23 - 24APrut20rl INSTITUTAGAMAUneU NEGmI AR-RAhlIRy,BANDAACEII
Modul Pendidikan Kanak-kanak dan Remaja Melalui Institusi Masjid Prof Madya Dr Shukeri Mohamad Mohamad Azrien Mohamed Adnan Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya Nilam Puri ABSTRAK Golongan remaja dan kanak-kanak adalah aset masa depan negara yang sangat penting. Dalam era globalisasi ini, perkara yang amat membimbangkan ialah golongan remaja dan kanak-kanak telah menjadi mangsa globalisasi yang serius di mana golongan tersebut didapati terperangkap di dalam pelbagai gejala keruntuhan akhlak dan jenayah sehingga sampai ke peringkat jenayah bunuh seperti yang berlaku dalam kes buli di sekolah. Oleh yang demikian, institusi masjid dengan segala kekuatan yang ada sepatutnya mengambil peranan sepenuhnya untuk memberikan perlindungan dan penjagaan kepada generasi baru tersebut kerana mereka tidak mempunyai kekuatan dan daya tahan yang secukupnya untuk menghadapi cabaran globalisasi secara bersendirian. Oleh itu institusi masjid perlu memberikan tumpuan khusus kepada pendidikan kanak-kanak dan remaja secara sepenuh masa bagi menjamin generasi baru ini dapat menghidupkan penghayatan Islam dan mempertahankan kualiti hidup dengan baik. Bertolak dari situ, kertas ini akan mengemukakan pengalaman-pengalaman institusi masjid dalam aspek pendidikan kanak-kanak dan remaja melalui modul-modul kursus dan latihan yang berterusan dalam usaha membina kekuatan golongan tersebut. Dengan itu, ia dapat melahirkan institusi masjid yang inovatif. PENDAHULUAN Golongan kanak-kanak dan remaja perlu dididik untuk mendekati institusi masjid kerana mereka adalah pelapis Islam pada masa hadapan. Rasa suka dan senang hati kepada masjid tidak akan lahir dengan sendirinya tanpa diajar dan dididik. Sebab itu apabila kanak-kanak dan remaja tidak dibiasakan dengan pendidikan di masjid, sukar sekali bagi mereka untuk datang beribadat di masjid atau menyertai aktiviti pengajian, kursus dan sebagainya setelah mereka meningkat dewasa. Hal yang demikian menjadi lebih sukar setelah kanak-kanak dan remaja tersebut tertarik dengan aktiviti lagha di luar masjid yang begitu subur pada zaman ini. Persoalan yang lebih berat ialah remaja akan semakin jauh dari masjid, maka siapakah yang akan menjadi generasi pelapis untuk menghidupkan masjid pada masa akan datang? Dewasa ini kita dapati anak-anak tidak mempunyai masalah untuk berulang alik ke sekolah setiap hari, termasuk pada waktu-waktu tambahan sekali pun kerana alam persekolahan formal sudah dibiasakan dalam kehidupan anak-anak. Dengan sokongan daripada ibu bapa dan anggota masyarakat, anak-anak sudah memahami bahawa tempat mereka belajar dan diberi didikan ialah di sekolah formal, bukannya masjid. Sedangkan di sekolah formal milik kerajaan itu tidak mendidik ilmu agama secukupnya. Sekolah agama pula sangat terhad bilangannya. Masyarakat pula tidak menjadikan masjid sebagai institusi pendidikan agama dan akhlak secara formal dalam usaha mendekatkan golongan kanak-kanak dan remaja dengan masjid. Keadaan ini sudah tentu menjadikan masjid tidak mesra dengan golongan anak-anak. Golongan kanak-kanak dan remaja tidak merasa sesuatu yang istimewa bagi mereka untuk datang ke masjid. Ia menyebabkan putusnya hubungan pendidikan antara golongan anak dengan institusi masjid. Apa yang sepatutnya berlaku dalam masyarakat Islam ialah anak-anak diberi didikan secara amali/praktikal semenjak kecil untuk mencintai dan menghayati alam masjid samada dalam aspek ibadat, pengajian, pergaulan, pembinaan akhlak dan sebagainya. Sebab itu sepatutnya institusi masjid menjadi pusat pembangunan kanak-kanak dan remaja yang utama sebagaimana peranannya pada zaman Rasulullah SAW dan sahabat Baginda. Oleh itu, kertas ini akan menghuraikan modul pendidikan kanak-kanak dan remaja melalui institusi masjid supaya masjid dapat dihidupkan semula peranannya sebagai pusat pembangunan dan pendidikan formal kanak-kanak dan remaja yang berkesan dalam rangka melahirkan generasi baru Islam yang berkualiti dan sejati, Amin.
379
Asas-asas kepada modul tersebut adalah seperti berikut : Pertama : Permasalahan remaja masa kini Dunia hari ini telah menyaksikan betapa gawatnya kehidupan golongan remaja Islam di negara kita. Laporan dari pihak keselamatan dan berita menunjukkan ramai sekali yang terlibat dengan kegiatan jenayah dan rosak akhlak. Manakala laporan dari kementerian kesihatan dan berita-berita harian menunjukkan ramainya golongan remaja Islam yang terlibat dengan HIV. Golongan remaja kita juga terlibat dengan seriusnya dalam aktiviti seks bebas, minum arak dan ajaran sesat Black Metal. Kajian yang dibuat oleh Universiti Kebangsaan (UKM) yang mendedahkan 886 daripada 887 gadis mengaku bersetubuh memperlihatkan betapa seriusnya gejala sosial yang melanda remaja masa kini 1. Hasil kajian itu juga mendedahkan 98 peratus pelajar mengaku mengambil dadah, 98 peratus juga terlibat dengan kongsi gelap dan 97.3 peratus terdedah dengan bahan lucah. Sumber yang sama juga menyatakan bahawa Pakar Psikologi Kanak-Kanak dan Remaja UKM, Dr Khaidzir Islam, turut mendedahkan didapati pelajar perempuan berumur dalam lingkungan 15 dan 16 tahun adalah paling berisiko terjerumus dalam pelbagai masalah disiplin termasuk untuk mencuba melakukan hubungan seks buat pertama kali. Statistik dan angka-angka yang diberikan sangat menakut dan menggerunkan. Kita akan terbayang bagaimana masa depan masyarakat kita yang kucar kacir dengan situasi semasa yang sebegini. Antara punca yang menyumbang ke arah kegawatan tersebut ialah kerana ada pihak yang mengambil kesempatan mengaut keuntungan dengan mengedarkan bahan-bahan negatif dalam masyarakat terutama kepada golongan remaja seperti yang dilaporkan oleh akhbar-akhbar dan majalah. Akhbar Harakahdaily pada 13 Januari 2010 memetik kenyataan Ketua Muslimat PAS Pusat menggesa supaya pihak berkuasa dan agensi kerajaan lebih serius membuat pemantauan terhadap lambakan pil, bahan bacaan lucah serta pil perangsang seks yang masih dijual secara terbuka kepada pelajar sekolah menengah dan belia di sekitar ibu negara. Beliau juga ada menyebut Persatuan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPA) mendedahkan bahawa berdasarkan pemantauan yang dilakukan, didapati cakera padat lucah, pemetik api dan kad permainan daun terup yang memaparkan imej wanita separuh bogel turut dijual secara terbuka. Presidennya, Ravi Ponnan juga memberi contoh sejenis pil khayal buatan India yang didakwanya boleh menyebabkan kanser boleh didapati dengan harga 60 sen di pasar malam, kedai runcit dan juga restoran mamak. Menurutnya juga, ubat khayal berupa serbuk kasar yang merupakan campuran pinang dan tembakau boleh memberikan kesan khayal selepas 15 minit memakannya meskipun ia bukan sejenis dadah yang diharamkan di India. Perkara ini menjadi satu isu yang sangat besar yang perlu mendapat perhatian serius semua pihak untuk melakukan tindakan yang lebih konkrik bagi menyelamatkan masa depan umat Islam. Oleh itu umat Islam perlu bergerak menghidupkan sumber kekuatan mereka sendiri terutamanya institusi masjid dengan menjadikan masjid sebagai pusat dan nadi pendidikan kanak-kanak dan remaja, kerana dengan itu golongan tersebut akan mendapat perlindungan yang lebih baik daripada anasir yang meruntuhkan mereka. Masjid adalah benteng kekuatan umat Islam dengan menghidupkan peranannya dalam pendidikan secara teratur, rapi, sistematik dan berkesan, bukannya sekadar mengisi jadual program bulanan atau tahunan atau takwim program semata-mata. Dalam hal ini tanggungjawab kerajaan untuk menjayakan misi ini adalah sangat besar dan tidak boleh dijadikan agenda sampingan sahaja. Semua pihak perlu BERKORBAN untuk agenda ini. Kedua : Memulakan pendidikan Islam pada peringkat awal semenjak anak berumur 7 tahun2 Mengapa Rasulullah SAW melakukan pendekatan ini? Jawapannya kerana kanak-kanak yang masih kecil belum tercemar. Ia juga bersedia menerima segala pengajaran dengan mudah 3. Inilah dia potensi 1
http://www.harakahdaily.net/ (28 Februari 2007) Muhammad Hasan Abu Yahya. (1985). Ahdaf al-Tasyri’ al-Islamiy, Amman: Dar al-Furqan, h. 556 3 Abdul Rasyid Abdul Aziz Salim. (1975). al-Tarbiyyah al-Islamiyyah wa Turuq Tadrisiha. Kuwait: Dar alBuhuth al-Ilmiyyah, h. 13 2
380
diri yang sebenarnya. Jika ia tidak dibentuk dengan roh Islam, maka ia terdedah kepada unsur negatif yang membahayakan dirinya, keluarganya dan masyarakat. Rasulullah SAW tidak mengabaikan potensi yang sangat besar itu. Sebab itu Rasulullah SAW mengingatkan supaya ajarlah anak kamu bersolat ketika umurnya 7 tahun. Ketiga: Menjadikan solat sebagai sumber pendidikan (tarbiyyah) iaitu menjadikan solat sebagai paksi aktiviti/program induk Islam menegaskan bahawa solat adalah salah satu tiang Agama. Oleh itu sesiapa yang mendirikan solat maka ia telah menegakkan agama. Sedangkan orang yang mengabaikan solat dikira telah meruntuhkan agama. Mengikut ajaran Islam, agama merupakan rukun kehidupan yang memandu manusia ke arah keselamatan dan kesejahteraan4. Sebab itu tanpa agama, akan berlakulah kepincangan dalam kehidupan. Inilah hubungan secara langsung antara solat dan kehidupan. Dengan kata lain pengabaian solat akan membawa implikasi yang sangat buruk kepada aspek kesejahteraan hidup manusia, di mana masyarakat akan terperangkap dalam krisis kemaksiatan dan kemungkaran dan gejala jenayah yang merbahaya. Akhirnya masyarakat akan tenggelam dalam arus keruntuhan yang tidak terkawal. Kedudukan solat sangat tinggi nilainya sehingga syariatnya diberikan secara langsung oleh Allah Taala kepada Nabi Muhammad SAW tanpa perantaraan Malaikat Jibril. Malah pelaksanaannya dimulakan seawal anak berumur tujuh tahun. Sebab itu solat membawa berbagai-bagai unsur pendidikan yang sangat penting. Ia merangkumi aspek pendidikan Tauhid, pendidikan jiwa dan perasaan, pendidikan etika dan disiplin, pendidikan kesihatan, pendidikan kemasyarakatan, pendidikan motivasi dan sebagainya. Sudah tentu kita perlu menjadikan solat sebagai paksi kepada semua aktiviti lain bagi mendekatkan masyarakat kepada masjid dan amalan keislaman, contohnya Kursus Penghayatan Solat dan Pembinaan Sahsiah. Manakala seluruh kegiatan dakwah yang lain hendaklah dibentuk dan diolah untuk mendokong falsafah dan matlamat solat sepanjang masa. 1.
Solat dan pendidikan tauhid (Pengabdian diri kepada Allah, keimanan dan ketundukan)
Melalui doa iftitah, kita dididik memahami dan menghayati konsep tauhid yang sangat jelas dan mudah iaitu seluruh amalan mestilah kerana Allah Taala semata-mata, sehinggalah kepada persoalan mati dan hidup itu sendiri. Malah permulaan solat adalah bermula dengan pengakuan terbuka terhadap keagungan Allah Taala melalui takbiratulihram (ALLAH AKBAR). Kemudian diikuti dengan seluruh amalan yang bersifat pengabdian diri kepada Allah taala secara mutlak dan menyeluruh seperti bacaan tasbih, tahmid, takbir, doa dan bacaan al-Quran. Sebab itu Rasulullah SAW menyatakan tidak ada dalam solat itu sebarang percakapan manusia. Yang ada semuanya percakapan (kalam) Allah yang berbentuk takbir, tasbih, dan bacaan al-Quran. Pendidikan Tauhid yang diterapkan secara zahir di dalam sembahyang pula berlaku melalui sujud yang dianggap sebagai kemuncak kepada ketundukan seorang insan kepada penciptanya, di mana Allah Taala mengiktiraf bahawa itulah masa yang paling hampir seorang hamba dengan Dirinya. Ibn Farhun5 (seorang Ulama dari Mazhab Maliki) menyimpulkan bahawa matlamat utama ibadat (termasuk solat, puasa, dll) ialah meleburkan keangkuhan manusia berdepan dengan keagungan Allah Taala dan memimpin nafsu untuk tunduk kepada pencipta sebagaimana yang digambarkan dengan perbuatan ruku’, sujud dan sebagainya. Inilah yang dimaksudkan dengan pendidikan tauhid. 2.
Solat dan pendidikan jiwa dan perasaan (kebersihan jiwa)
Dengan pancaran tauhid dan iman yang dilahirkan oleh pendidikan solat, maka akan terbentuklah satu lagi pendidikan dalam diri manusia yang akan menghidupkan penghayatan tauhid tadi, iaitu pembersihan hati dan jiwa. Rasulullah SAW mengajar kita bahawa solat itu adalah satu cahaya, iaitu sinar cahaya yang dapat memberikan suluhan petunjuk, atau solat dapat membersihkan jiwa seseorang daripada unsur-unsur tidak baik sebagaimana yang dinyatakan oleh Rasulullah SAW bahawa di antara 4 5
Al-Ghazzali. (t.t). al-Mustasfa min `Ilm al-Usul. Beirut: Dar al-Kutub al-`Ilmiyah, h. 287 Ibn Farhun. (t.t). Tabsirah al-Hukkam, Beirut: Dar al-Fikr, jld. 2, h. 105
381
kelima-lima solat yang didirikan dan di antara dua solat jumaat itu akan menghapuskan dosa seseorang. Selain daripada itu, penghayatan solat akan menghindarkan seseorang daripada perkara keji dan mungkar. Hal ini sudah tentu melahirkan kejernihan jiwa dan ketenangan, kerana orang yang terlepas dan terselamat daripada gejala maksiat mendapat tahap ketenangan yang tinggi. Bagi menjelaskan lagi maksud pendidikan ini, Rasulullah SAW membawa satu perumpamaan tentang konsep pembersihan yang dibawa oleh solat. Rasulullah SAW bertanya adakah masih ada kotoran sekiranya kamu mandi lima kali sehari di sungai yang berada di hadapan rumah kamu. Jawapannya pastilah kita akan bersih daripada segala kotoran. Maka kata baginda, begitulah juga solat lima waktu akan menyucikan kotoran dalaman yang ada pada kamu. 3.
Solat dan pendidikan etika dan disiplin
Solat dapat membentuk disiplin dan etika yang mulia seperti menjauhi perkara keji, mungkar atau maksiat sebagaimana yang dinyatakan oleh Allah Taala bahawa amalan solat dapat menghalang seseorang daripada perkara fahsya’ dan mungkar. Disiplin masa juga merupakan pendidikan yang pokok melalui amalan solat sebagaimana firman Allah Taala : ْ ْ ْ ْ ﴾١١١﴿ كِ ِرينٟذل ب ت يذ ِه َٟار و ُزلَ ًۭفا ِّمن ٱلّ َ ْي ِل ۚ ِإ ّ َن ٱلحسن وأ ِقم ٱلصل ٰوة طرَف ٱلّن ِ ٱلس ِ ّي ٔـ َ ّ ِك ِذكر ٰى ل ِ ِلَٟات ۚ ذ َ َ َ ّ َ ُ َ ِ َ َّ ِ َ َ َ َ َ َّ ِ َ َ َ َ َ َ َ Maksudnya: Dan Dirikanlah sembahyang itu pada kedua tepi siang (pagi dan petang) dan pada bahagian permulaan daripada malam. Sesungguhnya perbuatan-perbuatan yang baik itu menghapuskan (dosa) perbuatan-perbuatan yang buruk. Itulah peringatan bagi orang-orang yang ingat. (Surah Hud : 114) 4.
Solat dan pendidikan kesihatan
Islam menetapkan bahawa tidak sah solat tanpa berwudu’ terlebih dahulu sebagaimana yang dinyatakan al-Quran dan dihuraikan oleh Rasulullah SAW Rasulullah SAW telah menerangkan bahawa tidak diterima solat tanpa bersuci (wudu’). Kebersihan jasmani yang diterapkan oleh solat melalui kewajipan berwudu’ merupakan asas yang penting dalam pendidikan kesihatan. Malah dalam kontek solat ini, kesempurnaan solat (sah solat) memerlukan kepada penyucian rohani dengan cara niat mengangkat hadath kecil dan hadath besar. Ini bermakna solat tidak diterima sekiranya dalam keadaan berhadath kecil atau besar walaupun tubuh badan telah dibersihkan dengan baik. Selain daripada itu, kajian moden telah membuktikan bagaimana setiap perbuatan dalam solat dapat meningkat tahap kesihatan badan manusia dari segi jantung, saraf otak, tulang belakang dan sebagainya. 5.
Solat & Pendidikan Siasah dan Kemasyarakatan (Keselamatan awam, Kepimpinan Berkualiti, Persaudaraan dan Perpaduan)
Pendidikan siasah dan kemasyarakatan dalam solat bermaksud, sistem pelaksanaan solat dapat mendidik amalan persaudaraan dan perpaduan umat apabila dilaksanakan secara berjamaah. Solat jamaah dapat mendidik penghayatan kepimpinan Islam yang berkualiti, di mana tidak boleh dilantik sebarang imam tanpa memenuhi kelayakan yang tertentu sehingga boleh membatalkan solat para makmum. Bermula dengan amalan berjamaah dalam urusan ibadat khusus inilah dapat melahirkan semangat kesatuan dan tolong menolong sesama anggota masyarakat, hormat menghormati dan dapat menjaga keharmonian bermasyarakat, kerana solat jamaah mengajar amalan membetul/meluruskan saf, kesamarataan tanpa mengira pangkat dan darjat.
382
6.
Solat & Pendidikan motivasi (Kecemerlangan)
Pendidikan motivasi kecemerlangan amat terserlah dalam solat apabila Allah Taala menjanjikan kejayaan dan kecemerlangan kepada solat yang benar-benar berkualiti, ditunaikan sepenuh hati (fokus). Kejayaan tersebut meliputi kecemerlangan dunia dan akhirat. Sebab itu orang yang benarbenar menghayati solatnya (wajib dan sunat) adalah orang yang cemerlang sebagaimana firman Allah Taala: ْ ْ ْ ْ ْ ٱّلين ُهْ َف صَل ِِت َ ّ ﴾٢﴿ ِش ُعونٟخ م ﴾ ١ ﴿ ون ن م ؤ م ٱل ح ل ِ ِ َ ِ ُ َ َ ِ ُ َ َقد أَف َ َ ُ َ َ Maksudnya: Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman. Yaitu orang-orang yang khusyu' dalam sembahyangnya. (Surah al-Mu’minun: 1-2) Rasulullah SAW pernah mengarahkan seorang sahabat yang tidak melaksanakan solat dengan sempurna supaya mengulangi solatnya beberapa kali sehinggalah Rasulullah SAW menunjukkan cara yang sebenarnya, di mana Rasulullah SAW memberikan penekanan kepada aspek tama’ninah. Walaupun perkara itu nampak mudah, tetapi solat yang sebenarnya menuntut penghayatan yang sempurna. Inilah unsur pendidikan kecemerlangan yang dibawa oleh solat itu sendiri. Berdasarkan kedudukan dan peranan solat dalam aspek pendidikan manusia itu, maka saya ingin mencadangkan kepada pihak Kementerian Pelajaran Malaysia untuk menjadikan Pendidikan Solat sebagai satu matapelajaran wajib yang diajar di dalam kelas, bukan setakat menjadi kokurikulum, topik ceramah, forum, kursus atau bengkel semata-mata. Pendekatan ini akan dapat menghidupkan penghayatan solat secara langsung apabila kefahaman pelajar benar-benar mendalam tentang solat dan kehebatannya dalam membangunkan manusia dan masyarakat. Matapelajaran Pendidikan Solat tadi akan menjadi satu matapelajaran yang hidup dan berkembang apabila digabungkan dengan aktiviti penyelidikan dan kajian kemasyarakatan semasa. Keempat : Menjadikan masjid sebagai pusat aktiviti Menghidupkan masjid sebagai nadi kegiatan masyarakat akan menambahkan nilai perhubungan masyarakat dengan masjid, seterusnya dapat mengikis tanggapan negatif terhadap masjid sebagai tempat yang asing bagi setengah anggota masyarakat. Sebaliknya akan melahirkan perasaan suka dan ceria terhadap masjid. Sebenarnya peranan masjid dalam pembangunan umat Islam adalah perkara yang telah termaktub di dalam al-Quran dan al-Sunnah dengan jelas sekali di mana pelaksanaannya telah ditunjukkan dengan begitu berkesan oleh Nabi Muhammad SAW yang memimpin Kerajaan Islam. Namun begitu peranan tersebut telah diabaikan oleh umat Islam dalam Kerajaan mereka terutamanya di zaman selepas penjajahan menyebabkan masjid hanya tertumpu sebagai pusat ibadat solat. Oleh itu peranan masjid sebagai pusat pendidikan kanak-kanak dan remaja perlu dihidupkan sepenuhnya melalui aktiviti-aktiviti yang membina seperti kursus amali solat, kemahiran ibadat dan sebagainya. Dengan kedudukan masjid yang sangat mulia, suci dan penuh keberkatan, sudah tentu ia dapat melahirkan sesuatu yang terbaik apabila program pembangunan kanak-kanak dijalankan di masjid dan persekitarannya. Syeikh Muhammad Nur bin Abdul Hafiz Suwaid telah menyokong kuat usaha mentarbiyyah anak-anak di masjid kerana ia selaras dengan ajaran Rasulullah SAW dan dapat melahirkan generasi baru yang berkualiti6. Lihat saja kepada penjelasan Rasulullah SAW yang menyatakan bahawa solat di masjid berjamaah sangat besar pahalanya sebanyak 25 kali ganda, setiap langkah ke masjid akan diangkat satu kemuliaan serta dihapuskan satu dosa, para malaikat terus menerus mengucap salam dan doa kepada mereka yang berada dalam masjid selagi tidak berhadath dengan katanya: Ya Allah rahmatilah mereka itu, kasihanilah mereka itu berulang-ulang kali tanpa henti, malah masa menunggu untuk solat yang seterusnya itu pun dicatitkan pahala solat itu sendiri. 6
Muhammad Nur Bin Abdul Hafiz Suwaid. (1922). Manhaj al-Tarbiyyah al-Nabawiyyah li al-Tifl. al-Kuwait: Maktabah al-Manar, h. 131-134
383
Manakala Imam Muslim pula telah meriwayatkan daripada Abi Hurairah (R) kelebihan orang ramai yang berhimpun di masjid kerana membaca al-Quran dan bertadarus al-Quran sebagai kumpulan yang mendapat ketenangan dan rahmat secara langsung daripada Allah, dipayungi oleh para Malaikat dan nama mereka tercatit di sisi Allah bersama orang yang mulia7. Malah satu kesilapan besar Umat Islam meninggalkan masjid sebagai pusat pendidikan kanakkanak dan remaja kerana hilangnya dua unsur yang sangat penting dalam dunia pendidikan iaitu ketakwaan dan pembersihan jiwa/diri yang dinyatakan oleh Allah dalam firmanNya: ْ ْ َل تق ْم فيه أب ۭدا ۚ لم ْسج ٌد أسس عَل ٱلت ْقو ٰى م ب ٱل ُمطّ َِّه ِرين ن أول ي ْوم أحق أن تقوم فيه ۚ فيه رجال يحب َ ّ وا ۚ َو ۟ ون أَن َي َتطَ ّ َه ُر ُ ّ ٱ﵀ ُي ُ ِح َ ُ ّ ِ ُ ۭ َ ِ ِ ِ ِ ِ َ ُ َ َ ُ ّ َ َ ٍ َ ِ َّ َ ِ َ َّ َ َ َ ِّ ُ ِ َ َّ َ َ ِ ِ ُ َ َ َ ﴾١٠١﴿ Maksudnya: Janganlah kamu bersembahyang dalam masjid itu selama-lamanya. Sesungguhnya masjid yang didirikan atas dasar taqwa (masjid Quba), sejak hari pertama adalah lebih patut kamu solat di dalamnya. Di dalam masjid itu ada orang-orang yang ingin membersihkan diri. Dan sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bersih. (surah al-Taubat: 108) Matlamat akhir kepada pendidikan di masjid ialah untuk melahirkan ahli jamaah yang aktif menghidup dan membangunkan masjid melalui kerja amal, menjaga kebersihan dan keselamatan masjid serta keceriaannya, membantu aktiviti, mengajak orang ramai mengimarahkan masjid dan sebagainya. Kelima: Pendidikan berterusan (peningkatan dan pemantauan) Potensi dan kekuatan yang ada dalam diri seseorang tidak dapat berkembang dengan baik dan tidak meningkat jika asuhan dibuat sekali sekala atau jarang-jarang. Dalam pendidikan yang sebenar, latihan dan asuhan perlu dilakukan secara berterusan (meliputi peringkat peningkatan dan pemantauan). Sebab itu Rasulullah SAW mengajar supaya ibu bapa mengambil tindakan yang lebih tegas jika anak tidak menunaikan solat ketika berumur 10 tahun. Apa yang dapat difahami ialah didikan solat tersebut telah berjalan semenjak umur tujuh tahun secara berterusan sebagaimana yang diarahkan oleh Rasulullah SAW. Selepas tiga tahun proses asuhan berjalan, jika anak tersebut masih mengabaikan solat, maka Rasulullah SAW mengarahkan supaya tindakan tegas (pukul sebagai pengajaran) perlu dilakukan. Kemudian disusuli dengan hukuman yang lebih keras. Ini jelas menunjukkan proses penerusan dan pemantauan dalam penghayatan solat merupakan asas yang kukuh dalam aspek tarbiyyah. Keenam: Didikan dan bimbingan secara langsung dan amali Satu aspek pendidikan yang penting ialah bimbingan hendaklah dilakukan secara langsung dan berbentuk amali. Para guru akan memimpin muridnya ke jalan yang betul. Contohnya dalam kontek solat, guru akan bertindak sebagai pembimbing secara langsung melalui contoh tauladan dan tunjuk ajar secara terus di masjid, surau dan sebagainya. Ini bermaksud, guru bukanlah bertindak sebagai penyampai maklumat semata-mata, kemudian meninggalkan muridnya melaksanakan ajaran secara bersendirian. Di sinilah banyak berlaku kegagalan. Rasulullah SAW menunjukkan contoh yang terbaik dalam pendidikan ini apabila Baginda menyatakan, solatlah kamu sebagaimana kamu lihat aku bersolat. Rasulullah SAW bergaul dengan sahabatnya dan memimpin mereka secara langsung dengan jiwanya, perasaanya, hatinya nuraninya, wajahnya dan jasadnya. Baginda sama-sama merasai apa yang dihadapi oleh sahabatnya. Inilah unsur kekuatan pendidikan yang dibawa dalam kepimpinan Rasulullah SAW.
7
Syeikh Abdullah Nasih Ulwan mencadangkan supaya diwujudkan kerjasama erat antara tiga institusi penting dalam masyarakat iaitu masjid, rumah dan sekolah bagi melahirkan kesepaduan masyarakat Islam. Lihat kitab Tarbiyyah al-Awlad. (1976). Kaherah: Dar al-Salam, jld 2, h. 938-942
384
Ketujuh: Didikan dan bimbingan daripada guru-guru berkualiti Rasulullah SAW selalu berpesan supaya berguru dengan para ulama yang baik kerana para ulama adalah orang yang dapat memberikan bimbingan yang betul. Orang yang tidak berguru sebenarnya berguru kepada syaitan. Al-Hasan berkata: Jika tanpa ulama nescaya manusia akan jadi seperti binatang8. Rasulullah SAW telah melahirkan ramai para sahabat yang mendalam pengetahuan Islam dan tinggi kemahiran dakwah mereka bagi meneruskan misi perjuangan Islam. Golongan ulama adalah orang yang telah diakui oleh Allah Taala sebagai paling takut kepadaNya, kerana ulama adalah orang paling mengerti tentang kebesaran dan keagungan Allah Taala sebagaimana firman Allah Taala : ْ ٌ ْ ْ ْ ْ ك إنما ي ْخشى ٱ﵀ م ٌ ؤاۗ إن ٱ﵀ عزٟن عباده ٱلْعلم ٌ يز غًف ﴾٢١﴿ ور ۗ ل ٟ ذ ك ۥ ه نٟ و ل أ ف ل ت خ م م ٟ ع ن ومن ٱلناس وٱدلوٓاب وٱْل ِ ِ ِ ِ ِ ِ َ ِ َ َ َّ َّ ِ ُ َ َ ُ ُ َ َ َ َ َّ ِ َ َ َ ُ ُ َ َ ُ ِ َ َ َ ِّ َ َ ّ َ ِ َ ّ َ ِ َ َ َّ َ Maksudnya: Dan demikian (pula) di antara manusia, binatang-binatang melata dan binatangbinatang ternak ada yang bermacam-macam warnanya (dan jenisnya). Sesungguhnya yang takut kepada Allah di antara hamba-hamba-Nya, hanyalah ulama. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Pengampun. (Surah Fatir: 28) Kelapan: Menggunakan metode/cara yang menarik Rasulullah SAW telah menggunakan pelbagai pendekatan yang sangat menarik dalam menjayakan matlamat penghayatan solat. Di antara yang banyak digunakan ialah memberikan insentif dan penghargaan yang tinggi kepada orang yang menunaikan solat dengan sempurna. Tawaran istimewa ini (ganjaran pahala, syurga dan kemuliaan ) menjadi daya dan pendorong kepada sahabat Baginda untuk meningkatkan penghayatan solat dan sebagainya, kerana sudah menjadi naluri manusia akan merasa selesa, ceria dan gembira dengan penghargaan yang diberikan kepada mereka. Ini adalah satu aspek pendidikan yang sangat mendalam. Untuk menjayakan matlamat pendidikan kanak-kanak dan remaja, ia perlu menggunakan pendekatan yang serasi dengan sifat-sifat yang ada dalam diri mereka. Proses pendidikan adalah satu cara yang sangat mudah difahami dan paling berkesan untuk menjayakan misi pembangunan anakanak, kerana ia menyuburkan potensi diri seorang manusia dan meningkatkan segala asas kekuatan yang sudah dibekalkan oleh Allah Taala. Ia akan melalui proses memberi faham, mengasuh, membimbing, memimpin, meningkatkan daya dan kemampuan, menyuburkan unsur positif dan mengawal atau memandu unsur nafsu. Inilah yang telah digunakan oleh Rasulullah SAW dalam menjayakan matlamat penghayatan solat. Kesembilan : Sokongan padu persekitaran (Ibu bapa, masyarakat dan institusi seperti masjid) Peranan persekitaran merupakan faktor penting dalam penghayatan solat. Hal ini telah diperingatkan oleh Rasulullah SAW ketika Baginda menyatakan bahawa pengaruh ibu bapa kepada anak-anak akan menyebabkan anak-anak menganut ajaran Yahudi atau Nasrani atau Majusi. Ibu bapa adalah persekitaran yang paling hampir dengan anak-anak. Arus yang ada dalam masyarakat perlu membantu menjayakan matlamat penghayatan solat, terutamanya di zaman moden ini terdapat banyak daya tarikan luar yang memesongkan anak-anak daripada solat, seperti pengaruh siaran television, ICT, gejala dadah dan pergaulan bebas, telefon bimbit dan sebagainya. Ciri-ciri keibubapaan perlu ditingkatkan sebagai daya tarikan kepada remaja. Begitu juga penghayatan ukhuwwah Islamiyyah perlu diterapkan sepenuhnya dalam kehidupan bermasyarakat, iaitu dengan menganggap generasi muda sebagai sebahagian daripada ahli keluarga kita dari segi tanggungjawab dan sebagainya. Inilah yang dilakukan oleh Rasululallah SAW. Malah tidak diragukan
8
al-Maqdasi (t.t). Mukhtasar Minhaj al-Qasidin, Beirut: Dar al-Ma’rifah, h. 12
385
lagi bahawa kedudukan institusi masjid telah digunakan sepenuhnya oleh Baginda SAW untuk memperkasakan penghayatan solat. Untuk itu anak-anak akan diletakkan di hadapan para ibu bapa ketika program sedang berjalan di masjid sebagai satu syiar menghargai golongan anak-anak dan melindungi mereka daripada unsurunsur tidak baik. Dalam masyarakat Islam, kanak-kanak dan wanita adalah dua golongan yang diberikan perlindungan istimewa oleh Islam melalui pelbagai peraturan bagi menjaga keselamatan mereka, kerana kedudukan mereka yang sangat penting dan sensitif terhadap keutuhan umat Islam dan Agama Islam itu sendiri. Kesepuluh : Silabus pendidikan kanak-kanak dan remaja masjid Untuk itu anak-anak hendaklah diberikan tarbiyyah yang cukup dalam aspek-aspek berikut9: 1. Menanam dan menyuburkan iman dalam jiwa anak-anak, khususnya keimanan kepada Allah Taala, Malaikat, Kitab-kitab, Rasul-rasul dan Hari akhirat. Beriman dengan konsep dosa, pahala, syurga dan kenikmatannya, neraka dan kesengsaraannya 2. Merapatkan hubungan anak-anak dengan al-Quran melalui pembacaan dan hafazan. 3. Memperkenalkan anak-anak dengan Nabi Muhammad SAW, para Rasul dan tokoh-tokoh Islam yang terkenal seperti sahabat Nabi dan Tabi’en. 4. Menonjolkan kedudukan al-Quran dan al-Sunnah sebagai sumber rujukan hukum dan amalan hidup. 5. Memperkenalkan beberapa kewajipan ibadat khususi dengan penekanan kepada menghidupkan syiar solat jamaah di masjid, surau-surau dan sebagainya 6. Mendidik anak-anak dengan pelbagai adab keislaman yang mulia yang disebut sebagai akhlak mulia dan terpuji terutamanya melalui contoh tauladan dalam mengutamakan penghayatan roh beragama yang tinggi. Pelbagai contoh dan kisah tauladan perlu didedahkan kepada anak-anak. 7. Memperkenalkan anak-anak kepada keunggulan Islam dalam aspek keadilan, kemasyarakatan dan kebajikan dengan menekankan secara amali aktiviti kemasyarakatan yang berguna dan berfaedah. 8. Menyekat penglibatan anak-anak dengan perkara haram dan melalaikan dengan menyediakan ruang yang sesuai untuk mereka dalam aspek permainan, sukan dan sebagainya yang menepati kehendak Islam. 9. Menarik perhatian anak-anak kepada alam ciptaan Allah dan keindahannya bagi melahirkan keinsafan tentang keagungan dan kehebatan Allah Taala. Sebab itu pengajian ilmu Sains Islam juga ditekankan. 10. Memberikan perhatian serius kepada aspek pembentukan budipekerti dan penghayatan akhlak secara langsung melalui pergaulan harian dengan guru dan anggota masyarakat.
Modul Cadangan (Ringkasan) Nama Kursus: Kursus Penghayatan Solat & Pembinaan Sahsiah (Kanak-kanak & Remaja) Objektif Kursus: 1. 2. 3. 4. 5.
Meningkatkan minat kepada solat/solat jamaah Membetulkan kaifiyat solat. Memberi kefahaman asas dan Mendidik keperibadian mulia. Mendekatkan remaja kepada masjid dan kelas pengajian agama Menjadikan kanak-kanak dan remaja ahli masjid yang aktif
Tempat Kursus: Masjid atau Surau 9
Muhammad Abdul Kadir Ahmad. (1985). Turuq Ta’lim al-Tarbiyyah al-Islamiyyah. Kaherah: Maktabah alNahdhah al-Misriyyah, h. 232 -233
386
Masa/hari Kursus: (Secara Mingguan) Jam 2.30 Petang Hingga 5 Petang Setiap hari Jumaat/Sabtu. Peserta Kursus: Anak-anak penduduk tempatan dan sekitarnya yang berumur 7 tahun dan ke atas Tempoh Kursus Kursus dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu peringkat Asas, Kedua dan Tinggi. Setiap peringkat akan mengambil masa selama tidak kurang dari setahun Kandungan Kursus/Skima Penilaian: Meliputi beberapat aspek utama seperti berikut: 1. Kaifiyyat Solat dan bacaan seperti bacaan al-Fatihah, niat, tahiyyat, qunut dan sebagainya 2. Kefahaman asas seperti maksud tauhid, ibadat, dua kalimah syahadat, Nabi dan Rasul dan lain-lain 3. Penghayatan adab/ajaran Islam seperti solat lima waktu, azan, adab majlis, adab dalam masjid, amalan doa, etika pakaian, adab dengan guru dan ibu bapa, sifat amanah dan sebagainya. 4. Langkah susulan dan strategi tambahan akan dilakukan dari masa ke semasa mengikut keperluan kursus seperti rombakan kumpulan mengikut merit pencapaian peserta, melatih peserta yang cemerlang untuk menjadi fasilitator pelatih, melatih bakat kepimpinan dengan melantik ketuaketua kumpulan, mengadakan siri pertandingan dan peraduan, sukaneka Islam, penggunaan buku tulis dan latihan menulis, menyediakan skim bantuan tertentu, mengadakan siri lawatan dan sebagainya Pendekatan Kursus: Secara Amali/praktikal di bawah bimbingan fasilitator yang mengendalikan latihan/bimbingan dalam kumpulan kecil. Kaedah hafazan juga digunakan. Bahan Kursus: Peserta dibekalkan dengan bahan asas kursus seperti buku yang menerangkan cara menunaikan solat, bacaan dalam solat, doa-doa dan sebagainya. Kursus dibantu dengan penggunaan alat-alat pandang dengar yang sesuai seperti LCD, video dan lain-lain. Tenaga pengajar/fasilitator: Beberapa orang fasilitator lelaki dan perempuan terlibat dalam mengendalikan bengkel latihan dan bimbingan tersebut. Penutup Terlalu banyak persoalan yang berkaitan dengan pendidikan kanak-kanak dan remaja yang perlu ditangani dengan segera oleh institusi masjid. Namun begitu tidak banyak institusi masjid yang mampu melaksanakan tanggungjawab yang besar ini kerana pelbagai kelemahan yang dihadapi oleh institusi masjid sendiri seperti kekurangan dana, kelemahan pengurusan dan pentadbiran, kelemahan kepimpinan dan pengurus dan sebagainya. Oleh itu, langkah mengatasi kekurangan yang ada dalam institusi masjid perlu disegerakan dengan serius untuk membolehkan masjid memikul tanggungjawab pendidikan kanak-kanak dan remaja. Sejuahmana kuat dan hebatnya institusi masjid dapat diukur kepada setakat mana hebat dan kuatnya masyarakat Islam sekarang. Kalau umat Islam dan para remajanya masih terbelenggu dengan pelbagai krisis keruntuhan, maka itulah gambaran sebenarnya kedudukan institusi masjid kita. Kita perlu menerima hakikat ini untuk berubah dengan segera.
387