Antologi dan Novel Tingkatan 1 Analisis Puisi Tradisional Pantun Dua Kerat (Nasihat) Maksud Rangkap
Maksud
1
Tingkah laku seseorang itu berkait rapat dengan sikap dan tingkah lakunya.
2
Orang yang selalu berselimut pasti akan tertidur.
3
Walaupun diri seseorang itu mempunyai kekurangan tetapi tetap mempunyai kelebihan yang tersendiri.
4
Orang yang malas bekerja pasti tidak akan mendapat apa-apa.
5
Kita tidak perlu mengheboh-hebohkan sesuatu perkara yang belum kita laksanakannya.
Tema Perbuatan seseorang itu berkait rapat dengan sikap dan tingkah lakunya dan akan memberikan kesan kepada dirinya.
Persoalan 1. Kelakuan manusia menzahirkan peribadinya. 2. Orang yang rajin akan mendapat keuntungan. 3. Sikap malas tidak mendatangkan faedah. 4. Kepentingan hidup bekerjasama dalam masyarakat.
Bentuk Pantun 1. Terdiri daripada lima rangkap. 2. Pantun ini berbentuk terikat. 3. Bilangan baris dalam setiap rangkap sama, iaitu dua baris. 4. Setiap baris mempunyai empat hingga lima patah kata. 5. Setiap baris terdiri daripada lapan hingga sebelas suku kata. 6. Rima akhir setiap rangkap ialah aa. 7. Mempunyai pembayang dan maksud.
Nada Pantun nasihat ini bernada sinis.
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
1
Bahasa Malaysia PT3 Antologi dan Novel TIngkatan 1
Gaya Bahasa 1. Imej alam – buah sintang; buah senikul; pucuk kawa 2. Penggunaan bahasa Arab – wujud; sifat 3. Repetisi – Buah sintang buah senikul,
Satu memegang satu memikul.
4. Responsi – Berapa jauh wujud dengan sifat,
Sejauh lutut dengan pelipat.
Unsur Bunyi 1. Asonasi – Sarang semut dalam gelap (pengulangan vokal a) 2. Aliterasi – Satu memegang satu memikul (pengulangan konsonan m) 3. Jeda – Hentian sejenak di tengah baris semasa mendeklamasikan pantun. Contohnya: Hitam-hitam / pucuk kawa, Sungguh hitam / dipandang lawa.
Nilai 1. Kerajinan – Orang yang rajin akan mendapat ganjaran yang berlipat ganda. 2. Kesyukuran – Bersyukur menerima kurniaan Tuhan kerana kurniaan-Nya sangat istimewa. 3. Kecekalan – Orang yang berhati cekal dapat menghadapi cabaran dan mencapai matlamat dalam kehidupan.
Pengajaran 1. Kita hendaklah menjalinkan hubungan yang erat dengan orang lain. 2. Kita hendaklah rajin bekerja supaya hidup senang. 3. Kita hendaklah mensyukuri setiap kurniaan Tuhan.
Syair Pohon Buluh Maksud Rangkap
Maksud
1
Hidup perlu bekerjasama untuk membentuk sebuah masyarakat yang bersatu padu.
2
Masyarakat yang hidup bersatu padu laksana hidup bersaudara kerana membolehkan kejayaan dicapai dengan mudah.
3
Masyarakat yang hidup tanpa mengira perbezaan pangkat dan darjat dapat melahirkan masyarakat yang kuat.
4
Kehidupan yang akrab antara anggota masyarakat dapat menjaga keamanan negara, masyarakat, dan bangsa.
2
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
Bahasa Malaysia PT3 Antologi dan Novel TIngkatan 1
Tema Perpaduan dan keutuhan hidup bersatu.
Persoalan 1. Perpaduan merupakan teras kepada kejayaan. 2. Setiap anggota masyarakat bertanggungjawab menjaga keamanan negara. 3. Masyarakat yang bersatu hati dapat mengukuhkan perpaduan.
Bentuk Syair 1. 2. 3. 4. 5. 6.
Terdiri daripada empat rangkap. Setiap rangkap terdiri daripada empat baris. Semua baris mempunyai maksud. Setiap baris terdiri daripada empat hingga enam patah perkataan. Setiap baris terdiri daripada sembilan hingga dua belas suku kata. Rima akhir setiap baris ialah aaaa.
Nada Syair ini bernada melankolik.
Gaya Bahasa 1. Simile – Gelapnya di dalam seperti malam 2. Responsi – Gelapnya malam seperti malam; Air tak tiris seperti kolam 3. Sinkope – Banyak ada ia bersaudara; Ikat tingkatnya tak nampak alam 4. Kata ganda – Yang ada sedia panji-panji bendera
Unsur Bunyi 1. Asonansi – mata-mata menjaga setiap pangkat (pengulangan vokal a) 2. Aliterasi – Ikat tingkatnya tak nampak alam (pengulangan konsonan k)
Nilai 1. Bekerjasama – Sikap tolong-menolong mesti diamalkan kerana banyak kebaikannya. 2. Persaudaraan – Masyarakat mesti menganggap semua manusia bersaudara. 3. Bertanggungjawab – Setiap anggota masyarakat bertanggungjawab menjaga keamanan negara.
Pengajaran 1. Kita hendaklah bekerjasama dalam melakukan sesuatu perkara. 2. Kita hendaklah hidup bersatu padu untuk melahirkan bangsa yang kuat. 3. Kita hendaklah hidup bermasyarakat dalam kehidupan seharian.
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
3
Bahasa Malaysia PT3 Antologi dan Novel TIngkatan 1
Analisis Sajak Kita Umpama Sehelai Daun Maksud Rangkap
Maksud
1
Penyajak mengibaratkan manusia (kita) sebagai sehelai daun, menjadi tempat untuk makhluk yang lain menikmati kehidupan dengan sempurna.
2
Kita perlu membantu orang yang memerlukan bantuan untuk meneruskan kehidupan supaya kita tidak dipandang rendah dalam masyarakat.
3
Apabila sampai masanya, kita akan tua. Oleh itu, kita jangan bersikap angkuh akan kelebihan yang kita miliki sehingga terlupa untuk membantu orang susah kerana orang susah juga perlu meneruskan kehidupan di muka bumi.
4
Penyajak menyeru kita membuat kerja-kerja kebajikan kerana semua budi baik tersebut akan dikenang.
Tema Amalan yang baik dalam kehidupan. Manusia digalakkan membuat jasa semasa hidup kerana jasa baiknya akan dikenang walaupun setelah dia meninggal dunia.
Persoalan 1. 2. 3. 4.
Manusia dituntut membuat jasa dan berbudi semasa hidup. Manusia mesti saling membantu sesama manusia. Budi baik seseorang itu akan kenang sepanjang hidupnya. Orang yang berjasa akan menerima balasan sampai bila-bila.
Bentuk Sajak 1. 2. 3. 4. 5.
Terdiri daripada empat rangkap. Bilangan baris tiga hingga lima. Setiap baris mempunyai tiga hingga lima patah kata. Setiap baris terdiri daripada sembilan hingga dua belas suku kata. Rima akhir setiap rangkap bebas, iaitu ababc, abcd, abcbd, abb.
Nada Sajak ini bernada melankolik.
Gaya Bahasa 1. Imej alam – daun; ranting; unggas; mentari 2. Repetisi – kita umpama sehelai daun 3. Simile – kita umpama sehelai daun 4. Personifikasi – tempat bercanda unggas meriang 5. Penggunaan bahasa Arab – kudrat; makhluk; duafa 4
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
Bahasa Malaysia PT3 Antologi dan Novel TIngkatan 1
Unsur Bunyi 1. Asonansi – kita umpama sehelai daun (pengulangan vokal a) 2. Aliterasi – kering gugur menjadi baja (pengulangan konsonan g)
Nilai 1. Baik hati – Kesediaan membantu golongan yang tidak berupaya. 2. Rasional – Memanfaatkan kehidupan untuk membuat kebajikan. 3. Keinsafan – Menerima hakikat bahawa kelebihan yang kita miliki tidak akan kekal kerana semua manusia akan mati. 4. Bertanggungjawab – Setiap insan bertanggungjawab untuk membantu insan yang lain.
Pengajaran 1. Kita hendaklah berbuat baik sesama manusia dan makhluk Tuhan yang lain. 2. Kita hendaklah membuat jasa dan berbakti kepada masyarakat. 3. Kita hendaklah bersyukur atas nikmat yang telah kita terima dan berusaha untuk membantu orang yang tidak berupaya.
Kuingin Berterima Kasih Maksud Rangkap
Maksud
1
Penyajak ingin mengucapkan terima kasih kepada hujan yang telah menenteramkan perasaannya yang sedang marah.
2
Penyajak ingin mengucapkan terima kasih kepada tanah kerana tanah telah banyak memberikan rezeki kepada petani.
3
Penyajak ingin mengucapkan terima kasih kepada ikan-ikan di lautan kerana memberikan rezeki kepada nelayan-nelayan.
4
Penyajak meluahkan perasaan kagumnya kepada pejuang-pejuang negara kerana sanggup bergadai nyawa untuk mempertahankan negara tercinta.
5
Penyajak ingin berbudi kepada manusia supaya mereka dapat meneruskan kehidupan dengan aman dan sejahtera.
6
Penyajak menyatakan bahawa dunia ini akan menjadi lebih indah sekiranya kita semua dapat menjalankan tanggungjawab masing-masing dengan sebaik-baiknya.
Tema Mensyukuri nikmat kurniaan Tuhan.
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
5
Bahasa Malaysia PT3 Antologi dan Novel TIngkatan 1
Persoalan 1. 2. 3. 4.
Tuhan mencipta alam untuk manusia meneruskan kehidupan. Semangat cinta akan negara. Peperangan mengundang kemusnahan dan penderitaan. Memanfaatkan hidup untuk memberikan kebahagian kepada orang lain.
Bentuk 1. 2. 3. 4. 5.
Sajak ini berbentuk bebas. Terdiri daripada tujuh hingga lima belas suku kata. Sajak ini terdiri daripada enam rangkap. Terdapat tiga hingga lima baris setiap rangkap. Terdapat dua hingga lima patah kata sebaris.
Nada Sajak ini bernada romantik.
Gaya Bahasa 1. Simile – kepadamu hujan bagai tetamu 2. Anafora – sesekali kuingin… 3. Sinkope – Sesekali kuingin berterima kasih 4. Imej alam – hujan; ikan; samudera 5. Personifikasi – kepadamu tanah yang hidup; di taman-taman keresahan hidup 6. Hiperbola – api amarah pun terpadam 7. Metafora – darah kesetiaan 8. Penggunaan bahasa sanskrit – amarah; belantara; samudera
Unsur Bunyi 1. Asonansi – kepadamu hujan bagai tetamu (pengulangan vokal a) 2. Aliterasi – kerana tanganmu pernah berdarah (pengulangan konsonan n)
Nilai 1. Berterima kasih – Mengucapkan terima kasih setelah menerima kebaikan daripada seseorang. 2. Patriotisme – Sanggup berkorban nyawa untuk mempertahankan negara tercinta. 3. Rasional – Menyedari bahawa semua hidupan di muka bumi ini saling memerlukan. 4. Keinsafan – Berusaha untuk mengelakkan peperangan kerana peperangan membawa kehancuran dan kematian.
Pengajaran 1. Kita hendaklah menjaga alam sekitar yang telah banyak merahmati kehidupan kita. 2. Kita hendaklah menghargai jasa pahlawan-pahlawan negara. 3. Kita hendaklah membantu orang yang hidup untuk meringankan penderitaan yang ditanggung oleh mereka. 4. Kita hendaklah mempertahankan tanah air daripada ancaman musuh.
6
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
Bahasa Malaysia PT3 Antologi dan Novel TIngkatan 1
Aku Maksud Rangkap
Maksud
1
Penyajak menyatakan bahawa dia bersendirian di pantai itu.
2
Ketika menyusuri pantai itu, penyajak membayangkan bahawa dirinya ialah Adam.
3
Penyajak membayangkan bahawa pada hari pertama dia diciptakan, dia telah melihat keindahan alam ciptaan Tuhan.
4
Penyajak mengatakan bahawa pada hari sebelum dia dicipta, dia tidak pernah mendengar bunyi deruan ombak.
5
Penyajak juga mengatakan bahawa dia belum pernah berasa tiupan angin.
6
Penyajak juga mengatakan bahawa dia tidak tahu akan kewujudan kulit kerang dan pohon ru di tepi pantai itu.
7
Penyajak mengakui kewujudan dan keesaan Tuhan sebagai pencipta alam.
Tema Kecintaan manusia kepada Tuhan pencipta alam.
Persoalan 1. 2. 3. 4.
Mengagumi alam yang amat unik ciptaan Tuhan. Mensyukuri nikmat kurniaan Tuhan. Mempelajari sesuatu daripada alam sekitar. Menyakini akan kewujudan Tuhan Yang Maha Esa.
Bentuk Sajak 1. Sajak ini terdiri daripada tujuh rangkap. 2. Terdapat tiga baris setiap rangkap. 3. Jumlah perkataan antara satu hingga empat perkataan sebaris. 4. Bilangan suku kata dalam setiap baris antara lima hingga sepuluh suku kata.
Nada Sajak ini bernada romantik.
Gaya Bahasa 1. Imej alam – laut; langit; pohon; ombak; angin; kulit kerang; ru 2. Sinkope – kecuali diriku 3. Inversi – Tidak ada manusia lain; Kelmarin aku belum ada
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
7
Bahasa Malaysia PT3 Antologi dan Novel TIngkatan 1
Unsur Bunyi 1. Asonansi – Tidak ada manusia lain (pengulangan vokal a) 2. Aliterasi – sentuhan angin ini (pengulangan konsonan n)
Nilai 1. Sayang akan alam sekitar – Memelihara alam sekitar untuk kesejahteraan hidup bersama. 2. Penghargaan – Mensyukuri segala nikmat pemberian Tuhan. 3. Rasional – Mengakui kewujudan Tuhan yang mencipta alam dengan amat sempurna.
Pengajaran 1. Kita hendaklah muhasabah diri untuk meningkatkan keimanan. 2. Kita hendaklah bersyukur kepada Tuhan yang telah mencipta bumi untuk kehidupan manusia di dunia. 3. Kita hendaklah yakin akan kewujudan Tuhan Yang Maha Berkuasa. 4. Kita hendaklah memelihara alam sekitar untuk generasi akan datang meneruskan kehidupan.
Kunci Bahasa Maksud Rangkap
Maksud
1
Maruah bahasa terletak pada kefasihan seseorang itu bertutur dengan menggunakan bahasa yang betul.
2
Bahasa akan berkembang jika kita sentiasa menggunakannya di mana-mana sahaja kita berada.
3
Bahasa yang digunakan dari semasa ke semasa tidak akan hilang begitu sahaja.
4
Bahasa yang digunakan dalam komunikasi dapat mengeratkan perhubungan persaudaraan.
5
Bahasa sangat penting kepada sesebuah masyarakat.
6
Bahasa sangat indah jika diungkapkan secara puitis.
Tema Kepentingan bahasa dalam sesebuah masyarakat.
Persoalan 1. Bangsa yang menuturkan sesuatu bahasa itu yang bertanggungjawab untuk menentukan bahasanya berkembang atau lenyap ditelan zaman. 2. Bahasa penghubung tali persaudaraan. 3. Bahasa sangat indah apabila diungkapkan secara puitis. 8
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
Bahasa Malaysia PT3 Antologi dan Novel TIngkatan 1
Bentuk Sajak 1. 2. 3. 4. 5.
Sajak ini terdiri daripada enam rangkap. Setiap rangkap mempunyai dua baris. Setiap baris mempunyai enam hingga sebelas suku kata. Setiap baris mempunyai dua hingga empat patah kata. Rima akhir ialah ab.
Nada Sajak ini bernada patriotik.
Gaya Bahasa 1. 2. 3. 4.
Repetisi – bahasa; tidak Metafora – bahasa berbuah Penggunaan bahasa Arab – ukhuwah; ummah; berwasilah Penggunaan ungkapan dialek – bilur (kedah); lokek (Johor)
Unsur Bunyi 1. Asonansi – tidak berbilur bahasa di lidah (pengulangan vokal i) 2. Aliterasi – tidak lokek pada ummah (pengulangan konsonan k)
Nilai 1. Rasional – Kesedaran akan kepentingan bahasa dalam kehidupan. 2. Patriotisme – Semangat mencintai bahasa kerana bahasa menunjukkan bangsa. 3. Tanggungjawab – Memikul tangggungjawab memelihara bahasa untuk generasi akan datang.
Pengajaran 1. Kita hendaklah memelihara bahasa untuk generasi yang akan datang. 2. Kita hendaklah bertutur dengan menggunakan bahasa baku supaya bahasa kita tidak tercemar. 3. Kita hendaklah berbangga dengan bahasa kita sendiri kerana bahasa menunjukkan bangsa.
Analisis Prosa Tradisional Asal Padi Sinopsis
Pada zaman dahulu, terdapat sepasang suami isteri yang sangat kaya. Tidak lama kemudian, pasangan suami isteri tersebut meninggal dunia. Mereka meninggalkan dua orang anak lelaki yang masih belum mampu mencari rezeki sendiri. Anak yang sulung mengalami kecacatan. Kakinya mengerekot, jari-jarinya tumbuh melekat antara satu sama lain, dan tumitnya berlubang. Disebabkan anak-anak mereka masih kecil, kesemua harta peninggalan ibu bapa mereka telah dicuri. Hanya sebuah kolam ikan yang tinggal. © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
9
Bahasa Malaysia PT3 Antologi dan Novel TIngkatan 1
Pada suatu hari, ketika Si Bongsu ke kolam peninggalan ibu bapanya itu. Dia ternampak tujuh orang wanita baru selesai mandi di kolam itu. Mereka bersiap-siap untuk pulang ke kayangan. Si Bongsu menghampiri mereka dan meminta izin untuk mengikut mereka ke kayangan. Permintaan Si Bongsu diperkenankan oleh wanita-wanita itu. Si Bongsu pun mengikuti mereka pulang ke kayangan. Mereka naik ke kayangan menggunakan pelangi sebagai tangga. Setibanya di kayangan, kesemua wanita iu menghilangkan diri. Tidak lama kemudian, Si Bongsu melihat benda kuning yang berkilau-kilau yang sedang dijemur. Si Bongsu menyangka bahawa benda kuning itu ialah selonggok emas. Setelah diterangkan oleh orang yang menjemur benda itu, barulah dia tahu bahawa benda kuning itu ialah padi dan sangat enak dimakan. Si Bongsu meminta izin untuk mendapatkan padi tersebut, tetapi empunya padi itu tidak membenarkan dia mengambilnya. Pada suatu hari, Si Bongsu mengambil segenggam padi lalu dimasukkan ke dalam mulutnya untuk dibawa pulang ke bumi. Malangnya empunya pada itu menyedari padinya telah dicuri oleh Si Bongsu. Empunya padi itu mengejar Si Bongsu dan berjaya menangkap Si Bongsu di tangga pelangi. Kesemua padi yang diambil oleh Si Bongsu telah dirampas semula. Kaki Si Bongsu telah tercedera dan berlubang. Si Bongsu yang kesakitan meminta izin untuk tinggal di kayangan sementara lukanya sembuh dan orang kayangan itu mengizinkan Si Bongsu tinggal di kayangan. Kini, kerja-kerja menjaga padi telah diambil alih oleh Si Bongsu. Setelah lukanya sembuh, Si Bongsu bertekad untuk mengambil sedikit padi untuk dibawa pulang ke bumi. Si Bongsu telah mengambil segenggam padi dan menyembunyikannya di dalam lubang luka pada kakinya. Kemudian, dia meminta izin daripada orang kayangan untuk pulang ke bumi. Orang kayangan mengatakan bahawa dia akan memeriksa Si Bongsu. Si Bongsu dalam keadaan tenang membenarkan orang kayangan memeriksanya dan mengatakan bahawa dia sudah bertaubat dan tidak akan sesekali mencuri. Orang kayangan mempercayai katakata Si Bongsu dan melepaskan Si Bongsu balik ke bumi. Sesampainya di bumi, Si Bongsu segera membuat ladang dan menanam padi yang dicuri dari kayangan itu. Padi yang ditanam hidup dengan subur manakala padi di kayangan tidak menjadi. Oleh sebab itulah, orang kayangan tidak membenarkan padi ditanam di bumi. Apabila padi di kayangan tidak menjadi bermakna padi mereka telah dicuri dan berjaya ditanam di bumi. Orang kayangan memerintahkan burung pipit untuk menyiasat di bumi. Sesampainya di bumi, pipit mendapati bahawa padi hidup dengan subur dan pipit makan padi yang sedang menguning itu tetapi apabila pulang ke kayangan, pipit memberitahu orang kayangan bahawa di bumi tiada padi yang hidup. Orang kayangan tidak mempercayai pipit kerana terdapat kesan padi di paruhnya. Orang kayangan menitahkan Si Tekuri pula menyiasat sama ada padi tumbuh di bumi atau tidak. Orang kayangan mengatakan bahawa sekiranya padi ada di bumi. Si Tekuri perlu membunuh pipit manakala jika tiada, pipit yang akan membunuh Si Tekuri. Sesampainya di bumi, ternyata pipit telah berbohong dan Si Tekuri telah membunuh pipit dengan menyepit kerongkong pipit sekuat-kuatnya sehingga temboloknya berputar ke arah tengkuknya. Itulah asal kejadian pipit mempunyai tembolok di bahagian tengkok dan wujudnya padi di bumi.
Tema Kebijaksanaan dalam menyelesaikan masalah. Si Bongsu berfikir bersungguh-sungguh untuk membawa padi dari kayangan pulang ke bumi. Walaupun usahanya pada kali pertama gagal, Si Bongsu tidak putus asa dan berusaha lagi. Akhirnya, Si Bongsu berjaya membawa padi ke bumi.
10
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
Bahasa Malaysia PT3 Antologi dan Novel TIngkatan 1
Persoalan 1. Nasib malang yang menimpa anak yatim. 2. Kebijaksanaan dalam menghadapi cabaran. 3. Keberanian dalam menghadapi dugaan. 4. Kegigihan dan ketabahan dalam mengejar cita-cita. 5. Kesanggupan berbohong untuk mendapatkan sesuatu.
Plot Binaan Plot
Permulaan Si Bongsu dan abangnya kematian ibu bapa. Mereka jatuh miskin setelah segala harta peninggalan ibu bapa mereka dicuri.
Klimaks Si Bongsu ditangkap oleh orang kayangan lalu dihempaskannya di tangga pelangi sehingga tumit Si Bongsu luka.
Perkembangan Si Bongsu mengikut tujuh orang wanita pulang ke kayangan. Di kayangan, Si Bongsu ternampak benda kuning sedang dijemur. Pada sangkaannya benda itu emas. Empunya benda itu menyatakan bahawa benda itu ialah padi.
Peleraian Padi tumbuh dengan subur di bumi. Pipit mati akibat Si Tekuri menyepit tengkoknya kerana berbohong kepada tuan empunya padi.
Teknik Plot Pelbagai teknik plot digunakan oleh pengarang seperti pemerian, dialog, imbas kembali, monolog dalaman, dan monolog bagi menjadikan karyanya lebih menarik. 1. Teknik pemerian Teknik pemerian ialah pengarang menggambarkan atau menerangkan sesuatu peristiwa yang berlaku dalam sesebuah cerita. Contohnya: Hatta, maka pada suatu hari pergilah Si Bongsu melihat-lihat kolam ikan peninggalan orang tuanya. Didapati dekat kolam itu tujuh orang wanita baru sahaja selesai mandi dan sedang bersiap-siap untuk berangkat pulang. (hal. 20)
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
11
Bahasa Malaysia PT3 Antologi dan Novel TIngkatan 1
2. Teknik dialog Teknik dialog digunakan bagi menghidupkan jalan cerita. Dialog ialah perbualan atau pertuturan antara watak-watak yang wujud dalam sesebuah cerita. Contohnya: “Jikalau tuan hamba tidak keberatan, perkenankanlah kiranya saya turut sama.” (hal. 20) 3. Teknik monolog luaran Monolog luaran ialah perbualan secara bersendirian. Contohnya: Kemudian anak yatim piatu itu berkata lagi kepada dirinya sendiri, “Biarlah kucari akal yang sebaik-baiknya untuk membawa padi itu ke bumi. Saya akan menyembunyikan beberapa butir padi di dalam lubang yang ada pada lukaku. Kemudian, saya akan meminta diri dengan baikbaik. (hal. 25) 4. Teknik monolog dalaman Monolog dalaman ialah perbualan secara bersendirian di dalam hati. Contohnya: Ia pun berfikir, “Jikalau saya kembali ke bumi dengan diam-diam tanpa diketahui oleh yang empunya padi ini, nescaya orang kayangan itu akan mengejar dan menangkap saya lagi.” (hal. 25)
Watak dan Perwatakan Si Bongsu (Watak utama) 1. Anak bongsu dalam keluarga. 2. Mempunyai seorang abang yang cacat. 3. Anak yatim piatu yang malang. 4. Seorang yang miskin kerana harta pusaka yang patut diwarisinya telah dicuri oleh orang. 5. Seorang yang bijaksana. 6. Seorang yang tabah, gigih, dan tidak mudah berputus asa. Orang Kayangan 1. 2. 3. 4. 5.
Memiliki sebuah dusun padi di kayangan. Menjaga padi daripada dibawa turun ke bumi Tinggal di kayangan. Baik hati kerana membenarkan Si Bongsu merasai keenakan nasi. Seorang yang pemaaf dan sanggup menerima Si Bongsu untuk menjaga padinya di kayangan.
Burung Pipit 1. Berasal dari kayangan. 2. Tidak amanah apabila mengatakan bahawa padi tidak tumbuh di bumi walaupun telah banyak makan padi di bumi. 3. Mati disepit oleh Si Tekuri. Burung Tekuri 1. Ditugaskan untuk menemani burung pipit ke bumi untuk memeriksa tumbuh-tumbuhan padi. 2. Bersikap amanah apabila menyepit tembolok burung pipit yang menipu.
12
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
Bahasa Malaysia PT3 Antologi dan Novel TIngkatan 1
Latar
Zaman dahulu kala
1442443
Latar masyarakat
123
Latar masa
1442443
14444444244444443
LATAR
Latar tempat
1. Di kolam ikan – Tempat Si Bongsu menemukan tujuh orang wanita. 2. Di kayangan – Tempat tinggal tujuh orang wanita yang mandi di kolam Si Bongsu dan orang kayangan yang menjaga padi. 3. Di bumi – Tempat tinggal Si Bongsu dan abangnya.
1. Masyarakat kampung – Masyarakat kampung bekerja sebagai penternak 2. Masyarakat kayangan – Tujuh orang wanita kayangan dan orang kayangan ialah pemilik padi. 3. Masyarakat haiwan – Si Pipit dan Si Tekuri tinggal di kayangan.
Gaya Bahasa 1. Sinkope. Contohnya: “Jikalau demikian kehendakmu, baiklah. Akan tetapi jangan lagi kamu selalu ingin mencuba untuk mencuri dan membawa lari padiku.” (hal. 24) 2. Peribahasa. Contohnya: untung tidak dapat diraih, malang tidak dapat ditolak. (hal. 27) 3. Kata ganda. Contohnya: “Sekarang saya betul-betul jera mengambil apa-apa”. (hal.26) 4. Simile. Contohnya: Kakinya kerekot, jari-jari kakinya tumbuh melekat satu sama lain, seperti kaki itik dan kedua-dua tumitnya berlubang. (hal. 19)
Nilai 1. Gigih – Si Bongsu tidak berputus asa untuk mendapatkan padi untuk dibawa ke bumi. 2. Baik hati – Empunya padi membenarkan Si Bongsu untuk mengikutnya ke kayangan semula walaupun Si Bongsu telah mencuri padinya. 3. Kerajinan – Si Bongsu menanam padi di bumi. Padi hidup subur dan berbuah lebat. 4. Keberanian – Berani mempertaruhkan nyawanya untuk mengambil segenggam padi dari kayangan untuk ditanam di bumi. 5. Kebijaksanaan – Si Bongsu menyorokkan padi di dalam lubang pada kakinya yang luka sebelum meminta izin untuk pulang ke bumi.
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
13
Bahasa Malaysia PT3 Antologi dan Novel TIngkatan 1
Pengajaran 1. Kita hendaklah bersungguh-sungguh melakukan sesuatu. Contohnya, Si Bongsu bersungguhsungguh membawa pulang padi untuk ditanam di bumi. 2. Kita hendaklah tabah mengharungi dugaan hidup. Contohnya, Si Bongsu tabah mengharungi kepayahan hidup bersama-sama abangnya yang cacat. 3. Kita hendaklah menjaga tingkah laku dan tidak mengambil hak orang lain. Contohnya, si penjahat telah mencuri harta-harta peninggalan ibu bapa Si Bongsu. 4. Kita hendaklah amanah melakukan sesuatu pekerjaan. Contohnya, orang kayangan (pemilik padi) amanah menjaga padinya agar tidak terlepas ke bumi.
Analisis Cerpen Oren Sinopsis
Telah empat hari Oren hilang dari rumah. Aku, Azura, Anis, dan ayah risau akan keselamatan Oren. Dua hari yang lalu, Anis ada melihat Oren bermain-main di bawah pokok tua di taman permainan di halaman rumah dan pada pagi tadi Azura melihat Oren di tepi longkang di belakang rumah. Namun demikian, Oren belum lagi muncul-muncul di rumah. Sebelum hilang dari rumah, Oren enggan makan makanan yang disediakan oleh ayah. Untuk menghilangkan kerisauan, ayah membelai-belai Kelabu di pangkuannya. Walaupun ayah membelai Kelabu tetapi ayah masih memikirkan tentang Oren. Ayah membawa Oren pulang ke rumah setelah ayah terlanggar ibunya. Setelah itu, ayah berjanji akan memelihara Oren seperti anaknya sendiri. Oleh sebab bulu kucing itu berwarna oren, maka ayah menamakan kucing itu Oren. Oren pula pandai mengurus diri. Oren membuang najis di dalam tandas bukan seperti Kelabu. Kelabu ialah kucing yang ayah temuikan sewaktu ayah dalam perjalanan pulang ke rumah dari tempat kerja. Ayah menamakan kucing itu Kelabu kerana bulunya berwarna kelabu. Ayah memelihara Kelabu untuk menemankan Oren bermain-main di rumah tetapi Oren tidak serasi dengan Kelabu. Akhirnya, Oren merajuk lalu lari dari rumah. Ayah bermimpi Oren pulang ke rumah. Semalaman ayah berbual-bual dengan Oren di ruang tamu. Setelah terkejut daripada tidur, ayah terpinga-pinga mencari Oren. Ayah sedar bahawa dia hanya bermimpi. Ayah memberitahu hal tersebut kepada kami di meja makan. Tiba-tiba, Anis muncul di ruang dapur membawa bangkai Oren. Oren mati kerana dihempap sebatang pokok tua di taman permainan pada hari semalam. Ayah menangis.
Tema Perasaan kasih sayang yang terjalin antara manusia dan haiwan. Ayah memelihara Oren setelah Oren kematian ibu akibat dilangar oleh ayah. Ayah memelihara Oren dengan penuh kasih sayang, kemudian ayah memelihara Kelabu untuk menemankan Oren bermain-main. Kedua-dua ekor kucing tersebut disayangi oleh ayah sekeluarga.
14
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
Bahasa Malaysia PT3 Antologi dan Novel TIngkatan 1
Persoalan 1. Keprihatinan antara ahli keluarga. 2. Rasa simpati terhadap haiwan. 3. Tanggungjawab terhadap haiwan peliharaan. 4. Menjaga perasaan orang lain. 5. Sifat cemburu antara makhluk Tuhan.
Plot Binaan Plot
Permulaan Oren hilang dari rumah. Pelbagai persoalan yang timbul pada fikiran ayah, Azura, dan Anis.
Klimaks Ayah bermimpi Oren telah pulang ke rumah. Ayah berbual-bual dan mencium pipi Oren berulang-ulang kali di ruang tamu.
Perkembangan Ayah mengimbas peristiwa pertemuannya dengan Oren kembali. Ayah telah melanggar ibu Oren. Ayah simpati apabila melihat Oren mengiau-ngiau di hadapan ibunya yang telah mati. Ayah membawa Oren pulang ke rumah.
Peleraian Oren ditemukan telah mati dihempap sebatang pokok tua yang tumbang di taman permainan. Ayah sangat sedih.
Teknik Plot 1. Teknik dialog. Contohnya: Cepat-cepat anak bongsunya itu mendukung anak kucing tersebut sambil bertanya, “Apakah namanya?” Dengan spontan dia menjawab, “Oren.” (hal. 35) 2. Teknik monolog. Contohnya: “Mungkin sejak kedatangan Kelabu, aku telah mengabaikan Oren,” bisiknya kepada diri sendiri. (hal. 35) 3. Teknik imbas kembali. Contohnya: (a) Apabila melihat Kelabu, aku terimbas kembali tentang kucing itu yang dipungut sewaktu ayah pulang dari tempat kerja. Keadaan Kelabu yang tidak terurus dan kurus dahulu kini telah berubah dan kurus dahulu kini telah berubah. (hal. 33)
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
15
Bahasa Malaysia PT3 Antologi dan Novel TIngkatan 1
(b) Petang itu, dia pulang dari pejabat agak lewat daripada biasa. Sedang dia memandu keretanya di jalan taman perumahannya, tiba-tiba dia berasa bahawa dia terlanggar sesuatu. Kemudian dia memberhentikan kereta untuk meninjau benda yang dilanggarnya itu. Dia hanya mampu mengucap apabila seekor kucing terlantar mati di bawah tayar keretanya. (hal. 35) 4. Teknik pemerian. Contohnya: (a) Malam itu, ayah hanya menjamah makan malam sedikit sahaja dan katanya dia tidak berselera. Kami tahu akan sebabnya dan tidak menyangka bahawa ayah terlalu risau akan Oren. Apabila selesai sahaja membasuh tangannya, ayah terus ke ruang tamu. (hal. 34) (b) Isterinya hairan kerana suaminya tiba-tiba membawa pulang seekor anak kucing. Isterinya tahu dia tidak berminat untuk memelihara kucing kerana telah beberapa kali anaknya, Azura dan Anis meminta ibunya untuk memelihara haiwan tersebut tetapi dia tidak membenarkannya. (hal. 33)
Watak dan Perwatakan Ayah 1. Ayah kepada aku, Azura, dan Anis. 2. Bersikap prihatin dan simpati apabila memelihara Oren dan Kelabu yang ditemukan terbiar di jalan raya. 3. Berpegang teguh pada janji apabila ayah memelihara Oren kerana dia telah berjanji kepada dirinya yang telah melanggar ibu Oren hingga mati. 4. Bersikap pilih kasih apabila menyayangi Kelabu lebih daripada Oren kerana Kelabu menunjukkan reaksi yang lebih manja. Oren 1. Seekor anak kucing jantan berwarna oren. 2. Ibunya mati dilanggar oleh ayah. 3. Bersikap pembersih kerana membuang najis di dalam tandas atau di dalam longkang. 4. Berasa iri hati terhadap Kelabu kerana Kelabu lebih mesra dengan ayah. 5. Lebih suka menyendiri, pendiam, dan pemalas. 6. Mati dihempap sebatang pokok tua yang tumbang kerana dipukul angin kencang. Kelabu 1. Kucing yang dikutip oleh ayah selepas Oren. 2. Bulunya berwarna kelabu dan menarik seperti kucing siam. 3. Kucing yang amat manja dan jinak. 4. Sering menyambut ayah pulang dari pejabat. 5. Tangkas, lincah, dan rajin menyambut ayah pulang dari pejabat. 6. Membuang najis di merata-rata tempat di dalam rumah. 16
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
Bahasa Malaysia PT3 Antologi dan Novel TIngkatan 1
Latar
144444424444443
Latar masyarakat
1. Pertengahan Disember – Sudah seminggu pada masa ini, hampir setiap malam hujan turun diiringi guruh dan angin. 2. Pada waktu pagi – Di meja makan, ayah memberitahu kami bahawa dia bermimpi Oren pulang ke rumah dan hampir semalaman Oren bersama-sama ayah di ruang tamu. 3. Pada waktu petang – Ayah pulang dari pejabat agak lewat daripada biasa. Pada masa itu, ayah terlanggar seekor kucing. 4. Pada waktu malam – Ayah hanya menjamah sedikit makanan pada waktu malam kerana tidak berselera.
1444442444443
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
Latar masa
14444244443
144444444444442444444444444443
LATAR
Latar tempat
1. Rumah – Aku memberitahu ayah bahawa dia melihat kelibat Oren di tepi longkang di belakang rumah. 2. Jalan raya – Ayah terlanggar seekor kucing. Ayah berasa tersentuh apabila melihat seekor anak kucing mengiau-ngiau di hadapan kucing yang dilanggarnya itu. 3. Taman permainan – Anis melihat Oren sedang bermain-main di bawah pokok tua di taman permainan di hadapan rumah.
1. Masyarakat yang risau akan kehilangan haiwan peliharaannya – Ayah amat risau akan keadaan Oren setelah beberapa hari tidak nampak kelibatnya. 2. Masyarakat yang bertanggungjawab setelah melakukan kesalahan – Ayah membawa pulang Oren setelah dia berasa bersalah setelah terlanggar ibunya. 3. Masyarakat yang membela haiwan peliharaan – Keluarga ini membela dua ekor kucing. 4. Masyarakat yang memahami perasaan orang lain – Isteri dan anak-anak ayah sentiasa menjaga pertuturan mereka agar ayah tidak terus berasa sedih.
17
Bahasa Malaysia PT3 Antologi dan Novel TIngkatan 1
Gaya Bahasa 1. Simile. Contohnya: (a) Bulunya yang berwarna kelabu menjadikannya tampak menarik seperti kucing siam. (hal. 33) (b) Dahulu, dia berjanji untuk memelihara Oren seperti anaknya sendiri. (hal. 38) 2. Peribahasa. Contohnya: Aku juga tidak mahu menambah rasa bersalah ayah tentang sikap pilih kasihnya terhadap Oren sehingga Oren tidak pulang ke rumah. (hal. 34) 3. Personifikasi. Contohnya: (a) Di hadapannya kelihatan Oren dengan raut wajahnya yang sayu. (hal. 38) (b) Kelabulah yang selalu menyambutnya. (hal. 37) (c) Kelabu pandai mengambil kesempatan. (hal. 35)
Nilai 1. Kasih sayang – Ayah menyayangi Oren dan emosinya terganggu setelah Oren hilang. 2. Simpati – Ayah membawa Oren pulang ke rumah kerana perasaan bertanggungjawab setelah melanggar ibu Oren. 3. Prihatin – Keluarga ayah tidak mengemukakan pandangan yang akan menyebabkan ayah bertambah risau. 4. Bekerjasama – Aku, Azura, dan Anis mencari Oren yang telah hilang untuk menghilangkan kerisauan ayah.
Pengajaran 1. 2. 3. 4. 5. 6.
Kita hendaklah belas kasihan terhadap makhluk lain. Kita hendaklah bertanggungjawab atas kesalahan yang telah kita lakukan. Kita hendaklah menghormati perasaan orang yang sedang ditimpa masalah. Kita hendaklah bersifat prihatin dengan masalah yang dihadapi oleh orang lain. Kita hendaklah bersikap proaktif bukan pasif supaya kita tidak diperlekehkan. Kita hendaklah bersikap adil sesiapa sahaja walaupun pada binatang peliharaan.
Hadiah Sinopsis
Azizah sangat risau kerana rakan-rakan sekelasnya telahpun berbincang tentang hadiah-hadiah yang akan diberikan kepada guru kesayangan masing-masing pada Hari Guru. Rahimah telah membeli bunga di dalam kotak plastik untuk diberikan kepada Cikgu Khalid. Zaiton akan membeli sebuah novel untuk Cikgu Faridah kerana Cikgu Faridah selalu memberikan markah yang tinggi untuk karangannya. Hamidah akan menghadiahi Cikgu Azimah pasu bunga yang dibeli oleh ibunya di Paris. Aliza akan memberikan kain tenun sutera kepada Cikgu Azimah. Rashid akan menghadiahi Cikgu Firdaus sebuah model masjid kerana Cikgu Firdaus akan berkahwin pada bulan depan. Model masjid itu dibuat oleh abangnya sendiri dengan menggunakan kayu-kayu yang bermutu tinggi. Hashim pula akan 18
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
Bahasa Malaysia PT3 Antologi dan Novel TIngkatan 1
menghadiahi Ustazah Salma tuala muka kerana Ustazah Salma tidak pernah memarahinya. Azizah hanya mendengar perbualan rakan-rakannya itu tanpa berkata apa-apa kerana dia miskin dan tidak mempunyai wang. Bapa Azizah bekerja sebagai penarik beca dan emaknya pula cacat sebelah kaki. Untuk membantu keluarga, emaknya mengambil upah menganyam tikar mengkuang. Azizah berharap agar dapat memberikan sesuatu kepada Cikgu Zaleha kerana Cikgu Zaleha selalu memujinya rajin belajar dan berdisiplin. Oleh itu, Azizah hendak meminjam wang daripada ibunya. Ibunya juga tidak dapat memberikan wang kepada Azizah kerana dia perlu mengirimkan wang kepada anak lelakinya yang sedang belajar di UiTM. Azizah mencuba untuk meminjam wang daripada bapanya pula. Bapanya hanya mempunyai sedikit wang untuk membayar hutang barang di kedai Tong Seng. Wang di dalam tabung Azizah hanya mengandungi RM1.80 sahaja. Lantaran itu, ibu Azizah mencadangkan agar Azizah membuat sendiri hadiah untuk guru kesayangannya. Aziah bersetuju dengan cadangan ibunya itu. Azizah membuat satu set tudung saji hiasan. Anyamannya sungguh halus dan menarik. Setelah siap, hadiah itu dibungkus dengan menggunakan surat khabar kemudian diserahkan kepada Cikgu Zaleha pada Hari Guru. Cikgu Zaleha sangat gembira menerima hadiah tersebut tetapi Cikgu Zaleha mahu hadiah yang lebih besar lagi daripada Azizah, iaitu penyertaannya dalam Pertandingan Kraf Tangan Peringkat Daerah. Cikgu Zaleha yakin bahawa Azizah layak menyertai pertandingan tersebut kerana dia seorang murid yang serba boleh, rajin, dan kuat berusaha. Akhirnya, Azizah mendapat johan pada peringkat daerah dan naib johan pada peringkat negeri. Pada peringkat kebangsaan Azizah menang dalam kategori Karya Inovatif. Azizah mengambil masa kira-kira empat puluh lapan minggu untuk membuat tudung saji 20 beradik bermula dari saiz seinci hingga saiz empat puluh lapan inci manakala Cikgu Zaleha memenangi kategori Guru Inovatif pada Hari Guru Peringkat Daerah.
Tema Kegigihan dan kecekalan seorang murid yang miskin untuk memberikan hadiah kepada guru kesayangannya. Azizah telah membuat satu set tudung saji untuk Cikgu Zaleha pada hari guru. Cikgu Zaleha amat gembira.
Persoalan 1. Kasih sayang seorang murid terhadap guru-guru. 2. Usaha gigih seorang anak murid untuk membalas jasa guru. 3. Kegigihan individu untuk menaik taraf sesuatu produk. 4. Kasih sayang seorang ibu terhadap anak-anaknya. 5. Berjimat cermat dalam perbelanjaan.
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
19
Bahasa Malaysia PT3 Antologi dan Novel TIngkatan 1
Plot Binaan Plot
Permulaan Kawan-kawan Azizah bercerita tentang hadiah-hadiah yang akan diberikan kepada cikgu kesayangan masing-masing.
Klimaks Azizah menghadiahkan satu set tudung saji kepada Cikgu Zaleha pada Hari Guru itu. Cikgu Zaleha meminta Azizah menyertai Pertandingan Kraf Tangan Peringkat Daerah. Azizah bersetuju.
Perkembangan Azizah bersedih kerana tidak mempunyai wang untuk membeli hadiah. Ibu Azizah mencadangkan kepada Azizah supaya dia menganyam satu set tudung saji untuk Cikgu Zaleha. Azizah bersetuju.
Peleraian Azizah menyertai Pertandingan Kraf Tangan. Azizah mendapat johan dalam Pertandingan Kraf Tangan Peringkat Kebangsaan dan naib johan pada peringkat negeri. Cikgu Zaleha pula telah memenangi kategori Guru Inovatif pada sambutan Hari Guru Peringkat Daerah.
Teknik Plot 1. Teknik pemerian. Contohnya: (a) Azizah membuka tabung arnabnya yang dihadiahkan oleh Abang Azman sebelum pergi ke Universiti Teknologi Mara setahun yang lalu. Azizah mengira wang yang terkumpul dalam tabungnya. Wang yang ada belum cukup dua ringgit. (hal 46) (b) Semua orang bercakap-cakap tentang Hari Guru yang bakal menjelma tidak lama lagi. Rahimah akan menghadiahi Cikgu Khalid bunga di dalam kotak plastik. Rahimah selalu bercerita tentang bunga yang dibelinya. Kata Rahimah, harganya mahal, sepuluh ringgit. (hal. 41) 2. Teknik dialog. Contohnya: (a) “Kau nak berikan benda itu kepada siapa?” tanya Zaiton. “Kepada Cikgu Firdauslah. Bukankah dia akan berkahwin pada bulan depan?” kata Rashid dengan yakin. (hal. 44) (b) “Bohong!” bentak Azizah, marah. “Buat apa mak nak bohong kau, Zizah,” jawab emak, lemah dan sayu. “Hari tu Zizah nampak mak kira duit banyak.” “Itu duit abang Azman kau di UiTM, dia nak gunakan duit untuk membayar yuran,” kata emak perlahan. (hal. 44) 3. Teknik saspens. Contohnya: Tentu Cikgu Zaleha suka akan anyamannya yang halus dan menarik itu. Atau mungkin hadiahnya paling akhir dibuka kerana ringan … atau mungkin Cikgu Zaleha tidak … (hal. 50) 4. Teknik monolog. Contohnya: “Nak beli apa? Kalau majalah, cikgu selalu baca di pusat sumber lagipun majalah juga mahal. Harganya tiga ringgit lima puluh sen senaskhah. Nak beli apa ya? fikir Azizah. (hal. 46) 20
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
Bahasa Malaysia PT3 Antologi dan Novel TIngkatan 1
Watak dan Perwatakan Azizah 1. Murid sekolah rendah yang akan mengambil peperiksaan UPSR. 2. Seorang yang pandai menganyam. 3. Seorang yang berani menyahut cabaran dengan menyertai Pertandingan Kraf Tangan Peringkat Daerah dan Pertandingan Kraf Tangan Peringkat Negeri. 4. Seorang yang kreatif. 5. Anak yang mendengar kata. Cikgu Zaleha 1. 2. 3. 4.
Guru sekolah rendah. Seorang yang suka memberikan galakan kepada anak muridnya. Seorang guru yang mahu mengembangkan bakat anak muridnya. Seorang guru yang penyayang
Ibu Azizah 1. 2. 3. 4. 5.
Ibu kepada Azizah dan Azman. Seorang yang cacat sebelah kaki. Mengambil upah menganyam tikar mengkuang. Seorang yang penyabar. Seorang yang berjimat cermat dengan berbelanja cara berhemah untuk membayar yuran pengajian Azman di UiTM. 6. Seorang yang bijak apabila menyarankan Azizah menganyam satu set satu tudung hiasan untuk Cikgu Zaleha. 1. Di sekolah – Tempat kawan-kawan Azizah berbincang tentang hadiah untuk guru kesayangan mereka. 2. Di rumah – Tempat Azizah meminta wang daripada ibu dan bapanya.
Latar masa
123
Latar masyarakat
1444442444443
144444442444444443
LATAR
Latar tempat
14243
Latar
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
1. Pada waktu pagi – Azizah mengayuh basikal ke sekolah. 2. Pada waktu petang – Azizah menganyam tudung saji untuk gurunya. 1. Masyarakat yang suka bermegah-megah dengan hadiah yang akan dihadiahkan kepada seseorang. 2. Masyarakat orang miskin. 3. Masyarakat yang terikut-ikut dengan kawan yang suka menunjuknunjuk. 4. Masyarakat yang malu dengan status diri. 5. Masyarakat yang memberikan galakan untuk mengembangkan bakat individu tertentu. 6. Masyarakat yang berlatih dengan bersungguh-sungguh untuk mengasah bakat. 7. Masyarakat yang gigih berusaha untuk mencari rezeki yang halal. 21
Bahasa Malaysia PT3 Antologi dan Novel TIngkatan 1
Gaya Bahasa 1. Responsi. Contohnya: “Betul?” tanya Azizah. Emaknya mengangguk pula. “Sungguh?” tanya Azizah lagi. Emaknya mengangguk lagi. (hal. 44) 2. Sinkope. Contohnya: Aku nak beli tuala muka yang istimewa buat Ustazah Salma. …” (hal. 44) 3. Anafora. Contohnya: “Hadiah apa pulanya ini?” tanya bapa separuh kehairanan. “Hadiah hari guru.” “Untuk siapa?” tanya emak pula. Keningnya berkerut. “Untuk Cikgu Zaleha.” (hal. 48) 4. Sinkope. Contohnya: “Kau nak berikan benda itu kepada siapa?” tanya Zaiton. (hal. 44)
Nilai 1. Kerajinan – Azizah rajin ke sekolah walaupun rumahnya terletak tiga kilometer dari sekolah. 2. Kegigihan – Azizah gigih berlatih untuk pertandingan kraf tangan. Dia mencuba pelbagai variasi warna untuk membuatkan kraf tangannya nampak menarik. 3. Kasih sayang – Azizah menyayangi Cikgu Zaleha dan hendak memberikan hadiah kepada gurunya. 4. Berjimat cermat – Azizah menabung dan menggunakan duit tersebut untuk keperluannya. 5. Keberanian – Azizah menyahut cabaran dengan menyertai pertandingan kraf tangan. 6. Kejujuran – Azizah berterus terang kepada gurunya bahawa keluarganya orang susah. 7. Prihatin – Cikgu Zaleha dapat mengesan bakat Azizah dalam bidang kerja tangan.
Pengajaran 1. Kita haruslah rajin berusaha untuk mencapai kejayaan. 2. Kita haruslah bersabar dengan tingkah laku anak-anak. 3. Kita haruslah memberikan galakan kepada seseorang untuk mengasah bakatnya. 4. Kita haruslah berjimat cermat dalam perbelanjaan. 5. Kita haruslah bersifat inovatif untuk mencipta barangan yang berkualiti.
Kuih Bakul Limau Mandarin Sinopsis Sim Pau, berasa sangat gembira apabila menerima panggilan daripada anaknya, Lim Meng yang mengatakan bahawa dia akan pulang untuk menyambut Tahun Baharu Cina. Namun begitu, hasrat Lim Meng itu ditentang oleh Lim Pooi. Lim Pooi menganggap Lim Meng banyak membawa petaka dalam keluarganya. Sejak Lim Meng dilahirkan, perniagaan
22
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
Bahasa Malaysia PT3 Antologi dan Novel TIngkatan 1
Lim Pooi lingkup, kecurian banyak berlaku, dan hidupnya tidak tenang. Menurut Lim Pooi, Lim Meng jugalah yang menyebabkan anak lelakinya, Lim Foong mati lemas di sungai. Sim Pau membela Lim Meng. Baginya, Lim Meng tidak bersalah. Semua masalah yang menimpa keluarga mereka berpunca daripada Lim Pooi. Sim Pau menceritakan kesalahan Lim Pooi terhadap anak perempuannya, Lim Meng. Dia menceritakan kembali apabila Lim Meng mengadu bahawa dia ternampak Lim Foong mencuri duit di kedai, Lim Pooi tidak percaya dan memarahi Lim Meng. Lim Meng juga mengadu kepada Sim Pau bahawa Lim Foong menggunakan duit yang dicurinya untuk berjudi. Dia juga menceritakan salah laku Lim Pooi yang menyembunyikan barang jualan untuk menaikkan harga barang jualan menyebabkan pelanggan terpaksa berhutang dan dia juga menambah bunga kepada hutang-hutang tersebut menyebabkan pelanggan tidak percaya kepada Lim Pooi lagi. Lalu, perniagaannya pun lingkup. Semua musibah yang berlaku diarahkan kepada Lim Meng yang dikatakan tidak membawa tuah. Sim Pau juga menceritakan sebab Lim Foong meninggal dunia. Lim Foong lemas kerana ingin bersembunyi daripada penuntut hutang kerana berjudi. Lim Meng ternampak Lim Foong terkapai-kapai lalu mencuba untuk menyelamatkan Lim Foong tetapi dia sendiri yang lemas. Kebetulan Sudin ternampak kejadian itu lalu dia berjaya menyelamatkan Lim Meng tetapi dia tidak sempat untuk menyelamatkan Lim Foong. Sim Pau juga menceritakan salah seorang orang kampung ternampak orang yang menuntut hutang dari Lim Foong telah membakar kedai Lim Pooi. Penerangan Sim Pau itu telah menyedarkan Lim Pooi dan mengakui kesalahannya. Sim Pau menyuruh Lim Pooi meminta maaf kepada Lim Meng. Tahun Baharu Cina bakal menjelma tetapi Sim Pau dan Lim Pooi tidak melakukan apaapa persediaan. Mereka hanya ingin melihat anak perempuan mereka. Lim Pooi jatuh sakit tetapi tidak mahu pergi ke klinik. Alasannya, sakit itu hanya boleh diubati oleh Lim Meng. Lim Meng tiba di rumah. Sim Pau dan Lim Meng berpelukan tetapi apabila dia ternampak Lim Pooi, dia ingin pergi tetapi setelah papanya memanggilnya dan meminta maaf, Lim Meng segera memeluk Lim Pooi. Kemudian, mereka telah melakukan persiapan untuk menyambut Tahun Bahari Cina. Lim Pooi pergi membeli air kotak, kacang goreng, dan limau mandarin dengan menaiki motosikalnya.
Tema Kehidupan dalam sebuah keluarga yang porak-peranda kerana mempercayai ramalan atau tilikan. Lim Pooi menuduh Lim Meng membawa malang dalam keluarga kerana semenjak kelahiran Lim Meng, perniagaan Lim Pooi lingkup dan anak kesayangannya, Lim Foong mati kerana kononnya mahu menyelamatkan Lim Meng daripada mati lemas. Oleh sebab itu, Lim Meng dihalau dari rumah. Akhirnya, Lim Pooi mengakui kesalahannya dan meminta maaf.
Persoalan 1. 2. 3. 4. 5.
Judi merosakkan masyarakat. Keburukan mempercayai ramalan atau tilikan. Hari perayaan dapat merapatkan hubungan kekeluargaan. Tolong-menolong tanpa mengira perbezaan bangsa dan agama. Hukuman kepada orang yang melanggar undang-undang negara.
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
23
Bahasa Malaysia PT3 Antologi dan Novel TIngkatan 1
Binaan Plot Permulaan Sim pau memberitahu Lim Pooi bahawa Lim Meng akan pulang untuk meraikan Tahun Baharu Cina. Lim Pooi tidak mahu menerima kepulangan anak perempuannya itu.
Klimaks Lim Meng pulang ke rumah. Lim Meng dan ayahnya berpeluk-pelukan dan bermaaf-maafan.
Perkembangan Sim Pau menyedarkan Lim Pooi bahawa Lim Meng tidak bersalah. Kematian Lim Foong, perniagaannya lingkup, dan kedainya terbakar tiada kaitan dengan Lim Meng.
Peleraian Lim Pooi membeli limau mandarin, air kotak, dan kacang di bandar untuk meraikan Tahun Baharu Cina.
Teknik Plot 1. Teknik pemerian. Contohnya: (a) Lim Pooi bertambah-tambah terkejutnya. Dia tidak menyangka suara merdu Sim Pau boleh bertukar segarang ini. Bingkai gambar yang ada dalam tangannya jatuh ke lantai. Bebola matanya mundar-mandir antara bingkai gambar itu dengan wajah Sim Pau yang sudah membengis. (hal. 57) (b) Beberapa hari lagi Tahun Baharu Cina akan tiba. Kebanyakan jiran mereka sudah membuat persiapan untuk perayaan yang disambut setahun sekali itu tetapi rumah mereka masih begitu. Tiada persiapan apa-apa pun yang dibuat. Mereka sibuk mencari Lim Meng. (hal. 60) 2. Teknik dialog. Contohnya: (a) “Dari mana kau tahu semua ini, Sim Pau?” Lim Pooi kembali bersuara. “Dah lama aku tahu tapi aku sengaja tidak mahu hebohkan. Aku tak mahu bagi tahu kau. Aku nak tengok sejauh mana ego kau tu.” (hal. 60) (b) “Eh, mama ada buat kuih bakul?” “Belum. Belum lagi,” jawab Sim Pau sambil menyeka air mata kegembiraan yang turun mencurah-curah di pipi. (hal. 61 – 62) 3. Teknik saspens. Contohnya: Pintu rumah diketuk. Sim Pau berada di dapur yang ketika itu sedang menyiapkan sup untuk Lim Pooi. Sim Pau lekas-lekas ke hadapan untuk melihat siapa yang datang. Dia membuka pintu. (hal. 61)
Watak dan Perwatakan Lim Pooi 1. Bapa kepada dua orang anak, Lim Meng dan Lim Foong. 2. Mempunyai perniagaan. 3. Suami kepada Sim Pau. 4. Seorang yang keras kepala dan ego. 5. Lebih menyayangi Lim Foong daripada Lim Meng. 6. Seorang yang bertindak mengikut perasaan tanpa menyelidik kebenaran dahulu. 24
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
Bahasa Malaysia PT3 Antologi dan Novel TIngkatan 1
Sim Pau 1. Ibu kepada dua orang anak, Lim Meng dan Lim Foong. 2. Isteri kepada Lim Pooi. 3. Seorang yang penyabar. 4. Amat menyayangi ahli keluarganya walaupun mereka banyak membuat salah. 5. Berani menegakkan kebenaran. Lim Meng 1. Anak perempuan kepada Lim Pooi dan Sim Pau. 2. Sentiasa dituduh dan dimarahi oleh ayahnya, Lim Pooi. 3. Seorang yang jujur. 4. Berani menegakkan kebenaran walaupun akan dimarahi oleh ayahnya. 5. Sanggup berkorban demi keselamatan ahli keluarganya.
Latar
Latar masyarakat
14424443 144424443
Latar masa
14243
1444444244444443
LATAR
Latar tempat
1. Sebelum Tahun Baharu Cina – Tahun Baharu Cina akan di sambut beberapa hari lagi. Jiran-jiran mereka sudah membuat persiapan untuk perayaan tetapi rumah mereka masih begitu. 2. Pada waktu malam – Belakunya pertengkaran antara Sim Pau dengan suaminya. 1. Di rumah – Sim Pau menerima panggilan daripada Lim Meng. Lim Meng memberitahunya bahawa dia akan pulang ke rumah pada Tahun Baharu Cina ini. 2. Di sungai – Lim Foong yang cuba bersembunyi daripada peminta hutang akibat kalah judi telah lemas di sungai. Lim Meng cuba membantunya, tetapi dia turut lemas. Mujur Sudin melihat Lim Meng dan Lim Foong. Namun begitu, Sudin hanya sempat menyelamatkan Lim Meng. 1. Masyarakat yang membabi buta menuduh orang tanpa selidik. 2. Masyarakat yang menyayangi ahli keluarganya. 3. Masyarakat yang sengsara akibat berjudi. 4. Masyarakat yang trauma kerana tindakan seseorang. 5. Masyarakat yang membantu orang lain tanpa mengira bangsa dan agama. 6. Masyarakat yang mementingkan diri sendiri.
Gaya Bahasa 1. Sinkope. Contohnya: (a) “Lim Meng cakap dia nak balik pada Tahun Baharu ini.” (hal. 55) (b) “Tak apa. Nanti papa pergi beli. Nak berapa kotak? Sepuluh kotak cukup?” (hal. 62) 2. Peribahasa. Contohnya: (a) Dia bukannya mahu menegakkan benang yang basah tetapi dia mahu menyedarkan Lim Pooi yang terlalu mengikut perasaan. (hal. 56) (b) Lim Pooi memang berhati kering. (hal. 56) © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
25
Bahasa Malaysia PT3 Antologi dan Novel TIngkatan 1
3. Metafora Lim Pooi masih berada dalam kandang kemarahan. (hal. 55) 4. Repetisi Begitu keras dia menyatakan bahawa Lim Meng bukan anaknya, bukan daripada benih yang disemainya bersama-sama dengan Sim Pau. (hal. 55) 5. Simile Sebaliknya, kata-katanya itu ibarat racun yang disembur pada ladang bunga-bunga gembira yang baru sahaja berputik dalam hati Sim Pau. (hal. 55) 6. Personifikasi Sebaliknya, kata-katanya itu ibarat racun yang disembur pada ladang bunga-bunga gembira yang baru sahaja berputik dalam hati Sim Pau. (hal. 55)
Nilai 1. Kesabaran – Sim Pau amat bersabar dengan tindakan suaminya itu walaupun dia menyalahkan anak perempuannya yang tidak bersalah. 2. Kejujuran – Lim Meng memberitahu ayah dan ibunya tentang salah laku Lim Foong. 3. Keberanian – Lim Meng mencuba untuk menyelamatkan abangnya walaupun dia sendiri mulai lemas. 4. Keprihatinan – Sudin yang kebetulan ternampak Lim Meng dan Lim Foong lemas telah bertindak menyelamatkan mereka. 5. Mengenang budi – Keluarga Sim Pau mengajak Sudin sekeluarga meraikan Tahun Baharu Cina di rumah mereka.
Pengajaran 1. Ibu bapa hendaklah menyayangi anak-anak tanpa pilih kasih. 2. Kita hendaklah membantu insan yang memerlukan pertolongan. 3. Kita hendaklah memohon maaf setelah melakukan kesalahan. 4. Kita hendaklah memaafkan kesalahan orang lain. 5. Kita hendaklah bersikap amanah dan jujur dalam perniagaan. 6. Kita hendaklah berfikir secara rasional bukan mempercayai ramalan.
Analisis Drama Hadiah Sinopsis
Hayati mengirim sepucuk surat untuk memberitahu keluarganya di kampung bahawa dia akan pulang ke rumah kerana yuran asramanya telah tertunggak selama dua bulan. Pak Mail memaklumkan masalah yang sedang dihadapi oleh Hayati kepada Datuk Penghulu dengan harapan Datuk Penghulu dapat membantunya. Sewaktu berbual-bual dengan Fauziah, tiba-tiba Hayati muncul di muka pintu. Hayati memberitahu ibu dan datuknya bahawa dia telah meminta izin daripada warden sebelum pulang ke rumah. Setelah itu, 26
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
Bahasa Malaysia PT3 Antologi dan Novel TIngkatan 1
Hayati masuk ke dalam bilik untuk menukar pakaian. Pak Mail menasihati Fauziah agar bersabar kerana segala-galanya yang berlaku kehendak Tuhan. Perbualan mereka terhenti apabila Datuk Penghulu memberi salam. Datuk Penghulu memperkenalkan Encik Musa, pegawai tentera dari Kementerian Pertahanan Kuala Lumpur kepada Pak Mail. Encik Musa menyerahkan sekeping cek yang bernilai sepuluh ribu ringgit kepada Fauziah. Ketika mereka berbual-bual, tiba-tiba muncul Hayati dari dalam bilik. Pak Mail memberitahu Hayati bahawa dia akan menghantar Hayati pulang ke asrama pada keesokan harinya. Encik Musa menasihati Hayati supaya belajar dengan bersungguh-sungguh. Fauziah dan Pak Mail mengucapkan terima kasih kepada Datuk Penghulu dan Encik Musa.
Tema Pemikiran drama ini tentang kesempitan hidup selepas ketua keluarga terkorban di medan peperangan. Hayati yang tinggal di asrama terpaksa pulang ke rumah untuk mengelakkan hutang asramanya meningkat.
Persoalan 1. 2. 3. 4. 5.
Kebijaksanaan mengatasi masalah keluarga. Peranan dan tanggungjawab ketua kampung. Menghargai pengorbanan tentera. Ketabahan menghadapi dugaan. Kepentingan menuntut ilmu.
Plot Binaan Plot
Permulaan Hayati memberitahu ibunya melalui surat bahawa dia akan pulang ke rumah kerana yuran asramanya telah tertunggak selama dua bulan.
Klimaks Fauziah menerima cek bernilai sepuluh ribu ringgit daripada Encik Musa yang bertugas di Kementerian Pertahanan Malaysia.
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
Perkembangan Pak Mail menasihati Fauziah supaya bersabar. Hayati pulang dari asrama. Datuk Penghulu membawa Encik Musa ke rumah Pak Mail.
Peleraian Hayati bersiap-siap untuk pulang ke asrama pada keesokan harinya.
27
Bahasa Malaysia PT3 Antologi dan Novel TIngkatan 1
Teknik plot 1. Teknik pemerian. Contohnya: (a) FAUZIAH sedang menghayun buaian untuk menidurkan anaknya. Seketika kemudian, dia bangun lalu menuju ke meja. Dia mengambil satu sampul surat lalu mengeluarkan isinya dan membaca surat tersebut. (hal.68) (b) FAUZIAH menangis teresak-esak. Sekali-sekala kelihatan bahunya bergoncang. Dia melipat surat tersebut serta mengesat air mata dengan lengan bajunya. Surat itu dipegangnya. Dia kembali ke buaian lalu menghayun buaian. Dia terus menangis. (hal. 70) 2. Teknik dialog. Contohnya: HAYATI: Di sekolah pun Yati sudah memberitahu Guru Besar, tuk. Beliau telah berjanji untuk menolong Yati. PAK MAIL: Baguslah, Yati. Moga-moga Tuhan akan menolong kita. (hal. 71) 3. Teknik saspens. Contohnya: PAK MAIL: Eloklah begitu, Yati. Kamu mesti memberitahu guru asrama, kalau tidak, susah pula orang di sana. Tentang hal persekolahan, janganlah kamu bimbang. Datuk akan ikhtiarkan. HAYATI: Adakah peluang Yati untuk meneruskan pelajaran di sekolah itu, tuk? PAK MAIL: Tuk akan ikhtiarkan, Yati. Pada pagi tadi tuk sudah berjumpa dengan Datuk Penghulu. Tuk terangkan masalah kita. (hal. 71)
Watak dan Perwatakan Fauziah 1. Isteri kepada Sarjan Akhbar dan anak kepada Pak Mail. 2. Berusia 38 tahun, ibu tunggal kerana suaminya telah meninggal dunia dalam pertempuran di sempadan tiga bulan dahulu. 3. Mempunyai dua orang anak, iaitu Hayati dan seorang lagi anak yang masih kecil. 4. Berwajah sedih dan sering menangis. Pak Mail 1. 2. 3. 4. 5. 6.
Datuk kepada Hayati dan Farid. Ayah kepada Fauziah. Datuk kepada Farid dan Hayati. Seorang yang amat menyayangi ahli keluarganya. Seorang yang rajin berusaha. Seorang yang mementingkan ilmu.
Encik Musa 1. Pegawai tentera dari Kementerian Pertahanan di Kuala Lumpur. 2. Seorang yang amanah. 3. Seorang yang berbudi bahasa.
28
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
Bahasa Malaysia PT3 Antologi dan Novel TIngkatan 1
Latar
Latar masa
Latar masyarakat
1. Di rumah – Di ruang tamu, ibu membaca surat yang dikirim oleh Hayati sambil menangis. 2. Sekolah Menengah Seri Setia – Tempat Hayati bersekolah.
123 14243 14243
14444244443
LATAR
Latar tempat
1. Pagi hingga tengah hari – Fauziah menghayunkan buaian untuk menidurkan anaknya. Dia mengambil sampul surat lalu mengeluarkan isi surat dan membaca surat tersebut. 2. Petang – Hayati dijangka tiba pada waktu petang. Datuknya hendak pergi menjemputnya, tetapi dia terlebih dahulu tiba. 1. Masyarakat yang baru kehilangan orang yang tersayang. 2. Masyarakat yang amanah dalam menjalankan tugas. 3. Masyarakat orang yang kehilangan punca kewangan. 4. Masyarakat orang kampung yang prihatin. 5. Masyarakat pemimpin yang bertanggungjawab terhadap anak buahnya.
Gaya Bahasa 1. Sinkope. Contohnya: HAYATI: Di sekolah pun Yati sudah memberitahu Guru Besar, tuk. Beliau telah berjanji untuk menolong Yati. (hal 71) FAUZIAH: Datuk kamu sudah makan tadi. Kalau kamu nak makan, makanlah dulu. Mak akan makan kemudian. (hal. 71) 2. Repetisi. Contohnya: PAK MAIL: Terima kasih, Encik Musa. Terima kasih, Tuk. (hal. 76)
Nilai 1. Kasih sayang – Hayati amat sayang akan keluarganya dan demi tidak mahu membebankan keluarganya dengan masalah kewangan, dia sudi pulang ke rumah dan berhenti belajar di sekolahnya yang dahulu. 2. Ketabahan – Fauziah dan keluarganya tabah menghadapi cabaran hidup walaupun suaminya telah meninggal dunia. 3. Amanah – Encik Musa amanah dalam melaksanakan tugasnya. Dia menyampaikan cek yang berjumlah sepuluh ribu ringgit kepada keluarga Fauziah sebagai penghargaan atas jasa suami Fauziah, iaitu Sarjan Akhbar. 4. Bekerjasama – Datuk Penghulu mencuba untuk membantu Pak Mail dalam menyelesaikan masalah kewangan yang dihadapi oleh keluarga Fauziah. 5. Kesopanan – Hayati bertanyakan khabar dan bersalaman dengan ibu dan datuknya semasa tiba di rumah. 6. Kejujuran – Hayati berterus terang dengan pengetua sekolahnya tentang kesempitan hidup keluarganya.
Pengajaran 1. Kita hendaklah berbakti kepada negara. 2. Kita hendaklah saling membantu dalam masyarakat. 3. Kita hendaklah menunaikan tanggungjawab yang telah diamanahkan. 4. Kita hendaklah tabah menghadapi dugaan hidup. 5. Kita hendaklah bersimpati atas nasib malang yang menimpa orang lain. 6. Kita hendaklah mementingkan ilmu demi masa depan. 7. Kerajaan hendaklah membalas jasa pahlawan negara yang telah gugur di medan peperangan. © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
29
analisis novel tingkatan 1 ZON
KAWASAN
JUDUL
1
Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak
2
Selangor, Negeri Sembilan, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya
Destinasi Impian
3
Melaka, Pahang, Terengganu, Kelantan
Formula Termodinamik
4
Johor, Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Labuan
Sejambak Bakti
Pelari Muda
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
Bahasa Malaysia PT3 Analisis Novel Tingkatan 1
Pelari Muda Sinopsis Kamarul menjadi popular dalam sekelip mata setelah memenangi beberapa hadiah dalam sukan MSSM dan sukan SEA di Brunei. Oleh sebab berita dan gambarnya kerap disiarkan dalam televisyen dan akhbar, maka Kamarul menganggap dirinya telah popular. Kamarul mula bersikap angkuh. Kamarul sering mengelak untuk menghadiri latihan sukan sekolah dan berbual-bual dengan kawan-kawan. Bagi Kamarul, kawan-kawan sekolah dan latihan sukan sekolah sudah tidak penting lagi. Kamarul juga menunjukkan sikap kurang senang apabila ditegur oleh guru-guru di sekolah. Malah Kamarul memarahi Saridah yang menasihatinya supaya jangan bersikap sombong dengan kawan-kawan. Selain itu, Kamarul enggan menjalani latihan kecergasan bimbingan Encik Kadir kerana latihan yang diajar oleh Encik Kadir itu serupa sahaja dan amat membosankan. Kamarul tidak mematuhi jadual latihan dan kerap ponteng latihan tanpa sebarang sebab. Kamarul lebih suka membuat latihan kecergasan sendiri. Dalam pada itu, ada seorang pelari lain yang sedang berusaha dengan gigih untuk mengatasi Kamarul, iaitu Sures Menon. Dalam pemilihan ke Sukan SEA di Bangkok, Sures Menon berjaya mengalahkan Kamarul. Kamarul amat runsing kerana persahabatannya dengan Saridah semakin renggang. Hubungannya dengan Encik Kadir dan kawan-kawan sekolah juga renggang. Kamarul amat tertekan. Sewaktu menyemberang jalan, Kamarul tidak menoleh ke kiri. Sebuah kereta datang dari arah bertentangan melanggarnya. Kamarul dihantar ke hospital. Kamarul mengalami kecederaan pada bahagian lutut, muka, dan mata. Kunjungan Encik Kadir, Cikgu Zainal, Saridah, dan rakan-rakan sekelasnya menyebabkan sifat keegoan Kamarul cair. Kamarul memohon maaf daripada mereka. Kamarul mula menyediakan dirinya untuk menghadapi pertandingan antarabangsa yang cukup bermakna bagi dirinya, iaitu Sukan SEA ke–14 di Bangkok. Kamarul bertemu dengan De Wega, pelari Filipina yang amat dikaguminya. De Wega menasihati Kamarul supaya menjadi seorang atlet yang berdisiplin, patuh kepada arahan jurulatih, tidak mudah putus asa, dan sentiasa menjalinkan persahabatan dengan rakan-rakan jikalau mahu menjadi atlet negara yang dikagumi. Kemudian, Kamarul, De Wega, Sures Menon, dan beberapa orang pelari dari negara lain bertanding dalam acara 100m dan 400m di Stadium Nasional, Bangkok. Kamarul mendapat pingat emas dalam kedua-dua acara tersebut. Kamarul amat gembira. Kamarul ingin cepat pulang ke Malaysia untuk bertemu dengan keluarga dan rakan-rakan sekolahnya terutama Saridah.
Tema Novel “Pelari Muda” mengungkapkan tema tentang semangat juang anak muda menghadapi pelbagai cabaran demi mengejar cita-cita.
Persoalan 1. Latihan yang dilakukan bersungguh-sungguh akan menghasilkan kejayaan. 2. Ketegasan jurulatih dalam membentuk masa depan pelatih. 3. Memohon maaf sekiranya telah membuat kesalahan. 4. Sikap suka memandang rendah terhadap kemampuan orang lain akan merugikan diri sendiri.
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
31
Bahasa Malaysia PT3 Analisis Novel Tingkatan 1
5. Menghargai kebolehan orang lain merupakan sikap terpuji. 6. Sahabat bercakap benar walaupun pahit. 7. Segala perkara yang berlaku itu ada baik dan buruknya. 8. Semangat kesukanan peserta sukan yang patut dikagumi. 9. Kata-kata perangsang sangat penting untuk membakar semangat.
Binaan Plot Peristiwa dalam novel ini disusun secara kronologi. Terdapat peristiwa imbas kembali diselitkan dalam cerita, misalnya, Saridah mengimbas kembali tentang permulaan hubungannya dengan Kamarul. 1. Permulaan Kamarul bersiap-siap hendak ke sekolah. Kamarul tidak gembira kerana hubungannya dengan Saridah semakin renggang. Dalam perjalanan ke sekolah, Kamarul teringat akan Cikgu Zainal, guru sukan yang mula-mula mengesan bakatnya dalam bidang olahraga. 2. Perkembangan Kamarul telah banyak berubah kerana sudah terkenal. Kamarul enggan berlatih dengan Encik Kadir kerana baginya latihan yang diberikan oleh Encik Kadir amat membosankannya. Selain itu, Kamarul enggan bergaul dengan kawan-kawan sekolah. Kamarul juga enggan menjalani latihan sukan sekolah. 3. Klimaks Kamarul susah hati. Tahap kecergasannya semakin menurun. Kamarul bergaduh dengan Encik Kadir kerana dia kerap ponteng latihan. Akibat terlalu runsing, Kamarul melintas jalan raya tanpa menoleh ke kiri. Kamarul dilanggar kereta. Kamarul melambung ke udara kemudian terhempas di tengah-tengah jalan. Kamarul pengsan lalu dibawa ke hospital. 4. Peleraian Kamarul mendapat dua pingat emas dalam acara lari pecut 100 meter dan 400 meter dalam Sukan SEA ke-14 di Bangkok. Kamarul menerima ucapan tahniah daripada Encik Kadir dan rakan-rakannya di Malaysia. Kamarul bertukar-tukar cenderamata dengan De Wega. Kamarul dan atlet-atlet yang lain pulang ke Malaysia.
Teknik Plot 1. Teknik dialog. Contohnya: Dialog antara Saridah dengan Juriah. “Aku tak tahu, kenapa Kamarul begitu membenciku?” keluh Saridah,meluahkan isi hatinya. “Sedang aku hanya menegurnya. Tidak lebih dari itu?” “Mungkin Kamarul berkecil hati?” “Ya, mungkin Kamarul berkecil hati,” Saridah mengulangi dengan suara tidak teratur. “Hatiku …?” 2. Teknik monolog. Contohnya: “Tak patut betul Kamarul buat aku begini,” bisik Saridah lagi. Rasanya hendak dilemparkan kerusi yang didudukinya ke tingkap. 3. Teknik monolog dalaman. Contohnya: Ah, buat apa aku menunggunya lagi? Hendak kupujuk dia supaya berbaik-baik semula? Alangkah malunya! Nanti dia menuduh aku yang tergila-gila kepadanya. Oh, Tuhan kenapakah demikian resahnya hatiku ketika ini? 32
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
Bahasa Malaysia PT3 Analisis Novel Tingkatan 1
4. Teknik imbas kembali. Contohnya: Kamarul mengimbas kembali tentang pertelingkahan berlaku antara dia dan Saridah. Saridah menegur Kamarul bahawa Kamarul menjadi semakin angkuh dan sombong. Kamarul berasa dia dihina oleh Saridah. “Sejak akhir-akhir ini kau nampaknya sombong benar,” ujar Saridah. Ya, masih diingatinya pertuturan Saridah kepadanya. 5. Teknik pemerian. Contohnya: Kebiasaannya selepas sarapan, Kamarul akan membaca akhbar. Dia meneliti berita perkembangan sukan tanah air dan luar negeri. Lazimnya, sukan olahragalah yang menjadi tumpuannya. Selepas itu, barulah dia membaca berita kegiatan bola sepak, hoki atau bola tampar.
Watak dan Perwatakan Kamarul Baharuddin 1. Kamarul Baharuddin ialah watak utama dalam novel ini. 2. Berusia 17 tahun. 3. Seorang pelari pecut yang mewakili negara Malaysia. 4. Kamarul berkawan rapat dengan Saridah. Mereka mula berkawan rapat semasa sukan MSSM. 5. Seorang yang angkuh dan sombong kerana kejayaan dan kepopularannya. 6. Seorang yang tidak berdisiplin. Saridah 1. 2. 3. 4. 5. 6.
Saridah ialah kawan baik Kamarul. Berusia 17 tahun. Seorang pelari pecut. Berkawan baik dengan Kamarul dan Juriah. Menyukai Kamarul dan amat mengambil berat tentang Kamarul. Seorang yang bersopan santun. Seorang yang peramah dengan orang tua.
Mak Jah 1. Ibu kepada Kamarul dan isteri kepada Encik Baharuddin. 2. Seorang ahli perniagaan yang berjaya. 3. Menyayangi Saridah kerana dia tidak mempunyai anak perempuan. 4. Seorang yang prihatin. Buktinya dia sering menasihati Kamarul supaya berbaik-baik dengan Saridah. 5. Seorang yang bertanggungjawab apabila menjaga Kamarul di hospital. Sures Menon 1. Sures ialah ahli sepasukan dengan Kamarul. 2. Berusia 17 tahun. 3. Seorang pelari pecut yang mewakili negara Malaysia. 4. Berazam untuk menewaskan catatan masa Kamarul. 5. Seorang yang bersemangat dan bersungguh-sungguh. 6. Seorang yang berdisiplin. 7. Seorang yang amanah. Buktinya, dia menyampaikan pesanan Encik Kadir kepada Kamarul.
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
33
Bahasa Malaysia PT3 Analisis Novel Tingkatan 1
Juriah 1. 2. 3. 4.
Juriah ialah kawan baik Saridah. Berusia 17 tahun. Sentiasa membantu Saridah dalam susah dan senang. Seorang yang selalu bergurau.
Encik Kadir 1. Encik Kadir ialah jurulatih untuk atlet olahraga kontinjen Malaysia. 2. Seorang yang tegas. 3. Penyabar. 4. Seorang yang tidak berputus asa dan mengambil berat akan atlet-atletnya. 5. Seorang yang bertimbang rasa. De Wega 1. De Wega ialah pelari pecut Filipina yang diminati Kamarul. 2. Berusia 34 tahun. 3. Seorang yang peramah dan rendah diri. 4. Seorang buruh kereta api sebelum menjadi pelari pecut. 5. Seorang yang berdisiplin. 6. Seorang yang bersungguh-sungguh dan tidak mudah berputus asa. 7. Pemurah dalam memberikan nasihat.
Latar Latar tempat 1. Di rumah Kamarul Di sinilah Kamarul, Mak Jah, dan ayahnya tinggal. Di sini jugalah tempat yang sentiasa dikunjungi oleh Saridah. 2. Di sekolah Tempat Kamarul, Saridah, Juriah, Sures, dan rakan-rakan Kamarul yang lain belajar. 3. Di hospital Kamarul terlantar sakit kerana kemalangan. Banyak kawan yang melawatinya walaupun dikatakan sombong. Di sini jugalah Kamarul sedar akan kesalahannya. 4. Di Pusat Sukan Kampung Pandan Tempat pasukan olahraga kontinjen Malaysia berlatih untuk Sukan SEA ke-14. 5. Di Bangkok Sukan SEA diadakan dan tempat pertemuan Kamarul dengan De Wega. 6. Di perpustakaan sekolah Tempat Saridah menunggu Kamarul yang tidak datang pada akhirnya. Di sini jugalah tempat Saridah menulis surat untuk Kamarul dan bertemu dengan Juriah.
34
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
Bahasa Malaysia PT3 Analisis Novel Tingkatan 1
Latar masa Pada waktu siang Kamarul pergi ke sekolah, berlatih bersendirian, dan pergi ke Pusat Sukan Kampung Pandan. Latar masyarakat 1. Masyarakat yang sombong dan angkuh apabila mendapat kejayaan dan populariti Kamarul yang semakin dingin, angkuh, dan sombong kepada orang sekelilingnya. 2. Masyarakat yang berdisiplin Sures dan atlet-atlet yang lain, kecuali Kamarul sentiasa datang untuk menjalani latihan di Pusat Sukan Kampung Pandan. 3. Masyarakat yang tidak menepati janji dan masa Kamarul menelefon Sures dan memberitahu Sures bahawa dia akan datang ke rumah Sures pada pukul 3.00 petang. Walau bagaimanapun, Kamarul tidak muncul. Selain itu, Kamarul juga datang lewat ke Pusat Sukan Kampung Pandan. Dia juga tidak datang berjumpa dengan Saridah, walaupun dia sudah berjanji akan menemui Saridah di padang sekolah. 4. Masyarakat yang lemah kerana cinta Saridah tidak mampu fokus kepada pelajaran dan sering muram kerana resah akan hubungannya dengan Kamarul yang dirasanya semakin dingin. 5. Masyarakat yang gigih berusaha Sures berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk menewaskan Kamarul. De Wega juga berusaha untuk meningkatkan kecergasan semasa dia bekerja sebagai buruh kereta api. 6. Masyarakat atlet yang gigih menjalani latihan Para atlet menjalani pelbagai latihan dan ujian yang dikendalikan oleh seorang jurulatih. 7. Masyarakat pelajar Pelbagai tingkah laku pelajar di sekolah sama ada yang baik atau yang buruk digambarkan dalam novel ini. 8. Masyarakat yang bertanggungjawab Encik Kadir bertanggungjawab dalam menulis laporan tentang atlet-atletnya. Beliau juga bertanggungjawab terhadap atlet-atletnya.
Gaya Bahasa 1. Diksi Penggunaan kata dalam bahasa Inggeris. Antaranya one, two, three, airport, dan sorry. 2. Peribahasa (a) jauh hati (b) kilas ikan di air aku tahu jantan betinanya 3. Sinkope (a) “Kamu nak ke mana ni?” tegur Mak Jah. (b) “Tak bersampul?” kata Juriah sambil mengenyitkan mata. 4. Simile (a) Kamarul bagaikan seekor kuda yang dipacu punggungnya memecut sekuat tenaga. (b) Daunnya bergerak-gerak seperti diusik-usik. © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
35
Bahasa Malaysia PT3 Analisis Novel Tingkatan 1
5. Personifikasi (a) Hatinya dicengkam dengan seribu kemarahan. (b) Cermin jendela Airbus kelihatan merenek-renek dilanda tempias hujan. 6. Repitisi Mengharapkan emak di rumah, emak lebih sibuk dengan persatuan wanitanya. 7. Anafora Maafkan aku, Saridah! Maafkan aku, Cikgu Zainal! Maafkan aku, Encik Kadir! Maafkan aku, kawan-kawan!
Sudut Pandangan Novel “Pelari Muda” menggunakan sudut pandangan orang ketiga. Sudut pandangan orang ketiga kerap digunakan oleh pengarang yang mengisahkan ceritanya melalui watak menggunakan kata ganti nama diri ketiga, iaitu dia, mereka, atau lengkap dengan nama.
Nilai 1. Dedikasi menjalankan tugas Encik Kadir melatih Kamarul, Sures, Suradi, dan pelatih-pelatih yang lain dengan bersungguhsungguh. 2. Amanah Sures menyampaikan pesanan Encik Kadir kepada Kamarul walaupun Kamarul enggan datang berlatih. 3. Kasih sayang Rakan-rakan Kamarul melawati Kamarul yang terlantar di hospital walaupun Kamarul enggan berkawan dengan mereka. 4. Kerajinan Kamarul berlatih dengan bersungguh-sungguh selepas mengalami kemalangan kerana mahu mewakili negara dalam Sukan SEA di Bangkok. 5. Bercita-cita tinggi Encik Kadir berazam hendak mendidik Kamarul menjadi pelari terpantas di Asia. Cita-cita Encik Kadir akhirnya tercapai. 6. Bersimpati Juriah mengasihani Saridah kerana Kamarul tidak mempedulikannya lagi setelah dia menjadi atlet negara. 7. Keinsafan Kamarul insaf setelah bersikap biadab terhadap Encik Kadir. Kamarul memohon maaf. 8. Sedia memaafkan Saridah memaafkan Kamarul supaya fikiran Kamarul tidak runsing dan lebih fokus menjalani latihan. 9. Semangat kesukanan De Wega memberi motivasi kepada Kamarul supaya Kamarul mengatasinya dalam larian 100 meter di Bangkok kerana Kamarul lebih muda daripadanya. 36
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
Bahasa Malaysia PT3 Analisis Novel Tingkatan 1
10. Mengenang jasa Kamarul mengenang jasa Cikgu Zainal yang mencungkil bakatnya dalam olahraga kemudian memilihnya mewakili sekolah dalam sukan MSSM.
Pengajaran 1. Kita hendaklah berusaha untuk mengejar cita-cita. 2. Kita hendaklah mempunyai semangat maju sukan untuk negara. 3. Kita hendaklah patuh akan nasihat jurulatih. 4. Kita hendaklah bersyukur setelah mencapai kejayaan bukan bersikap sombong dan ego. 5. Kita hendaklah memohon maaf setelah melakukan kesalahan. 6. Kita hendaklah memaafkan kesalahan orang lain. 7. Kita hendaklah membantu rakan-rakan yang menghadapi masalah. 8. Kita hendaklah menepati janji setelah berjanji.
Destinasi Impian Sinopsis
Johari, Azlina, dan Firdaus telah menyahut cabaran datuk mereka untuk melakukan ekspedisi berbasikal dari Klang ke Morib. Mereka ingin membuktikan kepada datuk mereka bahawa mereka juga boleh berbasikal ke Morib seperti yang pernah dilakukan oleh datuk mereka suatu ketika dahulu. Azlina dan Johari yang sememangnya gemar akan sukan lasak ini kelihatan gembira menyahut cabaran datuk mereka berbanding dengan Firdaus yang bersifat agak manja. Firdaus menganggap bahawa ekspedisi berbasikal itu sebagai kerja gila. Azlina dan Johari ingin melakukan ekspedisi berbasikal tersebut supaya Firdaus menjadi seorang lelaki yang tahan lasak berbanding dengan perwatakannya yang agak lembut dan gemar akan kerja-kerja yang dilakukan oleh orang perempuan. Oleh itu, Azlina kerap mencabar dan menyakiti hati Firdaus agar Firdaus menyahut cabaran mereka. Sepanjang perjalanan sejauh lebih 50 kilometer itu, pelbagai cabaran yang ditempuhi oleh mereka termasuk kerenah Firdaus yang kerap merungut kerana keletihan. Sikap Firdaus yang tidak sabar itu menyebabkan kerap berlakunya konflik antara dia dengan adiknya, Azlina. Walau bagaimanapun, Johari sepupu kepada Azlina dan Firdaus yang lebih dewasa lebih bersikap sabar dan bijak dalam menghadapi kerenah mereka. Setelah hampir lapan jam berkayuh dan berhenti rehat beberapa kali, mereka pun tiba di Pantai Morib dengan didahului oleh Firdaus. Ketibaan Firdaus disambut oleh rakan-rakannya. Dia berasa amat bangga tambahan pula Mazlinda turut berada di situ. Mazlinda dan rakan-rakan membatalkan rancangan mereka hendak menonton wayang kerana mahu menyambut ketibaan Firdaus. Sambutan hari jadi Mazlinda juga telah ditunda memandangkan ibu bapanya terpaksa keluar daerah. Firdaus juga membohongi kawan-kawannya dengan mengatakan bahawa perjalanan mereka mengambil masa yang lama kerana adiknya Azlina sering berhenti rehat. Firdaus juga tidak mempedulikan ketibaan Azlina dan Johari. Sementara itu, Johari dan Azlina disambut oleh rakan-rakan kolej Johari dan mereka menginap di khemah yang berlainan dan agak jauh dari khemah Firdaus. Dua orang rakan Firdaus, iaitu Sazali dan Moksin yang tidak mempercayai cerita Firdaus berjumpa dengan Azlina. Mereka bertanyakan kebenaran cerita Firdaus, iaitu kelewatan mereka tiba di Pantai Morib kerana Azlina keletihan dan sering berhenti rehat. Azlina menceritakan perkara yang sebenar kepada mereka. Sazali dan Mohsin bertekad untuk memaksa Firdaus mengakui
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
37
Bahasa Malaysia PT3 Analisis Novel Tingkatan 1
perbuatannya. Pada malamnya, Firdaus bermimpi dirinya lemas setelah dihumban ke dalam laut oleh Sazali dan Moksin kerana berbohong. Mimpi tersebut telah menyedarkan Firdaus akan kesalahannya berbohong dan mula berasa takut. Pada keesokan harinya, Johari dan Azlina ingin bertolak pulang tetapi Firdaus tidak mahu menyertai mereka. Pada mulanya, Azlina tidak sampai hati hendak meninggalkan abangnya tetapi setelah dipujuk oleh Johari, akhirnya mereka pulang berdua sahaja. Sementara itu, Firdaus dan rakan-rakannya bergembira mandi-manda di laut. Dalam kegembiraan itu, Mazlinda lemas dan cuba dibantu oleh Firdaus, tetapi dia hampir lemas kerana tidak pandai berenang. Sebaik-baik sahaja sedar, Firdaus sudah berada di hospital. Sebenarnya, Mazlinda berpura-pura lemas kerana ingin menguji Firdaus. Firdaus berasa malu dan sedar akan sikapnya yang angkuh. Firdaus juga menerima teguran Johari secara positif.
Tema Novel “Destinasi Impian” bertemakan cabaran yang dihadapi berikutan cabaran generasi lama yang mengatakan bahawa generasi kini tidak bersemangat seperti mereka. Firdaus, Azlina, dan Johari menyahut cabaran datuk mereka untuk melakukan ekspedisi berbasikal dari Klang ke Pantai Morib. Mereka menghadapi pelbagai cabaran untuk sampai ke destinasi mereka di Pantai Morib seperti yang pernah dilakukan oleh datuk mereka.
Persoalan 1. Keprihatinan terhadap penggunaan bahasa kebangsaan. 2. Pertelingkahan antara abang dengan adik. 3. Sanggup menyahut cabaran. 4. Sikap suka merendahkan kebolehan orang lain. 5. Keinginan untuk mengubah sikap abang ke arah kebaikan. 6. Harapan seorang yang bergelar abang. 7. Sikap tidak bertanggungjawab seorang abang. 8. Semangat perjuangan yang tinggi. 9. Kepuasan dalam diri. 10. Melupakan jasa orang yang pernah menolong.
Plot Binaan Plot 1. Permulaan Firdaus, Azlina, dan Johari memulakan ekpedisi menunggang basikal ke Pantai Morib Baru pada pukul 7.00 pagi. Mereka melalui Kampung Meru, Klang, Jalan Kampung Jawa, Masjid Sultan Sulaiman, Kolej Islam Sultan Alam Shah, dan Istana Mahkota. 2. Perkembangan Firdaus ingin berpatah balik kerana terlalu letih tetapi dihalang oleh Johari dan Azlina. Firdaus terpaksa meneruskan perjalanan. Di pertengahan jalan, tayar basikal Firdaus pancit kerana tertusuk paku. Johari menuntun basikal Firdaus yang pancit itu ke kedai basikal. Firdaus terjatuh kerana terlanggar batu. Manakala Azlina terbabas ke kiri jalan lalu tercampak ke tanah kerana tempias angin dari sebuah lori yang dipandu terlalu laju. Firdaus menunggang basikal dengan laju kerana tidak mahu diperli oleh Azlina. Oleh sebab itu, Firdaus yang tiba dahulu di Pantai Morib 38
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
Bahasa Malaysia PT3 Analisis Novel Tingkatan 1
Baru. Ketibaan Firdaus disambut oleh Moksin, Sazali, Salim Mokhtar, Erma, Zarina, dan Mazlinda. Firdaus membohongi Moksin, kononnya Azlinalah yang menyebabkan ekspedisi mereka lambat sampai. 3. Klimaks Firdaus dan kawan-kawannya mandi-manda di laut. Mereka mengadakan pertandingan menyelam. Mazlinda ialah pemenang kerana dia menyelam paling lama. Sewaktu bertepuk tangan, Mazlinda dipukul ombak ke tengah laut. Firdaus berenang ke arah Mazlinda tetapi ombak menolak Firdaus ke tengah laut. Firdaus tidak pandai berenang lalu pengsan. Mereka membawa Firdaus ke hospital. 4. Peleraian Johari dan Azlida mengunjungi Firdaus di hospital. Azlina memberitahu Firdaus bahawa dia telah diselamatkan oleh Mazlinda yang pandai berenang. Mazlinda pura-pura lemas kerana mahu menguji kehandalan Firdaus berenang. Johari menasihati Firdaus supaya berfikir dahulu sebelum bertindak dan jangan bertindak luar kemampuan. Firdaus insaf kerana dia telah banyak kali membohongi kawan-kawannya. Firdaus berjanji tidak mahu bercakap bohong lagi.
Teknik Plot Pelbagai teknik plot digunakan oleh pengarang seperti pemerian, dialog, imbas kembali, monolog dalaman, dan monolog bagi menjadikan karyanya lebih menarik. 1. Teknik pemerian Teknik pemerian ialah teknik untuk menggambarkan atau menerangkan sesuatu peristiwa yang berlaku dalam sesebuah cerita. Contohnya: Bunyi hon yang kuat dari arah belakang sungguh mengejutkan, dan aku segera membelokkan basikal ke kiri. Dalam keadaan terkejut itu aku tidak dapat mengelak seketul batu besar. Aku tercampak ke atas tanah merah yang pejal di tepi jalan. (hal. 12 – 13) 2. Teknik dialog Teknik dialog digunakan bagi menghidupkan lagi jalan cerita. Dialog ialah perbualan atau pertuturan antara watak-watak yang wujud dalam sesebuah cerita. Contohnya: “Pergilah, tapi jangan marah kalau kupanggil pengecut, penakut ... .” “Ah, kau ini sengaja nak perli ya!” balas Firdaus. “Sudah. Kalau asyik bertengkar, tak sampai ke mana-mana kita!” Aku memintas “Ayuh, kita teruskan perjalanan.” (hal. 28) 3. Teknik imbas kembali Imbas kembali ialah watak teringat akan sesuatu peristiwa yang pernah dialami. Contohnya: Wajah Salim tiba-tiba hadir di tengah ruang ingatanku. Dia yang lebih suka menulis namanya sebagai Saleem merupakan kawan rapatku di sekolah. Hanya dialah yang tidak pernah mengejekku. (hal. 34) 4. Teknik monolog Monolog dalaman ialah perbualan watak secara bersendirian. Contohnya: “Salahkah aku hanya mengucapkan perkataan ‘sakit’ ketika adikku jatuh tadi? Kalau Abang Johari menganggap pertanyaan itu menyakiti hati Azlina, dia juga wajar menganggap usikan, sindiran atau cabaran Azlina juga menyakiti hatiku. Adil bukan?” Aku tersenyum sendiri. (hal. 45) 5. Teknik monolog dalaman Monolog dalaman ialah perbualan secara bersendirian di dalam hati. Contohnya: “Menyesal! Aku menyesal!” Ingin aku jeritkan kata-kata itu sekuat-kuat hati supaya Abang Johari dan Azlina mendengarnya tetapi suaraku tersangkut di rengkung. (hal. 36) © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
39
Bahasa Malaysia PT3 Analisis Novel Tingkatan 1
Watak dan Perwatakan Firdaus 1. Tinggi lampai, berambut keriting halus, berhidung mancung, dan berkulit putih. 2. Tingkah laku agak keperempuanan. 3. Suka menghabiskan masa di rumah dengan menonton televisyen dan melakukan kerja-kerja perempuan. 4. Selalu dimanjakan. 5. Gemar membaca cerita-cerita bintang filem dan penyanyi. 6. Cepat marah apabila kepenatan. 7. Suka berdendam. 8. Meminati Mazlinda. Azlina 1. Gadis berusia 16 tahun. 2. Bertubuh kurus dan tinggi lampai. 3. Olahragawati Sekolah Menengah Kapar. 4. Adik kepada Firdaus. 5. Suka mencabar Firdaus. 6. Seorang yang kuat semangat. 7. Sentiasa riang dan cergas. 8. Suka akan cabaran. 9. Mempertahankan abangnya yang selalu diejek oleh rakan-rakan. 10. Suka mengkritik dan tidak mudah melenting apabila dikritik. Johari 1. 2. 3. 4. 5. 6.
Sepupu Azlina dan Firdaus. Mahasiswa Universiti Pertanian Malaysia. Suka berbasikal. Suka membaca. Suka akan cabaran. Suka memberikan nasihat kepada sepupunya.
Mazlinda 1. Rakan sekelas Firdaus. 2. Diminati oleh Firdaus dalam diam-diam. 3. Anak orang berada. 4. Berpura-pura tidak pandai berenang. 5. Menyelamatkan Firdaus yang lemas di Pantai Morib. Sazali dan Mokhsin 1. Rakan sekelas Firdaus. 2. Suka mengejek Firdaus. 3. Turut memberikan sokongan kepada Firdaus dengan menunggu ketibaan Firdaus di Pantai Morib. 40
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
Bahasa Malaysia PT3 Analisis Novel Tingkatan 1
Latar Latar masa 1. Pukul 7:00 pagi Johari, Azlina, dan Firdaus bertolak dari rumah untuk memulakan kayuhan mereka ke Morib. 2. Pukul 2:30 petang Mereka masih meneruskan kayuhan. 3. Pukul 3:00 petang Walaupun jam sudah menunjukkan pukul 3:00 petang, mereka masih belum sampai di Pantai Morib. 4. Pukul 3:30 petang Mereka sudah berbasikal hampir lapan jam. 5. Hari Sabtu bulan Jun Firdaus duduk di bawah pokok ru bersama dengan Mazlinda ketika matahari semakin rendah ke barat. Latar masyarakat 1. Masyarakat yang gemar membaca Johari merupakan seorang yang gemar membaca dan banyak wangnya dihabiskan untuk membeli bahan bacaan. 2. Masyarakat yang tidak mempercayai kata-kata orang lain melainkan melihat dengan sendiri Penjual air tebu tidak mempercayai sekiranya hanya mendengar cerita seorang perempuan mampu mengayuh basikal sejauh itu, namun mengakuinya setelah melihat sendiri Azlina yang berjaya membuktikannya. 3. Masyarakat lelaki yang bertingkah laku lembut Firdaus merupakan lelaki yang mempunyai perwatakan lembut. Adiknya selalu mengajaknya berjoging supaya badannya tegap, tetapi tidak pernah dipenuhi. Akhirnya, dia menjadi bahan sindiran adiknya. 4. Masyarakat yang sentiasa menjadi bahan usikan Firdaus sentiasa menjadi bahan usikan kawan-kawannya disebabkan dia berperwatakan lembut. 5. Masyarakat yang tegas Azlina tegas mahu abangnya berubah menjadi seorang lelaki sejati. 6. Masyarakat yang prihatin Azlina seorang yang prihatin terhadap masalah penggunaan bahasa yang tidak betul pada papanpapan tanda. Latar tempat 1. Gerai air tebu Azlina berhenti rehat sambil minum air tebu sementara menanti ketibaan Firdaus dan Johari. 2. Tepi jalan Azlina terlanggar lubang yang besar dan dalam lalu tercampak ke tanah merah di tepi jalan. 3. Tapak perkhemahan Kawan-kawan Firdaus mendirikan khemah di tepi pantai di Pantai Morib bagi menyambut ketibaan Firdaus.
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
41
Bahasa Malaysia PT3 Analisis Novel Tingkatan 1
4. Di bawah pokok ru Azlina dan Johari memerhatikan Firdaus yang bersama-sama kawan-kawannya di bawah pokok ru.
Gaya Bahasa 1. Peribahasa (a) Bagaikan langit dengan bumi. Aku tersenyum. Ternyata perbezaan antara Azlina dengan Firdaus semenjak meninggalkan rumah tadi, bagaikan langit dengan bumi. (hal. 7) (b) Macam kacang lupakan kulit. “Abang ni macam kacang lupakan kulit. Tak tahu mengenang budi orang.” (hal. 74) 2. Simile (a) Debar di dadaku bagaikan hempasan ombak di pantai sana. (hal. 51) (b) Aku tersenyum. Aku berasa bangga bagaikan setitik minyak jatuh ke permukaan air mengembang seluas-luasnya dalam hatiku. (hal. 84) 3. Hiperbola Sebahagian daripada kepenatan yang menggayuti tubuhku seakan-akan luruh. (hal. 48) 4. Metafora Tetapi, bukankah aku lebih hebat kerana Mazlinda ke sini semata-mata kerana mahu menyambutku! Gunung kebanggaan di hatiku menjadi semakin tinggi. (hal. 73) 5. Sinkope “Saya juga nak ucapkan tahniah.” Azlina pula menghulurkan tangan kepada abangnya. (hal. 61)
Sudut Pandangan Dalam novel “Destinasi Impian”, pengarang menggunakan sudut pandangan ketiga tidak terbatas. Pengarang hanya menumpukan kepada sebahagian watak yang dipilihnya, iaitu watak Firdaus, Johari, dan Azlina manakala watak-watak lain seperti Mazlinda, Mokhtar, Mokhsin, dan Sazali digambarkan secara ringkas.
Nilai 1. Cinta akan bahasa kebangsaan Azlina cinta akan bahasa kebangsaan. Dia sanggup memberhentikan basikalnya dan mengambil gambar beberapa papan tanda yang mempunyai kesalahan bahasa. 2. Keberanian Mazlinda berani menyelamatkan Firdaus yang kelemasan di lautan. 3. Keprihatinan Johari memberikan bantuan kepada Azlina semasa Azlina luka akibat terjatuh dari basikalnya. 4. Bertanggungjawab Johari dan Azlina berasa bertanggungjawab untuk mengubah tingkah laku dan pemikiran Firdaus agar menjadi lelaki yang sejati. 5. Semangat setia kaw an Rakan-rakan Firdaus sanggup mendirikan khemah di Pantai Morib bagi menyambut Firdaus yang telah berjaya menghabiskan kayuhannya. 42
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
Bahasa Malaysia PT3 Analisis Novel Tingkatan 1
Pengajaran 1. Kita janganlah mempunyai perasaan hasad dengki dalam diri. 2. Kita janganlah menghina sesama sendiri. 3. Kita hendaklah berani menyahut cabaran. 4. Kita haruslah insaf atas kesalahan yang telah kita lakukan. 5. Kita janganlah berdendam terutamanya kepada adik-beradik. 6. Kita janganlah bercakap bohong.
Formula Termodinamik Sinopsis
Amir dan Usamah mengubah suai sebuah mesin rumput terpakai menjadi sebuah mesin yang mempunyai dua fungsi, iaitu memotong rumput dan membajak tanah sekali gus. Mesin model baharu ini dicipta dengan menggunakan Formula Dua Hukum Popular Termodinamik yang di kirimkan oleh Profesor Othman. Berita kejayaan Amir dan Usmah mencipta mesin 2 dalam 1 ini tersebar dalam kalangan penduduk Kampung Warisan. Aswan tidak gembira apabila mendengar berita tersebut. Aswan mahu mencipta model yang sama dengan model ciptaan Amir dan Usamah tetapi berbeza fungsi. Aswan meminta Majibon dan Fikri bekerjasama dengannya. Fikri bersedia bekerjasama dengan syarat mereka tidak menganggap Amir dan Usamah sebagai musuh. Aswan, Fikri, dan Majibon menemui Amir dan Usamah di rumah nenek mereka. Aswan telah memperoleh maklumat Formula Termodinamik. Dia amat gembira untuk memulakan kerja-kerja menghasilkan mesin dengan enjin baharu. Amir kehilangan storan data Formula Dua Hukum Popular Termodinamik. Untuk menenangkan perasaan kecewa, Amir mendaki bukit. Usamah memujuknya supaya menunaikan sembahyang maghrib untuk mendapatkan ketenangan. Amir dan Usamah pulang ke rumah ibu bapa Amir di Putatan. Amir menyemak storan data termodinamik dalam komputer milik bapanya, tiba-tiba data Syarikat Bahagia milik bapanya terpapar pada skrin komputer. Usamah menyekat pengaliran makluman tersebut dengan menerbitkan Adang Keselamatan Rahsia. Pada masa yang sama, Aswan melepaskan perasaan geram kerana dengan tiba-tiba sahaja dia gagal memindahkan storan data Syarikat Bahagia ke dalam pemacu penanya. Pada musim menanam padi, orang-orang kampung menolong menanam padi di sawah nenek. Tiba-tiba suasana menjadi hingar-bingar apabila nenek terjatuh ke dalam paya. Setelah pulih daripada pengsan, nenek dibawa ke rumah sakit. Usamah memberitahu Amir bahawa data Syarikat Bahagia bocor lagi. Usamah berjaya menyekat pengaliran maklumat pada kali kedua. Amir, Usamah, Zaidi, dan Adnin mengatur strategi untuk menangkap penjenayah yang mencuri barang-barang orang kampung. Mereka menangkap Lahop dan Oyong di sebuah pondok Usang di tengah-tengah hutan. Mereka menemukan pemacu pena di pondok usang itu. Usamah dan Amir menduga pemacu pena yang ditemukan itu ada kaitan dengan kehilangan storan data Formula Dua Hukum Popular Termodinamik miliknya. Amir menerima e-mel yang tertera ayat “Saya minta maaf.”. Penghantar e-mel itu menyepikan diri apabila Amir memintanya memperkenalkan diri. © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
43
Bahasa Malaysia PT3 Analisis Novel Tingkatan 1
Zaid menceritakan kisah Asma yang akan berkahwin dengan Asman. Amir amat kecewa. Adnin datang memberitahu mereka bahawa kampung mereka telah dilanda banjir. Amir, Usamah, Zaid, dan Fikri menyelamatkan Aswan, Fikri, dan Majibon yang terapung-apung di permukaan air. Amir merawat Aswan di dalam khemah. Aswan meminta maaf daripada Amir kerana telah mengkhianati persahabatan mereka. Aswan mengaku bahawa dia telah mencuri storan data Formula Dua Hukum Popular Termodinamik milik Amir. Aswan juga mengaku nyaris-nyaris memindahkan aset Syarikat Bahagia ke akaun bapanya tetapi dilarang oleh Fikri. Aswan berjanji akan mengembalikan pemacu pena itu. Amir memaafkan Aswan. Amir dan Usamah menerima Anugerah Saintis Muda dan tawaran biasiswa untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara. Ahli-ahli keluarga Amir menghantar mereka ke lapangan terbang. Aswan, Fikri, dan Majibon turut hadir. Aswan memberikan dua bungkusan kecil kepada Amir dan Usamah. Asma menghadiahkan dua jambak bunga mawar kepada Amir dan Usamah. Amir berusaha untuk mengawal perasaan pilunya. Amir dan Usamah masuk ke dalam pesawat. Mereka bertekad akan pulang ke tanah air dengan membawa kejayaan yang gemilang.
Tema Kegigihan dalam mencipta inovasi dalam bidang pertanian oleh dua orang remaja, iaitu Amir dan Usamah. Mereka gigih berusaha mencipta inovasi dalam bidang pertanian dengan mengubah suai mesin rumput dengan dua kegunaan, iaitu memotong rumput dan membajak sawah dengan menggunakan Formula Dua Hukum Termodinamik.
Persoalan 1. Remaja yang berwawasan dapat memajukan negara. 2. Ibu bapa yang terlalu mengutamakan kerjaya akan mengabaikan anak-anak. 3. Perasaan dengki terhadap kejayaan orang lain merugikan diri sendiri. 4. Penyalahgunaan Internet atau penjenayah siber dalam masyarakat. 5. Semangat bekerjasama dan sikap setiakawan membawa kejayaan. 6. Kasih sayang penawar yang paling mujarab dalam kehidupan. 7. Perasaan sayang terhadap seseorang perlu dinyatakan dengan kata-kata secara berterus terang. 8. Penghargaan kerajaan kepada rakyat yang berjasa. 9. Setiap perbuatan sama ada baik atau buruk pasti akan mendapat balasan. 10. Keinsafan atas kebesaran Tuhan.
Plot Binaan Plot Plot novel “Formula Termodinamik“ dijalin mengikut kronologi. Setiap peristiwa yang berlaku mengikut urutan masa dan amat mudah difahami pembaca. 1. Permulaan Amir dan Usamah menghabiskan cuti semesternya di rumah neneknya di Kampung Warisan, Papar. Amir dan Usamah merancang untuk mengubah suai mesin rumput terpakai menjadi mesin yang berfungsi untuk memotong rumput dan membajak tanah sekali gus. Usaha mereka berjaya. 44
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
Bahasa Malaysia PT3 Analisis Novel Tingkatan 1
2. Perkembangan Aswan mencuri storan data Formula Dua Hukum Popular Termodinamik kepunyaan Amir. Amir bertambah gelisah apabila maklumat Syarikat Bahagia milik bapanya telah dicerobohi. Amir kecewa kerana tidak dapat memberitahu ayahnya tentang maklumat Syarikat Bahagia yang telah dicerobohi orang melalui Internet. Neneknya pula pengsan setelah terjatuh di dalam paya. Amir bertambah kecewa apabila mengetahui Asma akan berkahwin dengan Asman tidak beberapa lama lagi. 3. Klimaks Amir, Usamah, Zaid, dan Adnin berjaya memerangkap Oyong dan Lahop yang terlibat dalam kes kecurian barang-barang penduduk Kampung Warisan di sebuah pondok usang. Usamah berjaya menyekat pengaliran maklumat Syarikat Bahagia daripada dicerobohi penjenayah siber. 4. Peleraian Amir dan rakan-rakannya menyelamatkan Aswan, Fikri, dan Majibon yang hanyut dalam arus deras. Amir dan Usamah menerima Anugerah Saintis Muda dan biasiswa untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara. Ahli-ahli keluarga dan rakan-rakan menghantar Amir dan Usamah ke lapangan terbang. Amir dan Usamah bertekad akan pulang ke tanah air dengan membawa kejayaan yang cemerlang.
Teknik Plot Pelbagai teknik plot digunakan oleh pengarang seperti pemerian, dialog, imbas kembali, monolog dalaman, dan monolog bagi menjadikan karyanya lebih menarik. 1. Teknik Pemerian Teknik pemerian ialah pengarang menggambarkan atau menerangkan sesuatu peristiwa yang berlaku dalam sesebuah cerita. Contohnya: Tangan kanannya menangkup tetikus. Tangan kirinya pula berada di atas papan kekunci. Tangannya lincah menekan-nekan kod rahsia komputer. Tiba-tiba muncul mesej diikuti dengan perkataan amaran yang tertera pada layar komputer. Amir cemas. Dia tahu bahawa ada sesuatu yang tidak kena pada storan data itu. Dia cuba mencari kod lain. (hal. 69) 2. Teknik dialog Teknik dialog digunakan bagi menghidupkan lagi jalan cerita. Dialog ialah perbualan atau pertuturan antara watak-watak yang wujud dalam sesebuah cerita. Contohnya: “Formula dah ada, buat apa minta tolong? Memalukan saja!” bentak Aswan. “Baiklah, aku berjanji akan memulakan projek kita yang terbengkalai tu, dan untuk memulakan projek ini kita perlukan wang. Apa kata aset syarikat ni, kita pindahkan RM10 000.00 ke dalam akaunku?” cadang Aswan mengambil hati Fikri. “Jangan! Kalau kau hajat seperti itu, aku tidak akan menyertai projek ini,” bantah Fikri. Dia terus melangkah ke arah pintu. Nekad. (hal. 68) 3. Teknik monolog dalaman Monolog dalaman ialah perbualan secara bersendirian di dalam hati. Contohnya: “Aku mahu ciptaanku lebih baik daripada ciptaan Amir dan Usamah,” bisik Aswan. Semangat untuk bersaing makin berkobar-kobar di dalam dadanya. (hal. 12)
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
45
Bahasa Malaysia PT3 Analisis Novel Tingkatan 1
Watak dan Perwatakan Amir (Watak Utama) 1. Berdarah kacukan Cina dan Brunei. 2. Bermata sepet. 3. Berkulit putih. 4. Bertubuh tegap dan tinggi. 5. Belajar di politeknik dalam bidang kejuruteraan. 6. Anak kepada usahawan import dan eksport. 7. Mempunyai daya fikir yang keratif dan inovatif. 8. Berjaya memenangi Anugerah Saintis Muda. Usamah 1. Dua pupu Amir. 2. Belajar di politeknik dalam bidang kejuruteraan. 3. Bersama-sama Amir mengubah suai mesin 2 dalam 1. 4. Berjaya melanjutkan pelajaran dengan tajaan biasiswa bersama-sama Amir. 5. Ibunya berasal dari Semenanjung Malaysia. Aswan 1. Dua pupu Amir dan Usamah. 2. Anak kepada usahawan import dan eksport. 3. Berkawan baik dengan Majibon dan Fikri. 4. Iri hati terhadap pencapaian Amir dan Usamah. 5. Mencuri pena pemacu dan maklumat Syarikat Bahagia. 6. Insaf dan meminta maaf daripada Amir. Asma 1. Gadis berdarah kacukan Dusun dan Brunei. 2. Berkulit putih. 3. Tinggi sederhana dan raut wajah lembut serta menawan. 4. Mempunyai hubungan dua pupu Amir dan Usamah.
Latar Latar masa 1. Pagi Sewaktu mencari storan data Formula Dua Hukum Popular Termodinamik yang hilang melalui komputer di pejabat persendirian bapanya di Putatan, Amir menerima mesej yang diikuti oleh perkataan amaran pada layar komputer. 2. Tengah hari Selepas membajak tanah dan menabur baja di sawah nenek, Amir, Usamah, Zaidi, dan Adnin makan tengah hari. 46
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
Bahasa Malaysia PT3 Analisis Novel Tingkatan 1
3. 7.00 Petang Aswan, Majibon, dan Fikri bertandang ke rumah nenek Amir. Tatkala itu, Amir dan Usamah sedang memasang mesin 2 dalam 1. Amir menerangkan fungsi mesin 2 dalam 1 kepada Majibon dan Fikri manakala Usamah menemani Aswan masuk ke dalam bilik operasi. 4. Senja Amir memanjat bukit untuk menghilangkan perasaan kecewa setelah storan data Formula Dua Hukum Popular Dinamik miliknya lenyap dari komputer. Usamah menasihati Amir supaya menunaikan solat maghrib di masjid untuk menghilangkan perasaan kecewanya itu. 5. Malam (selepas isyak) Amir, Usamah, Adnin, dan Zaid masuk ke dalam hutan dengan peralatan yang lengkap. Mereka menangkap dua orang lelaki di sebuah pondok usang di dalam hutan. 6. Tengah malam (12.00 tengah malam) Amir dan Usamah berada di pejabat persendirian bapa Amir di Putatan. Mereka mendapati ada orang sedang memindahkan storan data Syarikat Bahagia melalui Internet. 7. 3.00 pagi Amir dan Usamah mewujudkan Adang Keselamatan Rahsia untuk menyekat pengaliran maklumat Syarikat Bahagia. Amir memberitahu ibunya tentang hal tersebut. Latar tempat 1. Rumah nenek di Kampung Warisan, Papar Tempat Amir dan Usamah menghabiskan cuti semester. Mereka mencipta mesin 2 dalam 1 untuk membantu penduduk Kampung Warisan menanam padi. 2. Pejabat Persendiri Damit di Putatan Amir dan Usamah mencari storan data Formula Dua Hukum Popular Termodinamik yang hilang. Secara tidak sengaja, mereka menemukan penjenayah siber sedang mencuri data Syarikat Bahagia melalui Internet. Walau bagaimanapun, Usamah berjaya menyekatnya. 3. Kawasan sawah padi Amir, Usamah, Asma, Zaid, dan Adnin berjoging pada waktu pagi. Asma teringat akan peristiwa mereka berlari-lari di atas batas ketika masih kecil dahulu. 4. Tasik Aswan, Adnin, dan Fikri merancang untuk mengubah suai mesin rumput terpakai menjadi mesin menanam padi. Mereka mahu mencipta model yang sama dengan ciptaan Amir dan Usamah tetapi berbeza fungsinya. 5. Rumah sakit Nenek menjalani pembedahan pada buku lali akibat terjatuh di paya. Anak, menantu, dan cucucucunya mengunjungi nenek. Joy menyuapkan bubur nasi yang dimasak oleh Usamah. 6. Pondok usang di dalam hutan Amir, Usamah, Zaid, dan Adnin menangkap Lahop dan Oyong di dalam sebuah pondok usang di dalam hutan. Lahop dan Oyong memberitahu Amir dan rakan-rakannya bahawa mereka hanya diupah untuk menjaga pondok tersebut. © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
47
Bahasa Malaysia PT3 Analisis Novel Tingkatan 1
7. Lapangan Terbang Keluarga dan rakan-rakan mengucapkan selamat jalan kepada Amir dan Usamah yang akan berangkat ke luar negara untuk melanjutkan pelajaran. Aswan dan Asma menghulurkan hadiah masing-masing kepada Amir dan Usamah. Latar masyarakat 1. Masyarakat remaja yang kreatif dan inovatif Amir dan Usamah berfikir secara kreatif untuk mengubah suai mesin rumput menjadi mesin memotong rumput dan membajak tanah sekali gus. 2. Masyarakat remaja yang malas belajar Aswan telah dibuang dari Politeknik Kuching, Sarawak kerana dia malas belajar, kerap ponteng kuliah, suka berfoya-foya, dan gagal dalam peperiksaan. 3. Masyarakat yang tabah menghadapi dugaan Amir tidak lemah semangat walaupun kehilangan storan data Formula Dua Hukum Popular Termodinamik. 4. Generasi muda yang bijak komputer Amir dapat mengesan percubaan penjenayah siber mencuri maklumat Syarikat Bahagia. Usamah berjaya mewujudkan Adang Keselamatan Rahsia untuk menyekat pengaliran maklumat tersebut. 5. Masyarakat yang mengkhianati ikatan persahabatan Aswan yang mencuri pemacu pena milik Amir yang mengandungi storan data Formula Dua Hukum Popular Termodinamik kerana dia tidak mahu Amir lebih hebat daripadanya. 6. Masyarakat yang terlalu mementing kerjaya dan duniawi Amir sedih kerana ayahnya terlalu sibuk dengan urusan perniagaan di dalam dan di luar negara. Akibatnya, beliau tidak dapat meluangkan masa untuk isteri dan anak-anak di rumah. 7. Masyarakat Kampung yang saling bekerjasama Orang-orang kampung menolong menanam padi di sawah nenek. Orang-orang kampung juga telah membawa nenek ke rumah sakit kerana nenek jatuh ke dalam paya. 8. Masyarakat yang penyayang Nenek amat menyayangi cucu-cucunya. Nenek berjanji akan membuat kuih baulu dan kuih jala untuk Usamah dan Amir setelah dia sihat. 9. Masyarakat yang beriman Fikri melarang Aswan memindahkan wang sebanyak RM10 000.00 milik Syarikat Bahagia ke dalam akaunnya kerana agama Islam melarang penganutnya mengambil hak orang lain. 10. Masyarakat yang pemaaf dan tidak berdendam Amir, Usamah, Zaid, dan Adnin menyelamatkan Aswan, Fikri, dan Majibon walaupun mereka sangat jahat. Amir memaafkan Aswan walaupun Aswan mengaku telah mencuri storan data Formula Dua Hukum Popular Termodinamik miliknya.
48
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
Bahasa Malaysia PT3 Analisis Novel Tingkatan 1
Gaya Bahasa 1. Peribahasa Makan tidak kenyang. Mandi tidak basah. Dia bagaikan jejaka dilamun cinta. Fikirannya hanya tertumpu kepada Amir dan Usamah. Dia mahu menyaingi mereka. (hal. 9) 2. Simile Dia bagaikan jejaka dilamun cinta. Fikirannya hanya tertumpu kepada Amir dan Usamah. Dia mahu menyaingi mereka. (hal. 9) 3. Sinkope “Bagaimana pula kalau kita nak menggunakan pemotong rumput, yang mana nak ditekan?” tanya Fikri. Hujung jarinya menunjuk pada salah satu butang punat. (hal. 19) 4. Personifikasi Usamah menghulurkan pemacu pena kepada Amir. “Tekan butang masuk dulu,” ujar Usamah. Jari-jemari Amir mula lincah menari di atas papan kekunci. (hal. 4) 5. Hiperbola Majibon terdiam. Pipinya kemerah-merahan. Meskipun tersirap darah mudanya, namun dia membatu. (hal. 12) 6. Metafora Fikri memberikan pandangan. Riak wajahnya keruh apabila memikirkan hal itu .(hal. 12)
Sudut Pandangan Dalam novel “Formula Termodinamik”, pengarang menggunakan sudut pandangan ketiga tidak terbatas. Dalam novel ini pengarang tidak melibatkan dirinya dalam penceritaan tetapi pengarang amat mengenali setiap watak utama dan juga watak-watak sampingan. Pengarang dapat menceritakan segala-galanya tentang setiap watak seperti perasaan watak, tingkah laku, pergerakan, dan fikiran watak-watak.
Nilai 1. Tolong-menolong Orang-orang kampung menolong menanam padi antara satu sama lain. 2. Kasih sayang Puan Intan sayang akan anaknya dan bimbang apabila anaknya tidak menghubunginya sejak keluar pagi tadi. 3. Keprihatinan Usamah menyatakan bahawa mereka sepatutnya prihatin dan memberikan bimbingan kepada Aswan dan berbuat baik serta berkawan dengannya agar lama-kelamaan dia akan insaf. 4. Saling mengingati Amir mengingatkan rakan-rakannya agar tidak mengumpat kerana perbuatan mengumpat sama seperti memakan daging saudaranya sendiri. 5. Persaingan sihat Usamah memberitahu Zaid bahawa persaingan yang sihat akan memajukan diri sendiri.
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
49
Bahasa Malaysia PT3 Analisis Novel Tingkatan 1
Pengajaran 1. 2. 3. 4.
Kita janganlah menuduh orang tanpa usul periksa. Kita janganlah terlalu memanjakan anak dengan kemewahan. Kita hendaklah menyiasat terlebih dahulu sesuatu perkara sebelum membuat sebarang tuduhan. Kita hendaklah bersaing secara sihat antara satu sama lain.
Sejambak Bakti Sinopsis Suasana di koperasi Sekolah Menengah Kebangsaan Teknik Pertanian Seri Kayangan pada pagi itu sangat sibuk. Terdapat seorang pembantu kedai dan tiga orang ahli pengarah sedang melayani pembeli-pembeli dengan sabar dan baik. Seorang murid lelaki mencuba untuk mencuri sebatang pen telah ditegur oleh seorang ahli lembaga pengarah. Cikgu Zulkifli masuk ke koperasi itu dan memaklumkan kepada ahli lembaga pengarah bahawa pada petang itu akan diadakan mesyuarat agung untuk mengumumkan ahli-ahli jawatankuasa Lembaga Pengarah dan membincangkan usul-usul. Mesyuarat telah membuat keputusan bahawa Razali telah dilantik sebagai Penolong Setiausaha Lembaga Pengarah bagi koperasi Sekolah Menengah Kebangsaan Teknik Pertanian Seri Kayangan. Munir berasa tidak puas hati kerana tidak dipilih sebagai Penolong Setiausaha. Dia merungut kepada kawannya Leong dan Silvam. Dia dan kawan-kawannya, Leong dan Silvam, mula berdendam dengan Razali. Kemarahan Munir bertambah apabila seorang murid baharu sekolah mereka rapat dengan Razali. Di samping itu, Razali dan ahli-ahli lembaga pengarah yang lain mencuba untuk menaiktarafkan koperasi dan melaksanakan usul-usul yang telah dipersetujui dalam mesyuarat yang lepas. Bilik bacaan akan diadakan atas dasar kebajikan dan untuk kebaikan murid-murid. Sikap Munir yang sering tidak menyiapkan kerja sekolah, mengganggu murid perempuan, dan tidak melaksanakan tugasnya sebagai ahli lembaga pengarah, telah menyebabkan dia dipanggil guru kaunseling sekolah itu, iaitu Cikgu Muniam. Munir tidak mengakui kesalahannya. Setelah diberikan nasihat, Munir berjanji tidak akan berbuat demikian lagi. Walau bagaimanapun, tindakan tersebut menyebabkan Munir menjadi lebih marah dan menuduh Razali yang mengadukan perkara itu kepada guru kaunseling. Jadi, dia mengambil keputusan untuk membalas dendam. Leong dan Silvam turut serta kerana Razali dianggap sebagai penghalang hasrat mereka untuk merapati Swee Lan dan Saridevi. Petang itu, Razali dibelasah oleh Munir dan rakan-rakannya. Ramlah, Swee Lan, dan Saridevi yang terjumpa dengan Razali di tempat kejadian itu ingin melaporkan perkara itu kepada Cikgu Zulkifli tetapi dilarang oleh Razali. Razali tidak mahu perkara itu diketahui oleh ayah tirinya. Ketika sampai di rumahnya, ibunya terkejut melihat keadaan Razali. Razali menceritakan perlakuan Munir terhadapnya. Ayah tiri Razali ternampak akan keadaan Razali lantas menyalahkan Razali sebagai anak yang sombong sehingga dipukul oleh orang lain. Mak Sopiah mempertahankan anaknya. Tindakannya menyebabkan Razali terasa dan ingin bersama dengan ayah kandungnya. Dia bertanya tentang ayah kandungnya kepada Mak Sopiah tetapi ibunya enggan menceritakannya kerana perkara tersebut merupakan sejarah hitam buat Mak Sopiah. Keesokan harinya, Munir, Leong, dan Silvam dihukum rotan kerana membelasah Razali. Razali telah menerima tawaran untuk mengikuti kursus koperasi bersama-sama wakil koperasi-koperasi sekolah dari seluruh negeri di Kuala Lumpur. Kursus tersebut telah membuka 50
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
Bahasa Malaysia PT3 Analisis Novel Tingkatan 1
mata Razali tentang koperasi-koperasi yang terdapat di Malaysia. Selepas dia pulang dari kursus itu, mereka mengadakan mesyuarat tentang pertandingan koperasi anjuran Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia (ANGKASA). Mereka bersetuju untuk menyertai pertandingan itu. Ahli-ahli Lembaga Pengarah bekerjasama mencantikkan koperasi. Munir tidak mahu memberikan kerjasama dan memilih untuk bermain bola. Walau bagaimanapun, dia dipanggil oleh Cikgu Zulkifli supaya melakukan tugasannya. Ketika Munir berada di meja setiausaha, dia ternampak akan kunci koperasi itu lalu diambilnya. Setelah itu, Munir dan rakan-rakannya merancang sesuatu bagi mambalas dendam terhadap Razali. Suatu malam, koperasi telah diceroboh masuk. Keesokan harinya, apabila koperasi dibuka, Razali mendapati semua barang jualan bertaburan di lantai dan wang sebanyak RM200 telah dicuri. Dia melaporkan perkara itu kepada Cikgu Zulkifli. Pihak polis telah menyiasat tetapi tiada kesan pecah masuk. Kunci koperasi masih berada dalam pegangan Razali dan pengetua. Hal itu membuatkan Munir, Leong, dan Silvam menuduh Razali memecah masuk koperasi kerana dia mempunyai kunci. Munir mengadukan hal ini kepada Pak Zakaria. Pak Zakaria berasa amat marah lalu menghalau Razali tetapi dihalang oleh Mak Sopiah. Cikgu Zulkifli bergegas ke kedai koperasi kerana diberitahu oleh Swee Lan dan Marzuki bahawa koperasi dicerobohi lagi. Cikgu Syamsudin sangat marah atas kejadian itu dan mengambil keputusan untuk memeriksa beg dan pakaian murid satu demi satu. Akhirnya, pihak sekolah telah dapat menangkap pencurinya, iaitu Munir. Dari beg sekolah Munir, Cikgu Hassan telah memperoleh kunci yang sama nombornya dengan kunci koperasi dan duit kertas RM10 yang bertanda “K”. Sebagai hukuman, Munir telah dipecat daripada ahli Lembaga Pengarah dan digantung sekolah selama seminggu. Munir mula sedar akan kesalahannya dan meminta maaf daripada Razali dan keluarganya. Keputusan pertandingan koperasi telah diumumkan. Koperasi Sekolah Menengah Kebangsaan Teknik Pertanian Seri Kayangan telah mendapat johan. Pihak sekolah dan ibu bapa yang dijemput hadir pada pagi itu sangat berbangga dengan kejayaan mereka itu. Antara ibu bapa yang hadir ialah Mak Sopiah dan Pak Zakaria. Kemudian, mereka terjumpa dengan Pak Ramli, iaitu bapa kepada Ramlah. Mereka bersalaman. Cikgu Syamsudin berasa ada suatu rahsia dalam pertemuan itu. Beliau menjemput mereka ke pejabatnya. Pak Ramli menceritakan hubungan mereka. Rupa-rupanya, Pak Ramli ialah bekas suami Mak Sopiah dan ayah kandung kepada Razali. Cikgu Zulkifli amat terkejut lalu memanggil Razali dan Ramlah. Mereka tidak menyangkakan kejayaan koperasi ini telah menemukan seorang anak dengan ayah dan adiknya.
Tema Semangat bekerjasama dalam kehidupan warga sekolah untuk mencapai matlamat demi kebaikan bersama. Contohnya, ahli lembaga koperasi bermesyuarat untuk memutuskan sebarang tindakan bagi memajukan koperasi sekolah, Mereka juga sentiasa bertungkus-lumus membantu menghias kedai koperasi, membersihkan bangsal ayam telur, dan bilik bacaan dari semasa ke semasa.
Persoalan 1. Kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya. 2. Semangat tolong-menolong dalam mencapai suatu kejayaan. 3. Semangat kerjasama melakukan sesuatu. 4. Kepentingan membaca dalam kehidupan. 5. Kepentingan ilmu untuk meraih kejayaan. © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
51
Bahasa Malaysia PT3 Analisis Novel Tingkatan 1
Plot Binaan Plot Peristiwa dalam novel ini disusun secara kronologi. 1. Permulaan Pada permulaan cerita, para pembaca diperkenalkan oleh situasi kehidupan ahli lembaga pengarah di koperasi sekolah. Kemudian, Cikgu Zulkifli menyerahkan surat kepada ahli-ahli yang bertugas dan menyatakan mesyuarat yang akan diadakan pada petang itu. 2. Perkembangan Perkembangan cerita ini pula ialah apabila Munir dipanggil oleh Cikgu Muniam kerana aduan tentang disiplinnya. Cikgu Muniam dan Cikgu Zulkifli mencuba untuk menasihatinya dan Munir mengaku dan berjanji tidak akan mengulangi kesalahannya lagi. Walau bagaimanapun, Munir masih lagi berdendam dengan Razali. Munir, Leong, dan Silvam memukul Razali. 3. Klimaks Sekolah Menengah Kebangsaan Teknik Pertanian Seri Kayangan digemparkan oleh pencerobohan koperasi. Munir, Silvam, dan Leong menuduh Razali kerana dia memegang kunci koperasi. Kemudian, guru-guru ahli lembaga pengarah mencuba untuk memerangkap penceroboh dengan meninggalkan duit RM10 yang bertanda huruf “K” Apabila, koperasi diceroboh lagi, pihak sekolah membuat pemeriksaan mengejut. Akhirnya, Munir ditangkap mencuri kerana duit yang bertanda “K” dan kunci yang mempunyai nombor yang sama dengan kunci koperasi dijumpai di dalam begnya. 4. Peleraian Peleraian cerita ini ialah apabila Mak Sopiah dan Pak Zakaria menemui Pak Ramli, iaitu ayah kandung Razali dan ayah kepada Ramlah. Mereka menceritakan kisah mereka dan Cikgu Zulkifli memanggil Razali dan Ramlah supaya Razali dapat bertemu dengan ayah kandungnya yang sudah lama dicarinya.
Teknik Plot 1. Teknik pemerian. Contohnya: (a) Pagi itu, seperti hari yang lain juga, Sekolah Menengah Teknik Pertanian Seri Kayangan disimbah cahaya matahari pagi yang segar dan nyaman. Empat buah bangunan yang bercat kuning tersergam indah dalam kawasan yang dihiasi dengan beraneka jenis pokok bunga. (hal. 1) (b) Rumah di pinggir sawah itu sesungguhnya amat damai dan mententeramkan perasaan. Sawah luas terbentang, padi subur menghijau. Angin bertiup lembut, daun padi kelihatan berombakombak di tengah-tengah petak. (hal. 53) 2. Teknik dialog. Contohnya: (a) Eh, surat apa ni?” tanya Ramlah dengan terperanjat. “Ambillah!” desak Munir. “Tak maulah!” kata Ramlah seperti ketakutan. (hal. 32) (b) “Bukan kau sahaja yang kecewa, Munir. Kami juga kerana Razali tulah!” Leong pula meluahkan perasaan kecewanya. “Razali tu macam body guard Ramlah, Swee Lin, dan Saridevi tu. Kami juga tak dapat berhubung dengan mereka, Munir, “ cemuh Silvam. (hal. 66) 3. Teknik monolog. Contohnya: “Oh, sungguh malang nasibku!” keluh Razali dalam hatinya. “Mengapalah aku difitnah begini? Ayah, di manakah ayah?” Tolonglah anakmu ini.” Razali menyandarkan kepalanya pada tiang pokok. (hal. 126) 52
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
Bahasa Malaysia PT3 Analisis Novel Tingkatan 1
4. Teknik imbas muka. Contohnya: Sesungguhnya, Razali itulah tempat dia mencurahkan kasih dan bergantung hidup pada masa hadapan. (hal. 127) 5. Teknik imbas kembali. Contohnya: “Mak Sopiah ini ialah bekas isteri saya kira-kira 16 tahun yang lalu. Ketika kami bercerai dahulu, saya meninggalkan seorang anak lelaki. Dialah yang memeliharanya sampai sekarang.” (hal. 154 – 155) 6. Teknik saspens. Contohnya: (a) Ketika itu, lembaga berwarna hitam kelihatan memanjat pintu pagar Sekolah Menengah Teknik Pertanian Seri Kayangan. Lembaga itu berlari menuju ke arah kedai Koperasi. (hal. 105) (b) Mereka terdiam seketika. Mungkin masing-masing mengumpul ingatan untuk diluahkan dalam pertemuan yang tidak diduga itu. Akhirnya, Pak Ramli membuka tirai rahsia yang sama-sama dialami oleh mereka. “Begini sebenarnya Encik Ali, cikgu …” (hal. 154)
Watak dan Perwatakan Razali 1. Watak utama dalam novel “Sejambak Bakti”. 2. Remaja lelaki yang berumur 17 tahun. 3. Belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Teknik Pertanian Seri Kayangan, Tingkatan 5C1. 4. Penolong Setiausaha Lembaga Pengarah Koperasi Sekolah Menengah Teknik Pertanian Seri Kayangan. 5. Anak lelaki tunggal kepada Mak Sopiah dan Pak Ramli dan anak tiri kepada Pak Zakaria. 6. Seorang yang bijak dan rajin mengajar orang lain. 7. Seorang yang penyabar. 8. Seorang yang rajin bekerja dan amanah. 9. Seorang yang suka membantu. 10. Seorang yang sedia memaafkan. Cikgu Zulkifli 1. Guru lelaki Sekolah Menengah Kebangsaan Teknik Pertanian Seri Kayangan 2. Tubuhnya tinggi lampai, rambutnya genjur, dan berkumis. 3. Seorang yang bertanggungjawab. 4. Prihatin dengan ahli-ahli lembaga pengarah dan koperasi. 5. Seorang yang bijaksana. 6. Seorang yang amanah dalam pekerjaan. Ramlah 1. Seorang gadis yang berumur 17 tahun. 2. Belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Teknik Pertanian Seri Kayangan, Tingkatan 5C1. 3. Kawan baik dan adik kepada Razali. 4. Anak perempuan Pak Ramli dengan seorang janda. 5. Seorang yang prihatin akan masalah yang dihadapi seseorang. 6. Seorang yang rajin bekerja dan amanah. 7. Rajin membantu orang lain. © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
53
Bahasa Malaysia PT3 Analisis Novel Tingkatan 1
Munir 1. Seorang remaja lelaki yang berumur 17 tahun. 2. Belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Teknik Pertanian Seri Kayangan, Tingkatan 5C1. 3. Kawan baik kepada Leong dan Silvam. 4. Seorang yang nakal dan biadab. 5. Amat mencemburui Razali. 6. Seorang yang pemalas dan sering mengganggu pelajar perempuan. 7. Suka berbohong.
Latar Latar masa 1. Pada waktu pagi (a) Murid-murid SMTPSK hadir ke sekolah. (b) Para ahli lembaga pengarah memulakan tugas di koperasi. (c) Marzuki, Harun, Rozita, dan Razali tergamam melihat keadaan kedai koperasi yang bersepahsepah. 2. Pada waktu malam Lembaga hitam menceroboh masuk ke dalam kedai koperasi. 3. Pada waktu petang (a) Mesyuarat ahli lembaga pengarah diadakan. (b) Munir, Leong, dan Silvam membelasah Razali. (c) Ahli lembaga pengarah pergi membeli barang dan buku untuk koperasi. 4. Pada pagi 24 Julai Razali menghadirkan diri ke kursus koperasi di Kuala Lumpur. Latar tempat 1. Di Sekolah Menengah Teknik Pertanian Seri Kayangan (a) Tempat razali dan rakan-rakannya belajar. (b) Ahli lembaga pengarah menjalankan tugas yang diberikan. (c) Tempat pertemuan antara Razali dengan ayah kandungnya, Pak Ramli. 2. Di Koperasi Sekolah Menengah Teknik Pertanian Seri Kayangan (a) Ahli lembaga pengarah menjalankan tugas. (b) Lembaga hitam menceroboh masuk. (c) Pihak polis datang untuk membuat siasatan. 3. Di rumah Razali (a) Tempat Pak Zakaria, Mak Sopiah, dan Razali tinggal. (b) Razali sembahyang dan berdoa kepada Tuhan. (c) Pak Zakaria telah menghalau Razali keluar dari rumah setelah difitnah oleh Munir. 4. Di Maktab Kerjasama, Petaling Jaya. Razali menjalani kursus koperasi. 5. Di Kuala Lumpur (a) Razali melawat ke tempat-tempat menarik di Kuala Lumpur seperti Muzium Negara. (b) Razali melawat ke koperasi-koperasi seperti Koperasi Bekas Perajurit Tanah Air. 54
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
Bahasa Malaysia PT3 Analisis Novel Tingkatan 1
6. Di pondok di tengah sawah (a) Tempat Rozita, Ramlah, Saridevi, dan Razali mengulang kaji pelajaran. (b) Tempat Razali menenangkan hati setelah dimarahi oleh ayah tirinya. 7. Di Bilik Mesyuarat Sekolah Menengah Teknik Pertanian Seri Kayangan Tempat ahli lembaga pengarah mengadakan mesyuarat. 8. Di kelas Tingkatan 5C1 Razali, Ramlah, dan Munir belajar di kelas ini. Latar masyarakat 1. Masyarakat yang bekerjasama untuk mencapai kecemerlangan Ahli Lembaga Pengarah berkerjasama menghiaskan bilik koperasi dan bilik bacaan untuk pertandingan koperasi. 2. Masyarakat yang saling bantu-membantu Rozita, Ramlah, dan Saridevi membantu Razali yang baru sahaja dibelasah oleh Munir, Silvam, dan Leong. 3. Masyarakat yang cemburu akan kelebihan seseorang Munir amat mencemburui Razali yang sering kelihatan bersama dengan Ramlah. 4. Masyarakat ahli jawatankuasa Koperasi Ahli lembaga pengarah berusaha untuk menaik taraf koperasi. 5. Masyarakat pelajar Razali, Rozita, Ramlah, dan Saridevi belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Teknik Pertanian Seri Kayangan. 6. Masyarakat guru Guru-guru yang sedia berkhidmat untuk mendidik para pelajar. 7. Masyarakat pelajar yang mempunyai masalah disiplin Munir sering ponteng tugas di koperasi, menyakiti Razali, dan sering mengganggu para pelajar perempuan.
Gaya Bahasa 1. Peribahasa “Kau memang busuk hati, dengki!” cemuh Munir. (hal. 67) 2. Simile Kakinya seperti terpaku di tanah. (hal. 122) 3. Metafora Razali memaku dirinya di tanah. (hal. 124) 4. Sinkope “Kami nak belajar di pondok tu, emak, sahut Razali. (hal. 55) 5. Anafora “Dia … dia …” kata Munir terputus-putus. “Dia apa?” sergah Cikgu Syamsudin. “Dia terlalu rapat dengan Ram … Ramlah, cikgu,” jelas Munir, ketakutan. (hal. 135) 6. Repetisi “Hidup Koperasi SMTPSK! Hidup Koperasi SMTPSK! Hidup Koperasi SMTPSK!” (hal. 149) © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
55
Bahasa Malaysia PT3 Analisis Novel Tingkatan 1
Sudut Pandangan Novel “Sejambak Bakti” menggunakan sudut pandangan orang ketiga. Sudut pandangan orang ketiga kerap digunakan oleh pengarang yang mengisahkan ceritanya melalui watak menggunakan kata ganti nama diri ketiga, iaitu dia, mereka, atau lengkap dengan nama.
Nilai 1. Bekerjasama Ahli lembaga pengarah berkerjasama membersihkan tempat pemeliharaan ayam, mengemaskan kedai koperasi, dan bilik bacaan untuk pertandingan koperasi. 2. Kasih sayang Ibu Razali, Mak Sopiah amat menyayangi anaknya sehingga sanggup mengikut Razali sekiranya Razali dihalau keluar dari rumah. 3. Kejujuran Razali dengan jujurnya menyatakan alibinya ketika disoal siasat oleh polis. 4. Amanah Cikgu Robeah memegang duit koperasi dengan amanah. 5. Tolong-menolong Razali sanggup menolong Munir dalam pelajaran semasa Munir dalam tempoh digantung persekolahan. 6. Kerajinan Ahli-ahli lembaga pengarah rajin ke bangsal ternakan ayam untuk mengambil telur-telur ayam dan mengemas bangsal tersebut. 7. Kegigihan Ahli-ahli lembaga pengarah gigih menjalankan tugas sehingga memberikan kesan kepada muridmurid lain. 8. Ketaatan Ahli-ahli lembaga pengarah taat akan arahan yang diberikan oleh guru mereka.
Pengajaran 1. Kita haruslah bekerjasama untuk mencapai kejayaan. 2. Kita haruslah menyayangi anak kita. 3. Kita haruslah bersifat jujur. 4. Kita haruslah taat kepada ibu bapa. 5. Kita haruslah taat kepada guru-guru. 6. Kita haruslah saling membantu sesama sendiri. 7. Kita haruslah amanah dengan tugas yang diberikan.
56
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.