1
BAB 1 PENGENALAN
1.1
PENGENALAN Projek alat penyah bau najis kucing merupakan projek untuk meneutralkan bau
busuk yang tidak menyenangkan. Bau busuk tersebut terhasil dari najis kucing yang terdapat di dalam sangkar kucing atau rumah kucing. Reka bentuk rumah kucing untuk alat penyah bau najis kucing di ambil sedikit daripada sangkar kucing yang digunakan untuk membawa kucing menaiki kereta untuk dibawa berjalan jauh bagi menetapi citarasa orang ramai dan orang ramai menyukainya. Kelebihan alat penyah bau najis kucing ini berbanding sangkar kucing yang biasa adalah, rumah kucing ini diubah suai dan di inovasi sendiri bagi menjimatkan kos dan mencetuskan idea yang menarik supaya boleh menarik minat peminat kucing untuk membeli rumah tersebut bagi memberi keselesaan kepada orang lain. Selain itu, rumah kucing ini juga mempunyai alat yang di gunakan untuk menyedut dan mengeluarkan udara yang wangi menggunakan kipas ekzos bagi keselesaan pengguna dan kawasan sekitarnya. Bahan semulajadi digunakan sebagai pewangi yang mudah didapat dan boleh di buat sendiri dengan tambahan beberapa barang lain.
1.2
PENGENALAN MASALAH Hasil tinjauan yang dapati di setiap kawasan perumahan terdapat dua atau tiga
buah rumah yang membela haiwan peliharaan iaitu kucing. Di situ terdapat beberapa masalah yang di lihat. Antaranya, pencemaran bau najis kucing dan pembuangan najis
2
kucing di merata tempat. Oleh itu, kami mahu menyelesaikan masalah tersebut dengan membina sebuah alat penyah bau najis kucing.
1.3 i.
PENYATAAN MASALAH Pencemaran bau seperti masalah bau najis kucing yang tidak menyenangkan di kawasan kediaman.
ii.
1.4
Memerlukan reka bentuk yang bersesuaian untuk mengatasi masalah bau.
OBJEKTIF KAJIAN Objektif projek adalah sangat penting sebagai garis panduan bagi tujuan sesuatu
produk dihasilkan. Ia merujuk kepada pernyataan masalah yang berlaku untuk mencari penyelesaian terhadap masalah tersebut. Berikut adalah objektif untuk menghasilkan alat penyah bau najis kucing. i.
Mereka bentuk sesuatu alat untuk menyahbau najis kucing menggunakan bahan semulajadi sebagai bahan pewangi untuk alat nyah bau.
ii.
Memfabrikasi rumah kucing.
iii.
Mengkaji keberkesanan alat penyah bau najis kucing pada rumah najis kucing.
1.5
SKOP Skop kajian ini meliputi kaedah dan teori, terutamanya pada aspek fungsi dan
keadaan. Berikut adalah skop projek untuk menghasilkan sebuah alat penyah bau najis kucing. Antara skop projek : i.
Alat ini hanya boleh digunakan untuk seekor kucing pada satu masa dan boleh dikendalikan oleh setiap peringkat umur.
ii.
Menggunakan penapis bau daripada bahan semulajadi seperti arang kayu, serai
3
wangi dan daun pandan. iii.
Diameter salur udara mudah alih sepanjang 213cm digunakan sebagai penyedut udara.
iv.
Menggunakan kipas ekzos arus terus bervoltan 12V.
4
BAB 2 KAJIAN LITERATUR
2.1
PENGENALAN BAB Bab ini membincangkan tentang konsep projek alat penyah bau najis kucing
secara menyeluruh. Kajian yang di jalankan termasuklah dari internet, pemerhatian, perbincangan bersama pensyarah dan pengalaman. Kajian projek terdahulu juga didapati di dalam bab ini. Tujuan perbincangan ini untuk menerangkan perspektif dan kaedah yang digunakan dalam rekabentuk.
2.2
TENTANG KEDIAMAN KUCING Di kawasan rumah kediaman tuan rumah akan memelihara haiwan peliharaan
seperti kucing. Kadang kala mereka akan membiarkan kucing bermain pada sekitar kawasan rumah dan keadaan itu menyebabkan kucing membuang najis merata-rata. Situasi itu akan menyebabkan pencemaran bau berlaku pada kawasan kediaman rumah. Bagi menyelesaikan masalah itu, tuan rumah akan menyediakan sangkar kucing sebagai tempat kediaman kucing untuk berehat dan sebagainya. Contohnya seperti dalam rajah 2.1, sebagai tempat bermain, membuang najis, tempat berehat, makan dan min
Rajah 2.1 : Sangkar kucing Sumber : http://www.pocatz.com/product-category/beg-sangkar-kucing
5
2.3
PENERANGAN TENTANG AKSESORI DI DALAM SANGKAR KUCING Kebiasaannya, sangkar kucing yang di beli daripada kedai haiwan, keadaan
sangkar itu hanyalah sangkar sangkar biasa yang tidak mempunyai sebarang peralatan yang menarik. Oleh itu, tuan empunya kucing menghiasi kawasan di dalam sangkar itu supaya kelihatan lebih menarik dan dapat menarik perhatian haiwan peliharaan untuk mendiami sangkar tersebut. Lebih terperinci lagi, sangkar kucing akan di hiasi takungan pasir, takungan najis, dan takungan air untuk kucing bermain atau membuang najis dan tempat makan haiwan tersebut seperti dalam rajah 2.2, rajah 2,3 dan rajah 2.4.
Rajah 2.2 : Bekas makanan kucing Sumber : http://www.priceza.com.my/s/Bekas-Makanan-Kucing
Rajah 2.3 : Bekas minuman kucing Sumber : http://www.priceza.com.my/s/Bekas-Makanan-Kucing
6
Rajah 2.4 : Pasir yang digunakan untuk kucing Sumber : http://www.priceza.com.my/s/Bekas-Makanan-Kucing
2.4
PENGGUNAAN BAHAN SEMULA JADI Bahan-bahan yang terlibat dalam pengunaan alat kami ini ialah bahan semulajadi.
Diantara bahan yang kami gunakan adalah arang kayu, daun pandan dan serai wangi. Bahan-bahan ini bukan sahaja mudah untuk di cari malahan kos amatlah murah. Bukan itu sahaja, bahan semulajadi ini banyak kelebihannya. Oleh itu, kami akan menerangkan satu persatu bahan yang digunakan. a.
Arang Kayu Bahan yang pertama adalah arang kayu. Maksud terperinci bagi arang kayu ialah
arang adalah residu hitam berisi karbon yang dihasilkan dengan menghilangkan kandungan air dan komponen volatil dari haiwan atau tumbuhan. Arang umumnya didapatkan dengan memanaskan kayu, gula, tulang, dan benda lain. Arang yang hitam, ringan, mudah hancur, dan meyerupai batu bara ini terdiri dari 85% sampai 98% karbon, sisanya adalah abu atau benda kimia lainnya. Arang kayu sesuai untuk kami gunakan untuk meresap bau busuk seperti najis kucing. Arang ialah bahan bakar yang paling asas dalam dunia masakan. Arang merujuk kepada kayu yang telah dibakar tetapi belum hangus sepenuhnya. Kelebihan arang kayu adalah ia tidak mengeluarkan asap seperti kayu basah, dengan itu amat sesuai untuk memasak. Arang mungkin dari kayu biasa atau kayu bakau. Di Malaysia, arang kayu
7
digunakan untuk membuat kuih bahulu, membakar sate dan memanggang ikan. Kayu bakau yang diperolehi dari hutan di tepi pantai lebih sesuai untuk dijadikan arang yang bermutu tinggi. Ini kerana kayu bakau lebih lurus, saiz yang hampir sama dan diperolehi dari satu kawasan paya air masin sahaja. Harganya juga murah. Di Malaysia , pekan Batu Arang yang terletak dengan bandar Rawang merupakan pengeluar arang batu kepada Malaysia suatu ketika dahulu. Arang kayu seperti dalam rajah 2.5 adalah arang yang terbuat dari bahan dasar kayu. Arang kayu paling banyak digunakan untuk keperluan memasak seperti yang dijelaskan sebelumnya. Sedangkan penggunaan arang kayu yang lainnya adalah sebagai penjernih air, penggunaan dalam bidang kesihatan dan masih banyak lagi. Bahan kayu yang digunakan untuk dibuat arang kayu adalah kayu yang masih elok, dalam hal ini kayu belum membusuk.
. Rajah 2.5: Arang kayu Sumber: http://ms.m.wikipedia.org/wiki/arang_kayu b.
Manfaat Arang Kayu Meskipun masyarakat dunia telah menggunakan arang kayu sejak ribuan tahun,
kegunaannya lebih
banyak digunakan untuk
bahan bakar memasak. Kerana
perkembangan teknologi yang memanfaatkan sumber gas alam, dan eletrik sebagai bahan bakar, sehingga menyebabkan penggunaan terhadap arang semakin berkurang. Bahkan, akhir-akhir ini permintaan arang kayu di pasaran dalam dan luar negeri semakin menurun kerana masyarakat sudah banyak yang beralih kepada bahan bakar gas dan eletrik.
8
Setelah diabaikan selama beberapa tahun terakhir, kini arang kayu mulai menarik perhatian setelah munculnya penemuan baru yang menyatakan produk arang banyak manfaatnya bagi kehidupan manusia. Kemajuan teknologi moden telah meningkatkan ilmu pengetahuan untuk meneliti manfaat arang bagi kepentingan manusia dengan pelbagai kegunaan. Hasil penelitian di Jepun menyatakan, arang yang mengandung karbon itu dapat diolah menjadi pelbagai produk yang berkhasiat bagi kesihatan. Di samping digunakan untuk bahan campuran pakaian dan pertanian. Arang mempunyai banyak ciri menarik seperti mempunyai rongga-rongga kecil yang sangat banyak arah sehingga 1 gram arang mempunyai luas permukaan sekitar 250 meter persegi. Rongga-rongga ini dapat melekatkan zat-zat yang berlainan pada dindingnya, yang kemudian nantinya dilepaskan. Misalnya arang menyerap air dari udara lembab, kemudian melepaskannya pada keadaan yang kering. Sehingga membuatnya berfungsi pengatur kelembapan yang baik. Selain itu, arang juga mempunyai manfaat menyerap bau ruangan yang tidak sedap dan zat-zat merugikan. Arang menghasilkan ion-ion negatif yang membuat orang lebih santai. Infra merah yang keluar dari pembakaran arang memberikan efek bagi kelancaran peredaran darah, penjernihan air, alat untuk menjaga sayur dan makanan sentiasa segar, penambah kualiti tanah, pengatur kelembapan dinding dan lantai rumah dan ubat penyah bau. Arang yang digunakannya itu berasal dari kayu keras (kayu ek holm) yang lama terbakar. Sementara itu, arang buluh mempunyai lebih banyak rongga, sehingga dapat menyerap banyak bau dan air daripada arang kayu. Sedangkan cuka kayu, cairan yang dibuat dengan mendinginkan titsan air dari asap tempat pembakaran, digunakan mulai dari alat untuk antibakteria, pembasmi ulat di tapak pertanian hingga ubat penghilang bau serta bahan tambahan untuk mandi dan produk-produk yang dapat meningkatkan kecantikan.
9
Arang yang digunakan untuk penjernih air, dicuci dulu lalu disteril dalam air mendidih, kemudian dikeringkan dibawah matahari. Jika menggunakan arang sebagai pengatur kelembapan dan menyerap bau, maka memerlukan 8 kg untuk ruangan yang luasnya sekitar 10 hingga 13 meter persegi. c.
Serai Wangi Jadual 2.1: Spesifikasi serai wangi Sumber : http://ms.m.wikipedia.org/wiki/Serai_wangi Serai wangi Pengelasan Saintifik Alam
Plantae
Tiada Peringkat
Angiosperms
Tiada Peringkat
Monocots
Tiada Peringkat
Commelinids
Order
Poales
Famili
Poaceae
Genus
Cymbopogon Spreng.
Spesies
C. nardus
Nama binomial
Cymbopogonnardus (L.) Rendle
10
Serai wangi, nama saintifiknya Cymbopogon nardusatau ‘citronella’ merujuk kepada rajah 2.6 ialah tumbuhan famili rumput Poaceae, berasal dari kawasan tropika Asia. Serai wangi biasanya ditanam di kawasan rumah atau secara komersial untuk penghasilan minyak pati. Serai wangi juga dapat digunakan untuk menghalau serangga. Serai wangi
adalah
spesies serai perubatan
dalam
penjagaan
kesihatan.
Khasiat Serai Wangi tak terkira. Serai wangi ialah rumput saka yang tinggi dan berbau wangi. Purata saiznya ialah 60cm panjang x 2.5cm lebar. Daun serai wangi tirus dan hujungnya runcing. Daunnya berwarna hijau muda, kasar dengan urat yang selari dan mempunyai aroma yang lebih kuat jika dibandingkan dengan serai sayur. Serai wangi jarang berbunga dan hanya berbunga bila sudah cukup matang iaitu pada peringkat umur melebihi lapan bulan. Khasiat Serai Wangi Menambahkan aroma hidangan serta membantu meringankan keadaan keracunan makanan. Campuran dengan rempah ratus mempunyai khasiat bagi merawat kesihatan sistem dalaman badan. Membantu melawaskan dan melancarkan pembuangan air kecil. d.
Manfaat Serai Wangi i.
Membantu mengubati masalah sakit perut dan memecahkan gumpalan angin serta melepaskan angin melalui dubur (kentut) dan mulut (sendawa).dapat membantu mengimbangkan kestabilan hormon.
ii.
Campuran pada rempah ratus dijadikan pes bagi merawat bengkak-bengkak sendi dan otot.air rebusan daun serai (lebih baik jika dicampurkan dengan daun sirih dan gandarusa) digunakan bagi mandian ibu dalam pantang selepas bersalin dan untuk penyakit lemah otot dan sendi.
iii.
Menambahkan aroma hidangan serta membantu meringankan keadaan keracunan makanan.campuran dengan rempah ratus mempunyai khasiat bagi merawat kesihatan sistem dalaman badan.Membantu melawaskan dan melancarkan pembuangan air kecil.
iv.
Daun serai dan jintan hitam digiling menjadi pes dan ditampal di dahi untuk untuk melegakan sakit kepala seperti angin meroyan dalam pantang bersalin.
11
Rajah 2.6 : Serai Sumber : http://ms.m.wikipedia.org/wiki/Serai_wangi e.
Daun Pandan Pokok Pandan (Pandanus amaryllifolius) rujuk jadual 2.2 merupakan sejenis
pokok yang banyak kegunaannya bagi orang-orang India . Ia digunakan sebagai pewangi makanan seperti air sirap, dan dalam upacara tertentu seperti sebagai bunga rampai dalam istiadat perkahwinan Melayu. Di Malaysia, pokok pandan dibezakan antara pandan biasa dan pandan wangi. Pokok Pandan wangi adalah lebih kecil daunnya, tetapi berbau lebih wangi. Pokok Pandan merupakan sejenis tumbuhan tropika dalam keluarga genus Pandanus dan digunakan dengan meluas dalam masakan di Asia Tenggara. Ia adalah pokok hijau menegak dengan daun panjang halus seperti bilah berjambak dan akar berkayu. Pokok ini adalah mandul dan jarang berbunga, dan ia membiak melalui keratan. Pokok Pandan jarang terdapat secara meliar tetapi ditanam dengan meluas bagi perisa dalam masakan. Daunnya digunakan segar atau dikeringkan dan terdapat secara dagangan dalam bentuk beku di kedai runcit Asia di negara di mana pokok pandan tidak tumbuh. Ia memiliki bau botani berkacang yang meningkatkan perisa masakan Asia, terutama hidangan nasi dan kuih. Daun pandan kadang kala direndam dalam santan, yang kemudiannya ditambah dalam masakan. Ia boleh diikat dan dimasak bersama makanan. Ia juga boleh dianyam bentuk bakul yang digunakan sebagai bekas bagi memasak nasi. Ayam berbalut pandan, atau gai ob bai toey, adalah masakan Thailand dengan ayam
12
dibalut dengan daun pandan dan digoreng. Daun ini juga digunakan sebagai perasa bagi pencuci mulut seperti kek pandan. Ia dikenali sebagai pandan wangi di Indonesia dan lá dứa di Vietnam. Daun pandan memiliki ciri-ciri penyingkir lipas. Ciri-ciri bau pandan dihasilkan oleh sebatian bau 2-acetyl-1-pyrroline yang turut memberi bau roti putih, beras jasmine dan beras basmati, dan bunga roti (Vallaris glabra). f.
Manfaat Daun Pandan Pokok Pandan mempunyai pelbagai kegunaan terutama 'Daun Pandan'. Kehidupan
dan budaya kehidupan orang di Nusantara menjadikan pandan sebagai pewangi dalam hampir setiap kegunaan yang memerlukan pewangi. Inilah pewangi semula jadi yang mudah diperolehi di Nusantara. Sebahagian pengguna menjadikan wangian pandan sebagai pewangi dalam makanan, dan sudah pasti wangian atau perisa tersebut tidak mempunyai bahan berbahaya kerana ia diperolehi dari tumbuhan yang memang kita kenal. Sementara sebahagian lagi menggunakan wangian pandan sebagai pilihan pertama bagi mewangikan bahagian dalam kereta. Kegunaan pandan : i.
Air perahan daun boleh digunakan membuat kuih-kuih tradisional seperti kuih talam, ketayap (kuih gulung), cendol, seri muka, buah melaka, bingka atau bengkang kata orang utara.
ii.
Daun yang dilayur, boleh digunakan untuk membuat ketupat atau membalut ayam yang hendak di bakar.
iii.
Pewangi bedak sejuk.
iv.
Pewangi asli bunga rampai untuk pengantin atau ditanah perkuburan.
v.
Ubat pencegah lipas dengan mengambil beberapa helai daun yang segar, simpulkan dan letak dalam kabinet dapur.
13
vi.
Pewangi dalam kereta dengan menggunting beberapa helai daun muda, masukkan ke dalam bekas plastik. Ia mampu bertahan selama 2 minggu. Lepas 2 minggu bila dah kering tukarlah yang baru.
vii.
Lemah saraf boleh diubati dengan mengambil 3 helai daun muda, rebus bersama 3 gelas air ( biarkan hingga susut menjadi 2 gelas ). Tapis dan minum 2/3 kali sehari.
viii.
Buang angin dalam badan dengan mengambil segenggam pulut. Uli supaya menjadi butir-butir kecil. Tambah halia sebesar ibu jari. Masukkan 7 helai daun pandan muda. Masukkan 2 ketul gula melaka. rebus bersama 2 liter air. Tunggu sehingga ketulan pulut timbul di permukaan. Bila sejuk, tapis dan boleh minum. Amalkan 2/3 kali sehari.
ix.
Menghitamkan rambut: Potong kecil-kecil daun muda. Rebus sehingga airnya berwarna hijau. Embunkan semalaman. Pada keesokannya masukkan air perahan 3 biji buah mengkudu. Ramas rambut dengan air ini selama 10-15 minit. Lakukan 3/4 kali seminggu.
x.
Kelemumur: Ambil 7 helai daun muda. giling halus2 kalau tak boleh giling masukkan dalam blender dan blend bagi hancur. Campurkan 1 atau 2 cawan air. Ramas rambut selama 10-15 minit. Biarkan seketika. Kemudian basuh dengan air sekali lagi.
14
Jadual 2.2: Spesifikasi pandan wangi Sumber : Wikipedia (2003)
Pandan
Pengelasan saintifik Alam:
Tumbuhan
(tiada peringkat): Angiosperms (tiada peringkat): Monocots Order:
Pandanales
Famili:
Pandanaceae
Genus:
Pandanus
Spesies:
P. amaryllifolius Nama binomial Pandanus amaryllifolius Roxb.
15
g.
Sachet Sachet adalah kecil kain wangi beg dipenuhi dengan herba, bunga rampai, atau
bahan-bahan aromatik. Sachet juga beg berliang kecil atau paket yang mengandungi bahan bertujuan untuk berinteraksi dengan suasana; sebagai contoh desiccants biasanya dibungkus dalam sachet yang kemudiannya diletakkan di dalam pakej yang lebih besar. Sachet boleh ditakrifkan sebagai beg kecil yang lembut yang mengandungi barangan wangi atau berbau manis juga dikenali sebagai beg pendakian, beg bau, beg gula, beg sachet, sachet de Senteurs, sachet wangi-wangian, sachet potpourri, sachet wangi, minyak wangi kusyen, berbau kusyen, kusyen wangi, beg wangi. Sachet rujuk rajah 2.7 yang bersaiz kecil digunakan untuk meletakkan bahan pewangi semulajadi yang telah diracik/dipotong halus.
Rajah 2.7: Sachet Sumber : http://www.decopolisltd.com/?q=sachet-packaging
2.5
KAEDAH MENGURANGKAN BAU NAJIS KUCING DI RUMAH
a.
Menggantikan Pasir Kucing
Jenis pasir yang kita gunakan berperanan penting dalam mengawal bau. Peraturannya adalah satu bekas pasir per kucing di dalam rumah kucing. Kita juga boleh melakukan
16
ujian mengunakan jenama yang berbeza di bekas pasir yang berbeza, sehingga kita boleh menilai jenis dan jenama apa yang dapat mengurangkan bau busuk najis kucing. Pasir rujuk rajah 2.8 bentonite / gumpal seringkali dapat mengurangkan bau busuk dibandingkan dengan pasir organik. Banyak jenis pasir yang dibuat khusus untuk mengurangkan bau najis kucing, yang memasukkan baking soda, dan formula lainnya.
Rajah 2.8 : Pasir di dalam bekas b.
Menggunakan Pengharum Pasir
Jika pasir yang dipilih kucing tidak menawarkan pengawalan bau yang baik, kita boleh menggunakan pewangi pasir di dalam bentuk taburan atau semburan. Biasanya pengeluar pasir menggunakan baking soda kerana tidak mempunyai racun bagi kucing. c.
Pengharum Ruangan
Gunakan pengharum ruangan yang sesuai untuk kita, pakai di dalam ruangan dimana bekas pasir kucing diletakkan. Perlu diberi perhati kepada penggunaan pengharum ruangan supaya tidak mempunyai racun bagi kita dan si kucing. Biasanya pengharum ini di jual di kedai haiwan dan kedai kesihatan. d.
Meletakkan Bekas Pasir Pada Udara Yang Terbuka
Selain menaruh bekas pasir yang jauh dari lalu-lalang orang di rumah, bekas pasir juga harus diletakkan di tempat yang memiliki ventilasi/pengudaraan yang bagus. Menaruh bekas pasir di tempat ventilasi/pengudaraan yang minimum, dapat menambah masalah
17
bau di rumah kita. Jika kita memiliki lebih dari satu bekas pasir, maka kita boleh meletakkan bekas pasir di tempat yang berbeza, ini berguna untuk mengurangi bau dan memberikan pilihan bagi kucing untuk membuang najis. e.
Sentiasa Membersihkan Najis Kucing
Salah satu sebab kenapa bekas pasir sentiasa berbau adalah kerana bekas pasir yang digunakan sering di sorok dengan menyangka bekas pasir tidak berbau. Perkara yang perlu di lakukan adalah dengan membuang najis dengan segera. f.
Memakai penapis karbon
Memakai penapis karbon dapat mengurangi masalah bau najis. Penapis karbon ini berbentuk seperti lapisan yang nipis dan ditempatkan di bahagian bawah bekas pasir. Penapis karbon ini dapat diganti setiap tiga sampai empat minggu sekali. Biasanya terdapat di pasaraya dan kedai haiwan. g.
Gunakan Air Purifiers
Air purifiers rujuk rajah 2.9 tidak hanya meningkatkan kualiti udara di rumah kita, tetapi juga akan menghilangkan segala macam bau di rumah, termasuk bau yang berasal dari bekas pasir.
Rajah 2.9: Air purifier Sumber : http://vipforair.com/airpurifier
18
h.
Ganti Makanan Kucing
Perbezaan jenis dan jenama makanan akan mempengaruhi bau dan jumlah urin dan najis kucing kita. Sangat penting untuk memberi makanan yang terbaik untuk kucing kita.Beberapa jenis makanan kucing, seperti Royal Canin, Solid Gold, dan Blackwood sangat baik untuk kucing kita. Jenama makanan kucing yang murah dapat memberi kesan buruk bagi si kucing dalam masa jangka panjang. Pengambilan nutrisi yang baik dapat meningkatkan kesihatan kucing. Dalam jangka pendeknya, najis dan urin kucing juga menjadi lebih baik. i.
Rajin Mandikan Kucing
Kucing biasanya tidak memiliki bulu yang berbau, kerana ia sering membersihkan bulunya sendiri. Namun, jangkitan kulit kerana cendawan dan bakteri dapat menyebabkan bau yang tidak enak. Tanda-tanda kulit kucing terkena jangkitan biasanya disertai dengan bulu cabut, gatal-gatal, atau kulit tampak merah dan meradang. Jika sudah terkena jangkitan, maka harus segera bawa berjumpa dengan doktor haiwan. Oleh kerana kita perlu selalu memandikan kucing, seminggu sekali untuk bulu panjang dan 2 minggu sekali untuk bulu pendek. Gunakan shampoo yang sesuai untuk kucing kita.
2.6
ARUS TERUS Arus terus (DC, juga AT) merujuk kepada arus elektrik yang mengalir sehala.
Arus terus dihasilkan daripada pelbagai sumber seperti bateri, termo gandingan, sel suria serta dinamo jenis komutator. Di dalam arus terus, cas elektrik mengalir pada arah yang tetap, berbeza dengan arus ulang-alik (AC). Arus ulang-alik (AC atau AU) pula merupakan arus yang sentiasa berubah-ubah pengalirannya. Perubahan arah pengaliran arus disebabkan oleh perubahan kekutuban punca voltan yang selang-seli. Nilai arus akan meningkat dari sifar ke maksimum pada arah positif kemudian turun ke sifar manakala sebaliknya pula nilai arus menurun ke maksimum pada arah negatif pula dan
kembali ke sifar. Sumber bagi arus jenis ini ialah penjana yang
merupakan sebuah mesin yang menukarkan tenaga mekanik kepada tenaga elektrik.
19
Persamaan AC dan DC ialah boleh menghasilkan kesan pemanasan dan menghasilkan kesan magnet. Perbezaan AC dan DC boleh merujuk jadual 2.3. Jadual 2.3: Perbezaan AC dan DC AC
DC
Arus ulang-alik
Arus tetap
Arus sentiasa berubah
Arus adalah tetap
Diukur berdasarkan nilai p.m.k.d Diukur berdasarkan (punca min kuasa dua) mantapnya Voltan boleh transformer
2.7
diubah
nilai
oleh Voltan tidak boleh diubah oleh transformer
Boleh direktifikasi dengan diod
Tidak boleh direktifikasi dengan diod
Dibenarkan melalui kapasitor
Tidak dibenarkan kapasitor
melalui
SUSUNAN LITAR ELEKTRIK Komponen litar elektrik atau litar elektronik boleh disambungkan dalam pelbagai
cara. Kedua-dua ini dipanggil siri dan selari. Litar bersiri rujuk rajah 2.11 adalah apabila komponen-komponen litar disambung secara hujung ke hujung atau selari untuk membina satu lintasan lengkap. Hanya terdapat satu lintasan arus di dalam litar ini. Litar ini menjadi tidak lengkap jika satu daripada perintangnya rosak.
Rajah 2.10: Litar sesiri
20
Litar selari rujuk rajah 2.12 pula ialah apabila komponen litar disambung sebelahmenyebelah. Terdapat lebih daripada satu lintasan arus di dalam lirtar ini. Apabila salah satu daripada perintang rosak,bahagian lain pada litar masih lengkap. Perbezaan litar selari dan litar sesiri boleh merujuk jadual 2.4.
Rajah 2.11: Litar selari Sumber : http://www.slideshare.net/mobile/NorbieAbuBakar/liar-sri-dan-selari Jadual 2.4: Perbezaan litar selari dan litar sesiri Sumber: Slideshare (2014) Item
Litar bersiri
Litar selari
Arus
Arus mengalir melalui
Jumlah arus adalah
setiap perintang yang sama
bersamaan dengan hasil
IJ=I1=I2=I3
tambah arus bagi setiacabang lintasan IJ=I1+I2+I3
Voltan
Jumlah voltan adalah
Voltan setiap perintang
bersamaan dengan hasil
adalah sama
tambah voltan setiap perintang V=V1 +V2+V3
V=V1 =V2=V3
21
Rintangan
Jumlah rintangan adalah
Jumlah rintangan adalah
sama dengan hasil tambah
mengikut rumas berikut:
rintangan bagi setiap Perintang RJ=R1+R2+R3
1/RJ=1/R1+1/R2+1/R3
22
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN
3.1
PENGENALAN Metodologi merangkumi beberapa cara kerja adalah perancangan kerja yang
sistematik, membuat lakaran projek, pemilihan projek, rekabentuk projek, dan memastikan projek itu berjaya berfungsi dengan lancar serta baik. Langkah-langkah ini perlu di lakukan dengan penuh ketelitian agar dapat menghasilkan sesuatu projek yang bermutu dan berkualiti. Idea rekabentuk diambil setelah 3 rekabentuk dilakar dan rekabentuk terbaik telah dipilih untuk rekaan sebenar alat penyah bau najsi kucing. Rekabentuk dipilih bedasarkan saiz, berat, bahan yang akan digunakan serta rekabentuk komersial. Bab ini menerangkan tentang proses kerja alat penyah bau najis kucing. Segala aspek diterangkan seperti pemilihan bahan, kos bahan da sebagainya. Alat penyah bau najis kucing dihasilkan dengan menggunakan dua bekas terpakai dan satu salur mudah alih untuk mengeluarkan bau busuk memalui penanpis yang mempunyai bahan semulajadi serai wangi, daun pandan dan arang kayu.
23
3.2
CARTA ALIR
Mula
Penyataan Masalah
Kajian
Idea
Modifikasi YA
Penilaian
Tamat
Rajah 3.1: Carta alir proses rekabentuk alat penyah bau najis kucing