1
BAB 1 PENGENALAN
1.1
PENGENALAN Projek Akademik Kejuruteraan Mekanikal adalah satu modul yang
wajib diambil oleh pelajar Diploma Kejuruteraan Mekanikal untuk mengkaji dan mereka cipta inovasi baharu yang memberi manfaat di dalam kehidupan seharian sebagai jurutera awam.
Pemilihan sesuatu projek adalah penting untuk
memastikan objektif kajian tercapai. Inovasi adalah hasil cetusan idea-idea yang kreatif dan inovatif dalam mana-mana aspek kerja yang dilaksanakan dalam pelbagai aktiviti dengan tujuan untuk meningkatkan kualiti dan produktiviti. Pelaksanaan idea-idea ini dapat meningkatkan kecekapan dan keberkesanan sistem penyampaian, perkhidmatan serta memberi faedah kepada pengguna. Idea-idea ini boleh merangkumi apa-apa perubahan dalam bentuk sistem, prosedur, kaedah dan cara bekerja mahupun pengenalan teknologi yang terkini. Aci pandu merupakan salah satu gabungan sistem penghantaran kuasa dari enjin ke roda untuk menggerakkan kenderaan. Ia juga digabungkan dengan beberapa komponen aci yang lain seperti, aci putar, kotak gear, clutch, unit kerbeda dan sendi universal. Tujuan kami melakukan projek ini ialah untuk memudahkan seseorang terutama
mekanik yang bekerja dibengkel-bengkel kenderaan untuk
menanggal dan
memasang getah pelindung habuk aci pandu tanpa perlu
mengetuk dengan kuat
untuk menanggalkan sendi semesta, untuk
mengeluarkan getah pelindung habuk aci pandu yang lama bagi menggantikan
2
getah peindung habuk yang baru. Ia juga boleh digunakan untuk melakukan penukaran geguli besi roda dengan menekan geguli besi keluar dari perumah dengan menggunakan komponen yang telah kami cipta serta tambah baik. Selain itu, ia juga dapat menjimatkan masa.
1.2
PENYATAAN MASALAH
Setelah melakukan tinjauan beberapa pusat servis dan bengkel-bengkel yang berdekatan, beberapa masalah yang dihadapi oleh mekanik-mekanik untuk membuka dan memasang getah pelindung habuk aci pandu, kerana mengambil masa yang agak lama untuk melakukan proses tersebut. Antara masalah yang sering dihadapi oleh mekanik-mekanik di bengkel adalah selalu berlakunya kecederaan apabila mengetuk sendi semesta keluar. Pada kebiasaannya mekanik akan mengeluarkan minyak gear terlebih dahulu supaya minyak tidak mengalir keluar apabila aci pandu dikeluarkan dari kotak gear. Setelah perbincangan, alat ini mampu menjimatkan kos penukaran getah pelindung habuk, kerana tidak perlu mengeluarkan minyak kotak gear.
1.3
OBJEKTIF Kajian yang dijalankan adalah bertujuan untuk memenuhi objektif seperti yang dinyatakan di bawah : a) Mereka bentuk komponen tambahan untuk memudahkan proses penukaran komponen. b) Untuk membina alatan tangan khas bagi memudahkan mekanik menukar bebola galas atau perumah bagi bebola galas dibahagian luar tanpa menanggalkan sebatang aci pandu. c) Untuk menambahbaik alatan yng telah siap menjadi dwi-fungsi.
3
d) Untuk memberi kebaikan pada pihak bengkel dan pengguna kenderaan dari segi kos baik pulih dan penjimatan masa.
1.4
SKOP a) Mampu menanggalkan getah pelindung habuk tanpa mengeluarkan aci pandu dan minyak kotak gear. b) Alat ini boleh digunakan pada kenderaraan buatan Malaysia dan Jepun. c) Alat ini menggunakan tenaga kerja manusia. d) Alatan ini memerlukan gabungan tenaga kerja mesin dan sumber kuasa. e) Alat ini boleh melakukan 1 kerja pada 1 masa.
4
BAB 2 KAJIAN LITERATUR
2.1
PENGENALAN Alat “OUTSIDE JOINT REMOVER” ini telah di inovasi dari alat yang sedia ada iaitu “SHAFT JOINT REMOVER”. Alat ini dapat membantu mekanik yang bekerja dibengkel atau pusat servis untuk memudahkan proses penukaran getah pelindung habuk aci pandu. Alat ini dapat mengurangkan penggunaan tenaga semasa proses penukaran getah pelindung habuk aci pandu. Selain itu,ia juga dapat memudahkan proses penukaran bebola galas roda. Ia nya direka untuk melakukan dua proses yang berlainan. Tenaga manusia diperlukan untuk memastikan alat ini berfungsi dan menepati kehendak mekanik serta pemilik bengkel baik pulih kenderaan. Ianya memerlukan bantuan dari alat penembak angin untuk berfungsi. Alat ini digunakan untuk membantu mekanik yang mengalami masalah ketika hendak menanggalkan sendi semesta untuk menukar getah pelindung habuk shaft pandu yang baru. Alat ini juga digunakan untuk menekan geguli besi roda keluar dari perumah untuk melakukan penukaran dan penggantian bebola galas roda. Pada kebiasaannya, proses ini memerlukan mekanik atau pembaik pulih kenderaan untuk menghantar komponen yang terlibat ke kedai mesin. Hal ini kerana bebola galas roda ini memerlukan daya tekanan yang tinggi untuk dikeluarkan. Alat yang digunakan untuk menolak bebola galas ini keluar menggunakan sistem hidraulik yang mampu memberi beban hingga 150 psi.
5
2.2
KAJIAN YANG DIJALANKAN 2.2.1 PENGGUNAAN AWAL ALATAN KHAS Alatan khas ialah alatan yang dicipta untuk memudahkan suatu kerja yang
melibatkan komponen mekanikal ataupun penggunaan skru dan nat. ianya membolehkan pengguna untuk melakukan proses mengetat atau melonggarkan skru dan nat serta melakukan kerja yang memerlukan penelitian yang penuh. Kebanyakan alatan khas ini digunakan didalam bidang automotif dan permesinan. Antara lain ianya digunakan untuk memberi perlindungan dari kerosakan komponen. Berikut adalah contoh serta rajah mengenai alatan khas yang sering digunakan dalam bidang automotif: a) Jek Lantai Alatan yang sering digunakan dalam bidang automotif untuk menaikkan kenderaan bagi memudahkan kerja penyelenggaran atau penukaran komponen dibahagian bawah badan kenderaan.
Rajah 2.1:Jek lantai
b) Spana Tork Alat yang digunakan untuk mengetatkan nat atau skru yang memerlukan daya yang tertentu. Ianya boleh dilaras mengikut daya yang diperlukan untuk mengetatkan nat atau skru.
6
Rajah 2.2:Spana Tork
2.2.2 PROSES YANG TERLIBAT DALAM PENGGUNAAN ALAT KHAS Pelbagai proses penukaran komponen pada masa ini yang memerlukan penggunaan alatan khas. Alatan khas ini sedikit sebanyak dapat membantu mekanik untuk memudahkan kerja dalam melakuakan proses penukaran komponen. Alatan ini memainkan peranan yang penting dalam memastikan setiap hasil kerja yang dilakukan menepati kehendak pengguna. Antara proses yang melibatkan penggunaan alatan khas ialah: a) Proses mengetatkan aci engkol.
Rajah:2.3: Mengetatkan aci engkol
7
b) Proses menaikkan kenderaan menggunakan jek lantai.
Rajah:2.4:Proses menaikkan kenderaan.
2.3 TEORI PENGIRAAN FORMULA DAN RUMUS a) Rumus tekanan
Rajah:2.5:Rumus
8
2.4 KOMPONEN DAN ALAT YANG DIGUNAKAN
Rajah 2.6: Mesin Pemotong Besi(Grainder) Fungsi alat ini adalah untuk memotong plat besi atau besi yang berlubang iaitu besi paip. Alat ini memerlukan keselamatan penggunaa yang tinggi berikutan pusingan pemotong amat laju serta boleh mengakibatkan kecederaan.
Rajah 2.7: Mesin Kimpalan (Mig). Mesin pengimpal ini adalah untuk mencantumkan dua bahagian besi untuk tujuan sambungan. Mesin jenis ini menggunakan kuasa elektrik dan gas untuk berfungsi.
9
Rajah 2.8: Penebuk Pusat Alat ini berfungsi untuk menanda titik tengah atau titik tebuk pada suatu besi plat.
Rajah 2.9: Sesiku L Alat ini bertujuan menetukan garis sudut tepat pada 90 darjah.
Rajah 2.10: Pahat Alat ini adalah untuk menanggalkan sisa kimpalan atau membuat tanggam pada kayu
10
Rajah 2.11: Kikir Kikir adalah alat untuk melicinkan atau meratakan permukaan besi atau kayu.
RAJAH 2.12: Mesin Gerudi Mesin gerudi berdiri adalah alat untuk menebuk lubang pada plat besi atau besi padu untuk kegunaan yang tertentu
11
Rajah 2.13: Pembaris Besi Pembaris adalah alat untuk menentukan kesamaan garis pada suatu penandaan
2.5
KAJIAN SENARAI ‘COMPRESSOR’ YANG DIPASARAN 2.5.1
Jenis-Jenis ‘Compressor’. Jadual 2.1: Jenis-jenis ‘compressor’
1. Nama produk: Electric Air Compressor Boxed New Belt Driven Twin Cylinder. 2. Spesifikasi produk: 230v/50Hz 3. Kuasa: 3HP. 4. Penyimpanan: 100Liter. 5. Tekanan: 6bar – 115psi 6. Ulangan tekanan: 70psi. 7. Berat: 97kgs Approx. 8. Silinder 65m
1. Nama produk: AMICO25/SF2500. Voltage 230 VOLT. 2. Kuasa: 2 HP.
12
3. Penyimpanan: 24 Liter. 4. Tekanan: 8 bar. 5. L x H x W : 580X270X600 mm 6. Penyambungan udara yang tinggi. 7. Silinders: 1. 8. Berat: 24.00KG
1. Nama produk: craftsman 135,24gp. 2. Kuasa: 1.5 HP 3. Tekanan: 135 psi / 9bar 4. Berat: 20 kg 5. Silinder: 1
2.6
KAEDAH YANG SEDIA ADA DIPASARAN Terdapat pelbagai inovasi atau kaedah yang telah dijalankan bagi mengatasi
masalah ini.Contoh inovasi dan kaedah yang dapat dihasilkan untuk mengatasi masalah ini:
Rajah 2.14: Mengeluarkan Bebola Galas
13
Rajah 2.14 menunjukkan slah satu cara untuk mengeluarkan bebola galas pada hab roda. Proses ini memakan masa yang lama dan ianya meningkatkan risiko berlakunya kecederaan.
Rajah 2.15 : Alat Penekan Bebola Galas Rajah 2.15 menunjukkan alat khas untuk menolak bebola galas keluar dari hab roda. Ianya hanya mempunyai satu kegunaan dan ianya tidak dapat dipelbagaikan.
Rajah 2.16: Penekan Bebola Galas Jenis Skru
14
Rajah 2.16 menunjukkan alat khas untuk menolak bebola galas keluar dari hab roda. Alat ini memerlukan daya dari mesin penembak skru untuk berfungsi.
Rajah 2.17: Set Alat Penekan Bebola Galas
Rajah 2.17 menunjukkan alat khas yang mempunyai komponen untuk menolak bebola galas keluar dalam pelbagai saiz.
15
BAB 3 METODOLOGI
3.1
PENGENALAN Dalam Bab 3 iaitu Metodologi merupakan satu kaedah pembangunan yang
mempunyai penerangan sistematik berkenaan aliran aktiviti-aktiviti yang diperlukan untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Pemilihan metodologi dalam pembangunan projek merupakan aspek terpenting bagi memastikan projek yang dibangunkan dapat dilaksanakan mengikut langkah secara tersusun dan bersistematik. Sehubungan dengan itu, bab ini akan menerangkan setiap langkah yang diambil dalam menghasilkan rekabentuk sistem kemudahan bagi mempercepatkan proses penukaran getah pelindung habuk aci pandu dan hab bebola galas aci pandu serta melakukan proses penukaran bebola galas roda. Untuk memudahkan pemahaman dan perlaksanakan, metodologi projek telah ditunjukkan dalam bentuk carta alir. Bab ini turut dimuatkan serta juga penerangan ringkas tentang proses dan konsep-konsep rekabentuk serta pendekatan yang digunakan dalam membuat analisis kejuruteraan. Kajian ini bermula dengan mengkaji masalah kesukaran semasa melakukan penukaran getah pelindung habuk aci pandu dimana mekanik terpaksa menggunakan kaedah mengetuk aci pandu bagi menanggalkan perumah geguli besi supaya mudah untuk melakukan penukaran getah pelindung habuk aci pandu. Kaedah mengetuk ini amat bahaya kerana berisiko pada komponen dan keselamatan bengkel. Selain itu, kebanyakan pekerja dibengkel perlu untuk menghantar komponen hab bebola galas ke kedai mesin untuk menekan bebola galas keluar. Proses ini memakan masa yang agak panjang memandangkan beberapa faktor perlu diambil kira iaitu, jumlah pelanggan yang menghantar komponen dan bilangan pekerja yang bekerja dikedai mesin itu sendiri. Dengan itu kami mencipta suatu alat yang memudahkan para mekanik yang
16
berada di bengkel boleh digunakan untuk melakukan penukaran getah pelindung habuk aci pandu dengan lebih cepat dan selamat serta melakukan proses penukaran bebola galas. 3.1.1
Metodologi Projek Metodologi boleh ditakrifkan sebagai suatu jujukan aktiviti yang
sistematik bagi menyelesaikan suatu masalah dengan membangunkan sistem aplikasi atau pengaturcaraan. Sebuah metodologi akan menggunakan satu set teknik yang digunakan untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti yang spesifik. Terdapat beberapa jenis metodologi pembangunan yang digunakan dalam membangunkan sesebuah aplikasi sistem. Setiap pendekatan yang dipilih haruslah bersesuaian dengan projek yang akan dijayakan. Ianya melibatkan catatan yang melibatkan setiap proses yang berlaku semasa menyiapkan projek ini. Sehubungan dengan itu, bab ini akan menerangkan setiap langkah yang diambil dalam menghasilkan rekabentuk sistem kemudahan bagi mempercepatkan proses penukaran getah pelindung habuk shaft pandu dan hab bebola galas shaft pandu serta melakukan proses penukaran bebola galas roda. Untuk memudahkan pemahaman dan perlaksanakan,
metodologi
projek telah ditunjukkan dalam
bentuk carta alir. Bab ini turut dimuatkan serta juga penerangan ringkas tentang proses dan konsep-konsep rekabentuk serta pendekatan yang digunakan dalam membuat analisis kejuruteraan.
17
3.2
CARTA ALIR REKA BENTUK
MULA
PENYATAAN MASALAH
PENYELIDIKAN
Tidak IDEA
PENGUBAHSUAIAN
PENILAIAN
Ya
TAMAT
Rajah 3.1: Carta alir
18
3.2.1 i.
Penerangan Carta Alir Start (Mula) : Perbincangan mengenai pemilihan bahan, pembahagian kerja kepada ahli kumpulan dan sebagainya
ii.
“Problem statement” (Pernyataan Masalah) : Merujuk kepada sesuatu isu / masalah yang memerlukan penyelesaian berpandukan latar belakang kajian yang diterangkan secara terperinci di dalam bab 1.
iii.
‘”Research” (Penyelidikan) : Penyelidikan saintifik yang dilakukan pada jenis-jenis alatan yang terdapat dipasaran seperti telah diterangkan secara terperinci di dalam bab 2
iv.
“Invention” (Ciptaan/pembuatan) : Berkaitan dengan pembuatan dan percambahan idea di dalam proses
penyiapan
rekabentuk
projek,
proses,mesin,alat,dan
kerlengkapannya v.
“Modification” (Pengubahsuaian) : Berkaitan
pengubahsuaian
rekabentuk
projek
berdasarkan
kelemahan data yang telah diambil semasa proses ujilari untuk menjadikan produk menjadi lebih baik vi.
“Evaluation” (Penilaian) : Melakukan proses ujilari pada projek untuk melihat keberkesanan produk yang dihasilkan, kualiti produk serta merekod data.
vii.
“End” (Tamat) : Tamat menyiapkan dan penghasilan projek
19
3.3 ANALISIS KONSEP REKABENTUK 3.3.1 Konsep Reka Bentuk Projek 1 Pada permulaan proses penghasilan projek, perbincangan dilakukan dan mendapati alat ini memerlukan penambahan komponen untuk memudah kan proses menekan bebola galas keluar. Ia juga digunakan untuk menanggalkan hab sendi semesta aci pandu untuk melakukan penukaran getah pelindung habuk aci pandu. Selain itu alat ini mengelak dari berlaku kecederaaan. Seterusnya ia dapat menjimatkan masa. Dengan ini kita dapat mengurangkan kos semasa hendak menukar getah pelindung habuk. Alat ini memerlukan gabungan tenaga kerja dari “Air Gun” dan manusia. “Air Gun” ini berfungsi dari mampatan udara mesin pemampat udara yang berada dibengkel baik pulih kenderaan.
a) Kelebihan 1.
Lebih fleksibel
2.
Boleh dilaras
3.
Mudah untuk digunakan
b) Kekurangan 1.
Ketahanan yang kurang
2.
Boleh mengakibatkan kecederaan
3.
Waktu proses yang lama
20
c) Lakaran Reka Bentuk 1
Rajah 3.2:Hasil Reka Bentuk 1
3.3.2 Rekabentuk 2 Rekabentuk
untuk alat
ini telah di ubahsuai dari bentuk asalnya dengan
penambahan beberapa komponen yang dicipta untuk meningkatkan lagi keupayaan alat ini untuk menanggung beban yang tinggi untuk menekan bebola galas keluar dari hab selain dari fungsi utamanya iaitu untuk menanggalkan hab aci pandu untuk penukaran getah pelindung habuk aci pandu. Namun begitu,alat ini memerlukan tenaga kerja manusia melebihi seorang individu untuk memastikan alat ini berfungsi. Pemampat udara peringkat satu atau pemampat udara peringkat dua boleh digunakan untuk menggabungkan tenaga kerja dari alat khas lain iaitu “Air Gun” dan tenaga kerja manusia untuk memastikan alat ini dapat menjalankan proses yang dikehendaki oleh pengguna.
21
a) Kebaikan 1. Hasil kerja yang lebih kemas. 2. Ketahanan yang tinggi. 3. Bahan pada komponen tambahan mudah didapati.
b) Kekurangan 1. Proses kerja yang rumit. 2. Masa penggunaan yang lama. 3. Sukar untuk digunakan.
c) Lakaran Reka Bentuk 2
Rajah 3.3:Hasil Rekabentuk
22
3.3.3 Rekabentuk 3 Rekabentuk ini masih mengekalkan bentuk alat yang telah didapati dari kedai alatan khas yang berhampiran. Namun beberapa komponen telah dicipta untuk memudahkan penggunaan alat ini berdasarkan objektif untuk menginovasi alat supaya menjadi dwi-guna. Alat ini masih memerlukan tenaga kerja manusia untuk berfungsi mengikut kehendak pengguna. Komponen tambahan yang telah dicipta perlu digabungkan agar alat ini berfungsi pada tahap yang optimum dengan bantuan “Air Gun” dan juga tenaga kerja manusia. Komponen tambahan yang telah dicipta mampu menampung beban hngga 3 bar.
a) Kelebihan 1. Cara penggunaan yang lebih efektif 2. Penjimatan masa untuk setiap penggunaan 3. Keselamatan yang lebih terjamin
b) Kekurangan 1. Komponen yang banyak 2. Penambahan beban alat 3. Mempunyai had penggunaan c) Lakaran Reka Bentuk 3
23
Rajah 3.4:Hasil Rekabentuk 3 3.4
JADUAL PENILAIAN BERMATRIK Penilaian dan pemilihan konsep ini dibuat secara perbandingan
dengan konsep
rekabentuk 1, konsep rekabentuk 2 dan konsep rekabentuk 3. Oleh itu, dapat membezakan dari setiap sudut kelebihan dan kekurangan yang ada pada setiap konsep rekabentuk yang dilakarkan. Melalui kaedah penjadualan bermatrik ini lebih mudah untuk memilih konsep rekabentuk yang lebih sesuai akan dipilih sebagai rekabentuk projek yang sebenar. Selain itu,dari jadual ini juga kadar pengunaan optimum dapat dianggarkan dan kos bagi pemilihan bahan juga dapat dikira.
24
Jadual 3.1: Penilaian bermetrik kriteria
Konsep 1 Konsep 2 Konsep 3
Konsep rujukan
Kos penghasilan
+
-
-
Penyelenggaraan
-
+
+
D
Keselesaan penggunaan
+
-
+
A
Modifikasi
-
+
+
T
Struktur binaan
-
-
+
U
Kecekapan
-
+
+
M
Mudah alih
+
+
+
Kekemasan
-
+
+
jumlah
Baik (+)
3
5
7
0
Kurang baik (-)
5
3
1
0
Daripada jadual penilaian bermetrik, ternyata konsep rekabentuk 3 mempunyai
banyak
kebaikan dan kelebihan. Malah hanya sedikit sahaja kekurangan yang terdapat pada konsep rekabentuk tersebut. Oleh yang demikan konsep rekabentuk 3 dipilih sebagai konsep rekabentuk yang sebenar berbanding konsep rekabentuk 1 dan konsep reka bentuk 2. Antara lain, rekabentuk 3 mempunyai gabungan antara komponen asal dan beberapa komponen tambahan yang membolehkan alat ini berfungsi untuk melakukan 2 proses yang berlainan iaitu proses penukaran getah pelindung habuk aci pandu dan proses penukaran bebola galas roda.
25
3.5
LUKISAN BERBANTU KOMPUTER
Rajah 3.6: Lukisan Berbantu Komputer
3.6
PEMILIHAN BAHAN 3.3.1
Pemilihan “Joint Remover” Jadual 3.2: Pemilihan “Joint remover” “Joint remover”
Kelebihan / keburukan Kelebihan 1) Dapat menerima tekanan sehingga 4 bar. 2) Boleh dilaras mengikut panjang aci pandu. Keburukan 1) Kos yang mahal 2) Berat
26
Kelebihan 1) Kos yang murah 2) Ringan
Keburukan 1) Mudah lentur 2) Memerlukan kawasan kerja yang luas.
3.3.2
Pemilihan Besi Jadual 3.3: Pemilihan Besi
Jenis-jenis besi
Kelebihan/Keburukan
Besi tuang putih
Kelebihan 1) Lebih keras 2) Boleh dikimpal
Keburukan 1) Lebih rapuh
Besi tuang kelabu
Kelebihan 1) Lebih keras 2) Tahan panas 3) Boleh dimesin
Keburukan 1) Mudah berkarat
27
Keluli tahan karat
Kelebihan 1) keras 2) Tidak berkarat
Keburukan 1) Lebih berat 2) rapuh
3.7
ANGGARAN KOS (PROJEK ‘Outside Joint Remover’) Jadual 3.4: Anggaran Kos (‘Outside Joint Remover’) Kuantiti (unit)
Kos
Bil
Bahan
1
“Shaft Joint Remover”
1
RM 290.00
2
Gergaji besi
1
RM 2.00
3
Besi Plat
1 kaki
RM 10.00
4
Nat Khas
1
RM 37.00
5
Mata Pemotong Besi
1
RM 5.00
6
Skru Khas
1
RM 52.00
7
Soket Saiz 24mm
1
RM 18.00
JUMLAH
RM 414.00
28
3.7.1
Pembuatan Komponen Jadual 3.5: Pembuatan Komponen 1)
1) Besi Tuang Putih
Proses tuangan ini dilakukan dengan mencipta acuan bagi alat yang dikendaki mengikut bentuk yang ditetapkan.
2)
Acuan yang dibuat dari pasir yang tahan haba serta tetap digunakan.
3)
Besi tuang putih dituang kedalam acuan dan dibiarkan selama 2 jam dan dikeraskan menggunakan proses peneutralan.
1) Besi tuang putih yang dihasilkan 2) Skru Khas
menjadi sebatang besi dilarik dibahagian luar menggunakan larikan dari mesin pelarik untuk mendapatkan ulir jenis ganda 2.
1) Melarik dibahagian luar teflon 3) Nat Khas
berdiameter 52.7 mm sehingga berdiameter 22.7 mm a)
Menebuk lubang muncung ditengah-tengah teflon sepanjang 42 mm dan berdiameter 3 mm
b)
Menebuk lubang pada
29
bahagian belakang teflon sedalam 10mm dan berdiameter 8 mm c)
Melarik pada bahagian hadapan teflon sehingga
4) Penekan Bebola Galas
d)
mendapatkan lubang
a)
Melarik besi silinder yang berukuran 4cm hingga saiz silinder yang telah dilarik berukuran 2cm.
b)
Lubang yang bersaiz 13mm ditebuk pada permukaan bahagian atas besi silinder.
5) Plat Pencengkam
a)
Besi plat yang ditebuk dengan gerudi dan mata gerudi yang bersaiz 14mm pada bahagian hujung plat.
30
3.7.3
Pembuatan Komponen Tambahan Jadual 3.6: Pembuatan Komponen Tambahan
1) Nat Khas
a) Keluli bersudut dipotong kepada dua bahagian mengikut 1.4cm. b) Keluli bersudut kemudiannya dikimpal pada nat khas bagi memastikan nat tidak bergerak semasa proses menekan bebola galas roda keluar. c) Kimpalan yang digunakan adalah kimpalan jenis gas “Metal Innert Gas” (MIG).
2) Skru Khas
a)
Silinder besi yang bersaiz 26mm dilarik untuk mendapatkan ulir jenis ganda dua yang didapati lebih kuat berbanding ulir lain.
b)
Bahagian hujung silinder besi dilarik hingga silinder besi bersaiz 24mm.
c)
Nat yang bersaiz 24mm dikimpal dihujung yang lain bagi memudahkan mekanik untuk menggunakan soket yang sesuai.
31
3) Skru
a)
2 batang skru yang bersaiz 14mm dugunakan untuk mengetatkan pencengkam ketika proses menekan bebola galas roda keluar.
b)
Skru ini mempunyai panjang 8cm.
3.8
PROSES PENYEDIAAN PROJEK 3.8.1
Pemotongan Dan Pemesinan Bahan Apabila sampai pada tahap proses pengukuran dan pemotongan, saiz ukuran
atau dimensi projek harus dikaji dengan teliti. Hal ini penting dalam menentukan saiz dan kaedah pemotongan yang akan digunakan dalam penghasilan projek ini. Selain itu, kita juga boleh mengetahui peralatan-peralatan yang akan digunakan dalam proses pemotongan ini. Proses pemotongan besi dilakukan mengikut ukuran dan reka bentuk yang telah ditetapkan. Garisan dilukis pada besi bagi memudahkan proses pemotongan dilakukan dengan tepat. Mesin dihidupkan, besi dipasang pada mesin dan disokong bagi mengelakkan plat terjatuh atau tergelincir. Kerja pemotongan besi dilakukan sehingga siap.
32
Rajah 3.7: Kaedah Pemotongan Besi
3.8.2
PROSES MEGIMPAL (MIG)(METAL INERT GAS)
Jenis kimpalan yang digunakan bagi menyiapkan projek ini ialah kimpalan gas (MIG). Ini kerana kimpalan ini lebih teguh berbanding kimpalan lain dan kimpalan ini juga sesuai digunakan bagi penyambungan besi padu. Proses kimpalan ini dilakukan di bengkel kimpalan dengan izin pensyarah yang bertugas. Proses mengimpal ini dilakukan secara berperingkat berikutan masa yang terhad untuk menggunakan kawasan bengkel kerana pelajar lain turut menggunakan kawasan yang sama bagi proses pengajian. Proses ini dilakukan oleh dua ahli kumpulan yang mahir dalam kimpalan dan turut dibimbing oleh penyelia serta pensyarah yang bertugas.
33
Rajah 3.11:Proses Kimpalan Gas
3.8.3
Proses Penebukan Lubang Pada Alat Prose ini dilakukan dengan menggunakan mesin menebuk yang ada di
bengkel Gegas. Kami menggunakan saiz 17 milimeter sebagai diameter lubang yang ingin ditebuk. Sembilan lubang ditebuk bersesuaian dengan panjang shaft pandu. Setiap shaft pandu mempunyai panjang yang berbeza. Panjang atau jarak setiap lubang ditentukan dengan mengukur panjang shaft pandu kenderaan jenis Perodua kancil, proton Wira,Toyota Wish,dan Toyota Estima Aeras.
34
Rajah 3.12:Proses Menebuk Lubang Pada Alat 3.9
PENGUBAHSUAIAN REKABENTUK
Rajah 3.8: Reka bentuk projek 1 \
35
Rajah 3.9: Reka bentuk projek 3
Gambarajah 3.9 merupakan reka bentuk “Outside Joint Remover” yang telah dihasilkan. 3.10 PROSEDUR UJILARI PENUKARAN GETAH PELINDUNG HABUK ACI PANDU DAN PENUKARAN BEBOLA GALAS RODA 1)
Mengenal pasti prosedur yang perlu dilakukan untuk memulakan proses penukaran pada kenderaan jenis Proton Wira Sedan.
2)
Menanggalkan rim beserta tayar dengan berhati-hati.
3)
Seterusnya,menanggalkan hab roda dan piring brek menggunakan spana 17mm dan menanggalkan sendi bebola dari lengan bawah.
4)
Membebaskan aci pandu pada bahagian luar untuk memasukkan alatan khas.
5)
Mengetatkan plat pencengkam pada bahagian lurah aci pandu bahagian luar untuk memastikan alatan khas tidak tergelincir semasa proses dijalankan.
6)
Memastikan pemampat udara dan “Air Gun” yang beserta dengan soket yang bersaiz 32mm bersedia untuk melakukan proses.
7)
Mengetatkan nat yang bersaiz 32mm menggunakan “Air Gun” dan soket yang bersaiz 32mm dengan kadar tork pusingan “Air Gun” dan kelajuan yang sederhana.
8)
Menambah tork pusingan “Air Gun” untuk memastikan hab aci
36
pandu bahagian luar tertanggal dari aci pandu dan masa diambil. 9)
Menukar getah pelindung habuk aci yang baru dan mengetatkan klip pada bahagian rongga getah pelindung habuk.
10) Menanggalkan hab roda beserta piring brek menggunakan spana spana yang bersaiz 17mm. 11)
Membebaskan pencengkam brek dan plat pelindung piring brek serta piring brek.
12)
Meletakkan hab roda diantara dua plat pencengkam dan mengetatkan plat pencengkam.
13) Meletakkan komponen pada ragum sebagai tapak untuk melakukan proses. 14)
Memasang komponen tambahan alatan khas yang dicipta pada bahagian atas iaitu skru khas dan nat khas serta meletakkan penekan bebola galas pada lubang hab bebola galas.
15)
Menggunakan soket yang bersaiz 24mm dan “Air Gun”,skru khas diketatkan untuk memberi tekanan pada penekan bebola galas seterusnya menekan bebola galas keluar dan masa diambil.
16)
Menukar bebola galas dan mengulangi proses 15 untuk menekan bebola galas masuk.
17)
Kemudian memasang kembali komponen yang yang terlibat iaitu piring brek, plat pelindung, dan pencengkam brek.
18)
Memasukkan kembali aci pandu pada hab roda dan mengetatkan nat yang bersaiz 32mm pada aci pandu.
19)
Memasang kembali rim beserta tayar dan mengetatkan nat yang bersaiz 17mm menggunakan soket 17mm dan “Air Gun” serta pemampat udara.
20)
Melakukan pengujian keatas kenderaan dan pemeriksaan akhir sebelum memulangkan kenderaan kepada pemilik.
37
3.11 PENGREKODAN DATA a) Tekanan yang mampu ditampung oleh komponen tambahan pada alatan khas. Nilai tekanan ini diambil dari tolok tekanan yang berada pada pemampat udara. Jangka masa proses juga turut diambil untuk menilai keberkesanan alatan. Jadual 3.10: Tekanan Melawan Masa Dalam Proses Penukaran Bil
Tekanan angin
Tekanan Yang
(MPa)
Dihasilkan
Masa (s)
Menanggalkan Hab Bahagian Luar Aci Pandu
Menekan Bebola Galas Roda Keluar
Menekan Bebola Galas Roda Masuk
b) Hasil kerja yang telah dilakukan juga telah direkodkan setelah kenderaa di uji pada jarak tertentu dan keadaan jalan yang tertentu bagi menguji keberkesanan alatan khas ini. Apabila berlaku kerosakan pada komponen yang telah ditukar, secara automatik kenderaan yang dipandu akan mengeluarkan bunyi yang kuat.
38
Jadual 3.11: Keputusan Hasil Kerja Bil
Keadaan Komponen
Menanggalkan Hab Bahagian Luar Aci Pandu Menekan Bebola Galas Roda Keluar
Menekan Bebola Galas Roda Masuk
Hasil Uji Pandu
Kerosakan