MSOC - Malay Sample Questions Set 1
01
Trak angkat susun (forklift) hanya boleh dikendalikan oleh A. Pengurus atau penyelia sahaja. B. Pekerja yang sudah mendapat latihan yang betul untuk mengendalikan trak angkat susun sahaja. C. Pekerja yang telah menghadiri Pertukangan logam SOC D. Pekerja yang mempunyai lesen Kelas 3 yang sah
02
Apa yang patut anda lakukan jika anda TIDAK tahu jenis sarung tangan yang patut digunakan semasa mengendalikan kimia. A. Pakai dua lapis sarung tangan B. Pakai sarung tangan jenis kulit C. Tanya penyelia atau rujuk kepada SDS D. Ikut apa yang dipakai oleh rakan kerja anda.
03
Manakah di antara perkara berikut yang boleh mengakibatkan seseorang dihukum di bawah undang-undang Singapura? A. membuat laporan polis yang palsu B. berbual dengan rakan sekerja pada waktu pejabat C. minum air tanpa meminta kebenaran daripada penyelia D. tersalah-letak perkakas kerja
04
Apakah maklumat yang TIDAK dimasukkan ke dalam Lembaran Data Keselamatan (SDS)? Nama bahan kimia Harga bahan kimia Langkah-langkah memadamkan api Bahaya-bahaya kesihatan
A. B. C. D.
05
Seorang pekerja membuat kerja-kerja manual dalam industri pertukangan besi mestilah ___ A. dilatih dan lulus dalam MSOC B. dilatih dan lulus dalam OPSOC C. dilatih dan lulus dalam SSIC D. dilatih dan lulus dalam CSOC
Page 1 of 10
MSOC - Malay Sample Questions Set 1
06
Jika anda perlu membawa peralatan tangan dan menggunakan tangga pada masa yang sama, apakah yang anda harus lakukan? A. Minta seseorang supaya membaling peralatan itu kepada anda B. Angkat kotak peralatan naik ke atas C. Bawa peralatan dengan sebelah tangan sahaja D. Simpan semua peralatan yang diperlukan dalam saku-saku anda
07
Manakah di antara yang berikut BUKAN kebiasaan yang betul semasa menggunakan peralatan tangan? A. Memeriksa keadaan peralatan B. Melaporkan tentang peralatan yang rosak kepada penyelia C. Memilih jenis dan saiz peralatan mengikut jenis kerja yang dilakukan D. Membuat penyesuaian yang kecil kepada peralatan jika perlu
08
Kemalangan di tempat kerja harus dilaporkan oleh _______ kepada Kementerian Tenaga Manusia A. Pekerja yang tercedera B. Ahli keluarga pekerja yang tercedera C. Saksi D. Majikan
09
Jika seseorang pekerja cedera di tempat kerja, beliau boleh menuntut daripada majikan beliau ________________ A. Gaji cuti perubatan sahaja B. belanja perubatan sahaja C. Pampasan kerana kehilangan keupayaan buat selama-lamanya sahaja D. Semua yang disebutkan di atas
10
En. Aboh telah didenda kerana tidak mematuhi Amalan-amalan Kerja yang Selamat (SWP). Dia telah didenda sekali lagi kerana tidak memakai cermin mata yang dibekalkan.Di bawah peraturan keselamatan dan dan kesihatan, dia mungkin _____. A. tidak akan didenda B. akan didenda sebanyak $2,000 C. akan didenda sebanyak $10,000 D. akan didenda sebanyak $20,000
Page 2 of 10
MSOC - Malay Sample Questions Set 1
11
Apakah pesanan yang disampaikan melalui tanda keselamatan ini?
A. B. C. D.
Pakai perlindungan kaki Pakai perlindungan tangan Cuci tangan sebelum bekerja Cuci sarung tangan sebelum memakainya
12
Manakah di antara tindakan yang berikut TIDAK akan diambil sebagai denda di bawah peraturan Keselamatan dan Kesihatan di Tempat Kerja? A. Gagal memakai abah-abah yang dibekalkan apabila bekerja di tempat yang tinggi B. Gagal mematuhi arahan keselamatan daripada majikan C. Menanggalkan adang daripada mesin tanpa kebenaran D. Melaporkan tentang keadaan kerja yang bahaya kepada Kementerian Tenaga Manusia tanpa memberitahu majikan
13
Sila rujuk kepada contoh kad permit kerja di bawah untuk menjawab soalan berikut. Manakah di antara kenyataan yang berikut adalah BETUL?
A B
C D
A. B. C. D.
Pekerja asing ini hanya boleh bekerja sebagai pekerja kelautan sahaja. Pekerja asing ini hanya boleh bekerja sebagai pekerja pembinaan sahaja. Pekerja asing ini hanya boleh bekerja sebagai pekerja pembersihan sahaja. Pekerja asing ini boleh bekerja di dalam apa jua pekerjaan yang dia mahu
Page 3 of 10
MSOC - Malay Sample Questions Set 1
14
Seseorang pekerja atau penyelia dibenarkan menjalankan tugas-tugas pekerjaan beliau selepas dia _________ kursus(-kursus) latihan keselamatan yang diwajibkan A. berjaya mendaftarkan diri untuk B. berjaya menamatkan C. berjaya menghafal D. mengetahui peri pentingnya
15
Di bawah Akta Pekerjaan, berapakah jumlah jam maksimum seseorang pekerja boleh bekerja setiap hari, termasuk kerja lebih masa? A. 12 B. 18 C. 20 D. 24
16
Alat pemadam api jenis air langsung tidak harus digunakan pada kebakaran yang disebabkan oleh peralatan elektrik kerana A. ada risiko kejutan elektrik B. akan mengambil masa yang lebih lama untuk memadamkan api C. air mengeluarkan gas-gas yang toksik D. air mudah menyejat dan, dengan itu, tidak berkesan
17
Manakah di antara yang berikut BUKAN salah satu fungsi jawatankuasa keselamatan dan kesihatan di tempat kerja? A. Mengkaji isu-isu yang berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan B. Menggalakkan suasana yang selamat di tempat kerja C. Menjalankan pemeriksaan di tempat kerja D. Menaikkan pangkat para pekerja dan telah mencapai prestasi yang baik dalam pekerjaan mereka
18
_____ ialah cara yang paling berkesan untuk mengelakkan objek kecil dari terjatuh semasa bekerja di permukaan yang tinggi. A. Amalan membersihkan yang baik B. Menggunakan beg atau peti perkakas C. Perhubungan yang berkesan D. Menggunakan perkakas yang bermutu
Page 4 of 10
MSOC - Malay Sample Questions Set 1
19
Sila rujuk pada kalendar. Jika bayaran gaji seseorang pekerja jatuh pada hari pertama bulan berkenaan, beliau mesti dibayar gaji selewat-lewatnya pada hari yang ke __________,
A. B. C. D.
20
Apakah pesanan yang disampaikan melalui tanda ini?
A. B. C. D.
21
7 15 21 30
Dilarang menggunakan cahaya yang tidak bertudung Dilarang masuk tanpa kebenaran Dilarang membawa masuk makanan atau minuman Dilarang merokok
Bagaimanakah penyakit kulit occupational dermatitis berlaku?
A. Pendedahan kulit yang berlanjutan kepada bahan kimia akibat tidak memakai sarung tangan B. Pendedahan pendengaran yang berlanjutan terhadap bunyi bising daripada peralatan akibat tidak memakai pelindung telinga
C. Pendedahan yang berlanjutan terhadap peralatan yang bergetar D. Pendedahan yang berlanjutan terhadap keadaan yang berhabuk akibat tidak memakai alat pernafasan
Page 5 of 10
MSOC - Malay Sample Questions Set 1
22
Anda sedang mengalami jangkitan telinga tetapi anda ditugaskan untuk bekerja dengan mesinmesin yang berbunyi bising. Apakah yang anda harus lakukan? A. Gunakan kapas dan pastikan ia disumbat dengan sebaiknya ke dalam telinga B. Longgarkan penyumbat telinga daripada telinga anda C. Minta sepasang penutup telinga D. Rehat selama seminit setiap jam
23
Apakah yang harus dilakukan oleh seseorang pekerja jika dia tidak memahami langkah-langkah untuk mengendalikan mesin yang dinyatakan dalam Prosedur Keselamatan Kerja (SWP)? A. Periksa dengan penyelia B. Periksa dengan rakan sekerja C. Baca tanda-tanda amaran yang terdapat pada mesin D. Ubah suai Prosedur Keselamatan Kerja (SWP) dengan segera
24
Manakah di antara yang berikut TIDAK benar menganai Kunci-Keluar-Teg-Keluar (LOTO)? A. Lebih daripada sebuah mangga dibenarkan pada saat pengasingan B. Kunci-kunci tambahan boleh dibuat dan diberikan kepada semua pekerja C. Pastikan bahawa sumber tenaga diasingkan sebelum bekerja D. Ia hanya boleh dilakukan oleh para pekerja yang diberi kuasa sahaja
25
Jika seseorang pekerja mempunyai pertikaian pekerjaan dengan majikan beliau, dia harus _________________
A. tidak datang kerja B. berunding dengan majikannya mengenai masalah tersebut dan mendapatkan nasihat MOM, jika perlu.
C. melarikan diri dan sembunyi daripada majikan beliau D. suruh rakan sekerja supaya sama-sama berhenti bekerja
26
Jika anda perlu menyenggara sebuah mesin yang mempunyai bahagian yang bergerak, apa yang patut anda lakukan? A. Matikan mesin dan minta rakan kerja memerhatikannya. B. Tekan butang berhenti kecemasan. C. Matikan mesin dan tampal pelekat di atas butang pemetik suis. D. Matikan mesin dan letekkan tanda Lock-Out-Tag-Out (LOTO)
Page 6 of 10
MSOC - Malay Sample Questions Set 1
27
Manakah di antara yang berikut TIDAK mempengaruhi keupayaan mengangkat oleh sebuah trak angkat susun? A. Berat beban B. Ketinggian pencakar C. Pusat graviti beban D. Ketinggian penggendali trak angkat susun
28
Semasa kren sedang mengangkut palet yang berisi selonggokan bata, para pekerja harus berada _____. A. di mana jurusemboyan berdiri B. di sebelah kren C. di luar kawasan yang disekat D. di pintu masuk utama kilang
29
Apakah pesanan yang disampaikan melalui tanda keselamatan ini?
A. B. C. D.
30
Pakai perlindugan kepala Pakai perlindungan muka Pakai alat pernafasan Pakai perlindungan telinga
Manakah di antara yang berikut BUKAN langkah berjaga-jaga semasa menggunakan perancah mudah alih? A. Mengetatkan semua bahagian perancah mudah alih dengan baik B. Menggunakan perancah mudah alih di atas permukaan yang tidak rata C. Memeriksa bahawa jumlah beban tidak melebihi beban kerja yang ditetapkan D. Memastikan supaya tiada sesiapapun yang mengalihkan perancah mudah alih itu semasa ada orang di atasnya
Page 7 of 10
MSOC - Malay Sample Questions Set 1
31
Mengapakah pentingnya menghadiri Kursus Orientasi Keselamatan Pertukangan Logam (SOC)? A. Untuk memahami perkara-perkara asas mengenai keselamatan dan kesihatan di tempat kerja B. Untuk mendapat prospek pekerjaan yang lebih baik di Singapura C. Untuk meningkatkan kemahiran mengimpal D. Untuk memahami budaya keselamatan di Singapura
32
Mana satu kenyataan yang menjelaskan dengan paling tepat mengenai penyumbat telinga? A. Membantu mencegah kerosakan pendengaran disebabkan bunyi bising B. Boleh digantikan dengan penyumbat kapas jika seseorang terkena jangkitan telinga C. Dipakai hanya di tempat yang mempunyai frekuensi kebisingan yang tinggi. D. Tidak patut dipakai oleh orang yang sudah mempunyai kerosakan pendengaran disebabkan bunyi bising.
33
Manakah di antara yang berikut membantu mengurangkan risiko kemalangan yang berkaitan dengan penggunaan peralatan tangan? A. Mengadakan penyelenggaraan semua peralatan tangan sekali dalam setiap 2 tahun B. Pekerja menggunakan pemutar skru sebagai pahat C. Ikut prosedur keselamatan kerja apabila mengendalikan peralatan tangan D. Pekerja menggunakan pahat yang mempunyai kepala yang cacat
34
Di bawah Akta Pekerjaan, seseorang pekerja harus dibayar gaji kerja lebih masa dalam tempoh _____________ selepas tempoh gaji beliau. A. B. C. D.
35
5 hari 7 hari 9 hari 14 hari
Apakah denda bagi pekerja yang didapati tidak menggunakan peralatan perlindungan peribadi (PPE) yang disediakan (kesalahan pertama)? A. Sehingga $1,000 B. Sehingga $10,000 C. Sehingga $5,000 D. Sehingga $2,000
Page 8 of 10
MSOC - Malay Sample Questions Set 1
36
Apakah yang TIDAK akan melindungi mata anda daripada tersimbah oleh bahan kimia? A. Cermin mata keselamatan B. Gogal keselamatan C. Pengadang muka + cermin mata keselamatan D. Pengadang muka + gogal keselamatan
37
Manakah bahaya yang wujud apabila anda melihat tanda amaran ini?
A. B. C. D.
38
Bahaya kilat Bahaya elektrik Bahaya mekanikal Bahaya bahan kimia
Dalam syarat permit kerja, manakah di antara kenyataan yang berikut adalah BENAR?
A. Majikan anda tidak perlu membayar anda setiap bulan. B. Majikan anda boleh menyimpan wang gaji anda dengan selamat untuk anda. C. Majikan anda mesti membayar anda dalam masa 7 hari selepas hari terakhir tempoh gaji anda.
D. Majikan anda boleh menolak permintaan anda untuk memasukkan gaji anda ke dalam akaun bank anda.
39
Apakah yang akan membawa kepada risiko kejutan elektrik yang lebih tinggi? Permukaan kulit yang kering Permukaan kulit yang basah Warna kulit yang gelap Permukaan kulit yang tidak rata
A. B. C. D.
Page 9 of 10
MSOC - Malay Sample Questions Set 1
40
Dalam syarat permit kerja, manakah di antara kenyataan yang berikut adalah PALSU?
A. Majikan anda mesti memperuntukkan kos untuk membiayai kos belanja hidup dan pengurusan anda, termasuk pembiayaan rawatan perubatan.
B. Majikan anda mesti memberikan anda bonus hujung tahun sebanyak 3 bulan. C. Majikan anda mesti memberikan anda keadaan kerja yang selamat. D. Majikan anda mesti memberikan anda tempat tinggal yang boleh diterima.
Page 10 of 10