BUKU PANDUAN
FESTIVAL NASYID DAN PERTANDINGAN SENI KHAT ANTARA IPTA, IPTS DAN IPG SEMPENA FESTIVAL KESENIAN ISLAM PERINGKAT ANTARABANGSA 1435H/2014M
PADA 26-29 SEPTEMBER 2014
TEMPAT INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BATU LINTANG KUCHING, SARAWAK, MALAYSIA
DISEDIAKAN OLEH JAWATANKUASA PENGELOLA FESTIVAL KESENIAN ISLAM PERINGKAT ANTARABANGSA 2014 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BATU LINTANG FNPSK 1435H/2014M BADAR-JPP-JAPIM IPGKBL
M/S 1
Tema: “KESENIAN ISLAM ITU DAKWAH BIL HIKMAH” FESTIVAL NASYID DAN PERTANDINGAN SENI KHAT (FNPSK) ANTARA IPTA/S DAN IPG PERINGKAT ANTARABANGSA 1435H/2014M PERATURAN UMUM
1. Syarat Penyertaan
1.1. Terbuka kepada semua pelajar Islam yang sedang mengikuti kursus di Institut Pengajian Tinggi Awam, Institut Pengajian Tinggi Swasta dan Institut Pendidikan Guru di Malaysia, Brunei Darul Salam, Kalimantan Barat, Indonesia dan Singapura. 1.2. Peserta dibenarkan untuk mengambil bahagian dalam satu acara sahaja. 1.3. Peserta hendaklah berumur dalam lingkungan 18-35 tahun sahaja.
2. Bilangan Peserta 2.1. Bahagian Pertandingan Seni Khat diwakili oleh seorang peserta sahaja samada lelaki atau perempuan. 2.2. Bahagian Festival Nasyid diwakili oleh sekumpulan peserta lelaki atau sekumpulan peserta perempuan yang terdiri daripada tidak melebihi 9 orang.
3. Pengundian 3.1. Urusetia kehakiman bertanggungjawab menjalankan undian peserta bagi setiap acara yang dipertandingkan. 3.2. Undian giliran peserta dibuat semasa taklimat oleh urusetia di tempat acara. 3.3. Cabutan undian dilakukan oleh peserta atau wakil. 3.4. Nombor giliran peserta yang diperolehi tidak boleh ditukar. 3.5. Undian peserta yang lewat akan dibuat oleh urusetia.
FNPSK 1435H/2014M BADAR-JPP-JAPIM IPGKBL
M/S 2
4. Pakaian dan Penampilan Peserta 4.1. Pakaian yang sesuai dengan nilai-nilai Islam seperti menutup aurat, labuh dan tidak ketat sehingga menampakkan bentuk badan.. 4.2. Baju kebaya, jeans, sandal, selipar dan seumpama dengannya adalah dilarang sama sekali. 4.3. Peserta dikehendaki untuk memakai stokin dan kasut (berwarna hitam). Bagi peserta perempuan pula hendaklah memakai sarung kaki dan kasut bertumit (court shoes). 4.4. Rambut bagi peserta lelaki hendaklah kemas, rapi dan pendek.
5. Kehakiman 5.1. Jawatankuasa Kehakiman diketuai oleh seorang Pengerusi Jemaah Hakim. 5.2. Setiap bahagian diketuai oleh seorang Ketua Hakim dan dibantu oleh panel hakim mengikut bidang yang ditetapkan.
6. Tugas-tugas Jemaah Hakim 6.1. Pengerusi Jemaah Hakim 6.1.1. Mempengerusikan mesyuarat Jemaah Hakim. 6.1.2. Memantau perjalanan penghakiman FNPSK. 6.1.3. Mempengerusikan mesyuarat pengesahan keputusan FNPSK. 6.1.4. Memberi ulasan keseluruhan penghakiman dan prestasi para peserta. 6.1.5. Mengumumkan keputusan FNPSK.
6.2. Ketua Hakim 6.2.1.
Memberi taklimat penghakiman (peraturan am dan peraturan kehakiman) kepada peserta dan pengiring sebelum majlis bermula.
6.2.2. Mengedarkan borang penghakiman kepada para hakim. 6.2.3. Mempengerusikan mesyuarat penyelarasan panel hakim bagi setiap bahagian. 6.2.4. Menentukan tugas hakim mengikut bidang yang dihakimi. 6.2.5.
Berada di bilik hakim mengawasi penghakiman berjalan dengan lancar dan teratur.
6.2.6. Menyemak dan mengesahkan borang-borang markah FNPSK. 6.2.7.
Menyediakan keputusan, ulasan dan rumusan keseluruhan penghakiman untuk diserahkan kepada Pengerusi Jemaah Hakim.
6.2.8. Melaporkan sebarang masalah kepada Pengerusi Jemaah Hakim.
FNPSK 1435H/2014M BADAR-JPP-JAPIM IPGKBL
M/S 3
6.3. Hakim 6.3.1. Melapor diri kepada Ketua Hakim. 6.3.2. Menghadiri mesyuarat dan taklimat jemaah hakim. 6.3.3. Menghakimi bidang yang ditentukan oleh Ketua Hakim. 6.3.4. Mencatat setiap kesalahan/bonus dalam borang Penghakiman. 6.3.5. Mencatat dan menjumlahkan markah bidang yang dihakimi. 6.3.6.
Menandatangani setiap borang markah yang dihakimi dan menyerahkannya kepada Ketua Hakim.
6.3.7. Menjaga etika profesionalisme kehakiman.
7. Keputusan FNPSK 7.1. Keputusan rasmi bagi setiap bahagian diumumkan oleh Pengerusi Jemaah Hakim. 7.2. Keputusan Jemaah hakim adalah muktamad. 7.3. Sebarang bantahan hendaklah dibuat sebelum keputusan rasmi diumumkan dengan memohon borang bantahan daripada pengerusi jemaah hakim.
8. Juru Kira, Penjaga Masa dan Pengumpul Markah. 8.1. Jemaah Hakim bagi setiap bahagian dibantu oleh juru kira, penjaga masa dan pengumpul markah yang dilantik oleh pihak urusetia.
FNPSK 1435H/2014M BADAR-JPP-JAPIM IPGKBL
M/S 4
BAHAGIAN NASYID 1. PERATURAN NASYID 1.1.
Tajuk Lagu 1.1.1.
1.2.
Tajuk lagu ditentukan sendiri oleh kumpulan nasyid.
Tempoh Persembahan 1.2.1.
Tempoh setiap persembahan adalah 15 minit (minima 10 minit)
1.2.2.
Masa akan dikira sebaik sahaja peserta memulakan persembahan.
1.2.3.
Pakaian Peserta lelaki Baju Kebangsaan Lengkap atau Jubah manakala pakaian peserta perempuan baju kurung atau jubah.
1.3.
Lirik lagu 1.3.1. Lirik lagu pertama hendaklah disampaikan menggunakan Bahasa Melayu sepenuhnya. Namun penggunaan selawat dan zikir adalah dibenarkan. 1.3.2. Lirik lagu kedua boleh menggunakan Bahasa Arab atau Bahasa Inggeris. 1.3.3. Sekiranya menggunakan Bahasa Arab atau Bahasa Inggeris terjemahan dalam Bahasa Melayu perlu disediakan. Semua salinan lirik lagu perlu diserahkan
kepada
urusetia
pertandingan
sebelum
pertandingan
dimulakan. 1.3.4. Kedua-dua lirik lagu hendaklah ciptaan sendiri dan bebas dari unsur plagiat. 1.3.5. Lirik lagu hendaklah berunsurkan nilai-nilai Islam, semangat patriotik, kehidupan
sejahtera,
membanteras
gejala
sosial,
meningkatkan
perpaduan dan seumpamanya. 1.3.6. Lirik lagu hendaklah bebas daripada unsur-unsur sensitif yang boleh mengundang kontroversi seperti unsur perkauman, unsur politik dan seumpamanya. 1.3.7. Pihak penganjur mempunyai berhak untuk memberi arahan kepada ketua kumpulan atau pengurus kumpulan untuk menukar seni kata lagu yang tidak sesuai.
FNPSK 1435H/2014M BADAR-JPP-JAPIM IPGKBL
M/S 5
1.4. Lagu / Ciptaan 1.4.1. Setiap kumpulan hendaklah menyampaikan 2 buah lagu. 1.4.2. Kedua-dua lagu hendaklah hasil ciptaan sendiri sepenuhnya. 1.4.3. Tidak dibenarkan mengguna pakai mana-mana lagu yang telah dimainkan di radio, television atau yang pernah dirakamkan oleh manamana kumpulan nasyid profesional. (tersiar dalam media massa) 1.4.4. Lagu pertama hendaklah
berkonsepkan irama padang pasir (masri)
sepenuhnya. 1.4.5. Lagu kedua pula hendaklah berkonsepkan irama kontemporari sepenuhnya. 1.4.6. Lagu
hendaklah
disampaikan
secara
langsung
(live)
dengan
menggunakan peralatan muzik yang dibenarkan. 1.5. Alat Muzik 1.5.1. Alat muzik yang digunakan adalah jenis perkusi, seperti yenkee (Gendang Turki), kompang, bonggo, tamborin, marakas, congga, rebana, shaker dan seumpamanya. 1.5.2. Alat muzik eletronik adalah tidak dibenarkan sama sekali seperti gitar, dram set dan seumpamanya. 1.5.3. Bilangan jenis alat muzik yang digunakan tidak dihadkan.
2. PENGHAKIMAN 2.1.
Penghakiman dibahagikan kepada empat bidang seperti berikut: i.
Mutu Suara
- 40 markah
ii.
Lagu/Ciptaan
- 25 markah
iii.
Lirik
- 20markah
iv.
Persembahan
- 15 markah
FNPSK 1435H/2014M BADAR-JPP-JAPIM IPGKBL
M/S 6
2.2.
Jemaah hakim terdiri daripada seorang Ketua Hakim dan dibantu oleh 8 orang hakim: i.
2 orang hakim mutu suara
ii.
2 orang hakim lagu/ciptaan
iii.
2 orang hakim lirik
iv.
2 orang hakil persembahan
3. HAL-HAL LAIN YANG BERKAITAN 3.1.
Semua lagu yang dipertandingkan akan menjadi hak milik penganjur dan mestilah bebas daripada sebarang tuntutan daripada mana-mana pihak atau individu mengenai kepunyaan hak cipta.
3.2.
Terdapat dua anugerah khas yang akan dipertandingkan iaitu Solo Terbaik dan Lirik dan Lagu Terbaik.
3.3.
Jika berlaku persamaan markah, hendaklah dirujuk kepada kedudukan markah-markah Mutu Suara terlebih dahulu. Jika masih terdapat persamaan maka hendaklah dirujuk pada markah Lagu/Ciptaan. Jika masih juga terdapat persamaan dalam jumlah markah maka hendaklah dirujuk pada markah Lirik dan jika masih terdapat persamaan maka hendaklah dilihat pada markah Persembahan/Pakaian. Jika berlaku juga persamaan maka Jemaah Hakim akan bersidang.
3.4.
Yuran Penyertaan Festival Nasyid Peringkat Antarabangsa 1435H/2014M bagi setiap kumpulan ialah sebanyak RM 150.00
3.5.
Keputusan Jemaah hakim adalah MUKTAMAD.
FNPSK 1435H/2014M BADAR-JPP-JAPIM IPGKBL
M/S 7
Institut Pengajian yang berminat diminta mengisi borang permohonan yang disediakan dan mestilah dihantar kepada alamat yang berikut ; Jabatan Pendidikan Islam dan Moral (JAPIM), Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang, Jalan College, 93200 Kuching, Sarawak. No. Faks : 082-252382
[email protected]
Tarikh tutup penyertaan adalah pada 30 Ogos 2014 Keterangan lanjut : 1.
Encik Muhammad Nuaimbin Bahron
(0145957954)
2.
Cik Mayasusanti binti Yosep
(0145578157)
3.
Encik Mohd Ariffin bin Yusrizal
(0194394124)
4.
Cik Siti Noor Fadilah bt Mustaffar
(0165786700)
FNPSK 1435H/2014M BADAR-JPP-JAPIM IPGKBL
M/S 8
BORANG PENYERTAAN PERTANDINGAN FESTIVAL NASYID Nama Kumpulan
:
A) Maklumat Lagu dan Lirik: Tajuk Lagu Pertama
:
Pencipta Lagu
:
Penulis Lirik
:
Tajuk Lagu Kedua
:
Pencipta Lagu
:
Penulis Lirik
:
B) Maklumat Ahli Kumpulan: Bil
Nama
No Kad Pengenalan / No. Passport
FNPSK 1435H/2014M BADAR-JPP-JAPIM IPGKBL
M/S 9
C) Pengesahan Saya mengaku bahawa segala keterangan yang diberikan adalah benar dan lagu pertama adalah ciptaan asal yang bebas dari sebarang tuntutan oleh mana-mana pihak. Saya juga bersetuju lagu yang dipertandingkan, rakaman audio-video dan sebarang bentuk persembahan adalah menjadi hak milik penganjur.
Tandatangan Ketua Kumpulan
Tarikh:
No. Kad Pengenalan / Passport :
FNPSK 1435H/2014M BADAR-JPP-JAPIM IPGKBL
M/S 10
BORANG KEPERLUAN PENGINAPAN
Borang ini perlu diisi oleh SEMUA kontinjen yang ingin menyertai Festival Kesenian Islam Peringkat Kebangsaan IPG Kampus Batu Lintang 1435H/2014M.
Pihak kami; Kontinjen Pertandingan dari seramai orang pegawai pengiring dan orang peserta, memerlukan/tidak memerlukan (potong mana yang tidak berkenaan) perkhidmatan penginapan. Pihak kami berharap agar pihak penganjur dapat menyediakan penginapan ahli kontinjen kami seramai : Muslimin
Muslimah
Pegawai Pengiring Peserta Pertandingan
Tanda tangan Pengurus/Ketua Kontinjen: (
)
**Seberang pertanyaan berkaitan Penginapan, Pengangkutan dan Pengurusan Peserta boleh menghubungi: En. Muhammad Adam Bin Roslan [+6]013-332-3447 atau
En. Harrish Aznu Bin Zainurin [+6]013-567-0076 atau
Cik Nor Fadzilla Binti Rahman [+6]014-880-1816 atau
Cik Mayasusanti Binti Yosep
FNPSK 1435H/2014M BADAR-JPP-JAPIM IPGKBL
M/S 11
FNPSK 1435H/2014M BADAR-JPP-JAPIM IPGKBL
M/S 12