PANDUAN PENGGUNA PERMOHONAN PENDAFTARAN SEBAGAI PENYEDIA LATIHAN DENGAN PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA BERHAD SECARA ONLINE
1.
PENGENALAN
Panduan ini bertujuan untuk membantu penyedia latihan baru yang ingin berdaftar dengan PSMB secara online. Penyedia latihan boleh mengakses perkhidmatan online ini melalui laman web PSMB iaitu www.hrdnet.com.my. Objektif utama sistem online ini adalah untuk memudah dan mempercepatkan proses permohonan pendaftaran penyedia latihan disamping menggalakkan penggunaan e-borang dan teknologi maklumat dikalangan penyedia latihan itu sendiri.
2.
MAKLUMAT YANG DIPERLUKAN
Maklumat yang diperlukan bagi menyempurnakan transaksi online ini adalah seperti berikut: ! Maklumat berkenaan ROC/ROB/ROS ! Maklumat kursus latihan yang pernah dan akan dijalankan ! Maklumat tenaga pengajar ! Maklumat premis (sekiranya ada) Secara ringkas, berikut adalah prosedur permohonan pendaftaran penyedia latihan secara online: ! Mengisi borang online pada laman web www.hrdnet.com.my ! Mencetak suran pengesahan yang disediakan secara otomatik apabila borang online disempurnakan ! Penyedia latihan boleh secara pilihan membuat pembayaran melalui mana-mana cawangan Public Bank atau menyertakan cek pembanyaran secara manual ! Menghantar surat pengesahan beserta dokumen sokongan yang diperlukan ke PSMB pada alamat berikut:-
3.
PANDUAN MENGISI BORANG SECARA ONLINE
Sila ikuti langkah 1 sehingga 14 bagi mengisi borang permohonan secara online. Semua butiran bertanda ‘*’ wajib diisi. Sekiranya tiada berkenaan, sila isi “-“. Butiran yang bertanda “*” tidak boleh dibiarkan kosong.
Langkah 1
• • •
Sila klik pada menu ‘E-Renewal’. Halaman sistem online Penyedia Latihan akan dipaparkan seperti dibawah. Sila klik pada “Permohonan Baru Sijil Pendaftaran Penyedia Latihan”.
Halaman Utama Pendaftaran Penyedia Latihan Langkah 2
• • • •
Sila masukkan nombor pendaftaran syarikat samaada nombor ROC/ROB/ROS anda pada ruangan yang disediakan. Klik “Submit” untuk meneruskan permohonan. Paparan borang permohonan adalah seperti langkah 3. Klik pada panduan untuk mendapatkan syarat-syarat mendaftar sebagai penyedia latihan dengan PSMB.
Langkah 3
•
Sila tandakan jenis permohonan samaada kelas B atau kelas C.
Langkah 3a
•
Sila isikan Nama Syarikat,Nama Brand, Alamat, Bandar, Negeri, Poskod, No. Telefon, No. Fak, Alamat Website Syarikat dan Alamat Email Rasmi Syarikat , No. pendafatran LAN, Modal Berbayar dan No. Pendaftaran Akta Institut Pnedidikan Tinggi Swasta 1996 pada ruangan yang disediakan.
Langkah 3b
•
Sila tandakan Jenis organisasi pada item yang disediakan.
Langkah 3c
•
Sila tandakan Hakmilik pada item yang disediakan.
Langkah 3d
• • • • •
Sila masukkan bilangan pekerja. Sila masukkan bilangan jurulatih pada petak sepenuh masa dan sambilan. Sila tandakan pada item yang bersesuaian untuk soalan no 6a dan 6b. Klik “Seterusnya “ untuk meneruskan permohonan. Klik “Kembali Ke Menu Utama” untuk membatalkan permohonan.
Langkah 4
• • • • • • •
1) Masukkan Nama Pemegang Saham Syarikat. 2) Pilih Kewarganegaraan 3) Masukkan No. Kad Pengenalan. 4) Masukkan No. Passport 5) Klik “Rekod” untuk menyimpan maklumat yang telah diisi. Paparan data adalah seperti langkah 4a Ulang No 1) hingga No 5) untuk memasukkan maklumat baru
Langkah 4a
Langkah 5
• • • • • •
1) Masukkan Nama Pengajar 2) Pilih Kewarganegaraan 3) Masukkan No. Kad Pengenalan. 4) Masukkan No. Passport. 5) Masukkan Email. 6) Masukkan No. telefon dan No. Fak.
• • • • • • •
7) Masukkan maklumat Kelayakan Akademik Tertinggi. 8) Masukkan Pengalaman Dalam Latihan. 9) Pilih Status Pengajar. 10) Pilih samaada Pengajar Pernah hadiri Train The Trainer. 11) Klik “Rekod” untuk menyimpan maklumat Paparan data adalah seperti langkah 5a Ulang No 1) hingga No 11) untuk memasukkan maklumat baru
Langkah 5a
•
Klik “Seterusnya” untuk meneruskan permohonan.
Langkah 6
• •
Masukkan Maklumat berkenaan dengan Butir-butir kemudahan bilik latihan Klik “Seterunya” untuk meneruskan permohonan.
Langkah 7
• • • • • • •
1) Masukkan Tajuk Program. 2) Masukkan Bilangan Pelatih. 3) Masukkan Tarikh Program Dijalankan. 4) Masukkan Nama Syarikat Yang Menghadiri Program. 5) Klik “Rekod” untuk menyimpan maklumat tersebut. Paparan maklumat adalah seperti Langkah 7a. Ulang No 1) hingga No 5) untuk memasukkan maklumat baru.
Langkah 7a
Langkah 8
• • • •
1) Masukkan Nama Program Latihan. 2) Klik “Rekod” untuk menyimpan maklumat. Paparan maklumat adalah seperti Langkah 8a. Ulang No 1) hingga No 2) untuk memasukkan maklumat baru.
Langkah 8a
•
Klik “Seterusnya” untuk meneruskan permohonan.
Langkah 9
• • •
Sila isikan maklumat berkenaan nama, no. kad pengenalan, jawatan, email dan no. telefon bimbit pada ruangan yang disediakan. Pastikan email diisi dengan betul. Klik Simpan Maklumat untuk menyimpan rekod yang telah diisi.
Langkah 10
Menu utama pendaftaran penyedia latihan • • • • •
Menu utama memaparkan maklumat berkenaan dengan no ppohon, tarikh kemasukan, tarikh hantar, tarikh lulus/tolak, status dan surat pengesahan. Borang permohonan masih boleh diedit jika status belum dihantar atau di buang jika tidak memerlukan permohonan tersebut dan ingin membuat permohonan baru. Klik (Permohonan Baru) untuk membuat permohonan lain. Klik pekeliling penyedia latihan untuk mendapatkan maklumat berkenaan dengan pendaftaran sebagai penyedia latihan dengan PSMB. Klik Logout untuk keluar dari sistem.
Langkah 11 • •
Klik [Hantar] untuk menghantar permohonan ke PSMB untuk diproses. Skrin pada langkah 14 akan dipaparkan.
Langkah 12
• •
Klik setuju untuk meneruskan penghantaran borang permohonan. Sistem akan menukar status permohonan seperti paparan di bawah.
Langkah 13
• •
Sila klik pada ruangan surat pengesahan untuk mencetak surat pengesahan. Sila pastikan surat pengesahan dihantar ke PSMB bersama dengan dokumen-dokumen yang diperlukan untuk diproses.
Langkah 14
4.
•
Sila tandakan senarai dokumen yang perlu disediakan oleh penyedia latihan pada kotak yang disediakan.
•
Klik pada ikon
untuk mencetak surat pengesahan.
KESIMPULAN Diharap panduan ini dapat membantu penyedia latihan membuat permohonan secara online. Sila ajukan sebarang permasaalahan mengenai permohonan pendaftaran penyedia latihan kepada pegawai-pegawai berikut: Encik Mohd Ramdan B Mohd Yusof No. Tel : 03-20984829 Email :
[email protected] Puan Mariyah Mustapha No. Tel. : 03-20984830 Email:
[email protected]
Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan online ini!