HUKUM ORANG ISLAM MENGUCAPKAN TAHNIAH DAN UCAPAN SELAMAT BERSEMPENA PERAYAAN AGAMA ORANG BUKAN ISLAM Mohamad Zarifi bin Hj. Mohamad Daud Cawangan Syariah, Bahagian Penyelidikan
Abstrak Malaysia merupakan sebuah negara yang didiami oleh kelompok masyarakat daripada pelbagai jenis agama, bangsa dan budaya. Dalam sistem sosial yang sangat unik ini memerlukan kerjasama dan persefahaman yang padu dalam memelihara keamanan dan perpaduan negara. Saban tahun, sudah menjadi tradisi dan praktis masyarakat majmuk di Malaysia untuk merayakan setiap perayaan keagamaan masing-masing berteraskan kepada adat, pegangan, kepercayaan dan budaya yang dianuti oleh setiap kaum. Oleh yang demikian, isu ini telah menimbulkan kemusykilan serta polemik khususnya di kalangan masyarakat awam terutamanya dalam mendepani isu agama seumpama ini. Artikel ini akan mengemukakan pandangan-pandangan para sarjana Islam berkaitan isu ini dan seterusnya merungkai serta membentangkan penyelesaian berpandukan kepada keputusan yang diputuskan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Kali Ke-78 . LATAR BELAKANG Sudah menjadi suatu amalan tradisi khasnya di Malaysia, upacara perayaan keagamaan sesuatu bangsa turut diraikan oleh bangsa yang lain melalui program rumah terbuka, berbalas kad ucapan tahniah, saling berbalas ucapan selamat dan sebagainya. Semua ini dilakukan atas tujuan untuk memelihara kerukunan bangsa dan perpaduan negara. Walau bagaimanapun, ada beberapa perkara yang perlu diberikan penelitian khasnya perkara yang berkaitan dengan hukum mengucapkan tahniah dan ucapan selamat bersempena perayaan agama 59
JURNAL PENYELIDIKAN ISLAM
lain. Ini disebabkan hari kebesaran agama merupakan asas untuk menzahir (Jan membesarkan syiar agama masing-masing. Sebagai contoh bagi umat Islam, Hari Raya Idulfitri dan juga Hari Raya Iduladha disambut semata-mata untuk mentauhid dan mentakzimkan Allah SWT. Manakala bagi penganut agama Hindu dan Buddha pula, apabila menyambut perayaan keagamaan mereka sudah tentulah akan membesarkan dan menghayati seluruh intipati kepercayaan agama mereka. Begitulah seterusnya bagi agama-agama lain, masing-masing akan membesar dan mengagungkan kepercayaan mereka apabila menyambut upacara perayaan keagamaan. Mengikut perspektif Islam, terdapat dua hari raya yang diiktiraf oleh Syariat Islam sepertimana hadith yang diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a katanya; 26.11 411
) : Ji .
411
g :111
j) Maksudnya; Ketika Rasulullah SAW sampai di Madinah, bagi penduduk Madinah itu ada dua hari raya yang mereka bermain (berseronok) pada hari tersebut .Sabda Nabi SAW: "Sesungguhnya Allah telah menggantikan bagi kamu semua dengan hari yang lebih baik dari dua hari tersebut iaitulah hari raya al-Adha dan hari raya al-Fitr. " Apabila wujudnya perkaitan dan juga hubung kait di dalam soal keagamaan, sudah tentulah ada perbahasan dan perbincangan dalam kalangan para fugaha dan sarjana Islam di dalam menjawab isu ini. Dibentangkan beberapa pandangan di dalam mengemukakan hukum Orang Islam Mengucapkan Tahniah dan Ucapan Selamat Bersempena Perayaan Agama Lain. HUJAH DAN DALIL Para ulama' berselisih pandangan dalam menjawab persoalan ini. Ada dalam kalangan mereka yang tidak membenarkan ucapan tersebut 60
JURNAL PENYELIDIKAN ISLAM
dibuat dan ada pula yang membenarkannya. Dengan itu dibentangkan kedua-dua pandangan tersebut untuk diperhalusi dan dijadikan asas pertimbangan keputusan. Hujah yang tidak membenarkan Ibn Qayyim al-Jauziyyah telah menyatakan haram ucapan tahniah dibuat kepada orang bukan Islam yang menyambut perayaan mereka. Di dalam kitab Ahkam Ahl al-Zimmah, secara jelas beliau berpandangan perbuatan mengucapkan tahniah kepada syiar-syiar Kafir secara khusus hukumnya adalah haram dengan kesepakatan para ulama'. Ibn Qayyim memberikan perumpamaan ucapan tahniah contohnya dengan mengatakan "Selamat Hari Raya ke atas kamu" atau "semoga bergembira dengan perayaan ini" dan seumpama dengannya. Ibn Qayyim menjelaskan lagi jika sekiranya pengucap terselamat daripada kekufuran sekalipun tetapi perbuatan seperti ini tetap termasuk di dalam perkara-perkara yang haram. Ibn Qayyim al-Jauziyyah juga memperincikan lagi hujah dengan menyatakan bahawa perbuatan mengucapkan selamat kepada orang bukan Islam bersempena perayaan agama mereka adalah sama seperti mengucapkan selamat kepada seseorang yang sujud kepada salib bahkan perbuatan ini lebih besar dosanya dan kemurkaan Allah berbanding mereka yang mengucapkan selamat kepada orang yang meminum arak, membunuh, berzina dan seumpamanya. (Jim Qayyim al-Jauziyyah, Ahkam Ahl Zimmah, Juz. 1, hal. 161-162) Fatwa yang dikeluarkan oleh Ibn Qayyim al-Jauziyah ini telah dipersetujui dan dinaqalkan oleh Muhammad bin Sa'id al-Qahthani di dalam karyanya yang bertajuk Min Mafahim Aqidah Salafussoleh At Wala' wal at Bara' fi at Islam. Beliau menaqalkan pandangan yang dikeluarkan oleh Ibn Qayyim ini di dalam perbahasan bab "At Ta' amul ma' a at Kuffar". (Muhammad bin Said al Qahthani, Min Mafahim Aqidah Salafussoleh al Wala' wa at Bara' fi at Islam, hal. 359-360) Sheikh Muhammad bin Soleh al `Uthaimin pula apabila ditanyakan fatwa berkenaan hukum ucapan tahniah bersempena perayaan krismas, telah menegaskan bahawa perbuatan tersebut seolah-olah telah menggambarkan keredhaan dan persetujuan kita ke atas syiar kufur mereka. Perbuatan ini telah melanggar prinsip dan arahan Allah yang terkandung di dalam Surah az-Zumar, ayat ke-7. 61
JURNAL PENYELIDIKAN ISLAM
∎ )1 t .11)•-• •5 I° &" -j-
,_74nJ
„it .er
)
-,
(24r es7*-Ii_i_3.-v_o_)....7)13
Maksudnya;
Kalaulah kamu kufur ingkar (tidak bersyukur) akan ni' mat-ni' mat Nya itu, maka ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah tidak berhajat kan (iman dan kesyukuran) kamu (untuk kesempurnaan-Nya); dan is tidak redhakan hamba-hamba-Nya berkeadaan kufur; dan jika kamu bersyukur, Ia meredhainya menjadi sifat dan amalan kamu. Dan (ingatlah) seseorang yang memikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja) Kemudian kepada Tuhan kamulah tempat kembalinya kamu, maka Ia akan memberitahu kepada kamu tentang apa yang kamu telah kerjakan. Sesungguhnya Ia Maha Mengetahui akan segala (isi hati) yang terkandung di dalam dada. (Surah az-Zumar : 7) Berpandukan ayat di atas, jelaslah bahawa Allah SWT tidak meredhai akan hamba-hamba-Nya yang kufur. Maka dengan sebab itu, Sheikh Muhammad bin Soleh al-Uthaimin berpendapat hukum mengucapkan tahniah kepada orang bukan Islam bersempena perayaan keagamaan mereka adalah haram sama seperti pandangan yang dikemukakan oleh Ibn Qayyim. Sheikh Muhammad bin Soleh al-Uthaimin juga menjelaskan bahawa jika sekiranya orang bukan Islam mengucapkan tahniah kepada umat Islam bersempena perayaan mereka, maka adalah tidak menjadi keperluan kepada umat Islam untuk menjawab ucapan tersebut kerana perayaan itu tidak diredhai oleh Allah dan bukanlah perayaan bagi umat Islam. Selain itu, adalah haram kepada umat Islam untuk menyerupai dan meniru-niru (tasyabbuh) orang bukan Islam contohnya mengadakan majlis bersempena perayaan mereka, bertukar-tukar hadiah, memberi makanan dan seumpamanya kerana Nabi SAW telah menyebut di dalam hadith yang diriwayatkan oleh Abu Daud; 62
JURNAL PENYELIDIKAN ISLAM
(( r÷-°
c..74
( j;1 Maksudnya; Daripada Ibn Umar katanya; Sabda Rasul SAW; Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia adalah di kalangan kaum mereka. (Majmu' Fatawa wa Rasail Fadhilah As-Sheikh Muhammad bin Soleh al-`Uthaimin, Jil.3 , hal. 45-46) . Sheikh Muhammad bin Soleh al-Munajj id, seorang ulama' Saudi juga tidak membenarkan perbuatan mengucapkan tahniah kepada perayaan orang bukan Islam melalui apa-apa jua ungkapan bentuk sighah ucapan. Ini kerana ucapan tersebut telah melambangkan pengiktirafan kepada hari raya mereka dan perkara ini merupakan antara perkara yang ditegah oleh agama. Beliau juga menjelaskan bahawa prinsip aqidah al wala' wa al bara' menuntut umat Islam meletakkan sepenuhnya kesetiaan, kecintaan, kasih sayang dan penyerahan kepada Allah dan membebaskan diri daripada sebarang unsur yang merosakkan akidah. Prinsip al wala' wa at bara' ini merupakan perkara yang penting dalam agama dan perlu ada di dalam diri seseorang mukmin. Ayat Allah ada menyebut di dalam Surah Ali 'Imran ayat 118; A
; 1 W
, • A I: • if Zt.12.03.1„;g2...;6
. • ott...,w
.1.1„
"
• I C..) ..1)
71,7 1•00
Al./1
5/ffet
At ,/ -)1
A
5
a a 1 - -• •
Maksudnya; Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orangorang yang bukan dari kalangan kamu menjadi "orang dalam" (yang dipercayai) . Mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telah pun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya, 63
JURNAL PENYELIDIKAN ISLAM
dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya. Fatwa Lajnah Daimah Lil Buhus at Ilmiah wa al Ifta' pula secara spesifik membuat keputusan dengan tidak membenarkan orang Islam mengucapkan tahniah kepada golongan Nasrani bersempena perayaan mereka. Ini kerana perbuatan tersebut melambangkan turut bersekongkol di dalam perkara dosa, di mana perbuatan ini telah ditegah oleh Allah di dalam Surah al-Maidah ayat 2; j0
s'9~~~ S
1
c
„A/
19 jkl jaly jl.,6_, z.L!1)-1 ;"•:"'.‹
LAI:JO LI) gal 130
••'‘ g
-.loll
Maksudnya; Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa , dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa ( ma'siat) dan pencerobohan. Dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaNya (bagi sesiapa yang Inelanggar perintahNya) Lajnah Daimah Lil Buhus al-Ilmiah wa al-Ifta' juga berpandangan tidak sepatutnya umat Islam menunjukkan rasa redha di atas syiar agama mereka, sebaliknya umat Islam sepatutnya menzahirkan perasaan rasa tidak setuju di atas kesyirikan dan permusuhan mereka dengan Allah. Pendapat ini disandarkan kepada ayat Allah di dalam Surah al-N Iujadalah ayat 22;
4st, j46:>1)1 (*J0T-L..41; j1 Ai " A ,„,, , ,..- / A 1- ...- ,, "I .1, ,- I.! • .. • 1 'l 1". (1'114 .A:2 -1 ) C-)1471. i 1
A
, i rri■--x_ 31 it-riA54Lf.---- ,.-t,—, 1., ;. W/ .Ai- ... A / 5 :,,, A 64
JURNAL PENYELIDIKAN ISLAM
Maksudnya; Engkau tidak akan dapati sesuatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, tergamak berkasih mesra dengan orang-orang yang menentang (perintah) Allah dan Rasul-Nya, sekalipun orang-orang yang menentang itu ialah bapa-bapa mereka, atau anak-anak mereka, atau saudara-saudara mereka, ataupun keluarga mereka. Mereka (yang setia) itu, Allah telah menetapkan iman di dalam hati mereka, dan telah menguatkan mereka dengan semangat pertolongan daripadaNya.
Pendapat yang membenarkan Terdapat beberapa para ulama' yang mempunyai pandangan yang lebih ringan dan terbuka di dalam menjawab perkara ini. Sheikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi berpandangan adalah tidak menjadi kesalahan kepada orang Islam untuk mengucapkan tahniah kepada golongan Yahudi dan Nasrani bersempena perayaan yang melambangkan kegembiraan mereka. Beliau berpandangan perbuatan tersebut merupakan hak-hak bersama (musytarakah) dan pandangan ini disandarkan kepada ayat Allah yang dirakamkan di dalam Surah an-Nisa' ayat 86 seperti berikut, „
),›
1.4
4fil)6 411101,,tAj-W i
Maksudnya; "Dan apabila kamu diberikan penghormatan dengan sesuatu ucapan hormat (seperti memberi salam) , maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya, atau balaslah dia (dengan cara yang sama) . Sesungguhnya Allah sentiasa menghitung tiap-tiap sesuatu. Di dalam isu ini, Sheikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi juga menghuraikan bahawa perbuatan mengucapkan tahniah kepada orang bukan Islam bersempena perayaan mereka tidak bermakna kita turut merayakan hari perayaan mereka secara bersama tetapi hanyalah sekadar ucapan 65
JURNAL PENYELIDIKAN ISLAM
tahniah sahaja. Perbuatan ini sebenarnya merupakan salah satu tuntutan ajaran agama untuk melakukan kebaikan (al birr) dan keadilan (al gist). Beliau juga menambah, ayat Allah di dalam Surah al-Mumtahanah ayat 8; , 3,-) •
.
1'1°'
C.)1 P-ij.:!0* ).9?-f4....;-' 44 )1 4 (P--te%4:3- (1") 41.9 I C•2 .5",
41" °^4 t'1L.
Maksudnya; Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu) , dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu, sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil. Ayat ini secara dasarnya telah menuntut kepada umat Islam untuk berbuat baik, maa'ruf dan juga berlaku adil kepada golongan bukan Islam yang tidak memusuhi umat Islam. Menurut Imam Ibn Kathir di dalam karyanya Tafsir al-Quran al-Azim secara terperinci telah mentafsirkan ayat ke-8 dalam Surah alMumtahanah ini dengan menyebut Allah tidak menegah perbuatan ihsan ke atas orang kafir yang tidak memerangi umat Islam seperti golongan wanita dan orang tidak mempunyai pengaruh di kalangan mereka. Perkara di atas diperkukuhkan lagi dengan hadith Nabi yang diriwayatkan daripada Imam Muslim;
S L:7c, ((/ : L J Li c c,.34 L.)1—.1 ) . Lci c ! : 4,.j
Zul aUl Ls_z
Lsi-oH): 66
JURNAL PENYELIDIKAN ISLAM
Maksudnya; Daripada Asma' binti Abu Bakar r . a telah berkata; Ibuku datang kepadaku ketika terjadi gencatan senjata dengan kaum Quraisy, sedangkan dia adalah musyrik. Aku pun meminta fatwa kepada Rasulullah SAW dan berkata, "Ya Rasulullah, ibuku datang kepadaku kerana rindu kepadaku, Adakah aku boleh menyambung hubungan dengan ibuku itu?" Sabda Rasulullah SAW , "Ya, sambunglah hubunganmu dengan ibumu." Berdasarkan hadith di atas, meskipun si anak terlebih dahulu memeluk Islam tetapi si ibunya masih tidak menganuti Islam, namun Islam tetap menyuruh si anak tadi tidak memutuskan tali persaudaraan dengan ibunya. (Imam Ibn Kathir, Tafsir al-Quran al-Azim, Juz. 4, hal. 340 — 341) Bekas Mufti Mesir, Sheikh Dr. Nasr Farid Wasil di dalam kitab al-Fatawa al-Islamiah pula mengeluarkan pandangan bahawa Islam membenarkan umatnya untuk bermuamalah dan berurusan dengan orang bukan Islam contohnya berjiran, berinteraksi, menerima hadiah daripada mereka, menziarahi jenazah dan sebagainya. Ini merupakan semangat toleransi yang terkandung di dalam risalah agama. Sheikh Dr. Nasr Farid Wasil menjelaskan bahawa Dar al-Ifta' alMasriyyah berpandangan tiada halangan daripada syariat untuk berbuat baik kepada orang bukan Islam, mengucapkan tahniah kepada mereka atau memberi bantuan kepada mereka. Perkara ini tidak termasuk di dalam perkara-perkara yang haram sepertimana pandangan sesetengah golongan. Pandangan yang dikemukakan Dar al-Ifta' al-Masriyyah ini secara tidak langsung telah menolak pandangan golongan Ahbash yang mengatakan perbuatan mengucapkan tahniah kepada orang bukan Islam bersempena perayaan mereka adalah perbuatan yang melibatkan maksiat yang besar. ( al-Fatawa al Islamiah , hal. 482-489) Fatwa Mufti Kerajaan Brunei Darussalam ketika menjawab persoalan ini pula telah menetapkan keputusan seperti berikut: Kad dan surat biasa Krismas sebagai jiran atau kenalan tiada mengapa, tetapi kerana Krismas untuk sama-sama memuliakan Krismas itu adalah haram dan dosa besar, dan ditakuti boleh membawa kufur, kerana Krismas itu simbol kufur, simbol mengaku dan menjadikan Nabi Isa Althhissalam "Tuhan" atau "anak tuhan" yang disembah. Jika redha dan bersetuju dengan kufur adalah kufur. Jadi melibatkan diri 67
JURNAL PENYELIDIKAN ISLAM
merayakan Krismas adalah haram, sementara merayakan dengan tujuan memuliakannya adalah kufur, sekiranya redha dengan kufur adalah kufur. (Fatwa Mufti Kerajaan 1994-1995, Jabatan Mufti Kerajaan Brunei Darussalam, hal. 209-210) Menurut Dr. Muhammad Sayyid Dasuki, pensyarah Fakulti Syariah di Universiti Qatar pula berpandangan perbuatan mengucapkan tahniah kepada orang bukan Islam sempena perayaan mereka adalah termasuk di dalam hak kejiranan dan perkara ini termasuk di dalam budaya akhlak Islam. Beliau juga bersandarkan kepada ayat Allah di dalam Surah al-Mumtahanah ayat 8 seperti yang telah dinyatakan sebelum ini. Sekiranya ditinjau daripada aspek dakwah umum khasnya kepada orang bukan Islam, maka pandangan mengharuskan ucapan tahniah bersempena perayaan mereka adalah lebih harmoni. Islam amat menitikberatkan aspek keadilan dan toleransi di dalam interaksi antara Muslim dan orang bukan Islam khasnya yang tidak melakukan kezaliman dan permusuhan. Perkara ini disandarkan kepada Firman Allah di dalam Surah al-Ankabut ayat 46. II. ...IL
'''•; 1r;
IPA
>1004
ci.ji; ■211‘3,1 41 1t U ' 41:1;119‘ _;
Maksudnya; Dan janganlah kamu berbahas dengan Ahli Kitab melainkan dengan cara yang lebih baik, kecuali orang- orang yang berlaku zalim di antara mereka. Sheikh Muhammad Ali al-Shobuni ketika mentafsirkan ayat ini telah menyatakan bahawa umat Islam perlulah menyeru Ahli Kitab kepada Islam dengan jalan yang baik. Kecualilah kepada golongan mereka yang melakukan kezaliman dan memerangi umat Islam. Apabila berhadapan dengan golongan ini, umat Islam perlulah berhujah dan berinteraksi dengan cara yang tegas. (al-Shobuni, Sofwah al-Tafasir, jil. 2, hal. 1026). 68
JURNAL PENYELIDIKAN ISLAM
Mengikut Sheikh Abdullah Muhammad Basmeih pula di dalam Tafsir Pimpinan Ar-Rahman kepada Pengertian Al-Quran ketika mentafsirkan ayat ini, menegaskan sekiranya berlaku perbahasan di antara orang Islam dan Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani), maka menjadi kewajipan kepada orang Islam untuk berhujah dengan cara yang baik dan lemah lembut dan dengan mengemukakan hujah-hujah yang benar menunjukkan kebenaran Islam dan kesesatan golongan yang kafir. Walau bagaimanapun, orang Islam perlu menggunakan cara yang keras apabila berbahas dengan golongan mereka yang melakukan pencerobohan. (Sheikh Abdullah Muhammad Basmeih, Tafsir Pimpinan Ar-Rahman kepada Pengertian AI-Quran, hal. 858) Apabila umat Islam sentiasa berinteraksi secara baik dengan orang bukan Islam, maka secara tidak langsung telah menzahirkan ajaran agama yang penuh dengan sifat keadilan, kesaksamaan, keamanan, kasih sayang dan rahmatan alamin. Bahkan akan menepis tanggapan yang mengatakan Islam merupakan agama yang ganas, jumud, fundamental, menindas dan sebagainya. KEPUTUSAN MUZAKARAH JAWATANKUASA FATWA MAXIS KEBANGSAAN BAGI HAL EHWAL UGAMA ISLAM MALAYSIA Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia telah pun membincangkan isu berkaitan Hukum Orang Islam Mengucapkan Tahniah Dan Ucapan Selamat Bersempena Perayaan Agama Orang Bukan Islam pada sidang kali ke78 pada 12 Jun 2007 dan telah bersetuju memutuskan bahawa; i) Apa jua amalan atau perlakuan orang Islam dalam hal-hal yang berkaitan dengan perayaan orang bukan Islam sekiranya melibatkan akidah atau iktikad seperti mengiktiraf agama bukan Islam atau menganggap semua agama adalah sama, maka ia ditegah oleh Islam. ii) Walau bagaimanapun sekiranya amalan atau perlakuan tersebut hanya atas dasar kemasyarakatan atau hubungan sosial antara Islam dan bukan Islam untuk tujuan perpaduan, maka ia dibenarkan oleh Islam. iii) Memberi ucapan tahniah dan selamat atau mengirimkan ucapan 69
JURNAL PENYELIDIKAN ISLAM
melalui kad atau alat-alat telekomunikasi seperti e-mel atau sistem pesanan ringkas (sms) dan sebagainya kepada orang bukan Islam sempena dengan perayaan agama mereka adala harus, dengan syarat ucapan itu tidak mengiktiraf, memuji atau memuliakan agama bukan Islam serta tidak menggunakan sebarang simbol atau lambang keagamaan mereka dalam kiriman ucapan tersebut. KESIMPULAN Keputusan yang telah diambil oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan ini telah memberikan sebuah garis panduan yang sangat jelas kepada seluruh masyarakat dalam menepani isu ini. Perbuatan mengucapkan ucapan selamat serta tahniah kepada orang bukan Islam bersempena perayaan keagamaan yang diraikan oleh mereka adalah dibenarkan dengan syarat is dilakukan atas dasar permuafakatan sosial di dalam sebuah masyarakat besar berbilang kaum di Malaysia. Walau bagaimanapun, perbuatan tersebut perlulah terkawal, tidak melampau serta tidak terkeluar daripada garis panduan syariat kerana sebarang perlakuan yang melampaui garis panduan syariat boleh memberikan kesan kepada terhakisnya pegangan akidah umat Islam. Adalah tidak dinafikan bahawa agenda perpaduan antara kaum merupakan agenda perdana di dalam mengekalkan keamanan dan kesejahteraan negara. Sekiranya keharmonian perpaduan antara kaum ini tidak dipelihara, maka tidak mustahil perpecahan dan kacau-bilau akan berlaku. Agenda perpaduan sememangnya diiktiraf dan dipelihara di dalam Magasid Syar`iyyah. Seharusnya seluruh masyarakat Islam memahami serta menghormati batas-batas pergaulan yang telah digariskan oleh Islam ini. Pandangan-pandangan yang dikemukakan oleh para sarjana Islam sememangnya telah disokong oleh hujah dan fakta yang konkrit dan muktabar.
70
JURNAL PENYELIDIKAN ISLAM
RUJUKAN 1. Al-Quran al-Karim. 2. Al-Hadith. 3. Abdullah Muhammad Basmeih (al-Sheikh) (2000), Tafsir Pimpinan Ar-Rahman kepada Pengertian Al-Quran. Kuala Lumpur: Dar al Fikr. 4. Ahmad bin Abd al-Razzaq al-Duwaisy (al-Sheikh), Fatawa al-Lajnah ad-Daimah lil Buhus al-Ilmiah wa al-Ifta', jilid 3. Riyadh: Dar al-Muawwid. 5. Al-Nawawi (al-Imam) (2000), al-Minhaj Sharh Shahih Muslim, juzuk 7. Beirut-Lubnan: Dar al-Ma'rifah. 6. Al-Shobuni (al-Sheikh) (2001), Sofwah al- Tafasir, jilid 2. Beirut: al-Maktabah al-Asriyyah. 7. Al Shon'ani (al-Sheikh) (1997), Subulus Salam Sharh Bulughul Maram Min Jam' Adillah al-Ahkam, jilid 2. Dar Ihya' al-Turath al- `Arabiyy. 8. Fand bin Nasir bin Ibrahim al- Sulaiman (2005), Majmu' Fatawa Wa Rasa'il Fadhilah As-Sheikh Muhammad bin Saleh aljilid 3. Riyadh: Dar Thurayya Lil an-Nasyr. 9. Fatwa Mufti Kerajaan 1994-1995. Brunei: Terbitan Jabatan Mufti Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri, Negara Brunei Darussalam. 10. Ibn Kathir (Al Imam), Tafsir al-Quran al-Azim, juzuk 4. BeirutLubnan: Dar Ihya' al-Turath al-`Arabiyy. 11. Ibn Qayyim al-Jauziyyah (al Sheikh) (1995), Ahkam Ahl alZimmah, juzuk 1. Bierut-Lubnan: Dar al-Kutub al-Ilmiah. 12. Muhammad Abdul Aziz al-Khalidi (1996), Sunan Abi Dawud, jilid 3. Beirut- Lubnan: Dar al-Kutub al-Ilmiah. 13. Muhammad bin Sa'id Al Qahthani (1422H), Min Mafahim Aqidah al-Salaf as-Soleh al-Wala' wa al Bara' Fi al-Islam. Al-Fath al-I'ilam al-Arabi. 14. Nasr Farid Muhammad Wasil (al Sheikh Dr.) (1999), al-Fatawa al-Islamiah. al-Maktabah al-Taufiqiah. 15. http://www.islamonline.net 16. http://www.islam-qa.com 17. http://www.qaradawi.net
71