Minggu 8 Hari 1 Baca: Yoh. 8: 21-59 Kesaksian Yesus tentang DiriNya Sendiri: Yoh. 8: 21-30 1. Yesus membuat empat kenyataan dalam ayat 21: “Aku akan pergi.” “Kamu akan mencari Aku.” “Kamu akan mati dalam dosa kamu.” dan “Kamu tidak boleh pergi ke tempat Aku pergi.” Yang mana satu dipersoalkan oleh para penguasa Yahudi? 2. Yesus mahu mereka menumpukan perhatian kepada isu yang paling penting. Menurut Yesus apakah hal terpenting yang dikatakanNya?
3. Menurut Yesus, apakah yang akan selalu Ia lakukan?
4. Apakah tindak balas orang ramai terhadap ajaran Yesus?
Siapakah keturunan Abraham?: Yoh. 8: 31-41 5. Kebebasan apa yang dimaksudkan oleh Yesus bila Dia berkata, “Kamu akan mengenal TUHAN. Oleh itu kamu akan dibebaskan”?
6. Yesus berkata Dia tahu mereka adalah keturunan (semula jadi) Abraham. Tetapi apakah yang mereka lakukan yang menunjukkan bahawa mereka tidak mengikuti teladan Abraham?
Siapakah anak-anak Iblis?: Yoh 8: 42-47 7. Bagaimana Yesus menghuraikan Iblis?
8. Mengapa Yesus mengatakan mereka tidak dapat mendengar kebenaran yang dikatakanNya?
Dakwaan-dakwaan Yesus tentang DiriNya: Yoh. 8: 48-59 9. Senaraikan dua dakwaan yang dibuat oleh Yesus tentang DiriNya dan Tuhan.
(Lihat kajian tambahan, tajuk #27) Renungan Hari Ini Oleh sebab Iblis adalah bapa segala pembohong, saya tidak mahu sebarang pembohongan dalam hidup saya!
10. Oleh sebab kenyataan “Aku sudah ada” merupakan rujukan bagi TUHAN, apakah yang diakui oleh Yesus tentang dirNya?
Minggu 8 Hari 2 Baca: Yoh. 9: 1-41 Yesus mencelikkan mata seorang yang buta sejak dilahirkan: Yoh. 9: 1-12 1. Menurut Yesus, mengapa lelaki itu dilahirkan buta?
2. Dalam ayat 5, Yesus mengakui DiriNya apa?
3. Bagaimana Yesus menyembuhkan orang ini?
Orang-orang Farisi menyelidik penyembuhan itu: Yoh. 9: 13-34 4. Mengapa orang-orang Farisi mengatakan bahawa mereka tahu Yesus bukan berasal daripada TUHAN?
5. Adakah orang-orang Farisi sehati sekata tentang sikap mereka terhadap Yesus?
6. Bagaimana orang-orang Yahudi menyelidik penyembuhan itu?
7. Mengapa ibu bapanya mengatakan bahawa anak mereka sudah cukup besar untuk menjawab soalan-soalan tersebut dan orang-orang Farisi sepatutnya menyoal dia?
8. Apakah tindak balas lelaki buta itu terhadap soalan-soalan orang-orang Farisi?
9. Mengapa mereka mengusirnya keluar?
Kebutaan rohani: Yoh. 9: 35-41 10. Bandingkan jawapan lelaki itu tentang siapa Yesus dalam ayat 17 dan 35-38. Bagaimana lelaki itu berubah?
Renungan Hari Ini Saya tidak mahu mengakui dapat melihat walhal masih buta. Di mana saya buta, saya mahu Terang Dunia ini menyinari supaya saya dapat melihat.
Minggu 8 Hari 3 Baca: Yoh. 10: 1-39 (Lihat kajian tambahan, tajuk #28)
Gembala dan kawanan dombanya: Yoh. 10: 1-21 1. Bolehlah anda cari empat hal dalam ayat-ayat 1-5 yang menjelaskan ciriciri gembala yang baik?
2. Dalam ayat-ayat 7-9, Yesus membandingkan diriNya dengan pintu kandang. Apakah persamaan Yesus dengan pintu kandang?
3. Dalam ayat 10, Yesus mengatakan Dia datang untuk memberi apa?
4. Yesus membandingkan diriNya sebagai gembala yang baik dalam ayatayat 11-15. Bagaimana Yesus menyerupai gembala yang baik?
5. Dalam ayat 16, Yesus memperkatakan domba-domba lain. Ketika itu Yesus berbicara dengan orang-orang Yahudi yang telah melihat Dia menyembuhkan lelaki yang dilahirkan buta (Yoh. 9). Siapakah agaknya yang dikatakan oleh Yesus sebagai “domba-domba lain?”
Yesus pada hari Perayaan Pentahbisan Rumah Tuhan: Yoh. 10: 2239 6. Orang-orang Yahudi memohon Yesus menjelaskan apa kepada mereka?
7. Apakah dua jawapan yang diberikan oleh Yesus kepada soalan-soalan mereka?
8. Menurut Yesus, apakah yang diberi kepada domba-dombaNya?
9. Mengapa orang-orang Yahudi mengancam mahu merejam Yesus dengan batu?
Renungan Hari Ini Saya bersyukur saya dombaNya. Saya mahu mendengar SuaraNya dengan jelas dan mengikutiNya.
10. Menurut Yesus apakah yang patut mereka percayai jika mereka tidak mempercayai kata-kataNya?
Minggu 8 Hari 4 Baca: Luk. 10: 1-37 Yesus mengutus tujuh puluh dua orang pengikut: Luk. 10: 1-16 1. Bagaimana dan ke mana Yesus mengutus tujuh puluh dua orang pengikutNya?
2. Apakah arahan-arahan Yesus kepada pengikut-pengikutNya ketika Dia mengutus mereka keluar?
3. Apa yang akan terjadi pada tempat-tempat yang menolak berita mereka?
4. Menurut Yesus siapa yang sebenarnya tidak diterima bila berita mereka ditolak?
Tujuh puluh dua orang pengikut kembali: Luk. 10: 17-24 5. Apakah perasaan pengikut-pengikutNya bila mereka kembali kepada Yesus?
6. Apakah tindak balas Yesus bila melihat mereka begitu teruja kerana rohroh jahat mematuhi mereka?
7. Mengapa Yesus penuh dengan sukacita?
(Lihat kajian tambahan, tajuk #29 & 30)
Perumpamaan orang Samaria yang baik hati: Luk. 10: 25-37 8. Menurut guru Taurat itu, apa yang harus dilakukan jika seseorang mahu mewarisi hidup kekal?
9. Mengapa guru Taurat menanya Yesus soalan ini, “Siapakah sesama saya (jiran saya)?”
Renungan Hari Ini Syukur kepada Tuhan kerana Dia telah menyatakan DiriNya kepada anda dan nama anda tertulis di syurga.
10. Orang-orang Samaria dibenci orang-orang Yahudi kerana mereka berkahwin campur—Yahudi dan bukan Yahudi. Tetapi siapa yang telah menjadi jiran kepada lelaki yang dirompak itu?
Minggu 8 Hari 5 Baca: Luk. 10: 38-42 & 11: 1-32 Yesus melawat Marta dan Maria: Luk. 10: 38-42 1. Bandingkan tindakan Maria dan Marta bila Yesus melawat mereka di rumah.
2. Menurut Yesus, tindakan mana yang terbaik?
Ajaran Yesus tentang doa: Luk. 11: 1-13 3. Yesus mengajar pengikut-pengikutNya berdoa. Apakah keempat-empat bahagian doa itu?
4. Dalam kisah lelaki yang meminta roti daripada jirannya, mengapa Yesus mengatakan permintaannya akan dikabulkan? Oleh itu, apakah yang seharusnya kita lakukan?
5. Yesus seterusnya membandingkan seorang bapa dengan Bapa Syurgawi. Jika bapa kita memberikan yang baik kepada anak-anaknya, menurut Yesus, apa yang akan diberi oleh Bapa Syurgawi kepada kita?
Yesus dibandingkan dengan Beelzebul: Luk. 11: 14-28 6. Apakah tiga tindak balas terhadap Yesus bila Dia menghalau keluar roh jahat daripada lelaki yang bisu?
7. Apakah hujah Yesus yang utama menentang tuduhan bahawa Dia berasal daripada Beelzebul atau Setan?
8. Menurut Yesus, siapa yang lebih diberkati berbanding ibu yang melahirkan dan menyusukan Dia?
Tanda Yunus: Luk. 11: 29-32 9. Pada Minggu 5, Hari 5 tanda Yunus dan Ratu negeri Syeba telah dibincangkan. Mengapa Ratu negeri Syeba atau Ratu dari Selatan menghakimi generasi yang dilayani Yesus? Renungan Hari Ini Adakah saya mengkhuatiri banyak hal dan lupa belajar dan mendengar daripada Yesus?
jawapan: minggu 8 Hari 1 1. Para penguasa Yahudi bertindak balas kepada kenyataan, “Kamu tidak boleh pergi ke tempat Aku pergi”. 2. Dalam ayat 24 Yesus memberi amaran kepada mereka bahawa mereka akan mati dalam dosa mereka jika mereka tidak percaya kepadaNya. 3. Yesus mengatakan Dia tidak berbuat apa-apa menurut kehendakNya sendiri, kerana Dia selalu melakukan apa yang berkenan kepada Tuhan. 4. Ramai orang mula mempercayaiNya. 5. Yesus bukan memperkatakan kebebasan daripada perhambaan, tetapi kebebasan daripada pengabdian dosa. 6. Dalam ayat 40 Yesus berkata cubaan mereka untuk membunuh Dia menunjukkan bahawa mereka tidak mencontohi Abraham. Abraham mempercayai Tuhan. 7. Menurut Yesus, Iblis adalah pembunuh, tidak berpegang kepada kebenaran, pendusta, malah bapa segala pendusta. 8. Dalam ayat 47 Yesus menjelaskan bahawa sebab mereka tidak dapat mendengar kebenaran ialah kerana mereka bukan berasal daripada TUHAN. 9. Yesus mendakwa: Dalam ayat 49- TUHAN adalah BapaNya. Dalam ayat 54- TUHAN memuliakan Yesus. Dalam ayat 55, Yesus mengenali TUHAN dan mentaati FirmanNya. Dalam ayat 58, Yesus mengakui ‘Aku Sudah Ada” yang merupakan salah satu rujukan kepada TUHAN. 10. Yesus mengakui diriNya TUHAN. Hari 2 1. Yesus mengatakan sebab lelaki itu dilahirkan buta ialah supaya kuasa TUHAN boleh dinyatakan dalam hidupnya. 2. Yesus berkata, “Akulah cahaya bagi dunia.” 3. Yesus meludah ke atas tanah, mengaduknya dengan tanah, menyapu pada matanya dan menyuruhnya membasuh dirinya dalam Kolam Siloam. Bila lelaki itu melakukan seperti yang disuruh, dia dapat melihat. 4. Penyembuhan ini telah dilakukan pada Hari Sabat dan mereka begitu pasti bahawa sesiapa yang diutus TUHAN tidak akan melanggar Hari Sabat dengan melakukan penyembuhan. 5. Tidak, orang-orang Farisi terbahagi kerana ada yang mengatakan seorang yang berdosa tidak mungkin melakukan tanda-tanda ajaib seperti yang dilakukan oleh Yesus. 6. Para penguasa Yahudi menyoal lelaki buta itu dan juga memanggil ibu bapanya dan menanya mereka sama ada anak mereka dilahirkan buta dan bagaimana sekarang dia boleh melihat. 7. Ibu bapanya tidak berani mengakui Yesus sebagai Kristus kerana mereka akan dihalau keluar rumah ibadat. 8. Dia tidak dapat memahami persoalan mereka. Jika TUHAN hanya mendengar seseorang yang salih yang melakukan kehendakNya, dan TUHAN telah menjawab doa Yesus dan menyembuhkan dia, mengapa mereka tidak mahu percaya bahawa Yesus berasal daripada TUHAN? 9. Mereka menghalau lelaki itu keluar kerana mereka tersinggung olehnya. Mereka berkata dia dilahirkan seorang berdosa dan tidak berhak mengajar mereka. 10. Pada mulanya dia mengatakan Yesus adalah nabi tetapi kemudian dia mengumumkan bahawa Yesus adalah Anak Manusia dan menyembah Dia. Selepas mereka menyoalnya, dia sedar bahawa Yesus mestilah berasal daripada Tuhan. Bila dia berjumpa Yesus lagi, dia sudah bersedia untuk mempercayai bahawa Dia adalah Anak Manusia. Hari 3 1. Gembala masuk melalui pintu. Gembala memanggil nama domba-dombanya. Gembala memimpin mereka keluar. Gembala berjalan di hadapan mereka dan domba-domba mengikutinya kerana mereka mengenali suaranya. 2. Setiap yang masuk melalui pintu diselamatkan. Setiap orang yang masuk “melalui” Yesus diselamatkan. 3. Yesus mengatakan Dia datang untuk memberi hidup, hidup yang berkelimpahan. 4. Gembala yang baik mengorbankan nyawanya untuk domba-dombanya— Yesus mengorbankan nyawaNya untuk kita. Gembala yang baik mengenali domba-dombaNya dan kita mengenaliNya. 5. “Domba-domba lain” mestilah mereka yang lain yang akan mempercayai Yesus. 6. Orang-orang Yahudi meminta Yesus berterus terang kepada mereka sama ada Dia adalah Kristus.
7. Yesus berkata Dia sudah pun memberitahu mereka, tetapi mereka tidak percaya. Mukjizat-mukjizat yang telah Dia lakukan menunjukkan kepada mereka bahawa Dialah Kristus. 8. Yesus berkata Dia memberi domba-dombaNya hidup kekal dan tiada sesiapa yang dapat merampas mereka daripada tanganNya. 9. Orang-orang Yahudi mengancam akan merejamNya dengan batu kerana Dia mengakui DiriNya TUHAN. 10. Yesus mengatakan mereka sepatutnya percaya bahawa mukjizat-mukjizat yang dilakukanNya adalah bukti bahawa TUHAN bersertaNya.
Hari 4 1. Yesus mengutus tujuh puluh dua orang pengikutNya secara berpasangan ke setiap kota dan tempat yang akan ditujuiNya. 2. Dia menyuruh mereka berdoa supaya lebih ramai pekerja diutus. MenurutNya, mereka pergi umpama domba-domba di tengah-tengah serigala. Janganlah mereka membawa dompet, atau beg sedekah atau pun kasut. Mereka harus tinggal di mana-mana rumah yang terasa ada kedamaian TUHAN dan jangan berpindah dari rumah ke rumah. Mereka harus memakan apa sahaja yang terhidang, menyembuhkan yang sakit, dan memberitakan bahawa kerajaan TUHAN sudah hampir. Jika berita mereka ditolak, mereka haruslah meninggalkan tempat itu. 3. Tempat-tempat yang menolak berita mereka akan dihakimi dengan tegas. 4. Bila mereka ditolak, Yesus juga ditolak, dan TUHAN turut ditolak. 5. Pengikut-pengikut Yesus merasa gembira. Mereka paling teruja kerana roh-roh jahat tunduk kepada mereka dalam nama Yesus. 6. Yesus memberitahu mereka bahawa mereka berkuasa mengatasi ular, kala jengking dan segala kuasa musuh. Tetapi mereka sepatutnya bergembira kerana nama-nama mereka tercatat di syurga. 7. Yesus penuh dengan kesukaan kerana TUHAN telah menyatakan DiriNya dan kerajaanNya kepada orang-orang kebiasaan. 8. Guru Taurat itu memetik ayat Perjanjian Lama yang menjelaskan apa yang harus dibuat untuk memperoleh kehidupan kekal. Dia berkata, “Kasihilah TUHANmu dengan sepenuh hatimu, dengan segenap jiwamu, dengan segala kekuatanmu, dan dengan seluruh akalmu, dan kasihilah sesamamu manusia seperti kamu mengasihi dirimu sendiri.” 9. Ahli Taurat itu bertujuan memerangkap Yesus bila dia bertanya apa yang harus dilakukannya untuk memperolehi kehidupan kekal. Bila Yesus meminta penjelasan yang paling ringkas, dia mahu mencari alasan dengan bertanya, “Siapakah sesamaku manusia?” 10. Orang Samarialah yang menjaga lelaki tersebut, membawa dia ke rumah penginapan, dan menjelaskan semua perbelanjaan.
Hari 5 1. Maria duduk di kaki Yesus mendengarkan apa yang dikatakan oleh Yesus. Marta sibuk dengan persiapan mengalu-alukan kedatangan Yesus. 2. Yesus memberitahu Marta bahawa dia terlalu khuatir. Dia tidak akan menghalang Maria mendengar kata-kataNya, kerana apa yang dilakukan oleh Maria adalah lebih baik. 3. Bahagian-bahagian doa yang diajar oleh Yesus kepada pengikut-pengikutNya adalah: 1) Puji Tuhan Bapa; 2) mohon kerajaan TUHAN datang ke dunia; 3) mohon persediaan keperluan seharian; 4) mohon dan memberikan pengampunan; dan 5) mohon perlindungan daripada godaan. 4. Oleh kerana lelaki itu tekun meminta, permintaannya akan dipenuhi. Kita harus meminta, mencari dan mengetuk dalam doa, dan doa kita akan dijawab. 5. Yesus berkata bahawa Bapa Syurgawi kita akan memberikan Roh Kudus kepada sesiapa yang meminta. 6. Orang ramai kagum bila lelaki bisu itu dapat bercakap setelah roh jahat dihalau keluar. Ada yang mengatakan Yesus menghalau roh jahat dengan kuasa Beelzebul, ketua semua roh jahat. Yang lain mengujiNya dengan meminta tanda dari syurga. 7. Hujah utama Yesus ialah bahawa jika benar Dia daripada setan, maka kerajaan setan sudah terpecah. Jika ianya berbelah bagi, kerajaan setan akan jatuh. 8. Yesus mengatakan bahawa mereka yang mendengar Firman Tuhan dan mematuhinya adalah lebih diberkati berbanding Maria, yang melahirkan dan menyusukan Yesus. 9. Ratu negeri Syeba datang dari jauh untuk mendengar Salomo. Yesus lebih besar daripada Salomo, dan orang-orang zamanNya tidak mendengarkanNya.
kajian tambahan: minggu 8 Hari 1 27. Nama-nama Tuhan: TUHAN TUHAN Yang Maha Tinggi TUHAN Yang Maha Kuasa TUHAN yang abadi Aku adalah AKU TUHAN yang tidak mahu disamakan dengan yang lain TUHAN yang Hidup Tuhan yang suci TUHAN di syurga, yang mencipta laut dan darat Bapa kamu yang di syurag TUHAN, Raja yang kekal TUHAN, Pencipta semua cahaya di langit
Kej. 2: 4 Kej. 14: 18-22 Kej. 17: 1; Maz. 80:8; Yes. 1: 24 Kej. 21: 33 Kel. 3: 14 Kel. 34: 14 Yos. 3: 10 Yes. 43: 3, 14, 15 Yunus 1: 9 Mat. 6: 26 I Tim. 1: 17 Jak. 1: 17
Hari 3 28. Para Gembala: Israel bermula sebagai bangsa penggembala Musa adalah seorang gembala Daud adalah seorang gembala Tugas-tugas seorang gembala: Mempertahankan domba-domba Memberi air kepada domba-domba Memberi rehat kepada domba-domba Mendapatkan padang rumput bagi domba-domba Mencari domba yang hilang
Gembala-gembala yang Baik: Setia Tidak Takut Bertimbang rasa
Kej. 46: 32 Kel. 3: 1 I Sam. 16: 11-13 I Sam. 17: 34-36 Kej. 29: 2-10 Yer. 33: 12-13 I Taw. 4: 39-41 Yeh. 34: 12- 16
Kej. 31: 38-41 I Sam. 17: 34-36 Kej. 33: 13, 14
Hari 4 29. Dua Perintah Paling Agung: Kasihi Tuhan Kasihi Jiran 30. Orang-orang Samaria: Bangsa kacukan Mahu bergabung dengan orang-orang Yahudi Pertolongan bangsa Samaria ditolak oleh bangsa Yahudi Samaria: Ibu kota Kerajaan Utara Penyembah-penyembah Baal Diduduki semula oleh bangsa-bangsa asing
Ul. 6: 5 Im. 19: 18
II Raj. 17: 24-41 Ezra 4: 1-4 Neh. 4: 1,2 I Raj. 16: 24-29 II Raj. 10: 1-28 II Raj. 17: 24-41