Cara-cara Membuat HomeMade Mee Kuning Rafhanah Food House Edisi 2016
1
Cara-cara Membuat HomeMade Mee Kuning Rafhanah Food House Edisi 2016
Dedikasi daripada pengarang Buku Elektronik (e-Book) ini saya dedikasikan kepada Isteri saya yang tersayang Salawati Sahudi dan anak-anak saya Izzah Raniah, Hanis Rafhanah serta yang tengah berada dalam kandungan sekarang ini, juga kepada semua yang telah pun memiliki buku ini yang bercita-cita menghasilkan mee kuning buatan sendiri. Semoga dengan tersedianya buku yang anda baca ini dapat membantu sedikit sebanyak dalam usaha untuk menghasilkan mee kuning dengan air tangan sendiri. Sesungguhnya menu makanan yang dihasilkan melalui air tangan sendiri untuk santapan sekeluarga itu lebih mengeratkan hubungan setiap anggota keluarga.
22 Disember 2016 11:39 Malam
2
Cara-cara Membuat HomeMade Mee Kuning Rafhanah Food House Edisi 2016
Mari Belajar Buat Mee Kuning
3
Cara-cara Membuat HomeMade Mee Kuning Rafhanah Food House Edisi 2016
Kandungan Pendahuluan 1. Cara Membuat Mee Kuning : Mudah dan 100% Homemade 2. 5 Resipi Menu Mee Kuning
Mee Goreng Breakfast
Mee Goreng Seri Kasih
Mee Goreng Cinta
Mee Udang Istimewa
Mee Jawa
3. Kelas Membuat Mee Kuning 4. Video Cara Membuat Mee Kuning 5. Nota
4
Cara-cara Membuat HomeMade Mee Kuning Rafhanah Food House Edisi 2016
Pendahuluan Assalamualaikum wbt, sebelum meneruskan pembacaan anda ke halaman seterusnya ada eloknya saya memperkenalkan diri saya serta tujuan buku elektronik (eBook) ini dihasilkan. Saya Muhammad Ruzaini Baddri, 31 telah menceburkan diri ke pelbagai bidang sebelum ini. Saya pernah bekerja di bidang perhotelan, insuran, perbankan malah ke peringkat pengurusan di bidang kesihatan. Namun seperti kebanyakkan orang saya juga mempunyai impian untuk menghasilkan produk sendiri. Sebelum menghasilkan mee kuning sendiri ini saya telah pun bermula dengan memborong produk-produk usahawan lain untuk diniagakan. Saya pernah memborong produk seperti pelbagai kerepek tempatan, barangan harian seperti sos, kicap, kordial minuman, makanan tin dan berbagai lagi barangan proses usahawan lain untuk dihantar ke pusat-pusat stor jualan seperti Mart dan kedai-kedai serbaneka 24 jam. Setelah menjual produk hasil usahawan lain sekian lama, terdetik di hati “kenapa aku tidak menghantar produk sendiri ke supermarket-supermarket sekarang?” kerana sedar bahawa pasaran tidak menjadi masalah kerana sememangnya sudah mempunyai pasaran sendiri untuk produk-produk sedia ada sekarang, maka saya mencari idea produk apa yang harus dihasilkan. Pada mulanya, saya mensasarkan untuk membuat perniagaan beras kerana prosesnya yang mudah iaitu hanya memborong beras daripada Syarikat Beras Nasional (BERNAS) dan hanya perlu membungkusnya semula ke plastik yang berjenama sendiri serta merupakan keperluan asas harian. Namun, hal ini tidak lah mudah seperti yang disangkakan. Kerana isu-isu tertentu terutama daripada pihak tempat meminta kebenaran yang tidak dapat saya penuhi maka saya terpaksa menarik diri daripada meneruskan idea ini. Walaubagaimanapun, impian untuk menghasilkan produk sendiri itu tidak terhenti di situ sahaja. Satu hari saya mendapat info daripada kawan melalui Applikasi Whatsapp di Telefon bimbit tentang Kursus Membuat Mee Kuning yang dianjurkan oleh Pejabat Belia dan Sukan. Tanpa berlengah saya terus berfikir “kenapa aku tidak memilih pilihan kedua sahaja selepas beras?”. Saya terus membuat keputusan pada hari yang sama dengan mendaftarkan diri untuk mengikuti kursus itu. Maka dari situ terhasillah jenama produk pertama saya iaitu Mee Kuning Ana. Mee Kuning Ana ini adalah sempena nama anak saya yang kedua iaitu Hanis Rafhanah. Kini anda boleh melihat produk pertama saya ini di Facebook dengan kata carian Mee Kuning Ana dan di portal www.agrobazaar.com.my dengan kata carian Mee Ana. Tujuan eBook ini saya hasilkan adalah untuk berkongsi dengan seberapa ramai orang di luar sana tentang cara-cara membuat mee kuning yang mudah ini pada harga yang saya ingat sangat berbaloi. Semoga sedikit perkongsian ini memberi manfaat kepada anda semua.
5
Cara-cara Membuat HomeMade Mee Kuning Rafhanah Food House Edisi 2016
Cara Membuat Mee Kuning: Mudah dan 100% Homemade Kita beresepi lagi hari ini. Kali ini mee kuning. Dulu masa belajar kat kampus, lecturer ada ajarkan juga cara buat mee kuning sendiri. Kelebihan kita buat mee kuning sendiri ialah tak pahit payau gitu. Sebab apa ye? Sebab asid borik terlebih sudah. Semenjak dua menjak berada dalam jabatan kesihatan ni, saya jadi lebih berhati-hati dalam memilih makanan. Lagipun, apa yang kita makan menyumbang kepada kesihatan badan kita. Betul tak?
Resepi mee kuning yang akan saya kongsikan ini insyaallah lebih bersih dan halal serta dari air tangan kita sendiri. Lagi satu, sangat menjimatkan tau. 500gm tepung gandum dapat menghasilkan 1.5kg mee kuning. Wah, raya mee kuning kita. Hihihi.
6
Cara-cara Membuat HomeMade Mee Kuning Rafhanah Food House Edisi 2016
Resepinya 500gm tepung gandum 1biji telur + pewarna kuning + 2 sudu besar air kapur + air = 200ml (pewarna ni agakla ye jangan banyak sangat). Kalau kunyit jika dicampur dengan air kapur akan jadi warna oren nanti, sebaik2 pewarna kuninglah.
Mee kuning homemade
Caranya 1. Panaskan air dalam periuk untuk merebus mee ni dan masa nak masukkan mee nanti masukkan garam dalam 2 sudu besar.(Saya tak masuk dalam gandum sebab nak jaga mesin dari berkarat) 2. Masukkan tepung gandum dalam bekas dan tuangkan air. 3. Gaul sebati. 4. Doh ni agak keras sedikit dari doh karipap ye. 5. Tak payah bagi licin pun tak apa, asalkan semua sebati je.
7
Cara-cara Membuat HomeMade Mee Kuning Rafhanah Food House Edisi 2016
Mee yang belum direbus 10. Sekarang masa nak merebus mee. 5 minit rebus mee. Masa masukkan mee jangan kacau dulu ye, biarkan dalam 1-2 minit, baru kacau ye. Kalau kacau masa taruk mee nanti mee tu putus. Cukup 5 minit toskan mee.
Rebus dalam 5 minit ye atau 4 minit. Agak-agak dah nak masak cantik, angkat dan toskan..
11. Tos kan mee dan terus masukkan mee dalam air paip biasa (ini untuk menghilangkan kanji pada mee ni. Kacau2 la mee ni ye untuk buang kanji, toskan semula mee sehingga kering dan masukkan 3 sudu besar minyak masak dan gaul mee sebati). 10
Cara-cara Membuat HomeMade Mee Kuning Rafhanah Food House Edisi 2016
Mee Goreng Breakfast
Semalam isteri meminta digoreng mee basah sikit katanya. Biasanya dia jarang breakfast di rumah, apalagi meminta dimasakkan apa apa untuk breakfast. Ini adalah mee goreng yang saya masak dengan beberapa percubaan bagi menetapi selera saya yang memang suka sesangat sangat suka dengan mee goreng. Kalau tak kena selera, memang saya tak makan walaupun nampak sedap. Saya cuma guna bawang putih sahaja yang diketuk dan dicincang. Tumis bawang putih dan masukkan sedikit cili kisar setelah bawang kekuningan dan wangi. Yang ini penting, cili mesti betul betul masak dan berbau wangi. Lepas tu, baru masukkan isi ayam. Masak sehingga ayam masak sepenuhnya.
12
Cara-cara Membuat HomeMade Mee Kuning Rafhanah Food House Edisi 2016
Mee Goreng Seri Kasih
16
Cara-cara Membuat HomeMade Mee Kuning Rafhanah Food House Edisi 2016
Mee Goreng Cinta
Bahan bahan: 1 pek mee kuning Ayam atau daging - potong kecil 4 ulas bawang putih - ketuk 1 sudu besar cili kisar Sayur sawi Garam Kicap Sos tomato Sos cili
Bahan Hiasan Cili merah - hiris Daun bawang - hiris 19
Cara-cara Membuat HomeMade Mee Kuning Rafhanah Food House Edisi 2016
Mee Udang Istimewa
25
Cara-cara Membuat HomeMade Mee Kuning Rafhanah Food House Edisi 2016
Mee Jawa
Bahan-Bahan: 1 kg mee kuning (dicelur) 1/2 kg. daging [rebus lembut dan hiris nipis] 300 gm tauge (buangkan akarnya dqn dicelur) 2 tangkai daun bawang (dihiris) 5 biji cili merah (dihiris) 3 keping tauhu goreng (dihiris nipis) 3 biji telur rebus (dibelah) 3 biji limau nipis (dibelah) Sedikit bawang goreng Bahan Kuah: 1/2 kg keledek (direbus & dikisar) Mesin halus: 3 ulas bawang putih 5 ulas bawang merah 3 batang serai Sedikit halia sedikit lengkuas 100 gm udang kering sedikit cili padi, jika suka pedas 32
Cara-cara Membuat HomeMade Mee Kuning Rafhanah Food House Edisi 2016
KAMI JUGA MENGANJURKAN KELAS MEMBUAT MEE KUNING
42
Cara-cara Membuat HomeMade Mee Kuning Rafhanah Food House Edisi 2016
46
Cara-cara Membuat HomeMade Mee Kuning Rafhanah Food House Edisi 2016
UNTUK MENGIKUTI KELAS MEMBUAT MEE KUNING SILA WHATSAPP SAYA DETAIL SEPERTI DI BAWAH :
016 335 8786 47
Cara-cara Membuat HomeMade Mee Kuning Rafhanah Food House Edisi 2016
Nota :
___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ 49
Cara-cara Membuat HomeMade Mee Kuning Rafhanah Food House Edisi 2016
Tamat.
50