KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN
MENSERVIS PERALATAN ELEKTRIK DOMESTIK TINGKATAN EMPAT DAN LIMA
Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia 2002
RUKUN NEGARA BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak; membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden; MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsipprinsip berikut :KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA KELUHURAN PERLEMBAGAAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG KESOPANAN DAN KESUSILAAN
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian
.$1'81*$1 Pendahuluan
1
Matlamat
1
Objektif
2
Organisasi Kandungan
2
Pendekatan Dan Penekanan
3
Pemetaan Kandungan
5
Format Huraian
6
Huraian Tingkatan Empat
7
Huraian Tingkatan Lima
16
KATA PENGANTAR
Para 1 (kosong)
Huraian Sukatan Pelajaran disediakan untuk membantu guru merancang aktiviti dan bahan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan tahap kematangan murid selaras dengan kehendak Sukatan Pelajaran Pembinaan Domestik untuk sekolah menengah atas. Buku ini juga menyediakan penerangan bagi membantu guru menguruskan pelaksanaan kurikulum Pembinaan Domestik dalam bengkel. Guru diharap dapat merancang dan melaksanakan strategi yang berkesan sesuai dengan kebolehan dan minat murid serta persekitaran sekolah supaya pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih bermakna.
Para 3 (kosong)
( Dr. SHARIFAH MAIMUNAH BINTI SYED ZIN ) Pengarah Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia
kerjaya, keselamatan, peraturan, undang-undang, etika dan budaya kerja. Mereka dilatih menggunakan peralatan ujian, mengendalikan litar asas elektrik seperti bekalan kuasa, bahagian kawalan dan beban litar. Seterusnya kemahiran asas murid ini dipertingkatkan kepada tahap menservis pelbagai peralatan elektrik domestik yang meliputi mengendali, mengesan dan mengganti komponen yang rosak. Jenis peralatan elektrik domestik yang diserviskan termasuk kipas, mesin pengisar, seterika, cerek, pembakar roti, pembersih vakum, pam air, ketuhar, mesin basuh dan peti sejuk.
PENDAHULUAN
Apakah Mata Pelajaran Menservis Peralatan Elektrik Domestik?
Menservis Peralatan Elektrik Domestik adalah satu daripada mata pelajaran elektif vokasional di sekolah menengah akademik. Ia merupakan satu mata pelajaran amali yang berteraskan teknologi untuk tingkatan empat dan tingkatan lima. Mata pelajaran ini adalah lanjutan dan peluasan kepada mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu di sekolah menengah rendah. Penggubalan mata pelajaran ini yang berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dirancang untuk mencapai matlamat ke arah mempertingkatkan produktiviti negara dengan membekalkan tenaga mahir yang berpengetahuan dalam bidang elektrik elektronik. Penawaran mata pelajaran ini merupakan sebahagian usaha Kementerian Pendidikan untuk memperluaskan pendidikan teknikal dan vokasional di sekolah akademik. Persediaan awal ini adalah untuk memenuhi keperluan permintaan tenaga pekerja mahir dan separa mahir dalam pelbagai bidang industri yang semakin meningkat seperti pembinaan bangunan, automotif, elektrik elektronik, perabot, komputer dan multimedia, penghasilan makanan, perkhidmatan hospitaliti, perikanan dan haiwan, pelandskapan, tekstil dan pakaian, hiasan dalaman, dan perkhidmatan penjagaan. Dalam kurikulum Menservis Peralatan Elektrik Domestik, murid didedahkan dengan perkembangan teknologi semasa, keperluan tenaga mahir, prospek
Penerapan nilai murni, sikap positif dan budaya kerja yang baik turut disepadukan dalam mata pelajaran ini. MATLAMAT
Matlamat Mata Pelajaran Menservis Peralatan Elektrik Domestik
Matlamat mata pelajaran Menservis Peralatan Elektrik Domestik adalah untuk melahirkan murid yang berkemahiran membaik pulih dan menyenggara peralatan elektrik domestik dengan mengamalkan budaya kerja yang baik dan selamat, serta boleh menjalankan perniagaan sendiri atau berupaya menjadi penyumbang tenaga kerja mahir dalam bidang perkakasan elektrik.
ORGANISASI KANDUNGAN
OBJEKTIF
Objektif Mata 1. Pelajaran Menservis Peralatan Elektrik Domestik
Kurikulum Menservis Peralatan Elektrik Domestik adalah untuk membolehkan murid : 1.
Menyenggara peralatan elektrik domestik
2.
Mencari dan mengesan kerosakan peralatan elektrik domestik
3.
Melakukan kerja pengujian peralatan elektrik domestik
4.
Mengganti komponen dan peralatan elektrik domestik
5.
Mengenal pasti litar bekalan kuasa dan sistem kawalan peralatan elektrik domestik
6.
Menggunakan alatan tangan dan peralatan ujian dengan cara yang betul dan berkesan serta menyenggara peralatan bengkel
7.
Mengamalkan langkah keselamatan dan pertolongan cemas jika perlu semasa menservis peralatan elektrik domestik
8.
Mengamalkan budaya kerja yang baik seperti bekerjasama, ingin mencuba, bertanggungjawab dan berkomunikasi dengan berkesan
9.
Menyediakan rancangan perniagaan yang mudah dan meminati bidang keusahawanan serta sedar tentang keperluan tenaga mahir dalam bidang menservis peralatan elektrik domestik.
membaik
pulih
Rangka Konsep
Mata pelajaran ini terbahagi kepada tiga bidang pembelajaran yang diolah mengikut rangka konsep seperti berikut:
RANGKA KONSEP
U sahaw an P e k e r ja m a h ir m e n s e r v is PED
K E M A H IR A N ASAS L A N JU T A N M E N S E R V IS PER ALAT AN E LE K T R IK D O M E S T IK
K E M A H IR A N ASAS M E N S E R V IS PER ALAT AN E LE K T R IK D O M E S T IK
kerosakan domestik.
Diskripsi tiga bidang pembelajaran bagi Menservis Peralatan Elektrik Domestik adalah seperti berikut: 1.
Kemahiran Asas Menservis Peralatan Elektirk Domestik
Bidang pembelajaran ini merangkumi unit pembelajaran mengenai mengendalikan peralatan ujian, komponen peralatan elektrik dan sistem litar yang terdiri daripada bekalan, kawalan dan beban kuasa. Murid juga didedahkan dengan perkembangan teknologi semasa dan keperluan tenaga mahir dalam bidang Menservis Peralatan Elektrik Domestik. Selain daripada itu murid didedahkan kepada peluang kerjaya, prosedur dan undang-undang dalam dunia pekerjaan serta dipupuk dengan pembentukan etika dan budaya kerja yang cemerlang. Di akhir bidang pembelajaran ini, murid menguasai kemahiran dalam mengenal pasti kerosakan dan memahami fungsi komponen peralatan elektrik domestik. 2. Kemahiran Asas Lanjutan Menservis Peralatan
Elektrik Domestik Bidang pembelajaran ini adalah lanjutan daripada bidang pembelajaran pertama dan murid mengaplikasikan kemahiran di bidang kendalian litar, mengesan kerosakan dan menservis peralatan elektrik domestik seperti loceng pintu, mesin pengisar, kipas, pembakar roti, seterika, cerek elektrik, pembersih vakum, pam air, ketuhar, mesin basuh dan peti sejuk. Murid juga dapat menguasai kemahiran mengurus inventori dan penstoran. Di akhir bidang pembelajaran ini murid akan berkeupayaan membaik pulih
3.
dan
menyenggara
peralatan
elektrik
Keusahawanan
Murid didedahkan kepada teknik komunikasi yang berkesan, cara melayan pelanggan dan kemahiran membuat keputusan. Di samping itu, murid dibimbing membuat perancangan perniagaan yang mudah dan mengenal pasti organisasi yang membantu usahawan. Murid juga didedahkan dengan peluang kerjaya yang terdapat di industri berasaskan elektrik dan elektronik.
PENDEKATAN DAN PENEKANAN
Kemahiran melalui Latihan Amali
Menservis Peralatan Elektrik Domestik adalah mata pelajaran yang memberi tumpuan terhadap menguasai kemahiran melalui pembelajaran yang dikendalikan secara amali. Teori asas elektrik yang berkenaan diaplikasikan semasa murid menguasai kemahiran asas membaiki peralatan elektrik domestik. Dalam mengendalikan kelas, penggabung jalinan perlu diadakan di antara bidang pembelajaran Keusahawanan dan bidang pembelajaran mengenai kemahiran menservis bagi membolehkan murid berdikari dan memajukan diri semasa menceburi industri berasaskan elektrik dan elektronik .
Kemahiran yang Relevan
Nilai Murni
Saiz Kelas
Kemahiran yang diperolehi oleh murid perlulah seiring dengan apa yang dikehendaki di dalam industri berasaskan elektrik dan elektronik serta relevan dengan bidang pekerjaan yang sebenar. Pengajaran dan pembelajaran akan lebih menarik apabila murid dapat mengaitkan apa yang dipelajari dengan bidang kerjaya masa depan. Nilai murni dan sikap positif serta budaya kerja yang baik harus merentasi aktiviti yang dikendalikan. Tumpuan diberi ke arah murid yang berusaha mencapai kecemerlangan, bersungguh menghasilkan produk yang berkualiti dan ingin memberikan perkhidmatan pelanggan yang baik. Keutamaan juga diberi mengenai kebijaksanaan menggunakan sumber dalam pengendalian dan urusan kerja serta pemeliharaan alam sekitar. Murid harus berfikiran terbuka, menepati masa semasa menyiapkan kerja, berkeyakinan dalam membuat keputusan, bekerjasama, bertanggungjawab dan sentiasa mengutamakan keselamatan diri dan persekitaran. Guru harus memastikan murid dapat menunjukkan dan mengamalkan nilai tersebut semasa menjalankan kerja amali. Bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dalam kerja amali, saiz bagi satu kelas mata pelajaran Menservis Peralatan Elektrik Domestik mestilah tidak melebihi dua puluh lima orang murid.
Keselamatan dan Pengendalian Bengkel
Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Tunjuk Cara
Modul Pembelajaran
Peraturan dan langkah keselamatan hendaklah sentiasa diutamakan dan dipatuhi semasa berada di bengkel pembinaan maupun semasa menjalankan kerja amali di kawasan luar. Sebarang penggunaan alatan perlu diselia oleh guru untuk mengelakkan kemalangan. Organisasi bengkel dan pengurusan kerja hendaklah dijalankan secara berjadual oleh murid bagi menambahkan pengalaman, semangat bekerjasama dan bertanggungjawab serta mempertingkatkan lagi tahap disiplin murid dan sifat kepimpinan mereka.
Murid digalakkan menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) bagi mendapatkan maklumat perkembangan terkini di bidang industri berasaskan elektrik dan elektronik seperti pengeluaran peralatan elektrik yang baru, reka bentuk komponen yang digunakan serta sumber bagi mendapatkan bahan komponen terkini di pasaran. Kemahiran ICT murid diperkembangkan seperti melayari internet dan berkomunikasi secara elektronik. Guru perlu membuat tunjuk cara pada bahagian yang sesuai sebelum murid menjalankan kerja amali.
Modul Pembelajaran Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 disediakan untuk membantu murid menguasai tahap kemahiran dalam setiap unit pembelajaran. Pendekatan dalam modul ini lebih kepada kemahiran praktis di samping maklumat rujukan sebagai pengetahuan teori. Setiap modul mengandungi panduan kerja, maklumat rujukan dan penilaian.
BIDANG / UNIT / TAJUK PEMBELAJARAN
PEMETAAN KANDUNGAN
Pemetaan Kandungan Tingkatan 4 dan Tingkatan 5
Susunan kandungan dalam sukatan pelajaran Menservis Peralatan Elektrik Domestik untuk tingkatan 4 dan tingkatan 5 adalah seperti dalam Jadual Pemetaan Kandungan Sukatan Pelajaran. Peruntukan masa yang dinyatakan merupakan cadangan untuk membantu guru dalam penyediaan rancangan pengajaran.
a. Pena ujian
9
b. Meter pelbagai
9
c. Penguji tebatan
9
1.3 Komponen asas elektrik a. Fungsi
5 9
b. Penggunaan
9
c. Pengujian komponen
9
1.4 Litar bekalan kuasa a. Arus ulang alik (AC)
6 9
b. Arus terus (DC)
9
1.5 Sistem kawalan
Bilangan Waktu Seminggu
Masa pengajaran mata pelajaran Menservis Peralatan Elektrik Domestik ialah dua belas waktu seminggu yang mana setiap waktu ialah empat puluh minit.
a. Manual
8 9
b. Automatik
9
1.6 Beban
2.
b. Motor c. Transduser
9
d. Injap solenoid
9
BIDANG / UNIT / TAJUK PEMBELAJARAN
1.
Kemahiran Asas Menservis Peralatan Elektrik Domestik 1.1 Pengenalan a. Perkembangan teknologi semasa b. Prospek kerjaya c. Kepentingan amalan keselamatan d. Peraturan dan undang-undang kerja e. Etika dan budaya kerja 1.2 Peralatan ujian
TINGKATAN 4 (minggu)
( 35 ) 2 9 9 9 9 9 2
TINGKATAN 5 (minggu)
e. Mentol atau lampu Kemahiran Asas Lanjutan Menservis Peralatan Elektrik Domestik 2.1 Asas kendalian peralatan elektrik domestik a. Pengendalian peralatan b. Binaan c. Manual 2.2 Mengesan kerosakan dan baik pulih a. Simptom kerosakan b. Langkah mengesan kerosakan c. Menganalisis dapatan kerosakan d. Prosedur baik pulih
TINGKATAN 5 (minggu)
12 9 9
a. Pemanas
Jadual Pemetaan Kandungan Sukatan Pelajaran Menservis Peralatan Elektrik Domestik
TINGKATAN 4 (minggu)
9 ( 33 ) 15 9 9 9 15 9 9 9 9
BIDANG / UNIT / TAJUK PEMBELAJARAN
TINGKATAN 4 (minggu)
2.3 Penyenggaraan peralatan elektrik
3.
TINGKATAN 5 (minggu)
a. Cara perolehan
3 9
b. Sistem penstoran
9 9
c. Penyenggaraan Keusahawanan
Tiga lajur
Huraian kurikulum ini diperincikan dalam tiga lajur iaitu Bidang / Unit / Tajuk Pembelajaran; Hasil Pembelajaran; dan Cadangan Aktiviti Pembelajaran.
Bidang, Unit dan Tajuk Pembelajaran
Dalam lajur pertama bidang pembelajaran, unit pembelajaran dan tajuk berkenaan dinyatakan. Dalam lajur ini juga cadangan peruntukkan masa pembelajaran dinyatakan bagi membantu guru.
(2)
3.1 Kemahiran berkomunikasi
9
3.2 Kemahiran membuat keputusan
9
3.3 Rancangan perniagaan
9
3.4 Agensi yang membantu usahawan
9
3.5 Pemasaran
9
JUMLAH
FORMAT HURAIAN
35 minggu
35 minggu
Dalam lajur dua iaitu Hasil Pembelajaran, keluasan Hasil dan kedalaman skop setiap unit pembelajaran Pembelajaran dihuraikan dalam bentuk objektif perlakuan yang boleh diukur.
Cadangan Aktiviti Pembelajaran
Lajur ketiga iaitu Cadangan Aktiviti Pembelajaran bertujuan membantu guru merancang dan membekalkan pengalaman pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dan bermakna kepada murid. Guru boleh mengubahsuai cadangan ini dan mereka bentuk aktiviti tambahan yang bersesuaian dengan kebolehan murid dan keadaan sekeliling mereka. Huraian untuk tingkatan empat dan tingkatan lima diperincikan seperti berikut:
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN
MENSERVIS PERALATAN ELEKTRIK DOMESTIK TINGKATAN EMPAT
BIDANG / UNIT PEMBELAJARAN
HASIL PEMBELAJARAN
CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN
1. Kemahiran Asas Menservis Peralatan Elektrik Domestik ( Cadangan peruntukan masa ialah 35 minggu) 1.1 Pengenalan ( Cadangan peruntukan masa ialah 2 minggu) a. Perkembangan teknologi semasa
b. Prospek kerjaya
x Menerangkan beberapa contoh perkembangan teknologi semasa
Lawatan industri, tayangan video, melayari internet untuk mendapatkan maklumat produk terkini seperti cerek elektrik tanpa wayar dan teknologi yang digunakan serta prospek kerjaya.
x Mengenal pasti peluang dalam kerjaya membaik pulih peralatan elektrik domestik
Menyedari tentang wujudnya keperluan tenaga mahir dalam kerja baik pulih. Merujuk daftar kerjaya dalam ‘Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia’, terbitan Jabatan Tenaga Rakyat, Kementerian Sumber Manusia Malaysia, 1998.
c. Kepentingan amalan keselamatan
x Memberi pertolongan cemas bila diperlukan x Menggunakan peralatan memadam kebakaran mengikut keperluan
Tunjuk cara penggunaan alatan keselamatan 1. Murid mengkaji dan membincangkan peraturan bengkel, akta-akta dan undang-undang 2. Murid mengkaji dan membincangkan standard kualiti minimum sebagai seorang pekerja.
BIDANG / UNIT PEMBELAJARAN
HASIL PEMBELAJARAN
CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN
d. Peraturan dan undang-undang kerja
x Menyatakan akta dan undang- undang Perbincangan mengenai akta dan undangundang yang berkaitan dengan pekerja. yang berkaitan dengan pekerja Contoh Akta Pekerjaan 1955, Akta Kumpulan Simpanan Pekerja 1991 dan Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969.
e. Etika dan budaya kerja
x Menepati masa dan sentiasa berusaha memastikan tempat kerja sentiasa bersih dan teratur
Berbincang sebab-sebab perlunya mengamalkan etika kerja.
Mematuhi jadual tugasan dan menyiapkan kerja dalam tempoh yang ditetapkan. Sentiasa memakai pakaian kerja, alat perlindungan keselamatan dan menjalankan kerja membersih seperti yang dijadualkan. Guru memberikan helaian tugasan dan menetapkan masa untuk murid menyiapkan tugasan yang diberi. x Menyiapkan kerja yang berkualiti dalam masa yang ditetapkan
Murid sentiasa diingatkan agar mematuhi tahap kualiti hasil kerja (individu dan kumpulan) yang telah ditetapkan.
BIDANG / UNIT PEMBELAJARAN
HASIL PEMBELAJARAN
CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN
1.2 Peralatan ujian ( Cadangan peruntukan masa ialah 2 minggu) a. Pena ujian
x Menggunakan pena ujian untuk menentukan talian hidup dan neutral
Menguji talian AU 240V.
x Mengamalkan langkah keselamatan menggunakan pena ujian b. Meter pelbagai i. Julat dan skala
x Memilih fungsi meter yang dikehendaki x Memilih julat meter yang sesuai
ii. Pengukuran
x Menyambung meter dengan kekutuban yang betul x Membaca nilai pengukuran pada skala
iii. Langkah keselamatan
x Mengamalkan langkah keselamatan semasa menggunakan meter pelbagai
c. Penguji tebatan i. Julat dan skala ii. Pengujian
iii. Langkah keselamatan
Tunjuk cara menggunakan meter pelbagai untuk mengukur voltan DC, AC, arus dan rintangan.
Merekodkan hasil penggukuran.
x Menentukan julat dan skala yang sesuai x Melakukan pengujian dengan kaedah yang betul
Tunjuk cara menggunakan meter tebatan. Latihan pengujian.
Mengamalkan langkah keselamatan semasa menggunakan penguji tebatan
BIDANG / UNIT PEMBELAJARAN
HASIL PEMBELAJARAN
CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN
1.3 Komponen asas elektrik ( Cadangan peruntukan masa ialah 5 minggu) a. Fungsi b. Penggunaan
c. Pengujian komponen
x Menerangkan fungsi komponen asas elektrik x Mengenal pasti penggunaan komponen asas elektrik
x Mengenal pasti kekutupan pemuat, diod dan transistor x Membezakan komponen baik atau rosak dengan menggunakan meter pelbagai
Fungsi dan penggunaan komponen asas elektrik seperti perintang, pemuat, fius, diod, gegelung, alat pengubah dan transistor.
Menguji kerosakan komponen pada peralatan elektrik.
x Mengukur nilai komponen dengan menggunakan meter pelbagai
Menggabungkan beberapa perintang untuk mendapatkan nilai rintangan yang dikehendaki.
x Menyatakan nilai perintang berdasarkan kod warna
Murid membaca kod warna perintang.
BIDANG / UNIT PEMBELAJARAN 1.4 Litar bekalan kuasa ( Cadangan peruntukan masa ialah 6 minggu) a. Arus ulang alik (AC)
HASIL PEMBELAJARAN
x Menentukan litar bekalan kuasa AC x Membuat penyambungan bekalan kuasa dengan betul x Menentukan punca tamatan x Melakukan ujian kekutuban x Melakukan ujian keterusan x Melakukan ujian kefungsian x
b.
Arus terus (DC)
Mengamalkan langkah keselamatan diri dan peralatan
x Mengenal pasti sumber bekalan kuasa arus terus (DC) x Menentukan litar bekalan kuasa DC x Membezakan antara bekalan kuasa AC dan DC x Membuat penyambungan bekalan kuasa dengan betul x Menentukan punca tamatan x Melakukan ujian kekutuban, keterusan dan kefungsian x Mengamalkan langkah keselamatan diri dan peralatan
CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN
Menyambung extension cord.
Menguji litar penyambung extension cord berfungsi atau tidak. Mengambil tindakan yang sewajarnya apabila berlaku kemalangan. AMARAN Bekalan kuasa AC boleh mengakibatkan kecederaan seperti melecur, terbakar dan renjatan. Menyambung sel kering dan sel basah dalam litar siri dan selari. Membina litar bekalan kuasa DC teratur (Regulated Power Supply) 0 - 30V .
BIDANG / UNIT PEMBELAJARAN 1.5
HASIL PEMBELAJARAN
CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN
Sistem kawalan ( Cadangan peruntukan masa ialah 8 minggu) a. Manual i. Jenis suis
x Menentukan jenis binaan suis kawalan manual (togol, tekan, sentuh, gelansar, pisau) x Menentukan jenis suis berasaskan fungsi nya
Melukis simbol skematik jenis-jenis suis.
ii.
Simbol
x Melukis simbol suis kawalan manual yang biasa digunakan
iii.
Pengujian
x Menentukan tamatan suis, lazim tutup (NC), lazim buka (NO) dan sepunya (C) x Menguji keterusan suis menggunakan meter pelbagai
Menguji kefungsian suis.
x Menggunakan suis yang betul dalam penyelesaian masalah yang berkaitan
Menyambung suis dalam litar secara kekal dan sementara.
iv.
Penggunaan dalam litar
Contoh aktiviti penyelesaian masalah ialah murid mengumpulkan maklumat dan data melalui pemerhatian, lawatan, pembacaan, penerokaan internet, penyelidikan dengan bimbingan guru mengenai sistem kawalan manual.
BIDANG / UNIT PEMBELAJARAN b. Automatik i. Jenis sensor ii.
HASIL PEMBELAJARAN
x Menggunakan sensor untuk mengawal litar
Sensor yang elok digunakan ialah sensor haba, cahaya, masa, ultrasonik, gerakan dan imbangan. Memasang litar dengan menggunakan sensor: - Sensor haba iaitu termostat dawai atau logam (untuk mengesan panas) dan rerambut (untuk mengesan sejuk). - Sensor cahaya iaitu sel foto, perintang peka cahaya (LDR), transistor foto dan diod foto. - Pemasa iaitu pemasa mekanikal dan pemasa elektrik.
x Memilih jenis elemen pemanas yang sesuai dengan kegunaan
Perbincangan binaan elemen pemanas dan kendalian.
x Membuat penyambungan litar elemen pemanas
Memasang dan menyambung elemen pemanas dalam litar kawalan haba.
x Menguji kefungsian elemen pemanas dalam litar kawalan haba
Menguji elemen pemanas dengan menggunakan meter pelbagai.
x Mengenal pasti jenis sensor
Simbol x Melukiskan simbol sensor
iii.
1.6
CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN
Pengujian dan penggunaan
Beban ( Cadangan peruntukan masa ialah 12 minggu) a. Pemanas i. Jenis
ii.
Penyambungan
iii. Pengujian
BIDANG / UNIT PEMBELAJARAN b.
Motor i. Jenis
ii. Pengujian
iii. Penyambungan
c. Transduser i. Jenis
HASIL PEMBELAJARAN
x Membezakan pelbagai jenis motor elektrik x Memilih motor yang sesuai dengan kegunaan
CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN
Perbincangan binaan dan kendalian motor elektrik.
x Menguji kefungsian motor
x Menyambung motor dalam litar kawalan laju, masa dan arah
Membuat projek menggunakan motor elektrik yang mengandungi litar kawalan laju, masa dan arah.
x Membezakan pelbagai jenis transduser x Memilih transduser yang sesuai dengan kegunaan
Penbincangan binaan dan kendalian tranduser.
ii. Pengujian
x Menguji kefungsian transduser
iii. Penyambungan
x Menyambung transduser dalam litar kawalan masa, sentuh dan cahaya
Membuat projek menggunakan buzer, pembesar suara dalam salah satu litar kawalan masa, sentuh atau cahaya termasuk litar pegang (hold circuit ).
BIDANG / UNIT PEMBELAJARAN d. Injap solenoid i. Jenis
HASIL PEMBELAJARAN
x Memilih injap solenoid yang sesuai dengan kegunaan
CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN
Perbincangan binaan dan kendalian injap solenoid. Membuat projek menggunakan injap solenoid.
ii. Pengujian
x Menguji kefungsian injap solenoid
iii. Penyambungan
x Menyambung injap solenoid dalam litar kawalan masa dan had
Contoh Projek: Litar kawalan siraman pokok.
x Memilih mentol yang sesuai dengan kegunaan
Perbincangan binaan dan kegunaan mentol.
e. Mentol atau lampu i. Jenis
ii. Pengujian
x Menguji kefungsian lampu
iii. Penyambungan
x Menyambung mentol dalam litar kawalan manual dan automatik
Membuat penyambungan litar menggunakan mentol dengan kawalan manual dan automatik.
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN
MENSERVIS PERALATAN ELEKTRIK DOMESTIK TINGKATAN LIMA
BIDANG / UNIT PEMBELAJARAN
HASIL PEMBELAJARAN
CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN
2. Kemahiran Asas Lanjutan Menservis Peralatan Elektrik Domestik (Cadangan peruntukan masa ialah 33 minggu) 2.1
a.
Asas kendalian peralatan elektrik domestik ( Cadangan peruntukan masa ialah 15 minggu) Pengendalian peralatan
b. Binaan i. Rajah blok ii. Lukisan bergambar
iii. Litar skematik
c. Manual
x Mengendalikan peralatan berpandukan manual pengguna
x Mengenal pasti komponen dan kendalian peralatan x Melakar gambarajah blok bahagian dalam peralatan x Melukis lukisan bergambar sambungan komponen x Melukis gambarajah skematik
x Menggunakan manual pengguna dan manual servis dengan berkesan
Murid merekod hasil kendalian peralatan. Sumber yang diperlukan ialah set peralatan tangan dan ujian, manual servis bagi peralatan elektrik domestik seperti periuk nasi, seterika, mesin pengisar, ketuhar elektrik, ketuhar gelombang mikro, pembakar roti, cerek elektrik, kipas meja, kipas siling, penyedut hampagas, mesin basuh semi automatik dan automatik, pam air, pengering rambut, peti sejuk, pemanas air mandi, loceng pintu dan pengadun makanan.
BIDANG / UNIT PEMBELAJARAN
HASIL PEMBELAJARAN
CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN
2.2 Mengesan kerosakan dan baik pulih ( Cadangan peruntukan masa ialah 15 minggu) a. Simptom kerosakan
x Mengenali dan menyatakan tanda kerosakan
Tunjuk cara mengesan kerosakan pada peralatan elektrik yang rosak.
x Meramalkan bahagian yang rosak b. Langkah mengesan kerosakan
x Mengesan kerosakan melalui pemerhatian fizikal x Mengesan kerosakan dengan menggunakan peralatan ujian
c. Menganalisis dapatan kerosakan
x Menentukan jenis kerosakan
d. Prosedur baik pulih
x Menulis laporan kerosakan x Menanggalkan komponen yang rosak x Menentukan spesifikasi komponen yang rosak x Mengganti komponen yang rosak x Menguji kefungsian peralatan selepas dibaik pulih x Mengamalkan langkah keselamatan semasa menjalankan kerja baik pulih
Murid melakukan kerja mengesan kerosakan dan baik pulih mengikut prosedur.
Komponen ganti mestilah mempunyai spesifikasi yang sama dengan komponen asal (Rujuk Servis Manual).
BIDANG / UNIT PEMBELAJARAN 2.3
HASIL PEMBELAJARAN
CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN
Penyenggaraan peralatan elektrik ( Cadangan peruntukan masa ialah 3 minggu) a. Cara perolehan
x Melengkapkan borang pesanan x Menerima dan mengesahkan penerimaan bahan dan peralatan x Merekod perolehan bahan dan peralatan mengikut kategori dalam buku stok
b. Sistem penstoran
x Menyimpan dan mengawal bahan dan alatan
c. Penyenggaraan
x Merekodkan tarikh dan aktiviti penyenggaraan x Mengamalkan penyenggaraan cegah pada peralatan x Menjalankan rutin penyenggaraan
Latihan membuat pesanan untuk perolehan bahan dan peralatan.
Sistem penstoran termasuk inventori (rekod penyimpanan alat), bahan habis guna, kunci dan alatan tangan.
Melakukan kerja penyenggaraan cegah berpandukan manual penyenggaraan.
BIDANG / UNIT PEMBELAJARAN 3.
HASIL PEMBELAJARAN
CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN
Keusahawanan (Cadangan peruntukan masa ialah 2 minggu )
3.1 Kemahiran berkomunikasi
x Menyatakan maksud komunikasi
Komunikasi ialah perhubungan yang berlaku antara dua pihak dalam menyampaikan maklumat mengenai sesuatu perkara.
x
Contoh aktiviti seperti simulasi, main peranan dan tayangan video mengenai cara berkomunikasi yang berkesan dalam konteks perniagaan menservis peralatan elektrik domestik.
Mengamalkan komunikasi yang jelas, tepat dan bertatasusila semasa berurusan dengan pelanggan
Simulasi cara berkomunikasi yang berkesan dalam perbincangan dengan pelanggan mengenai cita rasa pelanggan dari segi harga yang dipersetujui, kualiti, ketahanan dan tempoh siap.
3.2
Kemahiran membuat keputusan
x Menerangkan kepentingan menjalin perhubungan dengan orang lain
Perbincangan kepentingan membentuk jaringan hubungan ( networking ) dengan pembekal, pekerja dan pelanggan dalam skop perniagaan menservis peralatan elektrik domestik.
x Mempraktikkan langkah membuat keputusan dalam projek menservis peralatan elektrik domestik
Langkah membuat keputusan ialah mengenal pasti masalah, mencari alternatif, memilih penyelesaian yang baik, bertindak dan menilai semula.
BIDANG / UNIT PEMBELAJARAN
HASIL PEMBELAJARAN
CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN Sumbangsaran kesan daripada keputusan yang telah dibuat dan kepentingannya membuat keputusan yang sesuai. Contoh masalah mengenai bekalan bahan, peralatan, kemampuan menyiapkan projek dan tawar menawar harga perkhidmatan. Aktiviti sumbangsaran, main peranan dan perbincangan.
3.3
Rancangan perniagaan
x Mengenal pasti tujuan rancangan perniagaan
menyediakan
Sumbangsaran tujuan menyediakan rancangan perniagaan.
perniagaan
Membuat rancangan perniagaan mudah berkaitan projek menservis peralatan elektrik domestik.
3.4 Agensi yang membantu usahawan
x Mengenal pasti agensi yang terlibat dalam membantu usahawan
Perbincangan jenis perkhidmatan dan agensi yang terlibat seperti bimbingan dan latihan oleh MARA dan MEDEC, pelesenan oleh Majlis Kerajaan Tempatan, infrastruktur oleh UDA dan Majlis Kerajaan Tempatan serta kewangan oleh institusi kewangan berlesen.
3.5 Pemasaran
x Mengenal pasti cara mempromosikan perkhidmatan menservis peralatan elektrik domestik
Perbincangan cara mempromosi perkhidmatan menservis peralatan elektrik domestik melalui pengiklanan dan kontrak baik pulih peralatan.
x Menyediakan mudah
rancangan