KONSEP KEKELUARGAAN ISLAM. Istilah keluarga adalah berbeza antara suatu masyarakat dengan masyarakat yang lain berdasarkan iklim dan kebudayaan masyarakat itu sendiri. Walaubagaimanapun ia berlegar samada dalam bentuk keluarga berkelompok ( nuklear family - ibu + ayah + anak-anak) atau keluarga berkembang (extended family – ayah & ibu + anak-anak + pasangan anak-anak + cucu /saudara terdekat). Keluarga menurut Islam adalah suatu struktur yang bersifat khusus di mana setiap individu yang berada di dalamnya diikat oleh satu ikatan, samada hubungan darah atau ikatan pernikahan. Ikatan inilah yang membawa kepada wujudnya rasa saling mengharap (mutual expectation) yang sesuai dengan ajaran Islam. Adnan Yusoff (c)
1
Menurut Islam keluarga tidak semestinya ia wujud dalam bentuk berkelompok kerana mungkin ia boleh berkembang atau kepada sebuah keluarga yang besar dan berpisah-pisah. Namun Islam tidak terikat kepada kepada kedua-dua bentuk keluarga ini samada berkelompok atau berkembang („polygamous‟) kerana yang penting adalah wujudnya rasa saling mengharap antara anggota keluarga tersebut. Fungsi utama institusi keluarga dalam Islam ialah untuk menjamin wujudnya suasana di mana nilai-nilai Islam dapat tumbuh dan berkembang di dalam jiwa, diri dan peribadi ahli keluarga. Maka melalui institusi inilah : a. Generasi muda diasuh dan dididik untuk mencintai Islam dan menghayatinya. b. Generasi muda dididik mendokong aspirasi yang dikehendaki dan diredai Islam.
Adnan Yusoff (c)
2
Ikatan kekeluargaan ini juga menjadi bertambah kuat dan intim kerana kemantapan Islam menyusun fitrah manusia sejajar dengan nature semulajadi manusia yang inginkan kepada pembentukan masyarakat dan saling suka menyukai / sayang menyayangi antara satu sama lain melalui perhubungan perkahwinan. Firman Allah : „Wallahu ja‟ala lakum min anmfusikum azwaja.. Islam juga mengambil kira bentuk fizikal kejadian manusia di mana Melalui perkahwinan telah menggariskan dua dasar utama berikut:
i. Si suami adalah bertanggungjawab untuk bekerja menafkahkan usrah semenjak dari mula pembentukannya – maka ia hendaklah bertanggungjawab penuh dalam bidang tanggungjawabnya. ii. Kepimpinan memerlukan kepada pemikiran yang rasional bagi menghadapi rintangan dan halangan kehidupan – sesuai dengan tabiat lelaki. Adnan Yusoff (c)
3
Ini bukanlah bermaksud Islam telah mengurangkan hak kaum perempuan apabila ia menyandarkan „kuasa kepimpinan‟ kepada kaum lelaki, tetapi ia adalah suatu bentuk penyusunan „sistem kemasyarakatan Islam‟ yang telah digubal dengan begitu unik dan teliti bagi menjadikan manusia mampu memelihara kestabilan keluarga tanpa melihat terhadap perbezaan gender. Situasi ini dapat dilihat dengan jelas apabila Islam telah memberikan „hak kelayakan yang mutlak‟ bagi kaum wanitadalam melakukan sebarang tindakan dan menggunakan harta dan milikannya tanpa perlu merujuk kepada kebenaran suami. maka kepemimpinan si Suami ke atas keluarga adalah berbentuk „hak pengurusan ke atas rumahtangga‟ dan ianya dibantu oleh si isteri. Firman Allah “ al-Rijal qawwam.. Adnan Yusoff (c)
4
PERKAHWINAN SEBELUM ISLAM Masyarakat Arab pada dasarnya juga bertanggapan bahawa kestabilan keluarga hendaklah berlaku melalui akad perkahwinan, namun mereka tidak mempunyai suatu sistem kemasyarakatan yang tersusun dan adil. oleh yang demikian mereka telah membentuk suatu sistem kehidupan yang direka dengan harapan ia mampu memberikan keadilan dan kebahagiaan yang maksimum. Antara jenis perkahwinan masy. Arab sebelum Islam ialah : 1. Nikah al-Baghaya – Iaitu seorang perempuan yang melakukan perhubungan dengan sebilangan lelaki yang disukainya dan apabila melahirkan anak maka ia berhak untuk memilih lelaki mana yang dikehendakinya bagi menjadi bapa kepada anaknya. Adnan Yusoff (c)
5
2. Nikah al-Safah – iaitu seorang suami mengatakan kepada isterinya apabila engkau telah suci dari haidh maka pergilah kepada si polan (idola) untuk melakukan persetubuhan bagi mendapat zuriat daripadanya (suami tak akan dekati sehinggalah jelasmengandung). 3. Nikah al-Badal – ialah si suami masing-masing bersetuju untuk bertukar-tukar pasangannya. 4. Nikah al-Sighar – iaitu si bapa bersetuju mengahwini anaknya kepada sipolan dengan syarat sipolan pun bersetuju melakukan perkara yang sama. 5. Nikah Mut‟ah – iaitu seorang lelaki telah berkata kepada seorang perempuan, aku kahwini engkau secara kontrak dalam tempoh tertentu dan dengan maskahwin yang tertentu. Apabila tamat tempoh maka berakhirlah perkahwinan itu Adnan Yusoff (c)
6
BENTUK PERKAHWINAN YG WUJUD DLM MASYARAKAT. 1. Perkahwinan Monogami – iaitu perkahwinan yang berlaku antara seorang suami + seorang isteri adalah merupakan bentuk yang paling popular dan ideal yang diamalkan masyarakat. 2. Poligami – iaitu perkahwinan yang berlaku antara seorang suami dengan beberapa orang isteri – bukan sahaja dalam Islam.
3. Poliandari – iaitu perkahwinan yang berlaku antara seorang isteri dengan beberapa orang suami – biasanya berlaku dalam agama hindu kerana dalam Islam ia adalah diharamkan. Antara sebab diharamkan Poliandari :
i. Bertentangan dengan kemampuan isteri. ii. Bertentangan dengan konsep iddah – iaitu mengetahui kebebasan isteri daripada sebarang hubungan dengan suami yang terdahulu. iii. Merosakkan struktur keluarga – susah untuk menentukan nasab keturunan dan hak pusaka.
Adnan Yusoff (c)
7
SKOP UNDANG-UNDANG KEKELUARGAAN ISLAM. Undang-undang kekeluargaan Islam dalam dalam Bahasa Arab di panggil „Qanun al-Ahwal al-Syakhsiyyah‟ adalah merupakan istilah baru yang digunakan dalam perkara yang pada umumnya melibatkan urusan kekeluargaan seperti Nikah, Talak, Iddah, Rujuk, Khulu‟, lian, nafakah, Hadanah dan radh‟ah. Ia juga meliputi perkara berkenaan pewasiatan, pusaka/faraidh, Hebah dan Waqf. Di Malaysia skop undang-undang kekeluargaan adalah merujuk kepada Enakmen Keluarga Islam di negeri-negeri sekarang menrangkumi aspek pertunangan, pernikahan, pendaftaran perkahwinan, pendaftaran perceraian, perceraian, muta‟ah, hakam, nafakah, wasiat, warisan dan harta sepencarian.
Adnan Yusoff (c)
8
PERKAHWINAN DALAM ISLAM Perkahwinan adalah merupakan sunnatullah pada setiap kejadian dan pembentukan alam sejagat meliputi alam manusia, alam haiwan dan alam pokok. Ia merupakan kaedah khusus yang bertujuan untuk perkembangkan zuriat dan baka setiap hidupan. Walaubagaimanapun Allah tidak mahu menjadikan kehidupan manusia seperti alam lain dengan membiarkan kehendak nafsu berkeliaran tanpa susunan yang rapi. (hubungan lelaki + perempuan tanpa sempadan). Malahan Allah telah meletakkan suatu sistem yang sejajar dengan sifat kepimpinannya di atas mukabumi ini – bertujuan untuk menjaga kemuliaan dan kehormatannya, maka berlakulah perhubungan lelaki + perempuan secara harmoni dan aman damai. Adnan Yusoff (c)
9
Hikmat Perkahwinan. Perkahwinan merupakan suatu ikatan perhubungan yang kuat dan sistem kemasyarakatan yang mampu mempertingkatkan status kemanusiaan daripada situasi kehaiwanan kepada hubungan „ruhani‟ serta dari kehidupan „individu/personel‟ kepada kebahagiaan dan kemasyarakatan. Antara hikmat perkahwinan yang ketara menurut perspektif Islam ialah : 1. Menenangkan Jiwa (nafs) dan menghindarkannya daripada perasaan lesu dan „boring‟. Ia juga merupakan tunggak kepada pembentukan masyarakat manusia dari dahulu sehinggalah …. 2. Perkahwinan membentuk sifat-sifat kemanusiaan yang unggul seperti sifat toleransi, berkorban (ithar), kasih sayang dan dapat mengetahui apakah hak-hak manusia dan tanggungjawab yang perlu dilaksana dan dipenuhi. Adnan Yusoff (c)
10
3. Perkahwinan mampu menjaga baka manusia secara sempurna dan berkembang kepada sebuah keluarga yang bahagia hasil daripada perhubungannya yang mulia. Manakala perbuatan zina membawa kepada kepupusan baka, malahan ia hidup dalam situasi yang hina dan dicemuh masyarakat. 4. Perkahwinan memberikan kerehatan yang hakiki kepada suami dan isteri. Suami takkala balik dari kepenatan berkerja – akan mendapati siisteri yang lemah lembut menyambut kepulangannya dengan senyuman dan layanan – memberikan kerehatan jiwa. Manakala isteri akan merasa tenang dan berpuashati dengan pekerjaan dan rezki yang di bawa oleh semuanya. Oleh yang demikian ia akan menguruskan rumahtangga dengan sebaik yang mungkin serta mendidik anakanaknya. Adnan Yusoff (c)
11
5. Perkahwinan mengharuskan perhubungan jenis bagi setiap pasangan suami dan isteri bagi memenuhi keinginan seks masing-masing melalui cara yang tersusun bagi menjaga keturunan dan maruah dari segala kotoran. 6. Perkahwinan telah memenuhi tuntutan syarak, akal dan naluri semulajadi manusia.
Adnan Yusoff (c)
12
STATUS PERKAHWINAN. Memandangkan peri pentingnya „perkahwinan‟ dalam menyusun sistem kekeluargaan dan kemasyarakatan yang aman dan makmur Islam telah menggariskan status perkahwinan kepada setiap individu manusia seperti berikut: I. Wajib – Jika ia memiliki kemampuan kewangan, mampu berlaku adil, sihat tubuh badan dan nafsu yang kuat ditakuti terhumban kelembah perzinaan.
ii. Sunat/Harus– Jika ia berada dalam situasi yang seimbang, tidak ditakuti terhumban kepada zina, memiliki kemampuan yg diperlukan dan cukup syaratnya.
Adnan Yusoff (c)
13
iii. Haram – Jika ia memiliki kemampuan tetapi ia merasakan pasti tidak dapat berlaku adil/zalim. iv. Makruh – Jika ia tidak memiliki kemampuan/ditakuti berlaku zalim.
Adnan Yusoff (c)
14
KEPERLUAN SUBSTANTIF DALAM PERKAHWINAN 1. PERTUNANGAN Islam adalah suatu agama yang menyusun kehidupan manusia supaya ianya berlangsung dengan sistematik dan beretika. Oleh itu sebelum berkahwinan Islam telah mensyarakkan proses awal – perkenalan dan kesesuaian sebelum berlangsung perhubungan yang kekal antara dua jiwa iaitu „pertunangan – iaitu suatu permohonan awal pihak yang terlibat bagi menandakan persetujuan nikah‟. Pertunangan tidak dianggap sebagai satu kontrak atau ikatan perkahwinan kerana ia adalah suatu janji awal untuk berkahwin.
Adnan Yusoff (c)
15
Pertunangan berlaku apabila pihak lelaki/perempuan mengemukakan permohonan atau pinangan kepada pihak perempuan samada secara langsung atau tidak langsung. LARANGAN MELAKUKAN PERTUNANGAN Pertunangan boleh dilakukan kepada gadis atau janda yang telah habis iddahnya. Jika p‟puan dalam iddah talak bain diharuskan secara sindiran. Firman Allah, al-Baqarah 235 menyatakan..„…dan tidak salah kepada kamu untuk meminang perempuan secara sindiran.. Walaubagaimanapun peminangan adalah dilarang dalam situasi berikut : i. Peminangan ke atas perempuan yang masih dalam iddah raj‟iyyah – suami boleh kembali. Adnan Yusoff (c)
16
ii. Peminangan ke atas pinangan orang lain. Sabda Rasulullah saw.. „seorang mukmin adalah saudara orang mukmin, maka tidak halal bagi seseorang mukmin meminang seorang perempuan yang sedang dipinang saudaranya sehinggalah nyata ditinggalkan‟. PEMUNGKIRAN PERTUNANGAN Ikatan pertunangan bukan suatu ikatan yang mengikat pihak yang terlibat drd memutuskannya sbgm ikatan perkahwinan. Maka ia bukanlah suatu kesalahan pada pandangan syarak. Namun begitu beberapa isu yang timbul berkaitan pertunangan turut mendapat perhatian yang serius dikalangan fuqaha Islam seperti hadiah pertunangan atau maskahwin dan sebagainya. Adnan Yusoff (c)
17
Di Malaysia peruntukkan undang-undang keluarga dinegerinegeri Malaysia adalah berbeza : 1. Selangor, N. Sembilan, P.Pinang, Melaka dan Perak telah diperuntukkan bahawa, “ Menjadi suatu kesalahan bagi seseorang yang telah mengikat sesuatu kontrak pertunangan mengikut hukum Syarak samada secara lisan atau bertulis, melalui jalan perantaraan atau persendirian dan kemudiannya enggan meneruskan perkahwinan dengannya. Berdasarkan undang-undang tersebut maka pihak yang mungkir bertanggungjawab membayar apaapa bayaran yang telah dipersetujui dalam pertunangan tersebut”. Adnan Yusoff (c)
18
2. Kelantan, Terengganu, Kedah dan W. Persekutuan telah menyatakan bahawa pihak yang mungkir samada lelaki atau perempuan bertanggungjawab memulangkan pemberian pertunangan jika ada atau nilainya dengan membayar apa-apa wang yang telah dibelanjakan dengan suci hati oleh pihak yang satu lagi untuk membuat persediaan untuk perkahwinan itu, dan yang demikian boleh dituntut melalui Mahkamah. Malahan kes ini di Malaysia juga boleh dituntut di Mahkamah sivil di atas asas pemecahan kontrak. Kes Nafsiah V Abd. Majid Adnan Yusoff (c)
19
PERBEZAAN AKAD PERTUNANGAN DAN AKAD KAHWIN. Akad perkahwinan adalah akad yang dilakukan khusus untuk mengharuskan perhubungan seks antara lelaki dan perempuan sedangkan pertunangan adalah merupakan permintaan awal untuk mendapat persetujuan kahwin. Dengan ini menunjukkan akad tunang berbeza dengan dengan akad kahwin, antaranya : 1. Akad nikah mempunyai rukun dan syarat tertentu dan tidak sah nikah tanpanya – tunang tak ada syarat. Contoh – saksi. 2. Akad nikad mengikat kedua pihak – sedangkan akad tunang tidak mengikat antara kedua mereka – boleh batalkan.
Adnan Yusoff (c)
20
3. Akad nikah mengharuskan perhubungan jenis – sedangkan tunang status tetap sama iaitu sebagai ajnabi. 4. Si isteri dalam akad nikah tidak boleh diikat oleh orang lain, malahan akad tersebut adalah terbatal dari awalnya lagi. Tunang – makruh, malahan sebahagian fuqaha berpendapat ia digalakkan jika tunang pertama fasik. 5. Perpisahan yang berlaku melalui Talak pernikahan mewajibkan ke atasnya keseluruhan Mahar jika berlaku selepas „bersetubuh‟ dan sebahagian jika berlaku talak sebelum „persetubuhan‟. Manakala dalam pertunangan pihak lelaki atau perempuan tidak dikenakan apa-apa balasan gantirugi sebaik sahaja hubungan terputus.
Adnan Yusoff (c)
21
ASAS PEMILIHAN CALUN ISTERI/SUAMI Islam amat prihatin terhadap kebahagiaan keluarga dan sehubungan dengan itu ia telah menyediakan segala elemen yang boleh memperkukuhkan asas kekeluargaan ini yang bermula pada awal „kehidupan perkahwinan‟ dengan meletakkan hak-hak yang saling diperlukan oleh setiap individu dan hak bersama bagi memastikan bahaya yang mendatang serta meletakkan penyelesaian yang tuntas antara mereka. Islam menggalakkan perkahwinan dan menganggapnya sebagai suatu sunnah para nabi dan menganggap mereka yang tidak mempunyai isteri atau suami sebagai orang yang miskin. Sabda Rasulullah saw, „ Sungguh miskin 3x bagi lelaki yang tidak ada perempuan, Sahabat tanya sekalipun mereka punyai harta yang banyak ? Jawab rasulullah sekalipun ada harta yang banyak..demikian juga perempuan. Adnan Yusoff (c)
22
Oleh yang demikian lelaki/p‟puan hendaklah berusaha memilih bakal teman hidupnya secara rasional, fikiran yang tenang dan seimbanmg dan bukan berdasarkan kepada runtunan nafsu semata-mata atau kepentingan sementara yang akan hilang jua akhirnya kerana semuanya itu akan memadamkan „tarikan cinta‟ dan mewujudkan perasaan jiwa yang kaku. Ini perlu diberi perhatian dalam kontek perkahwinan kerana ia bukan memilih pakaian yang akan dibuangnya apabila ia bencikannya tetapi ia memilih teman sehidup semati dalam menempuh liku kehidupan. Sehubungan dengan itu bagi mengelakkan hubungan yang berantakkan ini maka Islam telah meletakkan garispanduan dan asas yang utuh serta mantap bagi memastikan pemilihan yang terbaik dan diharapkan akan dapat diikuti oleh ummahnya, antara asas-asas tersebut ialah : Adnan Yusoff (c)
23
I. Agama Sabda Rasulullah saw, “Kahwinilah perempuan kerana empat perkara – hartanya, maruahnya, kecantikannya dan agamanya, dan hendaklah kamu memberi priority kepada yang memiliki agama‟. - Agama menjadikan seseorang perempuan menunaikan tanggungjawabnya patuh kepada tuhannya dan suaminya. - Perempuan yang soleh adalah merupakan syurga dunia kerana ia menjaga harta, maruah, anak-anak dan suami dengan baik. Sabda Rasulullah, “ Dunia adalah kenikmatan/keindahan, dan sebaik-baik kenikmatan adalah perempuan yang soleh‟. Perempuan yang soleh asas kebahagiaan – jika disuruh ia akan mentaatinya, jika dipandang padanya melahirkan ketenangan dan jika tiada ia akan menjaga diri, maruah dan hartanya. Adnan Yusoff (c)
24
Tujuan perkahwinan adalah untuk memperkukuhkan benteng diri seseorang manusia maka perempuan yang solehahlah benteng utamanya. ii. Akhlak mulia.
Akhlak adalah merupakan harta yang berharga sepanjang hayat manusia – harta akan pergi dan habis, kecantikan akan luntur dan yang kekal adalah akhlak yang baik. Akhlak memberi kesan yang mendalam kepada kebahagiaan keluarga sebagaimana sabda Rasulullah, „Empat perkara yang membawa kesusahan iaitu jiran yang buruk, tunggangan yang buruk, perempuan yang buruk perangainya, rumah yang sempit. Dan empat perkara yang membahagiakan, perempuan yang soleh, tempat tinggal yang luas, jiran yang baik dan kenderaan yang selesa‟. Adnan Yusoff (c)
25
iii. Berketurunan/ramai anak Telah datang seorang lelaki kepada baginda rasul dan berkata, „aku telah berjumpa dengan perempuan yang cantik dan berkedudukan dan ia tidak melahirkan anak, adakah baik untuk aku mengahwininya ? Rasulullah menjawab, tak payah …di ulangnya beberapa kali, lalu rasulullah bersabda, „kahwinilah perempuan yang boleh melahirkan banyak anak kerana aku berbangga dengan kamu”. iv. Anak dara Rasululah menggalakan kahwin anak dara (bikr) „ Kahwinilah dara kerana mereka lebih menarik kata-katanya, lebih banyak melahirkan anak dan ridha dengan yang sedikit‟. Adnan Yusoff (c)
26
vi. Kecantikan Islam tidak menongkah arus malahan mengiktiraf bahawa Kecantikan adalah sesuatu yang menjadi kesukaan jiwa dan membawa ketenangan hati. Kecantikan membawa kepada kesucian jiwa/tak cari yang selain isterinya. Oleh yang demikian rasulullah dalam sabdanya meletakkan cantik sebagai salah satu sifat yang diperlukan dalam memilih jodoh. Tetapi permasalahan yang timbul bila kecantikan semata-mata yang menjadi sandaran dan meninggalkan ciri-ciri yang lain. vii. Harta Kekayaan. viii. Kufu dan setaraf – dara/teruna/berpendidikan ix. Bukan dari satu rumpun. Adnan Yusoff (c)
27
AKAD PERKAHWINAN Nikah pada bahasa bermaksud himpun atau watie. Manakala pada istilah ialah, “ Suatu ikatan (melalui akad) yang bertujuan untuk menghalalkan persetubuhan antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim mengikut syarat dan rukun yang telah ditetapkan syarak” Dalam konteks ini al-quran telah menyatakan bahawa perkahwinan adalah merupakan suatu perhubungan yang suci dan berasaskan keadilan dan tanggungjawab dan amanah Allah. Dalam surah al-nisa, 21 Allah menyatakan, ..Dan mereka (isteri2mu) telah mengambil dari kamu perjanjian yang utuh.. Untuk menjadikan sesuatu akad perkahwinan itu sah dan diakui syarak maka ia hendaklah memenuhi beberapa rukun dibawah :
Adnan Yusoff (c)
28
RUKUN NIKAH. Sebuah perkahwinan akan diakui syarak apabila ia mencukupi rukun-rukunnya iaitu : i. Lafaz Ijab dan Qabul ii. Lelaki iii. Perempuan. iv. Wali v. Dua orang saksi - waras, adil, muslim, merdeka dan cukup umur
Adnan Yusoff (c)
29
i. Lafaz Ijab dan Qabul Tidak ditentukan lafaznya dalam bahasa yang tertentu tetapi memadai dengan lafaz yang menunjukkan kepada keinginan berkahwin atau melalui penulisan atau isyarat. Ijab dan Qabul mestilah mempunyai syarat tertentu, iaitu: i. Lafaz ijab dan qabul mestilah berhubungan – tidak sah jika ia diselangi dengan perkara lain atau diam yg lama. ii. Mempunyai kaitan antara Ijab dan Qabul. iii. Menyebut secara khusus perempuan yang dinikahi. iv. Didengar oleh dua orang saksi lelaki. v. Tidak dikaitkan dengan batasan waktu.
Adnan Yusoff (c)
30
ii. Wali Kuasa untuk melakukan akad perkahwinan yang terdiri daripada ahli keluarga yang hampir dengan pengantin Perempuan. Perkahwinan tanpa keizinan wali adalah tidak sah di mana Islam telah menetapkan bagi perempuan perlu dinikahkan oleh walinya kerana mereka mudah terpedaya dan perlukan pengawasan. Wali dalam perkahwinan ini terbahagi kepada dua bahagian : i. Wali Mujbir – iaitu bapa atau datuk daripada sebelah bapa hingga ke atas bagi seorang gadis. ii. Wali bukan Mujbir – iaitu wali-wali selain daripada bapa dan datuk.
Adnan Yusoff (c)
31
Wali mujbir mempunyai kuasa yang mutlak dan boleh mengahwinkan anak gadisnya sekalipun tanpa mendapat keizinan daripada anaknya terlebih dahulu samada sudah cukup umur atau belum. Walaubagaimanapun perkahwinan itu hendaklah memenuhi syarat yang tertentu : i. Tidak ada permusuhan antara wali mujbir dan anak gadis. ii. Tidak ada permusuhan antara gadis dan lelaki yang bakal dikahwinkan. iii. Lelaki yang dikahwinkan dengan perempuan itu adalah kufu‟. iv. Pengantin lelaki mampu membayar maskawin kepada gadis yang dikahwinkan.
Adnan Yusoff (c)
32
Walaubagaimanapun adalah disunatkan bagi wali mendapat keizinan sigadis terlebih dahulu – senyum atau diam. Keadaan ini berbeza bagi perempuan yang telah berkahwin atau janda di mana wali hendaklah terlebih dahulu mendapat keizinan daripadanya – kata2 yang jelas. Secara lebih khusus wali terbahagi kepada dua iaitu : a. wali Nasab b. wali Hakim.
Adnan Yusoff (c)
33
Susunan wali nasab adalah seperti berikut : 1. Bapa 2. Datuk lelaki dari sebelah bapa hingga ke atas. 3. Adik beradik lelaki seibu sebapa. 4. Adik beradik lelaki sebapa. 5. Anak-anak saudara lelaki seibu sebapa. 6. Anak-anak saudara lelaki sebapa. 7. Bapa saudara seibu sebapa. 8. Bapa saudara sebapa. 9. Anak lelaki dari bapa saudara seibu sebapa. 10. Anak lelaki dari bapa saudara sebapa. Wali yang paling atas dipanggil wali akrab dan wali selepasnya sebagai wali ab’ad di mana jika masih ada wali akrab maka wali ab‟ad tidak boleh menikahkannya. Adnan Yusoff (c)
34
WALI HAKIM. Wali Hakim biasanya diwakili oleh sultan atau wakilnya. Apabila wali nasab tidak wujud, maka perempuan itu akan dinikahkan oleh wali hakim. Antara sebab seseorang perempuan berkahwin menggunakan wali hakim ialah kerana : 1. Tiada wali Nasab. 2. Wali akrab tidak mempunyai syarat yg cukup dan wali ab‟ad juga tidak ada. 3.Wali akrab hilang/menghilangkan/menyembunyikan diri dan tiada wakilnya. 4. Wali akrab ditahan/dipenjara. 5. Wali akrab dalam ihram. 6. Wali akrab enggan menikahkannya.(Azizah Mat v Mat bin Salleh) Adnan Yusoff (c)
35
SYARAT WALI ; Seseorang yang menjadi wali hendaklah memenuhi syarat berikut : 1. Islam. 2. Baligh 3. Merdeka. 4. Lelaki. 5. Bukan dalam ihram. 6. Adil. 7. waras 8. Persamaan agama dengan orang yang dinikahkan
Adnan Yusoff (c)
36
HAK DAN TANGGUNGJAWAB PERKAHWINAN. 1. HAK ISTERI KE ATAS SUAMI. Isteri berhak menuntut ke atas suaminya suasana kehidupan yang lebih selesa dan bahagia. Antara hak isteri kepada suami ialah : I. Hak keadilan dalam kehidupan rumahtangga dan mendapatkan apa yang sepatutnya diperolehi seperti jaminan keselamatan dan kebajikan, pakaian, tempat tinggal dan seumpamanya. 2. Hak mendapatkan Mahar – ia adalah miliknya yang mutlak sebagai ganti kepada „maruahnya‟. 3. Hak Nafkah – Merupakan kewajipan kepadanya sebagai balasan menjaga rumah. Adnan Yusoff (c)
37
HAK SUAMI KE ATAS ISTERI I. Hak kepimpinan dalam keluarga. 2. Hak ketaatan dan kesetiaan pada yang tidak maksiat. 3. Tidak membawa masuk/berkawan dengan mereka yang tidak disukai suami. 4. Menjaga harta suami + melayani suami zahir & batin. 5. Menjaga maruah dan akhlak. 6. Bersama sama suami dalam apa jua situasi. 7. Hak keizinan keluar dari rumah.
Adnan Yusoff (c)
38
HAK BERSAMA SUAMI ISTERI I. Kedua-dua berhak untuk menikmati keseronokan dari aspekm hubungan seks. ii. Bertanggungjawab mengeratkan hubungan sialturrahim antara kedua-dua keluarga kedua pihak. iii. Kedua pihak berhak mewarisi apabila berlakunya kematian.
Adnan Yusoff (c)
39
MASKAHWIN DAN PEMBERIAN.
Maskahwin adalah merupakan pemberian wajib dan menjadi hak milik perempuan melalui akad nikah „pemberian yang ikhlas‟ sebagai tanda penghormatan dan balasan (ia bukan jualbeli) kepada p‟puan kerana memberikan pihak lelaki menikmati kecantikan dan keseronokan. Oleh yang demikian maskahwin hendaklah diberikan selaras dengan kedudukan dan darjatnya di mana ia juga menjadi hak wali – jika tidak mampu ia boleh membawa kepada terfasakhnya akad. Pemberian tersebut mestilah daripada suatu perkara/harta yang bermanfaat tetapi bukan perkara yang boleh merendahkan kemuliaan suami – kerja dgnya 1thn. Adnan Yusoff (c)
40
Kadar Mahar tidak ditetapkan tetapi ia terpulang kepada situasi semasa dan persetujuan pihak yang terlibat. Menurut Mazhab Hanafi kadar Mahar adalah tidak kurang daripada 10 Dirham – RM 1. Shafei tidak menetapkannyya malahan apa-apa yang berharga dan bermanfaat boleh dijadikan mahar “ ikatlah walau dengan sebentuk chincin besi”. Demikian juga tidak had kepada mahar. Mahar adalah diwajibkan keseluruhannya dalam 3 keadaan : 1. Setelah berlakunya hubungan seks yang sahih. 2. Melalui tempoh Khalwat yang sahih. 3. Mati Adnan Yusoff (c)
41
Mahar sebahagian :
Mahar sebahagian berlaku apabila melalui situasi berikut : 1. Suami menceraikan isteri sebelum Dukhul. 2. Berlakunya Murtad pada salah seorang dari mereka. Gugur Mahar : Mahar akan tergugur kesemuanya apabila : 1. Berlakunya perceraian dengan pilihan oleh salah seorang pasangan apabila telah mencapai baligh. 2. Perpisahan yang berlaku sebelum dukhul akibat daripada kesalahan/maksiat isteri. 3. Perpisahan yang berlaku sebelum dukhul atas permintaan wali – tak kufu. 4. Apabila si isteri memberikannya kepada suaminya. Adnan Yusoff (c)
42
JENIS-JENIS MASKAHWIN.
Maskahwin dapat dibahagikan kepada 2 kategori : 1. Mahar Musamma – iaitu maskahwin yang ditentukan dan disebut dalam majlis akad. Ia terbahagi kepada dua iaitu : i. Mahar Musamma mu‟ajjal – disebut dan dibayar secara tunai dalam majlis akad. ii. Mahar Musamma mu-ajjal – disebut dalam akad tetapi dibayar secara bertangguh/hutang. 2. Mahar Mithli – iaitu mahar yang diambil berdasarkan selaras atau sama dengan mahar saudara dari sebelah bapanya yang terdahulu darinya atau sebelah ibu (X bapa).
Adnan Yusoff (c)
43
Aspek yang diambil kira dalam meletakkan „kesamaan‟ pada mahar tersebut ialah - Umur, kecantikan, Harta, Negeri/tempat, Akal, Agama, Dara, Iffah/suci, Ilmu, akhlak dan tidak ada anak. Mahar Mithli diwajibkan dalam situasi berikut : 1. Jika pasangan menolak untuk meletakkan mahar – ia telah ditetapkan syarak x boleh tolak. 2. Jika mereka tidak menetapkan Mahar semasa akad dan suami telah melakukan perhubungan jenis. 3. Jika mereka telah menentukan suatu Mahar tetapi ternyata terdapat kecacatan/kegagalan pada barangan mahar – tidak berguna/tak halal dsb.
Adnan Yusoff (c)
44
GOLONGAN YANG HARAM DIKAHWINI. Walaupun perkahwinan adalah diharuskan ke atas mana-mana lelaki atau perempuan yang dicintai tetapi terdapat beberapa sekatan atau halangan yang melarang individu ini melakukan perkahwinan iaitu : 1. LARANGAN KEKAL/HARAM ABADI : a. Hubungan Keturunan (nasab) – Ibu, ayah, anak, saudara lelaki dan perempuan dan anak saudara lelaki dan p‟puan. b. Hubungan kekeluargaan (musaharah) – ibu isteri, anak isteri (tiri), isteri anak, isteri ayah. c. Hubungan susuan (al-Ridha‟) – ibu susu dan saudara sesusu. Adnan Yusoff (c)
45
2. LARANGAN SEMENTARA/HARAM SEMENTARA.(soalan k. 69)
Larangan ini adalah disebabkan telah terangkatnya sifat larangan daripada mereka seperti : a. Menghimpunkan dua Muhrim – adik beradik isteri. b. Menghimpunkan lebih daripada 4 perempuan dalam satu masa. c. Mengahwini Hamba (mendahului) sedangkan masih ada yang merdeka. d. Isteri orang lain atau perempuan masih dalam iddah. e. Perempuan yang bukan beragama samawi sehinggalah ia menukar agama. Adnan Yusoff (c)
46
KONSEP POLIGAMI DALAM ISLAM.(Sek.2) Poligami adalah berasal dari perkataan Yunani iaitu „Poli‟ yang bermaksud „banyak‟ dan „Gamy‟ yang bermaksud „kahwin‟ – Kahwin banyak. SEJARAH POLIGAMI. Poligami Islam telah menjadi suatu polimik seantero dunia terutamanya di Negara Barat yg mempunyai agenda dan tujuan tersendiri. Jika dilihat kepada sejarah Poligami, sebenarnya ia telah berlaku semenjak awal Tamadun manusia – Athens, China, Hindu, Babylon, Asyuria, Mesir dll. Malahan Yahudi telah mengharuskan „poligamy‟ tanpa batasan – jika kita lihat kepada pernyataan Tawrat para nabi mereka mempunyai isteri yang ramai – N. Sulaiman memiliki 700 isteri dari kalangan Merdeka dan Hamba – 300 orang. Adnan Yusoff (c)
47
Dalam agama Masihi tidak nas yang jelas melarang „Poligamy‟ tetapi sekadar memberi kesedaran dgn menyebut bhw Allah telah menjadikan bg setiap suami ada pasangannya– Islam pun menyebut perkara yg sama - tidak ada dalil yang menyatakan bahawa kahwin lebih dari satu adalah perbuatan zina dan terbatal. Martin Luther – mengharuskan polygami dalam agama Kristian, Mormon – menganggap polygamy suatu sistem yang suci. 1949 Kerajaan Bonn – meminta pandangan Azhar untuk melaksanakan sistem polygamy. Wester Mark dan Ghostov Loubon – Berpoligamy bukan sahaja diharuskan oleh Islam tetapi sebenarnya telah dilaksanakan oleh agama Yahudi, Masihi, Farsi, Arab dll sebelum kedatangan Muhammad – tetapi ia telah dihadkan oleh para Paderi semenjak kurun ke 17M. Adnan Yusoff (c)
48
HUKUM POLIGAMI ISLAM Poligami dalam Islam adalah diharuskan sebagaimana Firman Allah : “ Maka kahwinilah oleh kamu mana-mana perempuan yang kamu sukai 2, 3 & 4 .”. Al-Nisa, ayat 4. Surah al-Nisa, ayat 5, “dan sesungguhnya kamu tidak mampu berlaku Adil antara perempuan2 kamu sekalipun kamu berhatihati…tetapi jgnlah kamu cenderung..”. Daripada kedua ayat di atas maka dpt disimpulkan : 1. Diharuskan Poligamy kepada 4 orang shj. 2. Poligamy diharuskan bg mereka yg boleh berlaku ADIL kepada isterinya. X pasti – x harus/kahwin berdosa. 3. Kemampuan untuk memberi nafkah kepada isteri2. 4. Keadilan dalam kasih sayang X mampu dipenuhi. Oleh yang demikian jgnlah melampau - menjadi seolah2 tidak bertali. Adnan Yusoff (c)
49
SYARAT POLIGAMI ;
Poligami yg memenuhi tuntutan syarak adalah suatu ibadat yg membawa kebaikan dan keberkatan hidup dunia dan akhirat jika memenuhi syarat tertentu : i. Hendaklah memahami konsep berpoligami dan bertakwa. ii. Mampu memberikan keadilan – nafkah zahir dan batin. iii. Berkemampuan dari aspek fizikal dan material. iv. Memenuhi syarat yang telah dikenakan oleh pemerintah atau pihak berkuasa. Adnan Yusoff (c)
50
KEPENTINGAN POLIGAMI DALAM ISLAM. Kepentingan Poligamy dalam Islam melihat kepada dua perspektif utama, iaitu :
i. Kepentingan dari aspek Kemasyarakatan dan Sosial. a. Pada waktu biasa – iaitu apabila pertambahan bilangan wanita lebih banyak daripada kaum lelaki, maka poligami menjadi suatu tuntutan dari aspek akhlak dan sosial kerana ia lebih baik daripada wujudnya pelacuran atau terjebak kedalam runtunan nafsu yang merosakkan, atau golongan lelaki yg tidak bertanggungjawab. b. Kepentingan dari aspek kekurangan lelaki yg ketara disebabkan peperangan – Eropah tlh mengharungi dua era peperangan yang mengorbankan sebilangan lelaki menjadikan ramai janda dan anak dara tanpa suami – terpaksa mencari perlindungan dgn suami orang. Adnan Yusoff (c)
51
ii. Kepentingan dari aspek Individu. Terdapat beberapa faktor yang bersifat peribadi menggalakkan seseorang individu untuk berpoligamy, antaranya: a. Isteri yang Mandul – manakala suami sukakan zuriat kerana itu adalah sifat semulajadi manusia, maka ia tidak ada pilihan samada; menceraikan isterinya atau berkahwin seorang lagi. Sudah tentu bg isteri yg mandul lebih baik memberikan kebenaran pada suaminya dr memilih utk bercerai. b. Suami yang kuat nafsu. c. Isteri ditimpa penyakit yg kronik menghalang berlakunya hubungan seks antara mereka. d. Lelaki yang memiliki nature kerja banyak travel ke sana sini, tetapi tidak mengizinkanya utk bawa keluarga. Adnan Yusoff (c)
52
KEBURUKAN POLIGAMY. Secara insaf kita mengakui bahawa poligamy tidak memberikan kegembiraan secara mutlak malahan jika ia gagal dilaksanakan dgn baik ia akan membawa kepada keburukan tertentu : 1. Mewujudkan sifat hasad dengki antara para isteri – persaingan dan pertengkaran yang boleh menggoncang kerukunan rumahtangga dan gagal memenuhi matlamat asas perkahwinan. 2. Mewujudkan perseteruan antara keluarga, anak beranak, saudara dan sebagainya di mana akhirnya membawa kepada beban yg berat kpd keluarga. 3. Kegagalan suami untuk memberikan keadilan sebagaimana yg telah dinyatakan al-quran – keadilan kasih sayang yang mengganggu perasaan isteri pertama – terpaksa kongsi kasih sayang ????? 4. Menyebabkan anak-anak terbiar ???
Adnan Yusoff (c)
53
PEMBUBARAN PERKAHWINAN DALAM ISLAM.
Pembubaran perkahwinan dalam Islam boleh berlaku melalui beberapa cara, antaranya ; A. Talak. B. Cerai Taklik C. Khulu‟. D. Li‟an. E. Zihar. F. Ila‟
Adnan Yusoff (c)
54
TALAK DALAM ISLAM Pada Bahasa „Talak‟ bererti „melepaskan dari ikatan‟. Manakala pada Istilah ialah : „melepaskan/merombak ikatan pernikahan berasaskan kepada sighah yang menunjukkan kepadanya samada melalui lafaz atau isharat‟. „Talak : perkara yg halal tetapi paling dimurkai Allah‟ Talak adalah jalan penyelesaian terakhir oleh pasangan suami isteri apabila sudah tidak ada jalan penyelesaian yang ditemui. Talak bukanlah suatu cara yang dianggap zalim tetapi itulah satu-satunya jalan yang boleh memberikan penyelesaian kepada permasalahan yg timbul akibat tidak berpisah. Malahan talak memberi ruang kepada kedua pihak untuk membuat penilaian, perhitungan dan muhasabah yang paling ampuh bg menentukan masa depan pasangan yang bermasalah.
Adnan Yusoff (c)
55
Prosedur Talak ; Islam telah meletakkan garis panduan tertentu bagi menyelesaikan permasalahan yg timbul antara suami isteri, antaranya : 1. Menggesa kepada kedua pihak rasa bertanggunjawab mereka terhadap anak2, merenung semula tindakan dan tingkah laku dan kewajarannya berdasarkan syariat Islam atau sebaliknya. 2. Berusaha untuk mengekalkan hubungan melalui sifat toleransi dan sabar disamping menyedari bahawa kadang2 sesuatu perkara yg tidak disukai itu boleh memberikan kebaikan pd kita. 3. Kedua pihak hendaklah merujuk kpd orang tengah (Hakam). Firman Allah surah al-Nisa:2. 4. Jika Hakam tidak lagi berfungsi maka pd ketika ini Islam mengharuskan Perceraian dgn talak satu – tempoh muraja‟ah dalam masa 3 bulan –masih tinggal satu rumah tetapi suami tidak meniduri isterinya. Adnan Yusoff (c)
56
A. Talak berdasarkan keadaan isteri kpd 2 bahagian ; i. Talak Sunni – iaitu perceraian yang dilakukan mengikut kaedah-kaedah yg diharuskan Syarak spt menceraikannya semasa suci dari haidh dan tidak disetubuhi – harus. Firman Allah Surah al-Talak:1 „Apabila kamu hendak menceraikan isteri2mu maka ceraikanlah mereka pada masa mereka dpt mulakan iddahnya..‟
ii. Talak Bid‟ah – Talak yg dilakukan bertentangan dgn kehendak syarak spt – menceraikan dlm haidh, nifas atau 3 sekaligus, cerai waktu suci dan menyetubuhinya – talak sah tetapi berdosa.
Adnan Yusoff (c)
57
B. Talak berdasarkan Lafaz/Sighah ada 3 bentuk ; i. Talak Sarih/Jelas – iaitu menjatuhkan talak dgn menggunakan lafaz yang terang dan jelas maksudnya menunjukkan kpd perceraian tanpa perlu melihat kepada niat. „aku cerai engkau dgn talak satu‟. ii. Talak secara Kinayah/Kiasan – menggunakan ungkapan yg tidak secara langsung membawa kepada perceraian dan boleh difahami maksud yg lain – bergantung kepada niat. „engkau boleh pulang kerumah ibubapamu‟. iii. Talak secara Ta‟lik – perceraian yang dikaitkan dengan sesuatu peristiwa dan perbuatan tertentu samada dilakukan isteri atau suami. „jika suami tidak pulang kerumah dalam masa 4bulan atau lebih dan tidak memberikan apa-apa nafkah atau wakilnya maka tertolaklah dgn satu tolak jika diminta oleh isteri‟. Adnan Yusoff (c)
58
C. Talak berdasarkan kesan rujuk terbahagi 2 ; 1. Talak Ba‟in – adalah talak yg boleh mengangkat ikatan pernikahan serta merta dan terbahagi kpd dua kategori : i. Talak Ba‟in yg berkekalan dalam 2 bentuk :
a. Talak yang tlh berlaku sebanyak 3 kali atau 3 sekaligus. Sisuami boleh mengahwini isterinya semula dgn syarat bekas isterinya itu telah berkahwin dgn lelaki yg lain secara sah dan diceraikan oleh lelaki tersebut. b. Talak yg berlaku melalui Mahkamah atau qadi - li‟an
Adnan Yusoff (c)
59
ii. Talak Bain yang tidak berkekalan – membolehkan suami merujuk bekas isteri melalui proses akad dan maskahwin yg baru dan melalui persetujuan perempuan, iaitu : a. Talak dengan Tebus talak (khulu‟) b. Talak yang berlaku sebelum persetubuhan. c. Talak satu atau dua yg telah tamat tempuhnya. 2. Talak Raj‟ie – Suatu perceraian yang membolehkan pihak suami merujuk kembali tanpa sebarang akad & maskahwin baru. Ia berlaku melalui perceraian kali pertama dan kedua.
Adnan Yusoff (c)
60
KONSEP KHULUK DALAM ISLAM. Bahasa – ialah melupuskan/menggugurkan. Manakala pada Istilah : Khuluk adalah pengguguran perkahwinan dengan menggunakan lafaz khulu‟. Ia adalah perceraian yang berlaku kerana diminta oleh pihak isteri daripada suami dgn memberikan wang atau sebagainya kpd suami. Drpd Ibn Abbas, beliau berkata : Isteri Thabit b. Qais b. Shammas telah datang kepada Rasulullah saw dan berkata, “Wahai Rasulullah, saya tidak mencerca Thabit tentang akhlak dan agama, tetapi saya tidak suka kekufuran (melakukan perangai org kafir) di dalam Islam. Maka sabda Rasulullah kepada Thabit, “Terimalah kebun itu dan ceraikan dia dgn talak satu”.
Adnan Yusoff (c)
61
KONSEP FASKH DALAM ISLAM Syarak telah menjadikan hubungan antara suami dan isteri mestilah berasaskan kepada konsep tolong menolong dan kasih sayang. Oleh yang demikian syarak telah memberi keizinan supaya dilakukan pemisahan antara pasangan ini jika matlamat perkahwinan tidak dapat dicapai melalui „fasakh perkahwinan‟. Antara sebab yg mengharuskan berlakunya fasakh perkahwinan ialah : a. Bagi kanak-kanak yg telah baligh - didapati pasangannya tidak secucuk. b. Murtad salah seorang daripada pasangan. c. Perkahwinan yg tidak kufu / suami tak mampu bayar maskahwin – wali berhak minta fasakh. d. Terdapat kecacatan pada pasangan Adnan Yusoff (c)
62
Kecacatan yang boleh Fasakh ; (sek 1) a. Penyakit Gila walaupun tidak selalu. b. Penyakit sawan/gila babi, X harapan sembuh. c. Penyakit Kusta. d. Penyakit Sopak. e. Lemah Tenaga batin f. penyakit yang memudaratkan. g. Rataq – tersumbat faraj/kemaluan – daging tumbuh. h. Qaran – tersumbat faraj/kemaluan – tulang yg tumbuh. - Fasakh kerana kegagalan suami memberikan nafkah. - Fasakh kerana suami X bayar Maskahwin.
Adnan Yusoff (c)
63
KONSEP IDDAH DALAM ISLAM Bahasa – adalah tempoh menunggu, manakala pada Istilah ialah, “Suatu tempoh menunggu wajib yg tertentu ke atas wanita tertentu sebagaimana yg telah ditentukan syarak”. Iddah di wajibkan beradasarkan kpd 3 faktor berikut : i. Talak atau fasakh. ii. Mati. iii. Watie Syubhat.
Iddah yg diwajibkan syarak adalah bertujuan untuk: a. Menjaga kesucian Nasab keturunan dan zuriat tanpa ragu. b. Memberi masa rehat dan ketenangan kpd isteri yang kematian suami. c. Memberi peluang kpd suami-isteri membuat persediaan untuk berkahwin dgn org lain. d. Memberi peluang kedua pihak menilai kembali perhubungan mereka masa utk berfikir dan rujuk. Adnan Yusoff (c)
64
BENTUK-BENTUK IDDAH : Iddah terdiri daripada Iddah Haidh, Iddah Bulan dan Iddah kematian – di mana ia adalah berdasarkan kepada bentuk perpisahan yg berlaku, iaitu :
a. Iddah - Talak/Fasakh.
i.
Bagi perempuan yg diceraikan oleh suami atau fasakh dan mempunyai haidh bulanan maka maka iddah mereka adalah selama 3 x haidh yg sempurna. “dan bagi perempuan yang diceraikan suami maka mereka hendaklah menunggu dari berkahwin selama 3 quru‟/haidh” al-baqarah, 228. ii. Perempuan yg tidak ada haidh samada tua atau kecil (55thn) maka iddahnya selama 3 bulan. “ dan bagi perempuan yg telah putus haidh..maka iddahnya selama 3 bulan” al-talak, 4. iii. Perempuan yg mengandung waktu iddahnya sehingga ia melahirkan anak. “dan bagi perempuan yg mengandung iddahnya …melahirkan anak”. Adnan Yusoff (c)
65
b. Iddah Kematian Suami. i.
Jika p‟puan tsb mengandung – iddahnya tamat setelah melahirkan anak. “dan bagi perempuan yg mengandung iddahnya …melahirkan anak”. Talak, 4.
ii. Perempuan yg tidak mengandung – Iddahnya 4 bulan 10 hari dari tarikh kematian suaminya. “dan bg mereka yg kematian suami ….4 bulan 10 hari”al-baqarah. 234. iii. Perempuan yg sedang dalam talak raj‟ie – bertukar kpd 4 bulan 10 hari, jika x mengandung.
Adnan Yusoff (c)
66
Nafkah isteri semasa Iddah : i.
Iddah raj‟ie maka suami bertanggungjawab memberi nafkah makanm pakaian dan tempat tinggal.
ii. X iddah raj‟ie – talak 3, cerai tebus talak + mengandung – suami wajib memberi nafkah makan, pakaian dan tempat tinggal. iii. X iddah raj‟ie dan x mengandung – tempat tinggal shj. iv. Isteri dlm iddah – disebabkan kematian suami diberikan tempat tinggal sahaja. Mendapat pusaka peninggalan suami.
Adnan Yusoff (c)
67
Keadaan Isteri semasa dlm Iddah Raj‟ie ; a. Menjadi t‟jawab suami – makan + t‟ tinggal. b. Suami berhak merujuk bila-bila masa tanpa perlu mendapat persetujuan isteri. c. Isteri tidak boleh keluar rumah x izin. Keadaan isteri setelah tamat Iddah ; a. Suami x b‟jawab terhadap nafkah/t‟ tinggal. b. Isteri bebas tentukan haluan hidupnya. c. Bekas suami nak kembali – akad baru.
Adnan Yusoff (c)
68
KONSEP LI‟AN DALAM ISLAM. Bahasa : adalah kutukan dan laknat dari Allah, manakala pada Istilah ialah, “suatu proses persumpahan yg dilakukan oleh suami yg menuduh isterinya melakukan zina atau menafikan kandungan bukan dari nasabnya dan ia tidak mempunyai saksi bg membuktikan dakwaannya”. Proses Li‟an – hendaklah dilakukan sebanyak 5x dihadapan hakim mahkamah syariah. 4x sumpah dengan nama Allah bahawa tuduhannya adalah benar dan yg ke5 ia bersumpah bhw Allah akan melaknatnya jika ia berdusta. Isteri boleh menolak dengan melakukan perkara yang sama. Kesan – Sumpah li‟an mestilah dipisahkan oleh hakim dan : a. Mereka tidak boleh hidup bersama buat selamanya. b. Suami terlepas drpd hukuman 80 rotan – tuduh X saksi. c. Isteri lepas daripada hukuman rejam. d. Isteri tak berhak dpt nafkah dan anak bukan dari nasab suaminya.
Adnan Yusoff (c)
69
KONSEP ILA‟ DALAM ISLAM. Bahasa – sumpah, manakala pada istilah syarak ialah “sumpah dengan nama Allah yg diucapkan oleh suami mengatakan ia tidak akan menyetubuhi isterinya lebih drpd 4 bulan atau selamalamanya”. Penyelesaian Ila – hakim memberi 2 pilihan kpd suami, iaitu : a. Membatalkan sumpahnya dan menyetubuhi isteri + bayar kifarat sumpah. b. menceraikan isterinya. Kifarat Ila – hendaklah membayar kifarat sumpah ikut susunan : Merdekakan seorang hamba yg beriman..+ beri makan 10 org miskin setiap seorang kadar 1 cupak..+ Beri pakaian kpd 10 org miskin…+ puasa 3 hari. Adnan Yusoff (c)
70