HHHC 9401 KEPIMPINAN DAN KERJA BERPASUKAN
Biodata Pelajar Nama
: NURHAZWANI BINTI DARUS
No. Matrik
: A144392
No. K/P / No. Passport
: 941202-07-5372
Fakulti
: FFAR
Kolej Kediaman
: KOLEJ TUN SYED NASIR
Tahun Pengajian
:2
Sesi Akademik
: 2013/2014
Emel
:
[email protected]
Nama Aktiviti/Projek
: GREEN LUNG CAPACITY BUILDING CAMP 2013/2014
Jawatan disandang
: EXCO PEMASARAN
Aktiviti/Projek Fakulti Kolej Kediaman Pusat/Persatuan Badan Beruniform
Tandakan (√)
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum w.b.t PENGENALAN Bagi menjayakan HC Kepimpinan dan Kerja Berpasukan, saya telah menyertai Program Green Lung Capacity Building Camp 2013/2014 anjuran Green Lung Team, Persatuan Mahasiswa Fakulti Farmasi (PMFFar), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Program ini dijalankan di kawasan perkhemahan Kem Lubok Manggis, Dusun Tua, Selangor. Program ini dijalankan bagi membina semangat jati diri dalam kalangan pelajar kerana kebanyakan aktiviti yang dijalankan berbentuk ekspedisi lasak seperti meredah halangan, explorasi kumpulan, ceramah mengenai tabiat merokok, dan aktiviti “water confident”. Aktiviti ini dijalankan pada 17 Mei 2014 selama satu hari bermula daripada jam 7.30 pagi bertolak ke kawasan perkhemahan sehingga 6.30 petang bertolak pulang ke kolej.
PERANCANGAN Dalam program Green Lung Capacity Building Camp 2013/2014, saya telah memegang jawatan sebagai Exco Pemasaran. Saya telah mempelajari banyak maklumat mengenai kepimpinan dan semangat kerja berpasukan dalam menjalankan tugas ini. Hal ini kerana, saya dan tiga orang lagi exco pemasaran perlu bersama-sama merancang cara untuk mendapatkan pendapatan bagi menampung segala perbelanjaan yang diperlukan bagi exco-exco lain. Jadi, sebagai exco pemasaran, langkah pertama yang saya mulakan adalah dengan menjual roti, kek dan kerepek di setiap kuliah Tahun 1 dan 2 Fakulti Farmasi. Manakala exco yang lain pula menjual roti, kek dan kerepek tersebut di kuliah fakulti lain seperti Fakulti Sains Kesihatan. Situasi ini berjaya mewujudkan nilai kerjasama antara saya dan exco lain. Nilai kepimpinan yang berjaya diterapkan daripada program apabila saya mampu menyumbangkan beberapa idea ketika perbincangan bersama ahli organisasi lain. Sebagai contoh, saya mencadangkan kepada exco pemasaran yang lain untuk membuat kutipan derma ikhlas daripada para pelajar Fakulti Farmasi bagi menyokong dan membantu program perkhemahan ini berjalan lancar. Seterusnya, memandangkan kami perlu mendapatkan stok roti dan kek daripada pembekal, secara tidak langsung hal ini dapat meningkat kemahiran komunikasi saya dengan orang luar dalam proses jual beli tersebut. Jadi, saya mengambil cara mudah untuk menghubungi pembekal dengan cara menelefon atau menghantar Sistem Pesanan Ringkas (SMS). Di samping itu, saya juga telah diamanahkan untuk menyimpan segala wang keuntungan daripada jualan roti, kek dan kerepek sebelum diserahkan kepada bendahari program ini. Hal ini amat menuntut sikap amanah, kejujuran dan bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas. Langkah seterusnya yang dirancang untuk mendapatkan pendapatan lebih, saya dan exco yang lain memohon peruntukan daripada pihak PMFFar dan Jabatan Perhubungan Pelajar (JPPel) melalui penghantaran kertas kerja program oleh setiausaha. Sepanjang perancangan program ini, kami akan menetapkan tarikh akhir bagi setiap aktiviti jualan yang supaya pengurusan masa lebih teratur. Sebagai contoh, saya perlu memastikan sebanyak 25 biji kek coklat dapat dihabiskan dalam masa seminggu kerana jumlah
keseluruhan keuntungan perlu dikira untuk diserahkan kepada bendahari terutamanya ketika semakin menghampiri tarikh sebenar kem ini. Akhir sekali, berkat kerjasama, kejujuran dan amanah setiap exco pemasaran, kami berjaya meraih sedikit keuntungan daripada jualan kecil-kecilan ini.
Ketika sesi mesyuarat bersama semua ahli organisasi. Dalam mesyuarat ini, nilai kepimpinan dan semangat kerja berpasukan dapat dipupuk oleh ahli organisasi.
Bukti resit pembelian daripada pembekal roti.
Antara roti yang dijual di bilik kuliah.
Poster yang disediakan oleh exco publisiti.
PELAKSANAAN Tugas sebagai exco pemasaran lebih tertumpu sepanjang tempoh perancangan, namun sewaktu hari pelaksanaan kem tersebut berlangsung, saya tetap membantu exco lain seperti exco program dan publisiti. Hal ini secara tidak langsung mewujudkan nilai kerjasama sebagai satu pasukan dalam kalangan pelajar bukan hanya dalam bidang akademik tetapi meliputi aktivitiaktiviti fakulti juga. Selain itu, hal ini juga menunjukkan nilai kematangan dan sikap profesional sebagai seorang pelajar kerana tidak mementingkan diri sendiri. Buktinya, walaupun saya ialah exco pemasaran namun saya membantu exco program dengan cara menjadi salah seorang “Person-in-charge” untuk permainan yang diberi nama “Cubalah Teka”. Seterusnya,semangat kerja berpasukan dalam kalangan ahli organisasi terserlah apabila saya dan ahli yang lain membantu exco publisiti dengan cara menukar gambar profil (DP) di Facebook dengan poster Green Lung Capacity Buiding Camp dengan harapan dapat menyebarluaskan publisiti program ini. Sepanjang pelaksanaan program, saya menyertai setiap aktiviti yang dibuat seperti aktiviti meredah halangan, water-confident, ceramah mengenai tabiat merokok, dan eksplorasi di mana saya terlibat sebagai “Person-in-charge”. Nilai tanggungjawab terhadap tugas dapat dibuktikan apabila saya cuba melaksanakan tanggungjawab sebagai “Person-in-charge” bagi permainan eksplorasi “Cubalah Teka” sebaik mungkin seperti yang dikehendaki oleh exco program. Saya juga memastikan setiap kumpulan explorasi tidak mengambil masa yang begitu lama untuk menyelesaikan permainan mudah seperti ini dengan cara saya memberi masa maksimum 5 minit. Hal ini kerana, saya ingin memastikan masa yang ditetapkan di dalam tentatif program dapat dipatuhi. Bagi aktiviti water-confident, ianya merupakan pengalaman pertama saya di mana melalui aktiviti ini banyak nilai dapat dijadikan pengajaran. Sebagai contoh, nilai yang dapat dipelajari ialah keberanian, nilai bantu-membantu antara satu sama lain untuk sampai ke
tengah sungai dan nilai setiakawan tanpa mengira bangsa. Hal ini kerana, ketika saya hampir tidak dapat bertahan untuk menguakkan tangan, saya dibantu oleh sahabat saya yang berbangsa Cina. Sebelum pulang, kami sempat beramah mesra dengan pemilik kem tersebut dan penduduk kampung yang menyediakan makanan katering untuk kami. Akhirnya, kami dapat pulang semula ke kolej mengikut masa yang ditetapkan. Walaupun letih, namun banyak pengalaman manis yang telah saya kecapi.
Gambar ini diambil ketika kami sedang melaksanakan aktiviti meredah halangan untuk menuruni bukit kecil. Setiap langkah harus berhati-hati dan berwaspada.
Gambar ini diambil sewaktu kami selesai mendengar taklimat mengenai langkah-langkah keselamatan sebelum aktiviti water confident bermula.
Ketika aktiviti water-confident dijalankan.
Stesen explorasi “ Cubalah Teka” yang dikendalikan oleh saya dan seorang lagi exco pemasaran.
Aktiviti permainan santai yang disertai oleh semua organisasi program dan para peserta di akhir program. Aktiviti ini memerlukan kerjasama daripada semua pemain untuk meraih kemenangan.
Ketika sesi penutup program, pihak Green Lung Team memberikan penghargaan kepada Encik Mat yang menjadi jurulatih sepanjang kem berlangsung.
Semua ahli organisasi dan peserta yang terlibat untuk kem ini.
Ketika sesi “post-mortem” program bersama Dr. Nur Akmar Taha.
KESIMPULAN Sebagai konklusinya, program Green Lung Capacity Building Camp 2013/2014 telah memberi banyak pengalaman baru kepada saya kerana sewaktu menyertai program ini saya masih lagi bergelar pelajar Tahun 1 yang memerlukan banyak tunjuk ajar dan nasihat daripada seniorsenior. Alhamdulillah, berkat kesungguhan untuk menjalankan tanggungjawab sebagai exco pemasaran saya dapat mempraktikkan pelbagai nilai murni. Sebagai contoh, saya mengamalkan nilai amanah dan integriti atau kejujuran sepanjang perancangan dan pelaksanaan program perkhemahan ini. Selain itu, saya juga dapat mempraktikkan nilai kepimpinan dan semangat kerja berpasukan bersama-sama rakan sekuliah dan juga senior tanpa mengira bangsa dan agama. Memandangkan setiap aktiviti di dalam program ini memerlukan semangat kerja berpasukan bagi mencapai kejayaan, secara tidak langsung saya juga dapat mengamalkan etika yang baik dan bersikap lebih profesional ketika berinteraksi bersama ahli organisasi yang lain. Sikap profesional ini jelas terserlah apabila setiap keputusan yang ingin dibuat perlu dipersetujui bersama ahli organisasi yang lain. Walaupun saya tidak memegang jawatan sebagai pengarah program, namun nilai kepimpinan dapat dipraktikkan ketika perbincangan bersama tiga orang lagi exco pemasaran di mana saya telah berjaya untuk berlapang dada dalam menerima setiap cadangan yang lebih baik daripada exco-exco lain. Hal ini kerana untuk menjadi pemimpin yang baik kita perlu menerima setiap pendapat orang lain agar sesuatu perkara dapat diselesaikan dengan lebih efektif dan cemerlang. Secara ringkasnya, dengan menyertai program perkhemahan anjuran Green Lung Team ini, saya telah berjaya melengkapkan dan memenuhi kursus HHHC9601 Kepimpinan dan Kerja Berpasukan.
SENARAI NAMA PESERTA NO. 1.
NAME
NO. MATRIK A131969
FAKULTI/TAHU N FFAR/4
KEHADIRAN
A140284
FFAR/2
/
2.
MARK NAVIN A/L BALIAH PHILEMOM SONIA YAP YUNG HWEI
3.
CHO TONG TZE
A140193
FFAR/2
/
4.
CHEONG JIA LI
A140239
FFAR/2
/
5.
NURUL SHUHADA BINTI HAMIDON KOK WEIHONG TAN YEN YEN
A140216
FFAR/2
/
A140255 A139865
FFAR/2 FFAR/2
/
A139454
FFAR/2
/
9.
TENGKU NUR EQHWANA BINTI KU JAYA NAZIAH BINTI CHAINI
A139758
FFAR/2
/
10.
SET LI YAN
A140186
FFAR/2
/
11.
A139689
FFAR/2
/
12.
AIN FARAHANIM MAISARAH BINTI MOKHTAR MADIHA LIYANA BINTI FADZIL
A140211
FFAR/2
/
13.
NOR RULHUDA
A139502
FFAR/2
/
14.
A139570
FFAR/2
/
15.
NUR IZZAH SAHIRA BINTI MOHD ARPI NUR HAKIMAH BINTI ISMADI
A144421
FFAR/1
/
16.
FELICIA LOH EE LIN
A144398
FFAR/1
/
17.
LIM PEI YEN
A146941
FFAR/1
/
18.
YEOH ZHI YING
A146934
FFAR/1
/
19.
YEW KAR MENG
A144417
FFAR/1
/
20.
ADELINE LAU SHI YING
A144411
FFAR/1
/
21.
KHAW KHER KEE
A146942
FFAR/1
/
22.
LEE KHAI HEN
A144516
FFAR/1
/
6. 7. 8.
/
23.
CHIN ZI YING
A144410
FFAR/1
/
24.
NORHANISAH BINTI ABDUL MANAF JANSEN NG KAR WENG
A144414
FFAR/1
/
A146940
FFAR/1
/
A144389
FFAR/1
/
27.
JASMIN JAILANI BINTI ANVERDEEN NG LI YING
A144399
FFAR/1
/
28.
TAN ZHI CHAO
A144407
FFAR/1
/
29.
NUR SYAFIQAH BINTI MOIDEEN
A144420
FFAR/1
/
30.
A144380
FFAR/1
/
A144438
FFAR/1
/
A144439
FFAR/1
/
A144433
FFAR/1
/
34.
TUAN NUR SYAFIQAH BINTI TUAN MOHAMAD NOR IZZATI BINTI BAHARUDDIN NUR HAYATUN SYAMILA BINTI MUHAMAD NAJIB NUR FARHAH BINTI SAMSUDDIN DASHANI A/P SUKUMARAN
A144394
FFAR/1
/
35.
NUR MAZWIN BINTI MOHAMED
A144428
FFAR/1
/
36.
NURHAZWANI BINTI DARUS
A144392
FFAR/1
/
37.
SYAHIRA BINTI SABAR
A144381
FFAR/1
/
38.
AIMI DIYANA BINTI IZUDDIN
A143707
FFAR/1
/
39.
NOR LIYANA IZZATI BINTI HAMIL LEE SIN YEE
A144434
FFAR/1
/
A144401
FFAR/1
/
A145462
FFAR/1
/
42.
NURUL ASYIRAH BINTI MOHD SAUTI SAGUNA A/P MARIAYEE
A144396
FFAR/1
/
43.
ADIBAH BINTI ADNAN
A144405
FFAR/1
/
44.
NURUNNAJIHA BINTI SOLAHUDIN
A140114
FFAR/2
/
25. 26.
31. 32. 33.
40. 41.
45. 46. 47. 48.
PUTERI ANNISA NOHWA BINTI MEGAT ISKANDAR SHAKTYPREYA A/P NADARAJAH NORAMIRA SUHADA BINTI ABDUL RAHMAN NURUL HANIS BINTI SAMSUDDIN
A140042
FFAR/2
/
A146797
BIOMED/1
/
A144429
FFAR/1
/
A144376
FFAR/1
/