PENDAHULUAN Tahniah dan syabas kepada saudara saudari kerana telah dipilih memasuki Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA ), Dungun , Terengganu.
Maklumat Am dan Maklumat Pendaftaran ini disediakan sebagai panduan dan maklumat kepada bakal pelajar mengani perkara-perkara yang perlu dilakukan semasa saudara saudari melaporkan diri dan perkara-perkara yang mesti dipatuhi sebaik sahaja saudara saudari menjadi pelajar PSMZA
Selamat menjadi warga PSMZA dan selamat menempuhi alam pengajian tinggi.
Tahniah !!!!!
1/12 Maklumat am dan pendaftaran sesi dis 2016prepared by: rasidahsidek.psmza.edu.my
BAHAGIAN A
:
MAKLUMAT AM
PERHATIAN : PROGRAM DAN POLITEKNIK YANG DITAWARKAN ADALAH MUKTAMAD
Baca maklumat am berikut dengan teliti dan sila ambil tindakan yang sewajarnya agar proses pendaftaran dapat dijalankan dengan lancar dan berkesan.
1.0 PANDUAN UNTUK KE POLITEKNIK SULTAN MIZAN ZAINAL ABIDIN (PSMZA) Rujuk pelan lokasi PSMZA yang disertakan.Kampus PSMZA terletak lebih kurang 85km dari Bandar Kuala Terengganu atau 124km dari Kuantan. Sekiranya anda dari Kuantan atau Pantai Barat menuju ke arah Pantai Timur, anda perlu pilih jalan pantai dan akan melalui Bandar Kemaman (Chukai) dan kawasan Perindustrian Kerteh. Jarak perjalanan daripada Janakuasa Elektrik TNB (Paka) ke PSMZA adalah lebih kurang 20km. Sekiranya anda dari Kelantan menuju ke Dungun, anda akan melalui Bandar Dungun. Teruskan perjalanan ke arah Kuantan. Jarak antara Sek. Men. Sains Dungun ke PSMZA adalah lebih kurang 4km.
2.0 2.1
PERINGATAN SEBELUM PENDAFTARAN Semakan dokumen asal akan dilakukan pada hari pendaftaran. Bawa semua dokumen asal yang dikehendaki oleh PSMZA pada hari tersebut. Pendaftaran akan ditolak sekiranya gagal mengemukakan dokumen-dokumen tersebut. Pengarah PSMZA berhak menarik balik tawaran belajar sekiranya terdapat pencanggahan maklumat di antara dokumen asal dengan maklumat yang telah diberikan semasa memohon ke Politeknik secara on-line.
2.2
Lengkapkan semua borang HEP (HEP1, HEP2, HEP3, HEP4, HEP5, HEP6) yang dicetak melalui laman sesawang www.politeknik.edu.my selepas log-in kad pengenalan.
2.3
Bawa borang Permohonan Pinjaman/Biasiswa (jika berkaitan) yang lengkap diisi dengan semua salinan-salinan dokumen yang telah disahkan (sekiranya permohonan pinjaman telah diluluskan).
2.4
Pelajar yang mendapat tajaan daripada mana-mana agensi kerajaan/swasta hendaklah membawa bersama surat pengesahan penajaan (surat asal) semasa mendaftar. Sila maklum bahawa selalunya pihak penaja hanya akan menanggung Yuran Pengajian anda sahaja. Oleh itu bayaran-bayaran selain Yuran Pengajian hendaklah dibayar sendiri oleh anda.
2/12 Maklumat am dan pendaftaran sesi dis 2016prepared by: rasidahsidek.psmza.edu.my
2.5
INSURAN NYAWA: Pelajar wajib membeli skim perlindungan diri (kemalangan) yang melindungi pelajar selama 3 tahun (program peringkat diploma). Bayaran untuk insuran ini telah diambilkira di dalam Bayaran Koperasi (Aktiviti Pelajar).
3.0 3.1
KEMUDAHAN TEMPAT TINGGAL /TAWARAN ASRAMA Asrama disediakan oleh Politeknik dengan bilangan yang terhad kepada pelajar. Pelajar yang ditawarkan asrama, sila cetak borang asrama di www.psmza.edu.my pada paparan pendaftaran pelajar baru.
3.2
Pelajar yang ditawarkan asrama, perlu membawa bersama peralatan harian seperti peralatan mandian,bantal, sarung bantal, cadar dan langsir (warna bebas), kasut, selipar, sejadah dan sebagainya. Kos sarahidup adalah ditanggung pelajar sendiri. ( alatan boleh dibeli di kedai koperasi psmza )
3.3
Adalah menjadi tanggungjawab pelajar sendiri mendapatkan tempat tinggal sekiranya tidak
ditawarkan tempat di asrama sebelum mendaftarkan diri di PSMZA. Sila sediakan
wang secukupnya untuk tujuan bayaran deposit, sewa dan wang pembelian kelengkapan rumah sewa.
4.0 4.1
BANTUAN KEWANGAN PSMZA TIDAK menjamin sebarang bantuan biasiswa / pinjaman kewangan kepada pelajar. Tawaran biasiswa / pinjaman adalah diluar bidang kuasa PSMZA. Menjadi tanggungjawab pelajar untuk menyediakan wang perbelanjaan secukupnya untuk sara hidup, pengangkutan, alat pelajaran, buku dan lain-lain. Sehubungan itu, para pelajar digalakkan memohon pinjaman / biasiswa / bantuan kewangan melalui Yayasan Negeri masing-masing atau penaja-penaja tertentu (badan kerajaan / swasta) sebelum mendaftar di PSMZA.
4.2
Pelajar yang mendaftar di PSMZA layak memohon pinjaman daripada agensi-agensi berikut: i. Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) Pelajar dikehendaki membuka akaun di mana-mana cawangan BIMB ( Bank Islam Malaysia Berhad) ii. Tabung Kebajikan Bekas Perajurit iii. Tabung Kebajikan Bekas Polis iv. Yayasan Negeri v. Dan Lain-Lain Badan Kerajaan / Swasta Yang Menawarkan Pinjaman / Biasiswa / Bantuan Kewangan Pendidikan.
4.3
Pihak PSMZA akan berusaha membantu pelajar semasa memohon bantuan kewangan daripada pihak PTPTN. Untuk permohonan Pinjaman PTPTN, pelajar yang layak memohon
3/12 Maklumat am dan pendaftaran sesi dis 2016prepared by: rasidahsidek.psmza.edu.my
hendaklah
membuat
permohonan
secara
atas
talian
(online)
di
laman
sesawang
www.ptptn.gov.my
5.0 5.1
RUPADIRI Pelajar-pelajar adalah tertakluk di bawah AKTA 174 dan semua peraturan bertulis di PSMZA. Pelajar hendaklah sentiasa berpakaian kemas, bersih, menutup aurat (bagi pelajar Islam) dan sopan. Semua pakaian yang menjolok mata dan tidak menepati peraturan PSMZA adalah dilarang.
5.2
Pakaian dan Rupa Diri Siswa (PELAJAR LELAKI) a.
Baju Baju kemeja berlengan panjang atau pendek. (WAJIB DIPAKAI SEMASA HARI PENDAFTARAN). Baju T berkolar yang tidak mempunyai tulisan atau gambar yang membawa pengertian liar / negatif. Baju perlu sentiasa dimasukkan dalam seluar (tuck-in) dan dibutangkan sempurna. Baju Melayu lengkap sepasang dengan samping dan songkok hitam (baju Kebangsaan) dibenarkan. Bertali leher. (pembentangan waktu kuliah). Topi, baju T, seluar jeans, seluar pendek dan seluar sukan adalah dilarang semasa mendaftar.
b.
Seluar Seluar ‘slack’ panjang. Seluar ‘jeans’ dilarang.
c.
Kasut Sesuai untuk kerja di pejabat dan sempurna bersarung kaki (stokin). Selipar, terompah, capal dan seumpamanya dilarang.
d.
Rambut Rambut sentiasa pendek dan kemas. Aras belakang tidak melebihi paras kolar baju, aras tepi tidak melebihi setengah telinga dan aras depan tidak melebihi aras dahi. Pelajar digalakkan berambut pendek menggunakan potongan fesyen 4-2 (bahagian atas rambut dipotong dengan menggunakan mata mesin bersaiz 4 dan bahagian tepi menggunakan mata mesin saiz 2). Rambut berfesyen (“afro”’, “punk”, berekor atau diwarnakan) adalah dilarang. Tidak botak kecuali yang disyariatkan agama.
e.
Perhiasan Pelajar dilarang memakai sebarang perhiasan kecuali bagi keperluan agama dan cincin yang bukan cincin emas.
4/12 Maklumat am dan pendaftaran sesi dis 2016prepared by: rasidahsidek.psmza.edu.my
5.3
Pakaian dan Rupa Diri Siswi (PELAJAR PEREMPUAN) a. Baju Pakaian yang menutup aurat, bersih, kemas dan sopan bagi semua pelajar Islam. Pakaian yang menjolok mata dilarang (contoh; pakaian ketat, jarang, pendek, berbelah, nipis dan mendedahkan mana-mana bahagian badan). Pakaian hendaklah berlengan panjang sampai ke pergelangan tangan. Labuh baju hendaklah menutupi paras punggung. Pelajar bukan Islam dilarang memakai ‘skrit’ yang lebih pendek dari paras lutut. Baju T berkolar yang tidak mempunyai tulisan atau gambar yang membawa pengertian liar / negatif. Pelajar dikehendaki memakai kain dalam dan anak tudung penuh. b.
Sarung/Maxi Labuh, longgar dan tidak jarang
c.
Seluar Seluar ‘slack’ panjang dan tidak ketat Seluar ‘jeans’ dilarang
d.
Kasut Kasut bertutup penuh dan sempurna bersarung kaki (stokin). Selipar, terompah, capal dan seumpamanya dilarang. Kasut yang berladam logam yang berbunyi bising dilarang.
e.
Rambut Pelajar Islam sewajarnya menutup rambut seperti yang disyariatkan (bertudung). Rambut kemas dan beridentitikan seorang pelajar perempuan. Rambut berfesyen (“afro”’ “punk”, berekor atau diwarnakan) adalah dilarang.
f.
Perhiasan Tidak digalakkan memakai barang kemas (emas sahaja). Mencukur bulu kening dan solekan berlebihan dilarang.
6.0 HAL-HAL LAIN 6.1 6.2 6.3
Semua pelajar dinasihatkan membawa pakaian sukan yang sesuai. Sekiranya memiliki mesinkira (calculator) saintifik, ia hendaklah dari jenis yang tidak boleh diprogramkan. Pelajar digalakkan membawa 3 salinan fotostat bagi setiap dokumen penting dan telah disahkan untuk sebarang urusan yang berkaitan. Pengesahan boleh dilakukan oleh manamana pegawai kerajaan yang mempunyai ijazah (degree) seperti Pengetua Sekolah Menengah, Pegawai Daerah, guru-guru dan yang setaraf serta mempunyai cop jawatan masing-masing.
5/12 Maklumat am dan pendaftaran sesi dis 2016prepared by: rasidahsidek.psmza.edu.my
BAHAGIAN B : PANDUAN PENDAFTARAN 1.0 HARI PENDAFTARAN Baca maklumat am berikut dengan teliti dan sila ambil tindakan yang sewajarnya agar proses pendaftaran dapat dijalankan dengan lancar dan berkesan. Anda tidak akan didaftarkan sekiranya mana-mana perkara yang disebutkan di bawah tidak dipenuhi.
Tarikh : 20 hb NOVEMBER 2016 (AHAD) Masa
: 8.30pagi – 12.30 tengahari
Tempat : Dewan DAGANG, PSMZA. *******Nota : sebarang masalah berkenaan pendaftaran sila berhubung dengan pihak Jabatan
Hal
Ehwal
Pelajar
PSMZA
di
talian
09-8400800
sambungan
0899/0901/0875 .********
2.0 PERKARA-PERKARA YANG MESTI DIBAWA PADA HARI PENDAFTARAN 2.1 Dokumen ASAL berikut: a. Sila ke website http://www.spmp.psmza.edu.my/uspmp2/logindaftarbaru.jsp untuk pendaftaran atas talian (online ) b. Cetak Slip Pendaftaran Atas talian ( online )- slip pendaftaran atas talian (online ) perlu dibawa semasa hari pendaftaran c. Kad Pengenalan d. Slip Bank Yang Berkaitan e. Surat Tawaran Ke Politeknik f. Sijil/Slip Keputusan Peperiksaan SPM/SPMV g. Sijil Berhenti Sekolah h. Dokumen Ko-kurikulum yang berkaitan i. Surat Akuan / Testimonial Sekolah (jika ada) j. Borang-borang pendaftaran berikut yang telah lengkap diisi : i. BHEP1 - Borang Maklumat Peribadi Pelajar ii. BHEP2 - Ikrar Pelajar dan Lepas Tanggung iii. BHEP3 - Kebenaran Bapa/Ibu/Penjaga Untuk Rawatan Bius & Pembedahan iv. BHEP4 - Akuan Pelajar dan Akuan Ibu/Bapa/Penjaga v. BHEP5 - Laporan Pemeriksaan Doktor (X-Ray perlu dibuat) vi. BHEP6 – Akujanji Pelajar
6/12 Maklumat am dan pendaftaran sesi dis 2016prepared by: rasidahsidek.psmza.edu.my
2.2
Perlu menyediakan DUA (2) sampul berukuran A4 a.
ii.
Sampul A (berukuran A4 ) – bertulis nama, no kad pengenalan dan no pendaftaran pelajar
1 Salinan kad pengenalan
1 Salinan Surat Tawaran
1 Salinan Sijil SPM/ Sijil Kolej Komuniti/ Sijil Kemahiran
1 Salinan Slip Bayaran Yuran Pengajian, Asrama dan Aktiviti
1 Salinan Sijil Behenti Sekolah
1 Salinan Surat Akuan/ testimoni sekolah
1 Salinan Sijil –sijil Ko-kurikulum yang berkaitan
Sampul B (berukuran A4 ) – bertulis nama , no kad pengenalan dan no pendaftaran pelajar
Borang BHEP 1
Borang BHEP 2
Borang BHEP 3
Borang BHEP 4
Borang BHEP 5
Borang BHEP 6
Gambar berukuran pasport 3 keping
**** borang BHEP 1 – BHEP 6 yang lengkap diisi ******
2.2 Bayaran yang perlu dijelaskan semasa pendaftaran – rujuk lampiran Bayaran semasa pendaftaran **Pelajar yang mendapat tajaan daripada mana-mana agensi kerajaan / swasta hendaklah membawa bersama surat pengesahan penajaan (yang asal) semasa mendaftar** Pembayaran TIDAK DIKEMBALIKAN jika anda berhenti dari menjadi pelajar PSMZA. 2.3 Gambar berukuran kad pengenalan (berwarna) – 3 keping (nama dan kursus dicatat pada belakang setiap keping gambar). PELAJAR LELAKI – Gambar berambut pendek dan baju berkolar. PELAJAR PEREMPUAN – Gambar bertudung (MUSLIM) dan berpakaian sopan.
3.0 PAKAIAN DAN RUPADIRI SEMASA PENDAFTARAN Sila rujuk RUPADIRI (pelajar lelaki diwajibkan memakai BAJU KEMEJA dan BERKASUT dan pelajar wanita memakai BAJU KURUNG , BERTUDUNG (untuk yang Muslim) dan KASUT BERTUTUP semasa mendaftar) 7/12 Maklumat am dan pendaftaran sesi dis 2016prepared by: rasidahsidek.psmza.edu.my
Tambahan: Untuk keseragaman pakaian semasa Minggu Suai Kenal (20 – 23 November 2016) : Pelajar lelaki - dikehendaki membawa 2 helai seluar slack hitam dan 2 helai baju kemeja putit berlengan panjang/pendek. Pelajar perempuan - dikehendaki membawa 2 helai baju kurung putih atau baju kemeja berlengan panjang serta 2 helai kain sarung hitam (tudung putih/hitam-tanpa corak). Kasut sukan dan kasut bertutup penuh (hitam) perlu dibawa. **** kegagalan anda mematuhi peraturan semasa Hari Pendaftaran menyebabkan Anda
TIDAK DIBENARKAN mendaftar ******
3.1 PROSEDUR PENDAFTARAN POLITEKNIK Untuk urusan pendaftaran, pelajar dikehendaki bergerak mengikut turutan dari kaunter pertanyaan sehingga menaiki bas ke asrama. Nama/aktiviti kaunter Kaunter Pertanyaan Kaunter Disiplin Pemeriksaan Rupadiri Kaunter Sampul A & B
Kaunter Koperasi
Perkara yang perlu dibuat oleh pelajar 1. Kaunter untuk sebarang pertanyaan berkaitan politeknik atau kursus yang diambil. 1. Memastikan rupadiri anda kemas mengikut peraturan yang telah ditetapkan dalam AKTA 174. 1. Menyerahkan sampul A dan Sampul B kepada pegawai di kaunter. 2. Menyerahkan slip pendaftaran yang dicetak daripada laman web www.psmza.edu.my. 1. Serahkan slip bayaran koperasi untuk disahkan (di cop). 2. Dapatkan barangan koperasi (pelajar semester 1)
SEMUA PELAJAR SEMESTER 1 DIWAJIBKAN MENGIKUTI MSK (MINGGU SUAI
KENAL)
8/12 Maklumat am dan pendaftaran sesi dis 2016prepared by: rasidahsidek.psmza.edu.my
PERMOHONAN PINJAMAN PTPTN 1.
Permohonan pinjaman PTPTN terbuka kepada semua pelajar yang mengikuti pengajian peringkat Diploma, Ijazah Pertama, Ijazah Sarjana, Doktor Falsafah dan beberapa Kursus Profesional samada secara sepenuh masa atau separuh masa.
2.
Pelajar Lepasan Diploma / Ijazah Pertama / Ijazah Sarjana yang pernah mendapat pinjaman PTPTN dan ingin memohon semula pinjaman untuk peringkat pengajian yang lebih tinggi mesti mengemukakan surat penangguhan bayaran balik pinjaman yang diperolehi semasa pengajian terdahulu. Pelajar boleh memuat turun surat penangguhan bayaran balik dari laman web PTPTN http://www.ptptn.gov.my.
3.
Pelajar yang telah mendapat pinjaman PTPTN untuk pengajian terdahulu tetapi gagal menamatkan pengajian atau mendapat penaja lain boleh memohon pinjaman kali kedua untuk meneruskan pengajian mereka setelah kesemua hutang pinjaman terdahulu diselesaikan. SYARAT-SYARAT PEMBIAYAAN PINJAMAN PTPTN
Pelajar layak memohon pembiayaan pendidikan sekiranya memenuhi syarat-syarat berikut: i. Pemohon adalah warganegara Malaysia; ii. Berumur tidak melebihi 45 tahun pada tarikh memohon; iii. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) dengan sekurang-kurangnya 3 kepujian dalam mana-mana mata pelajaran; iv. Lulus SPM bagi pelajar lepasan Sijil Kolej Komuniti dan Diploma Politeknik dengan syarat memperolehi CGPA 3.0 dan ke atas; v. Bagi pelajar-pelajar IPTA/IPTS/Politeknik, mereka hendaklah telah mendaftar untuk mengikuti kursus yang telah diluluskan oleh Jabatan Pengurusan IPT(IPTA/IPTS)/Jabatan Pengurusan Politeknik dan Kolej Komuniti,Kementerian Pengajian Tinggi; vi. Bagi pelajar-pelajar IPTS, kursus yang diikuti mestilah telah mendapat Sijil Perakuan Akreditasi daripada Agensi Kelayakan Malaysia(MQA) dan belum tamat tempoh sah laku semasa permohonan dikemukakan; vii. Semua pelajar hendaklah mempunyai kelayakan masuk yang disyaratkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia untuk mengikuti kursus berkaitan. Bagi pelajar yang mempunyai kelayakan yang berbeza daripada yang disyaratkan, pengesahan bahawa kelayakan tersebut setaraf dengan kelayakan yang disyaratkan hendaklah diperolehi daripada jabatan atau agensi sebagaimana dinyatakan di perkara di atas; viii. Baki tempoh pengajian semasa permohonan dibuat tidak kurang dari satu tahun. ix. Pembiayaan pinjaman pendidikan PTPTN memerlukan dua(2) penjamin yang terdiri daripada ibu dan bapa kandung pemohon sahaja tanpa mengambil kira had umur dan pendapatan penjamin; x. Tidak mempunyai penaja lain; dan xi. Jumlah keseluruhan pembiayaan pinjaman yang telah diperolehi pelajar dengan mengambil kira pinjaman yang akan diluluskan hendaklah tidak melebihi RM65,000.00.
PERHATIAN: Panduan dan peraturan am mengisi surat tawaran pinjaman, dokumen perjanjian, lampiran perjanjian dan dokumen jaminan pinjaman pendidikan PTPTN boleh didapati dari laman web PTPTN http://www.ptptn.gov.my setelah permohonan pinjaman PTPTN diluluskan. Dokumen yang telah dilengkapkan hendaklah DISERAHKAN kepada pegawai PTPTN pada sesi taklimat dan kutipan dokumen perjanjian (akan diberitahu oleh pihak Politeknik) atau melalui Pejabat Hal Ehwal Pelajar Politeknik masing-masing.
9/12 Maklumat am dan pendaftaran sesi dis 2016prepared by: rasidahsidek.psmza.edu.my
PELAN LOKASI POLITEKNIK SULTAN MIZAN ZAINAL ABIDIN (PSMZA)
PELAN / PETA LALULINTAS HARI PENDAFTARAN PSMZA
10/12 Maklumat am dan pendaftaran sesi dis 2016prepared by: rasidahsidek.psmza.edu.my
Senarai Semak Sebelum Hadir Pada Hari Pendaftaran Semak dan tandakan pada petak yang berkenaan sekiranya telah disediakan sebelum bertolak ke Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Dungun, Terengganu pada tarikh yang telah dimaklumkan untuk mendaftar diri. I. Dokumen asal a. Slip Pendaftaran Dalam Talian (Online) b. Kad Pengenalan c. Surat Tawaran Ke Politeknik d. Sijil SPM / SPM(V) e. Dokumen Ko-kurikulum (yang berkenaan) f. Sijil Berhenti Sekolah g. Surat Akuan / Testimonial (jika ada) h. Borang Pendaftaran ( BHEP1-BHEP6 yang telah lengkap) i. Borang Maklumat Peribadi ii. Ikrar Pelajar Dan Lepas Tanggung iii. Kebenaran Pembedahan iv. Akuan Pelajar & Ibubapa/Penjaga v. Laporan Pemeriksaan Kesihatan vi. Akujanji Pelajar i.
Semak Rupadiri Pelajar
j.
Slip Yuran Pengajian dan Yuran Aktiviti (dengan salinan)
k. Gambar berwarna terkini – 3 keping semasa hari pendaftaran
11/12 Maklumat am dan pendaftaran sesi dis 2016prepared by: rasidahsidek.psmza.edu.my
PERHATIAN ! PENTING UNTUK PELAJAR ~ SEMUA PELAJAR SEMESTER 1 DIWAJIBKAN
MENGIKUTI MINGGU SUAI KENAL~ SEMUA PELAJAR SEMESTER 1 DIWAJIBKAN TINGGAL DI KAMSIS SEPANJANG MINGGU SUAI KENAL BERLANGSUNG. SILA PASTIKAN ANDA MENERIMA BUKU PANDUAN MSK SETELAH MENDAFTAR PENGAJIAN DI POLITEKNIK SULTAN MIZAN ZAINAL ABIDIN
~ SEMUA IBU BAPA PELAJAR PERLU MENGIKUTI
TAKLIMAT IBU BAPA DI DEWAN KULIAH UTAMA PADA JAM 10.30 PAGI~
SEMOGA PENDAFTARAN ANDA BERLANGSUNG DENGAN LANCAR & SELESA Untuk keselesaan Ibubapa dan Pelajar
12/12 Maklumat am dan pendaftaran sesi dis 2016prepared by: rasidahsidek.psmza.edu.my