B U L E T I N
Penutupan Penutupan KPTN KPTN 2017 2017 Zon Zon Tengah Tengah Tampil Tampil Kelainan Kelainan Nilai, 25 Mac – Majlis Perasmian Penutupan Karnival Pendidikan Tinggi Negara (KPTN) 2017 Zon Tengah yang berlangsung di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Nilai menampilkan kelainan dengan persembahan nyanyian tanpa suara oleh kumpulan Saf AlIsharah, Kelab Sahabat Faqeh USIM. Naib Canselor, Prof. Dato’ Dr. Musa Ahmad berkata dalam ucapannya, “Uniknya KPTN Zon Tengah di USIM pada kali ini adalah kita meraikan golongan istimewa seperti yang kita telah lihat sebentar tadi iaitu persembahan tanpa suara serta perkongsian daripada saudara Muhammad Hadi Darus, pelajar tahun dua Sarjana Muda Syariah dan Undang-Undang.
“USIM sememangnya tekad dalam melahirkan mahasiswa yang mampu memimpin dan mendidik golongan istimewa ini melalui program-program yang USIM tawarkan seperti Kursus Aplikasi Braille dalam Pengajian Quran dan Sunnah yang mana kursus ini adalah kursus Wajib Fakulti bagi pelajar Fakulti Pengajian Quran & Sunnah,” tambahnya lagi. Majlis perasmian penutupan tersebut disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi, YB Dato’ Dr. Mary Yap Kain Ching. “Masyarakat perlu yakin dengan kebolehan IPT di Malaysia yang setaraf malah lebih baik dari IPT luar negara.
“Ini telah terbukti dengan kejayaan lima IPT awam dan swasta yang mendapat kedudukan terbaik dunia, top 50 untuk sebelas subjek terbaik, manakala 52 subjek yang ditawarkan oleh tujuh IPT terpilih berada dalam kedudukan 100 subjek terbaik dunia,” katanya. Acara perasmian dilancarkan oleh Mary, diiringi Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), YBhg. Datuk Nik Ali Mat Yunus, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KPT, YBhg. Dato’ Kamel Mohamad, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, YBhg. Datin Paduka Ir. Dr. Siti Hamisah Tapsir, Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti dan Naib Canselor USIM, Prof. Dato’ Dr. Musa Ahmad.
Aluan Naib Canselor
USIM Penutup KPTN 2017 Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh
Jawatan kuasa Induk PENASIHAT Prof. Dato’ Dr. Zulkiple Abd Ghani PENASIHAT II En. Muhammad Haizuan Rozali PENGERUSI En. Hammad Farhi Saudi TIMBALAN PENGERUSI En. Nur Ekmal Buhary SETIAUSAHA En. Mohd Syaifool Eidzzwan A. Halim Pn. Mazlina Mohamed Tamjid PAMERAN En. Marwan Tahir En. Musnorazlan Mustafa SOARING UPWARDS En. Mohd Shahrul Nizam Mohamed Shamsuddin En. Faizudin Ahmad JEMPUTAN Pn. Nur Aida Ab Rahman YM Tunku Nazruddin Tunku Yahya SEMINAR Pn. Masni Hashim En. Mohd Hakimi Md Yaman HADIAH DAN CENDERAMATA Pn. Mazura Mohd Noor SAMBUTAN DAN PROTOKOL En. Mohd Asri Hj. Husain PERSEMBAHAN En. Ismail Ahmed
Salam Sejahtera, Salam 1Malaysia dan Salam Integrasi Naqli dan Aqli
ATUR CARA En. Md. Ishah Rahman
Selamat Datang ke USIM!!
JAMUAN Pn. Norlizawaty Tumin
Alhamdulillah, pada tahun ini USIM diberi tanggungjawab menjadi Tuan Rumah bagi Karnival Pendidikan Tinggi Negara (KPTN) 2017 bagi Zon Tengah. Saya mewakili warga USIM mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) kerana ini merupakan satu penghormatan dan kepercayaan kepada USIM bagi menganjurkan karnival berskala besar ini yang mana dapat mengeratkan lagi hubungan yang telah sedia terjalin.
KEWANGAN Pn. Zuraida Zakaria TEKS UCAPAN En. Saifullah Zulkapli URUS SETIA PELAJAR En. Mohd Fazhiruddin Kamaruddin KESELAMATAN Kapt. (B) Abdul Wahab Mat Zin
Sebagai penutup KPTN bagi edisi 2017, semestinya USIM akan memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pengunjung yang hadir ke KPTN 2017. Selain penyertaan reruai-reruai pempamer dari kalangan Universiti Awam (Institut Pengajian Tinggi) dan Institut Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS), USIM turut menyediakan pelbagai aktiviti menarik sepanjang dua hari KPTN 2017 ini berlangsung. Antara yang mencuri tumpuan adalah Taklimat dan Seminar Kerjaya, pembukaan Kaunter UPU Online, Pameran Pendidikan dan Produk Penyelidikan dan berbagai-bagai lagi. Selain itu, gerai jualan dan food truck turut disediakan bagi kemudahan pengunjung karnival ini. Para pengunjung dialu-alukan untuk melawat dan mendapatkan maklumat dari UA dan agensi-agensi kerajaan di lebih 150 reruai-reruai yang disediakan.
PENGANGKUTAN En. Hazrul Fareeza Harun MULTIMEDIA En. Mohd Saiful Abdul Samad PERUBATAN DAN KECEMASAN Dr. Nik Mohd Shafikudin Md Taujuddin
Bagi pelajar-pelajar yang baru sahaja mendapat keputusan SPM baru-baru ini, tentu sedang mencari-mencari maklumat UA yang sesuai dengan keputusan yang diterima. Untuk makluman, USIM menawarkan lima program peringkat Tamhidi (Matrikulasi) iaitu Perakaunan dan Muamalat, Pergigian, Perubatan, Syariah dan Undang-undang dan Sains dan Teknologi. Manakala di peringkat Sarjana Muda pula, USIM menawarkan 26 program pengajian dari sembilan fakulti di USIM. Fakulti-fakulti tersebut adalah Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah (FPQS), Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP), Fakulti Syariah dan Undang-Undang (FSU), Fakulti Ekonomi dan Muamalat (FEM), Fakulti Sains dan Teknologi (FST), Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK), Fakulti Pergigian (FPg), Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU) dan Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina (FKAB). Di peringkat Sarjana pula, USIM menawarkan 22 program pengajian dan 11 program di peringkat Doktor Falsafah. Selain itu, USIM turut menawarkan program Pembelajaran Sepanjang Hayat yang mengandungi enam program dari pelbagai bidang seperti Qiraat, Tajwid dan Ulum Quran serta beberapa program lagi.
PENGINAPAN DAN LOGISTIK En. Shamsurul Akmar Mansor PENERBITAN BULETIN Pn. Khairunnajwa Mohd Tahet GIMIK DAN TUGAS-TUGAS KHAS En. Syafful Annuar Sarani
USIM adalah UA yang unik kerana kerana menawarkan program pengajian double major dalam pelbagai bidang dan mengintegrasikan ilmu Naqli dan Aqli. USIM juga merupakan satu-satunya UA yang menawarkan semua program pengajiannya berteraskan pendidikan Islam iaitu sebagai usaha pengembalian zaman kegemilangan ilmuan Islam. Program pengajian diolah untuk melahirkan graduan yang memenuhi keperluan pelbagai industri, luas ilmu pengetahuan, menguasai bahasa Arab dan Inggeris serta mantap dengan ciri-ciri kemahiran insaniah. Semua ini boleh dicapai dengan sokongan tenaga pengajar tempatan dan antarabangsa yang ada di USIM serta sokongan Pusat-Pusat Kecemerlangan seperti Institut Pengurusan Harta dan Kewangan Islam (IFWMI), Pusat Penyelidikan Dalam Penyalahgunaan Dadah Asia (ACREDA), Institut Sains Islam (ISI), Institut Pengurusan dan Penyelidkan Fatwa Sedunia (INFAD) dan Institut Penyelidikan dan Pengurusan Halal (IHRAM).
KEUSAHAWANAN Pn. Siti Norfaza Abd Halit
PERSIAPAN FIZIKAL DAN TEKNIKAL Hj. Mazlan Nawang
PAMERAN DALAMAN DAN PROGRAM IRINGAN Pn. Wan Fauriah Wan Samad En. Mazilan Rambli
PROMOSI DAN PUBLISITI En. Mohd Zaini Othman
ICT Pn. Thuraiya Budah@Udah
Sidang Editorial Buletin
.Pn
KETUA Pn. Khairunnajwa Mohd Tahet EDITOR Cik Nur Amirah Ariffin Cik Dhuratulain Maulan Cik Nabilah Mohd Pauzi
Cik Norzaliah Razali En. Nur Adnin Abdul Razak En. Mohd Khafizzuddin Azman PEREKA GRAFIK En. Mohd Amirul Mohamad Ghazali
Semoga karnival ini memberi manfaat dan maklumat yang diperlukan oleh pengunjung khususnya pelajar-pelajar yang baru sahaja mendapat keputusan SPM selain pelajar-pelajar lepasan STPM/setaraf dan membuat pilihan yang tepat kerana karnival ini menyediakan berbagai-bagai maklumat secara terus kepada pelajar untuk melanjutkan pengajian ke peringkat tertinggi. Sekian, terima kasih. Profesor Dato’ Dr. Musa Ahmad Naib Canselor Universiti Sains Islam Malaysia
Sekitar KPTN 2017
UR ZON TIM B 2017
11-12 FE
I ZON MIN 2017
18-19 FEB
AEON MALL, KOTA BHARU
UniMAP, PERLIS
Sekitar K
N A T A L E S ZON 17 20 25-26 FEB
RA A T U N O Z 2017
4-5 MAC
UTHM, BATU PAHAT JOHOR
USM, PULAU PINANG
PTN 2017
AH ZON SACB 2017
11-12 MA
AWAK ZON SAR C 2017 18-19 MA
ONE BORNEO HYPER MALL, KOTA KINABALU
CITY ONE MEGAMALL, KUCHING
Sekitar KPTN 2017
AH G N E T N O Z C 2017
25-26 MA
USIM, NEGERI SEMBILAN
Team Malaysia Jelajah Kampus
Produk Seni USIM Patuh Syariah
Para pengunjung juga boleh mendaftar sebagai penyokong di kaunter pendaftaran yang dibuka sebagai tanda sokongan kepada atlet yang bakal bertanding Ogos ini.
Salah satu tarikan utama di Karnival Pendidikan Tinggi Negara (KPTN) adalah pameran Team Malaysia yang menawarkan pelbagai aktiviti menarik. Antara aktiviti yang diadakan adalah ‘Challenge Azizul’, Play Station Visual Reality (PSVR), dan juga permainan dart di samping menawarkan promosi separuh harga bagi jersi Team Malaysia. “Booth ini dibuka bagi menarik minat para pengunjung tentang sukan dan supaya mereka cakna dengan Sukan Sea yang bakal diadakan tahun ini” kata Eksekutif Pengurusan Acara, Team Malaysia, Alya Khalid.
Program Jelajah Kampus, Team Malaysia sedang menjelajah ke 36 universiti awam dan swasta di seluruh Malaysia bagi mempromosi Sukan Sea 2017 yang bakal berlangsung pada 19 Ogos 2017 sehingga 31 Ogos 2017. Sempena Karnival Pendidikan Tinggi Negara, Universiti Sains Islam Malaysia menjadi universiti ke 12 sejak jejalah ini dijalankan bagi mempromosi Sukan Sea 2017 dijalankan. Tujuan utama pameran ini dibuka untuk mewar-warkan Sukan Sea 2017 kepada para pengunjung. Pada tahun ini, Malaysia menjadi tuan rumah bagi Sukan Sea kali ke 29.
Produk Seni Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang dipamerkan di Karnival Pendidikan Tinggi Negara (KPTN) Zon Tengah menampilkan produk patuh syariah seperti Poket Pantun, Selawat Kontemporari, Tarannum Al-Fatihah, Komik Apojolah dan karya seni khat. Pegawai Kanan Pusat Kebudayaan, Rozihani Mohamad berkata “album Selawat Kontemporari, misalnya memuatkan tujuh buah lagu yang dinyanyikan oleh Cover Nation serta album tarannum Al-Fatihah yang dialunkan oleh alumni USIM sendiri Mohamad Husaini Mahmur iaitu Ikon Seni USIM”. Antara jenis tarannum yang dipersembahkan adalah bayati, hijaz, nahwan dan sebagainya.
Selain itu, Poket Pantun misalnya, merupakan hasil nukilan Fedtri Yahya dan Siso Kopratasa yang merupakan kompilasi pantun-pantun yang sesuai digunakan untuk majlismajlis rasmi. Tambah beliau pula selain patuh syariah, kesemua produk seni USIM dirakam di studio USIM sendiri. Komik Apojolah hasil kelab Seni Lukis serta karya seni khat karya kelab Seni Khat turut dipamerkan di gerai ini dan pengunjung yang hadir dapat membuat tempahan karya khat. Pusat Kebudayaan USIM merupakan pusat yang paling aktif dalam menyelia aktiviti pelajar dan antara kelab-kelab yang bernaung dibawahnya ialah Fansuri bagi seni tari, Ejen Berita, Kumpulan Penyair Nasional (KUPAS).
KPTN Zon Tengah Meriah Karnival Pendidikan Tinggi Negara bagi zon tengah (KPTN) 2017 menepati sasaran apabila mendapat sambutan hangat daripada lebih kurang 30, 000 ribu pengunjung yang menghadiri karnival tersebut. Karnival itu berlangsung di perkarangan Dewan Tuanku Canselor, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nilai, Negeri Sembilan bagi zon tengah. Karnival di USIM kali ini lebih bermakna kerana merupakan acara kemuncak bagi jelajah KPTN 2017 dan majlis penutup dirasmikan oleh Timbalan Menteri Kementerian Pendidikan Tinggi, Datuk Dr. Mary Yap Kain Ching. Sebanyak 150 reruai pameran disediakan yang meliputi reruai pameran pendidikan daripada universiti awam, kolej swasta, politeknik dan institut kemahiran awam dan kolej komuniti. Selain itu, pusat pembiaya pendidikan seperti Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN), Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Majlis Amanah Rakyat (MARA) turut menyertai karnival ini. “Karnival seumpama ini merupakan satu pendedahan yang sangat baik bagi pelajar khususnya lepasan SPM/setaraf dan STPM/ setaraf kerana mereka boleh target hala tuju selepas ini untuk menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi,” kata salah seorang pengunjung, Puan Rosita Kamarulzaman yang juga merupakan kaunselor Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Besar Tampin.
Selain itu, seorang pelajar, Ninasuraya Zulkafli dari Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Shahardin, Labu berkata melalui karnival ini, beliau dapat mengetahui dengan lebih mendalam tentang kursus untuk dipilih apabila menyambung pengajian serta dapat membuat pilihan menurut minat sendiri setelah dapat pencerahan daripada wakil-wakil universiti yang ditemui. Karnival kali ini turut menampilkan gerai usahawan siswa USIM serta gerai-gerai jualan dan ‘food truck’ yang menjual pelbagai jenis makanan dan minuman. Di samping itu, Sea Games 2017- KL2017 Campus Tour turut membuka gerai pameran bagi menarik minat pelajar mendaftarkan diri dalam Team Support Malaysia serta pameran dan pemeriksaan kesihatan percuma turut diadakan. Lebih istimewa, karnival kali ini turut menampilkan persembahan istimewa daripada Caliph Buskers, USIM Buskers dan Siti Nordiana serta kemunculan istimewa Didi and Friends yang menarik minat kanak-kanak.
Fakta Ringkas USIM
Maklum Balas Pengunjung
Nurul Syuhada Che Din
Nina Suraya Zulkafli
Fadzilah binti Teh
Logeswary A/P Ten Maniyam
“Program sebegini membantu saya dalam membuat keputusan terbaik dalam memilih universiti dan kursus yang ditawarkan bersesuaian dengan minat saya dalam bidang perubatan”.
“Melalui program ini saya dapat mengetahui tentang pinjaman pelajaran yang ditawarkan bagi melanjutkan pelajaran ke universiti”.
“ Saya membawa anak ke sini untuk membantu dia dalam membuat keputusan dalam memilih bidang yang ingin diceburi berdasarkan keputusan yang diperoleh dalam SPM baru-baru ini ”.
“Karnival ini membuka peluang untuk saya mengetahui tawaran yang bersesuaian dengan kursus yang saya minati selepas STPM nanti”
Mohamad Ridhwan bin Jumah
Rosita binti Kamarulzaman
Amirrul Amar bin Mazrin
Ho Vei Ven
“Pelbagai aktiviti yang terdapat di karnival ini dan memberi saya peluang untuk berkenal-kenalan dengan rakan baru.”
“Pendedahan yang baik buat pelajar dan ibu bapa untuk mengetahui dengan lebih mendalam tentang syarat-syarat kemasukan ke universiti”.
“ Perbanyakkan lagi tempat dan jelajah KPTN ini kerana ia satu pendedahan yang baik bagi para pelajar supaya mereka boleh target langkah seterusnya untuk menyambung pengajian diperingkat universiti.
“Saya mendapat pengalaman baru disamping pelbagai maklumat tentang universiti awam dan swasta yang ada di Malaysia”.