009b.fm Page 1 Monday, March 27, 2006 12:40 PM
UNDANG-UNDANG MALAYSIA CETAKAN SEMULA
Akta 9
AKTA BANK PERTANIAN MALAYSIA 1969 Mengandungi segala pindaan hingga 1 Januari 2006
DITERBITKAN OLEH PESURUHJAYA PENYEMAK UNDANG - UNDANG , MALAYSIA DI BAWAH KUASA AKTA PENYEMAKAN UNDANG - UNDANG 1968 SECARA USAHA SAMA DENGAN MALAYAN LAW JOURNAL SDN BHD DAN PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BHD
2006
009b.fm Page 2 Monday, March 27, 2006 12:40 PM
2 AKTA BANK PERTANIAN MALAYSIA 1969 Tarikh Perkenan Diraja
…
…
…
…
22 April 1969
Tarikh penyiaran dalam Warta …
…
…
1 Mei 1969
C ETAKAN S EMULA YANG TERDAHULU Cetakan Semula Yang Pertama …
…
…
1992
Cetakan Semula Yang Kedua
…
…
1999
…
DISEDIAKAN UNTUK PENERBITAN OLEH MALAYAN LAW JOURNAL SDN BHD DAN DICETAK OLEH PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD CAWANGAN KUALA LUMPUR 2006
009b.fm Page 3 Monday, March 27, 2006 12:40 PM
Bank Pertanian Malaysia UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 9 AKTA BANK PERTANIAN MALAYSIA 1969
SUSUNAN SEKSYEN
B AHAGIAN I PERMULAAN Seksyen
1.
Tajuk ringkas
2.
Pemakaian
3.
Tafsiran B AHAGIAN II PENUBUHAN, MODAL DAN PENTADBIRAN BANK
4.
Penubuhan Bank
5.
Pejabat Bank
6.
Tujuan
7.
Modal
8.
Lembaga Pengarah
9.
Syarat-syarat pelantikan Pengerusi dan pengarah
10.
Pelantikan dan kewajipan Pengurus Besar
10A.
Pelantikan jawatankuasa dan jawatankuasa kecil
10 B.
Tatatertib pegawai dan pekerja
10 C.
Surcaj
10D.
Penubuhan Lembaga Rayuan Tatatertib
10E.
Penamatan demi kepentingan awam
11.
Arahan Menteri
3
009b.fm Page 4 Monday, March 27, 2006 12:40 PM
4
Undang-Undang Malaysia
AKTA 9
B AHAGIAN III MESYUARAT LEMBAGA Seksyen
12.
Mesyuarat Lembaga
13.
Kepentingan pengarah mengenai kontrak hendaklah dinyatakan B AHAGIAN IV KUASA, FUNGSI DAN URUSAN BANK
14.
Kuasa untuk meminjam
15.
Urusan yang dibenarkan bagi Bank
16.
Urusan yang tidak boleh dijalankan oleh Bank
17.
Pinjaman dan memberi pinjam
18.
Bank boleh menjual atau melupuskan tanaman dan hasilan
19.
Pemeriksaan mengenai wang, pinjaman dan kredit
20.
Wang tidak digunakan dengan sepatutnya
21.
Membatalkan atau mengubahsuaikan kelulusan jaminan
22.
Enggan memberikan wang yang belum dibayar B AHAGIAN V KUMPULAN WANG CADANGAN AM BANK
23.
Menyenggara Kumpulan Wang Cadangan Am
24.
Menunjukkan kunci kira-kira yang diaudit B AHAGIAN VI AKAUN DAN AUDIT
25.
Audit
26.
Menyediakan dan menyiarkan laporan tahunan dan kunci kira-kira B AHAGIAN VII PEGAWAI DAN PEKERJA BANK
27.
Pegawai dan pekerja
28.
Peminjaman daripada Bank oleh kakitangan
29.
Sekatan mengenai pembayaran pinjaman dan pendahuluan kepada kakitangan
009b.fm Page 5 Monday, March 27, 2006 12:40 PM
Bank Pertanian Malaysia
5
Seksyen
30.
Kumpulan wang simpanan
31.
Pegawai yang dipinjamkan atau ditukarkan daripada perkhidmatan Persekutuan atau Negeri B AHAGIAN VIII PENALTI DAN PENDAKWAAN
32.
Penalti
33.
Fiat Pendakwa Raya
34.
Bidang kuasa B AHAGIAN IX AM
35.
Kanun Keseksaan
36.
Menyimpan rahsia
37.
Kuasa melantik wakil
38.
Kuasa membuat peraturan
38A.
Kuasa membuat peraturan tatatertib
009b.fm Page 6 Monday, March 27, 2006 12:40 PM
009b.fm Page 7 Monday, March 27, 2006 12:40 PM
Bank Pertanian Malaysia
7
UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 9 AKTA BANK PERTANIAN MALAYSIA 1969 Suatu Akta bagi memperbadankan Bank Pertanian Malaysia untuk mengatur, memberikan, menyelia dan menyelaraskan bantuan kredit bagi maksud pertanian dalam Malaysia. [Seluruh Malaysia—1 Ogos 1969, P.U.(B)187/1969] MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti yang berikut: B AHAGIAN I PERMULAAN
Tajuk ringkas 1. Akta ini bolehlah dinamakan Akta Bank Pertanian Malaysia 1969. Pemakaian 2.
Akta ini hendaklah terpakai di seluruh Malaysia.
Tafsiran 3. Dalam Akta ini melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain— “Bank” ertinya Bank Pertanian Malaysia; “hasilan pertanian” ertinya apa-apa hasil pertanian atau hortikultur, yang diproses ataupun tidak, termasuklah binatangbinatang ternakan ladang sama ada hidup atau yang telah disembelih, daging atau belulang binatang-binatang itu, hasilan susu, ayam itik dan telur, ikan dan hasilan ikan;
009b.fm Page 8 Monday, March 27, 2006 12:40 PM
8
Undang-Undang Malaysia
AKTA 9
“Lembaga” ertinya Lembaga Pengarah Bank Pertanian Malaysia; “Menteri” ertinya Menteri yang bertanggungjawab bagi Bank Pertanian Malaysia; “pemasaran” ertinya penjualan, pengeksportan, perbuatan memproses, pembelian, penyimpanan, pemungutan, pengumpulan dan pengangkutan bagi maksud membeli dan menjual apa-apa hasil pertanian dan termasuklah pengiklanan dan pembiayaan pengendalian bagi hasil pertanian tersebut bagi maksud perdagangan; “pengarah” ertinya pengarah yang dilantik di bawah seksyen 8 dan termasuklah Pengerusi; “Pengerusi” ertinya Pengerusi Bank Pertanian Malaysia; “Pengurus Besar” ertinya Pengurus Besar Bank Pertanian Malaysia; “perkhidmatan giro” ertinya suatu perkhidmatan bagi memindahkan pembayaran di antara akaun mengikut arahan pendeposit; “perladangan” termasuklah memelihara atau membiakkan ternakan, ayam itik atau lebah atau menanam pokok buah-buahan, sayur-sayuran dan sebagainya; “pertanian” termasuklah apa-apa kegiatan dalam pertanian, hasil hortikultur atau perhutanan, perikanan dan penggunaan tanah untuk apa-apa maksud perladangan. B AHAGIAN II PENUBUHAN, MODAL DAN PENTADBIRAN BANK
Penubuhan Bank 4. Suatu pertubuhan perbadanan bernama “Bank Pertanian Malaysia” yang kekal turun-temurun dan mempunyai suatu meterai perbadanan, dan juga kuasa memperoleh dan memegang harta yang boleh dialih atau yang tak boleh dialih dan melupuskan harta itu atau dengan jalan lain membuat apa-apa urusan mengenainya, dan yang boleh membawa guaman dan dibawa guaman atas namanya sendiri ditubuhkan.
009b.fm Page 9 Monday, March 27, 2006 12:40 PM
Bank Pertanian Malaysia
9
Pejabat Bank 5. Bank hendaklah mempunyai ibu pejabatnya di Kuala Lumpur, dan boleh membuka cawangan dan melantik ejen dan wakil dalam Malaysia. Tujuan 6.
Tujuan Bank adalah untuk— (a)
menggalakkan kemajuan pertanian yang sempurna dalam Malaysia atau mana-mana bahagiannya;
(b)
menyelaraskan dan menyelia bantuan kredit daripada kumpulan wang awam untuk maksud pertanian bagi berbagai-bagai orang atau kumpulan orang sama ada diperbadankan atau tidak;
(c)
mengadakan kemudahan pinjaman, pendahuluan dan kredit untuk kemajuan pertanian termasuklah penghasilan dan pemasaran;
(d)
menyelenggarakan wang simpanan khususnya dalam bidang pertanian dan, bagi mencapai tujuan ini, menerima wang simpanan dan deposit semasa.
Modal 7. (1) Modal yang dibenarkan bagi Bank ialah lima puluh juta ringgit, sepuluh juta ringgit daripadanya hendaklah disumbangkan dan dibayar oleh Kerajaan apabila Bank ditubuhkan. (2) Bahagian modal dibenarkan yang telah dibayar boleh ditambah sebanyak dan mengikut apa-apa cara yang diputuskan oleh Lembaga dari semasa ke semasa dengan kelulusan Menteri dan persetujuan Menteri Kewangan: Dengan syarat bahawa pembayaran tambahan modal itu boleh dibayar dengan jalan apa-apa pemindahan sebagaimana yang diputuskan dari semasa ke semasa dengan kelulusan Menteri dan persetujuan Menteri Kewangan oleh Lembaga, termasuklah pemindahan daripada Kumpulan Wang Cadangan Am Bank itu dan daripada punca lain sebagaimana yang diluluskan oleh Menteri atas syor Lembaga.
009b.fm Page 10 Monday, March 27, 2006 12:40 PM
10
Undang-Undang Malaysia
AKTA 9
Lembaga Pengarah 8. (1) Suatu Lembaga Pengarah hendaklah ditubuhkan di bawah subseksyen (2) dan Lembaga itu bertanggungjawab bagi menjalankan tugas Bank dan pentadbiran am hal ehwal dan urusan Bank. (2) Lembaga Pengarah hendaklah terdiri daripada seorang Pengerusi yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong dan tidak kurang daripada enam tetapi tidak lebih daripada lapan orang pengarah yang dilantik oleh Menteri: Dengan syarat bahawa sekurang-kurangnya tiga daripada pengarah yang dilantik oleh Menteri itu ialah orang yang tidak memegang apa-apa jawatan awam. (3) Pengarah yang dilantik di bawah subseksyen (2) hendaklah dari kalangan orang yang bertaraf, berpengalaman dan berkebolehan dalam perkara yang berhubungan dengan pertanian dan kewangan, tetapi sebagai pengarah Bank mereka tidak boleh bertindak dalam Lembaga sebagai wakil mana-mana kepentingan pertanian, perdagangan, kewangan, perusahaan atau kepentingan lain yang dengannya mereka ada apa-apa perhubungan. (4) Jika pengarah yang dilantik itu ialah seorang pegawai awam— (a)
larangan yang disebut dalam subseksyen (3) tidaklah terpakai; dan
(b)
hendaklah dilantik seorang pengarah ganti selainnya.
Syarat-syarat pelantikan Pengerusi dan pengarah 9. (1) Pengerusi hendaklah dilantik selama tempoh tidak lebih daripada lima tahun dan layak dilantik semula. (2) Tertakluk kepada subseksyen (1), seseorang pengarah hendaklah memegang jawatan selama tempoh tidak lebih daripada tiga tahun dan layak dilantik semula. (3) Pengerusi dan pengarah hendaklah dibayar oleh Bank apaapa saraan dan elaun sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri.
009b.fm Page 11 Monday, March 27, 2006 12:40 PM
Bank Pertanian Malaysia
11
(4) Dalam masa Pengerusi atau mana-mana pengarah tidak berupaya buat sementara kerana sakit atau dalam masa dia tiada dalam Malaysia buat sementara, Yang di-Pertuan Agong atau Menteri, (iaitu yang telah melantiknya di bawah subseksyen 8(2)) boleh melantik seorang lain sebagai Pengerusi sementara atau pengarah sementara. (5) Yang di-Pertuan Agong atau Menteri, boleh menamatkan pelantikan Pengerusi atau mana-mana pengarah jika dia— (a)
melakukan kesalahan salah laku yang besar berhubung dengan jawatannya;
(b)
tidak menghadiri, kecuali dengan kebenaran, semua mesyuarat Lembaga yang diadakan dalam masa dua bulan berturut-turut atau dalam masa mana-mana tiga bulan dalam tempoh dua belas bulan;
(c)
tidak menyempurnakan tanggungannya di bawah subseksyen 13(1).
(6) Tiada sesiapa jua boleh dilantik atau terus menjadi Pengerusi atau pengarah Bank jika— (a)
dia menjadi orang yang tidak sempurna akal atau kerana sebab lain tidak berupaya menyempurnakan kewajipannya;
(b)
dia menjadi bankrap atau dia menggantungkan pembayaran kepada pemiutangnya atau dia membuat penyelesaian dengan pemiutangnya;
(c)
dia disabitkan atas sesuatu kesalahan oleh sesebuah mahkamah undang-undang dalam Malaysia dan dihukum penjara selama tempoh tidak kurang daripada dua tahun, atau dia disabitkan atas sesuatu kesalahan yang berhubungan dengan fraud atau kecurangan dan belum mendapat sesuatu pengampunan;
(d)
dia ialah seorang pengarah atau pegawai bergaji bagi mana-mana bank yang diberi lesen di bawah peruntukan Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 [Akta 372].
009b.fm Page 12 Monday, March 27, 2006 12:40 PM
12
Undang-Undang Malaysia
AKTA 9
Pelantikan dan kewajipan Pengurus Besar 10. (1) Lembaga hendaklah melantik seorang Pengurus Besar yang hendaklah bertanggungjawab atas pentadbiran dan pengurusan hari ke hari hal ehwal Bank dan, tertakluk sebagaimana yang tersebut dengan nyatanya dalam Akta ini, boleh memberi keputusan dan menjalankan segala kuasa dan melakukan segala perbuatan yang boleh dijalankan atau dilakukan oleh Bank. (2) Pengurus Besar bertanggungjawab kepada Lembaga atas perbuatan dan keputusannya. (3) Pengurus Besar hendaklah menumpukan sepenuh masa profesionalnya kepada perkhidmatan Bank: Dengan syarat bahawa, jika dilantik dengan kelulusan Menteri, dia boleh— (a)
bertindak sebagai ahli mana-mana jawatankuasa atau suruhanjaya yang dilantik oleh Kerajaan bagi menyiasat apa-apa perkara mengenai pertanian dan hasil, kewangan dan kredit pertanian dan perkara yang berkaitan dengannya dalam Malaysia;
(b)
menjadi pengarah, pengelola atau ahli lembaga, tidak kira apa jua namanya disebut, bagi mana-mana bank antarabangsa atau institusi pertanian berbidang antarabangsa;
(c)
menjadi pengarah mana-mana perbadanan dalam Malaysia yang dalamnya Bank boleh mengambil bahagian; atau
(d)
menjadi pengarah atau ahli lembaga pengurus, tidak kira apa jua namanya disebut, bagi mana-mana pihak berkuasa berkanun.
Pelantikan jawatankuasa dan jawatankuasa kecil 10A . (1) Lembaga boleh melantik jawatankuasa bagi apa-apa maksud yang berbangkit daripada atau berkaitan dengan manamana kuasa, kewajipan dan fungsinya di bawah Akta ini; manamana jawatankuasa yang dilantik sedemikian hendaklah termasuk tidak kurang daripada seorang ahli Lembaga, dan bolehlah dilantik ke jawatankuasa itu mana-mana orang lain sebagaimana yang difikirkan patut oleh Lembaga.
009b.fm Page 13 Monday, March 27, 2006 12:40 PM
Bank Pertanian Malaysia
13
(2) Mana-mana jawatankuasa yang dilantik di bawah subseksyen (1) boleh melantik satu jawatankuasa kecil atau lebih; mana-mana jawatankuasa kecil yang dilantik sedemikian he nda kla h termas uk tidak kurang dari pada seorang a hli jawatankuasa yang melantiknya itu, dan bolehlah dilantik ke jawatankuasa kecil itu mana-mana orang lain sebagaimana yang difikirkan patut oleh jawatankuasa yang melantiknya itu. (3) Mana-mana jawatankuasa atau jawatankuasa kecil yang dilantik sedemikian hendaklah menepati apa-apa arahan yang diberikan kepadanya dari semasa ke semasa oleh Lembaga, dan Lembaga boleh pada bila-bila masa menghentikan atau mengubah keanggotaan mana-mana jawatankuasa atau jawatankuasa kecil yang dilantik sedemikian. (4) Bolehlah dibayar kepada ahli mana-mana jawatankuasa atau jawatankuasa kecil apa-apa saraan atau elaun yang ditentukan dari semasa ke semasa oleh Lembaga dengan kelulusan Menteri. (5) Lembaga, jawatankuasa atau jawatankuasa kecil boleh, masing-masingnya, mempelawa mana-mana orang yang, pada pendapatnya, mempunyai pengetahuan khas yang berfaedah kepadanya, untuk menghadiri mana-mana mesyuarat Lembaga, jawatankuasa atau jawatankuasa kecil dan orang yang dipelawa sedemikian tidaklah berhak mengundi dalam mana-mana mesyuarat itu. (6) Apa-apa minit bagi mana-mana mesyuarat mana-mana jawatankuasa atau jawatankuasa kecil bolehlah, jika ditandatangani dengan sewajarnya, diterima sebagai keterangan dalam segala prosiding undang-undang tanpa bukti lanjut dan tiap-tiap mesyuarat itu hendaklah disifatkan telah dipanggil dan dilangsungkan dengan sewajarnya dan semua ahli jawatankuasa atau jawatankuasa kecil yang hadir dalam mesyuarat itu hendaklah disifatkan telah berkelayakan dengan sewajarnya untuk bertindak. Tatatertib pegawai dan pekerja 10B . (1) Suatu Jawatankuasa Tatatertib Bank hendaklah diadakan yang terdiri daripada dua orang ahli yang akan dipilih oleh dan daripada ahli Lembaga, yang seorang daripada mereka hendaklah dipilih menjadi pengerusi, dan Pengurus Besar yang dilantik di bawah subseksyen 10(1).
009b.fm Page 14 Monday, March 27, 2006 12:40 PM
14
Undang-Undang Malaysia
AKTA 9
(2) Pihak berkuasa tatatertib berkenaan dengan tiap-tiap pegawai dan pekerja Bank, selain Pengurus Besar, ialah Jawatankuasa Tatatertib Bank yang ditubuhkan di bawah subseksyen (1). (3) Pihak berkuasa tatatertib berkenaan dengan Pengurus Besar ialah Jawatankuasa Tatatertib yang hendaklah terdiri daripada Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani sebagai pengerusi dan dua orang ahli yang hendaklah dipilih oleh dan daripada ahli Lembaga. (4) Pengurus Besar tidak boleh menjadi ahli Jawatankuasa Tatatertib dalam apa-apa prosiding di hadapan Jawatankuasa itu yang dalamnya dia menjadi pengadu; tempatnya hendaklah diambil oleh seorang ahli yang hendaklah dipilih oleh dan daripada ahli Lembaga. (5) Pada menjalankan fungsi tatatertibnya, Jawatankuasa Tatatertib hendaklah mempunyai kuasa untuk mengenakan apaapa hukuman tatatertib yang diperuntukkan di bawah mana-mana peraturan yang boleh dibuat di bawah seksyen 38A. (6) Jawatankuasa Tatatertib boleh, tertakluk kepada subseksyen (7), mewakilkan mana-mana fungsi, kuasa atau kewajipan tatatertibnya kepada mana-mana jawatankuasa pegawai atau pekerja Bank, berkenaan dengan mana-mana pegawai atau pekerja tertentu Bank atau berkenaan dengan mana-mana golongan atau kategori pegawai atau pekerja Bank, dan jawatankuasa yang diwakilkan dengan fungsi, kuasa atau kewajipan sedemikian hendaklah melaksanakan, menjalankan atau menunaikannya di bawah arahan atau kawalan Jawatankuasa Tatatertib yang hendaklah mempunyai kuasa untuk mengulang kaji, menghapuskan atau mengubah apa-apa keputusan atau dapatan jawatankuasa sedemikian. (7) Tiada pewakilan boleh dibuat di bawah subseksyen (6) untuk membolehkan seseorang pegawai atau pekerja Bank menjadi ahli sesuatu jawatankuasa yang boleh menjalankan apaapa kuasa tatatertib ke atas pegawai atau pekerja yang berpangkat lebih tinggi daripadanya. (8) Sesuatu keputusan Jawatankuasa Tatatertib yang ditubuhkan di bawah subseksyen (1) boleh dirayukan kepada Lembaga Rayuan Tatatertib yang ditubuhkan di bawah seksyen 10D .
009b.fm Page 15 Monday, March 27, 2006 12:40 PM
Bank Pertanian Malaysia
15
(9) Sesuatu keputusan Jawatankuasa Tatatertib yang ditubuhkan di bawah subseksyen (3) boleh dirayukan kepada Menteri. (10) Lembaga Rayuan Tatatertib atau Menteri, boleh mengesahkan, mengakaskan atau mengubah keputusan Jawatankuasa Tatatertib. (11) Keputusan Lembaga Rayuan Tatatertib atau Menteri di bawah subseksyen (1) muktamad dan konklusif. Surcaj 10C . (1) Jika ternyata kepada Jawatankuasa Tatatertib bahawa mana-mana orang yang sedang atau telah bekerja dengan Bank— (a)
telah gagal mengutip apa-apa wang yang terhutang kepada Bank yang pemungutannya menjadi tanggungjawabnya;
(b)
yang atau telah bertanggungjawab atas apa-apa pembayaran wang Bank yang tidak sepatutnya dibuat atau atas apa-apa pembayaran wang yang tidak disahkan dengan sewajarnya;
(c)
yang atau telah bertanggungjawab, secara langsung atau tak langsung, atas apa-apa kekurangan pada, atau atas pemusnahan, apa-apa wang, setem, sekuriti, storan atau harta lain Bank;
(d)
sebagai, atau yang pernah menjadi pegawai perakaunan, gagal atau telah gagal menyimpan akaun atau rekod yang sepatutnya;
(e)
telah gagal membuat apa-apa pembayaran, atau adalah atau telah bertanggungjawab atas apa-apa kelambatan dalam pembayaran, wang Bank kepada mana-mana orang yang kepadanya pembayaran itu kena dibuat di bawah mana-mana kontrak, perjanjian atau perkiraan yang dibuat antara orang itu dengan Bank,
Jawatankuasa Tatatertib hendaklah menyampaikan suatu notis bertulis kepadanya yang memintanya menunjukkan sebab mengapa dia tidak sepatutnya disurcajkan, dan jika penjelasan yang memuaskan hati tidak diberikan, dalam tempoh empat belas hari dari tarikh penyampaian notis yang disebut terdahulu, kepada
009b.fm Page 16 Monday, March 27, 2006 12:40 PM
16
Undang-Undang Malaysia
AKTA 9
Jawatankuasa Tatatertib berkenaan dengan kegagalan mengutip, bayaran yang tidak sepatutnya dibuat, pembayaran yang tidak disahkan dengan sewajarnya, kekurangan atau pemusnahan, atau kegagalan menyimpan akaun atau rekod yang sepatutnya, atau kegagalan membuat pembayaran, atau kelambatan dalam membuat pembayaran, Jawatankuasa Tatatertib boleh mensurcajkan sejumlah wang terhadap orang tersebut yang tidak melebihi amaun apa-apa amaun sedemikian yang tidak dikutip, apa-apa bayaran, kekurangan, atau kerugian atau nilai harta yang musnah; dan berkenaan dengan kegagalan menyimpan akaun atau rekod yang sepatutnya, atau kegagalan membuat pembayaran, atau kelambatan dalam membuat pembayaran, Jawatankuasa Tatatertib boleh mensurcajkan apa-apa jumlah wang terhadap orang tersebut sebagaimana yang difikirkan patut oleh Jawatankuasa itu. (2) Pengerusi hendaklah menyebabkan Pengurus Besar diberitahu tentang apa-apa surcaj yang dibuat di bawah subseksyen (1) dan Pengurus Besar hendaklah sesudah itu memberitahu orang yang disurcaj itu. (3) Jawatankuasa Tatatertib boleh pada bila-bila masa menarik balik apa-apa surcaj yang berkenaan dengannya penjelasan yang memuaskan hati telah diterima atau jika ternyata selainnya bahawa tiada surcaj patut dibuat, dan pengerusi hendaklah dengan segera menyeba bka n Pengurus Be sar diberitahu te ntang penarikan balik itu. (4) Amaun apa-apa surcaj yang dibuat di bawah subseksyen (1) dan tidak ditarik balik di bawah subseksyen (3) hendaklah menjadi hutang yang kena dibayar kepada Bank daripada orang yang terhadapnya surcaj itu dibuat dan boleh didakwa dan didapatkan kembali dalam mana-mana mahkamah atas guaman Bank dan boleh juga didapatkan kembali melalui potongan— (a)
daripada gaji orang yang disurcaj jika Jawatankuasa Tatatertib mengarahkan sedemikian; atau
(b)
daripada pencen orang yang disurcaj jika Jawatankuasa Tatatertib mengarahkan sedemikian,
dengan ansuran bulanan yang sama banyak yang tidak melebihi satu perempat daripada jumlah gaji atau pencen bulanan, orang itu.
009b.fm Page 17 Monday, March 27, 2006 12:40 PM
Bank Pertanian Malaysia
17
Penubuhan Lembaga Rayuan Tatatertib 10D . (1) Hendaklah ada suatu Lembaga Rayuan Tatatertib Bank yang hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut: (a)
Pengerusi, yang hendaklah menjadi pengerusi Lembaga Rayuan Tatatertib itu dan hendaklah mempunyai undi pemutus; dan
(b)
tiga orang anggota Lembaga, yang bukan anggota Jawatankuasa Tatatertib yang keputusannya ialah hal perkara rayuan itu, yang hendaklah dilantik oleh pengerusi Lembaga Rayuan Tatatertib itu dengan kelulusan Lembaga bagi maksud rayuan itu.
(2) Apabila Lembaga Rayuan Tatatertib menimbangkan sesuatu rayuan yang dibuat di bawah seksyen 10 B , seseorang anggota Jawatankuasa Tatatertib yang terhadap keputusannya rayuan itu dibuat yang juga anggota Lembaga tidak boleh hadir pada atau dengan apa-apa cara mengambil bahagian dalam apaapa prosiding berhubung dengan rayuan itu. Penamatan demi kepentingan awam 10E . (1) Jika Lembaga mendapati atau jika representasi dibuat kepada Lembaga bahawa wajar perkhidmatan seseorang pegawai atau pekerja ditamatkan demi kepentingan awam, Lembaga boleh meminta laporan penuh daripada pegawai atasan pegawai atau pekerja yang terhadapnya representasi itu dibuat yang hendaklah mengandungi butir-butir berhubung dengan kerja dan kelakuan pegawai atau pekerja itu. (2) Jika, setelah menimbangkan laporan yang diterima di bawah subseksyen (1), Lembaga berpuas hati bahawa, setelah mengambil kira syarat-syarat perkhidmatan, kebergunaan pegawai atau pekerja itu, kerja dan kelakuan pegawai atau pekerja itu dan segala hal keadaan lain kes itu, wajar demi kepentingan awam untuk berbuat demikian, Lembaga boleh menamatkan perkhidmatan pegawai atau pekerja itu mulai dari tarikh yang hendaklah ditentukan oleh Lembaga. (3) Sah di sisi undang-undang bagi Jawatankuasa Tatatertib yang berkenaan untuk mengesyorkan kepada Lembaga supaya perkhidmatan seseorang pegawai atau pekerja ditamatkan demi kepentingan awam walaupun prosiding tatatertib belum
009b.fm Page 18 Monday, March 27, 2006 12:40 PM
18
Undang-Undang Malaysia
AKTA 9
dijalankan di bawah Akta ini dan Lembaga boleh menamatkan perkhidmatan pegawai atau pekerja itu sedemikian. (4) Walau apapun apa-apa jua dalam Akta ini dan mana-mana undang-undang lain yang berlawanan, dalam menamatkan perkhidmatan seseorang pegawai atau pekerja demi kepentingan awam di bawah seksyen ini, pegawai atau pekerja itu tidak perlu diberi apa-apa peluang untuk didengar dan seseorang pegawai atau pekerja yang perkhidmatannya telah ditamatkan demi kepentingan awam di bawah seksyen ini tidak boleh dianggap telah dibuang kerja, tanpa mengira sama ada penamatan perkhidmatan pegawai atau pekerja itu melibatkan suatu unsur hukuman atau berkaitan dengan kelakuan yang berhubungan dengan jawatannya yang dianggap oleh Lembaga tidak memuaskan atau patut disalahkan. Arahan Menteri 11. Menteri boleh mengeluarkan arahan yang tidak berlawanan dengan peruntukan Akta ini kepada Lembaga berkenaan dengan dasar yang hendaklah diikuti oleh Bank dan terhadap arahan itu Lembaga terikat dan hendaklah dengan segera mengambil segala langkah yang perlu dan suai manfaat bagi melaksanakan arahan itu. B AHAGIAN III MESYUARAT LEMBAGA
Mesyuarat Lembaga 12. (1) Dalam tiap-tiap mesyuarat Lembaga, Pengerusi, atau jika Pengerusi tidak ada, seorang pengarah yang dilantik oleh pengarah-pengarah yang hadir dalam mesyuarat, hendaklah mengetuai mesyuarat itu. (2) Pengerusi hendaklah memanggil mesyuarat Lembaga seberapa kerap yang dikehendaki tetapi tidak kurang daripada sekali sebulan. (3) Tiga orang pengarah boleh meminta supaya suatu mesyuarat Lembaga diadakan.
009b.fm Page 19 Monday, March 27, 2006 12:40 PM
Bank Pertanian Malaysia
19
(4) Empat anggota Lembaga yang hadir dalam sesuatu mesyuarat Lembaga adalah menjadi kuorum. (5) Semua keputusan dalam sesuatu mesyuarat Lembaga hendaklah diluluskan mengikut lebih suara undi pengarah yang hadir dan mengundi: Dengan syarat bahawa jika atas apa-apa soal bilangan undi sama banyaknya, Pengerusi atau orang yang mengetuai mesyuarat itu berhak memberikan undi pemutus. Kepentingan dinyatakan
pengarah
mengenai
kontrak
hendaklah
13. (1) Seseorang pengarah yang mempunyai kepentingan secara langsung atau secara tidak langsung mengenai sesuatu kontrak yang dibuat, atau dicadangkan hendak dibuat, oleh Bank hendaklah menyatakan jenis kepentingannya dalam mesyuarat pertama Lembaga yang dihadirinya selepas fakta yang berkaitan sampai kepada pengetahuannya. (2) Penyataan kepentingan di bawah subseksyen (1) hendaklah direkodkan dalam minit mesyuarat Lembaga dan, selepas membuat kenyataan, pengarah itu— (a)
tidak boleh mengambil bahagian dalam apa-apa perbincangan atau keputusan Lembaga berkenaan dengan kontrak itu; dan
(b)
hendaklah tidak dikira bagi maksud menjadikan kuorum Lembaga dalam mana-mana perbincangan atau keputusan itu.
(3) Tiada apa-apa jua perbuatan atau perjalanan mesyuarat Lembaga boleh dipersoalkan atas alasan bahawa seseorang anggota Lembaga telah melanggar seksyen ini. B AHAGIAN IV KUASA, FUNGSI DAN URUSAN BANK
Kuasa untuk meminjam 14. Bagi maksud menjalankan fungsinya di bawah Akta ini Bank boleh, dengan terlebih dahulu mendapat kelulusan bertulis
009b.fm Page 20 Monday, March 27, 2006 12:40 PM
20
Undang-Undang Malaysia
AKTA 9
Menteri Kewangan, meminjam wang sebanyak yang dikehendaki mengikut apa-apa terma sebagaimana yang dipersetujui antara Bank dengan pemberi pinjaman dan diluluskan oleh Menteri Kewangan daripada mana-mana pertubuhan, lembaga, pihak berkuasa atau pertubuhan lain Persekutuan atau Negeri bagi kewangan, syarikat kerjasama, kemajuan, pemasaran atau yang seumpamanya atau mana-mana bank antarabangsa atau institusi kredit pertanian yang berbidang antarabangsa. Urusan yang dibenarkan bagi Bank 15. Walau apapun peruntukan undang-undang bertulis yang berhubungan dengan urusan pinjam-meminjam, Bank boleh— (a)
meminjam, mendapatkan atau mendapatkan balik wang, meminjamkan atau mendahulukan wang sama ada dengan cagaran atau tidak; membeli, menjual, mendiskaunkan dan mendiskaunkan semula bil pertukaran tempatan dan surat janji hutang yang mengandungi dua tandatangan atau lebih yang baik, dan yang ditulis atau dikeluarkan bagi maksud membiayai pengendalian pertanian atau pemasaran tanaman;
(b)
berkenaan dengan pengendalian pertanian dan pemasaran hasil pertanian, memberikan dan mengeluarkan surat kredit;
(c)
memperoleh, memegang, mengeluarkan dengan mendapat komisen, menanggung dan membuat urusan mengenai saham, wang, tanggungan, cagaran dan pelaburan daripada segala jenis;
(d)
menerima wang dan barang berharga sebagai deposit untuk simpanan selamat;
(e)
menjalankan segala cara perniagaan perejenan;
(f)
memperoleh dan menjalankan semua atau mana-mana bahagian perniagaan, harta dan tanggungan manamana orang atau syarikat yang menjalankan apa-apa perniagaan yang Bank dibenarkan menjalankannya, atau yang memiliki harta yang sesuai bagi maksud Bank;
(g)
mengeluarkan dengan mendapat komisen, melanggan, mengambil, memperoleh dan memegang, menjual,
009b.fm Page 21 Monday, March 27, 2006 12:40 PM
Bank Pertanian Malaysia
21
menukar dan berniaga syer, saham, bon, tanggungan atau cagaran Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri atau institusi awam yang lain yang diluluskan oleh Menteri mengikut syor Lembaga; (h)
menjalankan perniagaan sebagai penyelenggara gudang atau sebagai pemunya gudang dan menyewakan, membeli, membina ataupun memperoleh gudang bagi apa-apa maksud Bank;
(i)
memperoleh, memperbaiki, menguruskan, mengusahakan, memajukan dan menjalankan segala hak berkenaan dengan harta yang boleh dialih atau yang tak boleh dialih dengan tidak mengira hak milik mengenainya, dan segala jenis hasil dan khususnya hasil pertanian, memajakkan, menggadaijanjikan, menjual, melupuskan, memasukkan dalam akaun, dan dengan jalan lain membuat apa-apa urusan mengenai harta dan segala jenis hasil tersebut;
(j)
membuat apa-apa perkiraan dengan Kerajaan Persekutuan atau mana-mana Kerajaan Negeri atau pihak berkuasa, perbandaran, tempatan atau selainnya yang mungkin boleh membantu Bank pada mencapai segala tujuan atau mana-mana daripada tujuannya dan mendapatkan daripada mana-mana Kerajaan atau pihak berkuasa itu apa-apa hak, keistimewaan dan konsesi yang difikirkan oleh Bank patut didapatkan dan melaksanakan, menjalankan, dan mematuhi apaapa perkiraan, hak, keistimewaan dan konsesi itu;
(k)
menerima wang simpanan dan deposit semasa;
(l)
memberikan pendahuluan bagi maksud membantu penanaman atau pemasaran atau pemajuan barang mentah kepada orang perseorangan, syarikat kerjasama, pihak berkuasa dan pertubuhan yang lain sebagaimana yang diluluskan oleh Lembaga iaitu pertubuhan yang menjalankan kerja perkebunan, pertanian, hortikultur, perladangan, penternakan atau kegiatan menangkap ikan;
(m)
membeli, menjual dan mendiskaunkan bil Perbendaharaan Kerajaan atau bil Kerajaan manamana Negeri yang dibenarkan mengeluarkan bil Perbendaharaan;
009b.fm Page 22 Monday, March 27, 2006 12:40 PM
22
Undang-Undang Malaysia
AKTA 9
(n)
dengan kelulusan Menteri, memperoleh, memegang dan menjual syer mana-mana perbadanan yang ditubuhkan dengan kelulusan atau dengan atau menurut kuasa Kerajaan atau kuasa Kerajaan manamana Negeri, bagi maksud menggalakkan kemajuan pertanian di Malaysia atau mana-mana bahagiannya;
(o)
menyenggarakan akaun dengan bank lain dalam Malaysia;
(p)
bertindak sebagai wakil atau ejen bagi mana-mana bank antarabangsa atau institusi kredit pertanian berbidang antarabangsa;
(q)
mengendalikan perkhidmatan giro;
(r)
pada amnya melakukan segala perkara yang perlu bagi maksud menjalankan fungsi Bank.
Urusan yang tidak boleh dijalankan oleh Bank 16. (1) Bank tidak boleh— (a)
kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam perenggan 15(n), membeli syer mana-mana perbadanan, termasuklah syer mana-mana syarikat bank atau mana-mana syarikat subsidiarinya;
(b)
menerima untuk diskaun atau sebagai cagaran bagi pendahuluan yang diberikan oleh Bank, bil atau surat yang ditandatangani oleh anggota Lembaga atau oleh pegawai atau pekerja Bank kecuali berkenaan dengan sesuatu pinjaman yang diberikan oleh Bank di bawah seksyen 28.
(2) Tiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh membenarkan Bank— (a)
menerima apa-apa wang sebagai deposit atau pinjaman yang kena dibayar apabila dituntut dengan cek, draf, perintah atau apa-apa surat cara lain yang dikeluarkan oleh pendeposit daripada akaun Bank;
(b)
memperniagakan— (i) (ii)
emas; atau mata wang asing.
009b.fm Page 23 Monday, March 27, 2006 12:40 PM
Bank Pertanian Malaysia
23
Pinjaman dan memberi pinjam 17. Pada menjalankan kuasa dan fungsinya, Bank boleh memberikan pinjaman dan pendahuluan mengikut apa-apa syarat dan bagi apaapa maksud sebagaimana yang dikenakan oleh Bank. Bank boleh menjual atau melupuskan tanaman dan hasilan 18. (1) Apabila sesuatu pinjaman atau pendahuluan telah diberikan untuk menanam tanaman di mana-mana tanah, belanja bagi memungut dan menjadikan tanaman itu boleh diperniagakan hendaklah ditanggung oleh orang yang kepadanya pinjaman atau pendahuluan itu diberikan, dan segala tanaman dan hasilan yang dipungut atau dikumpulkan daripada tanah itu hendaklah, sehingga pinjaman atau pendahuluan itu telah dibayar balik, dijual, dilupuskan ataupun diuruskan selainnya sebagaimana yang diarahkan oleh Bank dan, sehingga dilupuskan atau dijual sedemikian, hendaklah dipegang oleh orang yang mendapat pinjaman itu sebagai amanah bagi pihak Bank: Dengan syarat bahawa kuasa Bank menjual, melupuskan, atau menguruskan tanaman dan hasilan tersebut sebagaimana yang ditetapkan dalam subseksyen ini hanya boleh dijalankan oleh Bank— (i)
jika orang yang kepadanya pinjaman atau pendahuluan itu telah diberikan, dengan tiada sebab yang berpatutan tidak mematuhi mana-mana peruntukan Akta ini atau melakukan suatu pelanggaran apa-apa syarat yang atasnya pinjaman atau pendahuluan itu diberikan; atau
(ii)
jika penjualan, pelupusan atau pengurusan tanaman dan hasilan itu berhubung dengan pembayaran balik pinjaman atau pendahuluan.
(2) Bank boleh membuat perjanjian bertulis dengan manamana orang yang berniaga atau memproses apa-apa jenis hasil pertanian bagi melupuskan atau menjual hasil itu jika pinjaman atau pendahuluan telah diberikan di bawah peruntukan Akta ini kepada pemunya hasil itu. Perjanjian itu hendaklah mengadakan peruntukan bagi menjual hasil itu dengan tiada kelengahan yang tidak patut dan membayar dengan segera kepada Bank hasil j u a l a n i t u a t a u a p a - a p a b ah a g i a n n y a s e b a g a i m a n a y a n g dikehendaki oleh Bank tetapi tidak lebih daripada banyaknya wang yang telah didahulukan atau dipinjamkan berserta bunga
009b.fm Page 24 Monday, March 27, 2006 12:40 PM
24
Undang-Undang Malaysia
AKTA 9
dan bayaran yang berpatutan atasnya; dan hasil pelupusan atau jualan itu setelah dipotong apa-apa wang yang sepatutnya dibayar kepada Bank seperti di atas hendaklah dikreditkan kepada akaun pemunyanya yang kepadanya pinjaman atau pendahuluan itu telah diberikan. Pemeriksaan mengenai wang, pinjaman dan kredit 19. (1) Jika Bank telah memberikan sesuatu pinjaman atau telah mendahulukan kredit atau telah menjamin sesuatu pinjaman wang di bawah peruntukan Akta ini, Bank hendaklah— (a)
mengadakan langkah penyeliaan sebagaimana yang perlu untuk memastikan bahawa pinjaman atau pendahuluan itu digunakan dengan berkesan bagi maksud yang baginya pinjaman atau pendahuluan itu diberikan; dan
(b)
menghendaki supaya penyata kewangan dihantar oleh orang, kumpulan orang atau pihak berkuasa yang menerima pinjaman atau pendahuluan itu mengikut apa-apa butir dan mana-mana ketika sebagaimana yang ditentukan oleh Bank, dan ini hendaklah dipatuhi oleh penerima itu.
(2) Bank boleh memberi kuasa dengan bertulis kepada manamana pegawainya atau mana-mana orang lain untuk membuat apa-apa pemeriksaan, sebagaimana yang diarahkan oleh Bank, dan orang, kumpulan orang atau pihak berkuasa yang menerima pinjaman atau pendahuluan itu hendaklah mengemukakan kepada pegawai atau orang lain itu segala buku, suratan dan benda dan perkara lain yang perlu bagi maksud pemeriksaan itu. Wang tidak digunakan dengan sepatutnya 20. Jika mana-mana wang sama ada terdiri daripada semua jumlah pinjaman, pendahuluan atau jaminan atau daripada sebahagiannya yang didapati oleh Bank telah tidak digunakan bagi maksud yang baginya ia telah diberikan, Bank boleh menghendaki orang, kumpulan orang atau pihak berkuasa yang telah menerima pinjaman atau pendahuluan itu, dalam tempoh sebagaimana yang ditentukan dalam kehendak itu— (a)
menggunakan wang itu bagi maksud; atau
009b.fm Page 25 Monday, March 27, 2006 12:40 PM
Bank Pertanian Malaysia (b)
25
membayar balik wang itu berserta bunga, jika ada, yang kena dibayar atasnya dan bayaran lain yang berpatutan, jika ada, kepada Bank.
Membatalkan atau mengubahsuaikan kelulusan jaminan 21. Bank, menurut budi bicaranya dan dengan tidak perlu memberikan apa-apa sebab, pada bila-bila masa selepas sesuatu pinjaman atau pendahuluan atau jaminan diluluskan dan sebelum wang dibayar balik atau jaminan disempurnakan dengan sebenarnya, boleh membatalkan atau mengubahsuaikan kelulusan itu dan menahan pembayaran kesemua atau mana-mana bahagian wang itu atau enggan membuat jaminan tersebut. Enggan memberikan wang yang belum dibayar 22. Jika sekiranya Bank telah meluluskan sesuatu pinjaman dibuat atau diberikan dengan beransur-ansur, atau telah menggerentikan pinjaman tersebut, tetapi mana-mana bahagian pinjaman itu belum lagi dibayar, maka dengan tidak memudaratkan apa-apa hak pemulihan, Bank boleh enggan membayar bahagian yang belum lagi dibayar itu jika— (a)
apa-apa wang sama ada wang pokok atau bunga yang kena dibayar berkenaan dengan mana-mana pinjaman atau pendahuluan yang diberikan di bawah Akta ini masih belum dijelaskan;
(b)
pada pendapat Bank, apa-apa pinjaman yang telah diberikan dahulu di bawah Akta ini belum lagi digunakan bagi maksud yang baginya pinjaman itu telah dibuat atau diberikan atau belum lagi dibelanjakan dengan hemat dan cermat yang sepatutnya;
(c)
peminjam itu telah menjadi seorang yang tidak solven atau telah dihukum penjara selama sesuatu tempoh dengan tiada opsyen membayar denda atau telah disabitkan atas sesuatu kesalahan berkenaan dengan fraud atau kecurangan atau telah menyerahhakkan hartanya bagi faedah pemiutangnya;
(d)
apa-apa syarat yang dikenakan ke atas pinjaman atau pendahuluan itu telah dilanggar atau tidak dipatuhi; atau
009b.fm Page 26 Monday, March 27, 2006 12:40 PM
26
Undang-Undang Malaysia (e)
AKTA 9
pada pendapat Bank, wang yang telah dibayar atau dipinjamkan itu telah tidak digunakan dalam tempoh yang berpatutan bagi maksud yang baginya ia telah dibuat atau diberikan. B AHAGIAN V KUMPULAN WANG CADANGAN AM BANK
Menyenggara Kumpulan Wang Cadangan Am 23. Pada akhir tiap-tiap tahun kewangan keuntungan bersih Bank bagi tahun itu hendaklah ditentukan setelah ditolak belanja pengendalian dan setelah dibuat peruntukan bagi hutang lapuk atau hutang ragu, susutan aset, caruman kepada kumpulan wang kakitangan dan pencen dan luar jangka yang lain. Keuntungan bersih bagi tahun itu hendaklah diletakkan dalam kredit Kumpulan Wang Cadangan Am Bank. Menunjukkan kunci kira-kira yang diaudit 24. Bank hendaklah menunjukkan pada sepanjang tahun pada suatu tempat yang mudah dilihat dalam tiap-tiap pejabat dan cawangan Bank suatu salinan kunci kira-kiranya yang akhir diaudit sebaik sahaja kunci kira-kira itu didapati berserta nama pengarah Bank itu dengan penuh dan betul dan hendaklah menyiarkan kunci kira-kiranya yang akhir diaudit dalam sekurang-kurangnya satu akhbar bahasa kebangsaan harian tempatan atau dalam sekurang-kurangnya satu akhbar Inggeris harian tempatan; dan dalam masa enam bulan selepas penutupan tahun kewangannya menghantar kepada Menteri suatu salinan kunci kira-kiranya yang akhir diaudit serta akaun untung ruginya. B AHAGIAN VI AKAUN DAN AUDIT
Audit 25. Akaun Bank hendaklah diaudit oleh Ketua Audit Negara atau mana-mana juruaudit lain yang dilantik oleh Lembaga dengan kelulusan Menteri Kewangan.
009b.fm Page 27 Monday, March 27, 2006 12:40 PM
Bank Pertanian Malaysia
27
Menyediakan dan menyiarkan laporan tahunan dan kunci kira-kira 26. (1) Bank hendaklah, dalam masa tiga bulan selepas penutupan tahun kewangannya menghantar kepada Menteri satu salinan Laporan Tahunan Bank mengenai perjalanan Bank pada sepanjang tahun itu dan laporan itu hendaklah disiarkan oleh Bank. (2) Menteri hendaklah menyebabkan satu salinan tiap-tiap laporan itu dibentangkan dalam kedua-dua Majlis Parlimen. B AHAGIAN VII PEGAWAI DAN PEKERJA BANK
Pegawai dan pekerja 27. (1) Bank boleh melantik seberapa ramai pegawai dan pekerja sebagaimana yang difikirkannya perlu bagi menjalankan urusan Bank itu dengan cekap. (2) Pegawai dan pekerja Bank hendaklah memegang jawatan selama tempoh, menerima apa-apa gaji dan elaun dan tertakluk kepada syarat perkhidmatan lain sebagaimana yang ditetapkan oleh Lembaga dengan kelulusan Menteri dan tertakluk kepada persetujuan Menteri Kewangan. Peminjaman daripada Bank oleh kakitangan 28. (1) Tertakluk kepada subseksyen (2) dan (3) Bank tidak boleh meminjamkan wang kepada seseorang pegawai atau pekerja. (2) Bank boleh meminjamkan pegawai atau pekerja—
wang
kepada
seseorang
(a)
untuk membeli, membina, mengubah, membaharui atau membesarkan rumah tempat tinggalnya atau di mana dia bercadang hendak tinggal, menurut kaedahkaedah yang diluluskan oleh Lembaga;
(b)
untuk melepaskan sesuatu gadai janji atau beban mengenai rumah tersebut; atau
(c)
untuk membeli kereta.
009b.fm Page 28 Monday, March 27, 2006 12:40 PM
28
Undang-Undang Malaysia
AKTA 9
(3) Jika Lembaga berpuas hati bahawa terdapat hal keadaan yang khas atau yang memerlukan ihsan atau jika sekiranya maksud bagi pinjaman itu adalah sesuai, Lembaga boleh meluluskan suatu pinjaman daripada Bank kepada seseorang pegawai atau pekerja atas apa-apa syarat yang difikirkannya sesuai; dan jumlah pinjaman itu tidak boleh, pada mana-mana satu masa, lebih daripada gaji tiga bulan, termasuk semua bayaran, pegawai atau pekerja itu. Sekatan mengenai pembayaran pinjaman dan pendahuluan kepada kakitangan 29. Bank tidak boleh memberikan sesuatu kemudahan kredit, pendahuluan atau pinjaman yang tidak bercagar kepada manamana pengarah, mana-mana firma yang dalamnya mana-mana pengarah Bank itu mempunyai kepentingan sebagai pekongsi, pengurus atau ejen atau pengarah, mana-mana orang perseorangan atau firma yang mana-mana daripada pengarah Bank itu menjadi penjaminnya, atau mana-mana pegawai atau pekerja Bank kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam Akta ini. Kumpulan wang simpanan 30. Lembaga boleh dengan kelulusan Menteri dan tertakluk kepada persetujuan Menteri Kewangan membuat kaedah-kaedah bagi menubuhkan dan menguruskan suatu kumpulan wang simpanan bercarum untuk pegawai dan pekerja yang dilantik di bawah subseksyen 27(1) atau bagi membayar pencen, elaun dan ganjaran kepada pegawai dan pekerja tersebut apabila bersara ataupun berhenti daripada memegang jawatan sebagai pegawai dan pekerja sedemikian. Dalam seksyen ini, subseksyen 27(2), seksyen 28 dan 29 ungkapan “pegawai” termasuklah Pengurus Besar Pegawai yang dipinjamkan atau ditukarkan perkhidmatan Persekutuan atau Negeri
daripada
31. Pelantikan pegawai dan pekerja Bank yang dipinjamkan atau ditukarkan kepada perkhidmatan Bank daripada, atau dahulunya daripada, perkhidmatan Kerajaan Persekutuan atau mana-mana Kerajaan Negeri atau pihak berkuasa awam lain yang diluluskan oleh Lembaga boleh, tertakluk kepada undang-undang Persekutuan
009b.fm Page 29 Monday, March 27, 2006 12:40 PM
Bank Pertanian Malaysia
29
atau Negeri, dibuat mengikut apa-apa perkiraan mengenai pencen dan elaun bagi perkhidmatan yang dahulu itu sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga. B AHAGIAN VIII PENALTI DAN PENDAKWAAN
Penalti 32. Seseorang itu adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan bolehlah didenda sebanyak dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi setahun atau keduaduanya, jika dia— (a)
mendapat sesuatu pinjaman atau pendahuluan atau jaminan daripada Bank kerana atau dengan cara bersengaja menyalahnyatakan;
(b)
bersengaja menggunakan sesuatu pinjaman atau pendahuluan yang diberikan kepadanya oleh Bank bagi apa-apa maksud atau maksud yang lain daripada maksud pinjaman atau pendahuluan itu telah diberikan; atau
(c)
setelah mendapat pinjaman, pendahuluan atau gerenti daripada Bank, bersengaja membinasakan apa-apa cagaran yang telah diberikan berhubung dengan pinjaman, pendahuluan atau jaminan itu.
Fiat Pendakwa Raya 33. Tiada apa-apa pendakwaan atas sesuatu kesalahan yang berbangkit daripada peruntukan Akta ini atau yang berhubungan dengan apa-apa pinjaman yang diberikan di bawahnya boleh dimulakan kecuali dengan kebenaran bertulis Pendakwa Raya. Bidang kuasa 34. Walau apa pun peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang lain sesuatu Mahkamah Sesyen hendaklah mempunyai bidang kuasa membicarakan apa-apa kesalahan terhadap Akta ini dan mengenakan penalti yang sepenuhnya yang ditetapkan baginya.
009b.fm Page 30 Monday, March 27, 2006 12:40 PM
30
Undang-Undang Malaysia
AKTA 9
B AHAGIAN IX AM
Kanun Keseksaan 35. Seseorang pegawai yang dilantik di bawah subseksyen 27(1) (termasuklah Pengurus Besar dan mana-mana pengarah Lembaga) hendaklah disifatkan sebagai pekhidmat awam mengikut pengertian Kanun Keseksaan [Akta 574]. Menyimpan rahsia 36. Kecuali bagi maksud menjalankan kewajipan atau fungsi dengan sepatutnya atau kecuali apabila dikehendaki dengan sah oleh mana-mana mahkamah atau di bawah peruntukan mana-mana undang-undang, tiada seorang pengarah, Pengurus Besar, pegawai, atau pekerja Bank boleh menzahirkan kepada sesiapa jua apa-apa maklumat berkenaan dengan hal ehwal Bank atau hal ehwal seseorang pelanggan Bank, yang diperolehnya pada menjalankan kewajipan atau fungsinya. Kuasa melantik wakil 37. Bank boleh melantik, dengan surat cara yang dimeteraikan dengan meterainya, seseorang sama ada dalam Malaysia atau di mana-mana tempat di luar Malaysia, untuk menjadi wakilnya dan orang yang dilantik sedemikian boleh, tertakluk kepada surat cara itu, melakukan apa-apa perbuatan atau menjalankan apa-apa kuasa atau fungsi yang mengenainya dia diberi kuasa oleh surat cara itu untuk melakukan atau melaksanakannya. Kuasa membuat peraturan 38. Lembaga boleh, dengan kelulusan Menteri, dan berkenaan dengan perenggan (a) tertakluk kepada persetujuan Menteri Kewangan, membuat peraturan-peraturan bagi semua atau manamana perkara yang berikut: (a)
penentuan tangga gaji, terma-terma dan syarat-syarat pekerjaan pegawai dan pekerja Bank, termasuk pemberian pinjaman kepada pegawai dan pekerja itu; dan
009b.fm Page 31 Monday, March 27, 2006 12:40 PM
Bank Pertanian Malaysia (b)
31
apa-apa perkara lain yang dikehendaki oleh Akta ini supaya ditetapkan dan bagi melaksanakan Akta ini dengan lebih baik lagi.
Kuasa membuat peraturan tatatertib 38A . (1) Lembaga boleh, dengan kelulusan Menteri, membuat apa-apa peraturan tatatertib sebagaimana yang difikirkannya perlu atau suai manfaat untuk mengadakan peruntukan mengenai tatatertib pegawai dan pekerja Bank. (2) Peraturan-peraturan tatatertib yang dibuat oleh Lembaga di bawah seksyen ini boleh mengandungi peruntukan mengenai tahan kerja dengan pengurangan gaji atau saraan lain, atau peruntukan mengenai penggantungan kerja tanpa gaji atau saraan lain, seseorang pegawai atau pekerja Bank sementara menanti prosiding tatatertib selesai. (3) Peraturan-peraturan tatatertib yang dibuat di bawah seksyen ini hendaklah mewujudkan apa-apa kesalahan tatatertib dan mengadakan peruntukan mengenai apa-apa hukuman tatatertib sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh Lembaga, dan hukuman yang diperuntukkan sedemikian boleh meliputi pembuangan kerja atau penurunan pangkat. (4) Peraturan-peraturan tatatertib yang dibuat di bawah seksyen ini hendaklah, dalam menetapkan prosedur bagi prosiding tatatertib, memberi orang yang terhadapnya prosiding tatatertib diambil peluang membuat representasi terhadap pertuduhan tatatertib yang dibuat terhadapnya sebelum keputusan dicapai oleh Jawatankuasa Tatatertib kecuali dalam hal-hal yang berikut: (a)
jika seseorang pegawai atau pekerja Bank dibuang kerja atau diturunkan pangkat atas alasan kelakuan yang berkenaan dengannya suatu pertuduhan jenayah telah dibuktikan terhadapnya;
(b)
jika Lembaga, atas syor Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi hal ehwal dalam negeri, berpuas hati bahawa demi kepentingan keselamatan Malaysia atau mana-mana bahagiannya adalah tidak suai manfaat untuk menjalankan kehendak subseksyen ini; atau
009b.fm Page 32 Monday, March 27, 2006 12:40 PM
32
Undang-Undang Malaysia (c)
AKTA 9
jika telah dibuat terhadap seseorang pegawai atau pekerja Bank apa-apa perintah tahanan, pengawasan, kediaman terhad, buang negeri atau deportasi, atau jika telah dikenakan terhadap seseorang pegawai atau pekerja Bank apa-apa bentuk sekatan atau pengawasan dengan bon atau selainnya, di bawah mana-mana undang-undang berhubung dengan keselamatan Malaysia atau mana-mana bahagiannya, pencegahan jenayah, tahanan pencegahan, kediaman terhad, buang negeri, imigresen, atau pelindungan wanita dan gadis.
(5) Peraturan-peraturan tatatertib yang dibuat di bawah seksyen ini hendaklah mengadakan peruntukan mengenai prosedur bagi pendengaran rayuan terhadap keputusan Jawatankuasa Tatatertib. (6) Bagi maksud seksyen ini, “pegawai” termasuklah Pengurus Besar.
009b.fm Page 33 Monday, March 27, 2006 12:40 PM
33 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 9 AKTA BANK PERTANIAN MALAYSIA 1969 SENARAI PINDAAN
Undang-undang yang meminda
Tajuk ringkas
Berkuat kuasa dari
Akta 160
Akta Mata Wang (Ringgit) 1975
Malaysia
29-08-1975
Akta A758
Akta Bank Pertanian Malaysia (Pindaan) 1990
01-08-1990
Akta A1048
Akta Bank Pertanian Malaysia (Pindaan) 1999
01-09-1999
009b.fm Page 34 Monday, March 27, 2006 12:40 PM
34 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 9 AKTA BANK PERTANIAN MALAYSIA 1969 SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA
Seksyen
Kuasa meminda
Berkuat kuasa dari
7
Akta 160
29-08-1975
10 A
Akta A758
01-08-1990
10 B
Akta A758
01-08-1990
Akta A1048
01-09-1999
10 C
Akta A758
01-08-1990
10 D
Akta A1048
01-09-1999
10 E
Akta A1048
01-09-1999
38
Akta A758
01-08-1990
38 A
Akta A758
01-08-1990
Akta A1048
01-09-1999