INSTRUMEN CONTOH
LEMBAGA PEPERIKSAAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
PENTAKSIRAN PERINGKAT MENENGAH RENDAH PENTAKSIRAN PUSAT 2014
BAHASA MELAYU KERTAS 2 UJIAN BERTUTUR
1
TEMA Kemasyarakatan
Keremajaan
Kekeluargaan
Alam Sekitar
Teknologi
Kenegaraan
Tajuk Perbincangan/Lisan Peranan hidup berjiran Kepentingan gotong-royong Kepentingan perpaduan antara kaum Kebaikan rukun tetangga Peranan dan cabaran remaja masa ini Cara-cara menjadi remaja berdisiplin Remaja berwawasan penjana kemajuan negara Masalah remaja dan cara-cara mengatasinya Cara-cara merapatkan hubungan kekeluargaan Peranan ibu bapa dalam membentuk sahsiah anakanak Peranan anak-anak terhadap ibu bapa Keluarga bahagia, negara sejahtera Cara-cara mengatasi masalah banjir kilat Pencemaran dan cara-cara mengatasinya Kesan pembalakan terhadap alam sekitar Cara-cara menjaga kebersihan alam sekitar Kebaikan dan keburukan internet Kebaikan dan keburukan telefon bimbit Kepentingan teknologi dalam kehidupan seharian Kemajuan teknologi dalam pembangunan negara Cara-cara menunjukkan semangat patriotik Kepentingan sambutan kemerdekaan diadakan Tokoh-tokoh negara yang anda kagumi Cara-cara memupuk semangat patriotik dalam kalangan rakyat/pelajar
2
INSTRUMEN CONTOH
LEMBAGA PEPERIKSAAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
PENTAKSIRAN PERINGKAT MENENGAH RENDAH PENTAKSIRAN PUSAT 2014
BAHASA MELAYU KERTAS 3 UJIAN MENDENGAR
3
BAHAGIAN A Petikan 1 - Dialog
Haikal
:
Apa khabar Farah? Lama tak nampak.
Farah
:
Khabar baik. Saya masih ada di kawasan taman ni juga, tapi saya baru sahaja balik dari melancong bersama-sama keluarga.
Haikal
:
Wah, mesti seronok sebab awak melancong dengan keluarga! Awak sekeluarga melancong ke mana?
Farah
:
Kami melancong ke Sabah. Sudah lama keluarga merancang untuk pergi melancong ke sana tapi ayah saya selalu sibuk dan tidak dapat pergi. Tapi kami bernasib baik sebab ayah mendapat cuti baru-baru ini dan peluang itu kami gunakan untuk pergi melancong.
Haikal
:
Berapa lama awak dan keluarga berada di Sabah? Tentu banyak tempat menarik yang awak lawati.
Farah
:
Kami berada lima hari di sekitar Kota Kinabalu dan dua hari kami melawat daerah Sandakan. Banyak juga tempat menarik yang kami lawati. Antaranya Pantai Tanjung Aru dan kami sempat juga melawat Taman Sepilok dan Taman Buaya di Sandakan. Awak dan keluarga tidak merancangkah untuk melancong ke manamana?
Haikal
:
Siapa yang tidak mahu pergi melancong, tapi apakan daya keluarga saya masih belum mampu dari segi kewangan. Lagipun, emak saya kurang sihat dan memerlukan wang yang banyak untuk kos rawatannya.
Farah
:
Oh, yakah? Tapi awak tidak perlu risau sebab awak seorang murid yang bijak. Mesti satu hari nanti awak akan berpeluang juga untuk melawat negeri-negeri lain di Malaysia. Perkara yang penting sekarang ialah awak kena menjaga kedua-dua ibu bapa awak dahulu.
Haikal
:
Terima kasih. Saya memang berazam untuk belajar bersungguh-sungguh bagi membantu meringankan beban kedua-dua ibu bapa saya. Selain itu, saya juga berazam untuk membawa kedua-dua ibu bapa saya melancong pada satu hari nanti.
4
Soalan Ujian Mendengar Petikan 1
Arahan : Pilih dan tandakan satu jawapan yang tepat berdasarkan maklumat daripada petikan dialog yang telah anda dengar.
1. Di manakah Farah dan keluarganya pergi melancong? A. B. C. D.
Johor Kedah Sabah Sarawak
2. Berapa harikah Farah dan keluarganya pergi melancong di Sabah ? A. B. C. D.
5 hari 6 hari 7 hari 8 hari
3. Pilih tempat-tempat yang dilawati oleh Farah dan keluarganya? A. B. C. D.
Pantai Tanjung Aru, Taman Sepilok dan Taman Buaya Pantai Tanjung Lipat, Taman Sepilok dan Taman Burung Pantai Tanjung Aru, Taman Sepulut dan Taman Burung Pantai Tanjung Aru, Lembah Gunung Kinabalu, Taman Sepilok dan Taman Buaya
4. Mengapakah Haikal dan keluarganya tidak dapat pergi melancong? A. B. C. D.
Ayah Haikal terlalu sibuk dan belum mendapat cuti Haikal perlu menyimpan wang untuk melanjutkan pelajaran Ibu Haikal kurang sihat dan ayahnya memerlukan wang untuk rawatan Keluarga Haikal belum mampu, ibunya juga kurang sihat dan memerlukan wang untuk rawatan
5. Apakah azam dan cita-cita Haikal pada satu hari nanti? A. Ingin melanjutkan pelajaran ke luar negara B. Ingin membawa keluarganya melancong ke luar negara C. Ingin mengurangkan beban kedua-dua ibu bapanya dan membawa mereka melancong D. Ingin memelihara kedua-dua ibu bapanya dan membawa ibunya mendapatkan rawatan
5
BORANG JAWAPAN UJIAN MENDENGAR Petikan 1 - Dialog Arahan : Pilih jawapan yang paling tepat dan tandakan jawapan pada kertas jawapan yang disediakan. Soalan 1 : A. B. C. D.
Johor Kedah Sabah Sarawak
Soalan 2 : A. B. C. D.
5 hari 6 hari 7 hari 8 hari
Soalan 3 : A. B. C. D.
Pantai Tanjung Aru, Taman Sepilok dan Taman Buaya Pantai Tanjung Lipat, Taman Sepilok dan Taman Burung Pantai Tanjung Aru, Taman Sepulut dan Taman Burung Pantai Tanjung Aru, Lembah Gunung Kinabalu, Taman Sepilok dan Taman Buaya
Soalan 4 : A. B. C. D.
Ayah Haikal terlalu sibuk dan belum mendapat cuti Haikal perlu menyimpan wang untuk melanjutkan pelajaran Ibu Haikal kurang sihat dan ayahnya memerlukan wang untuk rawatan Keluarga Haikal belum mampu, ibunya juga kurang sihat dan memerlukan wang untuk rawatan
Soalan 5 : A. Ingin melanjutkan pelajaran ke luar negara B. Ingin membawa keluarganya melancong ke luar negara C. Ingin mengurangkan beban kedua-dua ibu bapanya dan membawa mereka melancong D. Ingin memelihara kedua-dua ibu bapanya dan membawa ibunya mendapatkan rawatan SKOR
6
BAHAN UJIAN MENDENGAR Petikan 2 - Petikan Umum
Hampir saban hari kita didedahkan dengan isu rokok. Isu ini bagaikan tiada penyudahnya. Media massa sama ada media cetak ataupun media elektronik banyak membangkitkan hal ini. Pada masa dahulu, kebanyakan mereka yang mengamalkan tabiat merokok terdiri daripada golongan lelaki, namun pada hari ini berlainan pula. Sejak akhirakhir ini sudah banyak wanita yang terlibat dalam gejala merokok. Hal ini demikian kerana mereka mudah terpengaruh oleh cara hidup yang bebas dan ingin melepaskan tekanan. Wanita yang merokok lebih berisiko mendapat penyakit berbanding dengan kaum lelaki. Hal ini demikian kerana dalam sebatang rokok, terkandung 4000 bahan kimia yang berbahaya terutama nikotin dan karbon monoksida. Bahan kimia ini menjejaskan kesihatan dan mendedahkan mereka kepada risiko penyakit kronik seperti barah payu dara dan barah pangkal rahim. Bukan itu sahaja, seorang perokok yang mengambil lebih daripada 20 batang rokok dalam sehari akan menghadapi 10 hingga 15 kali ganda risiko maut akibat serangan jantung. Ketika mengandung, berat bayi bagi wanita merokok kemungkinan tiga kali lebih ringan daripada bayi normal. Kelahiran juga boleh berlaku lebih awal dari tarikh yang sepatutnya. Bayi yang dilahirkan lebih tinggi risiko mendapat penyakit serta kematian pada tahun pertama kelahirannya. Kualiti susu badan juga berkurangan jika bakal ibu ini mula merokok semasa bayi dalam kandungan.
[Rencana ini dipetik daripada Dewan Siswa November 2011 oleh Zamilah Zahid]
7
Soalan Ujian Mendengar Petikan 2
Arahan :
Jawab soalan-soalan berikut berdasarkan petikan yang telah anda dengar.
1.
Golongan manakah yang lebih berisiko jika terlibat dalam gejala merokok?
2.
Berikan satu punca yang menyebabkan seseorang mudah terlibat dalam gejala merokok.
3.
Berapa jeniskah bahan kimia yang terkandung dalam sebatang rokok?
4.
Jika seseorang wanita merokok, apakah dua jenis penyakit kronik yang mungkin dihidapinya?
5.
Apakah kesan kepada bayi dalam kandungan apabila ibunya merokok?
8
CONTOH BORANG JAWAPAN UJIAN MENDENGAR Petikan 2 - Petikan Umum Arahan :
Dengar petikan dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan yang diperdengarkan pada borang jawapan yang disediakan.
Soalan 1 : Golongan manakah yang lebih berisiko jika terlibat dalam gejala merokok? _______________________________________________________________________ _________________________________________________________________________
Soalan 2 : Berikan satu punca yang menyebabkan seseorang mudah terlibat dalam gejala merokok. _________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________
Soalan 3 : Berapa jeniskah bahan kimia yang terkandung dalam sebatang rokok? _________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________
Soalan 4: Jika seseorang wanita merokok, apakah dua jenis penyakit kronik yang mungkin dihidapinya? _________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________
Soalan 5: Apakah kesan kepada bayi dalam kandungan apabila ibunya merokok? _________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________
SKOR
9
BAHAGIAN B
SOALAN 1: Lihat pelan lokasi rumah pengantin perempuan dan lelaki dengan teliti. Kemudian dengar arahan soalan dengan teliti.
A
C B
D
Anda dari Bandar Jengka ingin ke rumah pengantin perempuan. Di simpang pertama, anda perlu membelok ke kanan. Setelah beberapa ketika, anda berhenti berehat sebentar di tepi jalan berhadapan dengan balai polis. Dimanakah lokasi anda ketika ini? Bulatkan A atau B atau C atau D pada pelan bagi menunjukkan lokasi anda.
10
SOALAN 2:
Pengumuman
Dengar pengumuman berikut dengan teliti. Jadual Latihan 1. Pada hari Isnin Rumah Merah akan menjalani latihan lompat tinggi
manakala
Rumah Hijau akan menjalani latihan lompat jauh. 2. Pada hari Selasa Rumah Kuning akan menjalani latihan lompat jauh manakala Rumah Biru akan menjalani latihan lompat tinggi.
Soalan: Acara apakah yang akan dijalani oleh ahli Rumah Merah pada hari Isnin?
Acara
Jawapan
Lompat tinggi
A
Lompat jauh
B
Lempar cakera
C
Lontar peluru
D
11
SOALAN 3: ARAHAN: Dengar dengan teliti cara menyediakan nasi goreng.
RESEPI NASI GORENG Cara-cara menyediakan nasi goreng 1. Kisar tiga ulas bawang putih, lima ulas bawang merah, tiga biji cili merah dan ikan bilis . 2. Panaskan minyak masak. Tumiskan bahan-bahan yang telah dikisar sehingga garing. 3. Pecahkan satu biji telur, masukkan ke dalam bahan-bahan tumisan. 4. Masukkan sayur kubis. 5. Masukkan garam secukup rasa dan seterusnya masukkan semangkuk nasi putih. 6. Kacau sehingga sebati.
Soalan: Apakah langkah yang perlu dilakukan sebelum menumis bahan-bahan yang dikisar?.
Jawapan
Langkah
A
Kisar tiga ulas bawang putih, lima ulas bawang merah, tiga biji cili merah dan ikan bilis.
B
Panaskan minyak masak
C
Masukkan garam secukup rasa
D
Pecahkan sebiji telur
12
SOALAN 4.
Soalan: Berikut ialah syarat-syarat kelayakan untuk mengisi jawatan operator pengeluaran atau pekerja pasar raya, kecuali:
Jawapan
Kelayakan
A
Warganegara Malaysia
B
Lulus SPM
C
Had umur 16-40 tahun
D
Boleh bekerja syif 12 jam
sekurang-kurangnya
13
Soalan 5: Kitaran hidup rama-rama
Tahukah anda bagaimana seekor rama-rama terbentuk? Proses pembentukannya amat istimewa. Siapa sangka seekor rama-rama yang cantik asalnya daripada seekor ulat beluncas yang menetas daripada sebutir telur . Kemudian beluncas akan bertukar menjadi kepompong yang akhirnya keluarlah seekor rama-rama.
Soalan: Berdasarkan petikan kitaran hidup rama-rama yang telah anda dengar, pilih urutan proses hidup seekor rama-rama yang betul?
A. Telur ----beluncas----kepompong----rama-rama B. Beluncas-----telur-------kepompong-----rama-rama C. Rama-rama------beluncas-----telur------kepompong D. Rama-rama------telur------kepompong----beluncas
14
BORANG JAWAPAN BAHAGIAN B
SOALAN 1:
A
C B
D
SOALAN 2:
Jawapan
Acara
A
Lompat tinggi
B
Lompat jauh
C
Lempar cakera
D
Lontar peluru
15
SOALAN 3:
Jawapan
Langkah
A
Kisar tiga ulas bawang putih, lima ulas bawang merah, tiga biji cili merah dan ikan bilis.
B
Panaskan minyak masak
C
Masukkan garam secukup rasa
D
Pecahkan sebiji telur
SOALAN 4.
Jawapan
Kelayakan
A
Warganegara Malaysia
B
Lulus sekurang-kurangnya SPM
C
Had umur 16-40 tahun
D
Boleh bekerja syif 12 jam
Soalan 5: A. Telur ----beluncas----kepompong----rama-rama B. Beluncas-----telur-------kepompong-----rama-rama C. Rama-rama------beluncas-----telur------kepompong D. Rama-rama------telur------kepompong----beluncas