[6] Pembedahan Plastik Dan Rekonstruksi Yang Melibatkan Pengubahan Ciptaan Allah SWT: Analisis Berdasarkan Parameter Maqasid Syariah Mohammad Naqib Hamdan, Mohd Anuar Ramli & Wan Nur Deeni Wan Ali Pembedahan Plastik dan Rekonstruksi Perkembangan teknologi perubatan menyaksikan peningkatan kualiti kesihatan masyarakat melalui pelbagai pilihan prosedur perubatan yang ada. Sebelum ini, kebanyakan prosedur perubatan yang ditawarkan memfokuskan kepada menyelamatkan nyawa dan memperbaiki kecacatan, namun senario ini mula berubah pada masa kini. Para pengamal perubatan mula menawarkan prosedur perubatan untuk mencantikkan manusia melalui pembedahan plastik dan rekonstruksi (PPR). Pembedahan plastik adalah prosedur perubatan yang menawarkan pembentukan semula struktur badan individu kepada bentuk baru, sama ada daripada tidak normal kepada normal atau daripada kurang cantik kepada lebih cantik. Biasanya, pembedahan plastik dilakukan untuk memperbaiki fungsi sesuatu anggota badan atau untuk tujuan kecantikan. Sebahagian doktor bedah mengklasifikasikan pembedahan plastik berdasarkan tujuan setiap pembedahan plastik yang dijalankan; iaitu (i) pembedahan kosmetik dan (ii) pembedahan rekonstruksi 1. Perbezaan antara pembedahan kosmetik dan pembedahan rekonstruksi boleh dilihat menerusi tujuan prosedur ini dibuat. Pembedahan kosmetik bertujuan membentuk semula anggota badan yang normal berdasarkan keinginan pesakit bagi meningkatkan tahap keyakinan dan harga diri. Biasanya, prosedur ini dilaksanakan bukan dengan indikasi perubatan. Pembedahan rekonstruksi pula bertujuan memperbaiki bentuk badan dan 1
Christian Nordqvist, “What Is Cosmetic Surgery? What Is Plastic Surgery?,” 15 September 2014, accessed September 21, 2016, http://www.medicalnewstoday .com/articles /155757.php. 101
mengembalikan semula fungsi tubuh yang cedera akibat kemalangan, penyakit dan kecacatan sejak lahir2. Namun, pengkaji memilih pendapat yang mengatakan pembedahan kosmetik dan pembedahan plastik adalah sama3. Pembedahan plastik yang popular dan menjadi pilihan masyarakat termasuklah prosedur lipoplasty (sedut lemak), eyelid lift procedures (mencantikkan kelopak mata), face lift (mencantikkan muka) dan breast augmentation (pembesaran buah dada). Pembedahan rekonstruksi pula bergantung kepada tahap rawatan yang diperlukan berdasarkan penilaian pakar perubatan. Antara prosedur lazim adalah rawatan kulit terbakar dan membentuk semula tulang yang hancur seperti tengkorak dan tulang tangan. Terdapat juga beberapa prosedur pembedahan kosmetik yang dilakukan sebagai sebahagian daripada pembedahan rekonstruksi seperti prosedur blepharoplasty atau eyelift. Prosedur ini bertujuan merawat masalah kabur penglihatan dalam kalangan orang tua dengan mengurangkan geleber di bawah kelopak mata atau membuang kulit berlebihan pada kelopak mata atas. Prosedur pembedahan plastik dan rekonstruksi dibuat dengan beberapa sebab seperti meningkatkan keyakinan dan harga diri, ingin menjadi sebahagian daripada kumpulan rakan, meningkatkan pergaulan, meningkatkan keboleh pasaran diri dalam memohon pekerjaan dan merawat kecacatan pada tubuh4.
2
Tam Cai Lian and Khoo Yoong Ting, “Pembedahan Plastik Dan Rekonstruktif,” accessed September 20. 2016, http://ww1.utusan.com.my/ utusan/info. asp?y=2007&dt=1021&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kesihatan&pg=kn_04.htm; American Board of Cosmetic Surgery, “Cosmetic Surgery vs Plastic Surgery,” accessed September 20, 2016, http://www.americanboardcosmeticsurgery .org/patient-resources/cosmetic-surgery-vs-plastic-surgery/.
3
Nordqvist, “What Is Cosmetic Surgery? What Is Plastic Surgery?”
4
Lian and Ting, “Pembedahan Plastik Dan Rekonstruktif”; Adrian Furnham and James Levitas, “Factors That Motivate People to Undergo Cosmetic Surgery.,” The Canadian Journal of Plastic Surgery = Journal Canadien de Chirurgie Plastique 20, no. 4 (2012): e47-50, http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/24294026; Tilmann von Soest et al., “Psychosocial Factors Predicting the Motivation to Undergo Cosmetic Surgery.,” Plastic and Reconstructive Surgery 117, no. 1 (January 2006): 51-62-4, http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/16404248. 102
Maqasid Syariah dan Maqasid Perubatan Umum mengetahui Maqasid Syariah terbina di atas lima perkara utama yang perlu dipelihara iaitu agama, nyawa, keturunan, akal dan harta. Lima perkara ini dinamakan sebagai daruriyyat al-khams ()ضررريات ال رررـخمس. Jika dilihat dalam bidang perubatan pula, kebanyakan prosedur rawatan yang ditawarkan dibuat untuk menjaga tiga perkara utama iaitu nyawa, keturunan dan akal. Tiga perkara ini pula mampu membawa kepada terpeliharanya agama dan harta. Maka, satu perkara yang perlu diakui adalah tujuan rawatan (maqasid al-tibb: )مقاصر برselari dengan maqasid syariah5. Selain itu, maqasid syariah dan perubatan juga bertujuan menjaga perkara yang sama iaitu manusia dari aspek kesihatan fizikal, mental dan spiritual yang akhirnya membawa kepada kebahagiaan manusia. Selain menggunakan istilah daruriyyat al-khams, para ulama’ juga menggunakan istilah lain yang lebih umum iaitu menjaga maslahah agama (masalih al-adyan: )مصرا ألد راdan badan (masalih alabdan: )مصرا ألدر6. Dua maslahah ini pula mampu dipelihara melalui pelaksanaan syariah dan perubatan. Istilah ini boleh dilihat menerusi komentar al-Razi dan al-Qurtubi ketika menghuraikan surah Ghafir, ayat 13: “Dialah tuhan yang memperlihatkan kepada kamu tanda keesaan-Nya dan kekuasaan-Nya (untuk kehidupan rohani kamu) dan yang menurunkan (untuk jasmani kamu) rezeki dari langit dan tiada yang ingat serta mengambil pelajaran (dari yang demikian) melainkan orang yang sentiasa bertumpu (kepada Allah)”. Menurut al-Razi dan al-Qurtubi, Allah SWT menjaga maslahah agama hamba-Nya melalui alam semesta dan wahyu, manakala maslahah badan dijaga melalui penurunan rezeki dari
5
Ahmad al-Raisuni, ‘Al-Akhlaq Fi Al-Tibb; Ta’sis Maqasidi’, in Seminar Al-Akhlaq Al-Islamiyyah Wa Al-Tibb (Doha: Markaz Dirasat al-Tashri’ al-Islami wa alAkhlaq), 13-15.
6
Ibid. 103
langit7. Maka, rawatan perubatan terbaik adalah rawatan yang dibuat untuk menjaga tubuh badan manusia serta yang selari dengan maqasid syariah. Selain menjaga daruriyyat al-khams, prosedur rawatan yang diberikan juga perlu dilihat berdasarkan turutan tahap keperluan prosedur tersebut, lebih-lebih lagi prosedur pembedahan plastik, kosmetik dan rekonstrutif. Tahap keperluan yang dimaksudkan adalah tahap daruriyyat, hajiyyat dan tahsiniyyat. Analisis Hukum berdasarkan Parameter Maqasid Syariah Pembahagian Prosedur Pembedahan Plastik dan Rekonstruksi Berdasarkan Turutan Tahap Keperluan Pembedahan plastik dan rekonstruktif biasanya dibuat untuk merawat kecacatan atau kekurangan yang menyakitkan tubuh badan atau menyekat keyakinan diri sehingga menghalangnya daripada bekerja atau menjalani kehidupan secara normal8. Ia boleh dibahagikan kepada tiga kumpulan berdasarkan turutan tahap keperluan iaitu (1) pembedahan daruriyyat, (2) pembedahan hajiyyat dan (3) pembedahan tahsiniyyat. Pembedahan tahsiniyyat pula boleh dipecahkan kepada dua pula iaitu (i) pembedahan yang dibuat untuk mengembalikan tubuh badan kepada keadaan normal seperti orang lain dan (ii) pembedahan yang dibuat sekadar untuk kelihatan cantik (sila lihat rajah 1).
7
Fakhr al-Din Muhammad ibn ’Umar Al-Razi, Mafatih Al-Ghayb, 1st ed., vol. 27 (Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah, 2000), 38; Muhammad ibn Ahmad ibn Abu Bakr ibn Farah Al-Qurtubi, Al-Jami’ Li Ahkam Al-Qur’an, ed. Hisham Samir AlBukhari, vol. 15 (Riyad: Dar ’Alam al-Kutub, 2003), 299.
8
Muhammad Muhammad al-Mukhtar Al-Shinqiti, Ahhkam Al-Jirahah Al-Tibbiyyah Wa Al-Athar Al-Mutarattibah ’Alaiha, 3rd ed. (UAE: Maktabah al-Sahabah, 2004), 86; Shawqi ’Abduh Al-Sahi, Al-Fikr Al-Islami Wa Al-Qadaya Al-Tibbiyyah AlMu’asirah (Kaherah: Matba’ah Wahbah Hassan, t.t.), 128. 104
Rajah 1: Prosedur Pembedahan Plastik dan Rekonstruksi berdasarkan Turutan Maqasid Syariah
105
Keharusan Pembedahan Daruriyyat Pembedahan daruriyyat dibuat dengan tujuan menyelamatkan nyawa pesakit atau meminimakan risiko pesakit daripada menjalani kehidupan yang sangat sukar seperti rekonstruksi tengkorak atau muka yang pecah akibat kemalangan dan pembedahan plastik bagi kulit terbakar9. Membiarkan pesakit dalam keadaan tengkorak atau muka yang pecah akan menyebabkan mudarat yang sangat besar kepada pesakit. Begitu juga pesakit yang kebakaran kulit mempunyai risiko jangkitan kuman yang tinggi melalui kulit tersebut jika dibiarkan tanpa rawatan. Walaupun dua keadaan ini tidak membawa kepada kematian secara langsung, tetapi ia boleh membawa kepada kematian selepas suatu tempoh. Ini kerana, maksud keadaan darurah itu juga termasuk keadaan yang boleh membawa kepada kematian atau kesulitan selepas suatu tempoh tertentu10. Imam al-Ghazali berkata: Maqasid Syariah bertujuan menjaga lima perkara iaitu menjaga agama, nyawa, akal, keturunan dan harta. Maka, sesuatu yang berperanan menjaga lima perkara ini dikira sebagai maslahah, dan sesuatu yang merosakkan lima perkara ini dikira sebagai mafsadah dan menolaknya adalah maslahah11. Malah, kaedah fiqh juga ada menyebutkan, keadaan darurat boleh mengharuskan perkara yang dilarang (ت ل ) ضرريات ل يحررل ـمررـ12. Maka, pembedahan plastik yang bertujuan menyelamatkan nyawa dibenarkan oleh syarak.
9
Raji ’Abbas Al-Takriti, Al-Suluk Al-Mihni Li Al-Atibba’, 2nd ed. (Beirut: Dar alAndalus li al-Tiba’ah wa al-Nashr, 1981), 265.
10
Muhammad bin Ahmad al-Gharnati Ibn Juzai, Al-Qawanin Al-Ahkam Al-Shar’iyyah Wa Masa’il Al-Furu’ Al-Fiqhiyyah (Beirut: Dar al-’Ilm li al-Malayin, t.t.), 94.
11
Abu Hamid Muhammad bin Muhammad bin Muhammad Al-Ghazali, AlMustasfa, (Kaherah: Matba’ah ’Isa al-Babi al-Halabi, 1937), 287.
12
Zain al-’Abidin Ibrahim Ibn Nujaim, Al-Ashbah Wa Al-Naza’ir ’Ala Madhhab AlImam Abu Hanifah (Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah, n.d.), 85; Abdul Rahman Abu Bakr Al-Suyuti, Al-Ashbah Wa Al-Naza’ir Fi Qawa’id Wa Furu’ Fiqh Al-Shafi’i, (Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah, 1982), 84. 106
Keharusan Pembedahan Hajiyyat Pembedahan hajiyyat adalah pembedahan untuk membaiki sebahagian anggota badan dan mengembalikan fungsinya kepada normal. Tindakan membiarkan pesakit tanpa melakukan pembedahan akan menyebabkan kesulitan dalam kehidupan sehariannya. Antara contoh pembedahan hajiyyat adalah rekonstruksi payudara selepas ia dibuang akibat kanser (mastectomy). Pembedahan hajiyyat dibenarkan oleh syarak walaupun melibatkan pengubahan ciptaan Allah SWT. Ini kerana, larangan mengubah ciptaan Allah SWT hanya terpakai pada tujuan mencantikkan, dan pengecualian diberikan jika bertujuan merawat atau menghilangkan kecacatan13. Malah, tujuan mencantikkan tubuh itu bukanlah tujuan utama, sebaliknya datang selepas tujuan utama iaitu merawat dan mengembalikan bentuk tubuh kepada bentuk normal14. Status Keharusan Pembedahan Tahsiniyyat Bagi pembedahan daruriyyat dan hajiyyat, majoriti ulama mengharuskan pembedahan daripada jenis ini berdasarkan nas dan kaedah fiqh yang telah dibincangkan. Namun, keharusan pembedahan tahsiniyyat mempunyai dua pendapat. Pendapat pertama melarang pembedahan tahsiniyyat secara mutlak. Pendapat ini disokong oleh Muhammad Mukhtar al-Shanqiti15, ‘Abd al-Salam al-Sukari16, Muhammad Khalid Mansur17, Nurah al-Mutlaq18 dan
13
Muhyiddin Sharaf Al-Nawawi, Sharh Sahih Muslim, vol. 13 (Kaherah: al-Matba’ah al-Misriyyah, 1928), 107.
14
Al-Shinqiti, Ahhkam Al-Jirahah Al-Tibbiyyah Wa Al-Athar Al-Mutarattibah ’Alaiha, 125.
15
Ibid, 129-131.
16
'Abd al-Salam Al-Sukari, Naql Wa Zira’ah Al-A’da’ Al-Adamiyyah Min Manzur Islami, 1st ed. (Kaherah: al-Dar al-Misriyyah li al-Nashr wa al-Tawzi’, 1989), 240.
17
Muhammad Khalid Mansur, Al-Ahkam al-Tibbiyyah al-Muta’alliqah Bi al-Nisa’ Fi alFiqh al-Islami, 2nd ed. (Amman: Dar al-Nafa’is, 2004), 198.
18
Nurah ’Abdullah Al-Mutlaq, Jirahah al-Unf al-Tajmiliyyah, Majallah al-Buhuth alFiqhiyyah al-Mu’asirah, vol. 79:213, 2008. 107
Izdihar al-Madani19. Menurut mereka, pembedahan tahsiniyyat ini menyebabkan pengubahan ciptaan Allah SWT yang dilarang secara jelas oleh-Nya di dalam surah al-Nisa’, ayat 119 dan juga hadis berkaitan larangan mencacah tatu, mencukur bulu kening dan menjarakkan gigi. Pendapat kedua pula tidak memberikan hukum secara mutlak, sebaliknya memperincikan setiap prosedur pembedahan yang ditawarkan pada peringkat ini. Menurut mereka, setiap prosedur pembedahan pada tahap ini perlu dikaji secara berasingan kerana adalah tidak adil untuk memberikan hukum secara umum. Ini kerana, masih kedapatan kemungkinan pembedahan pada peringkat ini dibenarkan walaupun dibuat dengan tujuan kecantikan. Malah, pembedahan yang dibuat bagi meningkatkan keyakinan diri disebabkan terdapat kekurangan pada tubuh badan mungkin dibenarkan. Pendapat ini dipegang oleh Muhammad ‘Uthman Shubair20, Zarwati Rabih21, Salih al-Fawzan22, Hani alJubair23 dan Sha‘ban al-Kumi Fayid24. Al-Fawzan menambah, Islam sebenarnya membenarkan pembedahan dengan tujuan kecantikan, malah ia boleh sampai ke tahap daruriyyat 25. Beliau menggunakan hujah dari hadis Nabi SAW yang diriwayatkan oleh ‘Arfajah bin As‘ad, beliau berkata:
19
Izdihar Al-Madani, Ahkam Tajmil al-Nisa’ Fi al-Shari’ah al-Islamiyyah, ed. 2001, (Riyad: Dar al-Nafa’is, 2002), 379.
20
Muhammad ’Uthman Shubair, Ahkam Jirahah al-Tajmil Fi al-Fiqh al-Islami, (Kuwait: Maktabah al-Fallah, n.d.), 63-70.
21
Zarwati Rabih, Taghyir Khalqillah: Mafhumuhu, Majalatuhu, Dawabituhu Wa Ahkamuhu Al-Shar’iyyah, (Beirut: Dar Ibn Hazm, t.t.), 87-115.
22
Salih Muhammad Al-Fawzan, Al-Jirahah Al-Tajmiliyyah: ’Ard Tibbiy Wa Dirasah Fiqhiyyah Mufassalah, (Riyad: Dar al-Tadmuriyyah, 2007), 127.
23
Hani ’Abdullah Muhammad Al-Jubair, “Al-Dawabit Al-Shar’iyyah Li Al’Amaliyyat Al-Tajmiliyyah,” in Seminar Al-’Amaliyyat Al-Tajmiliyyah Bayn Al-Shar’ Wa Al-Tibb (Riyad, t.t.), 14.
24
Sha’ban al-Kumi Fayid, Ahkam Tajmil Al-Nisa’ Fi Al-Shari’ah Al-Islamiyyah (Iskandariah: Dar al-Jami’ah al-Jadidah, 2006), 200.
25
Al-Shinqiti, Ahkam Al-Jirahah Al-Tibbiyyah Wa Al-Athar Al-Mutarattibah ’Alaiha, 117. 108
فأننت،فاختذت أنفا من ورق ،قطعت أنفي يوم ال ُكالب يف اجلاهلية ُ ف ييأماهلل رل ييوع اه و ييلن اه علي ييا ول ييل أ أخت ييذ أنف ييا م يين،عل ي أيي .ذهب “Hidungku terpotong ketika Peristiwa Kulab26. Aku menggunakan hidung yang diperbuat daripada perak tetapi hidungku membusuk. Lalu Rasulullah SAW mengarahkan supaya aku menggunakan hidung yang diperbuat dari emas”27. Umum mengetahui hidung merupakan salah satu unsur kecantikan pada wajah manusia dan kecacatan padanya boleh menghilangkan keyakinan diri. Maka, Nabi SAW membenarkan ‘Arfajah menggunakan emas yang diharamkan bagi lelaki dan melakukan perkara haram hanya dibenarkan ketika darurat28. Keadaan ini seolah-olah menjadi bukti bahawa tujuan kecantikan juga diiktiraf oleh Islam29. Malah, sebahagian fuqaha klasik turut mengambil berat aspek kecantikan pada tubuh badan sehinggakan al-Marghinani menyebutkan ‘illah diwajibkan diyat bagi perbuatan memotong hidung adalah kerana perbuatan tersebut menghilangkan kecantikan pada wajah seseorang30. Beliau menambah lagi, jika 26
Nama satu kawasan air yang berlaku dua peristiwa besar pada zaman jahiliah. Kulab terletak di antara Basrah dan Kufah. Abu al-Sa’adat al-Mubarak bin Muhammad al-Juzairi Ibn al-Athir, Al-Nihayah Fi Gharib Al-Hadith, ed. Tahir Ahmad Al-Zawi and Mahmud Muhammad Al-Tanahi, vol. 4 (Beirut: al-Maktabah al-’Ilmiyyah, t.t.), 196.
27
Hadis diriwayatkan oleh Abu Dawud dalam Kitab al-Khatim, Bab Ma Ja’ fi Rabt alAsnan bi al-Dhahab, no. hadis 4232; dan al-Tirmidhi dalam Kitab al-Libas, Bab Ma Ja’ fi Shadd al-Asnan bi al-Dhahab, no. hadis 1770. Al-Tirmidhi berkata: Hadith hasan gharib. Sulayman bin al-Ash‘ath Abu Dawud, Sunan Abu Dawud, ed. Salih bin “Abd al”Aziz Ali al-Sheikh, 2nd ed. (Riyad: Dar al-Salam, 2000), 593; Abu ’Isa Muhammad bin ’Isa Saurah Al-Tirmidhi, Sunan Al-Tirmidhi, ed. Salih bin “Abd al”Aziz Ali al-Sheikh, 2nd ed. (Riyad: Dar al-Salam, 2000), 420.
28
Kaedah fiqh yang digunakan adalah ()الضاورات تبيح اليميحظورات.
29
Al-Shinqiti, Ahkam Al-Jirahah Al-Tibbiyyah Wa Al-Athar Al-Mutarattibah ’Alaiha, 117.
30
Burhan al-Din ’Ali bin Abu Bakr Al-Marghinani, Al-Hidayah, vol. 4 (Beirut: alMaktabah al-Islamiyyah, t.t.), 179. 109
seseorang menyebabkan fungsi sesuatu anggota badan individu lain rosak atau menghilangkan kecantikan pada tubuh badan, dia boleh didenda dengan diyat penuh31. Penutup Dalam pembedahan plastik dan rekonstruktif, pengkaji mendapati terdapat pelbagai hukum berdasarkan parameter maqasid alShari’ah, sama ada daruriyyat, hajiyyat ataupun tahsiniyyat. Pembedahan tahsiniyyat dapat dibahagikan kepada dua jenis, iaitu (i) pembedahan yang mengubah anggota cacat kepada normal dan (ii) pembedahan dengan tujuan semata-mata untuk mencantikkan tubuh. Pembedahan jenis pertama biasanya dibuat bagi meningkatkan keyakinan diri bagi pesakit yang terkesan dengan kecacatan pada badannya. Ini kerana, hilangnya keyakinan diri pada diri seseorang boleh membawa kepada mudarat sedangkan kaedah fiqh menyebutkan: setiap mudarat perlu dihilangkan ( ) ضريت رل, tidak kira mudarat pada zahir (tubuh badan) dan batin (psikologi) 32. Berdasarkan penelitian kepada beberapa resolusi dan fatwa yang diputuskan oleh beberapa badan fatwa berautoriti, mereka membenarkan pembedahan jenis ini. Antaranya, fatwa dari Majma al-Fiqh al-Islami yang mengharuskan pembedahan membuang kecacatan yang memudaratkan badan dan jiwa33, fatwa Dar al-Ifta’ Mesir yang membenarkan pembedahan membuang jari tambahan (jari keenam)34 dan membetulkan gigi jongang35, dan fatwa Lajnah
31
Ibid.
32
Salih Muhammad Al-Fawzan, Al-Jirahah Al-Tajmiliyyah: ’Ard Tibbiy Wa Dirasah Fiqhiyyah Mufassalah, 1st ed. (Riyad: Dar al-Tadmuriyyah, 2007), 119-120.
33
al-Majma’ al-Fiqhi al-Islami al-Dawli IIFA, “Majallah Majma’ Al-Fiqh Al-Islami” 4, no. 1 (1988): 507–10.
34
Dar al-Ifta’ Al-Misriyyah, “Hukm Batr Al-Isbi’ Al-Za’idah (Hukum Membuang Jari Tambahan),” accessed September 21, 2016, http://www.dar-alifta.org/AR/ View Fatwa .aspx?ID=6915&LangID =1&MuftiType=0.
35
Dar al-Ifta’ Al-Misriyyah, “Hukm Taqwim Al-Asnan (Hukum Mendakap Gigi),” accessed September 21, 2016, http://www.dar-alifta.org/AR/ViewFatwa.aspx?ID =379&LangID=1&MuftiType=0. 110
al-Da’imah Arab Saudi yang mengharuskan mengecilkan payudara yang terlalu besar36.
pembedahan
Namun, penentuan mudarat pada keyakinan dan psikologi sehingga mengharuskan pembedahan plastik atau rekonstruksi perlu ditentukan oleh pakar berkaitan seperti doktor pakar psikologi37. Jika perkara ini tidak dibendung, dikhuatiri alasan ini akan digunakan secara meluas bagi menghalalkan pembedahan plastik dan rekonstruksi. Pembedahan jenis kedua yang semata-mata bertujuan kecantikan pula sememangnya dilarang oleh Islam kerana termasuk dalam larangan mengubah ciptaan Allah SWT38. Malah, pihak yang melakukan pembedahan atas alasan ini tidak akan pernah puas dengan penampilan yang ada. Kaedah terbaik bagi mengatasi masalah ini adalah dengan menanam keimanan kepada mereka agar reda dengan bentuk badan yang telah diberikan oleh Allah SWT 39. Al-Fawzan pula menambah, pihak yang masih mahu menjalani pembedahan seperti ini perlu mendapatkan khidmat pakar psikiatri sebagai rawatan berbanding melakukan pembedahan40. Kesimpulannya, pembedahan plastik dan rekonstruksi adalah pembedahan yang dibuat dengan tujuan utama iaitu sebagai rawatan dan kecantikan. Prosedur pembedahan yang ditawarkan pula merangkumi seluruh tubuh badan. Penentuan hukum pembedahan ini tidak boleh dibuat berdasarkan jenis pembedahan yang ditawarkan, sebaliknya perlu melihat tahap keperluan pembedahan tersebut, sama ada pada peringkat daruriyyat, hajiyyat
36
Salih Fawzan ’Abdullah Al-Fawzan, Al-Fatawa Al-Muta’alliqah Bi Al-Tibb Wa Ahkam Al-Marda, 3rd ed. (Riyad: al-Ri’asah al-’Ammah li al-Buhuth al-’Ilmiyyah wa al-Ifta’, 2014), 259-260.
37
Al-Fawzan, Al-Jirahah Al-Tajmiliyyah: ’Ard Tibbiy Wa Dirasah Fiqhiyyah Mufassalah, 120.
38
Al-Shinqiti, Ahhkam Al-Jirahah Al-Tibbiyyah Wa Al-Athar Al-Mutarattibah ’Alaiha, 124-26; Salih Muhammad Al-Fawzan, Al-Jirahah Al-Tajmiliyyah: ’Ard Tibbiy Wa Dirasah Fiqhiyyah Mufassalah, 1st ed. (Riyad: Dar al-Tadmuriyyah, 2007), 119-120.
39
Al-Shinqiti, Ahhkam Al-Jirahah Al-Tibbiyyah Wa Al-Athar Al-Mutarattibah ’Alaiha, 133.
40
Al-Fawzan, Al-Jirahah Al-Tajmiliyyah: ’Ard Tibbiy Wa Dirasah Fiqhiyyah Mufassalah, 120. 111
atau tahsiniyyat. Ini kerana, prosedur pembedahan yang sama boleh merentasi ketiga-tiga tahap keperluan tersebut. Tuntasnya, pengkaji berpendapat, wujudnya keperluan untuk mewujudkan kerjasama antara pakar perubatan dan pakar agama bagi menentukan status setiap prosedur pembedahan agar hukum yang ditentukan dan amalan pembedahan dijalankan selari dengan parameter maqasid alShari‘ah. Bibliografi Abu Dawud, Sulayman bin al-Ash‘ath. Sunan Abu Dawud. Edited by Salih bin “Abd al-”Aziz Ali al-Sheikh. 2nd ed. Riyad: Dar alSalam, 2000. Ahmad al-Raisuni. “Al-Akhlaq Fi Al-Tibb; Ta’sis Maqasidi.” In Seminar Al-Akhlaq Al-Islamiyyah Wa Al-Tibb, 13–15. Doha: Markaz Dirasat al-Tashri’ al-Islami wa al-Akhlaq, n.d. Al-Fawzan, Salih Fawzan ’Abdullah. Al-Fatawa Al-Muta’alliqah Bi AlTibb Wa Ahkam Al-Marda. 3rd ed. Riyad: al-Ri’asah al-’Ammah li al-Buhuth al-’Ilmiyyah wa al-Ifta’, 2014. Al-Fawzan, Salih Muhammad. Al-Jirahah Al-Tajmiliyyah: ’Ard Tibbiy Wa Dirasah Fiqhiyyah Mufassalah. 1st ed. Riyad: Dar alTadmuriyyah, 2007. Al-Ghazali, Abu Hamid Muhammad bin Muhammad bin Muhammad. Al-Mustasfa. 1st ed. Vol. 1. Kaherah: Matba’ah ’Isa al-Babi al-Halabi, 1937. Al-Jubair, Hani ’Abdullah Muhammad. “Al-Dawabit Al-Shar’iyyah Li Al-’Amaliyyat Al-Tajmiliyyah.” In Seminar Al-’Amaliyyat AlTajmiliyyah Bayn Al-Shar’ Wa Al-Tibb. Riyad, n.d. Al-Madani, Izdihar. Ahkam Tajmil Al-Nisa’ Fi Al-Shari’ah Al-Islamiyyah. Edited by 2001. 1st ed. Riyad: Dar al-Nafa’is, 2002. Al-Marghinani, Burhan al-Din ’Ali bin Abu Bakr. Al-Hidayah. Vol. 4. Beirut: al-Maktabah al-Islamiyyah, n.d. Al-Misriyyah, Dar al-Ifta’. “Hukm Batr Al-Isbi’ Al-Za’idah (Hukum Membuang Jari Tambahan).” Accessed September 21, 2016. http://www.dar-alifta.org/AR/ViewFatwa.aspx?ID=6915& LangID=1&MuftiType=0. ———. “Hukm Taqwim Al-Asnan (Hukum Mendakap Gigi).” 112
Accessed September 21, 2016. http://www.dar-alifta.org/AR/ ViewFatwa .aspx?ID=379&LangID=1&MuftiType=0. Al-Mutlaq, Nurah ’Abdullah. Jirahah Al-Unf Al-Tajmiliyyah. Majallah Al-Buhuth Al-Fiqhiyyah Al-Mu’asirah. Vol. 79, 2008. Al-Nawawi, Muhyiddin Sharaf. Sharh Sahih Muslim. 1st ed. Vol. 13. Kaherah: al-Matba’ah al-Misriyyah, 1928. Al-Qurtubi, Muhammad ibn Ahmad ibn Abu Bakr ibn Farah. Al-Jami’ Li Ahkam Al-Qur’an. Edited by Hisham Samir Al-Bukhari. Vol. 15. Riyad: Dar ’Alam al-Kutub, 2003. Al-Razi, Fakhr al-Din Muhammad ibn ’Umar. Mafatih Al-Ghayb. 1st ed. Vol. 27. Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah, 2000. Al-Sahi, Shawqi ’Abduh. Al-Fikr Al-Islami Wa Al-Qadaya Al-Tibbiyyah Al-Mu’asirah. Kaherah: Matba’ah Wahbah Hassan, n.d. Al-Shinqiti, Muhammad Muhammad al-Mukhtar. Ahkam Al-Jirahah Al-Tibbiyyah Wa Al-Athar Al-Mutarattibah ’Alaiha. 3rd ed. UAE: Maktabah al-Sahabah, 2004. Al-Sukari, ’Abd al-Salam. Naql Wa Zira’ah Al-A’da’ Al-Adamiyyah Min Manzur Islami. 1st ed. Kaherah: al-Dar al-Misriyyah li al-Nashr wa al-Tawzi’, 1989. Al-Suyuti, Abdul Rahman Abu Bakr. Al-Ashbah Wa Al-Naza’ir Fi Qawa’id Wa Furu’ Fiqh Al-Shafi’i. 1st ed. Beirut: Dar al-Kutub al‘Ilmiyyah, 1982. Al-Takriti, Raji ’Abbas. Al-Suluk Al-Mihni Li Al-Atibba’. 2nd ed. Beirut: Dar al-Andalus li al-Tiba’ah wa al-Nashr, 1981. Al-Tirmidhi, Abu ’Isa Muhammad bin ’Isa Saurah. Sunan Al-Tirmidhi. Edited by Salih bin “Abd al-”Aziz Ali al-Sheikh. 2nd ed. Riyad: Dar al-Salam, 2000. American Board of Cosmetic Surgery. “Cosmetic Surgery vs Plastic Surgery.” Accessed September 20, 2016. http://www.american board cosmeticsurgery.org/patient-resources/ cosmeticsurgery-vs-plastic-surgery/. Fayid, Sha’ban al-Kumi. Ahkam Tajmil Al-Nisa’ Fi Al-Shari’ah AlIslamiyyah. Iskandariah: Dar al-Jami’ah al-Jadidah, 2006.
113
Furnham, Adrian, and James Levitas. “Factors That Motivate People to Undergo Cosmetic Surgery.” The Canadian Journal of Plastic Surgery = Journal Canadien de Chirurgie Plastique 20, no. 4 (2012): e47-50. http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/24294026. Ibn al-Athir, Abu al-Sa’adat al-Mubarak bin Muhammad al-Juzairi. Al-Nihayah Fi Gharib Al-Hadith. Edited by Tahir Ahmad AlZawi and Mahmud Muhammad Al-Tanahi. Vol. 4. Beirut: alMaktabah al-’Ilmiyyah, n.d. Ibn Juzai, Muhammad bin Ahmad al-Gharnati. Al-Qawanin Al-Ahkam Al-Shar’iyyah Wa Masa’il Al-Furu’ Al-Fiqhiyyah. Beirut: Dar al’Ilm li al-Malayin, n.d. Ibn Nujaim, Zain al-’Abidin Ibrahim. Al-Ashbah Wa Al-Naza’ir ’Ala Madhhab Al-Imam Abu Hanifah. Beirut: Dar al-Kutub al‘Ilmiyyah, n.d. IIFA, al-Majma’ al-Fiqhi al-Islami al-Dawli. “Majallah Majma’ Al-Fiqh Al-Islami” 4, no. 1 (1988): 507–10. Lian, Tam Cai, and Khoo Yoong Ting. “Pembedahan Plastik Dan Rekonstruktif.” Accessed September 20, 2016. http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=1021& pub=Utusan_Malaysia&sec=Kesihatan&pg=kn_04.htm. Mansur, Muhammad Khalid. Al-Ahkam Al-Tibbiyyah Al-Muta’alliqah Bi Al-Nisa’ Fi Al-Fiqh Al-Islami. 2nd ed. Amman: Dar al-Nafa’is, 2004. Nordqvist, Christian. “What Is Cosmetic Surgery? What Is Plastic Surgery?” 15 September 2014. Accessed September 21, 2016. http://www.medicalnewstoday.com/articles/155757.php. Rabih,
Zarwati. Taghyir Khalqillah: Mafhumuhu, Majalatuhu, Dawabituhu Wa Ahkamuhu Al-Shar’iyyah. 1st ed. Beirut: Dar Ibn Hazm, n.d.
Shubair, Muhammad ’Uthman. Ahkam Jirahah Al-Tajmil Fi Al-Fiqh AlIslami. 1st ed. Kuwait: Maktabah al-Fallah, n.d. von Soest, Tilmann, Ingela L Kvalem, Knut Chr Skolleborg, and Helge E Roald. “Psychosocial Factors Predicting the Motivation to Undergo Cosmetic Surgery.” Plastic and Reconstructive Surgery 117, no. 1 (January 2006): 51-62-4. http://www.ncbi.nlm.nih. gov/pubmed/16404248. 114