BAGAIMANA MENJADI SEORANG PELAJAR
BAGAIMANA MENJADI SEORANG PELAJAR Pengenalan Kehidupan dikampus adalah menyeronokkan; tetapi ianya juga penuh dengan suasana persaingan. Pendidikan yang kamu diperolehi disitu, dan sikap yang terbentuk, akan membimbing kamu disepanjang hidup kamu. Gred keputusan yang kamu perolehi adalah sangat penting bagi mendapatkan perkerjaan pertama kamu, atau untuk memohon melanjutkan pelajaran keperingkat yang lebih tinggi. Untuk menjadi pelajar yang cemerlang memerlukan beberapa kemahiran tertentu; tetapi, kemahiran ini semuanya dapat dipelajari dan diamalkan. Asas sebagai seorang pelajar Beri keutamaan dalam hidup: Berjaya dalam pelajaran sepatutnya menjadi keutamaan tertinggi Belajar: Tiada jalan lain atau ganti Sentiasa menghadiri kuliah Buat semua kerja rumah dan banyakkan membaca: Terutama yang disuruh oleh pengajar Bina disiplin diri Uruskan masa kamu Disiplin diri: Mudah saja Manusia adalah makhluk yang mempunyai tabiat. Oleh itu, bina suatu tabiat dengan memberi sebab bila melakukan perkara yang perlu kamu buat. Bukankah bodoh jika kelakuan kamu bertentangan dengan apa yang kamu fikir akan buat? Bukankah menjadi lebih harmoni dan bahagia jika kamu mendapati diri kamu mahu membuat apa yang kamu tahu kamu patut buat? Latihlah diri kamu supaya wujud mekanisma tindakbalas spontan dalam diri kamu: Kamu mempunyai sebab untuk melakukan sesuatu, dan kamu lakukan nya. Orang lain yang mudah mendisiplinkan diri mungkin telah berlatih banyak kali, menjadikan file:///D|/WebProject/home/pelajar.html (1 of 8)4/5/2006 10:08:32 AM
BAGAIMANA MENJADI SEORANG PELAJAR
nya tidak sukar; sebab, kerap berlatihlah yang diperlukan. Pengurusan masa Sehari semalam hanya ada 24 jam. Pengurusan masa yang baik memerlukan: Tidak membuat apa-apa yang lebih dari yang termampu. Menganggar masa yang perlu bagi menyiapkan sesuatu tugasan. Membuat yang sebenarnya apa yang diperlukan. Hanya kamu yang boleh melakukan perkara ini. • Seminit sekarang adalah sama nilainya dengan seminit kemudian. Kamu tidak boleh mengundurkan masa. • Jika kamu tidak menepati jadual, kamu telah ketinggalan. Muhasabah diri Fahami, dan berlaku jujur dengan diri sendiri. Semua perkara lain akan bergantung dengan hal ini. Jadilah atlit dan jurulatih serentak: Perhatikan apa yang sedang kamu buat, dan juga perhatikan diri sendiri. Jadilah nakhoda kepada, dan juga tanggungjawab untuk, diri sendiri. Hadapilah segala masalah. Jangan mengelak masalah, ini akan mengundang bahaya besar. Bentuk imej diri yang positif. Memilih program Setiap pelajar mempunyai semua atau sebahagian sikap berikut: Mahu belajar apa yang diajar. Mahu mendapat gred dan keputusan yang baik. file:///D|/WebProject/home/pelajar.html (2 of 8)4/5/2006 10:08:32 AM
BAGAIMANA MENJADI SEORANG PELAJAR
Tidak kisah dan tidak peduli. Setiap pengajar mempunyai semua atau sebahagian sikap berikut: Mahu pelajar belajar apa yang diajar. Mahu memberi gred yang adil dan mencerminkan pengetahuan dan kebolehan pelajar. Tidak kisah dan tidak peduli. Untuk cemerlang dalam program yang diikuti, adalah tugas kamu sebagai pelajar untuk melakukan perkara ini: Belajar apa yang diajar Kenali pengajar kamu Beri perhatian kepada cara pengajaran pengajar dalam kuliah, apa yang dititikberatkan dan ditekankan, dsb. Dapatkan maklumat tentang pengajar dari pelajar lain. Pengajar yang baik pula, mengajar secara yang tidak mendedahkan dirinya, agar pelajar tidak mudah mengenalinya, menyebabkan pelajar terpaksa belajar apa yang diajar. Kerja rumah Ingatlah bahawa kerja-kerja kamu dinilai dan diperiksa oleh manusia. Oleh itu: tulis dengan baik, elok dan tersusun. beri segala komen dan ulasan yang perlu untuk menjelaskan apaapa yang kamu cuba dan sedang buat Memudahkan kerja pemeriksa dan penilai akan memberi kamu kelebihan bila berlaku sebarang keraguan. • Jangan sesekali berfikir bahawa dengan dapat memberikan jawapan yang betul kepada kerja-kerja rumah bererti kamu sudah menguasai perkara dan topik tersebut. Apa yang kamu telah buat ialah menyelesaikan satu masalah tertentu sahaja; itu tidak bermakna kamu telah mahir dan mampu menyelesaikan semua masalah berkaitan (seperti masalah yang keluar dalam ujian dan peperiksaan). file:///D|/WebProject/home/pelajar.html (3 of 8)4/5/2006 10:08:32 AM
BAGAIMANA MENJADI SEORANG PELAJAR
Adalah menjadi tanggungjawab kamu untuk melihat kerja rumah yang diberikan dari sudut yang lebih luas. • Jika berpeluang, selalulah meneliti jawapan kamu dengan pengajar, walaupun kamu mendapat markah yang tinggi dalam tugasan yang diberikan. Pengajar mungkin menunjukkan cara-cara lain atau maklumat berguna yang kamu tidak pernah terfikirkan. Peperiksaan Persediaan awal o Susun atur bahan-bahan kamu dalam kategori mengikut kepentingannya (penting, sederhana penting, kurang penting), dan fokus ulangkaji kamu pada tajuk-tajuk yang penting. Ingat, pengajar hanya mempunyai masa yang terhad untuk menguji pengetahuan dan kebolehan kamu. Oleh itu, soalan-soalan yang akan ditanya dalam peperiksaan tidaklah terlampau sukar, jika tidak ianya tidak boleh dijawab dalam masa yang ditetapkan. Lima soalan yang perlu dijawab dalam masa tiga jam memerlukan masa lebih kurang 35 minit bagi setiap soalan. o Belajarlah dalam cara yang paling sesuai dengan diri kamu Belajar dalam kumpulan atau bersendirian bergantung pada cara mana yang terbaik bgi kamu. Buat kerja-kerja yang paling berat dan penting pada masa dan ketika yang kamu boleh melakukan yang terbaik. o Ringkaskan bahan-bahan atau topik-topik yang diajar menggunakan perkataan kamu sendiri. Ini bukan sahaja memaksa kamu meneliti bahan-bahan yang diajar dengan lebih mendalam, tetapi juga memudahkan rujukan semasa mengulangkaji sebelum peperiksaan. o Jangan ambil risiko: Hafal lebih banyak lagi perkara dari apa yang disuruh oleh pengajar. Bawa mesin kira, pembaris, pemadam dll walaupun tidak diperlukan. o Belajar dan buat semua soalan-soalan peperiksaan yang lalu. Jika pengajar memberi soalan-soalan yang hampir serupa, kamu akan bernasib baik. Tetapi kamu jangan sesekali fikir bila telah boleh menyelesaikan semua soalan peperiksaan yang lalu, kamu telah memahami semua bahan-bahan yang diajar file:///D|/WebProject/home/pelajar.html (4 of 8)4/5/2006 10:08:32 AM
BAGAIMANA MENJADI SEORANG PELAJAR
dan boleh berjaya dalam peperiksaan. o Bawa jam atau jam tangan sendiri. o Lawan darah gemuruh dan cemas: Yakinkan diri bahawa apa yang kamu boleh buat ialah apa yang kamu boleh buat; tetapi jangan sesekali jadikan kamu berpuas hati. Tanamkan keinginan untuk membuat yang terbaik sepanjang masa peperiksaan. • Memulakan peperiksaan o Baca arahan kepada calon dengan menyeluruh dan berhati-hati. o Gunakan masa membaca kertas soalan untuk membaca soalan-soalan sahaja. Ramai pelajar yang tidak menggunakan masa ini dengan sebaik-baiknya. Buat keputusan mengenai soalan mana yang akan dijawab, jika ada pilihan. o Jangan menjawab dalam turutan tertentu. Malah, jawab semua soalan yang kamu yakin boleh dijawab dengan cepat dan tepat. Tumpuan harus diberikan kepada bahagian soalan yang dapat memberikan kamu markah mudah. o Sebelum menulis jawapan, fikir dengan mendalam. Mungkin ada cara lain yang mudah mendapatkan jawapan, dan ini boleh menjimatkan masa. o Buat hanya apa yang diminta. Jangan buat perkara yang tidak mendatangkan manfaat dan membuang masa, saperti menulis semula soalan (jika tidak diminta berbuat demikian). • Melangkah maju melalui peperiksaan. Setiap detik berlalu, semakin banyak markah terkumpul. • Selalu lah menulis sesuatu yang bermakna bagi setiap masalah, walaupun sedikit. • Berhubung lah dengan pemeriksa, terutama jika masa sudah suntuk. Tulis langkah-langkah yang kamu akan ambil jika kamu ada masa untuk menyelesaikan masalah tersebut. • Tunjukkan langkah-langkah dan fakta-fakta dengan jelas, ini akan membolehkan kamu mendapat markah tambahan. file:///D|/WebProject/home/pelajar.html (5 of 8)4/5/2006 10:08:32 AM
BAGAIMANA MENJADI SEORANG PELAJAR
• Tulis dengan jelas, terang dan teratur. • Jawab soalan subjektif kalau boleh saperti yang diterangkan semasa kuliah atau dalam buku. Memberi pendapat sendiri adalah bagus, tetapi dikhuatiri bercanggah dengan pendapat pemeriksa. • Semak semua jawapan jika masa mengizinkan. Cadangan tambahan 1. Kemas dan mudahkan pengetahuan kamu: Ambil langkah untuk memahami bahan-bahan yang diajar dengan cara pemahaman kamu, mungkin melibatkan hubungkait yang tidak diterangkan dalam syarahan atau buku. 2. Ingat, hampir semua topik adalah mudah asas nya. Cuba fahami hubungkait yang mudah antara topik yang diajar. 3. Cuba belajar prinsip dan cara yang asas. 4. Belajar sebanyak mungkin cara menyelesaikan masalah. 5. Tanya diri sendiri: Mengapa pengajar tidak buat begini atau begitu? Cari idea sendiri. Fahami topik dengan mendalam. 6. Cara belajar yang paling baik ialah dengan mengajarkannya kepada orang lain. Adakah kamu memahami topik yang diajar sehingga boleh menerangkannya dengan jelas dan lengkap kepada orang lain? 7. Belajar dengan cara memerhatikan orang lain. Perhatikan cara orang lain buat, dan fikirkan cara untuk menggunakan cara itu untuk diri sendiri. 8. Jadilah seorang yang bekerja dengan teratur, kemas, menulis dengan baik dan mudah dibaca, berhati-hati dan cermat, tepat, berpengetahuan dan boleh diharap, pada masa yang sama juga, kreatif, spontan, imiginatif, pintar, cerdik, petah dan berhemah tinggi, dan fleksibel. Mentaliti pertama menekankan tentang cara, dan seterusnya berbuat yang terbaik apa yang telah diketahui cara untuk melakukannya; mentaliti kedua menekankan tanpa cara, dan seterusnya mengembang setakat termampu. Ambil yang terbaik dari mentaliti tersebut, yang mana sangat berguna jika terdesak kelak. Mentaliti pertama sangat bergantung kepada kemahiran sediaada, tetapi, mentaliti kedua mungkin gagal untuk menggunakan kemahiran yang sama. file:///D|/WebProject/home/pelajar.html (6 of 8)4/5/2006 10:08:32 AM
BAGAIMANA MENJADI SEORANG PELAJAR
9. Fikir dan tanya lah tentang setiap perkara. Tetapi, fahamilah bahawa adalah bodoh untuk menjadi lain dari orang lain hanya kerana mahukan kelainan, dan juga mengikut apa sahaja orang lain buat tanpa berfikir. 10. Untuk memperoleh kecekapan yang maksima, buat beberapa projek serentak. Maka, jika kamu berasa letih, kecewa, atau bosan bekerja dengan satu projek, kamu boleh berpindah ke projek yang lain dengan mudah, ini membuatkan kamu sentiasa produktif disamping memberi masa kepada masalah semasa diselesaikan secara tidak sedar. 11. Ramal dan rancang masa depan. Kamu pasti akan diberi tugasan atau miniprojek, jadi jumpa pengajar awal untuk berbincang sebelum beliau sibuk dan sukar ditemui. 12. Jangan amalkan tidak tidur malam, tidak kira untuk apa tujuan sekalipun. Perbuatan ini hanya meminjam hari esok, yang mana hari esok kamu akan jadi tidak bermaya. Mereka yang tidak tidur malam sebenarnya adalah orang yang tidak merancang aktiviti mereka. 13. Jika boleh, bawa buku teks ke kuliah. 14. Tulis nota syarahan dengan pensil, sebarang kesilapan dan tambahan dapat dibuat dengan cepat dan kemas. Penutup Umumnya, terdapat suatu sifat yang membezakan pelajar cemerlang dengan yang tidak: PELAJAR CEMERLANG PAKSA DIRI MEREKA UNTUK FAHAM Pelajar cemerlang tidak semata-mata pergi kuliah, membaca buku, buat kerja rumah, dan berharap ini sudah mencukupi. Malah, mereka selalu bertanya pada diri mereka, "Apakah aku benar-benar memahami apa yang berlaku?" Mereka bertanya pada diri mereka soalan ini secara jujur, dan menyelami dalam diri mereka untuk mencari sebarang kekurangan dalam kefahaman, baik yang timbul secara tidak disedari mahupun dari kekeliruan. Dan, jika jawapan nya adalah "Tidak", maka keadaan itu dianggap sesuatu yang tidak dapat diterima, dan tindakan meningkatkan lagi usaha akan diambil serta merta. Artikel ini adalah sedutan dan terjemahan dari: "How to Be a Student" oleh Jerome R. Breitenbach, 1997 file:///D|/WebProject/home/pelajar.html (7 of 8)4/5/2006 10:08:32 AM
BAGAIMANA MENJADI SEORANG PELAJAR
file:///D|/WebProject/home/pelajar.html (8 of 8)4/5/2006 10:08:32 AM