masa tinggal purata (d) Tolong menolong (e) Uniformitarianisme
5. Apakah yang diperolehi apabila jumlah keseluruhan saiz stock dibahagikan dengan kadar purata pergerakan bahan dalam sistem? (a) Kadar pertumbuhan (b) Kekurangan sumber (c) Pergandaan masa (d) Kemapanan (e) Purata masa tinggal
1
6.
STAG3073 Jika takungan empangan mengandungi 10 juta meter padu air dan purata air masuk dan keluar adalah 1 meter padu air per saat, apakah masa purata tinggal dalam takungan tersebut? (a) 1,000 saat (b) 1 juta saat (c) 5 juta saat (d) 10 juta saat (e) 100 juta saat
7.
Penggunaan kereta lasak (off-road vehicles) akan menyebabkan tumbuhan pada cerun akan musnah. Ini menyebabkan hakisan bertambah, dan lebih banyak tumbuhan mati, dan hakisan akan menjadi makin bertambah. Ini adalah contoh (a) Analisis input output (b) Tindakbalas negatif (c) Sistem tertutup (d) Tindakbalas positif (e) Sistem terbuka
8.
Pelupusan sisa secara penimbusan selamat adalah merupakan contoh bagi perubahan apa? (a) Input sama dengan output (b) Input kurang dari output (c) Input lebih dari output (d) Tiada jawapan (e) Semua betul
9.
Sejenis wabak yang berlaku di Eropah pada kurun ke-14 yang menyebabkan populasi berkurang dipanggil sebagai (a) Malaria (b) Bubonic plague (c) Demam kepialu (d) Batuk kering (e) Selesema burung Soalan 10 – 12 adalah berpandukan kepada data kadar kelahiran dan kadar kematian (per 1000 populasi) di bawah Negara Jerman Japan Malaysia
Kelahiran (/1000 ) 8.2 8.10 22.65
Kematian (/1000) 10.71 8.98 5.05
Kadar pertambahan (growth rate) %
Masa gandaan (doubling time), Tahun
2
STAG3073 10. Kira nilai kadar pertambahan penduduk untuk negara Malaysia? (a) 1.76% (b) 0.0176% (c) 17.6% (d) 0.176% (e) 2% 11. Kira nilai masa gandaan (doubling time) untuk negara Jepun? (a) 795 tahun (b) 35 tahun (c) 20 tahun (d) 10 tahun (e) Tiada gandaan penduduk berlaku 12. Kira nilai pertambahan penduduk untuk negara Jerman? (a) 0.25 (b) 0.15 (c) 0.10 (d) -0.25 (e) -0.15 13. Apakah susunan yang betul untuk horizon tanah? (a) A, E, B, C, dan O (b) O, A, E, B, dan C (c) C, B, E, A, dan O (d) B, O, A, E, dan C (e) Tiada jawapan 14. S.S. Goldich (1938) menjelaskan tentang (a) Pembentukan batuan (b) Siri luluhawa mineral (c) Siri profil tanah (d) Menjelaskan teori tektonik (e) Impak alam sekitar oleh manusia 15. Tanah berikut adalah tanah yang terbentuk dibentuk dimana ianya terbentuk’ (a) tanah alluvial (b) tanah koluvial (c) tanah residue (d) tanah jenis aelion (e) tanah glacial
3
STAG3073 16. Kronojujukan tanah ialah (a) Penentuan usia relatif tanah (b) Profil tanah (c) Penentuan mineral sekunder dalam tanah (d) Proses pembentukan tanah (e) Tekstur dan warna tanah 17. Sifat yang manakah yang boleh mengambarkan analogi hentakan kaki di kawasan pantai yang menyebabkan kaki semakin tenggelam di dalam pasir? (a) Sifat keplastikan tanah (b) Saiz butiran tanah (c) Ciri kekuatan tanah (d) Sifat sensitiviti tanah (e) Sifat kembang kecut tanah 18. Mineral berikut adalah menjadi penyebab utama kepada masalah tanah kembang (expansive soil) yang memberikan masalah kepada kestabilan tanah (a) Ilit (b) Kaolinit (c) Montmorilonit (d) Klorit (e) Serisit 19. Apa penyebab utama kepada keretakan bangunan lapangan terbang di Osaka Jepun (KIX)? (a) Pemendapan tanah (settlement) (b) Gempa bumi (c) Gunung berapi (d) Tsunami (e) banjir 20. Proses yang merubah permukaan bumi adalah diakibatkan terutamanya oleh (a) Magnitud sederhana dan frekuensi sederhana (b) Magnitud rendah dan frekuensi tinggi (c) Magnitud tinggi dan frekuensi rendah (d) Tiada jawapan (e) Magnitud rendah dan frekuensi rendah 21. Bencana berikut adalah terjadi secara semulajadi kecuali (a) Gempabumi (b) Letusan gunung berapi (c) Banjir (d) Tanah runtuh (e) Subsidence di kawasan lombong
4
STAG3073 22. Gempa bumi manakah yang boleh mengakibatkan kerosakan yang paling teruk. (a) Magnitud 4.5, kedalaman fokus 20 km (b) Magnitud 7.5, kedalaman fokus 20 km (c) Magnitud 7.5, kedalaman fokus 10 km (d) Magnitud 7.5, kedalaman fokus 15 km (e) Magnitud 4.5, kedalaman fokus 10 km 23. Bagaimanakah manusia menyumbang kepada berlakunya gempa bumi? (a) Pembebanan bumi akibat pembinaan empangan (b) Pelupusan sisa cecair dalam perut bumi (c) Ujian letupan bom nuklear di bawah bumi (d) Pengepaman minyak dan air yang berlebihan (e) Kesemua di atas benar 24. Apakah faktor utama yang menyebabkan kemusnahan yang teruk akibat gempabumi di Mexico? (a) Keadaan geologi kawasan (b) Struktur kawasan (c) Kedudukan paling hampir dengan titik fokus gempa (d) Masa gegaran yang terlalu lama (e) Penduduk yang terlalu padat 25. Sesar dikatakan aktif oleh ahli geologi sekiranya ianya telah mengalami pergerakan pada masa yang berikut? (a) 10 tahun (b) 100 tahun (c) 10, 000 tahun (d) 1 juta tahun (e) 1.7 juta tahun 26. Apakah nama tempat di mana gempa bumi bermula (tercetus)? (a) Epicenter (b) Magnitud (c) Intensiti (d) Fokus (e) Titik retakan 27. Batuan yang terdapat pada sesar akan mengalami keterikan disebabkan oleh tegasan. Apabila batuan yang berubah bentuk, tiba-tiba pecah, tenaga akan dihasilkan, dan batuan akan berubah ke posisi yang baru. Apakah nama proses tersebut? (a) Aftershocks (b) Rayapan tektonik (c) Teori pantulan kenyal (d) Foreshocks (e) Keterikan elastik
5
STAG3073 28. Apakah nama proses yang menyebabkan partikel tepu air berubah dari keadaan pepejal kepada keadaan cecair? (a) Liquefaction (b) Amplifikasi bahan (c) Rayapan tektonik (d) Seismicity (e) Had cecair tanah 29. Berapakah beza jumlah tenaga yang dibebaskan oleh gempabumi berskala Richter 6.5 berbanding gempa berskala 5.5? (a) sekali (b) 3 kali (c) 9 kali (d) 30 kali (e) 300 kali 30. Bangunan tinggi yang berada jauh dari pusat gempa akan mengalami kesan gegaran gempa lebih kuat berbanding bangunan rendah. Apakah nama prinsip yang menyebabkan ini berlaku? (a) Resonan (b) Amplifikasi (c) Directivity (d) Seismic loading (e) Peak ground accelaration 31. Gelombang yang paling perlahan yang dihasilkan oleh gempabumi dan yang menyebabkan kemusnahan yang teruk (a) Gelombang Tsunami (b) Gelombang permukaan (c) Gelombang sekunder (d) Gelombang primer (e) Gelombang lautan 32. Gelombang besar yang dihasilkan oleh gempabumi di bawah jasad air dipanggil (a) Tsunami (b) Gelombang P (c) Gelombang jasad (d) Gelombang S (e) Gelombang Rayleigh 33. Gelombang yang kedua terpantas yang dihasilkan oleh gempabumi adalah (a) Gelombang Sekunder (b) Gelombang Permukaan (c) Gelombang Tsunami (d) Gelombang Primer (e) Gelombang Lautan
6
STAG3073 34. Apakah maksud perkataan “tsunami“? (a) Ombak besar di pelabuhan (b) Ombak gempa bumi (c) Ombak pelik (d) Ombak tinggi (e) Ombak besar di pantai 35. Tsunami boleh terhasil akibat dari peristiwa berikut: (a) Gempabumi yang kuat di lautan (b) Tanah runtuh di kawasan lautan (c) Letusan gunung berapi di lautan (d) Impak meteorit di lautan (e) Semua di atas betul 36. Kira kadar gelinciran (slip rate) untuk pergerakan sejauh 1 m dalam jangkamasa 1000 tahun (a) 1 mm per tahun (b) 2 mm per tahun (c) 0.1 mm per tahun (d) 0.0001 mm per tahun (e) 10 mm per tahun 37. Kira nilai recurrence interval jika purata anjakan per bencana ialah 1 m dengan kadar gelinciran sebanyak 2 mm per tahun. (a) 100 tahun (b) 200 tahun (c) 300 tahun (d) 400 tahun (e) 500 tahun 38. Manakah formula yang tepat untuk mengira moment magnitude gempa (a) Mw = log Mo – 10.7 (b) Mw = 2/3 log Mo – 10.7 (c) Mw = Ms + Mp (d) Mw = 10.7 – log Mo (e) Mw = Mo – 1.33 39. Tsunami pada 26 Disember 2004 adalah berpunca dari perlanggaran antara dua plat tektonik iaitu (a) India dengan Burma (b) Australia dengan India (c) Australia dengan Burma (d) Burma dengan Sunda (e) Kesemua di atas salah
7
STAG3073 40. Berapakah halaju gelombang tsunami apabila bergerak di tengah lautan? (a) 700 kph (b) 100 kph (c) 50 kph (d) 10 kph (e) 5 kph 41. Berapakah panjang gelombang tsunami di tengah lautan? (a) 100 km (b) 1 m (c) 5.5 m (d) 150 cm (e) 15 cm 42. Siapakah nama kanak-kanak yang menyelamatkan ratusan nyawa ketika berlakunya tsunami di Thailand? (a) Tilly Smith (b) Jenny Simon (c) Will Smith (d) Kylie Minogue (e) Mitty Smith 43. Apakah jenis volkano di kepulauan Hawaii? (a) Komposit (b) Daik (c) Perisai (d) Stratovolkano (e) Andesit 44. Volkano di Hawaii menjadi bukti penting dalam tektonik keping dan menjadi bukti kepada (a) Pergerakan plat dan bintik panas (b) Zon subduksi (c) Sempadan mencapah (d) Pemuaian dasar lautan (e) Sesar transform 45. Volkano di Indonesia terbentuk disebabkan oleh bahagian mana dalam tektonik keping? (a) Bintik panas (b) Zon subduksi (c) Sempadan mencapah (d) Pemuaian dasar lautan (e) Sesar transform
8
STAG3073 46. Apakah kandungan utama lava gunung berapi di Indonesia (a) Andesit (b) Basalt (c) Riolit (d) Granit (e) Diorite 47. Apakah nama gunung berapi yang menyebabkan berlakunya letusan yang sangat kuat yang menyebabkan satu bandar tenggelam selama hampir 2000 tahun oleh bahan piroklas? (a) Vesuvius di Itali (b) Mt St Helens di Amerika Syarikat (c) Paricutin di Mexico (d) Krakatoa di Indonesia (e) Unzen di Jepun 48. Sejenis volkano cinder cone. Ianya terbentuk dalam ladang jagung pada tahun 1943 dan berakhir pada tahun 1952. Merupakan gunung berapa jenis monogenetik. (a) Vesuvius di Itali (b) Mt St Helens di Amerika Syarikat (c) Paricutin di Mexico (d) Krakatoa di Indonesia (e) Unzen di Jepun 49. Apakah itu tephra? (a) Jenis lava basalt (b) Jenis geobencana yang paling memusnah (c) Banjir lumpur dari letusan gunung berapi (d) Nama kon gunung berapi (e) Bahan yang terlontar keluar dari letusan volkano 50. Bencana yang berlaku di Tasik volkano Nyos di Cameroon yang mengakibatkan kematian 1700 orang adalah berpunca dari? (a) Letusan dan gegaran yang kuat (b) Aliran lahar dari air tasik dan debu gunung berapi (c) Pembebasan gas beracun (d) Aliran lava yang panas (e) Aliran bahan piroklastik nuess ardentes
9
STAG3073 BAHAGIAN B (10 MARKAH)
S-P (saat) Magnitud
Amplitud (mm)
Jarak (km) Berpandukan kepada Rajah di atas sila jawap soalan #1-6
1. Apakah nama alat yang digunakan untuk merekodkan data dalam rajah di atas _______________________________ (1 markah) 2. Berapakah nilai amplitud maksima gelombang seismik _______________________________ (1 markah) 3. Apakah nama gelombang yang menunjukkan amplitud maksima dalam Rajah di atas _______________________________ (1 markah)
10
STAG3073 4. Berapa jarak stesen ke titik fokus gempa bumi tersebut? ____________________________
(1 markah)
5. Berapa beza masa ketibaan P dan S ? ____________________________
(1 markah)
6. Berapa nilai magnitud gempa tersebut (tunjukkan pada gambarajah bagaimana anda mendapatkan nilai magnitud gempa)? ____________________________
(3 markah)
7. Nyatakan bagaimana caranya untuk mendapatkan lokasi titik fokus gempabumi? ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ ____________________________________________________________________ _______________________________________________________
(2 markah)
SELAMAT MAJU JAYA
11