LAPORAN AKHIR KEMAHIRAN NILAI,SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME HHHC9401 Set 5 Sesi 2 2013/2014
NAMA PELAJAR
: YASMIN BINTI YAHAYA
NO MATRIK
: A 145082
JAWATAN
: KETUA PENGANGKUTAN DAN LOGISTIK
NO. KELULUSAN PROJEK
: DN00822/2013
NAMA PROGRAM
: PESAN ABANG DAN KAKAKA KEPADA ADIK (PAKKA)
TARIKH MULA MERANCANG : 21 NOVEMBER 2013 TARIKH PROGRAM
: 4-6 APRIL 2014
TEMPAT PROGRAM
: SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ABU BAKAR AL-BAQIR, BAGAN SERAI, PERAK
ANJURAN
: BIRO AKADEMIK DAN INOVASI KOLEJ RAHIM KAJAI, UKM
1.0 Pengenalan Saya telah menyertai Program Pesan Abang dan Kakak kepada Adik di bawah kelolaan Kolej Rahim Kajai. Program ini merupakan program tahunan di bawah biro akademik dan inovasi Kolej Rahim Kajai. Antara objektif program PAKKA adalah mengeratkan hubungan silaturahim antara ahli-ahli biro akademik inovasi dengan peserta PAKKA. Selain itu, program ini juga berbentuk perkongsian idea dan pengalaman dengan adik-adik angkat yang terlibat supaya ia dapat meningkatkan motivasi para pelajar untuk memasang angan-angan sebagai pelajar universiti. Pelbagai pengalaman dan pengajaran yang saya perolehi sepanjang menjalani dan terlibat secara langsung dalam program ini. Disamping itu, saya juga dapat memahirkan diri saya dengan kemahiran nilai-nilai murni, sikap yang berkhemah, etika berkomunikasi dan berpakaian serta meningkatkan profesionalisme dalam diri.
2.0 Nilai Sepanjang mengikuti program PAKKA ini saya telah berjaya menerapkan banyak nilai-nilai murni dalam diri. Antaranya ialah nilai kerjasama antara ahli-ahli PAKKA. Hal ini dapat dilihat dari awal pelaksanaan program dengan kami mengamalkan nilai kerjasama dalam melakukan mesyuarat. Saya memberikan kerjasama dengan menghadiri mesyuarat yang diadakan supaya saya dapat mengikuti setiap perkembangan program yang akan dijalankan. Selain itu, semasa mengadakan mesyuarat saya memberanikan diri untuk menyuarakan pendapat bagi menunjukkan kerjasama dari segi memberi pendapat sebelum program bermula. Kerjasama antara ahli kumpulan juga dapat dilihat sepanjang PAKKA berlangsung. Kami saling memberi kerjasama dari segi masa, pembahagian tugas, menjadi fasilitator kepada adik-adik sekolah tersebut dan banyak lagi. Selain itu, saya juga mengamalkan sikap amanah dalam diri. Ketua pengarah telah mencadangkan setiap seorang ahli PAKKA mencari satu atau beberapa syarikat untuk memohon sumbangan dana. Oleh itu, kami perlu cuba untuk mencari mana-mana syarikat untuk memohon dana. Saya bersikap amanah dengan memohon dana daripada Ramly Food Processing. Saya mengambil langkah pertama dengan menelefon syarikat tersebut dan menfakskan surat-surat yang berkaitan dengan program PAKKA. Antara contoh-contoh surat yang dihantar ialah surat permohonan dana, surat pelepasan cukai, pakej sumbangan, kertas kerja program dan surat kelulusan program. Saya juga bersikap amanah dalam menjalankan tugas sebagai ketua post pengangkutan dan logistik. Saya dan ahli jawatankuasa di bawah saya iaitu post logistik bersama-sama melakukan perancangan LDK yang telah dipertanggungjawabkan kepada kami. Kami melakukan perbincangan dengan melakukan perjumpaan dan melalui facebook. Saya juga menerapkan nilai tolong-menolong dalam diri. Kami mengadakan jualan cucukcucuk dan ice blended sebelum program dijalankan. Hal ini nertujuan untuk mengumpul dana bagi menampung kos perbelanjaan yang diperlukan. Sikap tolong-menolong dapat dipupuk
melalui persiapan untuk menyediakan bahan-bahan, menggoreng dan menjual dari bilik ke bilik. Ahli-ahli PAKKA juga juga telah dibahagikan tugas mengikut hari jualan yang diadakan. Selain itu, saya juga membantu AJK cenderamata untuk membalut hamper dan hadiah yang akan dibawa dan diberikan kepada adik-adik angkat. Hal ini akan kerja gotong-royong yang boleh mengeratkan lagi hubungan sesama ahli PAKKA dan semangat ini boleh diabwa semasa program berlangsung. Hal ini boleh mengelakkan timbulnya salah faham antara ahli dan mewujudkan satu pasukan kerja yang baik yang boleh dijadikan contoh kepada adik-adik angkat di Sekolah Menengah Kebangsaan Abu Bakar Al –Baqir.
3.0 Etika Sepanjang program PAKKA dijalankan, saya telah mengamalkan etika ketika bermesyuarat antara ahli-ahli PAKKA dan bersama ahli-ahli jawatankuasa post pengangkutan dan logistik. Saya juga menghadiri setiap kali mesyuarat diadakan untuk mengetahui kelancaran program. Saya juga bertanggungjawab dalam mengingatkan ank-anak buah saya supaya hadir setiap kali mesyuarat. Etika bermesyuarat lagi terserlah apabila saya berjaya menepati waktu tanpa sebarang kelewatan setiap kali mesyuarat diadakan. Saya juga akan membawa buku catatan bersama-sama ketika menghadiri mesyuarat dan peka terhadap agenda yang dikemukakan dan dibawa dalam mesyuarat. Saya juga mengamalkan etika mesyuarat dengan menghormati setiap cadangan dan ulasan yang diberi oleh ahli-ahli jawatankuasa lain ketika mesyuarat dijalankan. Sekiranya saya ingin membantah cadangan yang diberikan oleh pihak lain, saya akan memberitahu serta memberikan alasan yang munasabah. Dalam pada itu juga, sekiranya saya ingin keluar awal dari tempat mesyuarat atas sebab tertentu, saya akan meminta kebenran dan memaklumkan perkara tersebut kepada ketua pengarah terlebih dahulu. Selain itu, saya juga mengamalkan etika berpakaian yang kemas dan sopan semasa menjalankan ‘street marketing’ untuk memohon sumbangan dana di luar kawasan UKM. Kami menjalankan ‘street marketing’ di Jalan Tunku Abdul Rahman. Saya memakai pakaikan yang kemas dan sopan serta memakai kad matrik dengan membawa nama baik UKM dan Kolej Rahim Kajai. Etika berpakaian seseorang sangat penting kerana ia juga melambangkan identiti serta imej yang di bawa oleh seseorang khususnya mahasiswa universiti. Disamping itu, saya juga mengamalkan etika dalam berkomunikasi dengan orang ramai dan peniaga yang ditemui sepanjang menjalankan ‘street marketing’. Saya memulakan perbualan dengan ucapan salam, memperkenalkan diri serta memberitahu tentang tujuan saya menjalankan street marketing. Saya juga menggunakan ayat dan bahasa yang sopan kerana ia akan membuatkan orang senang dengan kehadiran saya dan memberi perhatian terhadap apa yang ingin disampaikan. Semasa menjalankan aktiviti ini saya berjumpa dengan ramai orang yang juga mempunyai pelbagai ragam. Oleh itu, saya harus bijak dalam berdepan dengan perkara tersebut.
4.0 Profesionalisme Profesionalisme saya sebagai ketua post dapat dilihat melalui gerak kerja yang saya lakukan sepanjang program dari awal hingga tamat program PAKKA. Sebagai ketua post pengangkutan dan logistik, saya bertanggungjawab dalam memastikan kenderaan yang akan digunakan sepanjang program suapaya program akan berjalan lancar. Dalam menunjukkan profesionalisme, saya cekap dalam membuat tugas perantaraan iaitu perantaraan antara pemandu bas dengan ketua pengarah. Ketua pengarah telah mengarahkan saya untuk berurusan dengan unit kenderaan UKM untuk mendapatkan kenderaan yang akan membawa kami ke Sekolah Menengah Kebangsaan Abu Bakar Al-Baqir dan sepanjang program PAKKA dijalankan. Kedua, saya profesionalisme ketika berurusan dengan pegawai di unit kenderaan UKM. Saya berjumpa dan menerangkan kepada pegawai unit kenderaan tersebut berkenaan perancangan dan pelaksanaan program yang bakal dijalankan. Bagi membuktikan tahap profesionalisme tersebut, saya telah menyediakan surat pemakluman berkenaan masa yang tepat untuk rujukan pemandu bas. Secara tidak langsung perkara ini juga dapat membantu dan memudahkan semua AJK post pengankutan dan logistik serta pemandu bas. Saya juga professionalisme dalam waktu-waktu tertentu seperti bas lewat sampai di kolej Rahim Kajai dan semasa LDK post saya dijalankan. Sebagai contoh, bagi mengelakkan sebarang kelewatan dari pihak bas, saya akan mengingatkan pemandu bas tentang jadual perjalanan yang telah dirancang. Dalam hal ini, pemandu bas akan lebih peka dan waspada dengan masa yang telah ditetapkan. Dari segi LDK pula, saya bersama anak-anak buah membuat “backup plan’ untuk persediaan sekiranya terjadi benda-benda di luar jangkaan.
5.0 Kesimpulan Kesimpulannya, pelbagai pengalaman berharga yang saya perolehi sepanjang mengikuti program PAKKA ini iaitu dari awal,semasa dan selesai program. Selain itu, program ini juga memberikan saya pengajaran yang boleh saya aplikasikan dalam menempuh hari mendatang selepas saya bergraduasi kelak. Di samping itu, saya dapat memantapkan kemahiran insaniah yang saya pelajari terutamanya dalam kemahiran nilai, sikap, etka dan profesionalisme. Hal ini dapat memberikan pengajaran kepada saya dalam menonjolkan diri dan melakukan tugasan dengan baik. Saya juga berharap program PAKKA dan seumpamanya diteruskan untuk memberi peluang dan pengalaman yang menarik kepada mahasiswa untuk menjadi fasilitator. Melalui program ini, diharapkan juga para peserta atau adik-adik angkat yang terlibat memanfaatkan ilmu dan pengajaran yang telah diberikan dengan sebaiknya.