PANDUAN PENGAWASAN BAGI PEMBANTU PENGAWAS UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
Bahagian Hal Ehwal Peperiksaan April 2007
1
PANDUAN PENGAWASAN
1.0
Tempoh Peperiksaan Mengikut Kertas Soalan Peperiksaan Akhir Universiti.
2.0
Waktu Peperiksaan Bermula 2.1
2.2
3.0
Hari Sabtu hingga Khamis :Sesi pagi
-
9.00 pagi
Sesi petang
-
2.15 petang
Sesi pagi
-
8.30 pagi
Sesi petang
-
2.45 petang
Hari Jumaat :-
Tempat Lapor Diri 3.1
Pembantu Pengawas hendaklah melapor diri di Bilik Gerakan Peperiksaan.
3.2
Pembantu Pengawas hendaklah mengetik kad perakam waktu untuk merakam waktu masuk (waktu mula bertugas) dan waktu keluar (waktu tamat bertugas) di UiTM.
4.0
Waktu Melapor Diri 4.1
Pembantu Pengawas hendaklah melapor diri satu (1) jam sebelum peperiksaan bermula bagi tempat peperiksaan yang mempunyai kapasiti melebihi 150 calon.
4.2
Pembantu
Pengawas
hendaklah
melapor
diri sekurang-kurangnya
30 minit sebelum peperiksaan bermula bagi tempat peperiksaan yang mempunyai kapasiti tidak melebihi 150 calon.
2
5.0
Tugas Dan Tanggungjawab Pembantu Pengawas hendaklah membantu Ketua Pengawas/Pengawas dalam pengendalian
peperiksaan.
Dengan
demikian
Pembantu
Pengawas
tidak
dibenarkan menjalankan tugas seorang diri tanpa kehadiran Ketua Pengawas/ Pengawas. Pembantu Pengawas hendaklah sentiasa PATUH KEPADA ARAHAN yang diberikan oleh Jawatankuasa Peperiksaan dan Ketua Pengawas/Pengawas. Tugas Pembantu Pengawas :5.1
Membantu
Ketua
Pengawas/Pengawas
mengambil
Buku
Jawapan
Peperiksaan, keperluan peperiksaan serta jam dinding (jika perlu) di Bilik Gerakan Peperiksaan. 5.2
Melapor diri kepada Ketua Pengawas di Bilik Gerakan Peperiksaan. Jika Ketua Pengawas belum tiba di Bilik Gerakan Peperiksaan, Pembantu Pengawas hendaklah menunggu sehingga Ketua Pengawas tiba.
5.3
Ketua Pengawas hendaklah membuka sampul kertas soalan di hadapan Pengawas Peperiksaan atau Pembantu Pengawas.
5.4
Sila dapatkan arahan daripada Ketua Pengawas/Pengawas sebelum menjalankan tugas.
5.5
Mengedar kertas soalan, Buku Jawapan Peperiksaan dan keperluan peperiksaan sebelum peperiksaan bermula di tempat peperiksaan.
5.6
Calon hanya dibenarkan masuk ke tempat peperiksaan setelah keperluan peperiksaan diedarkan di atas meja serta dengan arahan Ketua Pengawas.
5.7
Pastikan setiap calon membawa Kad Pelajar UiTM dan Penyata Kelayakan Menduduki Peperiksaan.
3
5.8
Calon tidak dibenarkan membawa masuk ke dalam tempat peperiksaan apa-apa buku/nota, kertas, dokumen, gambar, kotak pensil atau tastangan tanpa kebenaran pengawas.
5.9
Calon tidak dibenarkan sama sekali membawa sebarang peralatan elektronik
ke
tempat
peperiksaan
kecuali
ia
adalah
keperluan
peperiksaan. Calon hanya dibenarkan membawa telefon bimbit dan ia hendaklah dimatikan serta diletak di bawah meja di atas lantai. 5.10
Apabila calon telah mengambil tempat, Ketua Pengawas akan membaca PERATURAN MENDUDUKI PEPERIKSAAN AKHIR.
Pastikan calon
tidak menulis atau bercakap. 5.11
Setelah arahan diberikan oleh Ketua Pengawas untuk memulakan peperiksaan, Pembantu Pengawas akan menyemak Penyata Kelayakan Menduduki Peperiksaan serta Kad Pelajar.
Pastikan kedua-duanya
mempunyai nama yang sama. Jika keadaan mencurigakan, maklumkan kepada Ketua Pengawas/Pengawas. 5.12
Kutip
slip
kedatangan
calon
dan
pastikan
ianya
lengkap
dan
ditandatangani. Pastikan jumlah slip kedatangan sama dengan bilangan calon sebelum menyerahkan kepada Ketua Pengawas. 5.13
Buku Jawapan Tambahan hanya diberikan kepada calon apabila diminta oleh calon.
Buku Jawapan Tambahan adalah lebih nipis dari Buku
Jawapan Utama yang diedarkan.
Buku Jawapan Tambahan hendaklah
diikat dengan lain-lain keperluan peperiksaan. 5.14
Pembantu Pengawas hendaklah mengiringi calon yang hendak ke bilik air. Calon terlebih dahulu perlu mengisi Borang Keluar Sementara dari tempat peperiksaan sebelum dan selepas ke bilik air. Pastikan calon tidak berada lama di bilik air.
5.15
Pembantu Pengawas hendaklah sentiasa mengawasi calon semasa peperiksaan.
4
5.16
Pembantu Pengawas hendaklah memastikan calon tidak meniru semasa peperiksaan. Jika berlaku kes peniruan, Pembantu Pengawas hendaklah melaporkan
kepada
Ketua
Pengawas/Pengawas
dengan
segera.
Tangkapan dan laporan peniruan calon akan dibuat oleh Ketua Pengawas. 5.17
Pembantu Pengawas hendaklah bersama-sama menjaga ketenteraman tempat peperiksaan.
5.18
Apabila
peperiksaan
telah
tamat
Pembantu
Pengawas
hendaklah
mengutip buku jawapan peperiksaan dari calon dan pastikan bilangan buku jawapan peperiksaan sama dengan bilangan calon.
Calon hanya
dibenar meninggalkan tempat peperiksaan setelah mendapat arahan dari Ketua Pengawas. 5.19
Pembantu Pengawas hendaklah pastikan calon tidak membawa keluar dari tempat peperiksaan sebarang Buku Jawapan Peperiksaan samada yang masih bersih ataupun yang telah digunakan.
5.20
Pembantu
Pengawas
hendaklah
mendapatkan
tandatangan
Ketua Pengawas untuk Borang Tuntutan Skim Pembantu Pengawas setiap kali selepas mengawas sebagai bukti pengawasan. 5.21
Pembantu Pengawas hendaklah membantu Ketua Pengawas/Pengawas membawa Buku Jawapan Peperiksaan lebihan, keperluan peperiksaan serta jam dinding ke Bilik Gerakan.
5.22
Pembantu Pengawas hendaklah mengiringi Ketua Pengawas/Pengawas kembali ke Bilik Gerakan Peperiksaan.
5.23
Pembantu Pengawas hendaklah mengetik kad perakam waktu sebelum meninggalkan kampus.
5
6.0
Ketidakhadiran Pembantu Pengawas hendaklah menghubungi Bilik Gerakan Peperiksaan sekiranya tidak dapat hadirkan diri untuk bertugas sebelum peperiksaan bermula. Jika ketidakhadiran melebihi satu kali, pihak universiti tidak teragak-agak menamatkan perkhidmatan Pembantu Pengawas.
7.0
Kadar Bayaran Kadar bayaran ialah RM 4.00 / sejam. 7.1
Contoh 1 Bagi pengawasan tiga jam peperiksaan di bilik peperiksaan atau dewan dengan kapasiti tidak melebihi 150 calon, jumlah jam tugasan ialah (½ jam + 3 jam + ½ jam) 4 jam.
Maka Pembantu Pengawas akan
dibayar RM16.00. 7.2
Contoh 2 Bagi pengawasan tiga jam peperiksaan di dewan peperiksaan yang kapasitinya melebihi 150 calon, jumlah jam tugasan ialah (1 jam + 3 jam + ½ jam) 4 ½ jam. Maka Pembantu Pengawas akan dibayar RM 18.00.
8.0
Waktu Rehat Pembantu Pengawas tidak diperuntukkan waktu rehat.
Namun di atas budi
bicara Ketua Pengawas, Pembantu Pengawas dibolehkan berehat untuk 15 minit sahaja.
Sekiranya Pembantu Pengawas ingin ke bilik air, sila dapatkan
kebenaran dari Ketua Pengawas terlebih dahulu. 9.0
Ketepatan Masa Pembantu Pengawas hendaklah datang tepat pada waktu yang telah dijadualkan dengan berpandukan Waktu Melapor Diri di Para 4.0.
6
10.0
Borang Tuntutan Skim Pembantu Pengawas Borang ini hendaklah disimpan di Bilik Gerakan Peperiksaan dan ianya hendaklah ditandatangani oleh Ketua Pengawas setiap kali selepas Pembantu Pengawas menjalankan tugas pengawasan di tempat peperiksaan.
11.0
Sahsiah Rupa Diri Pembantu Pengawas hendaklah sentiasa memakai tag nama semasa berada di dalam kampus dan hendaklah berpakaian kemas semasa menjalankan tugas pengawasan. 11.1
Lelaki (a)
Rambut pendek dan kemas.
(b)
Baju kemeja berlengan pendek atau panjang. Corak bunga tidak dibenarkan.
(c)
Baju mesti di tuck in ke dalam seluar.
(d)
Seluar panjang jenis khaki, slacks, jeans tidak dibenarkan.
(e)
Kasut bertutup dan tidak berbunyi bila berjalan.
Selipar tidak
dibenarkan. 11.2
Wanita (a)
Baju kurung/kebaya longgar
(b)
Kasut bertutup dan tidak berbunyi bila berjalan. dibenarkan.
nor/panduan pengawasan
7
Selipar tidak