UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
FENOMENA PENGEKALAN DAN PERALIHAN DIALEK DALAM KALANGAN MASYARAKAT DI KG PENDIAT, BOTA
NOR AQILAH BT ALIASAM
IJAZAH SARJANA MUDA BAHASA MELAYU KOMUNIKASI PROFESIONAL (KEPUJIAN)
JUN 2016
1
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
FENOMENA PENGEKALAN DAN PERALIHAN DIALEK DALAM KALANGAN MASYARAKAT DI KG PENDIAT, BOTA
NOR AQILAH BT ALIASAM
Penulisan Ilmiah yang dikemukakan untuk memperolehi Ijazah Sarjana Muda Pengajian Bahasa Gunaan (Kepujian) Bahasa Melayu Komunikasi Profesional
Jabatan Pengajian Melayu, Akademi Pengajian Bahasa
Jun 2016
2
JABATAN PENGAJIAN MELAYU AKADEMI PENGAJIAN BAHASA
FENOMENA PENGEKALAN DAN PERALIHAN DIALEK DALAM KALANGAN MASYARAKAT DI KG PENDIAT, BOTA
DISEDIAKAN OLEH
NOR AQILAH BT ALIASAM 2013479114
Penulisan Ilmiah ini telah diterima oleh Jabatan Pengajian Melayu, Akademi Pengajian Bahasa untuk memenuhi sebahagian daripada keperluan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Bahasa Gunaan (Kepujian) Bahasa Melayu Komunikasi Profesional pada Sesi 2015 / 2016.
____________________
___________________
Penyelia
Ketua Pusat Pengajian
____________________
__________________
Tarikh
Tarikh
3
PENGAKUAN
Dengan ini, saya ingin menyatakan bahawa segala kerja-kerja yang dilakukan dalam Penulisan Ilmiah ini telah dihasilkan tertakluk kepada peraturan Universiti Teknologi MARA. Ia merupakan karya yang asli dan dihasilkan oleh saya sendiri, kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumber rujukannya. Penulisan Ilmiah ini belum pernah dihantar atau diserahkan kepada mana-mana institusi akademik atau institusi bukan akademik untuk tujuan pengijazahan atau lain-lain penganugerahan.
Sekiranya Penulisan Ilmiah ini telah terbukti melanggar perkara yang telah disebutkan di atas, saya dengan suka relanya akan mengenepikan atau tidak menuntut sebarang hak untuk penganugerahan ijazah saya. Saya juga bersetuju supaya dikenakan tindakan disiplin berdasarkan peraturan yang telah termaktub oleh Universiti Teknologi MARA.
Nama
:
NOR AQILAH BT ALIASAM
No. Pelajar
:
2013479114
Program
:
IJAZAH SARJANA MUDA PENGAJIAN BAHASA GUNAAN (KEPUJIAN) BAHASA MELAYU KOMUNIKASI PROFESIONAL
Fakulti
:
AKADEMI PENGAJIAN BAHASA
Tajuk
:
FENOMENA PENGEKALAN DAN PERALIHAN DIALEK DALAM KALANGAN MASYARAKAT DI KG PENDIAT, BOTA
Tandatangan : ……………………………… Tarikh
: ………………………………
4
ABSTRAK
Kajian fenomena pengekalan dan peralihan dialek dalam kalangan masyarakat di Kg Pendiat, Bota ini telah dianalisis menggunakan Teori Domain oleh Fishman (1972), Teori Pengekalan Bahasa oleh Holmes (1992: 62) dan Teori Peralihan Bahasa oleh Rajeshwari Pandharipande (1992). Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pemilihan bahasa yang digunakan mengikut domain dalam kalangan masyarakat, mengenal pasti pengekalan dan peralihan dialek mengikut generasi dan mengenal pasti fenomena pengekalan dan peralihan dialek Perak dalam kalangan masyarakat. Kaedah yang digunakan untuk mendapatkan data adalah kaedah soal selidik, pemerhatian dan temu bual terhadap masyarakat. Jumlah responden kajian ini sebanyak 50 orang dan informan kajian ini pula sebanyak 20 orang. Analisis dan dapatan kajian ini mendapati bahawa generasi pertama memilih untuk menggunakan dialek dalam domain kekeluargaan, domain jual beli (transaksi) dan domain pekerjaan. Mereka menggunakan bahasa Melayu dalam domain kejiranan dan persahabatan, domain keagamaan, domain pendidikan dan domain pemerintahan. Generasi kedua pula memilih untuk menggunakan dialek dalam domain kekeluargaan dan domain kejiranan dan persahabatan. Mereka menggunakan bahasa Melayu dalam domain keagamaan, domain jual beli (transaksi), domain pendidikan, domain pemerintahan dan domain pekerjaan. Generasi ketiga pula memilih untuk menggunakan bahasa Melayu dalam kesemua domain iaitu domain kekeluargaan, domain kejiranan dan persahabatan, domain keagamaan, domain jual beli (transaksi), domain pendidikan, domain pemerintahan dan domain pekerjaan. Seterusnya, generasi pertama dilihat berusaha mengekalkan penggunaan dialek berbanding generasi kedua dan generasi ketiga yang dilihat sudah beralih menggunakan bahasa Melayu berbanding dialek. Jelas bahawa fenomena pengekalan dialek dan peralihan dialek wujud dalam masyarakat Kg Pendiat, Bota, Perak. Kata kunci: pemilihan bahasa, pengekalan bahasa, peralihan bahasa, tiga generasi
6