10 Kelebihan Sepuluh Hari Pertama Bulan Dzulhijjah 1. Sepuluh Hari Pertama Bulan Dzulhijjah merupakan waktu yang mulia dan barakah Bukti kemuliaan ini adalah sumpah Allah Ta’ala dalam Al-Qur’an al-Karim.
َْ لََ و َْوا “Demi fajar, dan malam-malam yang sepuluh.”
[QS. Al-Fajr: 1-2]
Menurut al-Tabari, “ia adalah malam-malam sepuluh Dzulhijjah berdasarkan kesepakatan hujjah ahli tafsir.” Ibnu Katsir menjelaskan perkara yang sama dalam Tafsir Qur’an al-‘Adzim. “Dan malammalam yang sepuluh,” tulisnya, “adalah sepuluh (hari pertama) Dzulhijjah menurut Ibnu ‘Abbas, Ibnuz Zubair, Mujahid bahkan ramai ‘ulama salaf dan khalaf.” Jika seseorang bertanya, “Yang manakah lebih utama; sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan atau sepuluh hari awal Dzulhijjah?” Pendapat sebahagian ‘ulama ialah bahawa hari-hari (siang) yang paling utama adalah 10 pertama Dzuhijjah memandangkan terdapatnya hari ‘Arafah kerana hari yang terbaik adalah hari ‘Arafah. Adapun, malam-malam yang paling utama adalah 10 malam terakhir bulan Ramadhan, kerana ada malam Laylatul Qadar (yang lebih baik daripada 1000 bulan) kerana malam yang terbaik adalah malam Laylatul Qadar. [Tuhfatul Ahwadzi: 3/386) Ibnu Rajab Al-Hanbali pula berpendapat bahawa malam 10 awal Dzulhijjah lebih utama kerana dalam sebuah hadits yang diriwayat dan direkod oleh Al-Hafiz Abu Musa Al-Madini, terdapat tambahan lafaz: “...dan juga tidak ada malam-malam harinya yang lebih utama daripada malam-malam ini (malam 10 awal Dzulhijjah)..” Menurut Ibnu Rajab Al-Hanbali, walaupun kelebihan malam 10 akhir Ramadhan adalah kerana terdapat malam Laylatul Qadar, tetapi ia hanya selama satu malam sahaja… Tambahan pula, perbandingan di sini adalah keseluruh 10 hari serta malamnya dan bukan satu malam sahaja. Kesimpulannya, sepertimana pendapat ulama-ulama terkemudian: “Keseluruhan 10 hari awal Dzulhijjah lebih utama daripada kesemua 10 hari akhir Ramadhan walaupun terdapat satu malam di dalam Ramadhan yang lebih utama daripada setiap hari selainnya, wallaahu A'laam”. 10 hari awal Dzulhijjah merupakan 10 hari yang terbaik bukan hanya kerana adanya hari ‘Arafah (9 Dzulhijjah), tetapi kerana adanya hari-hari ibadah haji yang lain seperti hari tarwiyah (8 Dzulhijjah) dan hari ‘id atau hari qurban pada 10 Dzulhijjah. Ibnu Hajar berkata;
ع أَ ْﻋ َﻤﺎ ِل ْاﻟ َﺤ ﱢﺞ ﻓِ ْﯿ ِﮫ ِ أَ ﱠن َﻋ ْﺸ َﺮ ِذيْ ْاﻟ ِﺤ ﱠﺠ ِﺔ إِﻧﱠ َﻤﺎ َﺷﺮُفَ ﻟِ ُﻮﻗُ ْﻮ “Sesungguhnya 10 hari awal Dzulhijjah mulia kerana amalan-amalan haji dilakukan pada hari-hari tersebut”. [Fathul Baari 2/459] 1
2. Amal pada Sepuluh Hari Pertama Bulan Dzulhijjah paling dicintai Allah Allah menjadikan awal Dzulhijjah sebagai waktu utama untuk beramal saleh terutamanya berpuasa, lebih-lebih lagi puasa ‘Arafah pada 9 Dzulhijjah.
:ﻋﻦ اﺑﻦ ﻋﺒﺎس رﺿﻲ ﷲ ﻋﻨﮭﻤﺎ أن اﻟﻨﺒﻲ ﺻﻠﻰ ﷲ ﻋﻠﯿﮫ وﺳﻠﻢ ﻗﺎل
َﻣﺎ ِﻣ ْﻦ أَﯾ ٍﱠﺎم ْاﻟ َﻌ َﻤ ُﻞ اﻟﺼﱠﺎﻟِ ُﺢ ﻓِﯿﮭَﺎ أَ َﺣﺐﱡ ِإﻟَﻰ ﱠ ﷲِ ِﻣ ْﻦ ھَ ِﺬ ِه اﻷَﯾ ِﱠﺎم – ﯾَ ْﻌﻨِﻰ أَﯾﱠﺎ َم َوﻻَ ْاﻟ ِﺠﮭَﺎ ُد ﻓِﻰ َﺳ ِﺒﯿ ِﻞ ﷲِ إِﻻﱠ: ﻗَﺎﻟُﻮا ﯾَﺎ َرﺳُﻮ َل ﷲِ َوﻻَ ْاﻟ ِﺠﮭَﺎ ُد ﻓِﻰ َﺳ ِﺒﯿ ِﻞ ﷲِ ؟ ﻗَﺎ َل ﻚ ﺑِ َﺸ ْﻰ ٍء َ َِر ُﺟ ٌﻞ َﺧ َﺮ َج ﺑِﻨَ ْﻔ ِﺴ ِﮫ َو َﻣﺎﻟِ ِﮫ ﻓﻠَ ْﻢ ﯾَﺮْ ِﺟ ْﻊ ِﻣ ْﻦ َذﻟ
–ﺮ ِ ْاﻟ َﻌ ْﺸ
Dari Ibnu 'Abbas radhiyallahu 'anhuma bahawa Nabi sallallahu 'alaihi wa sallam bersabda:
Tidak ada hari ketika mana amal saleh pada waktu itu lebih dicintai Allah daripada hari-hari ini, iaitu: Sepuluh hari dari bulan Dzulhijjah. Mereka bertanya: Wahai Rasulullah, tidak juga jihad fi-sabilillah?. Beliau menjawab: Tidak juga jihad fi-sabilillah, kecuali bagi orang yang keluar (berjihad) dengan jiwa dan hartanya, kemudian tidak kembali dengan sesuatu apa pun. [HR. Abu Daud, Ibnu Majah, At Tirmidzi dan Ahmad] Hadits ini menunjukkan kelebihan 10 hari awal Dzulhijjah berbanding hari-hari lain sepanjang tahun, sehingga Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam memotivasikan kita supaya beramal saleh padanya. Adapun, Sa’id bin Jubayr (perawi yang meriwayatkan hadits Ibnu ‘Abbas di atas) beribadah bersungguh-sungguh sedaya-upayanya apabila melalui hari-hari tersebut. [HR Ad-Darimi]. Pada awal Dzulhijjah, disunnahkan untuk berpuasa selain pada hari nahr (‘Idul Adha) kerana hari tersebut adalah hari raya yang diharamkan berpuasa. Pada 9 Dzulhijjah dan hari-hari sebelumnya (1-9 Dzulhijjah), disyari’atkan untuk berpuasa. Golongan salaf biasa melakukan puasa tersebut bahkan lebih semangat daripada melakukan puasa enam hari di bulan Syawal. Para ulama generasi awal tidak berselisih pendapat mengenai sunnahnya puasa 1-9 Dzulhijjah. Imam-imam madzhab yang empat sependapat mengenai sunnahnya berpuasa pada 1-9 Dzulhijjah sedangkan mereka berbeza pendapat mengenai puasa enam hari di bulan Syawal kerana Imam Malik tidak mensunnahkan puasa enam hari tersebut. Berkenaan puasa di awal Dzulhijjah, ditemui riwayat-riwayat yang menyebutkan bahawa para sahabat ridhwanallahu ta’ala ‘alayhim melakukannya. Terbukti ‘Umar bin Al-Khattab mengamalkannya dan begitu juga ramai fuqaha mengamalkannya. Fakta ini dikukuhkan dengan dalil bahawa Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam menekankan supaya beramal saleh pada 10 hari awal Dzulhijjah berbanding hari-hari lainnya. Jika sepuluh hari pertama Dzulhijjah dikatakan hari yang utama, maksudnya ialah kelebihan beramal pada hari-hari tersebut. Ertinya jika puasa di sepuluh hari awal Dzulhijjah dikatakan utama, ia menunjukkan bahawa puasa pada hari-hari tersebut lebih utama daripada puasa Isnin-Khamis, puasa tiga hari setiap bulan, bahkan lebih utama daripada puasa di bulan Muharram atau di bulan Sya’ban. Puasa di sepuluh hari pertama Dzulhijjah boleh dikatakan utama kerana makna tekstual yang difahami daripada hadits Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam. 2
Termasuk dalil kelebihan berpuasa pada awal Dzulhijjah adalah hadits daripada Hunaidah bin Khalid, dari isterinya:
ْ َ ﻗَﺎﻟ- ﺻﻠﻰ ﷲ ﻋﻠﯿﮫ وﺳﻠﻢ- اج اﻟﻨﱠﺒِ ﱢﻰ ﺻﻠﻰ ﷲ- ِﺎن َرﺳُﻮ ُل ﷲ َ ﺖ َﻛ ِ َﻋ ْﻦ ﺑَﻌ ِ ْﺾ أَ ْز َو ﯾَﺼُﻮ ُم ﺗِ ْﺴ َﻊ ِذى ْاﻟ ِﺤ ﱠﺠ ِﺔ َوﯾَ ْﻮ َم َﻋﺎ ُﺷﻮ َرا َء َوﺛَﻼَﺛَﺔَ أَﯾ ٍﱠﺎم ِﻣ ْﻦ ُﻛ ﱢﻞ َﺷﮭ ٍْﺮ أَ ﱠو َل-ﻋﻠﯿﮫ وﺳﻠﻢ .ﯿﺲ َ ْاﺛﻨَ ْﯿ ِﻦ ِﻣ َﻦ اﻟ ﱠﺸﮭ ِْﺮ َو ْاﻟ َﺨ ِﻤ Bahawa beberapa isteri Nabi shallallahu ‘alayhi wa sallam mengatakan:
Rasulullah shallallahu ‘alayhi wa sallam berpuasa pada sembilan hari awal Dzulhijah, pada hari ‘Asyura’ (10 Muharram), dan pada tiga hari setiap bulan,…… [HR. Abu Daud] Menurut Ibnu Rajab Al-Hanbali, di antara sahabat yang mengamalkan puasa selama sembilan hari awal Dzulhijah adalah Ibnu ‘Umar. Ulama lain seperti Al-Hasan Al-Bashri, Ibnu Sirin dan Qatadah juga menyebutkan kelebihan berpuasa pada hari-hari tersebut. [Latha-if Al-Ma’arif, hal. 459] Bagi orang yang tidak berhaji dianjurkan untuk berpuasa ‘Arafah iaitu pada 9 Dzulhijjah berdasarkan hadits Abu Qatadah, yang mana Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
ﺻﯿَﺎ ُم ِ ﺻﯿَﺎ ُم ﯾَ ْﻮ ِم َﻋ َﺮﻓَﺔَ أَﺣْ ﺘَ ِﺴﺐُ َﻋﻠَﻰ ﷲِ أَ ْن ﯾُ َﻜﻔﱢ َﺮ اﻟ ﱠﺴﻨَﺔَ اﻟﱠﺘِﻰ ﻗَ ْﺒﻠَﮫُ َواﻟ ﱠﺴﻨَﺔَ اﻟﱠﺘِﻰ ﺑَ ْﻌ َﺪهُ َو ِ ُﯾَ ْﻮ ِم َﻋﺎ ُﺷﻮ َرا َء أَﺣْ ﺘَ ِﺴﺐُ َﻋﻠَﻰ ﷲِ أَ ْن ﯾُ َﻜﻔﱢ َﺮ اﻟ ﱠﺴﻨَﺔَ اﻟﱠﺘِﻰ ﻗَ ْﺒﻠَﮫ Puasa ‘Arafah dapat menghapuskan dosa setahun yang lalu dan setahun akan datang. Puasa ‘Asyura (10 Muharram) menghapuskan dosa setahun yang lalu. [HR. Muslim]
Hadits ini menunjukkan bahawa puasa ‘Arafah lebih utama daripada puasa ‘Asyura. Di antara alasannya, puasa ‘Asyura berasal daripada Nabi Musa ’alaihis-salam, sedangkan puasa ‘Arafah berasal dari Nabi kita Muhammad shallallahu ’alaihi wa sallam. [Fathul Bari, 6/286] Kelebihan puasa ‘Arafah adalah ia menghapuskan dosa selama dua tahun. Dosa yang dimaksudkan di sini adalah dosa-dosa kecil. Boleh juga maksudnya diringankan dosa-dosa besar atau ditinggikan darjat seseorang. 3. Haji dilakukan dalam waktu itu Waktu itulah disyariatkan ibadah haji yang merupakan rukun Islam kelima.
4. Di dalamnya ada hari ‘Arafah Di awal bulan Dzulhijjah ada hari ‘Arafah, iaitu tarikh 9 Dzulhijjah. Pada hari itu, jama’ah haji difardhukan wukuf yang merupakan puncak ibadah haji. Umat Islam yang tidak melaksanakan ibadah haji disunatkan berpuasa ‘Arafah yang keutamaannya dapat menghapus dosa selama dua tahun. 3
َﺿ َﯿﺔَ َو ْاﻟﺒَﺎﻗِﯿَﺔ َ ُﺳﺌِ َﻞ َﻋ ْﻦ ِ ﺻ ْﻮ ِم ﯾَ ْﻮ ِم َﻋ َﺮﻓَﺔَ ﻓَﻘَﺎ َل ﯾُ َﻜﻔﱢ ُﺮ اﻟ ﱠﺴﻨَﺔَ ْاﻟ َﻤﺎ Rasulullah SAW pernah ditanya mengenai puasa hari ‘Arafah, baginda menjawab: “Puasa itu
menghapus dosa satu tahun yang lalu serta satu tahun berikutnya.” [HR. Muslim]
وروى اﺑﻦ ﺣﺒﺎن رﺣﻤﮫ ﷲ ﻓﻲ ﺻﺤﯿﺤﮫ ﻋﻦ ﺟﺎﺑﺮ رﺿﻲ ﷲ ﻋﻨﮫ ﻋﻦ اﻟﻨﺒﻲ ﺻﻠﻰ أﻓﻀﻞ اﻷﯾﺎم ﯾﻮم ﻋﺮﻓﺔ:ﷲ ﻋﻠﯿﮫ وﺳﻠﻢ ﻗﺎل. Ibn Hibban di dalaam Sahihnya meriwayatkan dari Jabir radhiyallahu 'anhu, bahawa Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda: “Seutama-utama hari adalah hari ‘Arafah”. 5. Pahala Amal di Hari-hari itu dilipatgandakan Amalan pada hari-hari itu dilipatgandakan pahalanya, sama ada di siang hari maupun di malam hari.
ﺻﯿَﺎ ُم ُﻛ ﱢﻞ ﯾَ ْﻮ ٍم ِ َﻣﺎ ِﻣ ْﻦ أَﯾ ٍﱠﺎم أَ َﺣﺐﱡ إِﻟَﻰ ﷲِ أَ ْن ﯾُﺘَ َﻌﺒﱠ َﺪ ﻟَﮫُ ِﻓﯿﮭَﺎ ِﻣ ْﻦ َﻋ ْﺸ ِﺮ ِذى ْاﻟ ِﺤ ﱠﺠ ِﺔ ﯾَ ْﻌ ِﺪ ُل ﺼﯿَ ِﺎم َﺳﻨَ ٍﺔ َوﻗِﯿَﺎ ُم ُﻛ ﱢﻞ ﻟَ ْﯿﻠَ ٍﺔ ِﻣ ْﻨﮭَﺎ ﺑِﻘِﯿَ ِﺎم ﻟَ ْﯿﻠَ ِﺔ ْاﻟﻘَ ْﺪ ِر ِ ِِﻣ ْﻨﮭَﺎ ﺑ Tidak ada hari-hari yang lebih dicintai Allah untuk sesorang beribadah sebagaimana pada hari-hari sepuluh Dzulhijjah. Berpuasa pada siang harinya sama dengan berpuasa selama satu tahun dan solat pada malam harinya sama nilainya dengan mengerjakan solat pada malam Laylatul Qadar. [HR. Tirmidzi, Ibnu Majah dan al-Bayhaqi] 6. Keistimewaan bertahlil, bertakbir dan bertahmid Istimewanya waktu itu untuk bertahlil, bertakbir dan bertahmid sehingga Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam menyuruh umatnya untuk memperbanyakkannya. Firman Allah,
ٍتََْأِِ ا َ ْ ُوا اَْو “Hendaklah kamu menyebut nama Allah pada hari-hari yang ditentukan.” [Surah al-Haj: 28]. Kata Ibnu ‘Abbas: "Maksudnya ialah hari-hari yang 10 itu.”
َﻣﺎ ِﻣ ْﻦ أَﯾ ٍﱠﺎم أَ ْﻋﻈَ َﻢ ِﻋ ْﻨ َﺪ ﷲِ َوﻻَ أَ َﺣﺐﱠ إِﻟَ ْﯿ ِﮫ ِﻣ َﻦ ْاﻟ َﻌ َﻤ ِﻞ ﻓِﯿ ِﮭ ﱠﻦ ِﻣ ْﻦ ھَ ِﺬ ِه اﻷَﯾ ِﱠﺎم ْاﻟ َﻌ ْﺸ ِﺮ ﯿﺮ َواﻟﺘﱠﺤْ ِﻤﯿ ِﺪ ِ ﻓَﺄ َ ْﻛﺜِﺮُوا ﻓِﯿ ِﮭ ﱠﻦ ِﻣ َﻦ اﻟﺘﱠ ْﮭﻠِﯿ ِﻞ َواﻟﺘﱠ ْﻜ ِﺒ Tidak ada hari yang paling agung dan amat dicintai Allah untuk seseorang berbuat kebajikan di dalamnya selain daripada sepuluh hari (Dzulhijjah) ini. Maka perbanyakkan pada waktu ini dengan tahlil, takbir dan tahmid. [HR. Ahmad, Riwayat Ibnu ‘Umar] 4
7. Di dalamnya ada ‘Idul Adha Penghujung waktu itu iaitu pada 10 Dzulhijjah, terdapat hari ‘idul Adha yang merupakan hari yang sangat istimewa bagi umat Islam.
8. Di dalamnya disyariatkan ibadah udhiyah (berqurban) Disyariatkan ibadah udhiyah, iaitu menyembelih kurban sama ada unta, lembu, kerbau atau kambing mulai pada 10 Dzulhijjah.
َﻣﺎ ِﻣ ْﻦ َﻋ َﻤ ٍﻞ أَ ْز َﻛﻰ ِﻋ ْﻨ َﺪ ﷲِ َﻋ ﱠﺰ َو َﺟ ﱠﻞ َوﻻَ أَ ْﻋﻈَ ُﻢ أَﺟْ ﺮًا ِﻣ ْﻦ َﺧﯿ ٍْﺮ ﯾَ ْﻌ َﻤﻠَﮫُ ﻓِﻲ َﻋ ْﺸ ِﺮ اﻷَﺿْ َﺤﻰ Tidak ada amalan yang lebih suci di sisi Allah ‘Azza wa Jalla dan lebih besar pahalanya daripada kebaikan yang dilakukan di 10 hari bulan qurban. [HR Al-Bukhari, Abu Dawud, At-Thirmidzi, Ibnu Maajah dan Ad-Daarimi]
9. Disyariatkannya Takbir Mutlaq dan Tabir Muqayyad Kesempatan bertakbir ini jauh lebih lama daripada ketika ‘idul Fitri. Secara umumnya, disunatkan bertakbir pada bila-bila masa dan mana-mana tempat seperti di masjid, surau, rumah, jalan raya, pasar dan selainnya dengan suara yang tinggi atau nyaring bermula pada Subuh hari ‘Arafah (9 Dzulhijjah) sehingga selepas ‘asar 13 Dzulhijjah. Takbir yang tiada mengiringi solat dinamakan takbir mutlaq atau takbir mursal.
Takbir muqayyad ertinya takbir yang mengiringi atau mengikat dengan solat yang hanya boleh dilakukan setelah selesai solat sahaja sama ada solat fardu ataupun sunat. Apabila masuknya waktu hari ‘Arafah, disunatkan bertakbir sesudah solat subuh. Setelah masuknya waktu Maghrib, takbir muqayyad tadi berubah sifat kepada takbir mursal. Sifat mursal ini akan kekal sehinggalah imam bertakbiratul ihram di dalam solat sunat ‘idul Adha. Ini bermakna, apabila masuknya waktu Maghrib, maka dibolehkan bertakbir pada bila-bila masa dan mana-mana tempat. Akan tetapi, sesudah solat sunat ‘idul Adha, ia berubah semula sifatnya kepada takbir muqayyad sehinggalah waktu ‘asar 13 Zulhijjah. Bagaimanapun, apa yang dibuat oleh umat Islam di Malaysia seperti mula bertakbir ‘idul Adha pada waktu maghrib tidaklah menjadi suatu kesalahan. Cuma yang sebetulnya, ia bermula pada waktu subuh lagi. Ibnu Taimiyah dalam Majmu’ Fatawa menjelaskan, “Hendaklah takbir dilakukan mulai dari waktu fajar hari ‘Arafah sampai akhir hari Tasyriq (pada 11,12,13 Dzulhijjah), dilakukan setiap selesai mengerjakan solat, dan disyariatkan bagi setiap orang untuk mengeraskan suara dalam bertakbir ketika keluar untuk solat ‘idul Adha. Ini merupakan kesepakatan para imam yang empat”.
5
10. Berkumpulnya Induk-induk Ibadah Berkumpulnya induk-induk ibadah pada waktu itu menjadikan 10 hari pertama bulan Dzhulhijjah begitu istimewa. Imam Ibnu Hajar al-‘Asqalani berkata, “Sebab yang menjadikan istimewanya sepuluh hari (pertama) Dzulhijjah adalah kerana padanya terkumpul ibadah-ibadah induk (besar), iaitu: solat, puasa, sedekah dan haji, yang (semua) ini tidak terdapat pada hari-hari yang lain.”
Ismail Bin Ahmed MBA, ADBM, Dip. Syariah, Dip. Bahasa Arab, Dip. General Translation
Guru Agama Bertauliah Selangor & Wilayah Persekutuan, MMIM Pondok Singgah, Raudhat al-Dzakiriin, Lot 5671, Sg. Kembong Hilir, Bangi, 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan
6