SENTUHAN INTELEKTUAL MEMBACA KARYA-KARYA BESAR KLASIK ISLAM ‘ALI BIN ABI TALIB [K.W] DAN SENTUHAN INTELEKTUALNYA MENERUSI KITAB NAHJ AL-BALAGHAH Pembentangan oleh: Prof. Madya Dr. Wan Zailan Kamaruddin Wan Ali Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Abstrak Tulisan ini bertujuan memperkenalkan seorang tokoh terkemuka dalam dunia Islam yang pernah melalui proses tarbiah oleh Rasulullah (s.a.w) sendiri dan beliau ialah „Ali bin Abi Talib (k.w). Seterusnya memperkenalkan sebuah karya klasik besar dikenali kitab Nahj alBalaghah yang merupakan sebuah koleksi gagasan ide dan pemikiran tokoh tersebut. Mengemukakan beberapa contoh pemikiran „Ali bin Abi Talib (r.„a) dalam persoalan pilihan untuk menilai kehebatan dan sentuhan intelektual menerusi Nahj al-Balaghah. Melihat kepentingan dan impak hasil pemikirannya kepada masyarakat muslim secara khususnya di Malaysia.
1
‘ALI BIN ABI TALIB [R.‘A] DAN SENTUHAN INTELEKTUALNYA MENERUSI KITAB NAHJ AL-BALAGHAH Latar belakang tokoh dan ketokohan ‘Ali bin Abi Talib (k.w): Nama sebenar cAli (r.a) ialah cAli bin Abi Talib bin cAbd al-Muttalib bin Hasyim bin cAbd Manaf bin Qusay bin Kilab bin Murrah bin Lu‟i bin Ghalib bin Fihr bin Malik bin al-Nadr bin Kinanah bin Khuzaymah bin Mudrikah bin Ilyas bin Mudar bin Nazar bin Ma„ad bin cAdnan. Beliau (r.„a) dilahirkan pada hari Jumaat 13 Rajab tahun 22 sebelum Hijrah, 30 tahun selepas Tahun Gajah bersamaan 570M, di dalam Ka„bah, rumah Allah (s.w.t) yang suci di kota Makkah al-Mukarramah.1 Dikatakan bahawa tiada seorang manusia pun sama ada sebelum mahupun selepasnya, bermula dengan Nabi Adam („a.s) sehingga kepada Nabi Muhammad (s.„a.w) pernah dilahirkan di dalam Ka„bah, rumah Allah.2 Ini secara langsung menjadi suatu tanda kemuliaan dan keistimewaannya pada pandangan Allah (s.w.t) dengan kedudukannya diangkatkan olehNya (s.w.t) sendiri.3 Keturunan (nasab) cAli (r.„a) adalah sama dengan keturunan Nabi Muhammad (s.„a.w) seperti yang telah disepakati oleh semua ulama yang mengkaji silsilah keturunan kedua-duanya tanpa sebarang perselisihan pendapat.4 Keturunan Nabi Muhammad (s.„a.w) dan cAli (r.„a) sampai kepada Nabi Adam („a.s) terdiri daripada keturunan yang mulia dan bersih daripada kedua-dua belah pihak, ibu dan bapanya. Mereka semuanya terdiri daripada para penyembah Allah atau dengan kata-kata lain, para penganut agama al-Tawhid. Kenyataan tersebut diakui sendiri oleh Nabi Muhammad (s.„a.w)5 dan cAli (r.„a).6 Oleh itu, nenek-moyang (sama ada sebelah lelaki dan perempuan) Nabi (s.„a.w) adalah nenek-moyang cAli juga. Beliau (r.„a) semenjak zaman bayinya telah pun dipelihara oleh Nabi Muhammad (s.„a.w). Oleh kerana itu, tendensi keagamaannya sejak dari zaman kanakkanaknya sudah dapat dijangkakan. Ini bersesuaian dan bertepatan dengan pendidikan Nabi (s.„a.w) terhadapnya. Al-Halabi mengatakan: “ cAli bin Abi Talib (r.„a) tidak pernah menjadi seorang yang mensyirikkan Allah selama hayatnya, kerana beliau sentiasa bersama-sama dengan Rasulullah (s.„a.w) dari semenjak kecil lagi sama seperti salah seorang anak baginda (s.„a.w) sendiri, dan bahkan
1
Al-Mas„udi, Ithbat al-Wasiyyah, h.140-141; Ibn al-Sabbagh al-Maliki, al-Fusul al-Muhimmah, h.30; alQanduzi al-Hanafi, Yanabi„ al-Mawaddah, I, h.178; al-Diyarbakri, Tarikh al-Khamis, I, h.379; Ibn Abi alHadid, Syarh Nahj al-Balaghah, I, h.14; al-Bahrani, Ghayah al-Maram, h.13. 2 Al-Mas„udi, ibid, h.129; Ibn al-Sabbagh al-Maliki, ibid, h.30. 3 Al-Kanji al-Syafi„i, Kifayah al-Talib, h.407; al-Syablanji, Nur al-Absar, h.85; al-Bahrani, op.cit, h.13. 4 Al-Khwarizmi, al-Manaqib, h.12; Ibn Syahrasyub, Manaqib, I, h.154; Sibt ibn al-Jawzi, Tadhkirah alKhawwas, h.2; al-Mas„udi, Muruj al-Dhahab, I, h.48-56. 5 Ibn al-Maghazili, Manaqib, h.49; al-Kanji al-Syafi„i, Kifayah al-Talib, h.408. 6 Al-Syarif al-Radi, Nahj al-Balaghah, (Khutbah no.1), h.47.
2
beliau sentiasa mengikuti Nabi (s.„a.w) dalam semua perkara. Oleh kerana itu, agamanya sejak dari awal lagi adalah agama yang dianuti oleh Nabi (s.„a.w).”7 Nabi Muhammad (s.„a.w) pernah mengatakan kepadanya yang bermaksud: “Engkaulah al-Siddiq al-Akbar dan engkaulah al-Faruq yang membezakan kebenaran daripada kebatilan dan engkaulah juga pemimpin agama (ya„sub al-din).”8 Keterangan ini diperkukuhkan menerusi kenyataan beliau sendiri yang menyebutkan: “ Akulah al-Siddiq al-Akbar, akulah al-Faruq al-Awwal, aku telah menganuti agama Islam lebih dahulu daripada manusia-manusia lain dan telah melakukan salat lebih awal daripada mereka.”9 Nama bapa cAli (r.„a) ialah Abu Talib (atau „Abd Manaf) bin „Abd al-Muttalib (@ Syaibah al-Hamd) bin Hasyim (@ „Amru) bin „Abd Manaf (@ al-Mughirah).10 Nama beliau yang sebenar ialah „Abd Manaf. Bagaimanapun, beliau lebih dikenali menerusi kunyahnya iaitu Abu Talib. Beliau mempunyai ikatan persaudaraan seibu sebapa dengan „Abd-Allah, bapa Nabi (s.„a.w). Abu Talib merupakan pembela Nabi (s.„a.w) dari semenjak kecil. Beliau juga sentiasa mempertahankan dan menanggung segala penderitaan semata-mata kerana Nabi (s.„a.w) daripada tindakan kaum musyrik Quraisy serta menyokongnya dalam sebarang keadaan, dan selepas kewafatannya, barulah Nabi (s.„a.w) berhijrah ke kota Madinah. Nama ibu cAli (r.„a) pula ialah Fatimah bint Asad bin Hasyim bin „Abd Manaf bin Qusay.11 Beliau seringkali disebutkan sebagai wanita Bani Hasyim yang pertama melahirkan anak kepada Bani Hasyim,12 dan menjadi ibu kepada semua anak Abu Talib. Pada pandangan Rasulullah (s.„a.w), beliau menganggap Fatimah bint Asad sebagai ibunya (ummi) sendiri, sepeninggalan ibunya, Aminah kerana baginda (s.„a.w) dibesarkan olehnya.13 Beliau juga merupakan salah seorang wanita yang mempunyai kedudukan yang sangat istimewa pada masa Nabi Muhammad (s.„a.w) dan sentiasa menunjukkan sikap yang baik terhadapnya selepas Abu Talib bin „Abd al-Muttalib, bahkan sewaktu kewafatannya, Nabi (s.„a.w) sendiri dikatakan mengkafankannya dengan pakaian baginda sendiri dan mengurusi jenazahnya sehingga ke liang lahad. c
Ali (r.„a) berkahwin dengan Fatimah bint Muhammad (s.„a.w), yang dikenali sebagai ketua wanita sekalian alam (Sayyidah Nisa‟ al-„Alamin),14 ketua wanita penghuni 7
Al-Halabi, al-Sirah al-Halabiyyah, I, h.435; al-Khwarizmi, al-Manaqib, h.51. Muhibb al-Din al-Tabari, ibid, h.56; al-Kanji al-Syafi„i, ibid, h.407; al-Qanduzi al-Hanafi, ibid, I, h.207; al-Amin, op.cit, (bhg.I), III, h.37. Menurut Sulaym, ia disebut sebagai Ya„sub al-Mu‟minin. (Lihat: alSaqifah, h.156-157.) 9 Al-Hakim, al-Mustadrak, III, h.112; Ibn Abi al-Hadid, Syarh Nahj al-Balaghah, I, h.30. 10 Ibn al-Athir, Usd al-Ghabah, IV, h.91; al-Kanji al-Syafi„i, Kifayah al-Talib, h.408; Ibn Sa„d, al-Tabaqat al-Kubra, III, h.19-20; Sibt ibn al-Jawzi, Tadhkirah al-Khawwas, h.6-8. 11 Al-Mas„udi, Ithbat al-Wasiyyah, h.129; Ibn al-Maghazili, Manaqib, h.19; Ibn Sa„d, ibid, III, h.19-20; Sibt ibn al-Jawzi, ibid, h.9-10. 12 Al-Hakim, al-Mustadrak, III, h.107; Ibn „Abd al-Barr, al-Isti„ab, II, h.456; Ibn al-Maghazili, ibid, h.20; Muhibb al-Din al-Tabari, Dhakha‟ir al-„Uqba, h.55; al-Kanji al-Syafi„i, op.cit, h.102. 13 Ibn Abi al-Hadid, Syarh Nahj al-Balaghah, I, h.15; al-Khwarizmi, al-Manaqib, h.47-48. 14 Ibn Sa„d, al-Tabaqat al-Kubra, VIII, h.27; Abu Nu„aim al-Isbahani, Hilyah al-Awliya‟, II, h.40; Ibn Hajar al-Haythami, al-Sawa„iq al-Muhriqah, h.85; Muhibb al-Din al-Tabari, Dhakha‟ir al-„Uqba, h.29; alBaghdadi, Usul al-Din, h.306; al-Isfara‟ini, al-Tabsir fi al-Din, h.166. 8
3
syurga (Nisa‟ Ahl al-Jannah)15 atau ketua sekalian wanita umat ini (Nisa‟ hadhihi alUmmah)16 yang merupakan isterinya yang pertama selepas perang Uhud, ketika Fatimah berusia 15 tahun 5 bulan. Menerusi perkahwinan dengan Fatimah bint Muhammad (s.„a.w),17 mereka memperolehi 5 orang cahaya mata - al-Hasan, al-Husayn, Muhsin, Zaynab al-Kubra dan Umm Kulthum al-Kubra (@ Zaynab al-Sughra). Muhsin adalah nama yang dikurniakan oleh Rasulullah (s.„a.w) kepadanya dan beliau dikatakan dilahirkan selepas al-Husayn. c
Ali (r.„a) dilahirkan 3 tahun sebelum Nabi Muhammad (s.„a.w) mengahwini Khadijah (r.„a). Oleh kerana semua anak lelaki Nabi (s.„a.w) wafat, Fatimah bint Asad selaku ibu kepada cAli yang ingin meredakan kesedihan Nabi (s.„a.w) telah menyerahkan beliau kepada baginda (s.„a.w). Justeru itu, selepas Nabi Muhammad (s.„a.w) mengahwini Khadijah (r.„a), cAli (r.„a) telah dianggap sebagai anak oleh Khadijah (r.„a). Justeru itu, beliau telah diasuh, dibesarkan dan dididik oleh baginda (s.„a.w) sendiri.18 Justeru itu, kelihatan cAli (r.„a) tidak pernah menjadi murid dan tidak pernah berguru dengan sesiapa pun kecuali Nabi Muhammad (s.„a.w) yang merupakan guru yang terulung baginya.19 Kenyataan ini dibuktikan kerana semenjak dari kecil,20 beliau telah dipelihara dan dibesarkan di rumah baginda (s.„a.w). Beliau sendiri tidak pernah berpisah dengan baginda (s.„a.w) dari awal hingga wafat kecuali dalam beberapa peristiwa tertentu sahaja.21 Koleksi Hasil Pemikiran ‘Ali bin Abi Talib (k.w): Manuskrip dan tulisan: c
Ali bin Abi Talib (r.„a) dikatakan pengarang dan pengumpul bahan-bahan pemikiran Islam pertama dalam dunia Islam.22 Beliau merupakan salah seorang daripada 17 orang yang terawal dari kalangan orang-orang Islam yang tahu membaca dan menulis.23 Ibn Syahrasyub mengatakan bahawa tokoh pertama yang menghasilkan penulisan dalam Islam ialah cAli bin Abi Talib, diikuti dengan Salman al-Farisi, dan seterusnya Abu Dhar.24 Jadi, tidaklah menghairankan sekiranya beliau dikatakan mempunyai beberapa buah karya hasil tulisannya sendiri. Di antara hasil penulisan beliau (r.„a) adalah seperti berikut: 15
Al-Bukhari, Sahih, V, h.25, 36; Sulaym, al-Saqifah, h.116; Muhibb al-Din al-Tabari, ibid, h.42-43; Ibn al-Maghazili, Manaqib, h.399; al-Tirmidhi, Sunan, V, h.703. 16 Muslim, Sahih, IV, h.1905. 17 Anak-anak „Ali (r.„a) dengan Fatimah (r.„a) disebutkan sebagai anak-anak Rasulullah (s.„a.w), dan mereka merupakan ketua sekalian pemuda ahli syurga (Sayyida Syabab Ahl al-Jannah). Lihat: Al-Qanduzi al-Hanafi, Yanabi„ al-Mawaddah, I, h.164-165; al-Kanji al-Syafi„i, Kifayah al-Talib, h.412; al-Isfara‟ini, al-Tabsir fi al-Din, h.166. 18 Al-Mas„udi, Ithbat al-Wasiyyah, h.119, 141. 19 Al-Qanduzi al-Hanafi, op.cit, I, h.72-73. 20 Al-Bahrani, Ghayah al-Maram, h.15. 21 Ibn Hajar al-„Asqalani, al-Isabah, II, h.507. 22 Ibn Syahrasyub, Manaqib, II, h.41. 23 Al-Baladhuri, Futuh al-Buldan, h.457; Al-Sayyid Muhammad „Aqil, al-Imam „Ali bin Abi Talib, h.29. 24 Ibn Syahrasyub, op.cit, II, h.40.
4
Al-Qur’an: Kebanyakan sumber Islam menyebutkan bahawa beliau (r.„a) merupakan tokoh pertama25 yang menjadi pengumpul al-Qur‟an sejurus selepas kewafatan Rasulullah (s.„a.w) kerana pada masa baginda masih hidup, tidak ada seorang pun yang pernah melakukannya, dan mushaf tersebut pula merupakan bahan penulisan terawal dan berada dalam simpanan keturunan Ja„far. Sumbangan besar beliau (r.„a) dalam pengumpulan alQur‟an dapat dilihat menerusi kepentingan dan kedudukan al-Qur‟an dalam kehidupan umat Islam pada masakini.26 Mushaf Fatimah: Sebaik sahaja menyudahkan pengumpulan al-Qur‟an al-Karim, cAli (r.„a) telah mengarang sebuah kitab yang ditulis khusus untuk Sayyidah Nisa‟ al-„Alamin, Fatimah al-Zahra‟ (r.„a) yang kemudian dikenali dalam kalangan anak-anaknya sebagai Mushaf Fatimah. Ia bertujuan untuk meringankan penderitaan dan kesengsaraan dalam kehidupan Fatimah al-Zahra‟ (r.„a) selepas kewafatan bapanya, Rasulullah (s.„a.w).27 Mushaf ini mengandungi koleksi khutbah, bidalan, pepatah, peribahasa, perumpamaan, riwayat dan ramalan. Ia merupakan catatan yang ditulis hasil daripada bacaan Nabi Muhammad (s.„a.w) kepada cAli (r.„a). Al-Sahifah: Kitab al-Sahifah ditulis sebaik sahaja beliau (r.„a) menyiapkan penulisan Mushaf Fatimah. Al-Bukhari dan Muslim turut menyebutkannya di dalam kitab Sahih mereka pada beberapa tempat.28 Kedua-duanya mengemukakan sebuah riwayat alA„masy daripada Ibrahim al-Taymi yang memetik kata-kata bapanya bahawa cAli (r.„a) pernah menerangkan bahawa al-Sahifah tersebut adalah satu-satunya kitab yang dibaca, ditulis dan dimilikinya selain daripada Kitab Allah (al-Qur‟an). Al-Jami‘ah: Al-Jami„ah ialah sebuah kitab berupa kepingan-kepingan kulit dituliskan oleh Nabi Muhammad (s.„a.w) kepada cAli (r.„a). Kitab tersebut dikatakan mengandungi perkara-perkara yang berhubung dengan halal dan haram dan penjelasan tentang perintah sebagaimana terkandung dalam al-Qur‟an. Para Imam daripada keturunan Ahl al-Bayt Rasulullah (s.„a.w) dikatakan mewarisinya secara silih berganti, dan mereka
25
Al-Khwarizmi, al-Manaqib, h.93-94; al-Suyuti, al-Itqan, I, h.176; Tarikh al-Khulafa‟, h.166; al-Tabarsi, al-Ihtijaj, I, h.155; al-Najasyi, Tahdhib al-Maqal, I, h.155. 26 Mushaf al-Qur‟an „Ali (r.„a) dikatakan tidak ada lagi semenjak zaman Khalifah „Uthman ibn „Affan dengan penerimaan secara rasmi Mushaf al-Qur‟an „Uthmani. 27 Syaraf al-Din al-Musawi, al-Muraja„at, h.327; al-„Amili, „Aqidah, h.59-61. 28 Al-Bukhari, Sahih, VIII, h.10; Muslim, Sahih, II, h.995-999; al-Muttaqi al-Hind, Kanz al-„Ummal, V, h.445; al-Dhahabi, Tadhkirah al-Huffaz, I, h.12.
5
menamakannya sebagai al-Jami„ah, al-Sahifah, Kitab „Ali dan al-Sahifah al-„Atiqah (kitab tua) yang mengandungi hukum-hukum Allah.29 Al-Jafr: Menurut al-Qanduzi al-Hanafi, al-Jafr daripada tulisan cAli (r.„a) mengandungi 1700 sumber (masdar) yang merupakan kunci segala ilmu pengetahuan (mafatih al„ulum) dan kilauan bintang (masabih al-nujum) dan dikenali di kalangan ulama‟ alhuruf sebagai al-Jafr al-Jami„ wa al-Nur al-Lami„ yang terdiri daripada dua buah kitab. Keistimewaan cAli bin Abi Talib (r.‘a) dalam al-Qur’an dan al-Hadith: Selepas Rasulullah (s.„a.w), „Ali (r.„a) merupakan manusia istimewa yang disebutkan keistimewaan, kebaikan dan keutamaannya dalam al-Qur‟an al-Karim. Keutamaannya (manaqib) dalam al-Qur‟an dikatakan lebih banyak dibandingkan dalam al-Sunnah30 dan bahkan sehingga tidak terhitung.31 Dalam al-Hadith juga, beliau (r.„a) turut disebutkan sebagai manusia seorang insan yang dikurniakan keistimewaan dan keunikan berbanding dengan sekalian sahabat yang lain dengan 100 kebaikan (manqabah) dan bahkan beliau pula berkongsi dengan mereka dalam setiap kebaikan yang ada pada mereka.32 Kewafatan: Berhubung dengan kewafatan „Ali bin Abi Talib (r.„a), terdapat beberapa pendapat mengenainya. Sebahagian mengatakan beliau (r.„a) wafat pada malam 17 Ramadan tahun 40H/ 29 Januari 661M33 di kota Kufah. Sebahagian yang lain mengatakan beliau ditetak pada 17 Ramadan dan wafat pada 19 Ramadan tahun 40H/661M34 manakala pendapat seterusnya mengatakan beliau ditetak pada malam Rabu 19 Ramadan dan wafat pada malam Jumaat 21 Ramadan tahun 40H/661M.35 Berhubung dengan tempat pemakaman „Ali (r.„a), menurut Zayn al-Din Abu Rasyid al-Hafiz tiada seorang pun mengetahuinya.36 Hanya selepas 150 tahun 29
Al-„Amili, „Aqidah, h.52. Al-Kanji al-Syafi„i, Kifayah al-Talib, h.231. 31 Al-Qanduzi al-Hanafi, Yanabi„ al-Mawaddah, I, h.121-123; 90-91; 124-126. 32 Al-Kanji al-Syafi„i, op.cit, h.230; al-Qanduzi al-Hanafi, ibid, I, h.121-123. 33 Al-Mas„udi, ibid, II, h.414; al-Tabari, ibid, V, h.143; Ibn Qutaybah, al-Ma„arif, h.70; al-Hakim, alMustadrak, III, h.113; al-Qanduzi al-Hanafi, ibid, II, h.372; Muhibb al-Din al-Tabari, Dhakha‟ir al-„Uqba, h.115; al-Syablanji, Nur al-Absar, h.117; Ibn al-Maghazili, Manaqib, h.23; Sibt ibn al-Jawzi, Tadhkirah alKhawwas, h.178; Ibn Hajar al-„Asqalani, al-Isabah, II, .510; Ibn Abi al-Hadid, Syarh Nahj al-Balaghah, I, h.15; Ibn al-Athir, Usd al-Ghabah, IV, h. 120; al-Bahrani, Ghayah al-Maram, h.16; al-Dhahabi, Tadhkirah al-Huffaz, I, h.13. 34 Al-Qanduzi al-Hanafi, Yanabi„ al-Mawaddah, II, h.372; Ibn Abi al-Hadid, Syarh Nahj al-Balaghah, I, h.16. 35 Al-Mas„udi, Muruj al-Dhahab, II, h.414; Abu al-Farj al-Isbahani, Maqatil al-Talibiyyin, h.54. 36 Al-Qanduzi al-Hanafi, op,cit, II, h.373. 30
6
kewafatannya, barulah makam tersebut diketahui semua orang pada zaman Bani „Abbasiyyah yang diperintah oleh Khalifah Harun al-Rasyid (170-193H/786-809M). ‘Ali bin Abi Talib (k.w) dan sentuhan intelektualnya menerusi kitab Nahj alBalaghah: 1. Kitab Nahj al-Balaghah: Suatu Introduksi Kitab Nahj al-Balaghah merupakan sebuah nama kepada antologi ucapan, khutbah, surat dan kata hikmah „Ali bin Abi Talib (r.„a), yang dilakukan oleh ulama besar, al-Sayyid al-Syarif al-Radi. Antologi ini mengandungi 237 buah khutbah, 79 surat dan 480 kata hikmah yang telah diselesaikan pengumpulan dan penulisannya dalam bulan Rajab tahun 400/1009-10.37 Kitab ini menerima sambutan yang sangat luar biasa dan menjadi bahan diskusi dan kajian semua lapisan masyarakat. Sebuah kitab yang mendapat sambutan luar biasa disebabkan kedalaman spiritual kandungannya, keunikan gaya dan stail dan keindahan bahasa. Hakikatnya, keindahan prosanya yang hebat menjadikannya hasil karya kesusasteraan berbahasa Arab yang teragung. Pengucapan dan penyuratan „Ali bin Abi Talib (r.„a) mengandungi gabungan hikmah dan politik penuh falsafah, zuhud dan ruhani, dengan kepetahan dan kefasihan, tenaga dan kecantikan, menghasilkan kualiti yang unik yang benar2 difahami para pembaca Nahj a-Balaghah yang terbiasa dengan sastera Arab. 2. Kitab Nahj al-Balaghah: Ulasan, Komentar dan Pandangan Kitab ini mendapat para penyanjungnya dalam kalangan tokoh terkemuka kesusasteraan Arab juga para pelajar sepanjang 1400 tahun lepas. Syaikh Muhammad „Abduh mengatakan: “Dengan apa yang terkandung dalam Nahj a-Balaghah, ia mampu memenuhi keinginan setiap penulis atau pemidato. Seseorang akan dapati di dalamnya, petunjuk kepada seni pujukan, debat, politik, retorik, prinsip kehidupan sivik, hak pemimpin dan masyarakat, prinsip keadilan, nasihat akhlak, petunjuk moral dan hakikatnya, semua bentuk nilai yang manusia fikirkan boleh ditemui diungkapkannya dalam bentuk yang sempurna dan luarbiasa dalam kitab ini.”38 Muhammad Hasan Na‟il al-Marsafi mengatakan: “Nahj al-Balaghah merupakan bukti paling jelas bahawa „Ali (k.w) makhluk hidup terbaik dari segi contoh, hikmah, petunjuk, kefasihan dan kehebatan al-Qur‟an. Terdapat pelbagai tanda keluasan sentuhan intelektual, kenegarawanan yang benar dan khutbah yang bercahaya dalam kitab ini, tiada seumpamanya boleh ditemui dalam mana-mana hasil karya pemikir dan ahli falsafah.
37
Mutahhari, M.M, “The Nahj al-Balaghah: An Introduction,” dlm. Al-Tawhid, Vol.II, No.2, 1405/1985, h.27. 38 Muhammad „Abduh, Syarh Nahj al-Balaghah, (bhg. introduksi). Dikatakan beliau pernah mengungkapkan pernyataan berikut tentang kalam „Ali (r.„a): “Fauq kalam al-makhluq wa duna kalam alKhaliq” [Di atas kata-kata makhluk, tetapi di bawah kata-kata Khaliq]
7
Dalam kitab ini, „Ali (k.w) berbicara dengan mendalam tentang ilmu, agama, politik dengan membutirkan permata hikmah dalam setiap pembicaraannya.”39 Syaikh Nasir al-Yaziji dalam nasihat kepada anaknya: “sekiranya engkau ingin mendambakan kelebihan terhadap yang lain dalam pembelajaran, hikmah, penulisan dan komposisi, engkau harus memastikan agar menghafaz kedua-dua, al-Qur‟an dan Nahj aBalaghah.”40 Dr Zaki Mubarak mengatakan: “Aku percaya bahawa mengkaji dan merenungi Nahj a-Balaghah akan membolehkan seseorang dihembusi kualiti keberanian kekuatan, dan jatidiri keruhanian kerana kitab ini ia terhasil daripada seluruh jiwa yang kuat dan hebat yang telah mengalami semua bentuk kesukaran seumpama singa yang memiliki semangat waja.”41 Amin Nakhlah mengatakan: “sesiapa sahaja yang ingin menghilangkan dahaga keruhaniannya dengan kalam „Ali (k.w), wajib berpaling kepada Nahj a-Balaghah, membaca setiap helaiannya dengan penuh perhatian dan belajar berjalan dengan sinar cahayanya.”42 Muhammad Amin al-Nawawi memberikan komentarnya mengenai subjek ini, ringkasnya dikatakan: “ „Ali mengetahui al-Qur‟an dengan sepenuh hati dan sangat terbiasa dengan semua rahsianya sehingga ke tahap al-Qur‟an menjadi bahagian darah dan dagingnya. Para pembaca dapat memahami dan merasainya menerusi sentuhan karya Nahj a-Balaghah dan menghargai tahap gambaran „Ali (k.w) mengenai al-Qur‟an, dan al-Qur‟an juga memadai untuk mendidik dan membina jatidiri insan, dengan kesannya yang sedemikian kuat sehingga mampu membisu dan menggamamkan para pembicaranya yang fasih. Begitu juga ia bukanlah untuk memperkatakan seseorang sehebat „Ali (k.w) dengan kegeniusan dan kesempurnaan warisannya, yang telah memalingkan belakangnya daripada dunia dan seisinya, menyucikan hati dan membersihkan kepercayaannya daripada sebarang unsur kesesatan dan keraguan.”43 „Ali bin Abi Talib (r.„a) dan al-Qur‟an merupakan suatu gabungan yang sangat menarik. Dalam khutbahnya, beliau (k.w) membuka horizon baru tentang pelbagai isu dan topik daripada kalam, ketuhanan, kenabian, keakhiratan dan lain-lain dalam bentuk yang amat mendalam dan lengkap sempurna berbanding dengan sesiapa pun kecuali Nabi Muhammad (s.a.w). Dalam khutbahnya, beliau (k.w) berbicara tentang rahsia alam tabii, kehidupan manusia, sosiologi, psikologi spiritual, kejayaan iblis dan kegagalannya berhubung dengan urusan kemanusiaan, dunia dan jeratnya, asal-usul alam, kematian, bumi dan 39
Muhammad Amin al-Nawawi, Jawlat I‟lamiyyah, h.98; “Nahj al-Balaghah” dlm. Al-Tawhid, Vol.II, No.2, 1405, h.28. 40 Muhammad al-Ghazali, Nazarat fi al-Qur‟an, h.154. 41 Zaki Mubarak, „Abqariyyat al-Syarif al-Radi, Vol.I, h.296. 42 Amin Nakhlah, Mi‟at kalimah min Kalam al-Imam „Ali. 43 Muhammad Amin al-Nawawi, Jawlat I‟lamiyyah, h.99-104.
8
langit, malaikat dan hayawan. Selain itu, beliau (k.w) berbicara juga tentang politik, ketaatan, perjanjian, kesetiaan, pemilihan pegawai yang berkelayakan, ajakan berjihad, dan celaan terhadap para musuh menerusi pelbagai bentuk penghujahan logik dan sukar ditolak ketepi. „Ali (r.„a) memiliki kualiti lain, yang tidak dikongsi mana-mana orang kecuali Nabi Muhammad (s.„a.w), dan ia berkaitan ramalan masa hadapan kaum muslimin dan aliran pemikirannya, contoh Khawarij dan episod Zinj (256-270/869-883). „Ali (k.w) turut berbicara tentang biologi dan anatomi, menghuraikan ciri keunikan hayawan tertentu seperti kelawar dan merak, tentang kejadian manusia dan sifat semulajadinya dalam keadaan penuh segar dan warna-warni, bukan sahaja untuk zamannya bahkan merentasi setiap zaman. Dalam perutusan surat menyurat, beliau (k.w) telah menuliskannya kepada Syurayh ibn Harith, Mu„awiyah, para pengawainya sendiri, para penasihat, dan bahkan anaknya, al-Husayn bin „Ali (r.a) sekembalinya daripada medan Siffin yang merupakan petunjuk akan kedalaman dan ketinggian ilmunya berkaitan agama, politik, sains dan urusan kemasyarakatan. Pembicaraan mengenai perkara tersebut dengan bahasa penuh fasahah dan balaghah, memperlihatkan ketinggian nilai kemanusiaan dan program keIslaman yang menyeluruh dan tulen bagi mencapai semua harapan dalam kehidupan. 3. Sentuhan intelektual Nahj al-Balaghah dilihat dari pelbagai tema: Pelbagai isu dan persoalan dibincangkan oleh „Ali bin Abi Talib (r.„a) meliputi pelbagai tema yang disenaraikan seperti di bawah: i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. ix. x. xi. xii. xiii. xiv. xv.
Teologi [akidah] dan metafizik: Tasawwuf dan „Irfani [teosofi]: Kepimpinan dan keadilan sosial: Ahl al-Bayt (r.„a) dan isu khilafah: Hikmah dan peringatan: Dunia dan keduniaan: Kepahlawanan dan keberanian: Ramalan masa hadapan dan keakhiratan: Doa dan tawassul: Kritikan masyarakat kontemporari: Falsafah sosial: Islam dan al-Qur‟an: Akhlak dan pembinaan sahsiah: Personaliti: Sains:
Namun demikian, ia bukanlah terhad kepada tema-tema tersebut semata-mata, bahkan hampir tidak terbatas kerana pembatasan dilakukan biasanya akibat keterbatasan ilmu dan keilmuan yang ada kepada manusia pada zaman tersebut. Dengan kata-kata lain, kajian yang lebih lanjut dari perspektif yang lain pula akan membuka horizon baru dalam
9
keilmuan. Ini sesuatu yang sangat unik dan luarbiasa dalam konteks kandungan kitab Nahj al-Balaghah.44 3. Sentuhan intelektual Nahj al-Balaghah dari pelbagai perspektif: A. Sentuhan intelektual dari perspektif teologi [akidah]: a. Islam: “Allah menjadikannya (Islam) [sumber] kedamaian bagi orang yang berpegang kepadanya, aman bagi yang memasukinya, hujah bagi yang berbicara tentangnya, saksi bagi yang berjuang dengan pertolongannya, cahaya bagi yang mencari cahaya daripadanya, pengertian bagi yang membekalinya, kebijaksanaan bagi yang menggunakannya, tanda [petunjuk] bagi yang melihatnya, penglihatan bagi yang bertekad, pelajaran bagi yang mencari nasihat, keselamatan bagi yang membenarkannya, keyakinan bagi yang mempercayainya, kesenangan bagi yang mengamanatkan, dan perisai bagi yang sabar.”45 b. Allah: Dalam persoalan al-Tawhid,46 cAli bin Abi Talib (r.„a) memperlihatkan bahawa: “Awwal al-din ma„rifah Allah.” Seterusnya dijelaskan bahawa ibadah yang pertama kepada Allah adalah mengenali (ma„rifah) diri-Nya (s.w.t) dan dasar ma„rifah tersebut pula adalah mentauhidkan Allah (s.w.t).47 Allah dikatakan oleh „Ali (r.„a) merujuk kepada Dia yang disembah (al-ma„bud) yang setiap makhluk mempertuhankan-Nya dan menyembah-Nya, terhalang (al-mastur) daripada dicapai oleh penglihatan (al-absar), terlindung (al-mahjub) daripada sebarang sangkaan atau dugaan (al-awham) dan gambaran pemikiran (al-khatarat)”48 dan yang disembah pada ketika setiap makhluk berada dalam keperluan (al-hawa‟ij) dan kesukaran (al-syada‟id), dan juga pada ketika segala harapan terputus daripada sesuatu selain daripada-Nya.”49 Kelihatan keterangan tersebut bertepatan dengan konsep al-Tawhid yang beliau sendiri kemukakan yang menunjukkan bahawa Allah dalam konteks Islam, tidak boleh
44
Mutahhari, M.M., “Glimpes of the Nahj al-Balaghah,” dlm. Al-Tawhid, Vol.II, No.3, 1405/1985, h.133.
45
Nahj al-Balaghah, khutbah no.105; no.109.
46
Wan Zailan Kamaruddin Wan Ali, “Keesaan Tuhan: Kepelbagaian Metodologi Dalam Mencari Tuhan” dlm. Jurnal FIKRAH, J.4, CITU, UiTM, Disember 2009, h.135-164; Ahmad Zuhdi Ismail, Imam Ja„far al-Sadiq: Pemikirannya Tentang Konsep Ketuhanan, Penerbit UM, Cet. II, 2008. 47 Muhammad „Abduh, ibid, h.85; Ibn Syu„bah al-Harrani, Tuhaf al-„Uqul, h.43; Ibn Abi al-Hadid, Syarh Nahj alBalaghah, I, h.72-74.
48 Al-Saduq, ibid, h.89; al-Majlisi, Bihar al-Anwar, III, h.140; al-Muhammadi, Mizan al-Hikmah, I, h.132. 49 Al-Saduq, ibid, h.231; al-Muhammadi, ibid, I, h.132; al-Karajaki, Kanz al-Fawa‟id, I, h.71.
10
dibayangkan oleh pemikiran manusia sama sekali “al-Tawhid an la tatawahhama-hu”50 kerana manusia tidak mampu memikirkan Allah dari segi dhat-Nya berdasarkan pemahaman mereka semata-mata, sebaliknya pemahaman tentang Allah adalah berdasarkan keterangan Allah sendiri. Beliau (r.„a) menjelaskan Allah (s.w.t) bebas daripada segala bentuk kekurangan, kecacatan, kelemahan dan persamaan dengan segala sesuatu. Pandangan beliau (r.„a) dapat dilihat dalam khutbah berikut: “Al-Khaliq tidak boleh diberikan sifat kecuali sebagaimana Dia menyifatkan diri-Nya dan bagaimana hendak disifatkan al-Khaliq yang tidak boleh dicapai pancaindera dan dugaan (al-awham), pemikiran (tidak mampu) menentukan batasan-Nya manakala penglihatan (al-absar) pula tidak mampu melingkungi-Nya.”51 Oleh itu, cAli bin Abi Talib (r.„a) melanjutkan keterangan tersebut menerusi katakatanya dengan menegaskan: “Sesiapa yang menyifatkan-Nya bererti mengehadkan-Nya, mengehadkanNya bererti menggandakan-Nya, menggandakan-Nya bererti membatalkan keazalian-Nya. Sesiapa yang mempersoalkan kayfa (bagaimana), dia telah memberikan sifat kepada-Nya, sesiapa sahaja yang mengatakan ayna (di mana), dia telah menyisihkan-Nya (hayyaza-hu).”52 c. Nabi: Dalam persoalan pemilihan nabi dan rasul untuk menjadi utusan Allah kepada manusia, al-Qur‟an menjelaskan bahawa pemilihan bukanlah terletak pada manusia, sebaliknya terserah kepada Allah semata-mata berdasarkan firman-Nya yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah telah memilih Adam, Nuh, keluarga Ibrahim dan keluarga „Imran melebihi segala umat (pada masa mereka masingmasing),”53dan juga “Allah telah memilih utusan-utusan-Nya daripada malaikat dan manusia.”54 Kelihatan „Ali (r.„a) turut berpendapat demikian dan beliau menjelaskan bahawa pemilihan Allah meliputi dua bentuk: Pertama: Allah memilih seorang utusan untuk diri-Nya, dan
50 Muhammad „Abduh, Syarh Nahj al-Balaghah, h.787; al-Syarif al-Radi, Nahj al-Balaghah, (Hikam no.470), h.558; (Hikam no.406), h.23; al-Syirazi, Tawdih, IV, h.481; Ibn Abi al-Hadid, Syarh Nahj alBalaghah, XX, h.227. 51 Al-Majlisi, ibid, III, h.193; al-Bahbudi, Zubdah al-Kafi, I, h.14-15. 52 Muhammad „Abduh, Syarh Nahj al-Balaghah, h.367; al-Syarif al-Radi, Nahj al-Balaghah, (Khutbah no.152), h.212; Ibn Abi al-Hadid, Syarh Nahj al-Balaghah, IX, h.147. 53 Al-Qur‟an, surah Ali „Imran (3): 3. Lihat juga: Surah Maryam (19): 57-58; Taha (20): 41; al-Thur (52): 48. 54 Al-Qur‟an, surah al-Hajj (22): 75.
11
Kedua: Allah memilihnya mengatasi sekalian yang lain dengan keistimewaan dan kemuliaan melebihi orang lain supaya manusia menerima dan menjadikan mereka sebagai pemimpin.55 Kenabian dan kerasulan dikatakan bukanlah diperolehi oleh seseorang manusia menerusi faktor-faktor tertentu seperti berkhalwah, beribadat dan sebagainya. 56 Tiada seorang manusia boleh mencapai maqam tersebut walaupun berbagai-bagai usaha dilakukan.57 Ini kerana kenabian bukanlah suatu dhat yang terdapat pada diri nabi menerusi usaha dan amal perbuatan kerana kurniaan tersebut diberikan Allah hanya kepada orang-orang yang dikehendaki dan dipilih oleh-Nya sahaja.58 „Ali bin Abi Talib (r.„a) mengemukakan ciri-ciri manusia pilihan Allah untuk menjadi nabi dan rasul, di antaranya adalah seperti berikut: Ciri pertama: Seseorang nabi dan rasul mestilah orang yang termulia dan paling sempurna pada zamannya dalam segala aspek keistimewaan dan keunikan, seperti keinsanan, kesempurnaan (al-afdal), keilmuan, keperibadian (al-akhlaq), ketakwaan, kesabaran,59 ketaatan, keberanian,60 kedermawanan dan sifat-sifat terbaik yang lain.61 Dari aspek keinsanan, „Ali (r.„a) menerangkan bahawa Allah dikatakan hanya memilih (istafa) manusia biasa62 dari jenis kaum lelaki63 yang terbaik dan paling suci64 daripada keturunan Nabi Adam („a.s)65 yang memiliki kelayakan untuk mencapai kedudukan (maqam) yang tertinggi, yang beriman dan menyembah-Nya kerana Allah tidak akan sekali-kali memilih orang yang Dia pasti akan mengkufurkan-Nya dan menyembah syaitan.66 Bagaimanapun, di kalangan para ulama Islam, Ibn Hazm ternyata berbeza kerana menurutnya wanita juga boleh menjadi nabi kerana dikatakan ibu Nabi Ishaq, Musa dan „Isa adalah nabi.67 Dari aspek kesempurnaan, „Ali (r.„a) menjelaskan nabi merupakan manusia yang terbaik (afdal) dalam zaman mereka masing-masing kerana dalil-dalil naqal dan akal 55
Al-Tabarsi, Majma„ al-Bayan, II, h.433; khutbah no.108, h.249; no.107, h.243. Al-Juwayni dikatakan turut berpendapat demikian. Lihat: A.S.Tritton, Muslim Theology, h.190. 57 Al-Bayjuri, Tuhfah al-Murid, h.30. 58 Al-Qur‟an, surah Ali „Imran (3): 33. 59 Al-Muhammadi, Mizan al-Hikmah, IX, h.670-671; Ibn Sa„d, al-Tabaqat al-Kubra, I, h.378 60 Muslim, Sahih, IV, h.1802; Ibn Sa„d, al-Tabaqat al-Kubra, I, h.373; Muhammad „Abduh, Syarh Nahj alBalaghah, h.308; al-Syarif al-Radi, Nahj al-Balaghah, (Khutbah no.116), h.173; Ibn Abi al-Hadid, Syarh Nahj al-Balaghah, VII, 276; al-Muhammadi, Mizan al-Hikmah, IX, h.662-663. 61 Ibn Abi al-Hadid, ibid, IX, h.229; Qasim Habib Jabir, al-Falsafah, h.124. 62 Al-Qur‟an, surah al-Kahf (18): 110; Ibrahim (14): 11; Taha (20): 41; al-Isra‟ (17):94-95 Ali „Imran (3): 164. Lihat: Al-Tabarsi, Majma„ al-Bayan, XVI, h.499; Ibn Kathir, Tafsir, III, h.64; al-Tabari, Jami„ alBayan, IV, h.163. 63 Al-Qur‟an, surah al-Anbiya‟ (21): 7; al-An„am (6): 9. Lihat: Ibn Kathir, ibid, III, h.174. 64 Muhammad „Abduh, op.cit, h.500; al-Syarif al-Radi, op.cit, (Khutbah no.214), h.330; Ibn Abi al-Hadid, op.cit, XI, h.63. 65 Muhammad „Abduh, ibid, h.94; al-Syarif al-Radi, ibid, (Khutbah no.1), h.43; Ibn Abi al-Hadid, ibid, I, h.96; al-Kulayni, Usul al-Kafi, I, h.224. 66 Al-Saduq, al-Tawhid, h.407; al-Rida, „Uyun al-Akhbar, h.267-268. 67 Ibn Hazm, al-Fisal, IV, h.121; A.S.Tritton, Muslim Theology, h.200. 56
12
tidak menerima wujudnya orang yang kurang baik (al-mafdul) mengatasi orang yang lebih baik (al-afdal). Kenyataan tersebut diperkuatkan dengan penjelasan Allah yang bermaksud: “Maka apakah orang-orang yang menunjuki kebenaran itu lebih berhak diikuti ataukah orang yang tidak dapat memberi petunjuk kecuali (apabila) diberi petunjuk? Mengapa kamu (berbuat demikian)? Bagaimanakah kamu mengambil keputusan.“68 Selanjutnya beliau mengatakan nabi dan rasul wajib memiliki semua sifat kemuliaan dan kesempurnaan. Oleh yang demikian, mereka wajib berada dalam keadaan lebih mulia dan lebih sempurna daripada orang-orang lain dalam zamannya. Dari segi dalil naqal dan akal menunjukkan bahawa adalah tidak munasabah bagi Allah Yang Maha Mengetahui lebih mengutamakan orang yang kurang baik (al-mafdul) yang menghendaki penyempurnaan daripada orang yang lebih baik (al-afdal) dan lebih sempurna.69 Dari aspek keilmuan, Allah dikatakan hanya memilih manusia yang mempunyai keilmuan yang tinggi dan sempurna dan kejahilan tidak diberikan tempat dalam proses pemilihan mereka.70 Justeru, Allah berfirman yang bermaksud: “Katakanlah: Adakah sama orang-orang yang berilmu dengan orang-orang yang tidak berilmu? Sesungguhnya orang yang berakallah yang dapat menerima pelajaran.”71 Dari aspek keperibadian (al-akhlaq), „Ali (r.„a) berpendapat Allah hanya memilih nabi dan rasul yang mempunyai akhlak yang terbaik selaku utusan Allah seperti akhlak Nabi Muhammad (s.„a.w) sendiri untuk diteladani oleh manusia-manusia lain berdasarkan firman Allah (s.w.t) yang bermaksud: “Dan sesungguhnya kamu benar-benar berbudi pekerti yang agung ”72 dan “maka disebabkan rahmat Allah-lah kamu berlaku lemah-lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berkasar hati, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu.”73 Selain itu, Nabi Muhammad (s.„a.w) secara khusus mencapai aspek spiritual yang tertinggi berbanding dengan para nabi yang terdahulu daripadanya seperti „Isa („a.s) dan Musa („a.s). Ciri kedua: Seseorang nabi dan rasul dikatakan wajib terpelihara daripada sebarang unsur keburukan dan kehinaan yang boleh menyebabkan celaan dan cacian manusia dan 68
Al-Qur‟an, surah Yunus (10): 36. Al-Hilli, al-Bab al-Hadi „Asyar, h.60; „Umar Farrukh, Nahj al-Balaghah, h.194. 70 Al-Saduq, al-Tawhid, h.275; Muhsin Qira‟ati, Durus Min al-Qur‟an, h.240. 71 Al-Qur‟an, surah al-Zumar (39): 9. Lihat juga: Surah al-Mujadilah (58): 11; Saba‟ (34): 6; al-Hajj (22): 54. 72 Al-Qur‟an, surah al-Qalam (68): 4; Lihat: Al-Muhammadi, Mizan al-Hikmah, IX, h.650-654. 73 Al-Qur‟an, surah Ali „Imran (3): 159. 69
13
masyarakatnya terhadap mereka seperti tidak boleh terdiri daripada anak yang tidak sah (luar nikah), tidak boleh memilih kerjaya atau pekerjaan yang dipandang rendah oleh masyarakatnya dan bahkan dikatakan tidak wajar menderitai penyakit-penyakit tertentu yang boleh menyebabkan penolakan manusia terhadap mereka seperti penyakit kusta, sopak dan lain-lain.74 Ciri ketiga: Seseorang nabi dan rasul menurut beliau (r.„a) adalah hujjah Allah.75 Oleh kerana itu, mereka wajib terpelihara (ma„sum) dalam segala perkataan (qaul), perbuatan (fi„l) dan pengakuan (taqrir) daripada sesuatu yang boleh merendahkan kedudukan dan keistimewaan mereka di sisi Allah secara khusus, dan secara umumnya, di sisi manusia dan masyarakatnya sendiri. Mereka juga mestilah dibersihkan dan disucikan sama ada zahir mahupun batin daripada semua bentuk dosa sama ada dosa kecil ataupun besar, kesalahan dan kemaksiatan dengan secara sengaja mahupun secara tersalah.76 Selain itu, „Ali (r.„a) turut memberikan penekanan dari segi susurgalur keturunan sehingga dikatakan mereka juga mestilah lahir secara turun-temurun daripada silsilah keturunan yang mulia dari kedua-dua belah pihak, ibu mahupun bapa tanpa sebarang unsur kesyirikan dan kekotoran.77 Beliau (r.„a) mengemukakan contoh bahawa Nabi (s.„a.w) dikatakan daripada sebuah keluarga dengan kedua-dua belah pihak ibu mahupun bapanya terdiri daripada orang-orang suci dan mulia. Oleh kerana „Abdullah merupakan bapa yang termulia manakala Aminah pula ibu yang termulia, justeru itu mereka melahirkan Nabi Muhammad (s.„a.w) yang dianggap semulia-mulia anak di sisi Allah. Ciri keempat: Seseorang nabi dan rasul dikatakan mestilah memperlihatkan tanda atau bukti kebenaran mereka daripada Allah dengan memperlihatkan mu„jizat yang jelas untuk mengesahkan dakwaan mereka itu. Secara keseluruhannya menurut perspektif „Ali bin Abi Talib (r.„a) dapat dilihat bahawa hakikat keistimewaan dan kesempurnaan para utusan Allah adalah jelas dan tidak dapat dinafikan sama sekali. Mereka sebagai manusia lelaki pilihan Allah yang terbaik menerusi pemilihan, penentuan dan penetapan Allah (s.w.t) sendiri dikatakan sudah pasti tidak dapat disamakan, dibandingkan dan bahkan diatasi oleh sekalian manusia yang lain. d. Dunia dan Akhirat: Khutbah „Ali (r.„a) tentang dunia:78 “Dunia ini adalah suatu tempat yang fana dan penghuninya akan meninggalkannya. Ia manis dan hijau. Ia bergegas kepada pencarinya dan bertaut kepada hati pemandangnya. Maka tinggalkan ia dengan bekalan terbaik yang
74
Muhsin Qira‟ati, Durus Min al-Qur‟an, h.240. Al-Saduq, al-Tawhid, h.407; al-Hurr al-„Amili, al-Fusul al-Muhimmah, h.168. 76 Muhammad „Abduh, Syarh Nahj al-Balaghah, h.262; al-Syarif al-Radi, Nahj al-Balaghah, (Khutbah no.94), h.139; Ibn Abi al-Hadid, Syarh Nahj al-Balaghah, VII, h.62; al-Tabarsi, Majma„ al-Bayan, II, h.433. 77 Muhammad „Abduh, ibid, h.500; al-Syarif al-Radi, ibid, (Khutbah no.214), h.330; (Khutbah no.1), h.44; Ibn Abi al-Hadid, ibid, XI, h.65; I, h.96. 78 Nahj al-Balaghah, khutbah no.45; no.110; no.112. 75
14
dapat anda perolehi dan janganlah meminta di sini lebih banyak daripada yang mencukupi, dan janganlah menuntut daripadanya lebih daripada keperluan hidup.” “Berhati-hatilah! Dunia ini adalah tempat di mana perlindungan tidak dapat dicari kecuali sementara berada di dalamnya. Tindakan yang dilakukannya semata-mata untuk dunia ini tidak dapat menjamin keselamatan. Manusia diuji di dalamnya dengan ujian. Apa yang telah diambilnya di sini bagi kesenangan duniawi, akan diambil daripadanya (dengan kematian) dan ia akan ditanya mengenainya. Segala [perbuatan baik] yang telah mereka capai untuk akhirat, akan didapatkannya di sana dan tinggal dengannya. Bagi orang yang bijaksana, dunia ini laksana bayangan, sesaat ia terbentang dan meluas tetapi ia segera mengerut dan menciut.79 “Secara bagaimana aku akan menggambarkan dunia ini, yang permulaannya adalah kesedihan dan pengakhirannya pula adalah kehancuran. Perbuatan yang dilakukan di sini harus dipertanggungjawabkan sedangkan bagi yang haram pula mempunyai hukuman. Si kaya di sini menghadapi bencana dan si miskin mendapat kesedihan. Orang yang tamak akannya tidak mendapatnya. Apabila seseorang menjauhkan dirinya, ia [dunia] akan datang kepadanya. Apabila seseorang melihat menerusinya, ia akan menganugerahinya pemandangan, tetapi sesiapa yang melekatkan matanya kepadanya, ia akan membutakannya.”80 B. Sentuhan intelektual dari perspektif kepimpinan [al-Imamah]: Khutbah „Ali (r.„a) tentang aspek kepimpinan (al-Imamah) dan penggantian yang menurutnya (r.„a) merupakan persoalan pokok, dasar dan lambang kekuasaan Islam. Manusia sebagai makhluk sosial memerlukan kepimpinan kerana kehidupan bermasyarakat yang sempurna menghendaki keharmonian dan keadilan dalam tatacara kehidupan. Keharmonian dan keadilan pula hanya akan wujud dengan kepemimpinan yang berciri dan bersifat tertentu berdasarkan ketetapan Allah s.w.t bagi menjamin institusi kepemimpinan, ajaran dan amalan Islam terlaksana. Persoalan al-Imamah telah disepakati umum sebagai persoalan kontroversi yang paling utama dalam kalangan umat Islam dulu dan kini. Ia akan kelihatan dengan jelas apabila perbincangan tertumpu kepada persoalan al-Dajjal, kuasa kuffar dan al-Mahdi [Imam], kuasa Islam. Kepentingannya dapat dilihat dalam khutbah beliau (r.„a) seperti berikut: “Sesungguhnya tiada kewajiban pada Imam [pemimpin] kecuali apa yang telah dikembangkan kepadanya daripada Allah, iaitu membawa peringatan, berusaha dalam nasihat yang baik, membangkitkan sunnah, menerapkan hukuman atas orang yang harus dihukum, dan memberikan bahagian kepada yang berhak. Cegahlah orang lain daripada yang haram
79 80
Nahj al-Balaghah, khutbah no.62. Nahj al-Balaghah, khutbah no.81.
15
dan pantangkanlah itu daripada diri anda sendiri, kerana anda telah diperintahkan untuk mencegah [diri] sebelum mencegah orang lain.”81 C. Sentuhan intelektual dari perspektif sains dan saintifik: Khutbah „Ali bin Abi Talib (r.„a) berbicara tentang belalang yang menakjubkan, dikatakan: “Allah memberikannya dua mata yang merah, menerangi mereka dengan dua bulan – seperti bola mata – membuatkan untuknya telinga yang kecil, membukakan baginya mulut yang sesuai, memberikan kepadanya deria yang peka, juga dua gigi yang memotong dan dua kaki yang menggenggam. Para petani takut akannya kerana mereka tidak mampu mengusirnya walaupun mereka bergabung. Belalang menyerang hebat dan memuaskan kelaparan daripadanya walaupun badannya tidaklah sebesar jari yang kecil.”82 Khutbah „Ali (r.a) mengenai ramalan ahli nujum @ ahli astrologi dan pandangan mengenainya: “Wahai manusia! Berhati-hatilah mempelajari ilmu astrologi [ilmu nujum atau bintang], kecuali yang dengan itu anda mencari petunjuk [arah] di darat atau di laut, kerana perkara itu menjurus kepada tenungan, dan seorang astrologi adalah seorang penenung, sedangkan seorang penenung adalah seperti seorang penyihir, manakala penyihir pula seperti seorang kafir, dan seorang kafir akan berada di neraka. Majulah anda dengan nama Allah.”83 Ramalan ahli astrologi tidak boleh dipercayai kerana tiga alasan: Pertama: Sekiranya pendapat mereka diterima sebagai benar bererti ia menyangkal alQur‟an kerana ahli astrologi seolah-olah mengetahui segala perkara tersembunyi pada masa hadapan dengan melihat bintang-bintang. [al-Qur‟an, surah 27: 65) Kedua: Menurutnya, ahli astrologi percaya bahawa ia dapat mengetahui maslahat dan mudaratnya dengan mengetahui masa hadapan. Dalam hal ini, dia tidak akan mempedulikan Allah dan melihat dirinya semata-mata, dan ia seperti kufur. Ketiga: Sekiranya ramalannya benar, ia melihatnya sebagai kehebatan ilmunya sebagai astrologi. Kesannya, pujian diterima untuk dirinya dan bukan Allah, dan mengharapkan orang bimbingannya berterima kasih kepadanya dan bukan kepada Allah. D. Sentuhan intelektual dari perspektif kata-kata hikmah ‘Ali (a.s): a. Sentuhan akal [al-‘Aql]: 81
Nahj al-Balaghah, khutbah no.104; no.151; no.131. Nahj al-Balaghah, khutbah no.184. 83 Nahj al-Balaghah, khutbah no.78. 82
16
i. Khutbah No.71 – “Ketika akal meningkat, kata-kata menyingkat.” ii. Khutbah No.5 – “Ilmu adalah harta yang patut dimuliakan, perilaku baik adalah busana baru, dan fikiran adalah cermin yang jernih.” iii. Khutbah No.79 – “Ambillah hikmah [kebijaksanaan] di mana sahaja ia berada, kerana apabila hikmah [kebijaksanaan] berada di dada seorang munafiq, ia menggelepar sehingga ia keluar dan berdiam dengan yang lain-lain, yang sejenisnya di dalam dada orang mu‟min.” iv. Khutbah No.40 - “Lidah orang yang bijaksana berada di belakang hatinya, dan hati orang yang jahil berada di belakang lidahnya,” atau “hati seorang yang jahil berada di mulutnya, sementara lidah orang yang bijaksana berada di hatinya.” v. Khutbah No.81 – “Nilai setiap orang adalah dalam prestasinya.” b. Sentuhan hawa [al-Hawa]: i. Khutbah No.58 – “Kekayaan adalah sumber hawa [nafsu].” ii. Khutbah No.60 – “Lidah adalah hayawan yang buas, apabila dibebaskan ia akan menerkam.” iii. Khutbah No.64 – “Manusia duniawi adalah seperti musafir yang sedang dibawa sementara dia tertidur.” iv. Khutbah No.2 - “Sesiapa mengambil keserakahan sebagai kebiasaan, dia menurunkan harga dirinya, barangsiapa membeberkan kesukaran-kesukarannya, dia menyetujui penghinaan, dan barangsiapa memperkenankan lidahnya menguasai jiwanya, dia mengaibkan jiwanya.” v. Khutbah No.25 – “Apabila seseorang menyembunyikan sesuatu di dalam hatinya, hal itu akan terungkap menerusi kata-kata yang tidak disengajakan daripada lidahnya dan [pada] raut wajahnya.” c. Iman, kufur dan ragu-ragu: i. Khutbah „Ali bin Abi Talib (r.„a) selaku Amir al-Mu‟minin sewaktu ditanya tentang Iman, lalu beliau berkata:84 Iman mempunyai 4 dasar: kesabaran, keyakinan, keadilan dan jihad. Kesabaran pula mempunyai 4 aspek: ghairah, takut, zuhud dan antisipasi [akan kematian]. Sesiapa yang ghairah untuk syurga, dia akan mengabaikan hawa [nafsu]nya; sesiapa yang takut akan api [neraka], dia akana menahan diri daripada perbuatan terlarang; dan sesiapa yang mengantisipasi kematian, dia akan bersegera kepada amalan baik. ii. Yaqin [keyakinan] ada 4 aspek: penglihatan yang bijaksana, kecerdasan dan pengertian, menarik pelajaran dari hal-hal yang 84
Nahj al-Balaghah, khutbah no.31.
17
mengandungi pelajaran dan mengikuti contoh orang-orang sebelumnya. Oleh kerana itu, sesiapa yang melihat [sesuatu] dengan bijaksana, pengetahuan bijaksana akan terwujud kepadanya, dan sesiapa yang terwujud kepadanya pengetahuan yang bijaksana, dia akan menilai objek-objek yang mengandungi pelajaran, dan sesiapa yang menilai objek-objek yang mengandungi pelajaran, samalah dia dengan orang-orang yang terdahulu. iii. „Adl [keadilan] ada 4 aspek: pemahaman yang tajam, pengetahuan yang mendalam, kemampuan yang baik untuk membuat keputusan, dan ketabahan yang kukuh. Oleh kerana itu, sesiapa yang mendapatkan kedalaman pengetahuan, dia meminum[nya] dari sumber keadilan, dan sesiapa yang bertindak sabar, dia tidak akan melakukan perbuatan jahat dalam urusannya, dan akan menjalani kehidupan yang terpuji di antara manusia. iv. Jihad juga ada 4 aspek: menyuruh seseorang berbuat baik, mencegah seseorang berbuat mungkar, berjuang [di jalan Allah] dengan ikhlas dan patuh pada setiap kesempatan, dan membenci kemungkaran. Sesiapa yang menyuruh orang lain berbuat baik, dia memberikan kekuatan kepada kaum mu‟min, sesiapa menghentikan orang lain daripada kemungkaran, dia menghinakan orang kafir, sesiapa berjuang dengan ikhlas pada segala kesempatan, dia melaksanakan seluruh kewajibannya, dan sesiapa membenci kemungkaran dan menjadi marah demi Allah, maka Allah akan marah untuk kepentingannya dan akan tetap meredhainya pada Hari Pengadilan. Kufr [kekafiran] mempunyai 4 perkara: memuaskan hawa [nafsu], saling bertengkar, menyeleweng daripada kebenaran dan perpecahan. Sesiapa yang memuaskan hawa [nafsu], dia tidak cenderung kepada kebenaran; sesiapa yang bertengkar dalam kejahilan, dia akan selalu buta terhadap kebenaran; sesiapa yang menyeleweng daripada kebenaran, baik baginya bertukar buruk dan keburukan pula menjadi kebaikan dan dia tetap mabuk dengan kesesatan; dan sesiapa yang membuat perpecahan [dengan Allah dan Rasul-Nya], jalannya menjadi sulit, urusannya menjadi rumit dan jalan lepasnya menjadi sempit. Keraguan mempunyai 4 aspek: ketidaknalaran, ketakutan, kegoyahan dan penyerahan yang tidak sepatutnya kepada segala sesuatu. Sesiapa yang menempuh ketidaknalaran sebagai jalannya, baginya tidak ada fajar selepas malam; orang yang takut akan apa yang menimpanya harus lari tunggang-langgang; orang yang goyah dalam keraguan, iblis akan memijak-mijaknya dan orang yang menyerahkan [diri] kepada kebinasaan dunia dan akhirrat akan biasa di dunia dan akhirat.”
18
4. ‘Ali bin Abi Talib (r.‘a) dan Impak Pemikirannya Terhadap Masyarakat Muslim di Malaysia: „Ali (r.„a) merupakan suatu nama besar dalam dunia Islam, tetapi di Malaysia, namanya tidak semasyhur dan segah kehebatannya. Kehebatan „Ali (r.„a) dan Fatimah (r.„a) dalam dunia Islam diketahui timur dan barat, namun kedua-dua tokoh ini di Malaysia hanya dipopularkan menerusi “Tongkat „Ali” dan “Kacip Fatimah.” Itulah nilai mereka berdua di mata Melayu Muslim di Malaysia dan tidaklah lebih dari itu. Dunia Islam mengenali „Ali (r.„a) sebagai tokoh terkemuka dalam semua aspek kehidupan dan keilmuan, tetapi dunia Melayu tidak begitu mengenalinya walaupun keturunannya menyebarkan Islam di Alam Melayu khususnya sebelum pengislaman Melaka dan umumnya selepas itu. Pemikiran „Ali (r.„a) mampu mengevolusikan, mentranformasikan dan merevolusikan pemikiran manusia sejagat, tetapi tidak ramai manusia mahu mengkonsepsikan dan mengaplikasi pemikiran beliau (r.„a). Sentuhan intelektual „Ali (r.„a) menerusi karya-karya klasik besarnya telah mengubahkan dunia Islam, namun di Malaysia, tiada yang tersentuh jiwa dan raganya dengan ketinggian sentuhan intelektual karya-karya klasik besarnya. Ia bahkan dihalang untuk diketahui, dicegah untuk disebar, dilihat dari jauh tapi tidak boleh disentuh, ditakuti untuk dihampiri, digembar-gemburkan untuk digeruni dan diteropongi dengan penuh keraguan dan kecurigaan, kerana dibimbangi tidak mampu membendung arus dan gelombang perubahan pemikiran massa. Hari ini, bangsa Salman al-Farisi (r.„a)85 yang menggagaskan ide dan pemikiran berasaskan karya-karya klasik besar „Ali (r.„a) merupakan pemain utama dalam dunia intelektual Islam hari ini. Mereka memanfaatkannya pada tahap maksimun dan kini menjadi bangsa yang besar sejak dulu, kini dan akan datang. Adakah bangsa Melayu Muslim di Malaysia merasa terpanggil untuk berada dalam situasi mereka? Pilihan di tangan mereka dan masa akan menentukannya.
85
Sila rujuk: Wan Zailan Kamaruddin Wan Ali & Ahmad Zuhdi Ismail, “Kontribusi Salman al-Farisi dan Kebudayaan Persia Dalam Pemikiran Islam” dalam Jurnal Toleransi: Media Komunikasi Umat Beragama, Pekanbaru, Vol.1, No.1, Jan – Jun 2009, h.1-16.
19