KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
SUKATAN PELAJARAN KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH
REKAAN DAN JAHITAN PAKAIAN
PUSAT PERKEMBANGAN KURIKULUM KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KUALA LUMPUR 2002
RUKUN NEGARA
BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak; membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden; MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip berikut:-
KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA KELUHURAN PERLEMBAGAAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG KESOPANAN DAN KESUSILAAN
i
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
ii
Sukatan pelajaran rekaan dan jahitan pakaian kbsm
PENDAHULUAN
Rekaan dan Jahitan Pakaian adalah satu daripada mata pelajaran elektif vokasional di sekolah menengah atas dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). Mata pelajaran ini digubal untuk melahirkan murid yang berketerampilan dalam bidang pembuatan pakaian. Rekaan dan Jahitan Pakaian adalah lanjutan dan peluasan kepada mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu di sekolah menengah rendah. Penggubalan mata pelajaran ini merupakan usaha Kementerian Pendidikan ke arah mempertingkatkan kemahiran praktis dan menanam semangat keusahawanan di kalangan murid dalam industri pakaian.
Rekaan dan Jahitan Pakaian merangkumi tiga unsur utama iaitu mereka pakaian, mendraf dan mengubahsuai pola, dan menjahit pakaian. Penekanan diberi kepada kreativiti murid dalam menghasilkan pakaian seperti blaus, kemeja, skirt, slek dan baju tradisional. Murid menguasai kemahiran proses menjahit dan menggunakan alatan tangan serta mesin jahit. Di samping itu peraturan keselamatan juga dipatuhi dan diamalkan semasa amali. Murid mengenal pasti, memilih, mengguna bahan jahitan dan hiasan pada pakaian serta membuat pengiraan kos.
Mata pelajaran ini dirancang khas untuk murid yang mempunyai kecenderungan dan minat menceburkan diri dalam industri pakaian. Dengan kemahiran asas yang diperoleh murid boleh menjalankan perniagaan sendiri sebagai tukang jahit atau bekerja di industri pakaian.
1
Sukatan pelajaran rekaan dan jahitan pakaian kbsm
MATLAMAT Matlamat mata pelajaran Rekaan dan Jahitan Pakaian adalah untuk melahirkan murid yang kreatif dan berkemahiran dalam mereka dan menjahit pakaian dengan mengamalkan budaya kerja yang baik dan selamat serta boleh menjalankan perniagaan sendiri atau berupaya menjadi penyumbang tenaga kerja mahir di industri pakaian.
OBJEKTIF Kurikulum Rekaan dan Jahitan Pakaian adalah untuk membolehkan murid : 1.
Menjahit pelbagai jenis pakaian seperti blaus, skirt, seluar dan baju tradisional
2.
Mendraf pola asas badan, lengan dan skirt
3.
Mengubahsuai pola asas dan mendraf pola pakaian mengikut stail pakaian yang direka
4.
Memilih fabrik mengikut stail pakaian dari segi corak, warna dan tekstur
5.
Mengaplikasikan bahan jahitan dan hiasan yang sesuai pada pakaian
6.
Membuat pengiraan kos pakaian yang dijahit
7.
Menggunakan alatan dan bahan mendraf
8.
Mereka bentuk dan menghasilkan pakaian rekaan sendiri
9.
Menguruskan kerja dengan baik dan berkomunikasi dengan berkesan
10. Menyediakan rancangan perniagaan dalam projek kerjaya.
2
Sukatan pelajaran rekaan dan jahitan pakaian kbsm
ORGANISASI KANDUNGAN Mata pelajaran Rekaan dan Jahitan Pakaian diolah dalam empat bidang pembelajaran. Setiap bidang pembelajaran dibahagikan kepada unit pembelajaran yang mengandungi beberapa tajuk. Deskripsi dan senarai unit pembelajaran dalam empat bidang pembelajaran ini adalah seperti berikut :
1.
Pola Asas Pakaian Dalam bidang pembelajaran ini murid menggunakan alatan dan bahan mendraf, mengamalkan teknik mengambil ukuran badan serta membuat pengiraan pembahagian ukuran mengikut formula. Murid mendraf pola asas pakaian serta mengenal pasti dan menggunakan tanda pola.
2.
1.1
Alatan dan bahan mendraf
1.2
Ukuran badan
1.3
Draf pola asas pakaian a.
Pola asas badan
b.
Pola asas lengan
c.
Pola asas skirt
Kemahiran Menjahit Pakaian Melalui bidang pembelajaran ini murid mempraktikkan kemahiran menjahit pelbagai jenis pakaian dengan mengikut urutan proses jahitan. Murid mengubahsuai pola asas dan mendraf pola pakaian. Mereka mengaplikasikan kreativiti untuk menghias pakaian yang dijahit mengikut perkembangan fesyen. Murid juga membuat pengiraan kos bagi setiap pakaian yang dijahit.
3
Sukatan pelajaran rekaan dan jahitan pakaian kbsm
2.1
Blaus longgar
a. Ciri b. Draf pola c.
Fabrik
d. Bahan jahitan dan hiasan e. Susun atur pola dan menggunting fabrik f.
Proses menjahit blaus
g. Pengiraan kos
2.2
Kemeja
a. Ciri b. Draf pola c.
Fabrik
d. Bahan jahitan dan hiasan e. Susun atur pola dan menggunting fabrik f.
Proses menjahit kemeja
g. Pengiraan kos
2.3
Skirt berlisu
a. Ciri
b. Draf pola c.
Fabrik
d. Bahan jahitan dan hiasan e. Susun atur pola dan menggunting fabrik
4
Sukatan pelajaran rekaan dan jahitan pakaian kbsm
f.
Proses menjahit skirt berlisu
g. Pengiraan kos 2.4
Skirt selisih a. Ciri b. Draf pola c.
Fabrik
d. Bahan jahitan dan hiasan e. Susun atur pola dan menggunting fabrik f.
Proses menjahit skirt selisih
g. Pengiraan kos
2.5
Sarung susun a. Ciri b. Draf pola c.
Fabrik
d. Bahan jahitan dan hiasan e. Susun atur pola dan menggunting fabrik f.
Proses menjahit sarung susun
g. Pengiraan kos
2.6
Seluar berkasing a. Ciri b. Draf pola c.
Fabrik
5
Sukatan pelajaran rekaan dan jahitan pakaian kbsm
d. Bahan jahitan dan hiasan e. Susun atur pola dan menggunting fabrik f.
Proses menjahit seluar berkasing
g. Pengiraan kos
2.7
Slek a. Ciri b. Draf pola c.
Fabrik
d. Bahan jahitan dan hiasan e. Susun atur pola dan menggunting fabrik f.
Proses menjahit slek
g. Pengiraan kos
2.8
Baju tradisional a. Ciri b. Draf pola c.
Fabrik
d. Bahan jahitan dan hiasan e. Susun atur pola dan menggunting fabrik f.
Proses menjahit baju tradisional
g. Pengiraan kos
6
Sukatan pelajaran rekaan dan jahitan pakaian kbsm
Reka Bentuk dan Penghasilan Pakaian
3.
Murid diberi peluang mereka dan menjahit sehelai pakaian mengikut idea dan kreativiti sendiri. Murid mengaplikasikan kemahiran yang telah dipelajari dalam bidang pembelajaran Kemahiran Menjahit Pakaian.
3.1
Rekaan pakaian a. Stail dan ciri pakaian b. Fabrik
c. Bahan jahitan dan hiasan
3.2
Proses jahitan a. Ukuran badan b. Draf pola c.
Susun atur pola dan menggunting fabrik
d. Proses menjahit pakaian e. Pengiraan kos
4. Pengurusan dan Keusahawanan Murid mengurus kerja dengan baik dan berkomunikasi dengan berkesan. Mereka menyediakan rancangan perniagaan yang mudah serta meminati bidang keusahawanan. Murid juga berkeyakinan dan bersedia menerima tempahan pakaian. Pakaian yang telah dihasilkan diperagakan semasa hari keraian sekolah.
4.1
Pengurusan di tempat kerja a. Pengurusan yang baik b. Etika dan budaya kerja
7
Sukatan pelajaran rekaan dan jahitan pakaian kbsm
c.
Peraturan dan undang-undang kerja
d. Pemeliharaan alam sekitar dalam industri pakaian
4.2
Keusahawanan a. Kemahiran berkomunikasi
b. Kemahiran membuat keputusan c.
Rancangan perniagaan
d. Agensi yang membantu usahawan e. Pemasaran f.
4.4
Peluang kerjaya dalam industri pakaian
Projek kerjaya a.
Tempahan pakaian
b. Peragaan hasil jahitan
8