23 - 24APrut20rl INSTITUTAGAMAUneU NEGmI AR-RAhlIRy,BANDAACEII
RAHSIA PENGIMARAHAN MASJID MENURUT AL-QURAN DAN AL-SUNNAH Prof Madya Dr Shukeri Mohamad Dr. Syed Abdurrahman Syed Hussin Mohamad Azrien Mohamed Adnan Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya Nilam Puri
ABSTRAK Persoalan pertama yang melingkungi isu-isu masjid ialah kurangnya sambutan masyarakat terhadap aktiviti masjid terutamanya solat jamaah sehingga memberikan imej yang tidak baik kepada institusi masjid itu sendiri. Hal inilah yang menjadi kayu ukur bahawa masjid masa ini gagal atau lemah dari segi fungsinya yang asas itu. Sekiranya kita menerima pandangan yang mengatakan ia disebabkan faktor persekitaran dan masyarakat Islam itu sendiri, namun sejauhmana kita telah meneliti dan mengkaji asasasas kekuatan yang ada dalam masjid itu sendiri pada zaman silam yang sangat berjaya dari segi sambutan ahli jamaahnya. Setakat mana pula kita telah meneliti kewujudan asas-asas itu dalam masjid masa kini. Sebenarnya apabila menyentuh tentang kejayaan masjid pada zaman kegemilangannya, sudah tentu al-Quran dan al-Sunnah sendiri telah menyediakan panduan atau gagasan tertentu yang dapat menjayakan misi masjid tersebut. Oleh itu, bertolak dari keyakinan tersebut, kertas ini akan menganalisis bagaimana al-Quran dan al-Sunnah telah menggarap garis panduan atau gagasan yang dapat menjayakan aktiviti atau proses imarah masjid dari pelbagai dimensi. Mudah-mudahan ianya dapat dijadikan sebagai resepi terbaik untuk melahirkan institusi masjid yang inovatif. PENDAHULUAN Masjid telah diberikan kedudukan yang sangat tinggi dalam ajaran Islam dengan kelebihannya sebagai tempat ibadat umat Islam dan peranannya sebagai pusat aktiviti masyarakat dan negara1 sehingga Rasulullah s.a.w telah mengambil langkah membina masjid setiap kali Baginda sampai di tempat baru2. Dengan status keagamaan dan kemasyarakatan itu, umat Islam berjaya mencapai berbagai kejayaan politik dan kemajuan ekonomi semenjak zaman Rasulullah s.a.w melalui aktiviti pengimarahan masjid yang begitu hebat dalam sejarah Islam, kerana masjid adalah medium utama kepada Islam itu sendiri dari segi keagamaan, politik dan kemasyarakatan3. Namun begitu kemuliaan dan kelebihan masjid tersebut semakin terhakis dari kehidupan umat Islam, kecuali keindahan dari segi binaan dan rekabentuknya, kerana masih banyak pihak yang berlumba-lumba untuk membina masjid yang besar-besar dan cantikcantik sebagai daya tarikan pelancong atau untuk mendapat pujian dan sanjungan dari pihak lain. Sebaliknya umat Islam tidak dapat berbangga dengan bilangan ahli jamaah masjid yang ramai datang menunaikan solat jamaah lima waktu sehari semalam, atau datang mengikuti kuliah pengajian dan aktiviti yang dianjurkan di masjid. Malah umat Islam patut merasa malu di atas kelesuan masjid sebagai pusat ibadat dan nadi aktiviti kemasyarakatan dengan sambutan yang sangat dingin. Mengapa hal sedemikian terjadi? Siapa yang bersalah? Apakah langkah-langkah yang perlu diambil untuk mengatasi masalah itu dan mengembalikan kegemilangan institusi masjid sebagai pusat kegiatan umat Islam termasuk politik dan ekonomi? Sebenarnya sudah banyak seminar dan perbincangan yang membicarakan persoalan tersebut, namun usaha dan tindakan yang sewajarnya belum dilaksanakan sebaik mungkin, menyebabkan institusi masjid masih terbelenggu dengan unsur-unsur kelemahan dan kelesuan. Sebab itu kertas ini akan cuba mengajak umat Islam kembali kepada rahsia a-Quran dan al-Sunnah dalam menggarap kemuliaan dan 1 2
3
Mustafa al-Siba`i (t.t) al-Sirah al-Nabawiyyah: Durus wa Ibar. Jordan: al-Maktab al-Islami, h. 74-75 Salih Ghanim al-Sadlan. (1994). al-Masjid wa Dauruhu fi al-Tarbiyyah wa al-Taujih. Riyadh: Dar Balansiyah, h. 17-18 Imad al-Din Khalil. (t.t) Dirasah fi al-Sirah. Beirut: Dar al-Nafa’is, h. 149, lihat juga al-Qaradhawi. (1970) alIbadah fi al-Islam. Beirut: Muassasah al-Risalah, h. 233
67
kelebihan masjid agar dapat membentuk gagasan dan panduan yang tepat dan lengkap dalam menjalankan aktiviti pengimarahan masjid. Insya’ Allah. KATA KUNCI 1 : RAHSIA Perkataan Rahsia bermaksud benda yang tersembunyi, namun diketahui oleh satu atau beberapa orang sahaja4. Perkataan rahsia juga digunakan untuk menunjukkan sesuatu kelebihan, suatu yang unik dan hebat kerana biasanya ia tersembunyi daripada pandangan kebanyakan orang, sebaliknya diketahui oleh beberapa orang sahaja. Biasanya orang yang mengetahui rahsia sesuatu perkara akan dapat menguasai perkara tersebut dengan lebih baik, seperti golongan ulama yang pakar dalam aspek rahsia-rahsia syariah Islamiyyah akan mempunyai kemampuan yang tinggi dalam melakukan aktiviti ijtihad dan kajian hukum kerana mereka menguasai satu bidang yang tertinggi dalam ilmu syariah. Begitulah juga dengan aspek pengimarahan masjid akan menjadi lebih berjaya sekiranya kita dapat memahami rahsia-rahsia yang digariskan oleh Islam dalam aktiviti pengimarahan masjid. Rahsia di sini juga boleh dirujuk kepada kunci-kunci pengimarahan masjid. Sekiranya kita mengetahui kunci-kunci tersebut, maka aktiviti pengimaran akan menjadi lebih berjaya. KATA KUNCI 2 : IMARAH Perkataan imarah adalah berasal daripada bahasa Arab yang telah diterimapakai dalam bahasa Melayu dengan maksud hal-hal yang membawa kepada pembangunan, kemajuan, peningkatan dan sebagainya. Ia dipetik dari firman Allah: ْ ِٱ﵀ َ ّ ِج َدِٟإ ّن َ َما َيع ُم ُر َم َس Maksudnya: Hanya yang memakmurkan masjid-masjid Allah (Surah al-Taubah: 18) Menurut kamus Dewan, imarah bermaksud mengimarah, menggerakkan dan menghidupkan suasana di masjid dengan pelbagai aktiviti yang berfaedah, biasanya berbentuk keagamaan5. Sebab itu Imarah masjid merujuk kepada aktiviti dan usaha menghidupkan peranan dan fungsi masjid seperti yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. Ia meliputi aktiviti ibadat khususi, pendidikan dan keilmuan, kemasyarakatan dan sebagainya.6 Kata Dr. Yusuf al-Qaradhawi, memakmurkan masjid itu bermaksud mendirikan solat di dalamnya, berdoa, berzikir dan menegakkan syiar-syiarnya7. Bagi Abu Bakar alJassas, memakmurkan masjid adalah dengan cara berkunjung dan berada di dalam masjid kerana beribadat dan juga menjaga prasarana masjid itu sendiri dengan baik.8 Menurut Prof. Dr. Hamka pula, “ta`mirul masajid” ialah selalu menghidupkan jamaah di dalamnya, beribadat, berkhidmat, memelihara, membersih, memperbaiki yang rosak, mencukupkan mana yang kurang dan berhijrah kepadanya untuk beribadah.9 Oleh itu perbincangan ini bermaksud memahami kunci-kunci dan perkara-perkara yang hebat yang dapat menghidupkan peranan dan fungsi masjid sebagaimana yang dijelaskan oleh al-Quran dan alSunnah. Dengan kata lain, pengimarahan masjid akan mencapai kejayaannya jika memenuhi asas dan rahsia-rahsianya yang digariskan oleh al-Quran dan al-Sunnah. Sebab itulah kerja mengimarahkan masjid merupakan satu tanggungjawab yang sangat berat dalam Islam yang mesti diberikan kepada orang yang benar-benar layak. Ia juga merupakan satu kerja yang mulia di sisi Allah Taala.
4 5 6
7 8
9
Kamus Dewan, Edisi Keempat. (2007). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, h. 1268-1269 Ibid., h. 568 Abdul Aziz Abdullah al-Humaydi (t.t) al-Masajid wa Atharuha fi Islah al-Fard wa al-Mujtama’. Ummul Qura University, h. 3-4 Al-Qaradhawi, Yusuf. (1990). Huda al-Islam: Fatawa Muasarah. Kuwait: Dar al-Qalam, jld 1, h. 263 Dipetik daripada al-Sobuni, Mohd Ali (t.t) Rawai` al-Bayan fi Tafsir Ayat al-Ahkam. Dar Umar al-Khattab, juz. 1, h. 573. Hamka, Haji Abdul Malik Abdul Karim Amrullah (1984), Tafsir al-Azhar, Jakarta: Panji Masyarakat, Juz 10 h. 128
68
RAHSIA PENGIMARAHAN MASJID Institusi masjid pada zaman kegemilangan Islam telah berjaya menjalankan peranannya dalam membangunkan umat Islam. Sebenarnya masjid-masjid tersebut memiliki rahsia-rahsia tertentu berpandukan garispanduan yang diberikan oleh al-Quran dan al-Sunnah sendiri sehingga berjaya mencapai matlamat pengimarahan masjid. Oleh itu langkah-langkah perlu diambil untuk menggarap rahsia tersebut dalam rangka mengembalikan kegemilangan institusi masjid pada zaman ini. Rahsia 1: Masjid dipimpin oleh hamba Allah yang terbaik, paling soleh dan takwa, bijaksana dengan petunjuk ilahi. Firman Allah Taala: ْ ْ ْ ْ ٓ ٓ ْ جد ٱ﵀ مٟإنما ي ْعمر مس ٰ ٱلص َل وا ِمن كون ِئَٟٱ﵀ ٲ فَعس ٰى أُول ك ٰو َة ولَ ْم يخ َش ِإ ّ َّل ٱلز اَت ء و ة و ام ق أ و ر خ ٱءْل ٱ﵀ِ وٱليو ِم ن ءامن ب ُ ك أَن ي ِ ِ َ َ َ َ ّ ِ َ ۟ َ ُ َ َ َ ّ ّ َ َ َ َ َ َ َ َ َ َ َّ ِ َ َ َ َ َّ َ ِ َ َ ُ ُ َ َ َّ ِ َ َ َ َ ۟ ْ ْ ﴾٨١﴿ ٱل ُمهت ِدين َ َ Maksudnya: Hanya yang memakmurkan masjid-masjid Allah ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat, serta tetap mendirikan solat, menunaikan zakat dan tidak takut (kepada siapapun) selain kepada Allah, maka merekalah orang-orang yang diharapkan termasuk golongan orang-orang yang mendapat petunjuk. (Surah al-Taubah: 18)
Al-Quran menyatakan rahsia bahawa masjid hendaklah dipimpin dan dimakmurkan oleh golongan yang paling bertakwa yang digambarkan sebagai orang yang tidak takut kecuali hanya kepada Allah Taala dalam keadaan mereka sangat beriman kepada Allah dan hari Kiamat, mendirikan solat dan menunaikan zakat sebagaimana firman Allah: ْ ْ ْ ْ ْ ْ ٓ ٓ ْ م وا ِمن ٱل ُمهت ِدين ك أَن يكُون ِئَٟٱ﵀ ٲ فَعس ٰى أُول ك ٰو َة ولَ ْم يخ َش ِإ ّ َّل ٱلز اَت ٱلص َل ٰو َة وء خ ِر وأ َ َقام ٱءْل ٱ﵀ِ وٱليو ِم ن ءامن ب ِ َ َ َ ّ ۟ َ ُ َ َ ّ ّ َ َ َ َ َ َ َ َ َ َ َّ ِ َ َ َ َ َ َ َ َ َ َ ۟ Mengapa masjid memerlukan kepimpinan yang paling hebat ini? Jawabnya kerana golongan itulah yang paling hampir dengan Allah Taala dan sentiasa mendapat rahmat Allah sehingga institusi masjidnya memiliki daya tarikan yang kuat lantaran keperibadian mereka yang tinggi dan mantap. Apabila kita lihat kepada realiti kepimpinan masjid zaman kini, sejauh mana masjid sekarang memiliki rahsia pertama ini? Memang tidak dinafikan mereka adalah orang Islam, tetapi kualitas iman dan Islamnya tidak mantap. Lalu kesannya secara langsung dapat dilihat kepada kelesuan masjid, seolaholah hilang rahmat, cahaya dan berkat pada masjid itu! Rahsia 2: Doa membuka pintu hati masyarakat untuk datang ke masjid. Firman Allah:
ْ ْ ْ ْ ْ ْ ْ وإ ْذ ق ْ ٱجًن ْبًنى وبًنى أن ن ْعبد ْٱْل ۭ َل ءا ِمًن اس ٲ فَمن َت ِبعًنِى ك ِثًريۭا ِّمن ٱلًن ن أَضلَلن ّن إ ب ر ﴾ ٥٣ ﴿ ام ًن ص و ا ب ٱل ا ذٟ ه ل َ ِ ِ َ َ ِ َ ِ ّ َ َ ِ ِّ ِهمي ُ َرٟال ِإب َر َ َ ّ ّ َُ َ َ ِ َ َ ب ٱج َع َّ ُ ّ َ ُ َ َ َّ َ َ َ َ َ َ َ َ َ َ ْ ْ ْ ْ فإنهۥ مًنى ٲ وم ٍ ًري ِذى َز ْر وا ع عًند ب ْيتك ٱلم نع ِ ور ّ َر َ ﴾ ّ َر ّ َبًنَٓا ِإ ِِّن ٓ أَس٥٣﴿ۭ حمي ِ ًنت ِمن ذ ُ ِّر ّ َي ِتى ِب َوا ٍد َغ ۟ يم ۭ ُ ك َغف َ َ ص ِاِن ف َ ِإ ّن ُ ك ُ ح ّ َر ِم َر ّ َبًنَا لِي ُ ِق َ ُ َ ِ َ َ ِ َ َ َ َ ِّ ِ ُ َ ّ ِ َ ْ ْ ْ ْ ْ ْ ْ ْ ٓ َتو ْ ٱجع ْل أفْ ٔـِد ۭة من ٱلًناس ْ ى إل ٰ َّ ك َتع َلم ما نُخ ِفى وما ن ُع ِلن ٳ وما ﴾ ر ّ َبًنَٓا ِإ ّن٥٣﴿ ت لَع ّل َ ُُه يَشكُرون ٟٱر ُزق ُُه ِّمن ٱلثَّمر ْي ْم و ِ َ ِ َ ِ ِ َ َ ِ َ ّ َ ِّ َ َ َ َ ٱلص َلو َة ف َ َ ُ َ َ ُ َ َ َ ُ َ َ َ َ َ ْ ْ ْ ْ ْ ْ ْ ٱدلُعٓا ِء ق ۚ إن رّب لسميعٟعيل وإ ْسحٟٱّلى و َهب ِِل ع ََل ٱلكَب إْس ﴾ ٱلحم٥١﴿ ٱلسمٓا ِء ٱْل ْر ِض و َّل ِِف يخ َف ٰى ع ََل ِ َ ّ ِد ِ ّ َ﵀ َ ٱ﵀ِ ِمن ََش ۢء ِِف َ ّ ُ َ ّ َ ّ ُ ِ َ َ ّ ِ َ َّ ِ َ َ ِ َ َ ِ َ ِ ِ َ ِ َ َ َ َ َ َ َ َ ْ ْ ْ ْ ْ ْ ْ ْ ْ ٰ ﴾٠٨﴿ ِدل ّ َى ولِل ُمؤ ِمًنِنيَ يوم ي ُقوم ٱل ِحسابٟ﴾ ر ّ َبًنا ٱغ ِفر ِِل ولِو٠٤﴿ ٱلص َلو ِة و ِمن ذ ُ ِّر ّ َي ِتى ۚ ر ّ َبًنا و َت َق ّ َبل دعٓا ِء ِّ ﴾ َر٥٣﴿ َ ّ َب ٱج َعلًنِى مُ ِقمي َ َ َُ ُ َ ُ َ َ َ َ َ َ َ َ ََ َ Maksudnya: Dan (ingatlah), ketika Ibrahim berkata: "Ya Tuhanku, jadikanlah negeri Ini (Mekah), negeri yang aman, dan jauhkanlah Aku beserta anak cucuku daripada menyembah berhala-berhala. Ya Tuhanku, sesungguhnya berhala-berhala itu telah menyesatkan kebanyakan daripada manusia, Maka
69
barangsiapa yang mengikutiku, maka sesungguhnya orang itu termasuk golonganku, dan barangsiapa yang mendurhakai aku, maka sesungguhnya Engkau, Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Ya Tuhan kami, sesungguhnya Aku telah menempatkan sebahagian keturunanku di lembah yang tidak mempunyai tanam-tanaman di dekat rumah Engkau (Baitullah) yang dihormati, Ya Tuhan kami (yang demikian itu) agar mereka mendirikan solat, maka jadikanlah hati sebahagian manusia cenderung kepada mereka dan berikan kepada mereka rezeki dari buah-buahan, mudah-mudahan mereka bersyukur. Ya Tuhan kami, sesungguhnya Engkau mengetahui apa yang kami sembunyikan dan apa yang kami lahirkan; dan tidak ada sesuatupun yang tersembunyi bagi Allah, baik yang ada di bumi maupun yang ada di langit. Segala puji bagi Allah yang Telah menganugerahkan kepadaku di hari tua(ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku benar-benar Maha mendengar (memperkenankan) doa. Ya Tuhanku, jadikanlah Aku dan anak cucuku orang-orang yang tetap mendirikan solat, Ya Tuhan kami, perkenankanlah doaku. Ya Tuhan kami, berilah keampunan mu kepadaku dan kedua ibu bapaku dan sekalian orang-orang mukmin pada hari terjadinya hisab (hari kiamat)". (Surah Ibrahim: 35-41) Ini satu rahsia besar bahawa doa Nabi Ibrahim AS telah menjadikan manusia dari seluruh dunia merasa terpanggil untuk datang ke Mekah di mana terletaknya masjidil Haram dan Kaabah, hati mereka sangat terpaut kepadanya dengan doanya:10 ْ ْ ْ ْ ٓ ْ ْ ْ ْ ْ ْ كرون ت لَع ّل َ ُُه يَش ٟٱر ُزق ُُه ِّمن ٱلثَّمر ْيم و اس ََت ِوى ِإل ٱجعل أَف ٔـ ِ َد ۭة ِّمن ٱلًن ربًنا ليقيموا ٱلصل ٰوة ف ُ ِ ِ َ َ ّ ِ َ َ َ َ َ َّ ۟ ُ ِ ُ ِ َ َّ َ َ ُ َ َ َ َ َ Kalau bumi Mekah dan keluarga Nabi Ibrahim di Mekah itu dikira sebagai satu institusi Agama Islam, maka masjid juga merupakan satu institusi Agama yang utuh. Jadi doa Nabi Ibrahim telah menjadikan hati-hati umat manusia merasa kasih dan sayang kepada bumi Mekah dan Kaabah, maka sepatutnya rahsia ini jugalah yang harus digunakan untuk menarik umat manusia mendatangi masjid-masjid yang merupakan rumah Allah seperti Kaabah yang disebut sebagai Baitullah. Betapa hebatnya Nabi Ibrahim menggunakan satu pakej doa yang sangat mulia untuk mendapat segala hajatnya dan bagi mencapai kepentingan ajaran Allah yang dibawanya seperti yang dinyatakan dalam ayat-ayat al-Quran di atas. Mengapa hal itu tidak terjadi kepada masjid yang lain? Tidak mungkin Allah Taala hanya memberikan kelebihan itu kepada Kaabah dan Masjidil Haram sahaja! Sejauh mana doa kita untuk umat ini supaya mendatangi masjid? Ataukah kita mengutuk sahaja golongan yang jauh dari masjid? Tidak mungkin Allah Taala hanya menerima doa Nabi Ibrahim sahaja untuk tujuan tersebut dan tidak menerima doa orang lain! Rahsia 3: Keikhlasan dalam membina dan mengimarahkan masjid. Firman Allah Taala: ْ ْ ۚ لم ْسجد أسَ عَل ٱلت ْقو ٰى م ْ ن أول ي ﴾٨٤١﴿ ب ٱل ُمَّ َِّه ِرين ح ي ٱ﵀ و ۚ وا ر ه َ ت ي ن أ ون ب ح ي ل ا ج ر ه ي ف ۚ ه ي ف وم ق ت ن أ ق ح أ م و َّ ٍ ُِ ِ ِ ِ ِ ِ ِ ِ َ َ َ َ ۭ َ ُ ِ ّ َ ِ َ ّ ّ ُ ۟ ُ َ ُ ّ ّ َ ّ ُُ َ ُ ََ َ ُ َ َ َ َ َ َ َّ َ َ َ ّ ِ َ Maksudnya: Sesungguhnya masjid yang didirikan atas dasar taqwa (masjid Quba), sejak hari pertama adalah lebih patut kamu solat di dalamnya. Di dalam masjid itu ada orang-orang yang ingin membersihkan diri, dan sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bersih. (Surah al-Taubah: 108) Ayat al-Quran di atas menetapkan satu rahsia yang sangat penting dalam proses pengimarahan masjid iaitu keikhlasan niat dan tujuan mendirikan masjid11. Sejauhmana hakikat ini berlaku dalam pembinaan 10
Ibn Kathir. (1986). Tafsir Ibn Kathir. Beirut: Dar al-Fikr, juz 2, h. 541-542. Lihat juga `Abd al-Rahman bin Nasir al-Sa`adi. (1401H). Taysir al-Karim al-Rahman fi Tafsir Kalam al-Manan. Tahqiq Muhammad Zuhri alNajar. Riyadh: al-Riasat al-`Ammah li Idarat al-Buhuth al-Islamiyyah wa al-Ifta’ wa al-Da`wat wa al-Irsyad, juz 3, h. 146. 11 Ahmad Mustafa al-Maraghi. (1998). Tafsir al-Maraghi. Beirut: Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah, juz 4, h. 170
70
masjid zaman sekarang yang tidak lagi dijamin kemurnian dan ketulusan niat dan matlamatnya. Ada yang membina masjid kerana menunjukkan kemegahan, mencari nama dan kemasyhuran. Hasilnya masjid tidak dikunjungi kerana telah bertukar menjadi masjid dhirar seperti yang dinyatakan Allah Taala: ْ ۢ ْ ْ ْ ْ يقا ب ْني ٱلْم ْؤمًنني وإ ْرصادۭا لم ۭ وا م ْس ِج ۭدا ِضر ن ِإن أَر ْد َنٓا ِإ ّ َّل و ۥۥ ِمن َق ْب ُل ۚ ولَيح ِلف ٱ﵀ ورس ن حارب ارا وكُفرۭ ا و َتف ِر ٱّلين ٱتخذ ِ َّ و ّ ِ ِ ِ َ ِ َ ّ ُ َ َ َ ّ ُ َ ُ ُ َ َ َ َ َ َ َ َ َ ۟ ُ َ َّ َ َ َ َ َ َ َ َ َ ْ ْ ْ ْ ﴾٨٤٣﴿ ِذبونٟك ٱلحسًن ٰى ٲ وٱ﵀ يشهد إّنم ل َ ُ َ َ ُ َّ ِ ُ َ َ ُ َّ َ َ ُ Maksudnya: Dan (di antara orang-orang munafik itu) ada orang-orang yang mendirikan masjid untuk menimbulkan kemudharatan (pada orang-orang mukmin), untuk kekafiran dan untuk memecah belah antara orang-orang mukmin serta menunggu kedatangan orang-orang yang telah memerangi Allah dan Rasul-Nya sejak dahulu12. Mereka sesungguhnya bersumpah: "Kami tidak menghendaki selain kebaikan." dan Allah menjadi saksi bahawa sesungguhnya mereka itu adalah pendusta (dalam sumpahnya). (Surah al-Taubah: 107) Dengan itu Allah Taala melarang terus Rasulullah s.a.w datang dan menunaikan solat di masjid tersebut dalam firmannya: َّل َتقُ ْم فِي ِه أَب ۭدا َ Maksudnya: Janganlah kamu bersembahyang dalam masjid itu selama-lamanya. (Surah al-Taubah: 108) Rasulullah s.a.w selalu menekankan konsep keikhlasan ini supaya pembinaan masjid tidak bertujuan lain selain daripada mendapat keredhaan Allah melalui sabdanya: 13
Maksudnya: Barang siapa yang membina masjid untuk mencari keredhaan alah, nescaya Allah akan membina untuknya sebuah istana di dalam syurga. Dengan tegas Rasulullah s.a.w menegaskannya bahawa membina masjid untuk Allah dengan niat hanya untuk cari keredhaannya. Ini satu rahsia yang sangat agung dalam urusan pengimarahan masjid. Rahsia 4: Hidupkan Roh masjid di dalam institusi kerajaan dan institusi masyarakat. Nabi s.a.w bersabda14: Maksudnya: Dijadikan kepadaku bumi ini masjid dan bersih.
12
yang dimaksudkan dengan orang yang telah memerangi Allah dan Rasul-Nya sejak dahulu ialah seorang pendeta Nasrani bernama Abu 'Amir, yang mereka tunggu-tunggu kedatangannya dari Syria untuk bersembahyang di masjid yang mereka dirikan itu, serta membawa tentera Romawi yang akan memerangi kaum muslimin, akan tetapi kedatangan Abu 'Amir Ini tidak jadi kerana ia mati di Syria dan masjid yang didirikan kaum munafik itu diruntuhkan atas perintah Rasulullah SAW melalui wahyu yang diterima Baginda sesudah kembali dari perang Tabuk. 13 Muslim. (1997). Sahih Muslim. Bab Fadl Bina’ al-Masjid wa al-Hath alaihi. Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah, Juz 1, h. 216 14 Al-Bukhari, Muhammad bin Ismail. (1990). Sahih al-Bukhari. Kitab al-Taharah, Bab al-Tayammum. Kaherah: Wizarah al-Awqaf, juz 1, h. 230
71
Apakah rahsia yang Allah Taala berikan kepada Nabi Muhammad s.a.w melalui hadith ini? Ia mengandungi makna yang mendalam bahawa seluruh muka bumi mesti membawa roh dan semangat sujud serta pengabdian diri kepada Allah Taala sebagaimana yang ditetapkan di masjid. Malah seluruh ruang muka bumi ini tidak harus dicemarkan dengan kejahatan dan dosa kerana Allah Taala telah menetapkan ianya bersih untuk beribadat. Ini bermakna semangat dan roh masjid mestilah disebar luaskan kepada apa jua institusi kerajaan atau institusi masyarakat supaya tidak wujud percanggahan antara masjid dengan pusat-pusat aktiviti yang lain. Dalam sejarah Islam didapati ramai di kalangan pemimpin dan ulama Islam yang menghayati rahsia ini dengan mendirikan masjid sebagai pusat utama kepada pembangunan bandar dan negeri. Utbah bin Ghazwan ketika membuka Bandar Basrah pada tahun 16 H, semasa pemerintahan Umar Ibn alKhattab, telah menempatkan masjid sebagai pusat kepada kegiatan kerajaan, di mana ia dikelilingi bangunan pentadbiran dan kawasan perumahan. Perkara yang sama telah dilakukan oleh Saad bin Abi Waqqas ketika membuka Bandar Kufah pada tahun 17 H di mana kemudahan jalan menghubungkan terus antara masjid dengan bangunan pentadbitan dan perumahan dengan lokasi masjid berada pada pusat Bandar. Begitu juga tindakan yang dibuat oleh Amru Ibn al-As di Fustat, Uqbah bin Nafi` di Qairawan dan Abu Ubaidah al-Jarrah di Dimasyq.15 Langkah tersebut membolehkan semangat dan roh masjid terus menular dan mempengaruhi kehidupan harian di dalam institusi masyarakat dan kerajaan secara langsung dan berterusan. Malah dapat difahami daripada ayat berikut bahawa manusia akan mendapat pertunjuk dalam hidup mereka melalui penghayatan secara langsung terhadap semangat dan roh masjid tersebut, iaitu firman Allah Taala: ْ ۭ كة مب ْ َ ّ ّلى بب ﴾٣٣﴿ َ َل ِمنيٟه ۭدى لِّلع ِ َ ّ َاس ل ِ َ ّت ُو ِض َع لِلًن ُ اركا َو ۢ ِإ ّ َن أ َ ّ َو َل َبي َ َ َُ َ َِ Maksudnya: Sesungguhnya rumah yang mula-mula dibangun untuk (tempat beribadat) manusia, ialah Baitullah yang di Bakkah (Mekah) yang diberkati dan menjadi petunjuk bagi semua manusia. (Surah Ali `Imran: 96) Rahsia 5: Lahirkan pendokong masjid yang muttaqin. Firman Allah Taala:
ْ ْ ْ ْ ﴾٥٣﴿ ال كر فِْيا ٱْسُهُۥ يُس ّ ِب ٱ﵀ أَن ت ُ ْرفَع ويذ ِف بيوت أذن ِح َ ۥُۥ ف ِ ٱءْل َص َ َ د ِ ّو َو ُُ ْيا ِبٱلغ ُ َّ َ ِ َ ٍ ُ ُ ِ ُ َ َ َ َ ُ َ َ
Maksudnya: Bertasbih16 kepada Allah di masjid-masjid yang telah diperintahkan untuk dimuliakan dan disebut nama-Nya di dalamnya, pada waktu pagi dan waktu petang. (Surah al-Nur: 36) Ayat al-Quran di atas menjelaskan rahsia imarah masjid dengan melahirkan golongan muttaqin yang sejati, kerana merekalah merupakan pendokong setia kepada institusi masjid. Manakala golongan yang tidak mendalam iman mereka tidak mampu mendokong matlamat imarah masjid kerana mereka tidak istiqamah. Sebaliknya golongan muttaqin itu digambarkan oleh Allah dalam ayat di atas sentiasa mengagungkan Allah dan bertasbih kepada Allah sepanjang masa (pagi dan petang) secara berterusan17. Golongan tersebut juga telah digambarkan Allah Taala sebagai orang yang sentiasa menyucikan diri dan membersihkan jiwa mereka. Sebab itu mereka mampu menghidupkan peranan masjid secara berterusan. Allah Taala menyatakannya: ْ ب ٱل ُمَّ َِّه ِرين فيه رجال يحب َ ّ ون أَن َي َتََ ّ َه ُرو ۟ا ۚ َو ُ ّ ٱ﵀ ُي ُ ِح َ ُّ ِ ُ ۭ َ ِ ِ ِ َ Maksudnya: Di dalam masjid itu ada orang-orang yang ingin membersihkan diri, dan sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bersih. (Surah al-Taubah: 108) 15
Mohd Muhiden Abd. Rahman dan Mohd Alwee Yusoff. (2008). Masjid Sebagai Sebuah Institusi Pendidikan: Satu Tinjauan dari Aspek Sejarah. Dalam Ahmad Najib Abdullah et. al. Isu-isu Pengurusan dan Pembangunan Masjid. Kota Bharu: Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya Nilam Puri, h. 16-17. 16 yang bertasbih ialah laki-laki yang tersebut pada ayat 37 berikut. 17 al-Jazairi, Abu Bakr Jabir. (1993). Aysar al-Tafasir li Kalam al-`Aliyy al-Kabir. Madinah al-Munawwarah (tp), jld 3, h. 573-574
72
Rahsia 6: Negara ditadbir dengan Syariat Islam yang Adil. Sejarah kegemilangan Masjid yang berlaku pada zaman Rasulullah s.a.w menunjukkan bahawa negara ditadbir sepenuhnya berdasarkan Syariah Islam yang maha adil. Pelaksanaan Syariah Islamiah itu menjadikan seluruh urusan politik, ekonomi, pendidikan, perundangan, kemasyarakatan adalah mendokong cita-cita dan misi masjid iaitu tunduk dan patuh kepada Allah Taala. Sebab itu pengimarahan roh dan semangat masjid berlaku di mana-mana apabila sistem pemerintahan negara berjalankan mengikut landasan Syariah. Rahsia ini terbukti melalui Sunnah Fi`liyyah iaitu apa yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w dalam sistem politik negara Islam di Madinah dan Mekah.18 Rahsia 7: Pemimpin negara dan masyarakat adalah golongan yang bertakwa. Seluruh keterangan sejarah Islam menunjukkan bahawa kegemilangan institusi masjid sangat berkait rapat dengan golongan pemimpin yang bertakwa, kerana mereka menjadikan masjid sebagai tempat yang utama dalam sistem pentadbiran mereka, malah mereka sendiri adalah orang yang paling kuat mendokong misi imarah masjid melalui solat jamaah, penganjuran kelas pengajian dan sebagai pusat aktiviti negara yang berkat dan penuh rahmat. Dengan itu masjid akan berada dalam hati sekalian rakyat yang melihat sendiri sikap dan tindakan pemimpin mereka yang terpuji kepada institusi masjid. Sebaliknya rakyat memandang sepi kepada masjid apabila pemimpin mereka tidak mencintai masjid sebagai pusat kehidupan dan kecemerlangan negara seperti yang berlaku pada zaman ini. Sukar mencari pemimpin yang menjadikan masjid sebagai paksi pentadbiran, malah mereka tidak rajin berjamaah di masjid, sebaliknya mereka lebih suka membesarkan pusat-pusat hiburan menyebabkan rakyat menjadi mabuk dengan kegiatan yang melalaikan dan merosakkan akhlak dan akidah mereka Rahsia 8: Kebersihan masjid dan prasarana yang baik dan mesra jamaah Rasulullah s.a.w telah memberikan perhatian yang berat kepada aspek penjagaan kebersihan dan kemudahan masjid melalui pelbagai hadith yang menyebut ganjaran yang besar kepada orang yang menyalakan lampu di masjid, melarang meludah dalam masjid19, melarang membawa masuk najis dan kotoran dalam masjid20, melarang orang yang makan makanan berbau busuk seperti bawang putih berjamaah di masjid21 dan sebagainya. Rahsia ini merupakan satu daya tarikan yang besar kepada orang ramai untuk ke masjid kerana mendapat keselesaan. Pada zaman ini, aspek tersebut disebut sebagai masjid mesra jamaah samada golongan dewasa, muda, kanak-kanak dan wanita seperti yang kita dapat lihat di beberapa masjid utama di Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei dan lain-lain. Rahsia 9: Sistem pendidikan negara bermula di Masjid Kelas pengajian al-Quran dan al-Hadith pada zaman Rasulullah bermula di Masjid sebagaimana yang dicatitkan dalam sejarah pendidikan dan dakwah Rasulullah s.a.w. Masjid menjadi pusat pendidikan pertama di mana Rasulullah s.a.w selalu menyampaikan berita dan wahyu di masjid, kemudiannya disebarkan oleh para sahabat dalam pelbagai majlis yang lain pula. Tradisi ini telah diteruskan oleh para ulama dengan menjadikan masjid sebagai pusat pendidikan utama seperti yang dijalankan di Masjid Nabawi, Masjid al-Haram dan masjid lain di seluruh dunia, di mana ramai tokoh ulama di Nusantara yang telah lahir dari sistem pengajian Masjid al-Haram.22 Namun begitu melalui sistem pendidikan moden, pusat pendidikan utama negara sekarang berpindah ke sekolah menyebabkan masjid hanya menjadi tempat pengajian sampingan sahaja, malah 18
Zulkifli Hj Mohd Yusoff. (2010). Fungsi Masjid Dalam Kehidupan Umat Islam: Realiti dan Harapan. Dalam Ahmad Najib Abdullah et al. Isu-Isu Pengurusan dan Pengimarahan Masjid di Alaf Baru. Kota Bharu: Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya Nilam Puri, h. 2. 19 Lihat al-Bukhari. (2001). Sahih al- Bukhari. Kitab al-Solah, Bab Kaffarah al-Buzaq fi al-Masjid. Beirut: Dar Ihya’ al-Turath al-Arabiy, No. Hadith: 415 20 Lihat al-Zarkasyi. (1982). I`lam al-Sajid bi Ahkam al-Masajid. Kaherah: Dar al-Kitab al-Arabiy, h. 310 21 Al-Bukhari, op.cit., Kitab al-al-Azan, Ma Ja’a fi al-Thaum, no. Hadith: 853 22 Ismail Che Daud. (2001). Tokoh-tokoh Ulama Semenanjung Melayu (1). Kota Bharu: MAIK, h. 261-262
73
tidak tersusun dan banyak kekurangan. Dengan sendirinya hilanglah daya tarikan ke masjid kerana ia tidak lagi menjadi pusat pendidikan utama dalam negara. Rasulullah s.a.w sentiasa menggesa umatnya menghidupkan sistem pendidikan di masjid sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: Tidak berkumpul sesuatu kaum di dalam rumah Allah sambil mereka membaca Kitab Allah dan menekuninya sesama mereka kecuali akan turun ke atas mereka ketenangan dan akan diliputi rahmat serta akan dilingkungi para Malaikat dan mereka akan disebut-sebut oleh Allah di kalangan mereka yang berada di sisinya.23 Rahsia 10: Hapuskan bangunan/institusi dhirar yang merosakkan roh masjid Firman Allah Taala: ْ ۢ ْ ْ ْ ْ يقا ب ْني ٱلْم ْؤمًنني وإ ْرصادۭا لم ۭ وا م ْس ِج ۭدا ِضر ن ِإن أَر ْد َنٓا ِإ ّ َّل و ۥۥ ِمن َق ْب ُل ۚ ولَيح ِلف ٱ﵀ ورس ن حارب ارا وكُفرۭ ا و َتف ِر ٱّلين ٱتخذ ِ َّ و ّ ِ ِ ِ َ ِ َ ّ ُ َ َ َ ّ ُ َ ُ ُ َ َ َ َ َ َ َ َ َ ۟ ُ َ َّ َ َ َ َ َ َ َ َ َ ۭ﴾ ّل تق ْم فِي ِه أَبدا٨٤٣﴿ ِذبونٟٱلْح ْسًن ٰى ٲ وٱ﵀ ي ْشهد إّن ْم لك ُ َ َ َ ُ َ َ ُ َّ ِ ُ َ َ ُ َّ َ َ ُ َ Maksudnya: Dan (di antara orang-orang munafik itu) ada orang-orang yang mendirikan masjid untuk menimbulkan kemudharatan (pada orang-orang mukmin), untuk kekafiran dan untuk memecah belah antara orang-orang mukmin serta menunggu kedatangan orang-orang yang telah memerangi Allah dan Rasul-Nya sejak dahulu. Mereka sesungguhnya bersumpah: "Kami tidak menghendaki selain kebaikan." Dan Allah menjadi saksi bahwa sesungguhnya mereka itu adalah pendusta (dalam sumpahnya). Janganlah kamu bersembahyang dalam masjid itu selama-lamanya. (Surah al-Taubah: 107) Rahsia ini sangat penting kerana jika institusi atau pusat lain yang merosakkan semangat sujud dan patuh yang dibawa oleh masjid dibiarkan hidup subur, maka ia akan menggagalkan matlamat imarah masjid kerana pusat-pusat mungkar itu akan menarik orang ramai dan menghilangkan keberkatan kawasan tersebut. Sebab itu Rasulullah s.a.w telah meruntuhkan masjid dhirar yang dibina oleh puak munafikin yang dipelopori oleh Abu Amir al-Rahib bersama 12 orang yang lain24, walaupun mereka bersumpah tidak berniat jahat. Imam Fakhr al-Razi menyatakan masjid tersebut diruntuhkan kerana mempunyai empat unsur yang bercanggah dengan matlamat masjid yang sebenar sebagaimana yang dinyatakan dalam ayat di atas iaitu: 1) percubaan mendatangkan kemudharatan kepada orang mukmin ()ضرارا 2) kufur terhadap Nabi dan ajaran Islam itu sendiri ()كفرا 3) memecahbelahkan kesatuan orang mukmin, ()فريقا بين المؤمنين 4) sebagai pusat perancangan jahat terhadap orang Islam ( )ارصادا لمن حارب اهلل ورسوله25 PENUTUP Jelas sekali bahawa Islam telah menyediakan garis panduan yang lengkap dalam menghidupkan fungsi masjid seperti yang dinyatakan oleh al-Quran dan ditunjukkan secara praktikal oleh Rasulullah s.a.w melalui amalan secara langsung di mana ia telah membawa kesan pengimarahan yang sangat hebat dan dapat mengangkat kedudukan umat Islam sebagai umat masjid. Tetapi setelah banyak kepincangan berlaku dalam kehidupan masyarakat Islam, maka hilanglah ciri penting umat Islam apabila mereka jauh dari masjid dan tidak lagi menjadi umat masjid. Oleh itu langkah-langkah perlu diambil untuk mengembalikan kegemilangan umat ini dengan mengadakan pusat pengajian khsusus tentang masjid dan pengurusannya bagi melahirkan asas dan rahsia kejayaan pengimarahan masjid seperti yang telah dibincangkan di atas. Amiiiin. 23
Muslim. (1980). Sahih Muslim. Kitab al-zikr wa al-dua` wa al-tawbah wa al-Istighfar. No. Hadith: 2700, Riyadh: Riasat Idarat al-Buhuth al-`Ilmiyyah wa al-Ifta’ wa al-Da`wat wa al-Irsyad, Juz 4, h. 2074 24 Ibn Kathir. (t.t). Tafsir al-Quran al-Azim, Kaherah:al-Sya`ab, Juz 4, h. 128 25 Fakhr al-Razi (t.t). al-Tafsir al-Kabir. Beirut: Dar Ihya al-Turath al-Arabiy, Juz 15, h. 193-194. Lihat juga alQurtubiy. (1988). al-Jami` li Ahkam al-Quran. Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah, juz 6, h. 123
74