GARIS PANDUAN PENULISAN KERTAS KERJA & LAPORANAKADEMIK LAWATAN AKADEMIK LAWATAN
VERSI 1.2
ISI KANDUNGAN NO i ii 1.0 2.0 3.0 3.1 3.2 3.3 3.4 3.5 3.6 3.7 3.8 3.9 3.10 3.11 4.0 4.1 4.2 4.3 5.0 5.1 5.2 5.3 5.4 5.5 6.0 6.1 6.2 6.3 6.4 7.0 8.0 8.1 8.2 8.3
PERKARA Isi Kandungan Senarai Jawatankuasa Pendahuluan Objektif Garis Panduan Format Kertas Kerja Lawatan Akademik (Berdasarkan OBE) Tujuan Lawatan Latar Belakang Pernyataan Hasil Pembelajaran Lawatan Impak {rogram Tentatif Program Pengisian dan Pembelajaran Penceramah/Pensyarah Luar dari Industri dan Tajuk/ Bidang ceramah/ Perkongsian Ilmu. Kos Belanjawan Program Tuntutan Perjalanan Pensyarah Pengiring Penilaian Pelajar Penggangkutan Kaedah Pelaksanaan Lawatan Akademik Pra-Lawatan Lawatan Pasca Lawatan Format Laporan Pasca Lawatan Akademik Pendahuluan Maklumat Aktiviti Perbelanjaan Analisis Maklumbalas pelajar Impak Pasca Lawatan Akademik Peranan Dan Tanggungjawab Peranan Pensyarah Peranan Ketua Program Peranan Ketua Jabatan Peranan Timbalan Pengarah Akademik Tarikh Kuatkuasa Tarikh kuatkuasa Lampiran Lampiran 1- Contoh Kertas Kerja Lawatan Akademik Lampiran 2- Contoh Kertas Kerja Lawatan Akademik Lampiran 3- Instrumen Penilaian Hasil Pembelajaran Lawatan Akademik
POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH
MUKA SURAT i ii 1 1 2 2 2 2 3 3 3 3 4 4 4 5 5 5 5 6 6 6 7 7 7 8 8 8 8 9 9 9 10 24 32
Muka i
GARIS PANDUAN PENULISAN KERTAS KERJA & LAPORANAKADEMIK LAWATAN AKADEMIK LAWATAN
VERSI VERSI 1.2 1.2
SENARAI JAWANTANKUASA PENASIHAT SULONG BIN YAHAYA Pengarah Politeknik Sultan Idris Shah PENGERUSI WAN YASIMA BINTI MOHAMAD AMIN Timbalan Pengarah Akademik Politeknik Sultan Idris Shah AHLI KHAMISAH BINTI MOHAMED Pengurus e_PMO Politeknik Sultan Idris Shah RAKIAH BT OMAR Ketua Jabatan Kejuruteraan Awam Politeknik Sultan Idris Shah ABDUL KAMIL BIN ABDUL AZIZ Ketua Jabatan Pelancongan Dan Hospitaliti Politeknik Sultan Idris Shah ISMAIL B MUDIN Ketua Program Diploma Pengurusan Pelancongan Politeknik Sultan Idris Shah NOR ASNORA BINTI BADRI Ketua Program Diploma Seni Bina Politeknik Sultan Idris Shah SITI MUNALIZA BT MOHARAD Pegawai Pengurusan Kualiti Politeknik Sultan Idris Shah
POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH
Muka ii
GARIS PANDUAN PENULISAN KERTAS KERJA & LAPORAN LAWATAN AKADEMIK
1.0
VERSI 1.2
PENDAHULUAN
Menurut Mark Van Doren, seorang professor di Universiti Columbia yang telah memenangi “The Pulitzer Prize” pada 1940 telah menyatakan bahawa; “The art of teaching is the art of assisting discovery.” Menurut beliau, untuk membantu pelajar “discover knowledge”, seorang pengajar harus berperanan sebagai pemudahcara dalam proses pembelajaran dan pengajaran. Ini melibatkan penggunaan kaedah penyampaian yang kreatif, inovatif dan berpusatkan pelajar (Student-centred).
Lawatan akademik merupakan salah satu aktiviti pembelajaran di mana pelajar berpeluang belajar secara experiencial dalam suatu persekitaran yang authentic. Dengan perancangan yang berasaskan hasil pembelajaran dan pendekatan yang berpusatkan
pelajar, lawatan akademik mampu meningkatkan kompetensi dan
pengetahuan pelajar selaras dengan kehendak kurikulum.
2.0
OBJEKTIF GARIS PANDUAN
Garis Panduan ini mempunyai Tiga (3) objektif utama:
2.1
Memberi satu panduan kepada pensyarah dalam merancang aktiviti pembelajaran di luar kampus yang berasaskan Outcome-based Education (OBE).
2.2
Menerangkan peranan dan tanggungjawab pihak yang terlibat serta peraturan yang perlu dipatuhi.
2.3
Mewujudkan keseragaman format dalam menyediakan Kertas Kerja Lawatan Akademik bagi semua Jabatan Akademik di Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS).
POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH
Muka 1 dari 32
GARIS PANDUAN PENULISAN KERTAS KERJA & LAPORANAKADEMIK LAWATAN AKADEMIK LAWATAN 3.0
VERSI VERSI 1.2 1.2
FORMAT KERTAS KERJA LAWATAN AKADEMIK (Berdasarkan OBE).
Format kertas kerja lawatan akademik hendaklah merangkumi perkara-perkara berikut:
3.1
Tujuan Lawatan
Pensyarah hendaklah menyatakan dengan jelas di dalam kertas kerja lawatan akademik yang mengandungi maklumat seperti berikut: 3.1.1
Tempat lawatan
3.1.2
Tarikh/ Tempoh lawatan
3.1.3
Program yang terlibat
3.1.4
Kod dan nama kursus yang berkenaan
3.1.5
Bilangan pelajar
3.1.6
Bilangan pensyarah pengiring
3.2
Latar Belakang
Pensyarah hendaklah menyatakan hubungkait lawatan akademik dengan sukatan pelajaran kursus yang berkenaan.
3.3
Pernyataan Hasil Pembelajaran Lawatan
Pensyarah haruslah menyatakan hasil pembelajaran daripada aktiviti lawatan yang selari dengan: 3.3.1
Hasil Pembelajaran Program (Program Learning outcomes-PLO).
3.3.2
Hasil Pembelajaran Kursus (Course Learning Outcomes-CLO).
3.3.3
Kemahiran insaniah seperti yang dinyatakan di dalam Domain Pembelajaran (Learning Domains-LD).
POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH
Muka 2 dari 32
GARIS PANDUAN PENULISAN KERTAS KERJA & LAPORANAKADEMIK LAWATAN AKADEMIK LAWATAN 3.4
VERSI VERSI 1.2 1.2
Impak Program
Pensyarah hendaklah menyatakan impak program yang dijalankan terhadap pelajar, pihak politeknik dan juga pihak industri.
3.5
Tentatif Program
Pensyarah hendaklah menyediakan tentatif lawatan dan bagaimana aktiviti yang dirancang dapat membantu pelajar mencapai Hasil Pembelajaran (CLO).
3.6
Pengisian Pengajaran dan Pembelajaran
Pensyarah perlu menyatakan pengisian aktiviti sepanjang program dijalankan bersama pihak industri. Pengisian Pengajaran dan Pembelajaran dalam bentuk ceramah, lawatan, pemerhatian, temubual, dialog, perbincangan, soal jawab dan sebagainya.
3.7
Penceramah/ Pensyarah Luar dari Industri dan Tajuk/ Bidang Ceramah/ Perkongsian Ilmu
Pensyarah hendaklah menyatakan nama penceramah/ pensyarah luar, agensi/ institusi luar berkenaan beserta tajuk/ bidang ceramah dan masa yang diperuntukan untuk sesi ceramah (sekiranya berkaitan).
3.8
Kos Belanjawan Program
Bagi lawatan akademik yang melibatkan perbelanjaan, pensyarah berkenaan perlu membuat
perincian
perbelanjaan
dan
sumber
peruntukan.Pensyarah
perlu
mematuhi prosedur kewangan yang sedang berkuatkuasa.
POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH
Muka 3 dari 32
GARIS PANDUAN PENULISAN KERTAS KERJA & LAPORANAKADEMIK LAWATAN AKADEMIK LAWATAN 3.9
VERSI VERSI 1.2 1.2
Tuntutan Perjalanan Pensyarah Pengiring
3.9.1
Bilangan pensyarah pengiring hendaklah sesuai dengan program lawatan. Pensyarah perlu merujuk dengan Unit Kewangan untuk menentukan samada peruntukan tuntutan perjalanan adalah mencukupi.
3.9.2
Tuntutan
perjalanan
pensyarah
hendaklah
mematuhi
arahan
perbendaharaan yang sedang berkuatkuasa.
3.10
Penilaian Pelajar
3.10.1
Butiran penilaian perlu dinyatakan sepertimana yang dikehendaki oleh sukatan pelajaran dan hasil pembelajaran.
3.10.2
Agihan markah juga perlu dinyatakan, dan ia harus selari dengan peratus penilaian di dalam sukatan pelajaran.
3.11 Pengangkutan
3.11.1 Aktiviti lawatan hendaklah menggunakan kenderaan Politeknik Sultan Idris Shah.
3.11.2 Kelulusan kertas kerja lawatan akademik perlu diperolehi sebelum membuat tempahan kenderaan.
3.11.3
Tempahan kenderaan adalah tertakluk kepada peraturan pentadbiran semasa.
POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH
Muka 4 dari 32
GARIS PANDUAN PENULISAN KERTAS KERJA & LAPORANAKADEMIK LAWATAN AKADEMIK LAWATAN 4.0
KAEDAH PELAKSANAAN LAWATAN AKADEMIK
4.1
Pra-Lawatan
4.1.1
VERSI VERSI 1.2 1.2
Menghantar Kertas Kerja Lawatan Akademik untuk mendapatkan kelulusan selewatnya 3 minggu sebelum lawatan dilaksanakan.
4.1.2
Memberi taklimat Pra-Lawatan kepada semua pelajar sebelum perjalanan ke tempat lawatan dilakukan.
4.2
Lawatan
4.2.1
Merujuk kepada tentatif program untuk melaksanakan lawatan akademik.
4.2.2
Memaklumkan kepada pelajar mengenai hasil pembelajaran, peraturan dan juga displin semasa lawatan diadakan.
4.3
Pasca Lawatan
4.3.1
Memberi rumusan mengenai lawatan yang dilaksanakan sebelum bertolak balik ke politeknik.
4.3.2
Mengedarkan Borang Maklumbalas Lawatan Akademik kepada semua pelajar dalam perjalanan balik.
4.3.3
Menyediakan laporan pasca lawatan akademik yang mengandungi butiran aktiviti, penilaian hasil pembelajaran pelajar, gambar-gambar aktiviti yang berkenaan dan rumusan maklumbalas lawatan akademik
4.3.4
Menghantar laporan pasca lawatan akademik kepada Ketua Jabatan selewat-lewatnya 3 minggu selepas lawatan dilaksanakan.
POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH
Muka 5 dari 32