TEKS UCAPAN
YANG BERHORMAT PEHIN ORANG KAYA PEKERMA LAILA DIRAJA DATO PADUKA AWANG HAJI HAZAIR BIN HAJI ABDULLAH MENTERI KEBUDAYAAN, BELIA, DAN SUKAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
MUSABAQAH TILAWATIL QUR’AN PERINGKAT AKHIR BELIA KEBANGSAAN 1432H/2011M
HARI KHAMIS, 06 SYA’ABAN 1432 BERSAMAAN 07 JULAI 2011 JAM 8.00 MALAM
BERTEMPAT DEWAN DIGADONG KEMENTERIAN KEBUDAYAAN, BELIA DAN SUKAN
Please Check Against Delivery
1
BISMILLAHIR RAHMANIR RAHIM Wassalatu Wassalamu ‘Ala Asyrafil Mursalin Saidina Muhammadin Wa’ala Alihi Wasahbihi Ajma’in.
ASSALAMU ‘ALAIKUM WARAHMATULL AHI WABARAKATUH
1)
Terlebih dahulu saya sukacita ingin mengucapkan terima kasih di atas ingatan baik jawatankuasa Musabaqah Tilawatil Qur’an Belia Kebangsaan Tahun 1432h/2011m yang mana telah berkesudian untuk menjemput saya hadir selaku tetamu kehormat di majlis yang penuh dengan kebajikan ini.
2)
Musabaqah Tilawatil Qur’an Belia Kebangsaan ini adalah
usaha
mambangunkan
yang
sangat
golongan
bertepatan
belia
yang
kearah
konsisten
kepada amalan amalan berugama, membentuk budi pekerti yang mulia serta memahami harga diri mereka selaku aset negara.
3)
Musabaqah seumpama ini bukan sahaja berfungsi sebagai wadah untuk bertanding akan tetapi ianya juga akan dapat memajukan lagi
bidang
pembelajaran
pembacaan al-qur'an di negara ini dan sekali gus dapat melahirkan generasi belia yang dekat dengan al-qur'an,
2
yang hidupnya berpandukan kepada Al-qur'an, tutur bahasa, tindak tanduk berlandaskan kepada ajaran-ajaran Al-qur'an yang mulia. 4)
Ini
memandangkan
didalam
Al-Quran
banyak
menyentuh dan menceritakan kisah dan peristiwa peristiwa
mengenai
pemuda
mukmin
dalam
kebenaran iman mereka dan kesan iman terhadap dirinya dan persekitaranya. Ini adalah amat jelas seperti mana kisah pemuda ashhabul kahfi yang dikisahkan di dalam al-Quran. Keberanian mereka dalam mentauhidkan Allah Subhanahu Wata'ala walaupun di dalam keadaan yang amat genting dan menghadapi pelbagai cabaran dan ancaman sangatsangatlah memberikan inspirasi kepada kita.
Hadirin yang dihormati sekalain, 5)
Kaum belia dewasa ini berhadapan dengan zaman yang semakin mencabar yang dibawa oleh arus globalisasi dan teknologi infokomunikasi. Cabaran cabaran
baru dan
tekanan-tekanan tersebut yang mana jika tidak ditangani dengan bijaksana akan mampu merosakkan akidah dan meruntuhkan akhlak generasi belia. Perkara ini sudah
3
setentunya bukan sahaja akan membebankan pihak keluarga bahkan juga kepada negara. 6)
Begitu juga belia dan remaja Islam mudah terjerumus kepada kegiatan kegiatan yang tidak bermoral dan bertentangan
dengan
ajaran
ajaran
Islam
seperti
menyalahgunakan dadah, pergaulan bebas, jangkitan penyakit HIV-AIDS. Ini termasuklah juga budaya dan perilaku yang tidak berlandaskan syara. 7)
Perlu
ditekankan,
memanfaatkan
segala
disamping peluang
menerima (opportunities)
dan dan
kebaikan yang dibukakan oleh dunia tanpa sempadan, para belia dan kaum remaja perlu waspada dan siap siaga dengan melengkapkan diri dan mencari jalan bagaimana memelihara diri mereka dari terjebak kepada perkara negative yang merosakan jati diri dan akhlak sebagai seorang mukmin. 8)
Sehubungan dengan ini, pegangan dan sandaran yang berlandaskan
Al-Quran
dan
as-sunnah
perlu
ditanamkan dan hayati dengan mengambil iktibar, contoh,
pengajaran
serta
teladan
daripada
pengajaran dan kisah kisah yang terkandung didalam Al-Quran yang menyebut tentang belia yang beriman dan bertaqwa. Daripada kisah kisah yang terdapat
4
didalam Al-Quran adalah jelas sesungguhnya Allah Subhanahu Wata’ala menyayangi belia dan remaja yang beriman dan bertaqwa kepadaNya dengan mengorniakan
banyak
rahmat
dan
berbagai
kebajikan. Hadirin yang di hormati sekalain, 9)
Negara mempunyai dan menaroh harapan yang tinggi keatas belia belia di Negara ini sepertimana yang terkandung didalam intisari titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang DiPertuan Negara Brunei Darussalam sempena Majlis Musabaqah Tilawatil Quran Belia Asia Tenggara pada 8 April tahun 2005 seperti berikut-: “Beta juga ingin melihat di Negara ini kewujudan belia
MIB,
siapa
yang
akan
membawa
sinar
kebahagian, kesejahteraan dan kerukunan hidup yang sebenar benarnya dalam masyarakat dan keluarga….….. Pendekatan kita ialah belia yang bertanbggungjawab serta berakhlak mulia, dimana dengan tangan tangan mereka itu diharapkan untuk menagani gejala gejala sosial yang negative yang boleh mengancam upaya kita membangun Negara”
5
10)
Kearah menyahut dan mendukong hasrat murni
Kebawah Duli Yang Maha Mulia itu belia belia hendaklah
membentuk akhlak dan keperibadian
mereka mengikut ajaran ajaran Al-Quran. Kerana “pemuda dan belia yang lahir dibawah lembayung AlQuran itu pastinya akan membawa kepada generasi yang cemerlang. Melalui membaca, memahami dan mengamalkan isi kandungan Al-Quran insyaAllah akan
terpancar
nur
hidayah,
kelurusan
dan
kemurnian akhlak”.
11) Dalam hal ini, amatlah besar harapan kita untuk melihat generasi belia yang celik Al-qur'an ini akan dapat menjadi agen penggerak dan perubahan yang aktif di dalam masyarakat dengan menyebarluaskan lagi nilai-nilai dan ajaran-ajaran yang terkandung di dalam al-qur'an itu sendiri kepada orang lain. 12) Ini sedikit sebanyak akan dapat memberikan pengaruh yang baik dan pada masa yang sama dapat membantu dalam mengatasi dan merawat penyakit-penyakit sosial yang berlaku di dalam masyarakat kita terutamanya di kalangan generasi belia.
6
13) Dengan adanya penglibatan aktif tersebut secara tidak langsung mereka ini akan dapat menjadi 'qudwah hasanah' atau teladan yang baik kepada yang lainnya. Perkara ini sangatlah digalakkan di dalam
agama
Muhammad
islam
shallallahu
sepertimana ‘alaihi
sabda
Nabi
wasallam
yang
maksudnya : "sebaik-baik manusia ialah manusia yang dapat memberi manfaat kepada manusia lain." Sekian, Wabillahit Taufiq Walhidayah Wassalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
7