INOVASI BAHAN ALAM SEKITAR Nama:Nurul Nadiyah Bt Muhamat Isa No.matrik:A 145583
Botol penyembur tanaman. Botol plastik boleh dikatakan kita gunakan setiap hari, tapi pernahkah kita terfikir untuk kitar semula botol itu tapi untuk dijadikan barang yang berguna untuk kita seharian. Sambil kita mengitar semula, kita telah selamatkan bumi..hidup bumi hijau.Selain ia dapat menjimatkan tenaga kita untuk menyiram pokok dan tanaman kita juga telah berjaya menyelamatkan bumi kita dari pelupasan bahan terbuang yang tidak pernah ada kesudahannya.
Sampan dan pemainan air dari botol Disinilah peranan utama kitar semula. Menggunakan kembali bahan terbuang untuk di olah semula menjadi bahan yang berguna. Botol-botol plastik merupakan bahan yang boleh di kitar semula dan dapat menjadi bahan yang sangat berguna kepada mereka yang kurang berkemampuan atau yang sukakan kelainan.Selain memerlukan kos yang sedikit ia juga mampu memelihara alam sekitar dan memenuhi kepuasan pembuatnya.
Tudung saji dari kertas Cuba anda bayangkan jika kita menjual kertas surat khabar lama yang ada dirumah kita, berapakah hasil yang bakal kita dapat ? Jika beratnya 1 kilo mungkin hasil yang akan kita perolehi adalah dalam lingkungan RM 2.00. Menghasilkan produk
kraftangan dari jumlah berat 1 kilo kertas surat khabar lama yang telah dijual tadi sangat merugikan.Jika anda mampu mengunakan inovasi dan kretiviti sebaik mungkin purata jumlah hasil pendapatan yang bakal anda perolehi adalah dalam linkungan RM 30.00 hingga RM 70.00 dan mungkin akan lebih dari itu.Ini bergantung kepada jenis produk kraftangan yang anda hasilkan.Jika reka bentuknya menarik dan kualitinya baik sudah tentu pulangan yang bakal anda perolehi akan melebihi dari apa yang saya sebutkan.selain menarik ia juga mampu menjana pendapatan lumayan.
Lampu dari botol plastik Tahukah anda pula berapa lama botol plastik ini akan mereput secara semulajadi? Jangan terkejut kerana ianya akan mengambil masa lebih kurang 450 tahun! Jika botol-botol plastik ini terus-terusan dibuang di tempat pelupusan dan dari jumlah penggunaan kita tadi, anda boleh bayangkan apa akan jadi dengan alam sekitar dan kehidupan kita. Ini pula idea kreatif kitar semula botol plastik untuk dijadikan lampu hiasan yang sungguh anggun dan bergaya sekali.Sedikit kemahiran elektrikal di perlukan.
Lampu menarik dari cawan polistren Jika setiap seorang penduduk Malaysia membeli satu polistren air minuman sekali setahun, ini bermakna ada sebanyak 28 juta botol polistren yang akan di buang. Itu jika sekali tapi berapa kalikah dalam setahun anda membeli polistren air minuman ini? Jadi anda dapat bayangkan sendiri berapa banyak botol polistren yang akan dibuang.Dengan inovasi yang semakin menarik sekarang,Kita sudah mampu mencipta sesuatu yang sangat menarik dan mendapat sambutan ramai.Lampu diatas lansung tidak seperti bahan terbuang malah sangat cantik dan menarik!
Lampu dinding dari kotak terbuang Selain dari botol dan tin,kotak juda ada kegunaannya..Untuk dijadikan lampu makan atau dinding kita mestilah memerlukan barang pembuatan yang lebih
ringan.Oleh itu,sangat sesuai kita mengunakan kotak dengan mengunakan inovasi dan kretiviti tersendiri.Cantik bukan?Tidak seperti kita menggunakan bahan terbuang malah lebih cantik lagi dari yang dijual dikedai.
Bekas alat tulis tin terbuang yang cantik dan elegan Wahh..sungguh menarik dan tertarikkan??Sangat mudah mencipta bekas alat tulis ini.Hanya kumpulkan tin-tin terbuang dan hias menggunakan pembalut hadiah.Sangat menarik dan mampu menjana keuntungan.Barang-barang tidak bersepah lagi dan mudah dicari.Tin-tin terbuang juga dapat kurangkan supaya alam sekitar lebih terpelihara.
Tempat makanan kucing mempunyai refillnya sekali Pasti kucing anda dan anda sukakan.Lakukanlah kelainan ini di rumah anda dan pasti tetamu anda bertanya tentangnya.Selain dapat memelihara alam sekitar anda juga tidak perlu menyimpan makanan kucing didalam bekas lain.Masukkan sahaja didalam botol yang penyimpannya dan angkat sedikit keatas untuk mengeluarkannya.Mudah bukan?Lebih menarik,praktikal dan menjimatkan.
Kotak comel untuk barang yang comel juga Bagaimana sebahagian dari botol plastik yg terbuang berubah menjadi sebuah bekas yang comel untuk di isi pula dengan pelbagai barangan yang comel.Saya pasti perempuan dan wanita-wanita diluar sana sukakan ini.Boleh menyimpan barangan-barangan perhiasan mereka seperti pin tudung dan sepit rambut.Ayuh sayangi alam sekitar jugakan barangan kitar semula dan lakukan inovasi.
Pasu bunga inovasi Anda juga boleh gunakan barangan tersebut untuk di jadikan benda lain yang berguna...Anda tidak kreatif dan tidak ada idea? Tidak perlu kreatif kerana ia sangat mudah dilakukan.Hanya potong bahagian tengah botol dan lubangkan bahagian bawah botol selepas itu isikan dengan tanah.Dah jadi.Senang bukan??Selain dapat menjaga alam sekitar ia juga sangat menjimatkan wang daripada menbeli pasu dan boleh menjimatkan ruang.