G TATATERTIB DAN SURCAJ
(Gambar)
G.
TATATERTIB DAN SURCAJ G.1
Tatatertib Staf
G.2
Surcaj
G.3
Etika Pakaian
Bahagian ini hendaklah dibaca dengan merujuk kepada Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 (Akta 605)
G.1
TATATERTIB STAF
Bagi tindakan tatatertib dan surcaj, staf UTM adalah tertakluk di bawah Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 [Akta 605], Rasional Peraturan Tatatertib adalah seperti berikut:Memastikan staf Universiti : i.
melaksanakan tugas dengan beramanah dan bertanggungjawab;
cekap,
ii. meletakkan kepentingan awam lebih utama daripada kepentingan mereka sendiri; iii. menjaga imej perkhidmatan Universiti; dan iv. yang melakukan kesalahan / melanggar peraturan dihukum. Di bawah Jadual Kedua, Bahagian II, PeraturanPeraturan (Tatatertib dan Surcaj) 2000 (Akta 605) telah memperuntukkan berkenaan tatakelakuan yang perlu dipatuhi oleh staf. Tatakelakuan tersebut adalah seperti berikut:-
TATAKELAKUAN YANG MESTI DIPATUHI Peraturan 3, Peraturan-Peraturan Tatatertib Badan-Badan Berkanun, Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 (Akta 605):-
1. “Seseorang pegawai hendaklah pada setiap masa memberikan taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada Yang Dipertuan Agong, Negara, Kerajaan dan Badan Berkanun.” Contoh pelanggaran: i)
bersubahat dengan musuh negara.
ii) membocorkan rahsia Kerajaan. iii) memburuk-burukkan serta memperkecilkecilkan dasar serta tindakan Kerajaan.
2. “Seseorang pegawai tidak boleh(a) membelakangkan kewajipannya kepada badan berkanun demi kepentingan peribadinya;” Contoh pelanggaran: i)
menguruskan perniagaan / pelaburan sendiri / isteri / anak / saudara-mara dalam waktu pejabat / tugas rasmi.
ii) menyebelahi / memberi keutamaan kepada saudara-mara / rakan-rakan dalam menimbangkan sesuatu permohonan.
(b) “berkelakuan dengan sedemikian cara yang mungkin menyebabkan kepentingan peribadinya bercanggah dengan kewajipannya kepada badan berkanun;” Contoh pelanggaran: i)
menguruskan tender / sebutharga sedangkan staf mengetahui ada di antara mereka yang mengemukakan tender / sebutharga terdiri daripada saudara-maranya
(c) “berkelakuan dengan apa-apa cara yang mungkin menyebabkan syak yang munasabah bahawa(i) dia telah membiarkan kepentingan peribadinya bercanggah dengan kewajipannya kepada badan berkanun sehingga menjejaskan kebergunaannya sebagai pegawai berkanun; atau (ii) dia telah menggunakan kedudukannya sebagai seorang pegawai badan berkanun bagi faedahnya sendiri;” Contoh pelanggaran: i)
menggunakan dan memandu kenderaan jabatan untuk
kegunaan sendiri seperti pergi ke pejabat dan balik dari pejabat, menghantar anak ke sekolah dan lain-lain. ii) menggunakan staf jabatan / alat / barang-barang jabatan untuk halhal persendiriannya seperti membersihkan tanah, kawasan rumah, mengangkat perabot rumah dan lain-lain. (d) “berkelakuan dengan cara yang boleh memburukkan / mencemar nama badan berkanun;” Contoh pelanggaran: i)
terlibat dalam penyalahgunaan dadah.
ii) berjudi di pejabat/waktu bertugas. iii) disabitkan kesalahan mahkamah syariah.
jenayah
/
iv) kesusahan berat kerana hutang. v) menerima keraian dari orang yang ada hubungan rasmi. vi) melakukan gangguan seksual.
(e) “kurang cekap atau kurang berusaha;” Contoh pelanggaran: i)
gagal menguruskan penyata bank dan buku tunai dengan teratur dan bersistematik.
ii) tiada inisiatif untuk menyelesaikan urusan kerja seberapa segera. (f) “tidak jujur atau tidak amanah;” Contoh pelanggaran: i)
menggunakan wang tabung amanah untuk kegunaan sendiri.
ii) membuat bayaran tanpa menyemak kerja-kerja yang diarahkan telah siap atau belum. iii) tidak melaporkan pelaburan.
harta
atau
(g) “tidak bertanggungjawab;” Contoh pelanggaran: i)
menghasut staf lain supaya jangan terlalu berusaha dalam menjalankan tugas.
ii) menjalankan sesuatu tugas tanpa menghiraukan implikasi terhadap Jabatan khasnya dan Kerajaan amnya iii) mengambil cuti perkhidmatannya diperlukan.
rehat disaat sangat-sangat
(h) “membawa atau cuba membawa apaapa bentuk pengaruh atau tekanan luar untuk menyokong atau memajukan apa-apa tuntutan berhubung dengan atau terhadap badan berkanun, sama ada tuntutan itu ialah tuntutannya sendiri atau tuntutan mana-mana pegawai lain”; Contoh pelanggaran: i)
meminta orang kenamaan untuk menggunakan jasa baiknya mempengaruhi Lembaga Pemilih Universiti untuk menaikkan pangkatnya.
ii) meminta ahli politik untuk menyokong permohonannya mendapatkan tanah Kerajaan atau rumah atau sesuatu jawatan. (i) “ingkar perintah;” dan Contoh pelanggaran:
i)
membantah atau melawan pegawai atasan.
ii) membawa keluar fail terperingkat Jabatan tanpa kebenaran bertulis Ketua Jabatan. iii) keluar negara tanpa kelulusan Ketua Jabatan. (j) “cuai dalam tugasnya.”
melaksanakan
tugas-
Contoh pelanggaran: i)
cuai memastikan barang-barang yang dibeli oleh Jabatan di masukkan dalam senarai 'inventory'.
ii) menghilangkan harta Universiti dalam simpanan pegawai. iii) gagal memberitahu Bahagian Kewangan supaya memberhentikan gaji seseorang pegawai yang telah letak jawatan.
LARANGAN-LARANGAN LAIN Di dalam Akta yang sama, telah diperuntukkan larangan-larangan lain yang perlu dipatuhi. Larangan-larangan ini boleh dibahagikan kepada dua (2) kategori iaitu:
i) DITEGAH SAMA SEKALI (MUTLAK) ii) BOLEH BUAT DENGAN KEBENARAN DITEGAH SAMA SEKALI (MUTLAK) PER.
JENIS LARANGAN
6
MENYALAHGUNA DADAH
8
MENERIMA/ MEMBERI KERAIAN
10
MENYENGGARA TARAF HIDUP MELEBIHI DARIPADA EMOLUMEN RASMI DAN PENDAPATAN PERSENDIRIAN YANG SAH
11
MEMINJAM WANG/MENJADI PENJAMIN
12
KETERHUTANGAN SERIUS
14
MEMINJAMKAN WANG DENGAN FAEDAH
15
PENGLIBATAN HADAPAN
16
REFEL DAN LOTERI
17
PENERBITAN BUKU BERDASARKAN MAKLUMAT TERPERINGKAT
19
PENYUNTING AKHBAR/MAJALAH/JURNAL
20
KEGIATAN POLITIK PEGAWAI
23
TIDAK HADIR BERTUGAS CUTI/KEBENARAN/SEBAB MUNASABAH Pek. Pentadbiran bil. 26/2001
KEWANGAN
DALAM
YANG
PASARAN
TANPA YANG
LARANGAN YANG BOLEH DIBUAT DENGAN KEBENARAN PER
PENGECUALIAN
KUASA MEMBERI KEBENARAN KETUA JABATAN
4
PEKERJAAN LUAR Pek. Pentadbiran bil. 7/2006
5
ETIKA BERPAKAIAN Pek. Pentadbiran bil. 5/2006
NAIB CANSELOR
7
MENERIMA HADIAH/ KERAIAN
KETUA JABATAN
9
PEMUNYAAN HARTA Pek. Pentadbiran bil. 25/2001
JAWATANKUASA TATATERTIB
18
PERNYATAAN AWAM
MENTERI
20
KEGIATAN POLITIK i) KUMPULAN SOKONGAN ii) CUTI SEBELUM BERSARA
LEMBAGA
PENAMATAN DEMI KEPENTINGAN AWAM Bedasarkan kepada Sek 10 (1), Bahagian III, Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 [Akta 605], Jawatankuasa Tatatertib boleh memperakukan kepada Lembaga supaya perkhidmatan seseorang staf ditamatkan demi kepentingan awam walaupun tiada prosiding tatatertib telah dijalankan di bawah Akta ini.
HUKUMAN Peraturan 40, Bahagian VI, Jadual Kedua, Peraturan-Peraturan Tatatertib Badan-Badan Berkanun, Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 (Akta 605). Jika sesorang staf didapati bersalah atas suatu kesalahan tatatertib, Jawatankuasa Tatatertib boleh mengenakan mana-mana satu atau apaapa gabungan dua atau lebih hukuman yang berikut: a) amaran; b) denda; c) lucut hak emoumen; d) tangguh pergerakan gaji; e) turun gaji; f)
turun pangkat;
g) buang kerja.
RAYUAN Jika seseorang staf didapati bersalah atas sesuatu kesalahan tatatertib oleh suatu Jawatankuasa Tatatertib maka staf boleh merayu terhadap keputusan itu kepada Jawatankuasa Rayuan Tatatertib sepertimana yang
diperuntukkan di bawah Bahagian II, Jadual Ketiga, Peraturan-Peraturan Tatatertib BadanBadan Berkanun, Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 (Akta 605).
G.2
SURCAJ
Merujuk kepada Seksyen 14, Bahagian IV, Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 [Akta 605] yang menyatakan bahawa seorang staf yang adalah atau pernah berada dalam penggajian sesuatu badan berkanun boleh disurcaj jika ternyata kepada Lembaga, staf tersebut adalah cuai dalam maksud Sek 14(a) hingga (e) iaitu seperti berikut:(a) “tidak atau telah gagal untuk memungut apa-apa wang yang terhutang kepada badan berkanun itu yang bagi pemungutannya dia adalah atau telah dipertanggungjawabkan; (b) adalah atau telah bertanggungjawab bagi apa-apa pembayaran wang yang tidak sepatutnya daripada badan berkanun itu atau bagi apa-apa pembayaran wang yang tidak diluluskan dengan sewajarnya; (c) adalah atau telah bertanggungjawab, secara langsung atau tidak langsung, bagi apa-apa kekurangan dalam, atau bagi pemusnahan, apa-apa wang, barangbarang simpanan atau harta lain badan berkanun itu;
(d) sebagai atau sebagai seorang yang pernah menjadi pegawai akaun, tidak atau telah gagal untuk menyimpan atau memantau akaun atau rekod yang sepatutnya bagi badan berkanun itu; atau (e) Tidak atau telah gagal untuk membuat apa-apa pembayaran, atau adalah atau telah bertanggungjawab bagi apa-apa kelewatan dalam pembayaran wang daripada badan berkanun itu kepada mana-mana orang yang kepadanya bayaran itu kena dibayar di bawah manamana undang-undang atau di bawah mana-mana kontrak, perjanjian atau perkiraan yang dibuat antara orang itu dengan badan berkanun itu.”
G.3
ETIKA PAKAIAN
Peraturan 5 Bahagian II, Peraturan-Peraturan Tatatertib Badan-Badan Berkanun, Akta BadanBadan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 (Akta 605) Semasa bertugas staf hendaklah sentiasa berpakaian dengan sepatutnya yang ditentukan oleh Universiti melalui arahan yang dikeluarkan oleh Lembaga dari masa ke semasa. Etika pakaian juga adalah selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan Bil 2 tahun 1985 dan Pekeliling Pentadbiran UTM bil 5/2006.
Contoh pelanggaran: i)
memakai singlet atau baju-T, tanpa kolar pada hari bekerja biasa.
ii) memakai sarong, seluar pendek dan lain-lain kecuali tempat yang dibenarkan.