SYARAT DAN PERATURAN PERTANDINGAN DEBAT ANTARA SEKOLAH MALAYSIA KALI KE-10 2011 Anjuran JABATAN KOMUNIKASI DAN PENGEMBANGAN PENGUCAPAN (SPICE), UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA (UIAM) Dengan Kerjasama KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA ______________________________________________________________________ 1.
2.
3.
AM 1.1
Peraturan ini diterima pakai untuk Pertandingan Debat Antara Sekolahsekolah Menengah Malaysia 2011 anjuran Jabatan Komunikasi dan Pengembangan Pengucapan (SPICE), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia
1.2
Tafsiran peraturan ini adalah hak mutlak Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan. Keputusan Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan adalah muktamad.
1.3
Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan mempunyai hak untuk meminda sebarang peraturan sebelum permulaan pertandingan sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh Jawatankuasa.
TAFSIRAN 2.1
‘Ketua Hakim’ dan ‘Panel Hakim’ bermaksud individu yang dilantik oleh pihak penganjur untuk memegang jawatan-jawatan tersebut.
2.2
‘Sekolah’ bermaksud semua sekolah menengah di Malaysia.
2.3
Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan adalah individu yang dilantik oleh pihak penganjur.
STRUKTUR KEJOHANAN Kejohanan ini dijalankan dalam kategori Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, dan Bahasa Arab.
4.
PENYERTAAN Setiap sekolah boleh menghantar tidak lebih daripada satu (1) pasukan untuk kategori Bahasa Melayu, tidak lebih daripada satu (1) pasukan untuk kategori Bahasa Inggeris, dan tidak lebih daripada satu (1) pasukan untuk kategori Bahasa Arab.
5.
KELAYAKAN 5.1
Untuk layak memasuki pertandingan debat ini, peserta mestilah terdiri daripada pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 sekolah yang
diwakili. Semua anggota pasukan mestilah terdiri daripada pelajar sekolah yang sama. Pengesahan bahawa mereka adalah pelajar sekolah berkenaan hendaklah dibuat oleh pihak sekolah. 5.2 6.
Peserta hanya boleh berdebat untuk pasukan yang mendaftarkannya sahaja.
SISTEM PERTANDINGAN 6.1
Pertandingan ini akan menggunakan kaedah sistem ‘power match berkumpulan’ (kaedah ‘Swiss Bracket’) untuk pusingan awal. Sistem ini akan digunakan untuk menentukan pasukan yang akan berlawan dan juga peranan mereka (kerajaan / pembangkang).
6.2
Penentuan perlawanan untuk perdebatan yang pertama akan dilakukan oleh komputer secara rawak. Selepas perdebatan yang pertama, setiap pasukan akan ditentukan kedudukan mereka. Penentuan perlawanan untuk perdebatan yang kedua akan ditentukan mengikut kedudukan pasukan selepas pusingan pertama. Kriteria-kriteria yang akan diambil kira untuk menentukan kedudukan pasukan adalah seperti yang berikut: a) b) c) d)
menang / kalah juri (jika sesuai) margin markah
6.3
Penentuan peranan (kerajaan / pembangkang) untuk perdebatan pertama akan ditentukan secara undian atau melalui komputer.
6.4
Penentuan peranan (kerajaan / pembangkang) untuk perdebatan yang seterusnya akan ditentukan mengikut peranan setiap pasukan dalam perdebatan sebelumnya. Selalunya penentuan pasukan adalah berdasarkan kepada jumlah sesebuah pasukan itu menjadi kerajaan atau pembangkang.
6.5
Penentuan peranan (kerajaan / pembangkang) untuk perdebatan bagi pusingan ‘double-octo final’, pusingan ‘octo-final’, pusingan suku akhir, pusingan separuh akhir dan pusingan akhir adalah berdasarkan undian atau lambungan duit syiling di hadapan ketua pasukan masing-masing.
6.6
Kedudukan pasukan akan ditentukan selepas selesai enam (6) pusingan awal. Ini adalah untuk menentukan pasukan yang layak ke pusingan seterusnya. Kedudukan pasukan ditentukan mengikut kriteria berikut: a) b) c)
menang / kalah juri (jika sesuai) margin
d)
7.
8.
markah
6.7
Lapan (8) pasukan teratas akan layak secara automatik ke pusingan ‘octo-final’.
6.8
Pasukan di tempat ke-9 hingga tempat ke-24 akan mara ke pusingan ‘double-octo final’. Pemenang pusingan ‘double-octo final’ akan mara ke pusingan ‘octo-final’ untuk bertemu dengan 8 pasukan teratas. (Sila rujuk Lampiran 1)
6.9
Pertandingan pusingan 'double-octo final’, ‘octo-final’, suku akhir, separuh akhir dan akhir akan dijalankan mengikut sistem kalah mati.
MASA PERSEDIAAN 7.1
Usul perdebatan akan dimaklumkan 30 minit sebelum permulaan perdebatan. Sebarang masa perjalanan ke tempat perdebatan adalah termasuk dalam 30 minit berkenaan. Semua pasukan adalah diharapkan dapat menepati waktu.
7.2
Mana-mana pasukan yang gagal menghadiri perdebatan selepas lima belas minit (15 minit) dari masa permulaan perdebatan akan dikira kalah.
STRUKTUR DEBAT 8.1
Perdebatan dijalankan dalam Bahasa Melayu mengikut gaya Perdebatan ala-Parlimen Malaysia.
8.2
Setiap pusingan debat mempunyai dua pasukan iaitu pasukan kerajaan (pencadang) dan pembangkang. Setiap pasukan terdiri daripada tiga orang pendebat dan seorang pendebat simpanan (jika ada).
8.3
Pasukan Kerajaan terdiri daripada Perdana Menteri dan dua orang anggota kerajaan manakala pasukan Pembangkang terdiri daripada Ketua Pembangkang dan dua orang anggota pembangkang.
8.4
Setiap pendebat perlu menyampaikan ucapan substantif. Ucapan gulungan bagi pihak Kerajaan dan Pembangkang boleh disampaikan sama ada oleh pendebat pertama atau kedua dari pihak masing-masing.
8.5
Had waktu dan susunan ucapan bagi setiap peserta adalah seperti berikut: Ucapan Substantif: Perdana Menteri / pencadang pertama
7 minit
Ketua Pembangkang / pembangkang pertama
7 minit
Anggota Pertama Kerajaan / pencadang kedua
7 minit
Anggota Pertama Pembangkang /pembangkang kedua
7 minit
Anggota Kedua Kerajaan / pencadang ketiga
7 minit
Anggota Kedua Pembangkang / pembangkang ketiga
7 minit 42 minit
Ucapan Gulungan: Gulungan Pembangkang
4 minit
Gulungan Kerajaan
4 minit Keseluruhan
9.
10.
50 minit
8.6
Untuk setiap ucapan substantif, loceng akan dibunyikan sekali selepas seminit masa berlalu bagi menandakan pasukan lawan sudah boleh melakukan celahan/meminta penjelasan, dan sekali lagi pada permulaan minit terakhir bagi menandakan masa untuk membuat celahan sudah tamat. Loceng akan dibunyikan dua kali apabila masa tamat.
8.7
Untuk ucapan gulungan, loceng akan dibunyikan sekali pada permulaan minit terakhir dan dua kali apabila masa tamat.
8.8
Pendebat yang melebihi had masa lebih daripada 30 saat akan diberi amaran oleh Yang DiPertua Dewan (Speaker). Pendebat akan diminta menamatkan ucapan dan boleh dikenakan penalti.
PERANAN SETIAP PASUKAN 9.1
Peranan pihak Kerajaan adalah untuk menyokong usul. Mereka perlu mendefinisikan usul, memberi hujahan/kes yang menyokong usul dan membidas sebarang cabaran yang dibuat oleh pihak Pembangkang terhadap usul mereka.
9.2
Peranan Pihak Pembangkang adalah untuk membangkang usul. Mereka perlu menjawab definisi Kerajaan (jika perlu) membina hujahan/kes bangkangan terhadap usul dan membidas hujahan yang dikemukakan oleh pihak Kerajaan.
PENGHAKIMAN 10.1
Seboleh-bolehnya, setiap perdebatan akan dihakimi oleh satu panel hakim. Bilangan ahli panel mestilah ganjil.
10.2
Pada pusingan awal, seorang hakim akan bertindak sebagai Yang DiPertua Dewan dan akan digelar sebagai Tuan Yang DiPertua. Dalam
pusingan ‘double-octo final’, ‘octo-final’, suku akhir, separuh akhir dan akhir, Yang DiPertua tidak semestinya dilantik dari kalangan hakim.
11.
10.3
Yang DiPertua Dewan bertanggungjawab menjemput pendebat berucap, menjaga ketertiban majlis dan tertakluk kepada peraturan ini, membuat keputusan tentang sebarang aspek tatacara dan prosedur perdebatan yang mungkin dipertikaikan.
10.4
Para Hakim mestilah: a.
Mencapai keputusan dibenarkan.
menang/kalah,
keputusan
seri
tidak
b.
Tidak menyampuk atau membuat sebaran komen semasa perdebatan berjalan.
10.5
Ketua Hakim mesti mengisytiharkan keputusan kepada pasukan yang bertanding dan memberi alasan terhadap keputusan yang dicapai oleh panel dalam komentar yang tidak melebihi 10 minit.
10.6
Ahli-ahli panel tidak boleh berbincang dan mesti mencapai keputusan dengan sendiri.
10.7
Jika tiada keputusan secara sebulat suara dapat dicapai, maka keputusan majoriti akan diterima pakai. Pindaan terhadap sebarang keputusan tidak akan dibenarkan selepas penyerahan undi.
10.8
Hakim hendaklah berlaku adil dalam menilai fakta. Hujahan yang disampaikan harus diterima seadanya selagi ia tidak dibuktikan sebaliknya oleh pihak lawan.
10.9
Keputusan hakim adalah muktamad.
PEMARKAHAN 11.1
Setiap ucapan substantif akan diberikan markah maksimum 100 berdasarkan kepada: Isi Gaya/Penyampaian Tatacara
40 markah 40 markah 20 markah
11.2
Isi akan diadili dari segi kesesuaian dengan usul perdebatan, pengembangan dan penjelasan hujah, fakta dan contoh yang digunakan serta bidasan yang berkesan terhadap hujahan pihak lawan.
11.3
Tatacara akan diadili dari segi: a.
Keberkesanan penyusunan dan struktur ucapan pendebat.
b. c. d.
12.
Keberkesanan penyusunan dan struktur kes sesuatu pasukan secara keseluruhan. Kesinambungan hujah/fakta. Kerja sepasukan.
11.4
Gaya penyampaian akan diadili dari segi kesesuaian dan keberkesanan gaya penyampaian hujahan. Penyampaian yang mempunyai nilai bujukan yang tinggi serta dapat menarik perhatian penonton akan dipandang positif oleh hakim (dengan syarat ia membantu hujahan).
11.5
Ucapan gulungan akan diberikan markah maksimum 50 berdasarkan nisbah pemarkahan ucapan substantif seperti yang disebut diatas.
11.6
Kriteria utama pemarkahan adalah nilai hujahan (isi) yang diberikan iaitu sejauh mana hujahan itu relevan kepada tajuk perdebatan serta nilai bujukannya yang meyakinkan dan memberi sokongan terhadap usul yang diperdebatkan.
11.7
Penggunaan bahan bantuan luar (buku, carta, majalah dan lain-lain) semasa perdebatan berlangsung adalah dilarang sama sekali.
11.8
Semua peserta hendaklah berkelakuan dengan tertib dan penuh sopan semasa pertandingan.
FAKTA BARU Tiada sebarang ‘fakta baru’ dibenarkan bagi disampaikan dalam ucapan substantif pendebat ketiga dan ucapan gulungan mana-mana pasukan. Contoh baru adalah bukan fakta baru. Hujahan atau fakta adalah dikira ‘baru’ kecuali: a. b.
13.
ia telah digunakan dalam mana-mana hujahan terdahulu ia merupakan bidasan terhadap hujahan pasukan lawan
DEFINISI 13.1
Tugas memberi definisi usul perbahasan yang wajar dan boleh didebatkan adalah hak dan tanggungjawab pihak Kerajaan.
13.2
Pihak Pembangkang boleh: a. b.
menerima definisi Kerajaan secara keseluruhan/mutlak, atau menolak secara keseluruhannya/mutlak dan mengemukakan definisi alternatif.
Pihak Pembangkang boleh menolak definisi pihak Kerajaan secara keseluruhannya hanya jika; a.
definisi pihak Kerajaan tidak mempunyai kaitan yang kuat dengan maksud sebenar usul.
b. 14.
definisi pihak Kerajaan adalah ‘truistik : iaitu tidak boleh dibangkang dengan hujahan rasional’
PENJELASAN Penjelasan (celahan) dalam konteks ini bermaksud penjelasan yang diminta oleh pihak lawan bagi membetulkan pendebat yang sedang berucap atau menimbulkan fakta penting. Ia hendaklah ringkas dan bersangkutan dengan apa yang sedang dibincangkan oleh pendebat tersebut. Markah akan diberi untuk penjelasan dan jawapan terhadap penjelasan yang efektif. Pendebat yang sedang berucap mempunyai hak mutlak sama ada untuk menerima atau menolak penjelasan yang cuba diberikan. Bagaimanapun, penolakan penjelasan yang berterusan atau penerimaan yang keterlaluan sehingga menjejaskan kualiti ucapan pendebat tersebut harus dipandang serius oleh hakim. Adalah disyorkan setiap pendebat menerima sekurang-kurangnya dua penjelasan. Walau bagaimanapun, pertandingan ini tidak mengenakan had maksimum atau minimum bagi menerima penjelasan. Penjelasan tidak boleh melebihi 15 saat. Loceng akan dibunyikan selepas 15 saat. Jika penjelasan belum selesai, pendebat yang meminta penjelasan hendaklah duduk serta merta. Penjelasan tidak boleh diminta sebelum berakhir minit pertama dan pada minit terakhir mana-mana ucapan substantif. Loceng akan dibunyikan sekali lagi menandakan permulaan dan sekali lagi pada pengakhiran waktu meminta penjelasan dibenarkan. Penjelasan tidak boleh diminta dalam ucapan gulungan. Hanya ahli dari pihak lawan boleh meminta penjelasan. Pendebat hendaklah memberi isyarat jika ingin mencelah (berdiri, mengangkat tangan dan sebagainya). Pendebat yang sedang berucap boleh menerima atau menolak penjelasan dengan memberi isyarat fizikal atau memberitahu secara lisan. Jika ditolak, pendebat yang ingin meminta penjelasan hendaklah duduk dan menunggu peluang yang lain. Apabila penjelasan diterima, pendebat yang sedang berucap tidak boleh menjawab selagi pendebat yang meminta penjelasan belum selesai mencelah atau peruntukan masa 15 saat yang diberi belum tamat (yang mana dahulu). Pendebat tidak wajar memotong penjelasan yang diminta oleh pasukan lawan apabila penjelasan telah diterima.
15.
BANTAHAN SEMASA PERDEBATAN SEDANG BERLANGSUNG Bantahan dalam konteks ini bermaksud bantahan yang diajukan oleh pendebat kepada Yang DiPertua Dewan semasa perdebatan berlangsung bagi menarik perhatian beliau terhadap pelanggaran sebarang peraturan perdebatan seperti:
a. atau
penggunaan aksi atau bahasa yang kurang sopan dalam perdebatan,
b. pengenalan fakta baru semasa dalam ucapan substantif pendebat ketiga dan/atau ucapan gulungan, atau c.
mana-mana pendebat yang melebihi had masa daripada 30 saat.
Adalah tanggungjawab setiap pasukan untuk menyuarakan bantahan terhadap sebarang pelanggaran peraturan. Keputusan Yang DiPertua Dewan sama ada untuk menerima atau menolak bantahan yang dikemukakan adalah muktamad. Jika bantahan diterima, Yang DiPertua Dewan boleh mengarahkan pendebat yang terbabit agar mematuhi peraturan yang dibangkitkan dan masa yang digunakan untuk membuat bantahan akan dikira daripada masa pendebat yang sedang berucap. 16.
RAYUAN 16.1
Semua bantahan hendaklah dikemukakan kepada Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan secepat mungkin selepas selesai sesuatu perdebatan.
16.2
Jika Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan mendapati berlaku sebarang kesilapan atau kecacatan dalam pengendalian sesuatu perdebatan, usaha akan dibuat agar tidak ada mana-mana pihak yang terjejas. Sekiranya perlu, hakim dan peserta akan diberitahu tentang isu berbangkit agar ia tidak berulang.
LAMPIRAN 1 Carta Penentuan Pasukan Bagi Pusingan Kalah Mati (Bermula dari pusingan ‘double-octo final’) Tempat pertama ‘Double-octo final’ 1 Tempat ke-16 lwn Tempat ke-17
‘Octofinal’ 1 Suku Akhir 1
Tempat kelapan ‘Double-octo final’ 2 Tempat ke-9 lwn Tempat ke-24
‘Octofinal’ 2 Separuh Akhir 1
Tempat keempat ‘Double-octo final’ 3 Tempat ke-13 lwn Tempat ke-20
‘Octofinal’ 3 Suku Akhir 2
Tempat kelima ‘Octofinal’ 4
Pusingan Akhir
‘Double-octo final’ 4 Tempat ke-12 lwn Tempat ke-21 Tempat kedua ‘Double-octo final’ 5 Tempat ke-15 lwn Tempat ke-18
‘Octofinal’ 5 Suku Akhir 3
Tempat ketujuh ‘Double-octo final’ 6 Tempat ke-10 lwn Tempat ke-23
‘Octofinal’ 6 Separuh Akhir 2
Tempat ketiga ‘Double-octo final’ 7 Tempat ke-14 lwn Tempat ke-19 Tempat keenam ‘Double-octo final’ 8 Tempat ke-11 lwn Tempat ke-22
‘Octofinal’ 7 Suku Akhir 4 ‘Octofinal’ 8